Tuesday, February 1, 2011

TV1 online streaming

Cerita apa yang best kat TV1 ye? Maklumlah aku ni jarang tengok TV ni lagi-lagi bila duduk asrama. Mana ada TV kat hostel. Tapi hari ni aku bawakan entry tentang TV online. Cukup la dapat tengok TV1 je ok. Selepas ni aku bagi korang layan EPL online plak ye.

Sebelum tu korang kena download terlebih dahulu plugin Windows Media Player untuk firefox supaya korang boleh tengok TV secara online.



Nota Dahi: Pastikan korang ada internet yang betul-betul laju untuk streaming TV ni. Credits to NusaTV.com untuk TV online ni.

Sejuta rakyat Mesir diminta sertai bantahan

KAHERAH: Satu pakatan pembangkang menggesa sejuta penduduk Mesir meningkatkan tekanan terhadap Presiden Hosni Mubarak melepaskan kuasa selewat-lewatnya Jumaat depan dengan keluar beramai-ramai memprotes di tengah ibu kota Kaherah mulai semalam.

Seramai 30 hingga 40 wakil pergerakan terbabit juga mendesak supaya mogok umum dilancarkan di seluruh negara itu bagi memaksa Mubarak berundur selepas 30 tahun berkuasa. Pakatan itu yang kebanyakannya pergerakan belia selain Ikhwanul Muslimin yang diharamkan, merancang untuk berarak dari Dataran Tahrir (Kemerdekaan) bagi memaksa Mubarak menyerah kuasa.

Jurucakap beberapa kumpulan terbabit berkata, wakil mereka berunding sejak petang semalam bagi membentuk strategi bersama menggulingkan Mubarak.
Mereka juga akan memutuskan sama ada pemenang anugerah Nobel, Mohamed ElBaradei akan dinamakan sebagai jurucakap penunjuk perasaan.

Ikhawanul Muslimin pula menyatakan bahawa ia tidak akan menerajui penentangan terhadap Mubarak. “Kami tidak mahu mengancam revolusi ini,” kata Mohamed Mahdi Alef, bekas pemimpin kanannya.

Mengulas tindakan mogok, salah seorang penaja bantahan, Israa Abdel-Fattah, berkata: “Kami tidak mahu keadaan pulih semula sehingga Mubarak tidak lagi memerintah. Kami mahu penduduk tidak bekerja hingga beliau berundur.”

Israa adalah pengasas kumpulan 6 April, pergerakan belia yang mendesak pembaharuan demokratik dilakukan sejak 2008.

Bank, sekolah dan pasaran saham ditutup buat hari kedua manakala ramai terpaksa berbaris di luar kedai roti untuk menambah bekalan.

Kawat berduri menutup laluan ke Dataran Tahrir dari jalan utama, kawasan plaza yang diduduki penunjuk perasaan sejak Jumaat lalu, menjadikannya pusat kempen menjatuhkan Mubarak yang dipersalahkan atas kemiskinan berleluasa, inflasi, sikap tak peduli pihak berkuasa dan penindasan ke atas penduduk.

Beribu-ribu orang berhimpun di dataran itu sejak awal pagi, ramai yang tidur di kawasan padang atau dalam khemah. Ramai yang mula tiba sejak awal lagi.

Anggota polis dan pengutip sampah juga muncul semula di jalan raya Kaherah manakala stesen kereta api bawah tanah dibuka semula selepas askar dan sukarelawan bersenjatakan cotar dan parang menjaga keamanan semalaman.

Sementara itu, stesen televisyen Al-Jazeera pula menyatakan, enam wartawannya sudah dibebaskan selepas ditahan sehari selepas televisyen itu diarah memberhentikan operasinya. – Agensi

Sumber: Berita Harian




Nota Dahi: Sampai bila isu pergolakan di Mesir ni nak berlarutan?

[Video] Pergolakan di Mesir

Ok pada hari ni aku nak update beberapa video tentang isu pergolakan di Mesir yang aku ambil dari youtube. Untuk update setiap masa bagi pelajar Malaysia di Mesir, anda boleh layari blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita.

Ada pelajar negara kita yang dirogol?


Kesemua video dibawah ni menceritakan segalanya betapa teruknya rusuhan yang berlaku ketika ini. Tapi sehingga hari ini, ianya sudah dapat dikawal di beberapa kawasan selepas pelbagai usaha dijalankan terutama pihak tentera yang turut membantu.








