Wednesday, May 27, 2015

(Gambar) Seekor singa ketakutan dikejar kerbau terpaksa panjat pokok untuk selamatkan diri


 Seekor singa melarikan diri ke atas pokok selepas dikejar sekumpulan kerbau. Walaupun sang singa telah memanjat pokok namun kawanan kerbau liar itu tetap menunggu singa tersebut turun atau terjatuh dari pokok.

Kejadian ini berjaya diabadikan oleh Charles Comyn, seorang bekas pegawai tentera berusia 63 tahun bersama isterinya, di Taman Negara Maasai Mara, Kenya.


"Tiba-tiba, entah dari mana, seekor singa jantan melompat keluar dari tempat persembunyiannya lalu pergi ke pokok berdekatan, di mana kumpulan kerbau mula mengejarnya. Singa itu bergegas memanjat pokok, dan ketakutan," kata Comyn.

Setelah beberapa saat berdiam diri di pokok,  singa tersebut keletihan dan turun ke bawah. Sambil mengancam dengan ngauman, ia melarikan diri dari kawanan kerbau itu dengan selamat, dan menghilang di antara semak-semak.



Kredit: Dailymail.co.uk

Depa Bergaduh Ke?



Reaksi wajah yang menggambarkan seribu makna. Apa kes?

Peguam tawar berpuluh ekor lembu, kambing untuk kahwini anak Obama

 Malia ketika bersama Obama dalam satu majlis.

KENYA - AFRIKA. Seorang peguam di Kenya menawarkan 50 ekor lembu, 70 ekor biri-biri dan 30 ekor kambing untuk mengahwini anak Presiden Amerika Syarikat, Malia Obama.

Memetik laporan Metro.co.uk, peguam itu, Felix Kiprono berkata, ia merupakan impian utamanya sejak beberapa tahun dahulu.

Kiprono dikatakan sudah membuat persiapan untuk berbincang dengan Presiden AS, Barack Obama ketika Obama melawat Kenya pada bulan Julai akan datang.

“Saya jatuh hati pada Malia sejak tahun 2008. Sejak dari itu, saya tidak menjalinkan hubungan dengan mana-mana wanita dan setia kepadanya.

“Saya sudah berbincang dengan keluarga saya dan mereka sedia membantu untuk menaikkan tawaran untuk berkahwin dengan Malia,” katanya.

Menurut Kiprono, cintanya pada Malia, 16, adalah sejati dan bukan berlandaskan nafsu semata-mata.

Dia juga menegaskan bahawa tujuannya melamar anak Presiden itu bukan kerana pangkat dan harta.

“Saya sedang merangka surat untuk dihantar kepada Obama dan saya berharap supaya Malia turut dibawa bersama ketika lawatannya ke Kenya nanti. Saya berharap surat saya akan disampaikan kepada Obama menerusi kedutaan AS,” katanya lagi.

Menurut Kiprono lagi, sekiranya Malia bersetuju berkahwin dengannya, mereka akan membina kehidupan bersama dengan kesederhanaan tanpa menggunakan faedah atau harta Obama. - Sinar Harian

Peminat Star Trek Bina Bangunan Mirip Kapal Angkasa USS Enterprise

 Bangunan ibu pejabat NetDragon Websoft di Fuzhou. Foto AFP

BEIJING: Seorang jutawan warga China yang mengaku dirinya sebagai peminat Star Trek membangunkan bangunan ibu pejabat syarikatnya dengan rekaan mengikut bentuk kapal angkasa dalam siri televisyen fiksyen sains itu, USS Enterprise.

Menurut laman web akhbar People's Daily, bangunan pejabat di timur bandar Fuzhou itu mempunyai bentuk kontur yang bulat dan lambang seperti tiub kapal angkasa.

Ia dibina oleh "Trekkie" Liu Dejian, yang merupakan bos kepada pemaju aplikasi Internet mudah alih, NetDragon Websoft membabitkan peruntukan AS$160 juta (RM574 juta), lapor akhbar itu.

