Thursday, July 29, 2010

Dua Lelaki Yahudi Pujaan Ramai. Boikot !!!!!

Kedua-dua mereka berada di bidang yang berlainan dan corak kerjaya profesional yang berbeza. Seorang dari mereka adalah superstar dalam arena sukan bola sepak. Manakala seorang lagi sememangnya superstar dalam arena hiburan di Hollywood.

Yang menyedihkan ialah kedua-duanya adalah pujaan menggunung bagi kebanyakan remaja dan belia muslim. Kita boleh dapati gambar-gambar dua lelaki ini dilekat di merata-rata tempat khususnya peminat fanatik mereka yang sememangnya skiptikal dalam budaya hedonisme.

Sama ada pelajar sekolah malahan pelajar IPT sekalipun sudah pasti muka kedua-dua Yahudi ini ada di dalam bilik-bilik asrama mereka Tidak cukup dengan itu, ditampalnya di fail-fail kuliah, dilekat dihadapan kulit-kulit buku dan diusung ke hulu ke hilir.

Tambah menyakitkan mata apabila baju-baju yang memaparkan gambar kedua-dua lelaki Yahudi ini dibeli dan dipakai ke sana ke mari. Dan yang paling mendidihkan hati wajah-wajah Yahudi ini, atau paling tidak pun nama-nama mereka yang terpalit pada baju di bawa bersama semasa menunaikan solat di masjid.

Maka jadilah adegan David Beckham dan Slash turut solat berjemaah bersama peminatnya.

Keyahudian David Beckham

David Beckham atau nama sebenarnya David Robert Joseph Beckham ialah bintang bola sepak no 1 dunia. Beliau sebenarnya berketurunan Yahudi di sebelah datuknya. Beliau dilahirkan di Essex, iaitu daerah penempatan Yahudi terbesar di United Kingdom.

Permulaan karier bola sepak Beckham berputik sejak beliau kanak-kanak lagi iaitu di Ridgeway Park, Chingford. Adalah tidak memeranjatkan jika bintang David Beckham bersinar dalam arena ini kerana kedua-dua ibu bapanya adalah peminat fanatik kelab Manchester United.

Walaupun bukan penganut agama Judais yang taat, Beckham cuba menonjolkan imej keyahudiannya itu di mata dunia.

Anak David Beckham yang pertama telah dinamakan dengan nama Brooklyn Joseph Beckham. Semua orang mengetahui bahawa Broklyn adalah nama sebuah penempatan terbesar masyarakat Yahudi di New York.

Beckham juga mendedahkan dalam buku autobiografinya dengan mengatakan semasa kecil beliau pernah menghadiri upacara-upacara keagamaan Judais di Synagogue (tempat ibadat Yahudi) dan beberapa upacara perkahwinan saudara sebelah datuknya.

Semasa zaman kanak-kanaknya, beliau juga sering memakai kippah iaitu ketayap kecil yang sering dipakai oleh masyarakat Yahudi Israel..

(Gambar) Gaya rambut lelaki Yahudi ini kini ikutan belia seluruh dunia.

Pada April 2008 baru-baru ini, Beckham dan isterinya Posh telah mendaftarkan anak lelaki mereka iaitu Croz yang berusia 3 tahun di Pusat Jagaan Kanak-Kanak di Kuil Yahudi, Los Angeles. Berita ini dilaporkan oleh Nick Parker dalam akhbar The Sun bertarikh 16 April 2008.

Keyahudian Slash

Slash atau nama sebenarnya Soul Hutson merupakan lagenda gitaris rock era 90-an yang paling terkenal. Dengan rupa paras afrika-amerika, gaya rambut kerinting panjang menutup muka serta topi Uncle Sam yang tidak pernah lekang dari kepala, Slash berjaya menjadi ikon kepada peminat rock n’ roll.

Slash amat sinonim dengan Guns N’ Roses walaupun sebelum itu pernah menyertai kumpulan Snackpit dan sekarang ini Velvet Revolver. Dengan petikan gitar rock campuran country-style ini, Slash seringkali diundang untuk menjadi gitaris undangan sesetengah artis terkenal seperti Michael Jackson dan Ozzy Osborne.

