Showing posts with label tips blog. Show all posts
Showing posts with label tips blog. Show all posts

Monday, May 4, 2015

Cara Memasukkan Instagram Ke Blog.

Cara Memasukkan Instagram Ke Blog|tips blog|ceritaejoy.

Mungkin ada blogger malaysia yang ingin gambar-gambar mereka di instagram berada di dalam blog mereka tetapi tak tahu macamana nak buat. Jadinya, aku ingin kongsikan, bagaimana merealisasikan keinginan anda itu. hehehehe.

Tutorial masukkan instagram di dalam blog.

1. Mula-mula sekali, anda perlulah click di sini : http://www.intagme.com/.

2. Kemudian isikan username dan klik pada widget type. Boleh pilih samada mahukan slideshow atau grid.


3. Kemudian pilih saiz gambar anda. Samada mahu kecil atau besar pada thumbnail size.


4. Selepas itu anda boleh memilih warna latar belakang gambar anda di background color.


5. Selepas anda berpuashati dengan semuanya, anda boleh click pada Get code.


6. Copy code yang diberikan dan paste pada ruangan HTML/javascript.

7. Selesai dan bergembiralah. Hehehehehe.

Haffizul Iskandar.

Friday, April 17, 2015

7 Tips Penulisan Terbaik.

7 Tips Penulisan Terbaik|rahsia menulis entri berkualiti|ceritaejoy.

Lama pulak rasanya tak kongsikan tips blog kat blog ceritaejoy ni. Sebenarnya, ia sekadar bacaan kat ebook je, tapi apa salahnya kalau nak kongsikan kat sini kan? Jom baca 7 Tips Penulisan Terbaik.

7 Tips Penulisan Terbaik.

1. Rangka apa yang ingin kita katakan sebelum mula menulis.

Ambil sehelai kertas atau buka notepad, dan mula merangka penulisan anda. Apa sahaja idea yang ada, tulis/taipkan dahulu. Ia semacam "keywords" kepada penulisan anda.

2. Cipta tajuk yang hebat.

Ia adalah rahsia kepada kejayaan blogger malaysia yang berjaya di dalam dunia blog. Tajuk yang hebat adalah senjata utama kepada penulisan anda. Tajuk yang hebat mampu menarik pembaca untuk teruskan bacaan mereka. Penulis yang baik, pasti ada kelebihan di dalam menghasilkan tajuk yang hebat.

3. Tulis cerita yang pertama dahulu tanpa perlu ada kerisauan kepada susunan ayat atau cerita.

Ini antara kesukaran di dalam menghasilkan penulisan terbaik. Apa kata anda tulis dahulu cerita anda sehingga habis. Selesai sahaja penulisan anda, baca semula dan susun ayat atau cerita ada supaya ia menjadi lebih sempurna

4. Selesai menulis, tulis semula perengan pertama dan terakhir. Kerana ini adalah part yang paling penting.

Perengan pertama dan terakhir adalah kunci kepada penulisan anda. Permulaan penulisan anda perlulah ada elemen pertanyaan di dalam diri pembaca. Apabila wujud elemen ini, pembaca akan menghabiskan bacaan mereka untuk mencari jawapan kepada pertanyaan mereka. Di pengakhiran cerita, anda mestilah menjawab soalan kepada penulisan anda.

Rahsia menulis entri berkualiti.


5. Gunakan ayat pendek sahaja di dalam penulisan. Kerana ianya mudah di hadam pembaca.

Biasakan guna ayat yang pendek di dalam penulisan anda. Bahasa yang ringkas dan mudah di hadam pembaca di antara rahsia menulis entri berkualiti.

6. Juga biasakan menulis di dalam perengan yang pendek. 

Ini adalah suatu perkara yang tidak boleh dinafikan. Apabila pembaca melihat kepada penulisan perengan yang terlalu panjang, wujud perasaan malas di dalam minda mereka. Minda mereka terasa terlalu berat untuk teruskan bacaan.

