Saturday, January 29, 2011

Khairul Fahmi dinobat pemain terbaik perlawanan

KELANTAN terus mencipta sejarah, kali ini berjaya menjuarai Piala Sultan Ahmad Shah buat kali pertama setelah menewaskan Selangor 2-0 di Stadium Shah Alam malam tadi.

Jaringan penalti Norshahrul Idlan Talaha dan sepakan percuma Badhri Radzi sudah cukup untuk menggagalkan hasrat Selangor meraih kejuaraan sumbangsih itu buat kali ketiga berturut-turut.

Tuah jurulatih baru, Datuk M. Karathu membawa kejayaan kepada Kelantan manakala aksi pemain Selangor kendalian K. Devan tampak lesu dan serba tidak menjadi. Perlawanan yang dimeriahkan dengan kehadiran 35,000 penonton itu, menyaksikan Kelantan mendahului seawal minit kelapan menerusi sepakan penalti Norshahrul setelah bek kanan Selangor, Razman Roslan menjatuhkan Nurul Azwan Roya.

Tertekan dengan jaringan awal itu, Selangor cuba bangkit dan mendapat peluang terbaik pada minit ke-31 menerusi tandukan Safee Sali tetapi sekadar menggegar palang gol Kelantan.

Sebaik babak kedua bermula, Selangor memasukkan Fitri Shazwan Raduwan menggantikan Safiq Rahim manakala Kelantan pula memasukkan Khairul Izuan Rosli menggantikan Danial Fadzly Abdullah pada minit ke-58. Permainan terhenti hampir 10 minit pada minit ke-62 setelah penyokong Kelantan bertindak membaling botol minuman dan mercun ke arah padang.

Begitupun ia tidak menghalang Kelantan untuk mendapatkan gol kedua pada minit ke-83 menerusi sepakan percuma Badhri dari sebelah kiri yang gagal diagak dengan baik penjaga gol Selangor, Iqbal Suhaimi. Jaringan tersebut terus mematikan langkah Selangor meskipun terus menggandakan asakan untuk mencari gol.

Trofi kejuaraan disampaikan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah diiringi Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Tan Sri Khalid Ibrahim dan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa.

“Turun selaku juara Piala Malaysia, tekanan hebat terpaksa dipikul Kelantan. Tapi para pemain telah menunjukkan keyakinan diri yang tinggi. Ini merupakan kali pertama Kelantan muncul juara dan saya hadiahkan piala ini buat seluruh penyokong setia Kelantan," kata Karathu.

Devan pula berkata: “Gol awal Kelantan menerusi sepakan penalti telah mematikan rentak permainan kami.” Pada perlawanan tersebut, penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat yang beraksi cemerlang telah dipilih sebagai Pemain Terbaik Astro.

Sumber: Kosmo



Nota Dahi: Apa-apa hal pun aku tetap sokong Kelantan malam tadi. Hakhakhak...Banyakkan bersabar la yerk penyokong Selangor. Safee Sali mungkin tak cukup rehat lagi tu.

Buang bayi dalam longkang

BATU PAHAT: “Berderau darah saya apabila melihat sekujur tubuh bayi dengan kesan darah di dalam longkang yang belum siap sedalam hampir setengah meter.

“Apabila menghampiri longkang berkenaan, saya dapati bayi lelaki itu dalam keadaan bogel dan mengereng, lengkap dengan tali pusat dan uri yang belum dipotong,” kata pekerja kontrak, Hamid Marsuki, 43 yang menemui mayat itu dalam longkang yang masih dalam pembinaan di sebuah rumah di Jalan Mekar 5, Taman Mekar, Ayer Hitam, dekat sini, semalam.

Menurut Hamid, dia merasakan ibu bapa bayi berkenaan mungkin membuang bayi itu pada lewat malam atau awal pagi semalam kerana pada jam 8 pagi hingga 10 pagi kelmarin, mereka masih menjalankan tugas membina longkang dan tembok rumah di kawasan itu.