Slash sebenarnya anak kepada pasangan Afrika-Amerika. Dia juga berdarah separuh Yahudi yakni mempunyai talian keturunan Yahudi sebelah bapanya. Ibunya Ola Hudson adalah pendatang berdarah campuran Afrika-Amerika.

Namun identiti yahudinya tidak pernah didedahkan pada era 1990-an kerana ketika semangat perkauman (racisme) terutamanya anti-sematik masih menebal.

Kini, walaupun dia (Slash) seorang Yahudi, dia tetap menjadi pujaan peminat muslim. Maka tidak hairanlah petikan gitarnya juga menjadi bunyi utama dalam lagu “Bayangan” nyanyian Ella.

Karektor Slash yang unik itu juga diabadikan oleh pelukis kartun terkenal majalah Ujang iaitu Gayour yang mana wataknya dijadikan watak utama dalam suatu ruangan kartun.

Walaupun kini usia lelaki yang lahir pada 1965 ini sudah pun mencecah hampir 45 tahun, lelaki Yahudi ini tetap menjadi kegilaan peminat-peminat muslim khususnya di Malaysia. Nampaknya selepas ini, mungkin Lenny Kravitz si Yahudi campuran itu akan mengikut jejak Slash.

Bahasa Na'vi Dalam Avatar Ada Pengaruh Bahasa Melayu

Sesiapa yang sudah menonton pasti sudah mendengar tutur bahasa kaum Na’vi dalam filem ini. Tetapi tidak semua tahu, bahasa yang di’cipta khas untuk filem ini ada pengaruh Bahasa Melayu.

Pencipta bahasa untuk filem ini, Dr. Paul Frommer, yang mempunyai ijazah kedoktoran dalam bidang linguistik, mengakui tentang kebenaran hal ini.

Untuk mencipta bahasa unik kaum Na’vi ini, Dr. Frommer menggunakan pengetahuan beliau dalam pelbagai bahasa termasuk bahasa yang kita letakkan sebagai bahasa kebangsaan, Bahasa Melayu.

Beliau mengambil masa selama 4 tahun untuk menyiapkan bahasa yang bagi beliau sangat rumit & mempunyai dialek yang unik.

Anda boleh membaca lanjut tentang penggunaan Bahasa Melayu dalam filem Avatar ini di Bright Sight of News.

Wednesday, July 28, 2010

cara buat kod tukar link pada blog

Bagi menaikkan ranking blog kita ,terdapat berbagai yang kita boleh lakukan.salah satu daripadanya adalah dengan saling bertukar link atau link exchange.Oleh itu bertukar tukar link adalah menguntungkan .oleh itu kenapa kita tidak cuba pasang kod tukaran link di blog kita dan bertukar link dengan blogger lain.untuk bertukar link seelok eloknya hendaklah dari kategori yang sama.kalau blog tutorial,tukar lah dengan blog tutorial yang lain.Sekiranya membuat banner utk tukaran link pula,janganlah terlalu besar.Kerana tidak semua blog mempunyai ruang yang besar.

Berikut adalah cara untuk membuatnya:

Pertama sekali kita perlu sediakan banner terlebih dahulu.Boleh gunakan photoshop atau gunakan kemudahan banner online pada internet.Kemudian upload imej tersebut ke Imageshack,Photobucket dan sebagainya.
Setelah upload dapatkan url imej tersebut:

contohnya Url imej adalah seperti ini yang saya upload ke image shack:

<img src=" http://img194.imageshack.us/img194/5621/belajarbuatblog.gif " border="0" alt=" Tutorial Blogspot ">

Bahagian yg berwarna merah adalah alamat imej yg kita upload.Sekarang kita ambil bahagian teks berwarna merah dan letakkan pada kod dibawah.