Menurut laporan itu, satu sumber memberitahu bahawa bangunan itu dinamakan sebagai 'Enterprise'. - AFP/mstar.com.my

Tuesday, May 26, 2015

Misteri Cenote Angelita


SEHINGGA kini, kewujudan sungai di dasar laut di pantai timur semenanjung Yucatan di Mexico terus menjadi tanda tanya.

Fenomena misteri di kawasan digelar sebagai Cenote Angelita itu hanya boleh ditemui penyelam mahir pada kedalaman 55 meter (m).

Ia kelihatan seperti sungai mengalir di tengah-tengah sebuah gua yang dikelilingi pokok.

Pada kedalaman 27 m, penyelam akan melalui sebuah kawasan air tawar dengan pandangan yang jelas sebelum 'sungai' berkabus muncul di dasarnya.

Sejurus berada di kawasan tersebut, penyelam akan merasa pengalaman seperti sedang berada di tengah-tengah kawasan hutan.

Kabus tersebut adalah lapisan tebal hidrogen sulfida yang terhasil daripada pertembungan antara air tawar di bahagian permukaan gua tersebut dan sebahagian air masin di sekitarnya.

Menurut BookYourDrive, sebatian kimia biasanya terhasil apabila berlaku pecahan bahan organik bakteria berikutan ketiadaan oksigen di sekitarnya. - Daily Mail/Sinar Harian

Senyum jika tak mahu didenda RM3,963


OXFORD - BRITAIN. Senyum atau didenda. Itu adalah undang-undang baharu yang diperkenalkan oleh Majlis Bandaraya Oxford kepada pemuzik jalanan di sini.

Pemuzik jalanan diwajibkan untuk senyum sepanjang masa ketika membuat persembahan atau akan didenda sebanyak £1,000 (RM3,963) jika ingkar.

Majlis bandaraya itu memperkenalkan sebuah undang-undang Perlindungan Awam untuk mengekang tabiat anti sosial di mana pemuzik jalanan dikehendaki untuk "senyum, berseronok dan menghiburkan orang ramai".

Jika disabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda sekurang-kurangnya £1,00( RM386) hingga £1,000 (RM3,963) dan lesen untuk mengadakan persembahan juga turut ditarik balik.

Walau bagaimanapun kod undang-undang baharu itu mendapat bantahan daripada pemuzik jalanan kerana menganggap ia adalah 'jenayah' kepada mereka.

Salah seorang pemuzik jalanan profesional, Jonny Walker berkata, sebanyak 5,000 tandatangan berjaya dikumpul sebagai tanda bantahan terhadap undang-undang baharu itu.

"Sebagai seorang pemuzik jalanan, anda tidak menyakiti orang. Undang-undang ini tidak perlu kerana ia akan mewujudkan suasana takut dan dalam kawalan," katanya.

Selain itu, kod undang-undang itu juga tidak membenarkan pemuzik mengadakan persembahan lebih dari satu jam di tempat yang sama dan tidak dibenarkan bermain alatan muzik dengan kuat.

Malah mereka juga diharamkan untuk berdiri atau menyelubung diri dengan selimut atau beg tidur kerana ia memberi gambaran seperti seorang pengemis.

Sementara itu, Ahli Majlis David Thomas turut mengkritik pelaksanaan undang-undang tersebut kerana menyifatkannya sebagai 'cara malas untuk membuang orang  jalanan'.

Ketua Ahli Majlis, Bob Price pula berkata, "senyum, berseronok dan hiburkan orang ramai" adalah bertujuan untuk menggalakkan orang ramai menganggap busking sebagai menyeronokkan, bukan hanya sebagai satu cara untuk membuat wang.

"Ia bukan satu elemen kanun yang akan menjadi subjek tindakan penguatkuasaan," katanya.



Sumber: Sinar Harian


cara membuat sate

tag: cara membuat sate, cara membuat satay, cara buat sate, cara buat satay, cara sate di buat

Gambar Belangkas