Mayat bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan itu disyaki dibuang tanpa belas kasihan apabila ibu bapa bayi tidak membalut kain pada bayi itu dan meletakkannya ke dalam longkang yang mengalirkan air.

Keadaan itu menyebabkan bayi berkenaan maut dipercayai akibat kesejukan atau lemas akibat air di dalam longkang. Hamid berkata, dia melihat mayat bayi itu pada kira-kira jam 8.10 pagi ketika ingin menyambung semula tugas pembinaan longkang di kawasan rumah berkenaan.

Menurutnya, sejurus melihat jenazah berkenaan dia terus menghubungi balai polis berhampiran sebelum sepasukan polis menjalankan siasatan dan mengambil mayat bayi untuk siasatan.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd Aris berkata, sepasukan polis dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima laporan. Katanya, mayat bayi lelaki cukup sifat itu ditemui dengan tali pusat serta uri belum dipotong dan dihantar ke Hospital Batu Pahat untuk bedah siasat.

Menurutnya, berdasarkan keadaan mayat, pihaknya percaya bayi itu dibuang dalam tempoh 24 jam lalu dan tiada kecederaan lain ditemui padanya. “Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan cuba membuang bayi, di mana jika sabit kesalahan seseorang itu boleh dipenjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

“Berikutan itu, sesiapa yang tahu atau melihat kejadian ini diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Nota Dahi: Bengong betul la manusia yang buat kerja ni. Memang tak ada perasaan langsung. Dah tahu buat tapi tak nak bertanggungjawab plak. Apa yang korang rasa patut dibuat dengan golongan yang macam tiada akal ni?

Redah 600km hadiri uji bakat Akademi Fantasia 9

KOTA KINABALU: Perjalanan 10 jam menaiki bas tidak menghalang seorang pengawal peribadi berusia 42 tahun menghadiri uji bakat Akademi Fantasia musim ke-9 (AF9) di sebuah hotel di bandar raya ini, semalam.

Kesanggupan Ariffin Jaafar menempuh perjalanan hampir 600 kilometer dari Tawau berbaloi apabila terpilih ke peringkat seterusnya, sekali gus membuka peluang kepadanya menjadi peserta program realiti berkenaan.

“Walaupun berusia, semangat untuk menyertai program ini menyebabkan saya sanggup datang dari jauh dan bersyukur terpilih ke peringkat seterusnya. Saya pernah menghadiri uji bakat AF7 pada 2009 namun tidak bernasib baik apabila gagal pada peringkat pertama lagi,” katanya.

Ariffin berkata, walaupun usianya dianggap ‘senior’ berbanding calon lain yang rata-rata berusia awal 20-an, perkara itu bukan penghalang besar baginya.


“Saya memang minat menyanyi sejak kecil dan menjadi impian saya untuk menyertai program ini sejak diperkenalkan kira-kira lapan tahun lalu,” katanya.

Seorang lagi calon terpilih ke peringkat seterusnya, Romanizam Awang Ali, 27, tidak menyangka dipilih kerana hanya menghadiri uji bakat secara suka-suka.

“Saya juga tidak pernah menyanyi di khalayak ramai dan gementar apabila diarah menyanyikan pelbagai jenis lagu oleh juri. Ini kali pertama saya menghadiri uji bakat AF dan terpilih ke peringkat seterusnya,” katanya.


Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Resza Azmi berkata, hampir 2,000 calon menghadiri uji bakat yang diadakan selama tiga hari bermula kelmarin. “Hari ini (semalam), hampir 1,000 calon hadir dan bilangannya dijangka meningkat pada hari terakhir esok (hari ini).

Sumber: Harian Metro

Nota Dahi: Tak faham betul aku. Apa sangat la yang diorang dapat kalau berjaya masuk Akademi Fantasia tu. Konon nak popular cepat la kan. Tapi bagi aku baik cari kerja yang lebih bermanfaat daripada masuk AF ni. 2000 calon hadir untuk uji bakat AF9 tapi berapakah yang hadir semasa ceramah agama? Korang fikirlah sebaiknya.

