Sunday, September 15, 2013

Hanya mampu baring kerana payudara terlalu besar


IBU kepada empat orang anak telah hanya terbaring di katilnya selama enam bulan kerana buah dadanya yang terlalu besar.

Payudara Julia Manihuari mula membesar hingga ke saiz N selepas kelahiran anak lelaki ketiganya tujuh tahun yang lalu – menyebabkan ia tidak dapat bergerak bebas.

Wanita 29 tahun ini berkata: “Ia sangat siksa. Jika saya cuba membangunkan diri saya akan menjadi lemah dan terasa akan pitam kerana payudara saya sungguh berat.”
Isteri seorang petani kecil yang tinggal di Peru utara, akhirnya dapat dibantu apabila media tempatan membayarkan tambang untuk satu perjalanan bot selama tiga hari untuk ke bandar terdekat bagi mendapatkan bantuan perubatan.

Doktor yang mendiagnosisnya mendapati wanita malang ini mengalami Bilateral Gynecomastia – satu penyakit di mana kelenjar susunya terus membesar.

Mereka terpaksa membuang 15kg lebih daripada daging payudara Julia kerana ia berkemungkinan boleh menghempap paru-paru lalu membunuhnya.

Julia muncul semula dengan payudara bersaiz cawan 34B selepas pembedahan selama enam jam.

“Sebelum pembedahan itu saya tidak dapat lakukan sebarang kerja, saya terpaksa hidup dengannya, ia menjadi begitu buruk sehinggakan payudara saya bersentuhan dengan kaki saya. “Saya mempunyai satu susuk badan yang kecil, dan ianya memberikan tekanan pada keseluruhan badan saya dan sangat menyiksakan.”

Dia menambah: “Payudara saya semakin membesar dari hari ke hari. Saya tidak boleh bergerak kerana payudara saya dan perut sama besar. Buah dada saya menjadi sangat besar dan mula berkudis, malah saya turut mempunyai masalah untuk bernafas.” - mynewshub

Gareth Bale jaring gol pertama bersama Real Madrid


MADRID – Gareth Bale melakukan permulaan yang sensasi apabila menjaringkan gol untuk kelab barunya, Real Madrid ketika bertanding ke Villarreal meskipun seri 2-2 dalam aksi La Liga, awal pagi tadi.

Pemain dari Wales yang menandatangani kontrak enam tahun dengan nilai sekitar AS$124 juta (94 juta euro) awal bulan ini, merembat kencang selepas mendapat bola hantaran lintang Dani Carvajal pada minit ke-38.

Jaringannya bagi membolehkan Real menyamakan kedudukan selepas tuan rumah memperoleh gol awal menerusi Cani pada minit ke-20.

Bale turun dengan harapan yang tinggi diletakkan jurulatih Madrid, Carlo Ancelotti yang digandingkan di bahagian serangan bersama Cristiano Ronaldo di sebelah kiri.

Madrid kemudian mendahului pada minit ke-63 menerusi jaringan Ronaldo namun Villarreal menyamakan kedudukan tiga minit kemudian menerusi Dos Santos. – AFP

Pelajar sekolah dirogol tujuh lelaki


Pontianak – Polis semalam menangkap beberapa lelaki yang dipercayai merogol seorang pelajar berusia 16 tahun secara bergilir-gilir.

Jurucakap polis, Edy berkata, pelajar sekolah menengah atas itu diperkosa enam lelaki dan seorang remaja di Kota Mempawah, Kalimantan Barat selepas diperdaya oleh seorang remaja, rakan rapatnya yang turut menjadi suspek dalam jenayah itu.

“Suspek membawa mangsa dengan motosikal ke kawasan gelap dan sunyi. Di situ, enam remaja lain menunggu.

“Mereka menekap mulut mangsa sebelum merogolnya bergilir-gilir.” kata Edy.

Gadis itu kemudian ditinggal di tempat kejadian dengan keadaan separuh bogel. sebelum ditemui beberapa penduduk kampung.

Polis percaya kejadian itu dirancang Polis berjaya menahan sebahagian daripada suspek kes rogol berkenaan. – Agensi

Miss World Uzbekistan penipu?


Jakarta – Pertandingan ratu cantik Miss World 2013 di Indonesia menjadi kontroversi dengan penyertaan seorang gadis misteri, yang menyamar sebagai Miss Uzbekistan.

Tiada siapa yang mengenali Rakhima Ganieva, 18, malah negaranya sendiri tidak mengiktiraf penyertaannya kerana Uzbekistan, iaitu sebuah negara Islam tidak pernah menganjurkan pertandingan ratu cantik.

Di sebalik portfolionya, tiada siapa yang tahu siapa dia sebenarnya, malah Jawatankuasa Kebangsaan Mengenai Wanita Uzbekistan memaklumkan bahawa sesiapa yang mengaku dirinya adalah Miss Uzbekistan, maka dia adalah penipu.

Tiada siapa yang tahu bagaimana Ganieva memasuki pertandingan itu di Indonesia.

Wakil penganjurkan Miss World di London sendiri tidak dapat memberikan penjelasan.

Ganieva sebelum ini mengaku bahawa dia berasal dari Tashkent dan turut memuat naik gambar dia bersama Miss Georgia, Miss Russia dan Miss Ukraine ketika mereka bersiap sedia untuk acara kemuncak Miss World 2013 pada 28 September ini.

