Monday, December 20, 2010

Tangan yang Menghayun Buaian Itu .....

Semalam sejak pagi sudah membawa membawa ibuku ke PPUM untuk rawatan susulan, mengambil alat bantuan pendengaran yang telah ditempah di situ. Kiranya sudah kali ke-4 berulang-alik ke PPUM membawa ibu mendapatkan rawatan telinganya.

Ibu menghadapi masalah pendengaran sejak beberapa tahun lalu, mungkin kesan daripada penyakit kencing manis yang dihidapi oleh ibu sejak sekian lama.  Semakin hari semakin teruk masalah pendengaran ibu, sehinggakan kadangkala kami terpaksa meninggikan suara untuk bercakap dengan ibu, kerana ibu tidak dengar.  Mungkin jika orang yang tidak tahu masalah ini mendengar cara kami bercakap dengan ibu, akan mengatakan kami ini seperti tidak beradap, bercakap dengan nada suara yang tinggi kepada ibu kami. Masalahnya jika kami bercakap seperti biasa, memang ibu tidak akan dengar, dan kami terpaksa mengulang beberapa kali.

Lalu saya mengambil keputusan membawa ibu ke PPUM untuk mendapatkan rawatan, ia juga saranan dari seorang saudara yang pernah mendapatkan rawatan telinga di situ juga.
Kali pertama berjumpa doktor pakar, hanya diuji sedikit untuk mengetahui masalah sebenar.  Doktor arahkan untuk datang kali kedua untuk membuat ujian pendengaran.  Ujian ini untuk menentukan tahap masalah dan pendengaran ibu.  Selepas itu, datang sekali lagi untuk menguji apakah jenis alat bantuan pendengaran yang sesuai dengan ibu.   Alhamdulillah abah adalah seorang pesara kerajaan, oleh itu semua rawatan dan alat bantu pendengaran itu semuanya dibayar oleh JPA (setelah mengisi pelbagai jenis borang..)
Alat sekecil itu tapi harganya di antara RM5K - 7K.

Jenis-jenis alat bantu dengar
(gambar ihsan internet http://www.mayoclinic.com/health/medical/IM02886)

Namun apa yang hendak saya ceritakan sebenarnya di sini ialah hatiku sangat-sangat tersentuh dan hampir mengalirkan air mata tatkala sesi pengujian alat tersebut semalam.  Setelah alat itu yang siap ditempah ada di PPUM, Audiologis tersebut menalipon saya untuk datang membawa ibu untuk diajar cara-cara pemakaian dan penjagaan alat bantu dengar tersebut.  Semasa beliau mengarahkan ibu untuk cuba memakai dan menanggalkan alat tersebut sendiri, barulah kelihatan bahawa di hujung jari-jari ibu sudah tidak dapat memegang dan merasa lagi dengan baik, ibarat kalau kita rasa kebas dihujung jari, pegang apapun tidak rasa apa-apa.  Cuba bayangkan kalau hujung jari anda kebas dan anda cuba hendak memegang sebatang jarum.... apa yang pasti sudah tentu anda tidak dapat memegang jarum tersebut, dan jarum itu sudah pasti jatuh...

Ibu kelihatan terkial-kial hendak membuka dan memasang alat bantu dengar tersebut .
Saya menahan air mata dari tumpah di hadapan audiologis tersebut!

Ya Allah....tangan itu suatu masa dahulu menjaga ku, mendodoikan ku dalam buaian, memasak untuk kami sekeluarga..mengambil upah menjahit baju demi membantu abah mencari sesuap nasi untuk kami adik-beradik...ibu yang tidak pernah menolak jika aku meminta hendak makan masakan kegemaranku...dan  dan dan......

