Friday, June 11, 2010

Proses pembuatan beg kulit yang mengerikan










Hilangkan blog title dan description

Jika anda dalam platform blogger dan menggunakan template asal blogspot,anda akan dapati bahawa tajuk blog dan deskipsi akan kelihatan pada header blog.Kalau deskripsi  atau keterangan terlampau panjang kelihatan pula seperti iklan.Jika anda ingin menghilangkan tajuk dan deskripsi dari blog anda dan boleh meletak gambar sebagai header ikutilah langkah dibawah  ini.

1.masuk ke blogger dan klik pada dashboard
2.Klik pada layout dan pilih edit HTML
3.Cari kod  #header h1,jika tidak jumpa cari kod ini :#Header .description
4.masukkan kod display:none; pada hujung kod diatas

.Dibawah ini adalah contoh kedudukan kod tadi
#header .description { 
margin:5px 5px 0;
padding:15px 20px .25em;
line-height:1.2em;
display:none;
6.Kemudian save template anda.

Thursday, June 10, 2010

Pesawat tempur Amerika yang ganas


AC-130 merupakan sebuah pesawat tempur yg digunakan oleh tentera bagi sokongan pertempuran jarak dekat. Misi-misi lain termasuk pertahanan perimeter dan titik, pengiring, pendaratan, penurunan dan pengekstrakan zon sokongan, kawalan udara, dan operasi mencari serta menyelamat.



Pesawat berat ini dilengkapi dgn senjata sisi dan sensor canggih, sistem navigasi dan kawalan persenjataan bagi kadar masa tambahan. AC-130 telah digunakan secara efektif selama lebih tiga puluh tahun dalam memusnahkan kubu pertahanan dan sasaran2 lain. Satu kelemahan AC-130 ialah lazimnya serangan hanya boleh dilakukan pada waktu malam berikutan kendaliannya yang agak lemah dan sumber sasaran yg terhad kadangkalanya kurang tepat bagi mengenalpasti identiti sasaran.





Semasa Perang Vietnam, pesawat kelas ini telah memusnahkan lebih daripada 10,000 buah trak musuh dan telah di-kredit kerana byk membantu tentera darat dalam menyelamatkan mereka. Dalam Operation Desert Storm di Iraq, pesawat ini menyediakan pertahanan pangkalan dan sokongan udara jarak dekat untuk pasukan darat. Dalam satu misi, tentera Iraq telah berjaya menembak jatuh sebuah pesawat AC-130H mengakibatkan kesemua 14 krew petugas terkorban.






Antara misi-misi yg terlibat:

* Operation Urgent Fury - Grenada, 1983
* Operation Just Cause - Panama, 1989
* Operation Desert Storm - Iraq/Kuwait, 1991
* Operation Restore Hope - Somalia, 1992–94
* Operation Support Democracy - Haiti, 1994
* Operation Deny Flight/Joint Endeavor - Bosnia, 1993–99
* Operation Assured Response - Liberia, 1996
* Operation Allied Force - Kosovo, March-July, 1999
* Operation Enduring Freedom - Afghanistan, 2001–present
* Operation Iraqi Freedom - Iraq, 2003–present

Seunit AC-130H mempunyai kos bernilai US$132.4 juta. Kini terdapat lapan AC-130H dan tujuh belas pesawat AC-130U yang masih aktif dalam perkhidmatan.

Wednesday, June 9, 2010

Ucapan Obama yang membosankan


Dalam majlis ucapan seorang Presiden Amerika ini di sebuah sekolah tinggi di Michigan, satu suasana membosankan terzahir dimuka pelajar-pelajarnya. Hal yang lebih mengejutkan dan memalukan apabila cameraman memfokus video ucapan Presiden itu yang berlatarbelakangkan wajah seorang pelajar yang tidur ketika mendengar pidato hebat itu!