Untuk video selebihnya, anda boleh tengok semua video yang di upload oleh CitizenTube di youtube. Apa-apa pun aku doakan semua pelajar Malaysia semua selamat pulang ke tanah air secepat mungkin.

Rusuhan besar-besaran ni berlaku dengan tujuan untuk menggulingkan pemerintahan Hosni Mubarak yang dikatakan kejam sehingga membuatkan rakyat tidak berpuas hati dengan beliau. Sehingga hari ini huru-hara di Egypt masih berlaku antaranya kecurian yang berleluasa, balai polis ditawan dan senjata dirampas penduduk, kira-kira 5,000 banduan terlepas dari penjara, dan banyak lagi situasi yang boleh dikatakan berada pada tahap kuning.

Walaubagaimanapun, apa yang lebih membimbangkan ialah nasib pelajar Malaysia yang belajar disana kerana dengan keadaan rusuhan yang tidak kira waktu tu dikhuatiri boleh mengancam keselamatan mereka. Apapun pihak kerajaan sedang berusaha untuk membawa kesemua kira-kira lebih 10,000 pelajar Malaysia keluar dari zon pergolakan tersebut. Marilah sama-sama kita doakan keselamatan mereka.

Gambar terkini pergolakan di Mesir Part 1
Gambar terkini pergolakan di Mesir Part 2
Gambar terkini pergolakan di Mesir Part 3


Monday, January 31, 2011

Tutorial pasang CommentLuv di blogspot

Untuk pengetahun korang, aku dah pun pun tukar sistem komen kat blog aku ni kepada IntenseDebate. Kenapa aku guna IntenseDebate? Sebabnya ialah plugin CommentLuv macam yang korang tengok dalam gambar kat atas tu.

Selepas aku terbaca entry AriffShah tentang CommentLuv ni terdetik plak kat hati ni nak guna IntenseDebate. Banyak kelebihannya kalau guna IntenseDebate ni. Yang pertama, sistem komen ni sangat mudah dan kemas. Lagi satu yang paling penting dengan adanya CommentLuv, ini lebih menggalakkan orang lain untuk komen entry korang. Kenapa? Sebabnya disamping komen entry dapat la pelawat promote entry terbaru dalam blog diorang kan.

Kebiasaannya CommentLuv ni digunakan bagi blog yang Self-hosted Wordpress. Aku memang suka komen blog yang ada CommentLuv ni. Seperti blog Zonbebas.com ni, aku ada jugak dapat traffic hasil dari CommentLuv.

Ok hari ni aku nak ajar korang macamana nak letak IntenseDebate dalam blog korang dan pasang sekali CommentLuv tu. Korang follow je steps kat bawah ni ok.

1. Layari intensedebate.com dan sign up terlebih dahulu.
2. Bila dah daftar, sila login akaun IntenseDebate korang dan klik Install IntenseDebate.

3. Masukkan url blog korang seperti dibawah dan klik next step:


4. Korang akan jumpa page seperti dibawah. Klik sites > blog korang > plugins.


5. Cari plugin CommentLuv dan klik activate.


6. Bila plugin dah activate, tekan reinstall macam dalam gambar kat bawah:


7. Select installation type: Pilih template


8. Login akaun blogger korang. Dashboard > design > edit HTML. Sila tekan download full template. Kemudian korang perlu upload template tersebut dalam page seperti tutorial nombor 7.


9. Bila dah selesai upload akan keluar page seperti dibawah. Pada bahagian sebelah kiri (template install), korang copy code HTML dan paste kan ke blog korang (sebelah kanan).


10. Klik save template dan anda dah berjaya pasang IntenseDebate.


Nota Dahi: Diharap dengan adanya tutorial ni dapatlah membantu korang. Jika ada sebarang masalah untuk pasang IntenseDebate ni sila tinggalkan komen korang yerk. Rajin-rajinlah korang komen kat sini disamping dapat promote blog korang. Hehe...Selamat mencuba.

Angkot di Indonesia Yang Super Keren dan Mewah

Pernah naik angkot? Gimana rasanya? Yaa ada yang bilang panas, gerah, bau ketek, polusi, dll.
Tapi tahukah Anda? Ternyata di Indonesia tercinta ini ada angkot yang super keren dan mewah ala 2 Fast 2 Furious. Nah gitu deh. Mari lihat bersama-sama.


Eng ing eng...




Ada TV nya!



Extraordinary...




Audio Visualnya..ckckck...

