Wednesday, October 12, 2011

10 Ikon Pelancongan Perak


Bersempena dengan Tahun Melawat Perak 2012 nanti....
awok bercadang nak buat entri pasei tempat2 menaghik (menarik) di Perak.....
sebenonye sebelom ni awok ade buat entri2 tempat pelancongan mengikot daeghah (daerah)....
tapi tergendale sekejap bile awok bizi 2 - 3 menjak ni .....

kali ni awok nak tumpu dulu pade 10 ikon pelancongan negeri Perak dulu...
baghu (baru) le awok akan sentoh tempat2 menaghik (menarik) ikot daeghah (daerah) yang ade kat Perak ni....
dan kalo bulih awok nak kan cadangan daghi (dari) kengkawan semue....
bagi cadangan kat mane di Perak ni tempat yang kome ghase (rasa) menaghik (menarik)...

dan awok akan caghi (cari) ape saje info berkaitan dengan tempat yang kome cadangkan tu.....
tapi macam awok tulih (tulis) kat ateh (atas) tu....
awok akan tumpu dulu pade 10 Ikon Pelancongan Negeri Perak dulu ye....
lupe nak kabo 10 Ikon Pelancongan Negeri Perak ni dipilih oleh semue pehak yang berkaitan dengan Pelancongan di Negeri Perak dan juge dipersetujui oleh pehak Kementerian Pelancongan Malaysia.....

kat bawah ni awok nyatakan 10 Ikon Pelancongan Negeri Perak....
1. Taman Negeri Royal Belum (Hulu Perak)
2. Hutan Paya Laut Matang (Larut, Matang Selama)
3. Gua Tempurung (Kampar)
4. Taman Herba Negeri Perak (Kinta)
5. Sungai Klah Hotsprings Park (Tapah)
6. Pulau Orang Utan, Bukit Merah Laketown Resort (Kerian)
7. Zoo Taiping & Night Safari (Larut, Matang Selama)
8. Ipoh - The Limestone Wonder (Kinta)
9. Lumut & Pulau Pangkor (Seri Manjung)
10. Kuala Kangsar Bandar Diraja (Kuala Kangsar)

Tuesday, October 11, 2011

Medan Peperangan

Dalam entri sebelum ini saya letakkan sebuah gambar semasa Wordless Wednesday #4... dan ada komen yang menyuruh saya menerangkan tentang gambar tersebut....disebabkan kesuntukan masa, tak sempat nak tulis entri panjang-panjang, saya ingin memberikan satu hint atau clue ...

Gambar tersebut adalah gambar sebuah medan perang semasa zaman Rasulullah SAW dan terletak di Jordan.

(harap jika ada pembaca-pembaca blog saya terdiri daripada pelajar yang belajar di Jordan ..harap reserve dahulu jawapan anda...harap beri peluang kepada pembaca lain...atau anda boleh memberi clue yang lain)


"Getar hati terasa membara dan perasaan sebak tatkala berdiri menjejakkan kaki di sini...
terasa seakan-akan tergiang-giang di telinga derap tapak kaki kuda yang bertempur di medan perang ini..terbayang-bayang panji-panji Islam itu bertukar tangan"  
~ Nurazzah8 ~

Monday, October 10, 2011

Proses Tuntutan Pusaka

PERBEZAAN PROSES TUNTUTAN PUSAKA TANPA WASIAT DAN BERWASIAT

Watch The Twilight Saga: Breaking Dawn - Part 2 (2012) Alternative Stream #3

see-turkeyThe Twilight Saga: Breaking Dawn - Part 2 (2012) watch full movie online english no subtitles here.

How to watch 2012 Twilight Breaking Dawn - Part 2 For Free - click on the play icon in the middle of the screen and wait for movie to load. Enjoy the movie.

if you want to watch The Twilight Saga: Breaking Dawn - Part 2 movie online on full screen, All you have to do is click on play icon. It's very easy. It's very easy. It's very easy. Watch Breaking Dawn - Part 2 Online Free Here No Downloading Required.

Enjoy watching and Don't forget to leave a comment to let others know that video is working fine.

Sunday, October 9, 2011

Bisnes Online

Gambo ehsan gugel...

Bisnes Online......
Ghamei (ramai) yang udah terlibat dengan bisnes secaghe (secara) online...
Awok cukop respek pade blogger yang buat bisnes secaghe (secara) online.....
tak kighe (kira) le ape bende yang kome juei (jual)...

selagi tak bercanggah dengan undang2 dan halei (halal)....
kome juei (jual) le.....
bagoih (bagus) bisnes online ni......
pade yang buat secaghe (secara) part time...

ini le peluang kome ndak tambah pendapatan....
sambei2 (sambil2) kome buat koje hakiki kome...
ade jugak side income yang kome dapat....
koje pun mudah je.....
kome jugak tak perlu menyewa kedai untok pamerkan baghang (barang) jualan kome tu...
yang penting gambo baghang (barang) yang kome juei (jual) tu....

kome cume perlu iklankan baghang (barang) yang kome juei (jual) tu di internet....
lepaih (lepas) tu kome kene ghajin (rajin) promote website, blog atopon pesbuk tempat kome juei (jual) baghang (barang) kome tu....
yang tukang ngato (hantar) baghang (barang) kome pun bukannye kome...
tapi poslaju atopon (ataupun) perkhidmatan kurier yang kome pilih...

yang kome kene buat lagi...
yakinkan bakei (bakal) pembeli yang deme bakei (bakal) dapat sebijik macam yang kome juei (jual) tu...
maklomle...
juei (jual) atas talian ni.........
bukan semue nye jujo (jujur).....
dan bukan semue jugak yang membeli nye jujo (jujur)....

apepun tepuk dade tanye iman kome....
dan yang penting jugak...
berjuei (jual) beli dengan berhemah....
kalo bulih untong tu bio (biar) le jadi no 2......
niat bio berniage ikleh (ikhlas)...
baghu (baru) le oghang (orang) ndak datang lagi membeli dengan kite.....

