Tuesday, April 27, 2010

VIDEO: Tupai pertahankan bangkai rakan


LONDON - Seekor tupai sanggup berhadapan bahaya demi mempertahankan bangkai rakannya daripada menjadi hidangan sekumpulan burung gagak, lapor sebuah akhbar semalam.

Sekumpulan burung gagak itu terpaksa melupakan niat untuk menjadikan bangkai seekor tupai yang mati kerana terdapat seekor tupai yang tidak membenarkan haiwan itu memakannya.




Satu rakaman video menunjukkan kesetiaan tupai tersebut terhadap rakannya sehingga ia sanggup menghalang tiga ekor burung gagak memakan bangkai rakannya di sebatang jalan raya.

Klip video itu dapat dilihat di laman YouTube dan ia telah ditonton oleh lebih 500,000 penonton.

Dalam rakaman tersebut, tupai itu melompat sambil menggerakkan ekor bagi memberi isyarat supaya burung gagak itu beredar.

Namun, seekor demi seekor gagak mendekati bangkai itu.

Tupai itu kemudian berdiri dan dilihat berbaring di tepi bangkai rakannya seolah-olah ia bersedia untuk menerkam burung gagak menyebabkan haiwan berkenaan melupakan hasrat untuk memakannya. - Agensi

Sumber: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0428&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm




Ada apa dalam kuaci?

Gambar ini hanya sekadar untuk kita berhati-hati. Walau apa pun jenama, dan setinggi mana nilainya, tetap tak terlepas dari keburukan.







Monday, April 26, 2010

Syiling Peringatan Ulang tahun ke 50 Parlimen



Syiling peringatan sempena ulang tahun ke 50 Parlimen Malaysia dari tahun 1959 - 2009.

Rekaan 100 Dollar US Sepanjang 150 Tahun

Anda tahu Amerika menerbitkan wang 100 Dollar dalam bentuk yang baru? Berikut adalah koleksi dan informasi wang 100 US Dollar sepanjang 150 tahun yang lalu.

Terbaru, pada - 21 APRIL - 2010
Photobucket

Photobucket

1996
Photobucket

Photobucket


1990
Photobucket

Photobucket


1969
Photobucket


1966
Photobucket

Photobucket


1934
Photobucket

Photobucket


1928
Photobucket

Photobucket


1914
Photobucket

Photobucket


1890
Photobucket

Photobucket


1880
Photobucket

Photobucket


1878
Photobucket

Photobucket


1962
Photobucket

Photobucket

Wang 100 Dollar Amerika Yang Baru

Photobucket
[ Nantikan pula koleksi gambar wang 100 Dollar untuk 150 tahun yang lepas! ]
Pemerintah Amerika telah mengumumkan mengenai penerbitan wang kertas 100 Dollar yang baru bagi mengelakkan timbulnya masalah wang palsu. Mereka menggunakan terknologi 3D menjadikan wang ini istimewa dari yang lain.

Dengan rekaan teknologi 3D ini, terdapat 2 bahagian iaitu yang pertama disebut sebagai '3D Security Ribbon', yang mana ada pita berwarna biru di bahagian tengah wang kertas yang akan menghasilkan dua buah gambar yang berbeza ketika digerakkan, iaitu gambar nominal 100 dan gambar loceng.


Photobucket

Bahagian kedua disebut sebagai 'Bell in the Inkwell' yang mana gambar loceng berwarna tembaga akan berubah menjadi hijau apabila digerakkan.

Dengan unsur 3D yang dimasukkan di dalam wang ini, ia akan sukar untuk dipalsukan. Malah tidak perlu kepada alat bantuan untuk membezakan wang palsu dan wang asli.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket





Berhenti rokok!