7. Selesai menulis, baca semula tulisan kita dan betulkan tulisan-tulisan yang salah. Jika sedikit, ia tidak akan menjadi masalah, jika ia terlalu banyak, ia benar-benar menganggu.

Kosa kata memainkan peranan yang sangat penting di dalam menghasilkan penulisan yang berkualiti. Kesalahan di dalam tulisan adalah gangguan terbesar di dalam penulisan anda. Jadi, sentiasa periksa semula kosa kata di dalam penulisan anda selepas anda selesai menulis.

Ok. Selesai sudah 7 Tips Penulisan Terbaik yang boleh anda praktikkan. Semoga ia dapat membantu anda di dalam menghasilkan penulisan yang berkualiti.

Haffizul Iskandar.

Tuesday, March 24, 2015

Anda Bloggers Kalau..

Anda bloggers kalau blog anda berupdate. Hahahaha. Sahaja aku terbitkan entry ni, bukan berniat menjatuhkan sesiapa atau niat perli sesiapa, kerana ianya lebih kepada diri aku sendiri.

Kenapa dan mengapa? Baiklah, aku cuba huraikan apa yang terbuku di dalam minda aku, sebagai perkongsian bersama.

Blog adalah suatu medan perang! Eh, bukan, hehehehe. Blog adalah satu medan perkongsian, samada dalam bentuk penceritaan atau perkongsian info dan gambar.

Jadi, bagaimana ianya di sebut sebagai blog jika tidak berupdate dan tiada perkongsian terbaru?

Di antara alasan lazim yang biasa di gunakan adalah kekurangan idea. Dan lebih teruk lagi, kekurangan idea itu berlarutan lebih daripada 1 hari! Hmm.

Aku teringat kata-kata altimet ( Penyanyi rap tuh), antara bait kata yang jelas kedengaran di dalam minda aku adalah, bilamana seorang wartawan bertanyakan hal, bagaimana beliau mampu menghafal lirik lagunya.

Jawapan yang diberikan beliau cukup istimewa. Beliau menjadikan rap sebagai kerjaya, oleh itu, lirik itu adalah sumber pendapatan beliau. Jika beliau tidak mampu menghafal lirik, maka, tiadalah gaji untuknya.

Kaitannya dengan ceritaejoy kali ini adalah, jika anda memilih untuk menjadi bloggers, maka anda perlulah menjadi seorang blogger malaysia yang sebenar. Hahahaha.

Yelah, kalau blog tak update, macamana orang nak singgah. Kan? Blog ni, cuma perkongsian dan gambar, bukan ada suara pun. Jadi, kita perlu sentiasa ada idea untuk update blog kita ni. Kan?

Pada aku, bila aku menggunakan alasan tiada idea untuk update blog, aku akan teringat kata-kata ultimet tu, jadi, aku perlu "bekerja keras" mencari idea untuk aku penuhi blog aku dengan cerita.

Kadang-kadang tu, memang mengarut la cerita dalam blog ceritaejoy ni. Tapi aku sangat percaya, bila aku berkelakuan seperti ini, aku sebenarnya melatih diri aku untuk sentiasa ada idea untuk update blog aku.

Ianya seperti suatu tanggungjawab kepada aku. Semacam perkara yang mesti aku lakukan. Bila ada sikap semacam tu, minda aku akan terpaksa mencari idea baru dan blog aku akan sentiasa terupdate. Hehehehe.

Lain padang, lain lalangnya. Tapi nak buat apa dengan lalang kan? Lain orang, lain caranya. cumanya aku nak kongsikan dekat sini adalah, anda bloggers kalau blog anda sentiasa update. Hehehehe.

Monday, March 23, 2015

Klimaks Post Untuk Blog.

Cara meningkatkan traffic blog.

Klimaks post untuk blog bermaksud post-post yang mampu menghasilkan traffic yang tinggi pada blog. Sahaja aku gunakan istilah "klimaks" tu. Hehehe.