Semoga angkot-nya membawa berkah ya bang.....Amin.....
hehe

Lori berbogel di tengah jalan

Apa yang korang nampak dengan gambar kat atas? Mestilah sebuah lori kan? Tak kan la nampak 'kereta labi' kot. Hakhakhak...Entry kali ni memang berkaitan dengan lori tapi apa yang istimewanya ialah apabila lori tu berbogel!!!

Amboi korang sebut pasal bogel je cepat nak tengok eh! Kalau gambar kat atas tu aku boleh kategorikan sebagai lori yang cukup sifat (normal la orang cakap). Tapi macamana plak bila lori berbogel? Haha...tengok la kat bawah ni:

Lori ni aku boleh kategorikan sebagai separuh bogel je


Ni lah yang aku kata lori bogel tu. Sakit perut aku tengok gambar ni. Credits to seorang member aku yang kacak sebab kongsi gambar ni.


Gambar hiasan: Kuat giler kan budak ni?


Sunday, January 30, 2011

Keputusan peraduan teka jumlah duit syiling

Korang ingat lagi tak post sebelum ni tentang peraduan teka jumlah duit syiling. BUKAN anjuran wowberita.com tapi blog aku yang satu lagi. Ok straight to the point la yerk.

Semalam adalah hari terakhir peraduan tu berlangsung. Hari ni aku nak umumkan siapa pemenang. Sebelum tu blog yang aku anjurkan peraduan ni korang boleh tengok kat sini. Saje je aku nak umumkan kat sini sebab nak bagi backlink lagi kat peserta. Walaupun hanya 21 orang yang join tapi aku tetap berpuas hati gak. Nak tahu berapa jawapannya? Tengok gambar bawah ni:
Jumlah duit syiling: RM11.95


Berikut adalah senarai peserta yang join peraduan ni:
1. Cikanna - RM18.50
2. Atok - RM6.87
3. Cute Mum - RM9.87
4. Nadratul - RM9.73
5. Nana - RM10.21
6. Fa10 - RM18.73
7. Shera Haifa - RM18.74
8. Myra Jay - RM13.58
9. Azwan Salleh - RM4.57
10. Nanakimie - RM8.83
11. Bambam - RM18.82
12. Cik Puan Hady - RM11.51
13. Aanie - RM9.20
14. Sissyira - RM9.60
15. Pago" - RM13.00
16. Tiefazatie - RM11.11
17. Miza Yusuf - RM11.21
18. Miera Momo Chan - RM12.00
19. Attoae - RM7.75
20. Shaizhar - RM11.11
21. Amie Amisya - RM13.12

Nampaknya tak ada pun yang jawab paling tepat iaitu RM11.95 so tak perlu la aku keluarkan duit untuk beli BMW M5 kan? Hakhakhak...dengan itu aku ambil jawapan yang paling hampit ok. Pemenang adalah seperti berikut:

Hadiah utama: 2 Pemenang
Topup RM10 + Iklan banner bersaiz 250x250 px selama sebulan - banner boleh guna yang sendiri punya ataupun saya akan buatkan secara PERCUMA
1. Miera Momo Chan - RM12.00
2. Cik Puan Hady - RM11.51

HADIAH SAGUHATI: 10 Pemenang
Iklan banner bersaiz 160x80 px selama sebulan - banner anda perlu sediakan, iklan bertempat di sidebar blog
1. Miza Yusuf - RM11.21
2. Tiefazatie - RM11.11
3. Shaizhar - RM11.11
4. Pago" - RM13.00
5. Amie Amisya - RM13.12
6. Myra Jay - RM13.58
7. Nana - RM10.21
8. Cute Mum - RM9.87
9. Nadratul - RM9.73
10. Sissyira - RM9.60

Tahniah kepada semua pemenang dan kepada yang tak berjaya tu jangan bersedih ok. Anda dah pun teka jawapan yang terbaik. Selepas ni ada contest baru yang akan dianjurkan oleh blog ni. Jangan lupa join yerk.

Nota untuk pemenang:
1. Bagi pemenang hadiah utama, sila emelkan URL banner/blog (kalau nak guna banner sendiri) ataupun aku tolong buatkan (simple je la) bersaiz 250x250 px dan NOMBOR TELEFON korang untuk aku topup.
2. Bagi pemenang hadiah saguhati, sila emelkan URL banner/blog korang yerk. Banner akan di-rezise ke 160x80 px.
3. Email aku: kam_pungboy@yahoo.com
4. Banner korang bukan diletak dalam blog ni tapi kat: http://free-iklan2u.blogspot.com
5. Banner korang akan sah sehingga akhir bulan Februari nanti.

Gambar Belangkas