Wednesday, October 9, 2013

Misteri Kebetulan Yang Menakjubkan


Raja Umberto I dan adikongnya, Jeneral Emilio Ponzio-Vaglia duduk di sebuah meja sebuah restoran kecil di Monza, Itali, pada malam 18 Julai 1900.




Raja Umberto I

Mereka baru sampai dari Rom dan ingin bersiar-siar di bandar tersebut yang letaknya cuma beberapa kilometer dari Milan. Esoknya baginda dijadual menyampaikan hadiah dalam satu perhimpunan atlet.

"Ini makanannya tuanku," kata tuan

Malaysia vs Singapura : 3-2

Assalammualaikum...

Lama tak berkunjung, then hari ni Mrs. Yan nak letak gambar sekitar Pesta Bola merebut Piala Sultan Selangor (The Sultan of Selangor's Cup) pada 28.9.2013 hari tuh kat Stadium Shah Alam. Pegi ni pun sebab dapat tiket free... Kekekeke... Masa ni Mrs. Yan g ngan dak ofis Mr. Aid ngan adik Mrs. Yan, Iwan. Tok pengetahuan korang, ni first time tau Mrs. Yan tengok bola live. Kesian tak... Bukan apa, biasalah kehidupan orang yang sentiasa 'sebok' memang macam ni... Ni kalo tak sebab free nieh, memang tak tau abad bila la Mrs. Yan masuk stadium... Dulu masuk stadium sebab kawad je... Wahahaha...




Sape slalu g stadium mesti penah jumpa mamat nieh kan... Orang panggil Brader Brown... Dak Taman Medan nieh... Promote cket...




Sebelum game mula, Iwan cakap, ko jangan tengok bola macam tengok cite hantu tau kak, macam Ain... Wahahaha... Mrs. Yan dulu layan gak tengok bola... Time skolah la... Tapi suka tengok Malaysia jela... Abersea ni Kak Tijah tak layan. Tapi bila dok asrama, dah malas nak buat semua da... Termasuk dok ngadap bola...


Selangor menang 3-2... Syabbas beteyyy...

Posing kemenangan cket sebelum balik... Abeh hilang suara merdu Mrs. Yan... Macam mana la kalo kena rasuk... Tengok bola pun macam orang tak sedar diri... Hahahaha... Papepun best la... Kalo dapat tiket free lagi kan bagus... Sebelum balik umah, boleh lak derang pekena nasi pepagi buta... Tanjat lemak dalam perut...

Majulah sukan untuk negara walaupuun Mrs. Yan tak berapa nak layan sukan-sukan nieh... Huhuhuhu...

-Thanks for reading-

Tuesday, October 8, 2013

Nak kuruskan badan? Nak kempiskan perut? Kena tahu cara yang betul dan berkesan!

Assalamua'laikum.
Nak kuruskan badan? Nak kempiskan perut? Kena tahu cara yang betul dan berkesan! Inilah realitinya. Kita nak tampil lebih kurus dan ramping. Apa jua sebabnya, kita letak belakang. Apa yang lebih penting ialah bagaimana caranya? Apakah ada cara yang betul-betul ajaib boleh kurangkan berat badan 10 kg dalam seminggu? Bunyi macam terlampau sangat, kan? Apa guna kita tiba-tiba kurus, lepas tu mungkin kita jatuh sakit akibat cara kuruskan badan yang tak betul. Siapa yang susah? Diri sendiri dan orang tersayang juga.
Nak shortcut kuruskan 5KG 5 MINGGU? BACA CERITA BEST DI SINI!
Anda mungkin antara mereka yang terbangun pada waktu malam kerana teringat masalah masalah berat badan. Nak pergi gym, mahal! Nak pergi amalkan diet yang seimbang tak berapa nak pasti, kan? Apatah lagi nak amalkan senaman yang benar-benar berkesan untuk kuruskan badan. Apakah anda mengalami situasi sebegini? Jika YA, tahniah kerana anda berada di tempat yang betul sekarang! Teruskan membaca...

Apa cara nak kuruskan badan dengan betul dan berkesan?

Cara yang paling selamat nak kuruskan badan, nak kempiskan perut mahupun nak dapatkan pinggang yang kembali ramping hanyalah 1 cara iaitu tiru cara orang yang dah berjaya kuruskan badan. Kalau kita asyik beli ubat itu, ubat ini...takde sudahnya. Jika kita tak tahu asas nak kurangkan berat badan. Ubat sekadar supplemen bukan penyelesaian hakiki. Saya kongsikan 2 panduan bagaimana anda boleh mulakan langkah untuk kuruskan badan hari ini juga!

