Monday, January 17, 2011

Buku Termahal di Dunia Hanya Berisi Satu Baris Tulisan

Sebuah buku tebal bersegel dengan judul "The Onliest and The Deepest Secrets of The Medical Art" adalah barang unik, langka dan mahal di dunia. Dalam buku ini hanya berisikan sebuah kalimat sederhana. Namun berharga US$ 20.000.

Elementa Chemiae
Buku ini adalah karya terakhir dari Boerhaave, seorang dokter Belanda yang menulis buku "Elementa Chemiae" dan meninggal tahun 1738. Sebelum wafat ia

The Golden Globes 2011- The two bestr dressed, in my opinion

I had a nap. During that nap I had a dream. A dream which lingered in my memory even when I am awake. Told people about it. Great laughter ensued. It was a bad dream! I hope that dream will never come true......

I am at aw with the dress worn by Natalie Portman and Catherine Zeta Jones during the Golden Globes recently. Both were equally stunning! *Pics from people.com*



Putu Piring... mana nak cari !


Putu piring !! lama dah deena tak makan. tingat kat member kamceng si Zarina tokey putu piring kat puchong nun, sampai skang putu piring dia meletops beb ! orang tak putus-putus datang beli nak plak waktu minum petang.

Dulu pas deena abis keje mesti singgah warung dia tangkap sebijik dua putu piring haa... ;-) kadang siap tapau bawak balik. sebut putu piring rasa nya semua bangsa suka kira market luas la kalau serius berniaga
kuih ni..  citer-citer gak, tekak ni memang tingin sangat nak putu piring. kat Langkawi ni takda rasa nya mano ado ! sabor jer la kan.. mana tau kot2 tetiba lak balik puchong sudah pasti warung putu piring zarina deena
kasi terjah.. tungguuuuu.. :-)



P/S : lama mana bleh tahan arr.. suh zarina pos express bleh kot ??

[Gambar] Dilarang letak gambar sendiri di internet


Aku rasa kebanyakan daripada korang mesti dah tengok gambar ni kan? Macamana daripada satu gambar ni boleh bertukar menjadi pelbagai gambar yang lucu. Haha...Tapi hari ni aku bawakan beberapa tambahan gambar yang aku jumpa masa surf internet jap tadi. Rajin plak diorang ni photoshop yerk.

Gambar Credits to LolSnaps dan Blogambar.














Nota Dahi: Selepas ni mesti mana-mana blogger yang letak gambar diorang dalam blog tu akan fikir panjang nak buang ke tak gambar tu. Hakhakhak...Dun worry la sume. Ni keje budak nakal je yang suka kenakan orang. InsyaAllah tak akan jadi kat korang punya. Kesian betul budak ni. Tak pasal-pasal glemer sebab gambar ni.

Magic disebalik komputer dan laptop anda

Ok hari ni aku nak tunjuk sedikit magic kat korang berkenaan dengan laptop atau komputer yang korang guna sekarang ni. Magic ni aku terjumpa masa aku syok surfing internet tadi. Memang menarik, aku pun baru pertama kali tahu pasal mende ni. Jom la try kalau tak caya.

1. Cuba korang buatkan satu folder baru kat laptop korang tu dan namakan folder tu dengan CON. Apa yang korang dapat?

2. Korang buatkan satu file notepad yang baru. Letak je kat mana-mana pun tak kisah. (right klik > new > text document). Pastu buka file notepad tadi dan masukkan perkataan ni: Bush hid the facts dan klik save pastu tutup file. Selepas tu cuba korang buka balik file notepad tu dan tengok apa yang jadi.

3. Ok yang ni memang menarik. Korang buatkan satu file baru Microsoft Words. Buka file tu dan taip perkataan ni: =rand (200, 99), selepas tu korang tekan enter. Tengok la apa yang jadi. Haha...

Nota: Gunakan perkataan yang aku bold warna merah tu.

