Wednesday, February 16, 2011

10 Penemuan Aneh dan Unik National Geographic 2010

Sains adalah untuk menyelidiki dan menemukan, sedangkan agama untuk memaknainya. Sains memberi kita pengetahuan dan pemahaman menimbulkan kekuatan.

Di sisi lain, agama membekali manusia dengan makna supaya menjadi bijaksana, yang kemudian menumbuhkan pengendalian.

Itu tadi tafsir seadanya dari kutipan Martin Luther King, Jr. Berikut ini adalah penemuan-penemuan yang paling menarik

Keputusan dan highlight Arsenal vs Barcelona

Alhamdulillah baru je selesai menonton siaran langsung perlawanan Liga Juara-Juara Eropah antara Arsenal menentang Barcelona. Perlawanan bermula pada jam 3:45 pagi di Stadium Emirates, Arsenal.

Keputusan penuh dimana Arsenal berjaya membenam Barcelona di laman sendiri dengan kemenangan 2-1 walaupun pada awalnya telah ketinggalan satu gol pada separuh masa pertama. Gol Barcelona pada awalnya dijaringkan oleh David Villa pada minit ke-26 dan kedudukan 1-0 sehingga tamat babak pertama perlawanan.

Walaupun pada separuh masa pertama, Barcelona tampak gagah dengan mengawal sepenuh perlawanan dimana posisi bola 60% berbanding Arsenal 40%. Tapi pada babak kedua perlawanan, Arsenal tampak lebih gagah dengan mengatur beberapa serangan berbahaya.


Pertukaran Arshavin dengan Wallcott membuahkan hasil apabila beliau menjaringkan gol kemenangan Arsenal pada minit ke-83, sebelum itu Van Persie telah menjaringkan gol pertama Arsenal pada minit ke-78. Keputusan penuh UEFA Champions League, Arsenal 2-1 Barcelona. Walaubagaimanapun, Arsenal masih belum selesa kerana bakal berkunjung ke Barcelona pada perlawanan kedua nanti.


Dalam satu lagi perlawanan yang berlangsung sebentar tadi, AS Roma tunduk di laman sendiri apabila menerima kekalahan 2-3 dengan Shakhtar Donetsk. Dua gol AS Roma ialah hasil jaringan Perrotta pada minit ke-28 dan Menez pada minit ke-61. Gol jaringan Shakhtar Donetsk hadir pada minit ke-29 oleh Jadson dan minit ke-36 jaringan Costa. Gol kemenangan Shakhtar dijaringkan oleh L. Adriano pada minit ke-42. Shakhtar Donetsk membawa bekalan selesa untuk menentang AS Roma di laman sendiri pada perlawanan kedua nanti.

Baki empat lagi perlawanan Liga Juara-Juara Eropah yang bakal berlangsung minggu hadapan, anda boleh menonton secara live online streaming menerusi blog ini. Link untuk siaran langsung akan keluar satu jam sebelum perlawanan bermula. Pastikan anda CTRL-D untuk bookmark halaman tersebut.

Bolasepak Eropah live online streaming video

Untuk highlight beberapa perlawanan menarik Liga Juara-Juara Eropah, video akan diupdate kemudian. Selamat menonton bolasepak secara live menerusi laptop anda.

AC Milan vs Tottenham Hotspurs


Valencia vs Schalke 04


Arsenal 2 - 1 Barcelona


Arsenal vs Barcelona live online streaming

Bagi semua peminat sukan bolasepak terutamanya bolasepak Eropah, anda berpeluang menonton perlawanan menarik Liga Juara-Juara Eropah pada awal pagi ini secara online live streaming.

Perlawanan menarik antara Arsenal dan Barcelona bakal berlangsung pada jam 3:45 pagi 17/2/2011 dan satu lagi perlawanan menarik antara AS Roma menentang Shakhtar Donetsk juga berlangsung pada waktu yang sama.

Bagi anda yang tidak mempunyai Astro mahupun tidak mahu ke mana-mana restoran untuk menonton bola, anda bolehlah menonton secara online English Champions League 2011 perlawanan antara Arsenal lawan Barcelona. Mampukah Messi membantu Barcelona menewaskan Arsenal pada malam ini? Ataupun Van Persie bakal menjadi wira Arsenal untuk menewaskan Barcelona pada perlawanan yang bakal berlangsung beberapa jam lagi. Sama-sama kita saksikan.