Ada 2 cara kuruskan badan yang berkesan!

Saya kongsikan kepada anda 2 cara untuk kuruskan badan tanpa ubat langsung! Anda boleh teruskan membaca kedua-dua cara ini. Ingat yer, nak kuruskan badan, nak turunkan berat badan walaupun sekilo perlukan penjagaan pemakanan yang seimbang. Senaman kena juga dibuat tapi tidak bermakna anda perlu terus berlari, berjoging 10km hari ini juga! Jangan sempitkan ruang untuk anda berubah dengan "menakutkan" minda dengan perkara yang terlampau ekstrem.

Jom saya kongsikan panduan yang boleh anda baca dan tiru bulat-bulat. InsyaAllah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya untuk kuruskan badan anda.

TIRU TEKNIK RAHSIA BAKAR LEMAK DENGAN PANTAS!

Untuk itulah, saya kongsikan kepada anda cerita sebenar yang dialami sendiri oleh rakan saya. Dulu-dulu, dia ni memang gempal. Chubby gitu. Berat masa tu, lebih 86 kg. Dia ni pun macam anda jugalah. Mencari cara nak kuruskan badan. Macam-macam cara dia cuba untuk turunkan berat badan. Akhirnya, selepas dia buat itu, buat ini. Baca itu dan ini. Akhirnya dia berjaya turunkan berat badan sebanyak lebih dari 14 kg! Berat badan dia sekarang dalam keadaan terbaik! Tengok gambar dibawah.

cara mudah kuruskan badan dengan cepat diet atkin
Mereka dah tahu cara kuruskan badan 5 kg dalam masa 5 hari! Korang nak tahu tak?

Dia ni, takde tahan lapar semata-mata nak kurus. Habis tu, macam mana dia kuruskan badan? Sebenarnya, antara anak kunci untuk kuruskan badan ialah tahu tentang satu benda iaitu KALORI. Diet Atkins sememangnya agak ketat iaitu menghadkan pengambilan sumber karbohidrat. Contohnya, sepinggan nasi goreng, jumlah kalorinya ialah 630 kalori! Kalau ada ayam, sambal? Tentulah jumlah kalorinya lebih tinggi! Agak-agak, kalaulah kita asyik makan nasi goreng atau nasi lemak setiap hari, senang atau susah nak kuruskan badan?

Betul. Setiap apa yang kita makan, ada jumlah kalorinya. Kalau kalori ni tak dibakar, ianya akan bertukar menjadi lemak yang disimpan dalam badan kita. Dah lama 'ternak' lemak, itulah sebabnya lemak tu payah nak dibuang dan dibakar. 

Cara nak buang/bakar lemak degil? Ada caranya. Rakan saya ni akan tunjukkan cara yang berkesan untuk bakar lemak dengan pantas. Tak perlu tahan lapar semata-mata nak kurus. Siap boleh makan nasi semasa anda amalkan diet seimbang! 

Cara ambil menu makanan yang betul dan senaman kardio. Ini antara benda yang anda akan belajar. Jangan risau, kalau tak faham, rakan saya ni akan bagi penerangan dan sesi konsultasi kepada anda. Janji anda ikut apa yang dia sarankan. 

Kalau berminat, boleh sambung baca lagi di sini;
atau dapatkan panduan bakar lemak di bawah!


>> Boleh juga baca entri lain tentang cara nak kuruskan badan dan kempiskan perut di bawah;
  1. 8 Petua Mudah Kuruskan Badan & Kempiskan Perut
  2. 7 Petua Mudah Kempiskan Perut Tanpa Ubat & Selamat
Selamat membaca dan usaha sungguh-sungguh untuk mencapai berat ideal anda!

atau masukkan NAMA & EMEL ANDA di bawah untuk mendapatkan tips kuruskan badan
Nama anda

E-mail anda (Jangan guna Yahoo mail!)



Makan lauk ayam kenduri Tanjung Dawai

Semua org heboh pasal peristiwa menyayat hati ni....puncanya mmg aku x tau...biar la org yg berkenaan siasat. Tp sedih mengenangkan tuan tumah kenduri, entah apa yg dirasai sekarang ini. Malu, marah, murung, sedih dan macam2 lagi....dan juga kesedihan keluarga mangsa yg meninggal....