Sumber: Bizarre Stuff

Nota Dahi: Amacam cool tak? Aku pun first time baru tahu pasal ni. Rajin-rajinkanlah share kalau korang rasa menarik yerk.

Untuk magic no.2 tu, tulisan macam ni la yang akan jadi. Aku tak tahu nape korang wat tak jadi. Hehe..."


Update: Ok selepas aku try google pasal magic No.2 tu aku dah dapat sedikit jawapan. Hehe...pasal masalah korang wat tak jadi tu mungkin version notepad korang tu lain dengan aku punya. Ada je yang wat menjadi kan? Kalau korang nak tau, perkataan Bush hid the facts tu mempunyai jumlah huruf 4,3,3,5 kan. So apa-apa perkataan yang korang letak tapi mempunyai kombinasi huruf 4,3,3,5 akan menghasil huruf petak-petak macam dalam contoh aku bagi tu. Nampaknya pihak Microsoft sendiri pun tak tahu apa punca masalah ni terjadi. Hakhakhak...psssttt...aku ada tutorial best nak tunjuk kat korang. Tapi petang kang la aku wat entry. So korang jenguk balik yerk blog aku ni petang kang. Aku yakin korang takkan rugi dengan tutorial tu.

Sunday, January 16, 2011

Masih ramai yang mempertikaikan kejayaan Ana Rafalli di AJL25

MASIH ada yang tidak puas hati dengan kejayaan lagu Tolong Ingatkan Aku yang menang Anugerah Juara Lagu ke-25 (AJL25) pada 9 Januari lalu? Mungkin ia topik basi untuk diperkatakan lagi dalam ruangan ini kerana sepanjang minggu lalu, sudah menjadi topik hangat.

Ditambah pula isu drama Sakti Delima disifatkan menyimpang dari ajaran Islam hingga siarannya dihentikan serta merta Isnin lalu selepas empat episod, atas arahan Lembaga Penapis Filem Malaysia (LPF).

Isu Fasha Sandha berbikini ketika bercuti di Bali, Indonesia juga hangat diperkatakan tetapi itu hanyalah isu kecil.

Saya tumpang simpati dengan apa dilalui Ana Raffali yang mencipta, menulis lirik dan menyanyikan lagu itu. Bukan kerana dia wanita tetapi sebagai artis baru yang mengecapi kejayaan besar secara tiba-tiba, berhadapan situasi kejayaan karyanya tidak direstui pastinya pahit buat gadis yang dikenali dengan imej baju kurung itu.

Malah episod demi episod dilalui Ana, bukan hanya selepas lagunya diumumkan juara malah macam-macam cerita digali sebagai menyokong pertikaian kejayaannya itu. Mujur ketua juri, M Nasir mempertahankan keistimewaan lagu itu dan menegaskan ia memang layak diangkat juara.

Tapi, sayangnya, barisan juri tidak sekata apabila salah seorang juri, mengatakan lagu itu memang tidak layak menang. Sememangnya berbeza pendapat, cita rasa dan pilihan dalam mengadili pertandingan tetapi ia dilihat kurang bijak kerana perlu akur dengan undi majoriti berbanding masyarakat majoriti yang sukar menerima kekalahan Ana kerana itu sesuatu yang biasa.

Belum pun mampu Ana menarik nafas, Ana berhadapan pula tindakannya membuang nama Andy Flop Poppy dalam senarai ahli kumpulan The Marhaen yang tertera pada Kelab Peminat Facebook miliknya.

Ada menganggap Ana takut berhadapan kontroversi disebabkan Andy adalah salah seorang juri AJL25. Perkara itu juga terpaksa dijelaskannya.

Sememangnya, bukan mudah untuk duduk selesa apabila berada di atas kerana sentiasa dicucuk orang dari bawah hingga tidak senang duduk. Hanya kekuatan iman dan semangat kental menjadi senjata untuk menghadapi semua itu.