Pastikan anda mempunyai internet yang laju untuk menonton live online streaming jika tidak siaran akan terganggu.

Arsenal vs Barcelona live online streaming


Kuat tidur... !

picture credit to google
Lately tah nape deena kuat nau tido waktu siang, orang kata tak elok nanti baby besor dan mcm-mcm lagi la. Sebulan lebih jer lagi due, badan pun tak brape sihat coz kaki bengkak, pinggang pun dah mula sakit2.. hmmm risau gak ikut kan bila tiba waktu bersalin jer baru ada tanda-tanda seperti tu. tengok kat mak bidan xder ape kata nya. 

Barang persiapan baby pun tak beli habis lagi, awal2 dah pesan kt abang bulan ni kasi settle smua, bulan depan rasa nya tak larat dah. skang ni pun klu bleh nak baring jer. nak masak jgn ucap lah lama dah dapur tak berasap huhu... tak larat beb sian abg dok antor nasi tapau hari2 haaa.. :)

Selera makan pun kureng, masih jaga diet makan takut gak bacaan Bsp lebih dari 6, kang tak pasal-pasal doktor bunyi suh kontrol dan yang paling takut doktor decide bersalin secara pembedahan plak ! mintak-mintak semua okay dan dapat bersalin normal.

p/s: ngantuk suda... :)

Tuesday, February 15, 2011

Ibu racun dua anak

KAJANG: Tragis apabila dua beradik maut selepas dipaksa minum susu dicampur racun oleh ibu kandung di rumah mereka di Seksyen 16, Bandar Baru Bangi, di sini, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, mayat dua beradik terbabit, Rashmeka, 4, dan Neeharika Laxmi Sivarajah, 12 bulan, ditemui bergelimpangan dengan mulut berbuih dalam sebuah bilik.

Difahamkan, selepas meracun kedua-dua anaknya, wanita berusia 30 tahun terbabit meminum racun dan kini dilaporkan kritikal di Hospital Serdang. Pemangku Ketua Polis Kajang, Superintendan Azman Ayob, berkata ketika kejadian, ibu bapa mentua wanita terbabit berada di rumah berkenaan.

“Kejadian itu disedari ibu mentua mangsa yang hairan apabila menantunya tidak membuka pintu bilik walaupun diketuk berkali-kali. Bimbang keadaan itu, mentuanya menghubungi suami wanita terbabit,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Menurutnya, sebaik suami wanita itu tiba rumah, dia menyuruh isterinya yang pernah mengalami masalah mental membuka pintu, tetapi tidak berjawab. “Dengan menggunakan kunci pendua, suami wanita itu membuka pintu bilik berkenaan sebelum terkejut apabila melihat isteri dan dua anaknya bergelimpangan dengan mulut berbuih,” katanya.

Azman berkata, suami wanita berusia 33 tahun itu membawa semua mereka ke hospital sebelum pakar mengesahkan kedua-dua anaknya sudah meninggal dunia. “Bagaimanapun, isterinya masih kritikal di Hospital Serdang. Hasil siasatan, polis mendapati ibu kanak-kanak itu pernah menerima rawatan psikiatri dan pernah cuba membunuh diri pada 2006,” katanya.

“Polis masih menyiasat kes berkenaan secara terperinci dan mengenal pasti motif wanita terbabit membunuh kedua-dua anaknya, namun saya tidak menolak kemungkinan dia mempunyai masalah mental,” katanya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Suami mangsa yang juga seorang tukang gunting bagaimanapun enggan ditemubual kerana masih bersedih ketika wartawan Harian Metro berkunjung ke rumahnya, semalam. Bagaimanapun, seorang ahli keluarga lelaki itu mengesahkan wanita terbabit mempunyai sejarah mental sejak kecil dan bergantung kepada ubat.

“Ini perkahwinan kedua wanita itu, sebelum ini dia tidak mempunyai apa-apa masalah dengan suami pertamanya dan kami kesal kenapa dia sanggup membunuh kedua-dua anaknya kerana mereka masih kecil,” katanya.

Sementara itu, jiran mangsa yang enggan dikenali mendakwa wanita terbabit tidak mengalami sebarang masalah, malah dia tidak pernah mendengar sebarang pertengkaran antara mereka suami isteri.