Tuesday, June 8, 2010

Ujian ketahanan handphone sebelum dipasarkan

Ujian ketahanan Air






Ujian kesan Calar


Ujian habuk halus / pasir


Ujian tekanan/ hentakan /remukan





Baru dibekalkan..



Lambang Illuminati pada jaket Mark Zuckerberg - Facebook


Dalam Persidangan Teknologi D8 minggu lalu, satu perkara yang membawa perhatian besar di sebalik jaket yang selalu dipakai oleh Mark Zuckerberg selama ini diperkatakan. Dalam temubual itu, beliau banyak dilontarkan dengan pelbagai soalan peribadi, sehingga beliau berasa berpeluh dan menanggalkan jaket hoodie-nya itu (jaket bertopi)



Perkara itu membuatkan Kara Swisher, pengacara untuk temubual pada hari itu penuh curiga dengan lambang yang terdapat disebalik jaket itu. Lambang yang tertera dalam jaket Mark Zuckerberg itu adalah lambang illuminati. Walaubagaimana pun, kita masing-masing tahu bahawa Mark Zuckerberg adalah dari keturunan Yahudi iaitu dari pasangan campuran Yahudi-Amerika, Edward dan Karen Zuckerberg.



Untuk yang masih belum tahu, apakah itu lambang illuminati sila ke sini > http://mistisfiles.blogspot.com/2008/11/maksud-tersembunyi-dalam-lambang.html"

Mata biru kenan kucing





SAMARIANG: Pelik tapi benar. Itulah keajaiban berlaku ke atas bayi lelaki berusia 18 bulan yang didakwa terkena ‘kenan’ kucing apabila mata hitamnya bertukar biru selepas dua minggu dilahirkan.

Perubahan itu dipercayai berkait rapat dengan kegemaran ibu bayi berkenaan, Khatijah Kassim, 37 yang gemar membelai kucing bermata biru ketika baru beberapa minggu mengandungkan Zulfazli Zaidi.

“Sehingga saya melahirkannya, saya tertarik dengan seekor kucing bermata biru yang saya sendiri tidak tahu dari mana datangnya.

“Apa yang peliknya, selepas Zulfazli dilahirkan, kucing itu tidak kelihatan lagi,” katanya ketika ditemui di rumahnya di ketika ditemui di rumahnya di Kampung Baru Semariang di sini, semalam.

Menceritakan bagaimana perubahan pada mata anaknya berlaku, Khatijah berkata, dia mulanya tidak menyedari perkara itu sehingga Zulfazli berusia dua minggu.

“Saya risau dan cemas ketika itu. Macam-macam saya fikir sehinggalah saya membawa Zulfazli ke klinik pakar untuk pemeriksaan.

“Tetapi, doktor pakar menjelaskan matanya normal. Lega hati saya kerana pada mulanya menyangka anak saya buta. Pada masa sama, saya juga hairan kerana ketika usianya kurang setahun, dia memiliki bulu kening panjang serta misai.

“Saya dan keluarga pelik bagaimana mata anak saya berwarna biru sedangkan tiada keturunan kami memiliki mata seperti itu,” katanya.

Khatijah mendakwa kelainan yang ada pada Zulfazli menyebabkan anaknya itu sering menarik perhatian orang ramai terutama ketika dibawa ke pasar sehingga ada yang meminta untuk bergambar.

Menurut Khatijah, satu lagi perbezaan yang dikesan ialah anak lelaki bongsunya itu lambat bertutur walaupun memanggil ibu atau ayah jika dibandingkan abang dan kakaknya pada usia sekarang.

“Pernah saya bawa Zulfazli ke pasar dan tidak semena-mena ada individu memegang tangannya untuk mengambil gambar,” katanya.

Menurut Khatijah, satu lagi perbezaan yang dikesan ialah anak lelaki bongsunya itu lambat bertutur walaupun memanggil ibu atau ayah jika dibandingkan abang dan kakaknya yang lain pada usia sekarang.

Sumber: Harian Metro

Gambar Belangkas