Thursday, January 27, 2011

Cara letak scroll dan background pada komen

Tutorial ini saya buat sebagai menunaikan permintaan rakan-rakan yang ingin membuat scroll dan meletak warna latar belakang pada komen sebagaimana yang ada diblog ini.Kotak ini juga mempunyai border disekeliling dan dengan adanya scroll tentunya lebih memudahkan jika terdapat banyak komen pada sesuatu posting.Loading rasanya lebih cepat jika komen kita mempunyai avatar kerana paparan tidak keluar secara serentak.
comments background

Cara membuatnya:
log in ke blogger--pada dashboard pilih template---pilih edit html

dan cari kod yang berwarna merah seperti dibawah
.post-footer {
margin: 1.5em 0 0;
}

#comments {
height:280px;
overflow:auto;
border:8px ridge #33FF99;
background: #006699;
padding: 20px 20px 10px 20px;
margin: 10px 0px 0px 0px;
}

#comments .comment-author {
padding-top: 1.5em;
background :#009999;
border:1px dotted;
}

Kemudian tambahkan kod dibawahnya seterusnya dengan kedudukan sebagaimana diatas.Ubahkan kod warna jika inginkan warna yang diingini.

Highlight - United pamer kebangkitan menakjubkan

BLACKPOOL - Pada satu ketika ketinggalan 0-2 pada babak pertama tetapi tiga gol dalam tempoh 16 minit di babak kedua membolehkan Manchester United mempamerkan kebangkitan menakjubkan untuk menewaskan Blackpool 3-2 dalam saingan Liga Perdana England, semalam.

Dimitar Berbatov muncul wira dengan menjaringkan dua gol manakala satu lagi gol dijaringkan Javier Hernandez sekaligus membuktikan United kini memiliki ketahanan mental yang diperlukan untuk diletakkan sebagai pilihan merangkul kejuaraan liga musim ini.

Perlu diakui Blackpool mempamerkan persembahan mantap pada babak pertama untuk mendahului 2-0 hasil jaringan Craig Cathcart dan DJ Campbell.

Namun kebangkitan United selepas itu ternyata lebih mencuri tumpuan malah menenenggelamkan sama sekali kelebihan dan sisa perjuangan yang dimiliki Blackpool itu.

Kemenangan dramatik United itu membolehkan mereka kini terus kekal berkuasa di puncak liga di samping mengekalkan rekod tanpa kalah selepas 23 perlawanan musim ini.

Kebangkitan lewat yang akan diingati sampai bila-bila itu disifatkan Berbatov sebagai kekuatan dalaman United yang tidak ada pada pasukan lain.

"Kami memiliki mentaliti kental iaitu masih boleh menang walaupun ketinggalan 0-1 atau 0-2. Keyakinan itu sentiasa ada untuk membalasnya bukan satu gol tetapi lebih daripada itu.

"Memang pada babak pertama sedikit sukar buat kami kerana belum dapat menyesuaikan diri dengan keadaan padang yang tidak rata dan jauh berbeza dengan Old Trafford.

"Tetapi di babak kedua, kami berjaya mengatasinya," kata Berbatov yang kini mengukuhkan kedudukannya sebagai penjaring terbanyak kepada 20 gol setakat ini.

Kemasukan Hernandez menggantikan Wayne Rooney menjadi titik tolak kepada kebangkitan United semalam apabila pemain antarabangsa Mexico itu menghasilkan gol semangat yang dicari-cari.

Alex Ferguson sendiri mengakui dia kagum dengan kebangkitan yang dipamerkan anak-anak buahnya untuk membolehkan United kini memiliki kelebihan lima mata di depan Arsenal.

"Kami memang dipermainkan saja di babak pertama tetapi kemasukan Hernandez dan Ryan Giggs mengubah segala-galanya dalam sekelip mata. Kami memang berhak menang," tegasnya. - AFP

Sumber: Kosmo





Google kembangkan rangkaian perniagaan di Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR - Google Inc. (Google) kini mencari tenaga kerja tempatan yang bersifat analitikal dan pintar dalam pelbagai bidang untuk melengkapkan komitmennya dalam mengembangkan rangkaian perniagaan antarabangsanya melalui pembukaan operasi baru di Kuala Lumpur.