'Cikgu Siti' yang comel ni pun nak uji bakat AF gak ke?


RM76 Juta kutipan tiket filem tempatan tahun 2010

KUALA LUMPUR 29 Jan. - Industri perfileman tempatan mencatatkan perkembangan sihat apabila mengutip sebanyak RM76 juta hasil jualan tiket 29 filem cereka tempatan yang ditayangkan di seluruh negara tahun lalu.

Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan), Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Mohamed Mohd. Daud berkata, ia hasil galakan serta pelbagai aktiviti anjuran kementerian tersebut.

"Tayangan 29 filem itu ditonton seramai sembilan juta penonton. Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) yang terletak di bawah kementerian juga misalnya telah menganjurkan Program Merakyatkan Filem (PMF).

"Dengan menayangkan 45 filem secara percuma di pawagam Coliseum sejak 2006, ia telah ditonton lebih 10,000 penonton. Program yang diadakan setiap Sabtu minggu keempat setiap bulan itu salah satu galakan untuk menonton filem.

"Aktiviti seperti itu sedikit sebanyak membantu mempertingkatkan jumlah penonton filem Melayu," katanya sewaktu ditemui selepas majlis ulang tahun kelima PMF di pawagam Coliseum di Jalan Tunku Abdul Rahman di sini hari ini.

Pada majlis yang turut dihadiri Ketua Pengarah Finas, Mohd. Mahyidin Mustakim itu, turut ditayangkan filem Azura lakonan Fauziah Datuk Ahmad Daud dan Jamal Abdillah yang popular pada 1984.

Menurut Mohamed, ekoran sambutan PMF yang memberangsangkan itu, Finas katanya, akan memperluaskan program tersebut ke seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

"Kami akan berusaha untuk memperluaskan program ini ke seluruh negara termasuklah Sabah, Sarawak dan negeri-negeri yang tiada pawagam seperti Kelantan dan Perlis tidak lama lagi bagi mencapai objektif itu," ujarnya.

"Untuk negeri-negeri yang tiada pawagam kita akan tayangkan filem dalam dewan ataupun dirikan sahaja wayang pacak di kawasan-kawasan luar bandar supaya filem kita dapat ditonton di seluruh negara," ujarnya.

Sumber: Utusan Online

Antara filem terlaris tahun 2010:

1. Hantu Kak Limah Balik Rumah - Kutipan melebihi RM6 juta


2. Ngangkung - Kutipan dikatakan mencapai RM10 juta


3. Adnan Sempit - Kutipan RM7.66 juta


4. Evolusi KL Drift 2 - Kutipan RM5.67 juta


5. Lagenda Budak Setan - Kutipan RM4.28 juta


6. Jangan Pandang Belakang Congkak 2 - Kutipan RM4.23 juta


Nota Dahi: Kuat betul aura Shaheizy Sam ni yerk. Sampai filem Adnan Sempit dan Ngangkung jadi antara filem terlaris sepanjang tahun 2010. Memang layak la beliau menang anugerah khas Yasmin Ahmad pada Anugerah Skrin 2010 yang berlangsung pada 25 Disember 2010 yang lepas. Filem 2 Alam macamana pulak? Dah mencecah RM40 juta ke? Kahkahkah...

Poster filem 2 Alam yang dikatakan meniru poster Exorcism


Mangsa renjatan kabel elektrik potong kaki kiri

KUALA LUMPUR - Kaki kiri mangsa renjatan kabel elektrik bervoltan tinggi, Muhamad Hairuman Miskon telah dipotong dalam satu pembedahan lebih tujuh jam di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini semalam.

Dia yang memasuki dewan bedah HKL tepat pukul 9.30 pagi itu terpaksa menjalani pemotongan kaki tersebut atas faktor perubatan. Menurut kakaknya, Maryuni Miskon (gambar), 32, pembedahan yang dijalankan memakan masa lebih daripada tujuh jam.