Pengasuh aku yg berasal dari Baling menceritakan, masa dia balik kg baru2 ni p kenduri, lauk ayam dalam tray tak disentuh langsung, bagi bungkus wak balik pun org x mau. Mungkin semua fobia, takut mati....Jadilah pembaziran pulak, buang sj lauk itu, xkan tuan rumah nak makan semua.

Sama2 la kita tunggu laporan siasatan oleh pihak kesihatan. Semoga ditemui puncanya dan langkah mencegah dapat diambil dgn cepat...

kalu bagi boya ni makan keracunan dak ha?
Mungkin lepas ni kena cipta alat utk kesan racun dlm makanan atau minuman. Macam alat cek dadah dalam air kencing tu la. Minta tolong pakar2 kita pikirkan....

Wallahua'lam....

Monday, October 7, 2013

Cendawan Pelik Berbentuk Tangan Zombie


Kekayaan flora dan fauna dunia sangatlah luas dan bermacam rupa bentuk dari yang biasa sehinggalah yang pelik malah yang belum pernah kita lihat sebelumnya.




Cendawan pelik.

Seperti gambar diatas, satu spesies cendawan baru yang mempunyai nama latin 'Clathrus Columnatus' atau juga disebut 'Octopus Stinkhorn' dan boleh juga disebut sebagai “Deadman’s Finger” berbentuk Tangan Mayat atau

Aktiviti paling sihat untuk tahun ni : kayuh 'gerek'

Assalammualaikum...

Semangat nak cerita ni..
Al-kisahnya, pejabat buat 'offer' siapa yang nak beli basikal, boleh buat loan dan bayar bulan. Sebabnya, pejabat akan buat aktiviti kayuh mengayuh ni, so..kalau tak ada basikal, macam mana nak join aktiviti kan? Ramai la yang beli. Saya tak beli, sebab dalam kepala otak nak pinjam yang ayah mertua punya. Saya sebagai menantu, taknak lah  bagi ayah mertuaku membazir, beli basikal, pastu simpan...Sayang ooooo.. So, sebagai menantu BERTUAH, dengan senang hatinya saya rembat basikal tu..hehe.. Pinjam ye ayah.. Takpa, ayu jaga basikal ni elok-elok... 2-3 tahun lagi baru ayu pulangkan tau! muhahahahaaaa.....;)


Lama gak ayah beli basikal ni, tapi sebab tak dan nak kayuh, tersadai la dalam store tu. Elok sangat-sangat lagi basikal ni, tak ada cacat cela pun. Lepas basuh, macam baru kot! Lepas je basuh, Mat Fariq suruh kayuh pusing taman, biasakan diri ngan basikal tu katanya, memang semput arrrr.. Lama kot tak kayuh basikal ni. Dolu-dolu saya memang tersangat la pakar. Setakat lepas tengan sambil layan selekoh tu biasa aarrr... tapi doooluuu la.. sekarang tidak lagi. Malam tu tidur dengan kaki yang  lenguh okey!!



Petang Jumaat lepas, sesi kayuhan bermula..Lokasinya Padang Besaq nuuu... Kami taklah kayuh dari Kangaq ke sana, mau tercabut lutut kalau buat macam tu. Basikal kami ada lori angkut, kami pulak naik kereta. Kebetulan la cuaca sangat baik. Baru lepas hujan... memang tak panas la.. dingin je..

Geng perempuan masing-masing memang dah lama tak kayuh basikal, semua main lawan pandang je. Nak tukar gear pun tak reti tau. Main redah je. Nasib baik Mat Fariq suruh naik basikal tu semalam, kalau tak memang gelabah la. TQ abang! Jasamu ku kenang. ;)


Peserta semua dalam 27 orang, mula-mula, kena la merenggangkan otot-otot yang dah lama tidak direnggangkan ye. Saya memang warming up betul-betul, sebab kalau buat main-main, mau lenguh seminggu dik...


Geng perempuan semua kena di depan. Saya mula-mula la depan, pastu dok belakang je la.. hehehe.. Bukan tak larat, tapi malas lah nak tunjuk bakat. ;D


Ni hero-hero.. Rupanya depa semua ni memang dok kayuh basikal. Kira pro dah depa ni. Patut la relex je.. tak penat langsung!! Masa tengah kayuh pun boleh dok rancang nak kayuh lagi malam tu. Gilessss!! I jeles tau, mana uols dapat tenaga macam tu?? Dasyat!!