<a href="http://teknikbuat.blogspot.com" target="_blank"><img src=" http://img194.imageshack.us/img194/5621/belajarbuatblog.gif " border="0" alt=" Tutorial Blogspot "></a>
 
Tukar teks hijau dengan nama blog anda dan biru keterangan berkaiatan imej.Alamat/url imej tadi berada pada teks berwarna merah.
Langkah seterusnya :

1. Login ke Blogger
2. Pilih Tata Letak.
3. Klik Add page element
4. Klik Add Gadget --> pilih yang HTML/Java Script.
5. Kemudian masukkan kode tukaran link di bawah ini :

Kod diatas tadi(yg berrwarna hijau) dimasukkan bersama dengan kod untuk text area(yg akan memaparkan kod untuk tukar link untuk dicopy oleh pengunjung)

<textarea name="code" rows="4" cols="30><a href="http://teknikbuat.blogspot.com" target="_blank"><img src=" http://img194.imageshack.us/img194/5621/belajarbuatblog.gif " border="0" alt=" Tutorial Blogspot "></a>
</textarea>

Nota:kod warna hijau perlu diencode terlebih terlebih dahulu menggunakan tool yang ada diblog ini iaitu encode html pada side bar
Hasilnya:
     teknik  buat blog


Untuk paparkan imej bersama dengan text area seperti diatas cuma masukkan kod url gambar contoh sperti ini:
<a href="http://teknikbuatblog.blogspot.com/"><img alt="teknik buat blog" src="http://img194.imageshack.us/img194/5621/belajarbuatblog.gif" /></a>
jadi akan muncul imej setelah kod diletakkan

*Masukkan url imej untuk paparkan imej diatas

Kemudian klik save
Selamat mencuba

Tuesday, July 27, 2010

Cara letak border disekeliling posting

Membuat  border disekeliling posting ini selain dari menambahkan seri pada posting juga sebagai pemisah diantara posting.Pada kebanyakan template sekarang sudah ada border ini.Bagaimanapun template yang berwarna putih jarang jarang menggunakan border terpisah ini.Untuk contohnya boleh dilihat garisan biru disekeliling posting pada blog ini.

Cara membuatnya:

1.Log in ke blogger
2.pilih Design--->>Edit HTML









3.Cari kod ini:

.post {
Lebih mudah gunakan Ctrl + F untuk mencari kod

letak border sekeling post
* diatas adalah kod yang telah ditambah pada template saya.

Kemudian letak kod berikut dibawahnya:

border: 1px solid #000000;

jika inginkan border yang berlainan gunakan kod ini:

border-top: 1px solid #000000; border-bottom: 2px solid #000000; border-right: 1px solid #000000; border-left: 1px solid #000000;

Border boleh ditukar dari solid kepada dotted,dashed,outset,inset,groove,double dan ridge
Kod: #000000 adalah untuk warna hitam,boleh tukarkan dengan warna yang diinginkan.Begitu juga dengan ketebalan border .
Jika hendak letak warna latar belakang pada posting tambah kan kod berikut pada bahagian bawah kod tadi:

background: #000000;

atau nak letak imej sebagai background masukkan kod ini:

background:url (url image anda disini);

Cuma tukarkan kod warna yang sesuai supaya tampilan lebih menarik


Kemudian save template anda
Selamat mencuba.

Saturday, July 24, 2010

cara letak posting lama di halaman pertama

Mungkin dalam banyak posting yang ada pada blog ada posting lama yang ingin kita tampilkan semula pada halaman utama.Posting ini tentunya mendapat sambutan seperti mempunyai jumlah komen yang tinggi dan masih lagi sesuai untuk berada dihalaman utama.Jika ingin meletakkan semula dihalaman pertama berikut adalah caranya.

1.Masuk ke blogger,pada dashboard pilih edit posts .


2.Pada paparan edit posts,pilih posting yang dikehendakki dan klik pada edit.

3.Seterusnya pilih post options


4.Kemudian ubah tarikh posting tersebut pada tarikh yang baru.
**kalau nak buat sticky post pun boleh guna cara ini.

Thursday, July 22, 2010

Banduan 650 - Dr. Aafia Siddiqui

Dr. Aafia dalam tahanan menunjukkan penderitaan yang dialami
Tahukah anda banduan 650 adalah satu-satunya banduan wanita yang ditahan dipenjara Bagram di Afghanistan di mana penjara ini adalah khusus untuk banduan lelaki? Inilah hakikatnya yang dialami oleh banduan 650 yang bernama Dr. Aafia Siddiqui. Beliau diculik pihak FBI Amerika pada 30 Mac 2003 di Pakistan atas tuduhan mempunyai hubungan erat dengan Al-Qaeda di mana sehingga sekarang tiada bukti dapat ditunjukkan oleh pihak FBI tentang hubungan yang dikatakan itu.

