Monday, February 17, 2014

Serigala Jadian (Warewolf) Fakta atau Auta??


Dalam cerita rakyat, serigala jadian adalah manusia yang berkebolehan bertukar menjadi serigala. Mereka dikatakan wujud apabila manusia biasa yang terkena cakaran atau gigitan serigala, masih hidup, lalu menjadi serigala jadian.


Tubuh serigala jadian diliputi dengan bulu dan kepala menyerupai serigala. Ia bertukar menjadi serigala apabila waktu bulan mengambang. Segala perwatakan mereka adalah serigala dan tiada ciri-ciri manusia. Memakan daging manusia dan haiwan.

Kepercayaan tahyul
Mempunyai musuh yang amat ketat, iaitu puntianak (vampire).
Kebal terhadap kebanyakan senjata, kecuali yang diperbuat daripada perak.

Serigala Jadian Wujud

PADA 1573, seorang lelaki Perancis, Gilles Garnier dibakar hidup-hidup selepas lebih 50 saksi melihat dia mengoyak badan kanak-kanak dan memakan daging manusia yang dibunuhnya.

Garnier mengaku dia membunuh dan memakan daging lebih empat kanak-kanak berusia antara 10 hingga 12 tahun kerana dia adalah serigala jadian. Menurutnya, dia memperoleh keupayaan untuk bertukar daripada manusia kepada raksasa serigala selepas bertemu dengan syaitan ketika berburu bagi mencari makanan di dalam hutan pada waktu malam.
Syaitan itu memberi krim magis yang membolehkannya bertukar menjadi serigala jadian dan dia mula menculik kanak-kanak serta memakan daging mangsanya itu. Bagaimanapun, tindakan Garnier akhirnya terbongkar selepas beberapa saksi terserempak dengannya yang sedang melakukan perbuatan berkenaan.

Kira-kira 31 tahun kemudian, kes sama turut berulang di Perancis. Seorang remaja, Jean Grenier, 13, mendakwa pernah bertemu dengan syaitan di dalam hutan dan puaka itu memberikannya kulit serigala yang membolehkan jasadnya bertukar menjadi serigala jadian.

Selepas bertukar menjadi serigala jadian, dia berkeliaran pada setiap malam untuk membunuh dan memakan kanak-kanak. Grenier akhirnya dihukum penjara seumur hidup di Biara Fransiskan.
Seterusnya melewati masa, beberapa lagi kes sama dilaporkan di pelbagai tempat di seluruh dunia - manusia membunuh selepas bertukar menjadi serigala jadian. Persoalannya, adakah benar jasad manusia mampu bertukar menjadi raksasa berupa haiwan menggunakan ilmu sihir atau bantuan syaitan?

Kepercayaan mengenai fenomena mistik itu bukanlah suatu perkara baru malah ia sudah berlarutan selama ratusan tahun malah wujud dalam budaya banyak bangsa di dunia ini.

Masyarakat kuno Sepanyol, Portugis dan Brazil misalnya percaya bahawa manusia memang mampu bertukar menjadi serigala. Menurut kepercayaan lama mereka, sekiranya sesebuah keluarga memiliki enam anak perempuan, maka anak ketujuh mereka akan menjadi serigala jadian sekiranya anak itu adalah lelaki.
Di Itali, Perancis dan Jerman pula, wujud kepercayaan bahawa seorang lelaki akan bertukar menjadi serigala jadian sekiranya dia tidur di luar rumah pada malam Rabu atau Jumaat tertentu pada musim panas dan cahaya bulan memancar terus ke wajahnya.

Herodotus iaitu sejarawan Yunani dari abad kelima Sebelum Masihi (SM) pula menceritakan wujud puak Neuri pada zaman dulu yang dapat berubah menjadi serigala jadian selama beberapa hari dalam setahun. Di Malaysia juga turut terdapat kepercayaan yang hampir sama. Manusia kononnya dapat berubah menjadi harimau jadian menggunakan ilmu sihir atau saka.

Teka-teki membingungkan mengenai kesahihan kewujudan serigala jadian menyebabkan penyelidik mula melakukan kajian bagi membongkar misteri terbabit. Akhirnya selepas lama mengkaji, mereka akhirnya mengakui bahawa fenomena manusia bertukar kepada serigala sememangnya wujud!

Akan tetapi, keadaan sebenarnya bukanlah jasad manusia itu bertukar menjadi seakan serigala dengan wajah bengis dan ganas, badan berbulu serta memiliki taring dan kuku tajam.