Ceritaejoy kali ini menceritakan 1 kelebihan kepada blogger terutamanya blogger malaysia. Yang mana mereka mampu melihat, apakah jenis entry yang mampu menghasilkan traffic yang tinggi kepada blog.

Kebolehan ini pada aku tiada pada semua orang. Hanya pada orang-orang yang tertentu sahaja.

Dari pengamatan 4 biji mata aku (termasuk cermin mata, hehehe), tajuk entry memainkan peranan yang cukup penting dalam menarik traffic yang tinggi pada blog.

Ini yang aku maksudkan dengan klimaks post untuk blog. 1 post sahaja mampu menghasilkan ratusan atau ribuan traffic pada blog.

Tajuk entry berbentuk persoalan dan berunsur sedikit lucah. Betul! Ini serius. Tajuk entry berunsur 18sx ni sentiasa mendapat perhatian pembaca.

Manakala tajuk entry berunsur persoalan pula, memaksa pembaca untuk masuk ke dalam blog dan teruskan pembacaan.

Ini adalah 1 teknik yang digunakan blogger untuk menarik pembaca yang ramai seterusnya meningkat traffic blog.

Lokasi "ping entry" blog juga memainkan peranan yang penting. Ping busuk di antara lokasi ping entry blog yang mempunyai ribuan pengikut.

Jika tajuk entry anda mempunyai "aura" yang kuat, ping sahaja di ping busuk dan nantikan traffic yang tinggi daripada sana.

Sebenarnya, ia bukanlah anugerah khas seorang manusia. Tetapi ia adalah kebolehan yang boleh di asah. Bagaimana?

Lihat pada tajuk entry yang sering mendapat traffic yang tinggi dan mula belajar dan aplikasikan pada setiap entry blog anda. Sentiasa berusaha ke arah itu.

Tapi kalau kita lihat pada entry blogger malaysia yang terkenal, ada juga yang tak punya tajuk entry yang hebat, tetapi punya traffic yang tinggi.

Tetapi bandingkan pula siapa diri mereka dan siapa kita. Sudah pasti, mereka tidak mengambil masa yang singkat untuk berjaya.

Sekadar perkongsian singkat dari ceritaejoy. :)

Sunday, March 15, 2015

Emosi Seorang Penulis

Emosi Blogger

Aku selalu berfikir, bagaimana seseorang penulis atau lebih tepat lagi, seorang blogger, menulis ketika mereka di dalam keadaan emosi.

Blogger malaysia ataupun penulis juga seorang manusia yang di kurniakan emosi. Tetapi yang membezakan adalah, bagaimana mereka berhadapan dengan emosi ni.

Lumrah manusia kan, bukan setiap masa rasa gembira dan seronok. Pasti ada rasa marah dan tidak selesa. Penulisan juga bukanlah bermusim. Ia perlu sentiasa ada. Ini yang membuatkan aku tertanya-tanya.

Rasanya hampir kebanyakkan orang akan menulis sewaktu mereka berada dalam keadaan selesa. Termasuklah aku. Aku hanya akan menulis sewaktu awal pagi dan lewat malam. Tidak pada waktu tengahari. Ini yang membezakan aku dengan penulis-penulis hebat.

Mereka mampu menulis dalam apa jua keadaan dan emosi. 

Persoalannya, Bagaimana mereka mampu menulis di dalam keadaan seperti ini? Apakah yang mereka praktikkan atau ada beberapa cara untuk menulis di dalam keadaan beremosi?

Aku pernah terbaca di dalam satu buku, yang mana tertulis, penulis yang bagus adalah mereka yang mampu menulis dan menghasilkan artikel yang baik walau dalam apa jua keadaan.

Ini bermakna aku masih belum mampu berada dalam kelompok penulis yang baik. Dan juga masih belum mampu bergelar seorang penulis.

Jalan itu sudah kelihatan. Cumanya aku perlukan lampu untuk menerangi jalan yang masih suram. Tidak gelap tetapi suram.