Siapa Dr. Aafia Siddiqui? Tiada siapa kenal baik masyarkat Malaysia dan Islam diseluruh dunia dan tiada media di mana-mana kerajaan negara Islam yang ingin mengambil tahu tentang Dr.Aafia ini kerana apa? kerana diri kita ditimpa penyakit wahan dan assobiyah dan otak kita sudah diprogram untuk tidak menganggap umat Islam yang lain sebagai saudara. Buktinya, kita hanya simpati tapi tiada empati. Orang barat pula menganggap nyawa umat Islam tiada nilai. Jika seorang wanita barat diculik oleh orang Islam setiap hari media di seluruh dunia termasuk negara Islam akan mencanang cerita penculikan itu kerana apa? kerana otak kita diprogram akan kasta orang barat sangat tinggi. Aku mengambil inisiatif sebagai satu tanggungjawab seorang Islam untuk disampaikan kepada masyarakat akan cerita wanita yang difitnah oleh pihak Amerika dan sekutu kuatnya Pakistan yang bangsat lagi bacul.

Dr. Aafia Siddiqui dilahirkan di Pakistan. Beliau belajar di Amerika dan memperolehi PHD dari Universiti Brandeis,Massachusetts dalam bidang sains neurologi pada tahun 2001. Sebelum itu beliau belajar Universiti Houstan selama tiga semester kemudian bertukar ke MIT dan major dalam bidang biologi, antropologi dan arkeologi dan mendapat sarjana muda dalam bidang biologi. Beliau banyak melibatkan diri dalam kerja-kerja amal Islam semasa berada di sana. Di kalangan rakan-rakannya beliau dikenali sebagai seorang baik, kuat beragama dan lemah-lembut dalam berbicara.

Ini ceramah beliau


Beliau diculik bersama 3 orang anak kecilnya selama 5 tahun tanpa khabar berita sehinggalah 4 orang tahanan Bagram yang berjaya melarikan diri mendedahkannya tentang banduan 650 yang tidak ketahui namanya. Mereka hanya mengetahui dia adalah seorang wanita Pakistan dan seorang ibu yang dipisahkan dari anak-anaknya dan setiap hari mereka akan mendengar wanita tersebut menjerit akibat diseksa. Seterusnya Yvonne Ridley seorang wartawan Britain mendedahkannya secara besar-besaran di sidang wartawan tentang siapa sebenar banduan 650. Sejak dari itu seluruh dunia ingin tahu apa yang telah terjadi kepada Dr. Aafia dalam tempoh 5 tahun tersebut dari 2003-2008 dan apa kesalahan beliau dan kenapa tidak dibicarakan. Penipuan Amerika tentang tiadanya banduan wanita di penjara Bagram akhirnya terbongkar bersama skrip-skrip bodoh untuk meyelamatkan maruah FBI Amerika.

Semasa di dalam tahanan di Bagram beliau diseksa dan dirogol setiap hari dan dinafikan haknya sebagai seorang wanita. Dipaksa menggunakan tandas lelaki dan bilik mandi yang terdedah dan boleh dilihat oleh pengawal-pengawal penjara. Situasi beliau sepanjang penahanan tersebut amat meyedihkan sehingga beliau hilang ingatan. Nasib anak-anaknya selama 5 tahun tersebut juga tidak diketahui oleh sesiapa sehingga sekarang.

Sehingga kini tiada dakwaan tentang kegiatan beliau bersama Al-Qaeda oleh pihak Amerika hanya melainkan dakwaan cubaan membunuh seorang askar Amerika dan FBI semasa di dalam tahanan di Afghanistan. Amat pelik apabila perbicaraan ini dilakukan di Amerika sedangkan kesalahan tersebut dilakukan di Afghnistan. Juga tiada bukti yang beliau melakukan cubaan bunuh melainkan beliau ditembak di perutnya semasa di dalam tahanan oleh askar Amerika kononnya untuk keselamatan diri.