Sunday, April 25, 2010

keyword melalui imej

Memang satu perkara tidak boleh dipisahkan semasa membuat laman web atau  pun blog, kita memasukkan gambar didalamnya.Kebanyakan search engine seperti Google, dan Yahoo, memberi pilihan untuk membolehkan kita mencari hanya gambar sahaja. Dengan adanya gambar sesuatu halaman blog itu akan lebih menarik  dan tidak hanya mengandungi teks sahaja. Tetapi perkara utama yang perlu kita ingat ialah jangan terlalu teruja untuk memasukkan halaman dengan gambar, kerana  ini akan membuatkan  masa  loading menjadi lambat. Perkara utama yang perlu kita ambil kira adalah masalah teknik SEO (search engine optimization), ingatlah  bahawa search engine masih belum mampu mengindeks sebuah gambar kerana ia  hanya mengindeks sebuah halaman blog berdasarkan kepada keyword dari teks dan bukan nya gambar. Oleh itu sesebuah halaman blog yang berisi  dengan teks akan lebih mudah terindeks daripada yang penuh dengan imej.

Bagaimanapun, search engine juga dapat mengenali keyword dari gambar berpandukan nama gambar dan attribut Alt. Sebagai contoh, kita  membuat keyword dari gambar produk jaket kulit. Supaya gambar itu juga menjadi keyword yang menyokong teknik SEO maka berilah nama "Jaket-kulit" atau "Jaket Kulit". Secara umumnya para blogger atau webmaster tidak menyedari  akan hal ini dan meletakkan saja  namanya, seperti image01, gambar01 dan sebagainya. Seeloknya  pakailah tanda '-' atau '_' jangan gunakan spacing(ruang kosong), kerana search engine  akan menganggap karakter itu adalah pengganti spacing.

Setelah pemberian nama yang mengarah kepada keyword, manfaatkan attrtibut Alt, misalnya "Jaket kulit kualiti eksport". Oleh itu secara lengkapnya adalah  Jaket kulit kualiti eksport . Perhatikan bahawa antara nama fail gambar dan attribut Alt masih memiliki persamaan dan jangan berbeza sama sekali. Contoh yang salah . Pemberian nama fail hendaklah ringkas (jangan lebih 5 perkataan), jelas dan menggambarkan imej. Penggunaan attribut Alt maksima adalah 10 perkataan, kerana jika lebih dari 10 perkataan  akan di anggap sebagai spam oleh search engine. Pemberian nama fail dan attribut Alt juga perlu  menggambarkan kandungan halaman dan keyword yang kita hajati.
dibawah ini adalah contoh bagaimana hendak meletakkan attribut alt pada imej.Dalam mode edit html cari kod image yang dimasukkan:
dan ditambah menjadi begini:

Dengan memanfaatkan keyword dari gambar, maka harapan untuk mendatangkan pengunjung lebih banyak akan berhasil.

Ribut Badai Melanda Riyadh , Arab Saudi






Pemerintahan Kerajaan Saudi Arabia pada Sabtu (24/4) lalu memutuskan untuk menutup Lapangan Terbang Antarabangsa Riyadh akibat hujan dan badai debu yang secara tiba-tiba menghentam kota tersebut.





Sementara itu, hujan deras mengguyur kota-kota kerajaan yang kaya minyak tersebut seperti Namash, Bani Amru, Wadi Ibn Hushail, Yaara, dan lain-lain.

Koresponden saluran televisyen Alarabiya dari Riyad melaporkan, hujan dan badai debu menyapu dan menghentam kota tersebut dengan sangat kencang. Lapangan terbang Riyadh pun ditutup selama dua jam lamanya sampai keadaan menjadi lebih baik.





Departemen Keamanan Sipil Saudi Arabia memperingatkan agar masyarakat di kota Riyadh dan sekitarnya untuk berhati-hati akan kemungkinan hujan yang lebih deras yang mengguyur kota-kota tersebut malam harinya. (AGS/aby)

Sumber: http://www.eramuslim.com/berita/dunia/hujan-dan-badai-debu-menghantam-riyadh.htm


Gambar Belangkas