Jenis lampunya juga perlu aku titik beratkan, supaya hasilnya adalah sangat memberangsangkan. InsyaAllah.

Blog Tanpa Identiti.

Pentingnya Niche Pada Blog.

Blog tanpa identiti bermaksud, blog yang tidak diketahui akan isi kandungannya. Pembaca tak tahu dan penulis blog sendiri pun tak tahu apa yang ada dalam blognya.

Bila pembaca tak tahu, ini akan menyukarkan orang untuk kenal dan ingat akan sesuatu blog tu. Di sini pentingnya niche pada blog.

Sepanjang aku berblogging ni, aku biasa dengar tentang niche ni, tapi aku sendiri tak tahu apa itu niche. Hehehehe. Sampailah aku terasa nak tahu apa itu niche pada blog.

Dari pemahaman aku, niche bermaksud, kandungan utama pada sesuatu blog. Contohnya, seseorang yang baru nak buat blog dan memilih untuk fokus pada bidang kesihatan. Keseluruhan cerita dalam blognya hanya menceritakan perihal kesihatan.

Jadi, niche bagi blognya adalah kesihatan. Jika ada orang yang mahukan maklumat mengenai kesihatan, akan mudah ingat pada blog ni. 

Selain tu, kelebihan niche ni adalah, kita akan sentiasa ada idea untuk update blog. Tidak seperti blog yang tidak fokus pada 1 perkara, yang mana mereka sentiasa perlu mencari idea untuk di kongsikan dalam blog.

Di sini, pentingnya niche pada blog.

Blogger Malaysia Terkenal

Blog tanpa identiti ni sama macam manusia tanpa nama. Ha. Boleh kenal tak manusia tanpa nama? Di sini pentingnya niche pada blog.

Kalau kita tengok blogger malaysia yang terkenal, blog-blog mereka mempunyai niche yang mantap dan lazat.

Nama blog mereka terpahat dalam ingatan pembaca-pembaca mereka. Kerana apa? Kerana isi kandungan blog mereka yang  fokus pada sesuatu perkara dan banyak membantu pembaca.

Jadi, jika anda inginkan blog anda setaraf dengan mereka atau dikenali ramai, mula tetapkan niche di dalam blog anda.

Mula fokus pada kandungan utama di dalam blog anda. Ini akan membuatkan pembaca tahu dan kenal pada blog anda.

Jana Pendapatan Melalui Blog

Kelebihan blog dengan niche yang kuat adalah, boleh menarik perhatian pengiklan untuk beriklan dalam blog. Pemilik blog juga berpeluang untuk dijemput menghadiri majlis-majlis tertentu dan menguji produk terbaru.

Ini boleh menjadikan blog sebagai sumber pendapatan sampingan ataupun sumber tetap. Inilah cara bagaimana blogger-blogger terkenal jana pendapatan melalui blog mereka.

Sekarang dah boleh nampakkan pentingnya niche pada blog? Mula tetapkan niche pada blog dan jangan biarkan blog tanpa identiti. Mula fokus pada kandungan utama blog. Dan apa yang anda inginkan, akan mula kelihatan.

Monday, March 9, 2015

300 Patah Perkataan.

Penulisan mengikut SEO.

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.

Waktu aku blogwalking mencari ilmu dan tips SEO, aku terbaca artikel mengenai jumlah patah perkataan yang sesuai dengan cara penulisan SEO. Jumlah yang di sarankan adalah 300 patah perkataan.

Bila aku terpandang 300 perkataan tu, aku teringat zaman aku ambil Peperiksaan SPM dulu. Kan kena buat karangan 300 patah perkataan. Punyalah beriya-iya karang karangan supaya cukup 300 patah perkataan. Hehehehe.

Aku ada sedikit cerita tentang tajuk entry aku harini. Ni waktu nak amik exam dululah. Bila kena buat perkataan yang banyak macam tu, memang aku malas. So, aku akan kira setiap ayat yang aku dah tulis, bila dah cukup je perkataan dia, aku akan habiskan karangan aku tu. Tak kisah lah walaupun cerita aku belum climax lagi. Hahahahaha.