Sebaliknya, manusia terbabit sekadar berkelakuan seperti haiwan termasuk menyalak kepada bulan, merangkak dan merayau di tanah perkuburan pada waktu malam malah sanggup membunuh dan memakan daging manusia lain.

Perlakuan aneh itu diklasifikasikan penyelidik sebagai satu daripada penyakit mental luar biasa yang dikenali sebagai ?lycanthropy? dan penyelidik percaya kes membabitkan serigala jadian seperti dialami Jean Grenier dan Gilles Garnier sebenarnya berpunca daripada lycanthropy.

Pengarang buku ?Penyakit Mental Luar Biasa?, Richard Noll ketika mengulas penyakit itu berkata: ?Seseorang yang mengalaminya percaya bahawa mereka sesungguhnya menjadi serigala, ditumbuhi bulu dan kuku yang tajam.?

Selain sindrom lycanthropy, penyelidik percaya bahawa cerita mengenai serigala jadian mungkin berasal daripada sejenis penyakit genetik dikenali sebagai Hypertrichosis yang menyebabkan hampir keseluruhan jasad penghidapnya ditumbuhi bulu sehinggakan penampilan luaran seseorang itu seakan-akan serigala.

Maka tidak mustahil terdapat penduduk zaman dulu yang menghidap Hypertrichosis dan kewujudan mereka dengan jasad dipenuhi bulu itu kemudian disalah anggap masyarakat sebagai serigala jadian. Seterusnya salah tanggapan itu berkembang melewati masa sehingga momokan kewujudan serigala jadian terus menjadi popular dan diminati ramai pada hari ini.

Rekod kepercayaan terawal mengenai kisah serigala jadian dikatakan bermula pada 1550 SM iaitu Raja Lycaon dari Arcadia mempersembahkan daging manusia kepada dewa Zeus menyebabkan dia dihukum menjadi serigala atas kesalahan itu.

Antara 1520 hingga 1630 di Perancis, terdapat lebih 30,000 rekod kes membabitkan penduduk yang mendakwa mereka adalah serigala jadian.


Dilaporkan, seorang daripada 340 juta penduduk dunia menghidap Hypertrichosis.



Rumah Kutai

Dalam banyak2 tempat yang awok pergi...
ini le tempat yang awok paling sedih sekali...
Rumah Kutai atopon yang sebenonye bermaksud rumah lama....
tak berjaga.......
dan kesudahannya...
tunggu nak rebah ke bumi je...
lokasi rumah Kutai ni di Kg  Jamuan, Kuala Kangsar......

ikut pada makluman informer awok...
sebelum ni memang cantik rumah ni Kutai ni dijaga Jabatan Warisan...
tapi sebab takda inisiatif nak jaga....
Rumah Kutai ni pun tak diselenggara dengan baik....

kalo nak bina balik rumah Kutai ni...
mau juta2 jugak belanja nye....
daghi kos yang tak sebeghape...
udah jadi berjuta...

betoi le kat Malaysia ni...
kita mudah nak membina benda berjuta...
tapi payah nak maintain kan benda tu...







Dinding rumah kutai yang dibuat menggunakan buluh yang dianyam....

Atas bumbung rumah kutai ni.......


Keadaan dalaman Rumah Kutai......
sayang betoii

Kome tengok seni binaan dia.....
palang nya pun guna batang kayu je...... 

Misteri Bandar Eksotik Purba Di Tasik Qiandao


Misteri Tasik Qiandao di Zhejiang, China mempunyai rahsia berupa bandar eksotik bawah air yang terletak di kedalamannya.




Ditemui pada tahun 2001, ahli arkeologi menemui runtuhan kota dengan bentuk seperti kuil. Bandar ini kira-kira berukuran 62 kali lapangan bola sepak dengan seni bina purba.

Digelar "Bandar Singa", ataupun "Shicheng" dalam bahasa Mandarin, bandar ini dibina pada dinasti

Mengapa nama Segitiga Bermuda digeruni???


Misteri Segitiga Bermuda atau lebih dikenali Bermuda Triangle adalah sebuah daerah di Lautan Atlantik yang dibatasi kota di Amerika Tnegah seperti Florida,Kepulauan Bahamas dan Kepulauan Carribbean.



Sejak dulu ia dikatakan kawasan misteri kerana banyak kes pesawat atau kapak laut hilang atau ghaib begitu sahaja ketika melintasi daerah ini.Tiada sesiapa pun yang mengetahui kemana pesawat dan kapal laut itu lenyap ketika berada di kawasan terbabit.