(saya tidak dapat meneruskan penulisan ini kerana air mata sudah mengalir tanpa henti...)

cara susun gambar pada posting

Menyusun gambar semasa posting adalah satu perkara yang menyukarkan kerana kebiasannya gambar akan berada dibawah.Kalau dapat diletak sebelah menyebelah tentulah nampak lebih kemas dan menjimatkan ruangan.Sebagai contoh seperti gambar dibawah ini:

red flower

flower

fancy flower

Kebiasaanya akan jadi seperti ini tersusun menjadi tiga baris.
untuk mengubahnya kita perlu masuk ke mode edit HTML

edit template

Dari compose klik pada mode edit HTML dan akan terpapar kod seperti dibawah :

Tambahkan kod warna hijau pada kod gambar seperti diatas

Hasilnya:
red flower
bunga merah
flower
Bunga rose
fancy flower
Warna warni

Jika gambar turun juga kebawah(ukuran melebihi ruang) letak atau ubah saiz gambar pada kod.Kalau tak ada pada kod kena tambah seperti dibawah.Perhatikan juga pada kod kadang kadang dah ada(kena periksa jgn ada kod lebih :) ) :

Imej diatas tidak sama besar jadi dengan memasukkan width dan height jadi sama kedudukannya.Cara nya lebih kurang sama dengan apa yg saya terangkan pada artikel susun imej pada sidebar sebelum ini.

Nostalgia Tan Sri P.Ramlee & Marilyn Monroe di warung kopi

Petang semalam pas balik urut perut di Cenang, deena singgah di satu warung roti canai,

deena tertarik bila tengok gambar Tan Sri P.Ramlee dan Marilyn Monroe, bila di amati ia bukan poster tau, deena sendiri gi tengok dekat2 memang hasil lukisan dari tuan punya kedai tu..

Pelukis ni memang ada seni setaraf dgn pelukis profesional. cuma sayang gambar secantik ni diletakkan kat sini. hubby deena siap tanya pada pekerja tu klu nak jual dia nak.. bayangkan kalau di frame kan dan letak di rumah atau ofis hmmm...

Deena  : baru pas tengok citer P.Ramlee malam tadi... ;)

Hutan Lipur Jeram Toi

Hari minggu yang sangat bermakna...bersama-sama 8 orang anakku.

Kemalangan Bas di Simpang Pulai

IPOH, 20 Dis – Sekurang-kurangnya 26 orang terbunuh selepas sebuah bas pesiaran dipercayai membawa pelancong Thailand terlibat dalam satu kemalangan di Kampung Kerawai, KM9.3, laluan Simpang Pulai-Cameron Highlands hari ini.

Jurucakap polis berkata, lapan lagi penumpang cedera parah dalam nahas yang berlaku pada 11.45 pagi tadi.
Laluan itu telah ditutup kepada lalu lintas

Deena  : bertambah lg statistik yg melibatkan bas persiaran ni..

Sunday, December 19, 2010

Teori Rupa Fizikal Dajjal Apabila Ia Muncul

Sekiranya Dajjal muncul di tengah-tengah masyarakat dengan wajah ini, sia-sialah pengembaraannya selama ribuan tahun.
Dajjal perlu muncul dengan wajah seperti ini agar masyarakat dunia menerimanya atau...
...atau dengan wajah yang lebih cantik seperti ini klik di sini
Bagaimana Fizikal Dajjal Bila Ia Muncul?

Mengkaji raut wajah dan susuk tubuh Dajjal amat penting kerana terdapat lebih 10 hadith sahih yang menceritakan tentang fizikalnya. Hadith-hadith ini mempunyai 2 maklumat yang terkumpul iaitu tersurat dan tersirat.

Kemungkinan juga hadith yang menceritakan tentang bentuk fizikal Dajjal yang pelik-pelik itu adalah pesanan Rasulullah SAW kepada umat Islam yang hidup era Khalifah Ar-Rasyidiin, Bani Abbasiyah dan Uthmaniah. Pada ketika itu, mungkin Dajjal masih lagi dalam ‘fasa merantau’ dengan tujuan mengumpul pengalaman, ilmu dan maklumat di seluruh dunia termasuk di negara-negara Islam. Jadi Rasulullah memberikan pesanan tentang fizikal Dajjal kepada orang-orang Islam yang mana negeri-negeri mereka bakal dilawati oleh Dajjal.

Walaupun kita sering mengatakan bahawa hadith tersebut adalah untuk masyarakat akhir zaman, tetapi kita lupa period akhir zaman adalah bermula selepas kewafatan Rasulullah. Nabi Muhammad SAW sendiri adalah nabi akhir zaman maka di manakah abad sebenar akhir zaman abad ke-19, 20 atau 21?

Period akhir zaman yang paling sesuai ialah selepas kewafatan Rasulullah. Andainya sekarang adalah abad ke-17, maka masyarakat Islam akan mengatakan abad sekarang ini masih bukan lagi akhir zaman.

