Tuesday, August 16, 2011

Oooo....Besok Perak cuti...

Padanle haghi (hari) ni awok tak sabo nak habeh koje (habis) keje cepat....

ghupenye (rupanya) besok Perak bercuti....

sempena Nuzul Quran ni.....

hehehehe....

maleh (malas) nak taip panjang2.....

awok nak ucap satu bende je......

pade yang bekoje (bekerja) besok...

selamat bekoje (bekerja) la ye....

Monday, August 15, 2011

Balik Ghaye!!

Biase.....pakcik gugel kawan awok...

Masok haghi (hari) ke 16 pose ni......

memasing udah pikio (fikir) pasei hei (hal) nak balik kampong....

yang takde transport sendighi (sendiri) pengangkutan awam le yang jadi pilihan...

selain beh (bas)....yang ndak balik Ipoh udah bulih gune ETS.....

yang ndak balik ke Pantei Timur (teghutamenye Kelantan) flight meghupekan (merupakan) pilihan terakhir yang deme bulih pilih...

tapi biasenye oghang (orang) beli tiket awei (awal)......

maklomle...hei (hal) balik kampong ni bulih buat oghang (orang) bergadoh ooo...

Pade yang bujang memang takde masalah ndak balik kampong...

awok sendighi (sendiri) pun mase bujang dulu.....

mase takde motokar sendighi (sendiri), memang beh (bas) le jadi pilihan awok....

kekadang saje2 je awok tak beli tiket awei balik kampong....

kalo tiket beh (bas) udah habeh (habis) pun..

awok tak ghiso (risau).....

bulih je naik beh (bas) 'loncat2'....

kalo naik beh (bas) ekspress bulih sampei 2 - 3 jam...

naik beh (bas) 'loncat2' ni makan mase sampei 5 - 6 jam jugak le....

tak kesah le....janji balik kampong kan??....

kome macam mane???

Guna maklumat dalam Facebook untuk curi wang jiran, rakan

sumber: google

LONDON: Seorang penggodam mencuri wang milik rakan dan jirannya di dalam bank selepas memperoleh kata laluan daripada maklumat peribadi yang mereka masukkan dalam laman sosial seperti Facebook dan Friends Reunited. Iain Wood, 33, dari Newcastle, menghabiskan masa 18 jam jam sehari untuk mencari butir peribadi jirannya. Dia juga menggunakan butir peribadi rakannya untuk mencari kata laluan mereka sebelum menggodam akaun bank mangsa dan mencuri lebih �35,000 (RM175,000) dalam masa dua tahun. Dia mula memindahkan wang seorang jiran terus ke dalam akaunnya pada November 2009.

Ketika menjatuhkan hukuman 15 bulan terhadap Wood semalam, Hakim Guy Whitburn berkata,: “Ini kali pertama saya menemui satu penipuan yang sungguh canggih. Ia satu penipuan yang dirancang dengan baik meskipun rumit. “Kamu menggunakan identiti orang lain untuk mencuri. Sudah pasti mangsa kamu kecewa dan sedih melihat wang mereka dicuri.” Polis yang menyerbu kediamannya menemui beberapa nombor pin akaun bank dan bil pasport milik orang lain yang diperolehnya daripada peti surat jirannya. Woods mengaku menggodam beberapa akaun bank dan mengambil surat jirannya.

Pendakwa raya, Neil Pallister memberitahu mahkamah, Wood memperoleh kata laluan akaun bank mangsa dengan memberitahu pegawai bank bahawa dia terlupa kata laluan. “Apabila ditanya soalan peribadi seperti tarikh lahir dan nama ibu, dia akan memberi jawapan yang betul. Jawapan itu diperolehnya menerusi maklumat peribadi mangsa menerusi laman seperti Facebook,” kata Pallister. Menurutnya, Wood menghabiskan masa 18 jam sehari di depan komputer untuk mencari maklumat jiran dan rakannya.
“Sebaik dia berjaya mengakses akaun bank mangsa, dia akan mnmindahkan wang mereka ke dalam akaunnya,” kata pendakwa raya itu.

sumber: harianmetro

p/s: tak mustahil boleh terjadi di sini, so berhati-hatilah bila meletak status di wall fb, atau maklumat peribadi dalam facebook.

Program 6P - Kite Baik Sangat??

pakcik gugel yang bagi

Ghasenye (rasanya) ghamei (ramai) yang tau ape ke bende nye 6P ni....

takpe...takpe...ni awok kabo....

