Wednesday, February 2, 2011

Kaki ku mula bengkak..

picture credit to pokcik google

Bukan hati yg bengkak tau, tapi kaki ni dah mula bengkak since ngandung 7 bulan lagi. mkin lama sangat tergantung kot. mana tak nya boleh kata satu hari gak la deena ngadap pc or notebook. bukan sebarang ngadap ekk.. mcm2 nk godek terutama update blog sendiri, blog pakej cuti2 langkawi, update fan zoom in langkawi , facebook, check email ( enquiry utk pakej percutian), pos jamu haa... (psst.. abang tolong poskan hehe..) ape yang penting sejak jadi surirumahtangga ni ada gak menda nak buat klu tak mau biol xpun makan otak di buat nya. :)

Kadang tak tau mana satu nak buat dulu, tapi keutamaan tentu la pada kerja dulu kan.. almaklum la kita bukan makan gaji tak sama waktu kerja dulu. cukup bulan cukup tahun masyukk.. so kena kerja kuat fokus dan konsisten..insyaallah..  caiyok !

Citer bab kaki bengkak tadi, agak2 dah xbleh tahan sgt deena rehat jap lunjur kaki sambil alas dengan bantal, baru lega skit rasa. malam plak sebelum tido alas lagi, bangun pagi bantal tah kemana kaki tah kemana.. :) 
sabor jer la... biasa la bila time ngandung ni mcm2 pe'el kuar, hangin satu badan, ngada nak minta orang manja kan kita, haihhh ! mcm2 la karenah.. so pada para suami tu byk2 la bersabor tahap dewa klu dapat bini pangai mcm tuh yer.. ;-) 


p/s: baby dlm peyut pun sokong sambil tendang lagi haaa... :)

Gambar yang membuatkan sakit mata

gambar mataGambar mata diatas memang best je kalau dipandang. Tapi apa yang berkenaan dengan tajuk diatas ialah gambar kat bawah ni. Gambar ni aku terjumpa masa duk layan internet petang tadi. Jom wat aktiviti memeningkan mata jap.

Gambar yang membuatkan sakit mata
Pening aku dibuatnya. Korang tak rasa ke?


AMARAN: Jangan tengok lama-lama gambar ni kerana dikhuatiri anda akan terkena sawan ayam. Minimum 5 saat je untuk sekali tengok.

Situasi Terkini Pelajar Malaysia di Mesir

Salam semua.
Risau dengan keadaan di Mesir, lebih-lebih lagi dengan situasi sebenar dan terkini pelajar kita di sana. Saya difahamkan ada lebih 20 ribu rakyat Malaysia di Mesir termasuk lebih 11 ribu pelajar Malaysia ... satu angka yang besar! Dan tentu sekali bila bercakap soal membawa balik dan memindahkan mereka menjadi satu isu ... kerana ia melibatkan angka yang besar .. belanja yang besar, namun sebagai rakyat Malaysia ... mereka punyai hak untuk dibawa pulang ke tanahair ...

Berikut adalah kenyataan akhbar dari menteri yang bertanggungjawab akan isu ini. Moga kerajaan kita bertindak sepatutnya .... jangan sampai ada cerita tidak enak mengenai mereka nanti. Dipetik dari Blog Mohamed Khaled Nordin - Menteri Pengajian Tinggi Malaysia.

KENYATAAN AKHBAR:  YB DATO’ SERI MOHAMED KHALED NORDIN, MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA MENGENAI KEADAAN DAN SITUASI TERKINI
PELAJAR-PELAJAR MALAYSIA DI REPUBLIK ARAB MESIR
2HB FEBRUARI 2011 (RABU)
___________________________________________________________________

1. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia mengambil maklum, prihatin serta bersimpati dengan keadaan sukar dan situasi getir yang dihadapi oleh para pelajar Malaysia yang kini berada di Republik Arab Mesir, selepas hari kesembilan berlakunya demonstrasi dan rusuhan oleh rakyat Mesir di sana.

2. Untuk makluman semua, mengikut rekod pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, di Mesir kini terdapat seramai 11,319 orang pelajar Malaysia yang sedang melanjutkan pengajian di republik tersebut. Jumlah ini termasuklah seramai 5,184 orang pelajar perubatan dan 6,135 orang pelajar yang melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang pengajian Islam.

3. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia melalui pejabat Jabatan Penuntut Malaysia (JPM) Kaherah sebelum ini telah melakukan hebahan nasihat keselamatan kepada semua pelajar agar mereka dapat menjauhkan diri daripada terlibat dengan aktiviti rusuhan dan demonstrasi oleh rakyat Mesir. Di samping itu juga, nasihat serta siaran hebahan telah diberikan kepada semua pelajar agar mereka sentiasa dan dapat mematuhi arahan keselamatan termasuklah arahan perintah berkurung (curfew) pada masa-masa yang ditetapkan. Selain daripada itu, semua pelajar Malaysia juga dinasihatkan agar dapat membuat persediaan penyimpanan makanan yang secukupnya bagi menghadapi saat-saat sukar di sana.

4. Sejak keadaan rusuhan kian meruncing serta tahap keselamatan pelajar Malaysia menjadi semakin membimbangkan, pihak JPM Kaherah telah memulakan usaha menempatkan para pelajar Malaysia dalam kumpulan yang lebih besar di beberapa tempat utama termasuklah di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah serta beberapa rumah negeri yang terdapat di sana. Langkah ini bertujuan untuk memastikan keselamatan para pelajar agar lebih terjamin, selain bagi memastikan perhubungan komunikasi antara mereka tidak terputus. Di samping itu juga, ketika berada di luar arahan perintah berkurung (curfew), pegawai-pegawai JPM Kaherah akan mengadakan kunjungan ke rumah-rumah pelajar Malaysia di sana bagi meninjau keadaan serta situasi pelajar Malaysia yang lain. Pegawai-pegawai JPM Kaherah seterusnya akan menyediakan laporan keadaan terkini kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia di Putrajaya. Buat masa ini, seramai lebih 7,000 orang pelajar telah dapat dihubungi dan diketahui keadaan mereka. Alhamdullilah, kesemua mereka kini berada dalam keadaan selamat dan terkawal tanpa mengalami apa-apa kecederaan dan tidak ada sebarang kematian yang melibatkan mereka. Langkah ini akan terus dilakukan sehinggalah kesemua nasib dan keadaan pelajar Malaysia di sana dapat diketahui.

5. Sementara itu, bagi memudahkan ibu bapa dan keluarga para pelajar untuk mendapatkan status serta kedudukan terkini mengenai anak-anak serta ahli keluarga mereka di Mesir, mereka bolehlah menghubungi pegawai-pegawai Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia seperti di bawah:-

1) Yang Berbahagia Prof Dr Rujhan Mustafa
Pemangu Ketua Pengarah
Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia
No. Telefon : +6019 – 270 8222
E-mel : mrujhan@mohe.gov.my

2) Yang Berusaha Dr Syed Alwee Shekh Alsagoff
Pengarah Bahagian Pemasaran Pendidikan
Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia
No telefon : +6019 – 752 0672
E-mel : alwee@mohe.gov.my

3) Encik Jamalulail Bin Abu Bakar
Ketua Penolong Pengarah Kanan
Unit Jabatan Penuntut Malaysia
Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia
No telefon : +6012 – 931 6172
E-mel : jamalulail@mohe.gov.my

6. Seperti mana yang Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah umumkan semalam (1 Februari 2011), Kerajaan Malaysia telah bersetuju untuk melakukan operasi menyelamatkan pelajar dan rakyat Malaysia di Republik Arab Mesir melalui udara dan juga laut. Pelajar dan rakyat Malaysia akan di bawa ke Jeddah, Arab Saudi bagi mendapatkan bantuan perlindungan serta tempat yang lebih selamat di Arab Saudi. Sehubungan dengan itu, kerjasama dan jasa baik daripada semua pihak amatlah diharapkan bagi memastikan urusan pemindahan berjalan dengan lancar dan sentiasa berada dalam keadaan selamat.

7. Pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia pada ketika ini telah dimaklumkan mengenai pengumuman cuti oleh beberapa buah universiti utama di sana. Cairo University menetapkan cuti selama 3 bulan; Universiti Al-Azhar selama 1 tahun; manakala Ain Shams University menetapkan cuti selama 6 bulan.