Bagi Ana yang baru setahun jagung bergelumang dalam dunia seni, tentu sukar untuknya tetapi semua itu akan membuatkan Ana lebih tabah dan matang dalam mengharungi dunia seni.

Mungkin pencalonan untuk tiga kategori di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH2010) yang diumumkan Rabu lalu memberi sedikit semangat kepada Ana. Bayangkan cabaran yang harus dilalui mereka yang sudah lama bergelumang dalam dunia seni.

Jamal Abdillah, sejak menjuarai Bintang RTM pada 1979, berhadapan pelbagai kontroversi apabila terjebak dengan najis dadah. Bukan mudah untuk membuangnya tetapi Jamal tidak pernah putus asa.

Dia tetap diterima kerana keistimewaan yang ada padanya. Hingga kini, tiada siapa mampu menandingi kehebatan vokalnya dan Isnin lalu, saya juga tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan persembahan Jamal Abdillah untuk Konsert J2011-Legenda di Istana Budaya.

Ini kali ketiga Jamal beraksi di tempat prestij itu. Kali pertama, One Night Only With Jamal Abdillah pada 2006 kemudian Jamal... Kembara Seniman (2009) dan ketiga-tiganya mendapat sambutan yang cukup baik.

Walaupun konsert ini mendapat ulasan kurang memberangsangkan kerana Jamal menyanyikan lagu-lagu evergreen, saya tidak mahu ketinggalan menyaksikan semua konsertnya dan mahu melihat sendiri di depan mata mengenai kebenaran komen-komen itu.

Saya berpeluang berada di Panggung Sari, IB pada malam akhir. Terima kasih kepada Ketua Pengarah IB, Mohamed Juhari Shaarani yang tetap memberi ruang kepada media walaupun jualan tiket laris dan akhbar hari itu mengulas konsert Jamal syok sendiri kerana nyanyi lagu kurang popular dan jarang didengar peminat.

Menyaksikan persembahan Jamal ketika Minggu Setiausaha tahun lalu, sememangnya Jamal suka menyanyikan lagu-lagu evergreen dan segmen ketika menyanyikan lagu popular penyanyi lagenda Nusantara, M Bakri, S Effendi dan Yopie Latul, Rayuan Maut, Kalipso Tropikana, Perasaan, Secupak Dua Cupak, membuatkan penonton generasi muda hilang minat hingga dikatakan kehebatan persembahannya merudum ketika segmen itu.

Mungkin Jamal membesar dengan lagu-lagu itu kerana Lancang Kuning turut menjadi taruhannya ketika menyertai Bintang RTM selain lagu Alleycats, Senandung Semalam. Jamal juga suka lagu Fatwa Pujangga serta lagu-lagu Tan Sri P Ramlee, Tidurlah Permaisuri dan Jeritan Batinku.

Dilema dihadapi Jamal apabila peminat mahukan dia menyanyikan Kekasih Awal dan Akhir dan Azura tetapi dirinya mahu ketengahkan lagu popularnya yang lain, Seniman Menangis, Sepi Seorang Perindu, Cinta Yang Terbiar, Takdir Penentu Segala dan Sepi Seorang Perindu.

Tentunya Konsert J2011-Legenda memberi pengajaran besar buat Jamal dan harus diingat bahawa dua lagu itu wajib dan mesti disampaikan dalam konsertnya untuk mengelakkan rasa tidak puas hati peminat.

Dalam usia 52 tahun, penyanyi kelahiran Ipoh, Perak pada 7 Mei 1959 dan mendapat pendidikan di tingkatan satu hingga tiga di Sekolah Menengah Seri Perak, Teluk Intan ini melalui perubahan ketara kerana pandai berkomunikasi dengan penonton dan suka buat lawak. Malah, Jamal tidak malu mengakui hakikat dia pernah mengambil dadah apabila bercerita secara spontan dengan penonton.