Ada yang berpendapat kawasan ini pusat magnet terbesar di dunia.Ada juga berpendapat ia pusat bumi dan terdapat lubang hitam yang mampu menyedut apa saja yang melalui kawasan itu.

Menurut sebuah catatan kuno, Raja Iskandar Zulkarnain pernah cuba memasuki kawasan misteri itu.Sekembalinya dia mengatakan tempat itu berpasir permata dan berbatukan berlian.Tempat itu dipenuhi kabus putih yang tebal menjadikannya sangat indah di pandang namun berbahaya kepada sesiapa saja yang cuba memasuki kawasan itu.Namun sehingga kini Segitiga Bermuda terus bermisteri.

The Devil`s Sea



The Bermuda Triangle : Documentary on the Paranormal Occurences in the Bermuda Triangle .

Bermuda Triangle Secrets Revealed


Sunday, February 16, 2014

Festival Pelik Pengkebumian Orang Hidup!


Ada pelbagai tradisi unik yang kadang-kadang tidak terfikir dek akal, salah satunya di Cuba dimana satu tradisi melibatkan perarakan mengebumikan orang yang masih hidup!




Namun, tidak perlu bimbang, pengebumian tersebut hanyalah perarakan dan bukan benar-benar ditimbus dalam tanah.

Tradisi pelik ini dilakukan setiap tahun dengan meriah di Santiago de las Vegas, bandar kecil berhampiran

Produk Pelancongan Padang Rengas

Minggu lepas awok berkesempatan menjelajah Padang Rengas....
tak awok sangke banyak rupenye produk pelancongan yang boleh diketengahkan di Padang Rengas...
walopon Padang Rengas ni awok selalu lalu...
tapi tak tau pun banyak rupenye benda menarik kat sini....

awok bergerak haghi Jumaat (14 Februari 2014) lepas solat Jumaat...
dan selesai pada haghi Sabtu (15 Februari 2014)
dibawah ni kira intro sebelum entri2 berkaitan dengan produk pelancongan yang boleh diketengahkan untuk kome tengok....

oh ye....
Padang Rengas awok pergi ni..
meliputi Parlimen Padang Rengas...
dan bukan semata Pekan Padang Rengas....

Rumah Kutai....
sayang betoi le.....
area Kg Jamuan...

Victoria Bridge....
cantik kalo buat shooting outdoor ni...

Lata Berala...
tempat mandi-manda

Ladang rusa....

Bukan lebah...
tapi benda ni pun keluo kan madu jugakkk

Ini awok bagi suspen sikit....
tapi benda ni memang popular di Kuala Kangsar....

Jambatan Sultan Iskandar...

Tempat Pandai Besi

Asam Keping... ala.. kome mesti tau le...

Kekabu...

Tempat ni ada keluo paper haghi ni...
pandangan daghi dalam...

Pandangan daghi luo...

Errr... ini bukan produk pelancongan Padang Rengas...
tapi kebetulan terserempak dengan krew filem tengah shooting filem...
 awok bertanye dengan krew ...kate deme tengah shooting filem Kanang Anak Langkau...
dan diarahkan oleh Bada Hj Azmi.... kat Pekan Padang Rengas tu kome....



Beli Kain Cotton Vietnam Murah Berkualiti Tinggi | Bidang 60 (3.5 meter)

Assalamua'laikum.
Beli Kain Cotton Vietnam Murah Berkualiti Tinggi | Bidang 60 (3.5 meter). Alhamdulillah. Kami lebarkan sayap kami dengan menceburi jualan kain cotton Vietnam yang berkualiti tinggi, gred AA. Jom tengok kain stok kain cotton Vietnam yang kami ada setakat ini. Tak banyak, jadi jika anda berminat...cepat-cepat SMS/WhatsApp kami untuk terus membelinya!

Kain cotton Vietnam

Kain cotton Vietnam - 3.5 meter bidang 60
Harga kain cotton Vietnam? 
  • RM70 (termasuk kos penghantaran)
  • Beli 2 pasang ke atas, ada diskaun hebat untuk anda!
Cara nak order?
  1. Anda sms/whatsapp kami: 011-2374 8275
  2. Nyatakan code kain cotton Vietnam yang anda mahukan.
  3. Kami akan sms/whatsapp anda cara pembayaran secepat yang mungkin.
    Apa tunggu lagi, boleh terjah juga page facebook kami untuk dapatkan gambaran lebih jelas dan nantikan penambahan kain pasang lain untuk anda. 
    Sila ke sini page facebook kami ---> Kain Cotton Lover
     Terima kasih.

    Gambar Belangkas