Yang baju hijau ni Kak Jas! Semangat dia fuuuuhhhhhhhh!!! Dasyat!! Tabik la Kak Jas. Malu kot kalau kalah ngan akak ni, so...saya buat-buat la kuat. Kugagahi jua!


Tengok!!! Kak Jas tu dok depan tau!! Terus rasa nak sembunyi muka! Kak Jas, slow la sikit, kan dah janji nak kayuh pelan-pelan je.. ;P


Tengok pemandangan!!! Ladang tebu okey. Ya Allah... Rasa tenag sangat sampai lupa yang saya ni tengah penat kayuh basikal. Serius rasa free otak ni.

 
 Ni kami berhenti minum. 2 botol air saya rembat. Haaahahaa.. rakus tak? Dahaga tahap gaban! Teserlah muka bahagia diriku bila jumpa air! haha.

Okey..okey..okey... ni gambar yang paling saya suka. Nampak macam saya kayuh basikal tu laju gila kan? kan? kan? Nampak macam tangkas gila diriku! kan? kan? kan? Tapi hakikatnya TIDAK!! Abang yang tangkap gambar ni yang laju sebenarnya! Hehehe...


Ni kereta yang mengekori kami sepanjang perjalanan. Masa lepas rehat, saya memang rasa macam nak naik keta ja... Lutut dah menggigil. Tapi macam malu pulak. hehe..


Yeaaaaaaa sampai dah!! Berjaya!! Masa ni lutut dah ke kiri ke kanan dah. Lembik dah!!


Baru nak relex, panggil untuk warming down la pulak! saya masa ni kepala ingat nasi kandaq ja. Lapaq oooo. Kalau uols tengok betul-betul gambar ni kan, uols akan nampak saya tengah terlioq tengok kuih tu! ha..cari..cari.. ;)


Daripada apps MOVE kat fon saya, nilah masa yang kami ambil untuk kayuhan ni.Jarak dalam 13km. Macam pro kan? hahaha.

Sikit la info yang saya boleh kongsi, info ni pun dari kawan-kawan yang dah pro, katanya, kalau tak nak lenguh kaki, selain daripada warming up & down, pastikan kaki kita lurus masa kita kayuh. Tempat duduk tu kena tinggi.Macam gambar kat bawah ni. Lurus je kaki. Dan alhamdulilah, memang kaki saya tak lenguh pun besoknya tu. ;)




mamat-mamat ni semua balik ke kangar naik basikal. ishh...jauh okey!

Lupa nak bagitau awal-awal, gerek tu ialah basikal. Tu bahasa kebangsaan perlis. ;)

PMR Terakhir

Assalamu'alaikum wrt wbt, peperiksaan PMR hampir selesai, setelah seminggu ia di jalankan ... anak ke-6 saya sedang berjuang di medan peperiksaan sekarang,,, apa yang terdaya kami lakukan sekarang hanyalah berdoa dan terus berdoa ke Hadrat ALlah agar anak kami dikurniakan oleh Allah ketenangan dan kelapangan fikiran dan boleh berfikir dengan tenang dan baik semasa menjawab soalan peperikaan..InsyaAllah.. Segala usaha sudah dilakukan sebaik mungkin, sekarang hanya perlu hadapi peperiksaan dengan tenang ..semoga Allah melancarkan kata-kata dan fasih semasa menjawab soalan peperiksaan ..dan akhirnya Semoga memperoleh kejayaan yang cemerlang dan terbilang...Ameen..

Terus-terang kami nyatakan, anak-anak kami di asrama tidak pernah menghadiri tusyen... sememang nya saya dan suami sependapat, tusyen tidak diperlukan kerana apa yang anak-anak harus lakukan hanyalah memberi tumpuan sepenuhnya di dalam kelas...

Dikatakan juga PMR 2013 ini adalah yang terakhir... selepas ini hanyalah Peperiksaan Berasaskan Sekolah (PBS)... yang akan merupakan satu percubaan atau trial bagi pelajar sekolah menengah rendah ini...mudah-mudahan apa yang dirancang akan berjalan dengan lancar...Ameen


Gambar Belangkas