“Kami terkejut apabila dimaklumkan seorang jiran lain wanita terbabit membunuh anaknya dengan memasukkan racun dalam botol susu mereka,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Dynas Mokhtar buka butik penyusuan susu ibu

JIKA selebriti terkenal lain bimbang bentuk badan mereka berubah selepas melahirkan anak, pelakon dan pengacara jelita, Dynas Mokhtar pula bertuah kerana tubuhnya kini kembali langsing seperti dulu. Semuanya kerana dia menyusukan anaknya, Khyra Khalyssa, 10 bulan, dengan susu badan sepenuhnya.

“Saya memang merancang untuk memberi susu badan sepenuhnya kepada Khyra kerana susu ibu adalah makanan terbaik buatnya. Setakat ini, saya sudah berjaya menyusukan Khyra selama 10 bulan. Kalau kaum ibu mampu menyusukan anak mereka sehingga usia setahun pun sudah bagus untuk perkembangan kanak-kanak.

“Saya bukannya pakar dalam hal ini, tetapi apa yang saya tahu bayi yang menyusu badan antibodinya juga kuat dan tidak mudah dijangkiti penyakit kronik termasuk berat badan berlebihan. Jika bayi itu demam pun kerana tumbuh gigi saja yang juga perkara biasa dialami bayi dalam tempoh pembesaran awal mereka,” katanya.


Pemilik nama sebenar Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar, 28, ternyata cukup prihatin dengan penyusuan susu ibu di kalangan ibu muda di negara ini. Justeru, tidak hairanlah Dynas terpanggil mengusahakan butik berkaitan penyusuan susu ibu iaitu Dynas Nursing Attire (DNA) yang bakal beroperasi di The Curve, Damansara, Mac ini.

“Butik DNA menjual baju khas untuk kaum ibu menyusu badan, peralatan berkaitan menyusu badan seperti pam kecil dan beg ais. Baju menyusu ini juga boleh dipakai ke pejabat dan wanita tidak akan berasa malu untuk menyusukan anak mereka ketika bekerja. Mungkin ada kaum wanita malu untuk menyimpan susu badan mereka dalam peti sejuk di pejabat sebab itu kami jual beg khas untuk kemudahan menyimpan susu badan di pejabat. Terus terang, saya tidak faham jika ada segelintir wanita yang memberi alasan berdepan dengan masalah untuk menyusu badan kerana sudah ada pelbagai peralatan untuk kemudahan ibu menyusu bayi mereka,” katanya.

Kata Dynas yang juga duta produk pelangsingan badan Kunzense, dia juga merancang untuk menyusukan Khyra sehingga berusia dua tahun.

Gambar Dynas semasa mengandung

“Saya juga tidak terfikir untuk menyusukan Khyra dengan susu formula kerana khasiat susu ibu yang tidak ternilai. Tiada alasan buat kaum ibu tidak menyusukan anak mereka dengan susu badan jika tiada masalah kesihatan atau dia memang kurang susu,” katanya.

Tambah Dynas lagi, dia juga mendapat sokongan padu suaminya, Mohd Hafizy Hafiz untuk menyusukan Khyra dengan susu badan sepenuhnya. Suami menyokong apa yang terbaik untuk proses pembesaran Khyra. Saya juga dapat menurunkan berat badan dengan cepat, sejak menyusukan Khyra dengan susu badan sepenuhnya,” katanya.

Mengenai perkembangan bisnes butiknya, kata Dynas, fokusnya kini hanya pada butik DNA semata-mata.

“Sebenarnya, saya sudah membubarkan butik dengan Awal Ashaari iaitu D&A: Celebrity di Hartamas dan D&A Fashion Cafe yang diusahakan bersama rakan kongsi Adrina Osman sebelum ini. Begitu juga rakan kongsi dengan pusat beli-belah, Empire Shopping Gallery yang sudah dibubarkan,” katanya.
Majlis cukur jambul dan aqiqah puteri sulung milik Dynas dan suaminya, Mohd. Hafizi (Fizy), Khyra Khalyssa kelihatan comel dalam dress kecil labuh berwarna putih

Dynas timba pengalaman bekerja dengan Wan Hasliza

SELEPAS bergelar ibu, rezeki Dynas semakin murah dalam bidang lakonan. Telefilem terbaru lakonannya, Dan Sebenarnya (Dalam Mimpi Ada Realiti) terbitan KL Motion Picture Company. Kata Dynas, dia membawa watak pembantu bernama Hana yang juga kawan baik kepada watak utamanya, Maira (lakonan Sazzy Falak) dalam telefilem arahan Wan Hasliza itu.