8. Pada ketika ini, pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia sentiasa berhubung dan mendapatkan nasihat daripada pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri untuk tindakan-tindakan selanjutnya diambil. Pihak Kementerian Pengajian Tinggi juga sentiasa berhubung dengan pihak Kementerian Luar, Wisma Putra, Kementerian Pertahanan dan beberapa agensi keselamatan lain bagi mendapatkan maklumat lengkap dan situasi terkini mengenai keadaan pelajar Malaysia di Mesir.

Disediakan oleh:-

Pejabat YB Menteri Pengajian Tinggi
Putrajaya
2 Februari 2011

Gambar bogel Maria Ozawa

gambar bogel maria ozawaSekali tengok Maria Ozawa a.k.a Miyabi ni memang cun melecun ibarat buah belimbing yang separuh masak. Betul ke tu? Tapi malangnya awek Jepun yang comel ni adalah bintang filem lucah yang paling terkenal di Jepun. Aku rasa semua kenal Maria Ozawa ni kan terutamanya REMAJA LELAKI...tetttt...

Amboi korang sebut je gambar bogel Maria Ozawa excited je korang nak tengok eh!!! Tak ada maknanya aku nat tayang gambar lucah dalam blog ni. Cukup la aku letak gambar-gambar comel Maria Ozawa kat sini untuk tatapan korang.

OK dah-dah cakap pasal gambar bogel Maria Ozawa. Kali ni aku ada gambar lawak je nak kongsi. Tapi gambar ni berkaitan dengan Maria Ozawa gak. Jom layan...

MIYABI + MR. BEAN = MIYABEAN

maria ozawa mr. bean
maria ozawa mr. bean
maria ozawa mr. bean

Gambar ni aku jumpa masa aku syok duk surf internet tadi (Indon punya forum). Amacam? Comel kan gambar yang kedua tu? Sape punya kerja la yang rajin pegi edit semua ni. Sebelum tu aku ada something untuk korang.

maria ozawa berbaju kebaya
Cun kan? Kalah Nora Danish wa cakap lu. Jangan cuba nak ngorat tau!


Nota Dahi: Selepas ni korang JANGAN pulak gatal tangan pergi cari gambar bogel Maria Ozawa kat internet tu. Kalau korang cari gak aku ketuk kepala tu!

Tuesday, February 1, 2011

Facebook FanPage rasmi wowberita.com

Hari ni bersamaan dengan hari Rabu 2/2/2011, wowberita.com telah secara rasminya menubuhkan "Official Fanpage" di Facebook untuk semua peminat dapatkan update bagi entry terbaru.

Fanpage ni aku namakan sebagai Tutorial Edit Gambar Tanpa Gunakan Photoshop. Nak tau kenapa? Korang tengok baru korang tahu ye.

Dalam Fanpage ni nanti, aku akan post pelbagai update terbaru dalam blog aku ni supaya mudah bagi warga Facebook nak tahu apa berita terbaru. Selain tu, aku akan post apa saja yang aku rasakan menarik sama ada gambar, video mahupun cerita lawak. Kalau korang nak promote link blog korang pun diizinkan tapi korang kena "LIKE" la dulu fanpage tu ye. Selamat menge'like' semuanya.



8 Tanaman Unik Yang Jarang Kita Lihat

Berikut adalah tanaman yang unik di alam semesta kita, namun saking unik dan langkanya, bentuknya terlihat menyeramkan, tetapi masih segar bila dipandang.

1. Bleeding Tooth Fungus (Jamur Gigi Berdarah)


Tumbuhan ini juga disebut stroberi dan krim, jus gigi merah, dan gigi iblis. Terlihat seperti keringat darah kan? Tumbuhan ini bisa dimakan


2. Chinese Black Batflowers (Bunga Kelelawar

Fenomena Menakjubkan Danau Gippsland di Australia

Berenang seharusnya memberikan suasana yang sehat bagi raga kita. Tetapi, belum tentu demikian halnya jika Anda berenang di kolam misterius ini. Kulit Anda bisa seketika berubah menjadi biru neon usai berenang di danau itu.


"Rasanya seperti kami sedang bermain dengan cat radioaktif," kata Phil Hart yang menangkap gambar fenomena aneh ketika teman-temannya muncul dari sebuah danau di suatu

Gambar Belangkas