Dalam pada itu, agensi model di Tashkent, Pro Model memaklumkan bahawa Ganieva tidak pernah lulus mana-mana proses pemilihan untuk menyertai pertandingan Miss World di Uzbekistan.

“Jika ada proses bagi pertandingan itu pun, kita pasti akan menghantar model yang lebih cantik. Maaf saya katakan di sini bahawa Ganieva membina kariernya atas penipuan,’’ kata jurucakap Pro Model. - mynewshub

Anggota polis bunuh diri selepas tembak isteri, bapa mertua


LEDANG – Seorang anggota polis berpangkat lans koperal menembak mati isteri dan bapa mertuanya sebelum menembak diri sendiri dalam kejadian di Felda Chempelak, Labis dan di Kampung Padang Lerek 1, di sini Sabtu malam.

Isteri suspek berusia 26 tahun itu merupakan seorang kerani sekolah di Bandar Tangkak di sini manakala bapanya seorang iman di Kampung Padang Lerek 1, di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.15 malam, anggota polis itu dikatakan terlebih dahulu menembak isterinya di kuarters Pondok Polis Felda Chempelak di Labis, Segamat sebelum pergi ke rumah bapa mertuanya di Kampung Padang Lerek 1 yang terletak hampir 90 kilometer.

Suspek, 28 tahun, dikatakan mencari ibu mertua tetapi gagal dan terserempak dengan bapa mertuanya yang ketika itu sedang bersiap-siap hendak ke masjid lalu menembaknya.

Suspek kemudian bertindak menembak diri sendiri dan rebah serta meninggal dunia di rumah bapa mertua, manakala bapa mertua yang cedera parah akibat terkena tembakan dikejarkan ke Hospital Daerah di sini tetapi disahkan meninggal dunia pada kira-kira pukul 8.15 malam.

Sementara itu seorang jiran mangsa, yang enggan dikenali, berkata beliau terkejut apabila terdengar bunyi letupan dan salah seorang anak lelaki mangsa tiba-tiba datang ke rumahnya memberitahu ayahnya ditembak oleh suspek yang juga abang iparnya.

“Saya amat terkejut dan memberanikan diri untuk melihat ke dalam rumah mangsa dan apabila masuk, saya lihat dua tubuh terbaring di ruang tamu berlumuran darah.

“Imam itu ketika itu berada dalam keadaan terlentang dalam keadaan nyawa-nyawa ikan manakala suspek tertiarap di atas meja,” katanya yang bertindak menghubungi polis dan ambulans sejurus selepas itu.

Katanya, sebelum itu beliau ada melihat suspek pulang ke rumah bapa mertuanya itu bersama anak lelakinya yang berusia tiga tahun dengan menaiki sebuah Proton Wira sebelum salah seorang anak perempuan imam itu keluar bermain-main bersama anak suspek.

Sementara itu, jenazah suspek dan bapa mertuanya dibawa ke bilik mayat Hospital Daerah Ledang di sini manakala sepasukan anggota forensik masih menjalankan siasatan di rumah kejadian di Kampung Padang Lerek 1.

Ketua Polis Daerah Ledang, Supt Harun Idris turut berada di tempat kejadian, namun belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian itu. – BERNAMA

Lelaki ditembak mati ala geng mafia di Georgetown


GEORGETOWN – Seorang lelaki ditembak mati ala geng mafia selepas berhenti di persimpangan lampu isyarat Jalan Anson di sini.

Dia ditembak mati dari jarak dekat pada kira-kira pukul 11.50 pagi Khamis

Menurut Ketua Polis Daerah Georgetown Asisten Komisioner Gan Kong Meng, si mati berketurunan India, berusia 37 tahun dan tinggal di Air Itam, Pulau Pinang.

Dia mempunyai tiga rekod jenayah lampau melibatkan kes narkotik.

Ketika kejadian mangsa sedang memandu kereta mewah BMW dengan nombor pendaftaran KUala Lumpur, walaupun kereta tersebut dikhabarkan dipinjam daripada seorang rakan.

Difahamkan penembak melepaskan lebih daripada 15 das tembakan kerana berbilang kelongsong peluru ditemui di tempat kejadian.

Gan mengesahkan mangsa ditembak sebanyak 14 kali dan kebanyakannya di kepala.

Ahli patologi Hospital Pulau Pinang, Datuk Dr Bhupinder Singh turut berada di tempat kejadian. – mStar

Sepasang kekasih lakukan hubungan seks dalam keretapi


Sepasang pasangan kekasih Taiwan telah dirakam melakukan seks dalam keretapi yang bergerak menuju ke Taitong pada Sabtu petang yang lepas lapor China Times.

Individu yang memuat naik gambar tersebut memaklumkan pasangan tersebut langsung tidak mempedulikan penumpang lain. Dan lebih menjijikkan , seluar panjang lelaki dan seluar dalamnya sudah dilondehkan pada paras buku lali tanpa segan silu menyembunyikan perbuatannya.

Pihak polis menahan pasangan tersebut untuk disoal siasat di stesen keretapi Taitong. Pihak polis mendakwa pasangan ini mempunyai masalah mental.

Gambar Belangkas