"Setelah kaki Hairuman dipotong, pembedahan plastik pula dilakukan bagi menutup bahagian luka di kaki kanan dengan kulit yang masih elok. "Faktor itu menyebabkan pembedahan yang dilakukan mengambil masa yang lama dan sepanjang pembedahan kami sekeluarga sentiasa berdebar-debar," katanya ketika dihubungi semalam.

Sumber: Kosmo

Nota Dahi: Untuk pengetahuan korang, Hairuman sebelum ni telahpun memotong kedua-dua tangan beliau atas nasihat doktor. Oleh itu marilah kita sama-sama doakan agar Hairuman cepat sembuh dan sihat seperti sedia kala. Jika korang ingin membantu Hairuman untuk membiayai kos perubatan, sila berhubung dengan kakak beliau seperti dibawah:

Maryuni Binti Miskon
No.28 Jln Desa Mawar 2/11, Seksyen 2, Tmn Desa Mawar, 45500 Tanjong Karang, Selangor
No. Telefon: 0183807867
No. Akaun Maybank 162030632448 (Maryuni Bt Miskon - kakak Hairuman)


Maryuni Miskon - Kakak Hairuman


Tags: Mangsa renjatan kabel elektrik, Mangsa renjatan kabel elektrik potong tangan, muhammad hairuman Mangsa renjatan kabel elektrik, bantuan segera Mangsa renjatan kabel elektrik hairuman, hulurkan bantuan kewangan untuk hairuman, berita Mangsa renjatan kabel elektrik, gambar Mangsa renjatan kabel elektrik, derita Mangsa renjatan kabel elektrik, siapa Mangsa renjatan kabel elektrik, siapa hairuman

Tabung

Bagaimana kita menanam sikap suka menderma dalam diri anak-anak kita?
Ada banyak cara, salah satu cara yang saya lakukan dengan anak-anak saya...
saya akan letak sebuah tabung derma Palestin di rumah... 
saya selalu ingatkan anak-anak saya... agar memasukkan duit lebihan belanja sekolah (walaupun 5 sen) ke dalam tabung tersebut... sikit-sikit, lama- lama menjadi bukit...

Saya akan bercerita kepada mereka, berapa kita bertuah kerana apa kita hendak makan, semua ada... ada duit umi dan abi beri untuk belanja ke sekolah..sedangkan ada ramai lagi orang yang kurang dari kita... sebab itu mereka kena kurangkan membeli "jajan" selepas sekolah... jika ada duit lebih, bawa balik dan simpan dalam tabung ini...
Sebentar tadi saya rasa tabung itu sudah berat... 
Alhamdulillah..boleh lah di beri kepada pihak yang berkenaan...

Friday, January 28, 2011

Membongkar Misteri Dajjal Bhg 2

Dajjal Adalah Manusia

Perkataan Dajjal sudah termaktub dalam minda setiap muslim bahawa ia berkaitan dengan kejahatan dan manusia akhir zaman. Bahkan bila seseorang itu marah, lantas ia bisa menyebut terus perkataan “Dajjal” itu. Dan kejahatan Dajjal ini tidak disukai juga oleh orang yang engkar arahan Allah.

Cuba anda panggil seorang yang tidak pernah sembahyang dengan gelaran Dajjal, pasti orang termasuk akan marah. Yakni, umat Islam yang kufur juga menganggap Dajjal adalah seteruk-teruk manusia.

Persoalannya, siapa Dajjal itu? di mana ia tinggal? atau wujudkah dia?. Saya akan menjawab soalan ketiga iaitu, dia adalah makhluk yang memang wujud, serta kewujudan adalah sebagai makhluk yang bernama manusia bukannya gelaran bagi sesuatu kelompok manusia atau pertubuhan atau fahaman. Ya, ianya memang seorang manusia.