Mudahnya Faraid - 2 (Mengenal Pasti Waris-Waris)

Mengenal pasti waris-waris yang berhak bukanlah sesuatu yang sukar. Kebiasaan yang terfikir oleh kita tentang waris-waris yang terdekat ialah isteri / suami, anak-anak dan ibu-bapa. Secara mudahnya ada lima orang waris utama yang berhak ke atas harta peninggalan kita. Untuk memudahkan lagi proses mengenal pasti waris di sini diterangkan beberapa situasi.

A) Bagi orang yang sudah berkeluarga, 5 orang waris utamanya ialah:
  1. Suami / Isteri
  2. Anak Lelaki
  3. Anak Perempuan
  4. Ibu
  5. Bapa

B) Bagi orang yang masih bujang, 2 orang waris utamanya ialah:
  1. Ibu
  2. Bapa

C) Bagi orang yang sudah berkeluarga tetapi tidak mempunyai anak, 3 orang waris utamanya ialah:
  1. Suami / Isteri
  2. Ibu
  3. Bapa

D) Bagi orang yang sudah berkeluarga tetapi sudah tidak mempunyai ibu-bapa, 3 orang waris utamanya ialah:
  1. Suami / Isteri
  2. Anak lelaki
  3. Anak perempuan

E) Bagi orang yang masih bujang tetapi sudah tidak mempunyai ibu-bapa, 2 orang waris utamanya ialah:
  1. Adik beradik lelaki.
  2. Adik beradik perempuan.
Dengan mengetahui waris yang betul-betul berhak akan dapat memudahkan proses tuntutan pusaka di mahkamah, memudahkan proses pembahagian faraid dan dapat mengelakkan pertelingkahan antara ahli keluarga.

Masalah rumit yang biasa terjadi dalam proses tuntutan pusaka ialah pertelingkahan dalam keluarga kerana ada waris-waris yang tidak berhak cuba menuntut harta simati. Namun ada juga masalah yang tidak rumit tetapi proses tuntutan pusaka tetap juga tidak dijalankan kerana ada waris-waris yang berhak buat tidak endah dengan harta simati.

Perlu difahamkan bahawa tanpa persetujuan dari semua waris yang berhak proses tuntutan pusaka tidak akan dapat dijalankan.

Kita biasanya menganggap proses pembahagian pusaka ini adalah suatu proses untuk waris-waris mendapatkan bahagian faraid dalam harta simati. Lantas apabila ada di antara waris yang merasa tidak berkehendakkan kepada harta simati, mereka membiarkan sahaja perkara tersebut atau buat tidak tahu sahaja tentang pembahagian pusaka simati.

Kita perlu sedar dan faham bahawa perkara utama kenapa tuntutan pusaka ini dibuat adalah untuk melepaskan ikatan yang masih ada antara simati dengan perkara-perkara keduniaan seperti hutang, harta dan amanah. Rumah yang ditinggalkan masih ada cukai yang perlu dibayar setiap tahun. Cukai ini menjadi hutang kepada simati. Tanah yang ditinggalkan walaupun sekangkang kera tetap ada cukai setiap tahun. Hutang-hutang ini jika tidak diselesaikan akan menyebabkan amalan simati tergantung manakala amanah yang masih tidak diselesaikan akan dituntut diakhirat kelak.

Maka itulah kenapa perkara pertama yang dituntut dalam Islam apabila berlaku kematian adalah menyelesaikan pembahagian pusaka tidak kira hartanya banyak atau sedikit dan bukannya membuat kenduri arwah.Setelah dibersihkan harta simati dari ikatan-ikatan keduniaan ini barulah baki daripada harta simati itu di bahagikan mengikut hukum faraid.

Pintu Gerbang ke Alam Ghaib???

..Sejurus selepas mengkaji dikawasan sekolah di seksyen 24,kru PAG dan kru PF di ajak oleh sekumpulan remaja ke sebuah lokasi taman yang terletak tidak jauh dari kawasan tinjauan pertama kami.Kumpulan remaja terbabit mendakwa kawasan tersebut begitu KERAS dan mempunyai banyak kisah seram termasuk kisah bunuh diri akibat dirasuk,perkampungan BUNIAN dan cerita yang paling menarik ramai yang melihat kelibat PONTIANAK dikawasan terbabit.setiap ahli kru PAG dan PF teruja dan tidak sabar untuk mengkaji dan menyelidik kawasan terbabit dan daripada itu ingin membuktikan adakah benar `hearsay` yang kami dengar.
Gambar1 (Monumen perajurit dipuncak bukit SUK)
Gambar 2 (perjalan turun ke taman SUK)
Gambar 3 (seakan ada mata yang sedang melihat kami)
Gambar 4 (Teknik candid dari belakang)
Gambar (Pohon buluh yang dikatakan kawasan orang bunian)
Bukti gambar yang diambil oleh Azree (Az PAG) seakan akan sebuah pintu Alam Ghaib.
Gambar kedua di lokasi yang sama.Imej pintu gerbang telah hilang.

Gambar Belangkas