Tuesday, January 31, 2012

Makan bila lapar, berenti sebelom kenyang

Yg depan tu semua org boleh ikut, tapi sekali dah start melantak, selagi x kenyang x berenti punya kan? Aku pun x tau bila nak boleh amalkan camni. Kalau makan nasi confirm gagal. Nk letak nasi separuh pun gagal gak. Xkan sesenduk jer, nanti org kata " Diet ker????". Ni sunnah nabi kena la ikut. X lama lagi dah nak sambut maulidur Rasul.


Roti Bun
 Makan sikit banyak kali, jgn makan banyak sekali. Bila lapar mkan sikit, 1 2 sudu dah la. Bila lapar lagi makan lagi. Lama2 abis la nasi tu. Kena beli bungkus la, lauk asing. Xkan nak lepak kat kedai tu. Makan roti la senang, seketul x kenyang nyer. Jgn makan burger lak.

Bila makan banyak tp sekali, mungkin badan xdan nak proses hadam lagi kita dah nak makan pulak. TU yg jadi buncit. Kalau makan berak, makan lagi berak lagi, bagus x?

roti canai
Kalau mkan roti canai, berapa lama masa perut kita ambil utk cernakan? Kita dah lapar tp roti canai x cerna lagi dalam perut. Ni yg menimbulkan masalah. Roti canai pulak banyak minyak.


Capati
 Kalau makan banyak nanti mengantuk lak. Langsung kerja x jalan.

Tahukah anda....

Berapa kali kita perlu buang air besar dalam sehari? Sekurang2nya 2 kali. Kalau x cukup 2 kali tu maknanya ada masalah. Kena la makan makanan berserat seperti sayur, buah2an supaya dapat buang 2 kali.

Kalau susah nak buang sekali sehari pun, banyakkan minum air terutama masa bangun tidur. Sehari kita kena minum 7 gelas. Kalau dibiarkan x membuang takut nanti sembelit. Anak aku selalu kena sembelit sampai nak buang pun dah takut. Ada ubat utk memudahkan buang air besar masa smbelit tp x elok diamalkan selalu.
pisang agen pelawas yg baik

ENema utk atasi sembelit
Bagi aku xdak masalah. Masuk je air sejuk ke, susu ke pagi2 mesti nak keluar, x dan dah. Cuma jgn tahan. Ni salah satu punca sembelit gak. Bila ada panggilan tu, sahut jer panggilan tu jgn tunggu dah. Sama juga kalau tahan buang air kecil, lekat batu karang nanti.


Cara pasang lagu pada blog

pasang lagu pada blog
Ramai yang minta admin untuk buat tutorial ini, cara pasang lagu pada blog .Bagi yang berminat  berikut adalah cara membuatnya:



Dapatkan dulu senarai lagu dilaman web fullmusik.net/
Pada sebelah kanan web site terdapat senarai link lagu malaysia ,lagu barat,nasyid  dsbnya

pasang lagu pada blog


Klik pada link pilihan lagu yang anda pilih cth;seperti lagu Malaysia,klik butang GO
Kemudian senarai lagu akan muncul pada paparan berikutnya pilih  anda minati

lagu mp3

Setelah dipilih lagu tersebut akan muncul kod ditengah paparan web tadi
Salin kod tersebut

pasang lagu diblog

contoh kod seperti berikut:

<div style="text-align: center;">
<embed pluginspage="http://www.macromedia.com/go/getflashplayer" src="http://freewidget.info/izafullmusik/nasyid/14.7%20Solla_&%2339%3bAlaikallah_Imam_Muda_Najdir(www.fullmusik.net).swf" wmode="transparent" type="application/x-shockwave-flash" quality="high" title="Imam Muda Najdir - Solla Alaikallah@fullmusik" width="165" height="53"></embed></div>

Langkah seterusnya:
Setelah salin kod lagu tadi
1.Log in ke blog anda
2.Kemudian masuk ke design dan pilih Layout




3.Add a Gadget dan pilih HTML/Javascript







4.Kemudian masukkan kod tadi
5.Simpan untuk melihat hasilnya


klik butang +1 jika suka artikel ini :) :)

update 19/9/2014

Travelog haji - mengubah sempadan iman


Alhamdulilah.. saya berjaya membaca buku ni.. Sangat-sangat menarik. 
Buku ni bukan untuk yang nak pergi haji je yek, buku ni penuh dengan nasihat, tauladan, keinsafan, kesayuan, kata semangat, pedoman, ketulusan dll.. Banyak sangat..
Buku yang nipis, tapi sarat dengan rasa cinta kepadaNYA.