Apa buktinya? Untuk membuktikan Dajjal adalah manusia, ada dua perkara yang perlu kita baca, kaji dan fahami. Saya ulang sekali lagi, BACA, KAJI dan FAHAMI. Pertama sekali kita perlu baca hadith-hadith yang berkaitan. Setiap hadith membolehkan kita membuat dua tanggapan tentang Dajjal, iaitu tanggapan Dajjal itu sebagai manusia dan kedua tanggapan Dajjal itu sebagai sebuah fahaman atau sikap. Dan ini adalah perkara biasa, sememangnya hadith itu mengandungi makna tersirat yang perlu dibahas oleh umat Islam.

Menganggap Dajjal adalah Sebuah Konsep, Pertubuhan atau Pemikiran Adalah Salah 

Bagi sebahagian orang Muslim, mereka beranggapan perkataan Dajjal yang selalu Rasulullah sebutkan adalah merujuk kepada sebuah sistem, gaya pemikiran, ideologi, konsep pemerintahan, jenis pertubuhan dan sebagainya. Anggapan seperti ini adalah salah sama sekali. Kita ambil contoh sebuah hipotesis, Dajjal adalah sebuah sistem pemerintahan. Saya tidak bersetuju sama sekali tetapi jika dikatakan Dajjal mencipta sebuah sistem pemerintahan, saya bersetuju.

Dan saya juga bersetuju Dajjal tidak menggunakan nama Dajjal untuk hidup di tengah-tengah manusia, kerana dia sendiri tahu nama Dajjal itu sudah popular dikalangan umat Islam. Dajjal sudah pasti, dan memang PASTI akan menggunakan nama lain untuk mengkaburi mata masyarakat dunia.

Jika Dajjal muncul dengan menggunakan nama asalnya iaitu DAJJAL, tidak perlulah Rasululllah bersabda panjang lebar dalam pelbagai hadith, cukup sekadar satu hadith saja. Rasulullah bersabda tentang Dajjal dengan banyaknya disamping memberikan ciri-ciri fizikal sekali kerana Dajjal itu sukar dikenali. Maka gunanya hadith-hadith yang banyak itu ialah untuk mengenal ia dengan tepat. 

Hipotesis 1 : Dajjal sebagai konsep atau sistem 

Jika benar Dajjal bukan seorang manusia, dan dia adalah simbolik kepada suatu konsep atau sistem, cuba kita baca hadith di bawah. Saya percaya, orang yang menganggap Dajjal sebagai suatu konsep tidak mampu mentafsir hadith ini. Dan tiada nabi, sahabat, ulama atau imam mengatakan Dajjal itu sebuah sistem. 

Hadith Panjang Yang Membatalkan Hujah Hipotesis 1 

(Di sini saya hanya ambil sebahagian potongan hadith panjang itu) . Perkataan yang diwarnakan BIRU adalah hadith, manakala perkataan berwarna MERAH adalah dialog yang ditutur oleh Dajjal dalam hadith Rasulullah. 

Fatimah r.a berkata, “…..maka aku pergi ke masjid dan menunaikan solat bersama Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam pada barisan wanita yang berada tepat di belakang kaum itu. Setelah menyelesaikan solatnya, Rasulullah SAW duduk di mimbar. Sambil tersenyum baginda bersabda; “Hendaklah setiap orang tinggal di tempat solatnya. Selanjutnya beliau bersabda, “Apakah kamu semua mengetahui sebab aku mengumpulkan kamu?”

Mereka menjawab, “Hanya Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui.”

Baginda bersabda, “Sesungguhnya aku tidak mengumpulkan kamu semua bukan kerana ada pengharapan atau ketakutan. Melainkan aku mengumpulkan kamu semua oleh sebab Tamim ad-Dari, yang dahulunya seorang Nasrani, datang berbai’at untuk masuk Islam. Ia menceritakan kepada ku seperti apa yang telah aku sampaikan kepada kamu tentang Dajjal. Ia menceritakan kepada bahawa ia mengendarani sebuah kapal bersama tiga puluh orang dari Lakham dan Judzam. Mereka dipermainkan ombak selama sebulan di laut. Lantas mereka berlabuh di suatu pulau di laut itu sampai terbenam matahari. Mereka duduk-duduk di pantai dekat perahu.”

