Tuesday, February 1, 2011

Gunakanlah Toilet Sesuai Fungsinya

Isi postingan ini termasuk kategori 'disturbing post'. Gambar dalam postingan ini sangat bikin ngilu, apalagi bagi yang tidak terbiasa melihat sesuatu yang ekstrim seperti kepala pecah, luka sayat, orang digorok, dll. Tapi jika tidak masalah bagi Anda, silakan lanjut membaca. :)
Banyak orang ketika harus mempergunakan Lavatory Umum, terpaksa naik dan jongkok di atas WC duduk, untuk menghindari

Harga minyak dunia melambung ekoran rusuhan di Mesir

SINGAPURA: Harga minyak dunia di pasaran Asia melambung hari ini berikutan kebimbangan pergolakan di Mesir yang mungkin menjejaskan bekalan bahan mentah menerusi Terusan Suez.

Kontrak hadapan New York bagi minyak mentah bagi perbekalan Mac meningkat 37 sen kepada AS$89.71 setong pada pembukaan dagangan pagi ini. Kontrak hadapan minyak mentah Brent North Sea juga meningkat 18 sen kepada AS$99.60 setong.

“Harga yang meningkat ini adalah kesan daripada keadaan tidak stabil di Mesir dan kemungkinan urusan bekalan akan terjejas yang melalui Terusan Suez," kata Ben Westmore, pakar ekonomi bagi galian dan tenaga National Australia Bank di Melbourne.

Tom Bentz dari BNP Paribas berkata, kira-kira satu juta tong minyak mentah melalui Terusan Suez setiap hari ini.

“Wujud kebimbangan dalam bekalan minyak mentah yang mungkin terjejas dan ini memberi kesan kepada Eropah melebihi Amerika Syarikat," katanya. - AFP

Sumber: Berita Harian

Nota Dahi: Patut pun harga minyak RON97 naik lagi 10 sen semalam kepada RM2.50 seliter. Nasib baik aku tak pakai BMW. Huhu...ni adalah harga minyak semasa pada masa kini.




National Geographic online streaming

Channel ni sangat sesuai bagi golongan yang nak tambahkan ilmu tentang sains dan teknologi. Kalau langgan kat Astro mahal tau channel ni. Baik korang tengok online je lagi bagus. Aku pun kadang-kadang layan gak dokumentari dalam channel ni.

Sebelum tu korang kena download terlebih dahulu plugin Windows Media Player untuk firefox supaya korang boleh tengok TV secara online.



Nota Dahi: Pastikan korang ada internet yang betul-betul laju untuk streaming TV ni. Credits to NusaTV.com untuk TV online ni.

ESPN online streaming

Entry ni mesti ramai golongan lelaki yang minat sebabnya dapat tengok bola secara online lebih-lebih lagi EPL kan? Tapi channel ESPN ni aku tak pasti sama ke tak dengan yang dalam Astro tu. Korang cek la sendiri ye nanti. Kalau dapat tengok Formula 1 2011 nanti pun dah puas hati dah.

Sebelum tu korang kena download terlebih dahulu plugin Windows Media Player untuk firefox supaya korang boleh tengok TV secara online.



Nota Dahi: Pastikan korang ada internet yang betul-betul laju untuk streaming TV ni. Credits to NusaTV.com untuk TV online ni.

TV2 online streaming

Kalau entry sebelum ni pasal TV1 online, kali ni kita tukar channel lain plak ye. Tapi apa cerita yang best kat TV2 ye? Roda-Roda Kuala Lumpur ke? Apa-apa pun jom la kita layan dulu.

Sebelum tu korang kena download terlebih dahulu plugin Windows Media Player untuk firefox supaya korang boleh tengok TV secara online.



Nota Dahi: Pastikan korang ada internet yang betul-betul laju untuk streaming TV ni. Credits to NusaTV.com untuk TV online ni.

TV1 online streaming

Cerita apa yang best kat TV1 ye? Maklumlah aku ni jarang tengok TV ni lagi-lagi bila duduk asrama. Mana ada TV kat hostel. Tapi hari ni aku bawakan entry tentang TV online. Cukup la dapat tengok TV1 je ok. Selepas ni aku bagi korang layan EPL online plak ye.

Sebelum tu korang kena download terlebih dahulu plugin Windows Media Player untuk firefox supaya korang boleh tengok TV secara online.



Nota Dahi: Pastikan korang ada internet yang betul-betul laju untuk streaming TV ni. Credits to NusaTV.com untuk TV online ni.

Sejuta rakyat Mesir diminta sertai bantahan

KAHERAH: Satu pakatan pembangkang menggesa sejuta penduduk Mesir meningkatkan tekanan terhadap Presiden Hosni Mubarak melepaskan kuasa selewat-lewatnya Jumaat depan dengan keluar beramai-ramai memprotes di tengah ibu kota Kaherah mulai semalam.

Seramai 30 hingga 40 wakil pergerakan terbabit juga mendesak supaya mogok umum dilancarkan di seluruh negara itu bagi memaksa Mubarak berundur selepas 30 tahun berkuasa. Pakatan itu yang kebanyakannya pergerakan belia selain Ikhwanul Muslimin yang diharamkan, merancang untuk berarak dari Dataran Tahrir (Kemerdekaan) bagi memaksa Mubarak menyerah kuasa.

Jurucakap beberapa kumpulan terbabit berkata, wakil mereka berunding sejak petang semalam bagi membentuk strategi bersama menggulingkan Mubarak.
Mereka juga akan memutuskan sama ada pemenang anugerah Nobel, Mohamed ElBaradei akan dinamakan sebagai jurucakap penunjuk perasaan.

Ikhawanul Muslimin pula menyatakan bahawa ia tidak akan menerajui penentangan terhadap Mubarak. “Kami tidak mahu mengancam revolusi ini,” kata Mohamed Mahdi Alef, bekas pemimpin kanannya.

Mengulas tindakan mogok, salah seorang penaja bantahan, Israa Abdel-Fattah, berkata: “Kami tidak mahu keadaan pulih semula sehingga Mubarak tidak lagi memerintah. Kami mahu penduduk tidak bekerja hingga beliau berundur.”

Israa adalah pengasas kumpulan 6 April, pergerakan belia yang mendesak pembaharuan demokratik dilakukan sejak 2008.

Bank, sekolah dan pasaran saham ditutup buat hari kedua manakala ramai terpaksa berbaris di luar kedai roti untuk menambah bekalan.

Kawat berduri menutup laluan ke Dataran Tahrir dari jalan utama, kawasan plaza yang diduduki penunjuk perasaan sejak Jumaat lalu, menjadikannya pusat kempen menjatuhkan Mubarak yang dipersalahkan atas kemiskinan berleluasa, inflasi, sikap tak peduli pihak berkuasa dan penindasan ke atas penduduk.

Beribu-ribu orang berhimpun di dataran itu sejak awal pagi, ramai yang tidur di kawasan padang atau dalam khemah. Ramai yang mula tiba sejak awal lagi.

Anggota polis dan pengutip sampah juga muncul semula di jalan raya Kaherah manakala stesen kereta api bawah tanah dibuka semula selepas askar dan sukarelawan bersenjatakan cotar dan parang menjaga keamanan semalaman.

Sementara itu, stesen televisyen Al-Jazeera pula menyatakan, enam wartawannya sudah dibebaskan selepas ditahan sehari selepas televisyen itu diarah memberhentikan operasinya. – Agensi

Sumber: Berita Harian




Nota Dahi: Sampai bila isu pergolakan di Mesir ni nak berlarutan?

Gambar Belangkas