“Saya terima tawaran berlakon dalam cerita ini kerana ingin bekerja dengan Wan Hasliza yang juga pengarah dan penulis skrip cerita itu sekali gus. Saya juga tidak pernah bekerja dengan Sazzy dan Nazril dalam drama sebelum ini dan ia pengalaman yang cukup mengagumkan dan lakonan mereka juga semula jadi.

“Cerita ini mengisahkan percintaan dalam mimpi Maira dan Doktor Harris (lakonan Nazril Idrus). Hana adalah anak orang kaya dan gadis yang ceria. Dia adalah tunang doktor Harris dan mereka putus apabila doktor itu bercinta dengan Maira yang ditemui dalam mimpinya itu,” katanya.

Pengalaman bekerja dengan Wan Hasliza pula, kata Dynas, dia pengarah yang cukup teliti dan mendalam serta tahu apa yang di mahukannya dalam cerita itu.

“Cerita itu akan menjadi 80 atau 90 peratus seperti yang dikehendakinya. Penggambaran cerita ini sudah selesai tahun lalu dan saya berharap peminat akan menonton cerita itu kerana ia adalah filem yang bagus dan jalan ceritanya juga menarik. Telefilem ini akan disiarkan pada 13 Mac ini, jam 10 malam di Saluran Astro Citra (saluran 131),” katanya.

Selain itu, Dynas juga baru selesai penggambaran drama Pengorbanan Terakhir juga arahan Wan Hasliza bergandingan dengan Hairie Othman untuk TV9.

“Ini antara skrip yang paling bagus pernah ditawarkan pada saya. Saya bawa watak utama Erin yang mengalami tekanan kerana sering keguguran dan apabila mengandung dia disahkan menghidap kanser ketika usia kandungannya mencecah lima bulan. Dia juga enggan menjalani kimoterapi kerana ingin melahirkan anaknya itu,” katanya.

Selain itu, Dynas juga berlakon dalam drama Cinta Antara Kita untuk Slot Akasia di TV3. Dia hanya mahu bawa watak pembantu dalam cerita diterajui Puteri Sarah dan Siti Elizad. Tidak ketinggalan, dia juga berlakon dalam Awan Dania musim baru dan menjadi hos Si Kecilku... Chakk!! yang disiarkan di TV3 sejak 5 Oktober lalu.

Dalam perkembangan lain, peminat Dynas juga boleh berhubung dengannya menerusi blog khusus DynasFanClub yang akan mengemaskini perkembangan karier seninya dan kelab itu turut merapatkan hubungannya dengan seluruh ahli termasuk dari Sabah dan Sarawak. Pada masa sama, dia merancang buat lebih banyak program amal bersama ahli kelabnya pada tahun ini.


Biodata Dynas Mokhtar

NAMA PENUH: Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar
ASAL: Petaling Jaya, Selangor
TARIKH LAHIR: 8 Mac 1983
PENDIDIKAN: Diploma Komunikasi Massa dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor
KERJAYA: Model, pengacara dan pelakon
STATUS: Berkahwin
NAMA SUAMI: Mohd Hafizy Hafiz
NAMA ANAK: Khyra Khalyssa, 10 bulan
DRAMA: Di Bawah Ketiak Isteri
FILEM: Apa Kata Hati, Dunia Baru The Movie, Impak Maksima, Kayangan, Haru Biru, Main-Main Cinta, I Know What U Did Last Raya dan Cinta Kolesterol
PROGRAM: Beat TV (2002-2004)
PENCAPAIAN: Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-21; Pelakon TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2007 dan 2008

Sumber: Harian Metro

Glass 3D wallpapers 2

Download wallpaper high definition (HD) yang bersaiz besar sesuai untuk dijadikan wallpaper desktop bagi laptop atau komputer anda. Sila klik untuk besarkan gambar dan right click untuk save image.








Nota Dahi: Semua wallpaper di upload sepenuhnya oleh wowberita.com. Jika ingin lihat lebih banyak wallpaper HD, anda boleh klik pada kategori Wallpaper HD ataupun sitemap dan pilih wallpaper kegemaran anda.

Gambar Belangkas