“Lalu mereka naik ke pulau itu. Maka mereka didatangi seekor binatang  yang banyak bulunya, yang mereka tidak dapat membezakan mana bahagian depan dan mana bahagian belakang. Mereka berkata;

“Celaka kamu, apakah kamu ini?”

Binatang itu menjawab; “Aku adalah mata-mata.”

Mereka bertanya, “Mata-mata apa?”

kemudian ia menjawab, “Wahai kaum, pergilah kepada orang yang berada di dalam gua, kerana ia merindukan berita dari kamu.”

Tamim ad-Dari berkata, “Ketika binatang itu menyebutkan kepada kami seseorang, kami meninggalkannya kerana mungkin ia adalah syaitan perempuan.”

Selanjutnya ia berkata, “Lalu kami berangkat segera hingga memasuki gua. Tiba-tiba di dalamnya ada seorang manusia yang paling besar badannya dan diikat dengan rantai yang kuat. Kedua tangan dan lehernya disatukan dan diikat dengan besi hingga ke dua mata kakinya. Kami katakan,…”

“Celaka kamu, makhluk apakah kamu ini?”
Ia menjawab, “Kamu semua telah mengetahui perihalku, kini beritahukan kepadaku, siapakah kamu ini?” 

(saya ringkaskan hadith ini)
“…..maka kami pun bersegera menjumpai mu. Kami takut pada binatang itu, dan kam tidak tenang, jangan-jangan ia adalah syaitan betina.”

Orang itu (Dajjal) berkata, “Beritahukan kepada ku tentang kurma Baisan?” 

“Tentang apakah yang ingin engkau tanyakan?” 

“Aku bertanya kepada kamu, apakah kurma itu hampir tidak akan berbuah?” 

“Ya…”

Lalu ia berkata lagi, “Beritahukan kepadaku tentang Tasik Tabriyah.” 

“Tentang apakah yang hendak engkau tanyakan?”, 

“Apakah tasik itu masih berair?” 

(Saya berhentikan hadith ini di sini sahaja untuk penelitian) 

Nah, bagi mereka-mereka yang beranggapan Dajjal adalah seperti Hipotesis 1, sila tafsirkan hadith ini dengan kaedah “mengandaikan” Dajjal sebagai suatu sistem. Bolehkah anda tafsirkan ia? Mana mungkin anda boleh. Jika benar Dajjal itu tidak wujud dan bukan manusia, habis! dengan siapa Tamim ad-Dari bercakap? Adakah Tamim ad-Dari bercakap dengan sebuah SISTEM? Mungkin orang yang berpegang dengan Hipotesis 1 akan berkata begini?

Tamim ad-Dari pergi ke suatu kawasan dan hidup di kawasan itu dengan pemerintahnya menjalankan sistem diktator….bla…bla.. kemudian Tamim ad-Dari kembali ke Madinah dan menceritakan peristiwa hidupnya di kawasan ‘itu’ dengan menggunakan gaya bahasa KIASAN kerana orang zaman dahulu suka bersyair dan bermadah.”

Jika ini jawapan dari kelompok pendokong Hipotesis 1, ini bermakna Rasulullah juga berbahasa kiasan dalam menceritakan hal ehwal Dajjal. Jika Rasulullah bersabda secara kiasan tentang Dajjal, mengapa hadith lain tentang Iblis tidak dianggap kiasan? Mengapa kita percaya Iblis itu ada walaupun kita tidak nampak? sedangkan Dajjal pula kita tidak percaya ia wujud?

Adalah kekuasaan Allah untuk melakukan sesuatu perkara yang di luar jangkaan manusia. Sekiranya ada makhluk berumur panjang seperti jin dan syaitan boleh dicipta adalah tidak mustahil Dajjal juga mampu dicipta Allah. 