Senang betul air mata bertakung bila baca buku ni.. Sebetulnya saya bukan seorang yang senang tersentuh..
Tapi dengan buku ni, 
lain..


Air mata boleh bertakung dan menyapa pipi dengan mudah..
Jangan tanya mengapa, bacalah  kalau nak merasai apa yang saya baca..



Yes

Motosikal menyemakkan jalan raya?

Ada ka patut membe aku kata, motosikal ni menyemakkan jalan raya. Penunggang motosikal ni bawak ikut suka jer x pikir org lain, macam jalan ni depa punya, depa ja nak guna. Amboi suka hati jer bubuh camtu.

Sebenarnya yg semak kereta la kan? Keta punya besar, bawak macam siput, dah tu habis 1 jalan dia conquer. Kalau moto  leh gak 2 3 bijik sekali jalan, dah 2 3 org. Lain la kalau keta naik 3 4 org. Berbaloi la kan. Pulak tu dah sampai simpang baru bagi signal, dah terhegeh2 mat2 moto ni brek. Bagi signal awal pun terhegeh2 lak nak masuk simpang, last2 x jadik. Mana x angin kita kt belakang. Lain la kalau naik keta lembu.

rilek le beb
Kena yg naik laju lak, nk potong tu x kira ada moto ke tak, main redah jer. Terpaksa la mat2 moto mengelak masuk tepi jalan. Kena berlobang, mau tergolek. Duk kalut nk pi mana?

Bila eksiden yg parah, moto la. Mana ada cover. TU yg statistik tinggi je. Kalau lori lagi no mercy. Siap bg hon suruh tepi. Apa salah bagi moto lepas dulu. Mentang2 depa besau, eksen lak.

Kalu hujan lagi naya. Dah la basah kuyup, kena simbah lagi. Dah duk dalam keta x kena ujan, jalan la. Ni dak, terkemut2. Makan angin ker?

Kena time parking lak. Letak x pikir org nak keluar dah. X betul petak lak. Lesen terbang kot. Kalu motor 1 petak leh letak 5 6 biji. Dia sebijik pun letak senget, org sebelah nak parking pun susah. Bila keluar abis kereta org dia sapu. X pasal2 kemek keta membe sebelah. Buktinya keta bini aku, kiri kanan kemek. Mungkin kat spital tu, org sakit yg bawa keta kot.

Monday, January 30, 2012

Matinya `Ifrit` terdengar ayat Kursi

“Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang tetap hidup, yang kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya), yang tidak mengantuk usahkan tidur, yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya, yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi, dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya, dan Dialah yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)”.
Di atas adalah bacaan dan maksud ayat Kursi yang diterjemahkan dalam bahasa melayu. Ayat Kursi amat agung di sisi Allah S.W.T dan ketahuilah bahawa sewaktu ayat ini diwahyukan kepada Rasulullah, terdapat beribu-ribu malaikat yang mengiringi ayat Kursi kerana kebesaran dan kesuciannya. Oleh kerana keagungan ayat ini, maka jin kafir yang paling kuat yang digelar Ifrit pun tidak mampu menahan kehebatan ayat Kursi sehingga ia mati.
Seperti yang diketahui umum, jin Ifrit telah wujud dari zaman dahulu lagi dan ia pernah diceritakan bahawa jin Ifrit adalah salah satu daripada pembantu Nabi Sulaiman yang hebat sewaktu pemerintahan baginda.

Gambar Belangkas