Sumber: Harian Metro



Nota Dahi: Aku masih tak faham kenapa orang masih tak boleh terima kemenangan Ana Rafalli ni. Lagu Tolong Ingatkan Aku tu bukannya tak best sangat pun tapi bleh la nak layan. Dah nama pun pertandingan so kalah menang tu adat pertandingan la kan. Dah rezeki dia nak wat macamana. Aku sikit pun tak kisah Ana Rafalli jadi juara. Hehe...Nak tengok keputusan penuh AJL25? Klik sini.


Tags: ajl25, download lagu ajl25, anugerah juara lagu 25, ajl25 2011, ana rafalli menang, faizal tahir, hafiz af7, ana rafalli juara lagu, tolong ingatkan aku ana rafalli lagu, download lagu ana rafalli percuma, download lagu mediafire, yuna, cinta sempurna, meet uncle hussein, ajl25 bukit jalil, layan video ajl25, bunkface, siti nurhaliza juara lagu ajl25, hujan mencari konklusi, juara RM35000, download lagu tomok, mp3 ana rafalli percuma, biodata ana rafalli, biodata hafiz af7, gambar artis ajl25, gambar penyanyi ajl25, lagu ana rafalli tak layak, kemenangan ana rafalli dipertikaikan, lagu ana rafalli tak best, facebook ana rafalli, blog ana rafalli, dengar lagu ajl25, lagu terbaik ajl25, juri ajl25 tak adil, persembahan ajl25, gimik ajl25, pengacara ajl25, faizal ismail, cheryl samad, persembahan terbaik ajl25, lagu terbaik ajl25, vokal terbaik ajl25,naib juara ajl25, tempat ketiga ajl25, disebalik ajl25, red carpet ajl25, artis melaram ajl25, malam ajl25


Keputusan penuh Liga Perdana Inggeris 16-1-2011

Mancini Puji Tevez. Manchester City Menang 4-3.

MANCHESTER: Pengurus Manchester City, Roberto Mancini memuji kapten pasukan Carlos Tevez selepas dua golnya berjaya membawa City ke takhta Liga Perdana Inggeris.

Pada pertemuan menghiburkan di Eastlands, jaringan berganda Tevez, selain gol pemain adik beradik, Kolo dan Yaya Toure, memastikan anak buah Mancini bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan Wolves, 4-3.

Kemenangan itu membolehkan mereka memintas pasukan setempat, Manchester United di kemuncak Liga Perdana Inggeris selepas mencatat kemenangan ketujuh di laman sendiri musim ini.

Anak buah Mick McCarthy bermula cemerlang untuk mendahului permainan seawal minit ke-12 menerusi jaringan jarak dekat Nenad Milijas.

Bagaimanapun, jaringan Kolo Toure sebelum tamat babak pertama diikuti dua gol hebat daripada Tevez, menerusi rembatan dan tandukan membolehkan City menguasai permainan.

Satu lagi jaringan dari Yaya menjadikan City selesa biarpun penalti Kevin Doyle dan tandukan dari Ronald Zubar menghidupkan harapan Wolves tetapi mereka gagal pulang dengan keputusan seri.

“Saya bangga dengannya kerana dia menjaringkan dua gol hebat dan melakukannya dengan sempurna, yang pertama cukup menakjubkan,” kata Mancini mengenai Tevez yang mengejutkan kelab itu bulan lalu apabila memohon untuk berpindah ke kelab lain sebelum membatalkan hasratnya.

“Saya fikir ia perlawanan sukar dan itulah yang saya katakan kepada pemain. Pada awalnya permainan kami begitu sederhana dan Wolves memberi tekanan, menimbulkan masalah tetapi akhirnya berjaya menjaringkan gol dan mempunyai tiga atau empat peluang lagi berbuat demikian.