"Program 6P iaitu pendaftaran, pemutihan, pengampunan, pemantauan, penguatkuasaan dan pengusiran itu akan dilaksanakan secara berperingkat"

dan bende ni dilaksanekan untuk mendaftarkan Pendatang Asing yang ade kat Malaysia ni....

yang halei (halal) patotnye udah habeh (habis) bulan Julai dulu...

tapi disambong lagi.....

sementaghe (sementara) untuk PATI (pendatang asing tanpa izin) pulak dikatekan bakei (bakal) tamat pade 21 Ogos ni (ini pun sepatotnye tamat pade14 Ogos yang lepaih)....

dikatekan sejumlah 2 juta pendatang asing telah mendaftar program 6P ni....

ghamei (ramai) tu kome....

awok jangkekan makin dekat taghikh (tarikh) tutopnye...

makin ghamei (ramai) yang akan keluo mendaftar.....

daghi (dari) satu sudot awok pikir bagoih (bagus) usahe Kerajaan mendaftarkan deme ni yang ade......

kughang2 (kurang2) nye bulih le kite kesan deme balik, kalo ade ape2 yang berlaku....

dan jugak bulih kughangkan (kurangkan) bilangan deme yang ditahan di Depot tahanan Imigresen di selughoh (seluruh) negare....

Kos kite bagi deme makan kat depot tahanan ni je....

udah makan juta2.....

tapi daghi (dari) satu sudot pulak....awok nampak...

takde faedah nye kite daftarkan deme ni....

bukan deme tak bulih nak laghi (lari) balik ke negare deme tu....

kalo sebelom ni deme bulih je datang ikot tongkang.....

ikot jalan 'tikoih' ...... takkan le nanti deme tak bulih buat semue tu...

lagi satu nye, sistem biometrik ni senang beno nak dieksploitasi....

'figure' yang keluo bulih diubah2 ......

yang diwar2kan pade oghang (orang) ghamei (ramai) banyak ni...

padehei yang ade lagi ghamei (ramai) daghi (dari) yang sepatotnye...

pulak tu banyak pulak syaghikat (syarikat) yang ambik kesempatan ni...

untok daftarkan PATI yang ade dengan rege (harga) yang mahei (mahal)...

padehei kalo mendaftar sendighi (sendiri) kat Imigresen....

pree je...

Ngape le kite ni baek sangat ye???

tang oghang (orang) luo ni kite tatang....

bagi kemudahan....mudahkan deme.....

kalo kite keluo ke bando, pekan....hujong2 minggu....

berlonggok2 deme ni kat bando, pekan...

udah kite pulak yang macam pendatang....

P/S: awok spichless!!!

Sambal goreng tempoyak..

Bulan puasa ni entri penuh ngan menu masakan jer dari mengomel haa... mood tengah rajin layan kan ajer. Kali ni sempoi giler resepi sambal tempoyak * pejam mata jer buat * coz ia tak guna bawang langsung... ! hanya guna cili padi, tempoyak, daun kunyit, garam dan gula skit... kalau tak caya cer cuba buat insyaallah mesti berselera makan.

Bahan-bahan:
~ Ikan bilis ( ditumbuk lebih kurang, jgn hancur sangat )
~ 3 sudu besar tempoyak
~ 5-8  cili padi
~ Daun kunyit ( hiris halus )
~ Garam skit
~ Gula ( klu tempoyak dah lama mkin masam, so tambahkn gula skit )

Caranya:
Tumbuk cili padi, dan campurkan bersama ikan bilis seta daun kunyit. gaul rata.
masukkan garam dan gula skit ( klu tempoyak mashamm.. heee ). tempoyak jangan letak banyak sangat sampai tak nampak ikan bilis coz sambal tak garing nanti.

Gaul rata, goreng dan kacau selalu.. api jangan besar sangat yooo... Agak-agak dah kuning keemasan bleh la di angkat dan hidang...

p/s: ratah macam tu jer pun sodap....

IMAM

15 Ramadhan

Alhamdulillah ...15 hari dalam bulan Ramadhan telah pun kita harungi..kita sedang berada dalam fasa kedua Ramadhan...fasa pengampunan...ambil lah peluang ini sebanyak-banyaknya untuk solat sunat taubat dan mohon pengampunan dari Allah SWT.  Sedang nabi yang maksum pun memohon keampunan dari Allah..apalah sangat diri kita yang kerdil ini...yang sentiasa terleka dan terlalai ...mengapa kita sangat sombong sehingga tidak mahu mengambil peluang ini untuk memohon keampunan dari Allah....
Akhir Ramadhan semakin hampir...semakin sedih diri ini kerana tidak lama lagi bulan yang Mulia ini akan meninggalkan kita...
 
Sudah 15 hari juga anak ke-6 ku, Mu'adz menjadi Imam solat Terawikh dikampung ku di selatan tanah air..kampung Rimba Terjun, Pontian.
Syukur Alhamdulillah...ini anak kedua ku yang hafiz dan menjadi Imam Solat Terawikh...semoga Allah sentiasa memelihara dirinya dari perkara yang tidak baik..dan tetapkan lah hatinya untuk sentiasa berada di jalan yang benar...Amin.

Setiap kali Imam tahfiz menjadi Imam solat Terawikh di Mesjid Negeri Shah Alam, fikiranku sentiasa teringatkan anak ku yang menjadi imam di surau kampung ku...Mudah-mudahan Allah Permudahkan segalanya buat anakku....

Gambar Belangkas