Begitu juga pada abad 21 sekarang ini, manusia abad ini masih tidak mengaku ianya akhir zaman. Pengakuan hanya pada lisan tetapi bila dibentangkan hadith, umat Islam akan katakan hadith tersebut untuk masyarakat akhir zaman tetapi bukan zaman sekarang.

Oleh itu, saya amat cenderung untuk berpendapat rupa bentuk Dajjal yang pelik dan menakutkan itu adalah rupa bentuk ketika ia (Dajjal) masih dalam period pengembaraan. Ia belum menukar wajahnya.

Period pengembaraan itu saya merujuk kepada penyelidikan Muhammad Isa Dawud dalam bukunya yang mengatakan pengembaraan Dajjal tamat selepas ia menjumpai Segitiga Bermuda dan juga selepas ia memuat perjanjian taat setia dengan Iblis laknatullah.

Period kemunculan Dajjal sekarang

Period sekarang adalah period Dajjal dalam proses menukarkan susuk tubuhnya dan rupa parasnya agar setanding dengan manusia zaman ini. Kita tidak tahu apa yang dilakukan terhadap tubuh badannya sendiri. Untuk muncul dalam masyarakat sekarang ini, kemunculan secara logik (dan dapat diterima akal) amat penting kerana ia akan menarik lebih ramai pengikut daripada muncul dalam rupa paras yang menakutkan orang-ramai.

Saya percaya Dajjal sedang berusaha menukarkan susuk tubuhnya dan rupanya agar diterima orang ramai. Wajah yang paling sesuai adalah wajah-wajah Yahudi. Kemungkinan besar ia muncul sebagai ahli politik yang unggul dan disenangi semua orang termasuk umat Islam, Hindu dan Buddha.
Pastinya ramai tidak bersetuju dengan pandangan ini kerana berpendapat ianya bertentangan dengan hadith-hadith berikut:
"Orang tua Dajjal tidak pernah mendapatkan anak selama 30 tahun, kemudian lahirlah dari keduanya seorang anak lelaki yang hanya bermata satu,..."
(Riwayat oleh At-Tarmizi)
"...sesungguhnya al-Masikh Dajjal adalah seorang lelaki pendek, hujung tapak kakinya berdekatan sedangkan tumitnya berjauhan, berambut kerinting, bermata sebelah dengan mata yang terhapus."
(Riwayat Abu Daud dalam Kitab Takrijul Misykat)
"...sesungguhnya kepala Dajjal dari belakangnuya tebal berkelok-kelok."
(Hadith riwayat Imam Ahmad dari Hisyam bin ‘Amir)

Hadith-hadith ini mungkin Rasulullah SAW tujukan kepada umat Islam era selepas kewafatannya. Pada ketika itu, Dajjal adalah dalam fasa mengembara.

Menurut Muhammad Isa Dawud, melalui penyelidikan yang dibuatnya ke atas sebuah manuskrip lama, rantai-rantai yang membelenggu tubuh badan Dajjal terus lebur selepas Rasulullah wafat. Maka Dajjal menyambung pengembaraannya dalam keadaan Rasulullah telah wafat meninggalkan umat Islam. Tetapi Rasulullah memberi beberapa hadith yang menjadi panduan umat Islam mengenali Dajjal jika terserempak dengannya seperti hadith-hadith di atas.

Bukti Dajjal Mengubah Bentuk Fizikal dan Wajah

Saya mengatakan Dajjal mengubah wajah dan fizikalnya menjadi bentuk manusia zaman sekarang berdasarkan hadith panjang di bawah (saya ambil sebahagiannya sahaja).
“….mereka pun membuka pintu dan di belakangnya telah berada Dajjal bersama 70,000 Yahudi, masing-masing mereka memiliki pedang berhias dan bertoga di kepala. Ketika ia (Isa) memandang kepada Dajjal, Dajjal itu pun meleleh (hancur) seperti garam yang meleleh di dalam air; kemudian ia lari ….dan dihalang oleh Isa di pintu timur kota Lud (Palestin), kemudian Isa membunuhnya ….”
(Hadith sahih riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah)

Lihat perkataan ini MELELEH

Meleleh bermaksud sesuatu yang berbentuk pepejal berubah menjadi cair disebabkan sesuatu penyebab. Dalam situasi di atas bolehlah diandaikan Nabi Isa telah menggunakan suatu teknik pandangan yang menyebabkan wajah palsu Dajjal mencair dan wajahnya yang sebenar kelihatan.