Pada masa ini, Google mempunyai lebih 60 pejabat di seluruh dunia termasuk di Singapura yang telah dibuka empat tahun lalu.

Menurut Pengarah Urusan Google Asia Tenggara, Julian Persaud, bakat tempatan berkualiti itu akan dapat membantu pengguna Google mendapatkan maklumat yang diperlukan, pada masa yang sama menyumbang dalam memajukan perniagaan-perniagaan tempatan.

"Pembukaan pejabat ini adalah sebagai langkah untuk kami menawarkan perkhidmatan platform pengiklanan, perkhidmatan web dan pengalaman pencarian terkemuka Google kepada pengguna, pengiklan dan rakan niaga kami di Malaysia.

"Ia juga sebahagian daripada langkah meluaskan pelaburan Google di rantau ini, di samping usaha berterusan untuk menyediakan produk tempatan yang memudahkan kehidupan mereka seperti Google Maps, Google News dan Google Translate," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pengumuman pembukaan pejabat kedua Google di rantau Asia Tenggara di sini semalam.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Mukhriz Mahathir dan Ketua Perniagaan Negara Malaysia, Sajith Sivanandan.

Sumber: Kosmo

Nota Dahi: dengan pembukaan rangkaian perniagaan Google di ibu negara, ini sedikit sebanyak dapat membuka peluang pekerjaan kepada masyarakart tempatan. Macam best je kalau dapat kerja dengan Google kan? Hakhakhak...

20 Jenis Ciuman [Adult Only]

Keren ya ciuman aja ada macem-macemnya.
Yauda cekiprot aja deh.


1. Butterfly Kiss: Mencium bagian tubuh si dia dengan mengedip-ngedipkan bulu mata hingga pasangan terasa geli. Ciuman ini bisa diberikan di pipi, ujung bibir, dahi atau perut.

2. Cheek Kiss: Biasanya ciuman ini diberikan pada saat kencan pertama sebagai tanda "aku suka padamu". Ciuman pipi ini bisa semakin mesra jika Anda tahu

5 Fakta Salah Yang Diajarkan di Sekolah

1. Tembok China bukan benda terbesar buatan manusia
Banyak yang berspekulasi bahwa tembok china merupakan bangunan bersejarah yang "ter-" buatan manusia. Tapi ternyata anggapan itu salah. Masih ada sesuatu yang jauh lebih "ter-" lagi dibandingkan tembok 'besar' china. Bahkan, sosoknya pun dapat dilihat dari angkasa. Hmm apa ya ??

Yang dimaksud adalah The Great Pacific Garbage Patch. Kumpulan

Wednesday, January 26, 2011

Mu'adz Al-Hafiz 14 tahun

 Alhamdulillah, hari ini anak ke-6 saya, Mu'adz Al-Hafiz telah berumur 14 tahun. 
Beliau juga telah bergelar Al-Hafiz...Syukur Alhamdulillah..
Semoga terus menjadi anak yang soleh...dan terus istiqomah dalam perjuangan mu..
Bersama abang Ammar, juga seorang Al-Hafiz.
Dua orang Al-Hafiz... Amin..

Koleksi entry paling menarik dikalangan blogger

Pada entry kali ni aku nak berkongsi sesuatu yang agak menarik. Tengok tajuk pun korang dah boleh agak apa yang ingin aku sampaikan bukan? Ok kat bawah ni ad pelbagai entry menarik yang dihasilkan oleh seluruh blogger di Malaysia ni.

Korang tak perlu right click pun untuk lihat sesuatu post. Korang hanya klik dan post tersebut akan dibuka secara automatik pada tab yang baru. Jadi ini lebih memudahkan korang kan? Sila refresh halaman ni untuk lihat senarai entry yang berlainan.



Gambar Belangkas