“Bagaimanapun, saya fikir kami hilang tumpuan pada akhir perlawanan kerana fikir sudah cukup selesa tetapi sebenarnya perlawanan belum berakhir,” katanya.

Mancini membelanjakan $27 juta (RM131.1 juta) untuk mendapatkan Edin Dzeko yang beraksi buat kali pertama selepas berpindah dari Wolfsburg dan biarpun permainannya belum cukup mantap, Mancini puas hati prestasi pemain Bosnia itu.

“Dia bermain dengan baik,” katanya. “Ini perlawanan pertamanya dalam tempoh 30 hari tetapi dia bermain dengan baik.

“Dia perlu memperbaiki mutu permainan dan bekerja keras tetapi saya fikir dia membuktikan keupayaannya.

“Kami gembira dengan keputusan ini dan saya gembira dengan penyokong kerana mereka berhak meraikan kejayaan ini tetapi musim ini masih panjang dan kami perlu segera memperbaiki permainan kerana tidak boleh melakukan kesilapan sama pada 10 minit terakhir,” katanya. - AFP


Van Persie menjadi. Arsenal Menang 3-0.

LONDON: Robin van Persie menjaringkan dua gol dan mencipta satu lagi jaringan ketika membantu Arsenal menewaskan West Ham 3-0, awal pagi semalam sekali gus membuatkan masa depan Avram Grant semakin terancam.

Tendangan lencong Van Persie pada minit ke-13 menghasilkan gol pendahuluan Arsenal dan menjaringkan gol kedua menerusi penalti pada minit ke-77 selepas Wayne Bridge yang menyarung jersi West Ham buat pertama kali menjatuhkan Theo Walcott. Walcott menggegar jaring pada minit ke-41 hasil hantaran lintang Van Persie.

Arsenal bagaimanapun kekal menghuni tangga ketiga, dua mata di belakang pendahulu sementara, Manchester City tetapi beraksi kurang satu perlawanan. Manchester United mengumpul lebih satu mata berbanding Arsenal tetapi beraksi kurang dua perlawanan.

“Kami tidak mahu memikirkan pasukan lain sebaliknya menumpukan perhatian kepada aksi sendiri,” kata Walcott. “Kami gembira dengan kedudukan ini tapi perlu berusaha lebih keras dan bermain dengan baik.” Grant sepatutnya sudah boleh mengucapkan selamat tinggal kepada penyokong West Ham selepas perlawanan itu dan beliau dilihat bersalaman dengan pemain ketika meninggalkan padang sebelum bertepuk tangan kepada penyokong dan melemparkan selendang biru yang dipakainya ke tempat duduk penonton.

Grant mula mengendali West Ham sejak awal musim tetapi kelab itu hanya mampu memenangi empat perlawanan liga setakat ini. -AP

Sumber: Harian Metro

Nota Dahi: Berikut adalah keputusan penuh perlawanan yang berlangsung semalam dan kelmarin. Scroll sampai bawah untuk tengok highlight penuh beberapa perlawanan menarik.











Tags: Liga Perdana Inggeris, keputusan penuh Liga Perdana Inggeris, pasukan Liga Perdana Inggeris, highlight penuh Liga Perdana Inggeris, tengok Liga Perdana Inggeris online, kedudukan pasukan dalam Liga Perdana Inggeris, keputusan terbaru Liga Perdana Inggeris, blog Liga Perdana Inggeris, tengok epl, epl 2010 2011, manchester united Liga Perdana Inggeris, arsenal Liga Perdana Inggeris, chelsea Liga Perdana Inggeris, manchester city Liga Perdana Inggeris, liverpool Liga Perdana Inggeris, tottenham hotspurs Liga Perdana Inggeris, newcastle united Liga Perdana Inggeris, biodata pasukan Liga Perdana Inggeris, jadual perlawanan Liga Perdana Inggeris, Liga Perdana Inggeris fantasy football facebook

Gambar Belangkas