Bukan sahaja Dr.Aafia tetapi ramai lagi wanita Islam yang diculik oleh FBI dan sekutunya tanpa diketahui dan dibicara dan akhirnya kita hanya didedahkan wanita-wanita ini didera secara seksual seperti di penjara Abu Gharib, Iraq. Biarlah Dr. Aafia menjadi pemangkin pembebasan untuk wanita-wanita Islam yang ditindas di penjara-penjara Amerika seluruh dunia.

Tiada apa yang dapat aku sumbangkan melainkan doa, menyebarkan kisahnya di blog dan sain petisyen untuk pembebasan beliau. Jika ada yang terbaca silalah klik di link Laman Menarik sebelah kanan sebagai sokongan kepada wanita genius yang tidak bersalah ini. Juga jangan lupa boikot produk Amerika!! inilah cara jihad yang mampu kita buat di bumi Malaysia. Allah tidak memandang kesannya tetapi memandang usaha kita. Jika di akhirat nanti Allah bertanya apa yang aku telah lakukan untuk saudara-saudara Islam yang tertindas insya Allah aku mampu menjawabnya. Adioss!!!

Dengar kisah lebih terperinci tentang apa yang berlaku pada Dr. Aafia oleh bekas tahanan Taliban Yvonne Ridley. Beliau sekuat mungkin memperjuangkan pembebasan Dr. Aafia




Wednesday, July 21, 2010

membuat jumlah pembaca artikel pada blog

Mungkin anda ingin mengetahui jumlah pengunjung yang membaca atau membuka artikel artikel anda pada setiap hari.Bagaimana kita boleh mengetahui berapa orang yang mengklik artikel yang dibuat?.artikel kali ini akan memperkatakan tentang cara membuat post views counter pada setiap posting anda.Page Hits Counter ini adalah menggunakan khidmat tools secara percuma oleh putchoice.com
 Untuk makluman:
#Buat masa ini widget ini tidak berfungsi#

Untuk membuatnya:

1.Masuk ke blogger.com pilih edit HTML klik pada expand template widget

2.Kemudian cari kod : <div class='post-header-line-1'/>  kalau tiada  cari  kod ini: <data:post.body/>

3.Jika dah jumpa letakkan kod dibawah ini dibawah salah satu kod tadi.Jika ada dua kod,simpan pada kod yang pertama.

Page view dengan imej:




<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;item&quot;'><div align='left'><img src='https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhvhA8S818kH5GCX47ZU2T5jpLFuIX01Ps-lbpOn1ZR-tszmSP2nQHsM_ohGzkc-6sR_sRGEOPuSCz-qYr7omy9-KEe4RX72y54q4TSLzKDCTlKDlYLsA_NaOT3iJ2FMJCgxxCcl6TA_Qa8/'/><b><font size='2'><script src='http://www.putchoice.com/stats.php?p=stats' type='text/javascript'/> <b>Views</b>
</font></b></div></b:if>
* pada Views boleh ditukar dengan perkataan yang dinginkan

4.Seterusnya masukkan kod reciprocal verify  pada pada mana bahagian sidebar blog

 Masuk ke design--Pilih Page elements dan klik pada add a Gadget
 Pilih HTML/Javascript dan masukkan kod ini:
<a href="http://www.putchoice.com/">
<img border="0" src="http://www.putchoice.com/picture.php?type=png" alt="Page Hits Counter"/></a>

4.Kemudian save template anda.

Keluar dari blog anda  dan refresh 3 kali atau keluar masuk blog kali dan paparannya akan muncul

Jika anda anda memasang read more,ia akan terpapar setelah read more di klik.

Update:
5 Feb 2011..gunakan kod dibawah ini.
<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;item&quot;'>
<div id='hit-counter'>
&lt;a href=&#39;http://csharpdotnetfreak.blogspot.com&#39; rel=&#39;follow&#39;&gt;
<script src='http://www.amitjain.co.in/pageview.php' type='text/javascript'/> &lt;/a&gt;
</div></b:if>
sumber:
http://csharpdotnetfreak.blogspot.com/

Gambar Belangkas