Dajjal tidak mati tetapi ia lari. Bukti Dajjal tidak mati ialah lihat perkataan “kemudian ia lari…” Perkataan ini membuktikan Dajjal tidak terus mati selepas sesuatu telah berlaku pada wajah dan tubuh badannya, tetapi ia terus lari.

Dalil bagi teori ini

Pada awal 1990-an dahulu, pernahkah anda terbaca berita berkenaan Michael Jackson yang terkenal dengan pembedahan plastik wajahnya itu. Hampir 70% wajahnya adalah plastik. Michael cuba menghilangkan identiti negro pada wajah dan tubuh badannya.

Wajah Michael Jackson sebelum dan selepas pembedahan plastik
Tetapi sesuatu berlaku ketika ia sedang membuat persembahan pentas di sebuah stadium di New York. Memandangkan plastik bersifat mencair apabila terdedah kepada haba, maka perkara itu berlaku kepada Michael Jackson.

Akibat wajahnya terlalu lama terdedah dengan spotlight dan lampu-lampu di pentas, plastik pada wajahnya telah mencair dan beliau mengalami kesakitan yang amat sangat. Persembahan terpaksa dihentikan terus.

Mungkinkah Michael Jackson bahan ujikaji Dajjal untuk memakai wajah plastik?

Saya tidak pasti sama ada Michael adalah subjek ujikaji Dajjal atau tidak, tetapi apa yang pasti penasihat kerohanian (keagamaan) Michael Jackson ialah seorang Yahudi iaitu Rabbi Shmuley Boteach.

Mengapa Michael Jackson yang beragama Kristian (sebelum Islam) mengambil penasihat dari agama lain (Yahudi)?
Persoalannya adakah Michael yang melantiknya atau ada “orang lain” yang melantiknya untuk Michael?

Michael Jackson bersama Rabbi Shmuley berjumpa Ariel Sharon
Kemajuan Teknologi Nabi Isa

Artikel ini ada menyentuh tentang Nabi Isa akan diturunkan (bukan muncul) sebagai manusia termaju sesuai untuk melawan Dajjal yang genius itu. Maka hadith di atas telah membuktikan hanya melalui ‘pandangan’ sahaja Nabi Isa mampu mencairkan topeng palsu Dajjal itu.

Kita tidak tahu sejauh mana kemajuan teknologi yang di bawa Nabi Isa, ianya mungkin tidak dapat dijangkau pemikiran kita seperti mana juga kita tak dapat menjangkau kemajuan yang dimiliki oleh Dajjal.

Wallahu’alam

Sumber dari Ibnuyaacob.com

JAJAN DULU-DULU

Zaman kecik2 dulu, deena pasti x lupa ngan jajan ni sampai la skang.. Jajan ?
pelik kan ? coz x smua orang tau ape itu jajan, hehe ada orang panggil makanan ringan, cikedis la.. biasa nyer orang jawa yg sebut perkataan "Jajan" ni. soriii deena orang melayu k..  :) pada yg sama waktu umo ngan deena pun dah tentu xkn lupa punya la. puas gak cari jajan perasa durian ni kt sini ampehh xder nyer pun.

Satu lagi jajan popo gambar baby kt bawah ni, rasa nyer tetap sama dari dulu
sampai skang. biarpun melambak jajan pelbagai bentuk dan perisa, terkini dan sensasi haaa, jajan dulu2 gak tetap menjadi pujaan hati ku... agaknyer klu di bagi pada anak2 deena sure dorang x mau. budak2 skang x sama mcm dulu, jajan x heran dah yg dorang tau h/phone, ps dan laptop..

Walaupun rega nyer ada yg dr 5 sen, tau jer la zaman dulu duit bukan senang nak dapat. harap kan lebih dari belanja skolah jer laa .. kdg tu bodek mak tolong buat kerja umah confirm mesti dapat klu mintak duit...

p/s  : pas dapat jajan, mandi sungai ngan kwn2... =)

Gambar Belangkas