Monday, June 7, 2010

Scanner terpantas

Pengimbas imej ini telah dibangunkan di University Tokyo oleh Takashi Nakashima, Yoshihiro Watanabe, Takashi Komuro, and Masatoshi Ishikawa.


Meletak gambar sebagai header blog

Template yang standard kebiasaanya tidak meletakkan add widget pada bahagian header yang mana menyebabkan kita tidak boleh memasang gambar sebagai header.Untuk membolehkan gambar dipasang sebagai header kita perlu membuat perubahan pada kod template.

Untuk membuatnya:
Klik pada design...Pilih Edit HTML
Tandakan pada Expand widget templates

Cari kod ini pada template anda
Cara mudah adalah dengan menggunakan butang CTRL+F untuk cari kod pada template anda>

<div id='header-wrapper'>
<b:section class='header' id='header' maxwidgets='1' showaddelement='no'>
<b:widget id='Header1' locked='true' title='YOUR LIKE (Header)' type='Header'/>
</b:section>
</div>

gantikan kod diatas menjadi seperti dibawah ini:
<div id='header-wrapper'>
<b:section class='header' id='header' maxwidgets='2' showaddelement='yes'>
<b:widget id='Header1' locked='false' title='YOUR LIKE (Header)' type='Header'/>
</b:section>
</div>
Nota: maxwidgets boleh anda gantikan bilangan yang diperlukan.kemudian  klik save template.

Untuk meletakkan gambar upload dulu ke photobucket.com dan salin kod HTML nya.
Kemudian masuk pada dashboard=>design=>page elements.pilih add a HTML/javascript dan masukkan kod dari photobucket tadi atau pada add a gadget pilih picture=>image=> from your computer.klik pada browse=>pilih lokasi imej disimpan.
Sesudah dimasukkan klik butang save.

Cara meningkatkan Alexa Rank

alexa logo
Terdapat banyak cara bagi  meningkatkan alexa rank , setiap blogger mempunyai cara tersendiri   bagi meningkatkan alexa rank. Bagi yang belum memahami apa itu alexa rank,ia adalah suatu pengukur trafik yang mengunjungi web atau blog.semakin kecil nilai Alexa Rank maka semakin baik trafik bagi sesuatu web ataupun  blog .

Berikut ini adalah lima cara bagaimana meningkatkan alexa rank:

1.Pasang  Widget Alexa
 Jangan segan untuk memasang widget ini pada blog anda walau pun nilai Alexa rank pada blog dalam   nilai juta.Dengan cara ini macam satu signal untuk dikirimkan ke server Alexa ketika blog kita dikunjungi.sehingga update pada blog kita terus menerus berjalan.Setiap klik pada widget Alexa yang dipasang pada blog kita jua dikira sebagai satu kunjungan.

2.Pasang Alexa Toolbar yang boleh didownload pada web Alexa.Jika sekiranya kita menggunakan Firefox adalah disarankan memasang add on Webrank Toolbar.

3.Menulis artikel pada sesuatu isu atau tema yang sedang hangat yang mana mampu meningkatkan trafik ke blog anda.

4.Melakukan Blogwalking dan meninggalkan komen pada blog yang kita lawati.,kebanyakan pemilik blog juga akan melawati blog anda kembali dan dari situ juga kita boleh mendapat trafik.

5.Sentuhan SEO pada posting adalah perlu agar lebih cepat di kesan oleh google dan blog kita menduduki halaman pertama hasil pencarian,akan membawa kesan dimana kemungkinan untuk dikunjungi adalah lebih tinggi.

Sunday, June 6, 2010

Koleksi Gambar: Perang Vietnam


Perang vietnam mempunyai tiga peringkat. Peringkat pertama pada 1945-1954 iaitu peringkat pembebasan.tapah kedua Dari tahun 1954-1975, dimana peringkat penyatuan vietnam dan ketiga 1978-1991 dengan pendudukan vietnam keatas Kemboja. Semasa tercetusnya perang vietnam, terdapat tiga kuasa besar yang turut serta berperanan.Iaitruy amerika Syarikat, soviet dan china. Banyak bantuan dan sumbangan ynag telah diberikan oleh ketiga-tiga kuasa besar dalam Perang vietnam dan pasti ada sebab-sebab semndiri penglibatan mereka di vietnam. Penglibatan soviet di vietnam Mempunyai sebab sebab tersendiri. Penglibatannya tidak dapat diasingkan daripada kepentinagn politik dan ideologi. Dimana, soviet merupakan kuasa besar dunia yang berfahaman komunis yang ingin mempertahankan fahamana Komunisismenya. Dan Vietnam mendokong fahaman komunis, kerana itulah soviet membantu dan menyokong Vietnam



Sekutu Vietnam Utara termasuk Barisan Pembebasan Vietnam Selatan (Vietcong), Kesatuan Soviet dan China. Vietnam Selatan dibantu Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Korea Selatan. Sekutu Vietnam Selatan menghantar bantuan tentera untuk berjuang di Vietnam. Penglibatan tentera Amerika Syarikat sebenarnya bermula sejak tahun 1959 lagi, tetapi bilangan tentera yang terlibat kecil. Askar Amerika dihantar dalam jumlah yang besar ke Vietnam Selatan mulai tahun 1965 dan hanya berundur sepenuhnya dalam tahun 1973.

Peperangan ini mengorbankan ramai penduduk awam. Peperangan tamat secara rasminya pada 30 April 1975 apabila Vietnam selatan tewas keseluruhannya.

Kerajaan Vietnam Selatan dan sekutunya terdiri dari negara-negara Barat mencerminkan konflik ini sebagai penggunaan kuasa tentera sebagai cara untuk mengubah suasana politik melalui tentangan prinsip Komunisme bagi membolehkan mereka menyekat pengluasan pengaruh Komunisme oleh Soviet Union dan China di Asia Tenggara. Ini mencorakkan bentuk penentangan kuasa besar di masa-masa akan datang.

Kerajaan Vietnam Utara melihat peperangan ini sebagai satu perjuangan untuk menyatukan semula negara Vietnam di bawah pimpinan sebuah negara sosialis dan untuk menghalau pencoroboh asing – sebagai ikutan kepada penentangan mereka terhadap penjajahan Perancis.






















Sumber: Wikipedia

Abadinya gambar seekor tikus bersama Obama

Tikus juga ikut serta dalam upacara ucapan Presiden Obama di Washingtan pada 19 may 2010 yang lepas. Abadinya gambar seekor tikus dalam upacara formal itu.

Saturday, June 5, 2010

BRITISH NORTH BORNEO 2 1/2 CENTS

British North Borneo dengan nilai muka 2 1/2 cents ini hanya dikeluarkan pada tahun 1903 dan 1920. Mintage untuk 1903 adalah 2,000,000 unit dan 1920 adalah 280,000 unit. Diperbuat daripada Copper.Nickel.

Kanak-kanak yang telah menjadi buruh


Kanak-kanak ini telah menempuh alam pekerjaan sejak kecil untuk menampung keperluan keluarga mereka. Bermula jam 9 pagi mereka keluar bekerja hingga 6 petang. Hasil gaji yang diterima mereka hanyalah 700 taka (USD $10 @ RM 37) sebulan.



















Gambar Belangkas