Hipotesis 2 : Dajjal Adalah Manusia Berumur Panjang?

Hujahnya adalah mudah. Semua hadith menceritakan Dajjal sebagai seorang manusia. Cuma apa yang tidak digambarkan ialah Dajjal sebagai bapa konspirasi (konspirasi atau fitnah Dajjal tidak disabdakan dengan teliti oleh Rasulullah dengan tujuan untuk kita berfikir tentangnya). Untuk membuktikan Dajjal adalah manusia dan memang wujud hidup sehingga sekarang. Ianya boleh dibuktikan dengan 2 perkara. 

Pertama : Hadith-hadith Rasulullah 

Kedua : Sejarah dunia.

Bukti melalui hadith tidak perlu saya huraikan panjang lebar kerana anda boleh baca sendiri di kebanyakan blog-blog di internet tentang Dajjal.
Abu Hurayrah meriwayatkan bahwa Nabi saw. bersabda: "Hari Kiamat tidak akan datang hingga 30 Dajjal (pendusta) muncul, mereka semua berdusta tentang Allah dan Rasul-Nya. "
saibaba2123

Rasanya ramai yang mengenali Sai Baba yang kononnya dikatakan sebagai jelmaan Dajjal. Beberapa pembaca dan pengembara tanpa segan silu telah membenarkan kata masing-masing tanpa merujuk dahulu hadith-hadith sahih dan situasi masa kini. Oleh itu, tidak hairanlah bahawa Sai Baba yang terdapat hanya 30 peratus ciri-ciri fizikal Dajjal telah dianggap sebagai Dajjal. 

Siapakah Sai Baba? 

Sebelum melangkah lebih jauh, kita lihat dahulu siapakah sebenarnya Sai Baba. Nama sebenar beliau ialah Sathyanarayana Raju telah dilahirkan pada 23 November 1927. Sai Baba berasal dari Selatan India, sebuah kampung yang bernama Puttaparthi yang terletak dalam daerah Anantapur. Semenjak kecil lagi beliau dilihat sebagai budak yang keramat dan amat alim dalam agamanya.

Keajaiban Sai Baba dikatakan bermula sebelum ibunya mengandungkannya. Menurut cerita, sebelum mengandungkannya ibunya telah bermimpi melihat tuhan Hindu yang bernama Sathyanarayana. Easwarrama memberitahu suaminya telah dia telah mengandung selepas bermimpi melihat tuhan. Dia (ibu Sai Baba) juga mendakwa semasa mimpikan Tuhannya, dia telah melihat suatu cahaya biru datang ke arahnya dan bersatu dengan badannya. Maka disebabkan itu, dia menyimpulkan bahawa itu adalah roh pemberian tuhan Hindu ke dalam kandungannya. Selepas kelahirannya juga, orang-orang kampug mendakwa telah melihat beberapa ekor ular tedung (binatang suci orang Hindu) berkeliaran di luar rumah Sai Baba. 

Ciri-Ciri Persamaan Sai Baba Dengan Dajjal
  • Berambut kerinting
  • Berbadan besar
  • Berupaya menghidupkan yang mati.(Sai Baba tak berjaya menghidupkan semula adik bongsunya yang mati pada 18 Oktober 2003)
Ciri-Ciri Yang Tiada Pada Sai Baba Tetapi Ada Dalam Hadith
  • Ibunya berbadan besar dan rendah manakala bapanya tinggi lampai dan hidung seperti paruh burung.
  • Kulit mukanya putih kemerah-merahan.
  • Berketurunan Yahudi
  • Berasal dari suatu tempat antara Syam dan Iraq
  • Hanya mata sebelah kiri yang dapat melihat, mata sebelah kanan buta dan agak terhapus termasuk wajah sebelah kanan.
  • Memaksa orang awam mengakuinya sebagai tuhan sedangkan Sai Baba tidak menyatakan hal demekian cuma orang ramai yang beranggapan ia berkuasa sperti tuhan. Namun begitu, tiada orang Hindu yang anggap ia tuhan.
Penafian Bahawa Sai Baba adalah Dajjal 

Penafian bahawa Sai Baba bukan Dajjal dapat dilihat pada ibu bapa dan keturunannya sendiri. Ibu bapa Sai Baba tidak kelihatan seperti dalam gambaran hadith malah bukan pula berketurunan Yahudi. Ibu bapa Dajjal yang sebenar telah pun mati sejak sebelum kelahiran Nabi Musa lagi. Selain itu, Sai Baba juga kelihatan semakin tua dan tidak bermaya walaupun ia mendakwa mempunyai kuasa seperti tuhan.
Masyarakat Hindu mungkin mempercayainya sebagai anak tuhan namun ada seorang ahli silap mata terkenal India iaitu Basava Premanand mendakwa Sai Baba menipu dalam ajarannya. Premanand juga memberitahu beliau telah lama mengkaji dan memerhati tindak tanduk Sai Baba sejak tahun 1968 lagi. Laporan berkenaan dakwaan Premanand ini telah dihuraikan panjang lebar dalam majalah “Indian Today” yang diterbitkan pada Disember tahun 2000.

Seperkara yang paling tidak menampakkan ciri-ciri Dajjal ialah Sai Baba tidak berdakwah kepada orang-orang Islam di India. Sedangkan itulah matlamat Dajjal dalam dakwahnya. Dajjal seluruh hidupnya menjadikan Islam sebagai satu target utama untuk dimusnahkan kerana dari kalangan masyarakat Islam akan timbul musuh Dajjal yang utama iaitu Nabi Isa dan Imam Mahdi. 

Bukan itu sahaja yang menjadi penafian terhadap Sai Baba sebagai Dajjal ialah Sai Baba memuji pula agama-agama lain dalam laman web rasminya. Sai Baba bersikap bertolak ansur dan tidak memaksa dan tidak pula merendah-rendahkan agama lain. Adakah Dajjal akan bersikap demikian? 
“Let the different faiths exist, let them flourish, and let the glory of God be sung in all the languages and in a variety of tunes. That should be the Ideal. Respect the differences between the faiths and recognize them as valid as long as they do not extinguish the flame of unity.”
(Sathiya Sai Baba)

Kesimpulan 

Kesimpulannya, Sai Baba bukanlah Dajjal dan Dajjal bukanlah Sai Baba. Penulis langsung tidak bersetuju Dajjal adalah Sai Baba kerana Sai Baba tidak menunjukkan kehebatannya dalam menerbitkan matahari dari Barat. Sai Baba juga hidup lebih dari 70 tahun sedangkan hadith mengatakan Dajjal hanya hidup dikalangan masyarakat setelah ia keluar sekadar 40 hari sahaja. Namun begitu, penulis boleh menerima pendapat sekiranya ada yang mengatakan Sai Baba adlaah bahan ujian Dajjal.

Pendapat itu lebih logik dan penulis sendiri agak terdorong dengan pendapat itu. Dajjal masih melakukan kajian-kajian untuk mencari pilihan terbaik tempat, situasi dan imej untuk dia muncul di tengah-tengah masyarakat. Penulis percaya Sai Baba adalah suatu subjek kajian Dajjal untuk melihat sejauh mana penampilan orang India dalam mempengaruhi masyarakat dunia. Maka tidak hairanlah Sai Baba mempunyai pertubuhan seluruh dunia termasuk Russia dan Eropah. Hairannya di Malaysia tidak ada.

Nampaknya Dajjal tidak akan muncul dikalangan masyarakat India kerana Sai Baba kurang dikenali malah berimej selekeh yang tidak disenangi oleh kebanyakan orang-orang Eropah dan Amerika.


Bersambung...


Related Posts :

Gambar Belangkas