Setiap kali ada peperiksaan, aku akan sediakan kalkulator, khas untuk kira berapa perkataan yang aku dah tulis *ok, ayat ni nampak bohong kan? Serius aku bohong. Hahahaha.

Tapi itulah antara pengalaman aku dengan 300 patah perkataan ni. Itu dulu, sekarang aku kembali semula dengan cara yang berbeza. Kalau dulu aku mengarang dekat kertas putih, sekarang aku mengarang dekat blog pula.

Blog ni pada aku, bukan medium luahan rasa semata-mata. Kalau kita lihat dengan lebih mendalam, ia lebih kepada menjadi seorang penulis. Dan kalau kita bercerita perihal penulis pula, jumlah perkataan yang kebiasaannya di tulis, bukanlah pendek. Lebih daripada 300 perkataan ni.

Penulisan mengikut SEO.

Tapi hakikatnya, tak semua orang suka membaca. Mata kita ni, kalau tengok ayat panjang-panjang, dah mula timbul rasa malas. Betul tak? Tak yah cakap oranglah, aku pun cam gitu juga. Hehehehe.

Itu yang banyak blogger menggunakan pendekatan mudah, sekadar bercerita mengenai apa yang mereka ingin sampaikan sahaja.

Jadi, bagaimana pula dengan tips SEO yang mengalakkan blogger untuk menggunakan 300 patah perkataan ni? Kang, dikarangnya cerita sepanjang ni, takde orang nak baca pula kan?

Tak perlu risau, kerana manusia punya sikap yang berbeza. Kenapa perlu takut untuk buat cerita sepanjang ni? Cuba tengok pada mereka yang suka baca novel. Agak-agak berapa patah perkataan dalam novel tu? Ada sesiapa yang pernah kira atau ada info mengenainya?

Mudah bagi sesiapa sahaja menjadi seorang blogger tetapi tidak menjadi seorang penulis. Menulis adalah satu bakat pada mata aku. Idea mereka, bukan sekadar singgah tetapi menetap dalam minda mereka. Aku sendiri kadang-kadang takda idea nak cerita dalam blog aku. Jadi, aku bukanlah penulis sebenar. 

Apa pula pendapat korang?

Bagaimana Hasilkan Entri Yang Berkualiti Untuk Blog.

Tips Blog :Penulisan berkualiti dalam blog.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Ceritaejoy kali ini berkisarkan tentang, bagaimana hasilkan entri yang berkualiti untuk blog anda. Entri yang berkualiti dan bukan bulat-bulat copy dari blog orang lain ye. Hehehehe.

Ok, bagaimana nak hasilkan entri macamni? Aku pun tak tahu samada ini tips untuk blogger atau tidak. Jika ada kekurangan, maafkan la aku yer. Blogger malaysia semua ok kan? Ok, cukup merapu sampai sini.

 Tips blog: Penulisan berkualiti dalam blog.

1. Search tentang entri yang bakal korang kongsikan.

Dia macam korang baca buku untuk tambah ilmu. Kadang tu, idea kita ni terhad. Bila kita baca sesuatu perkara yang berkaitan dengan cerita kita, ia sedikit sebanyak akan kasi kita idea tambahan. Jadi, janganlah malas cari entri-entri berkaitan yer. Bila banyak ilmu baru, kita akan lebih seronok untuk bercerita. Tul tak? Kadang, tersenyum sorang-sorang pun ada masa nak taip cerita tu. Hehehehe.

2. Listkan keypoint.

Kadang tu, idea banyak sangat. Bersemangat nak bercerita. Bila start menaip, idea yang banyak tadi tu, semua dah hilang. Terus malas nak bercerita lagi. Ha. Betul tak? Jadi, sebelum korang mulakan entri korang tu, listdownkan semua keypoint dalam cerita korang, kemudian barulah mula menaip. Baru syok, idea banyak. Kan? Kat mana nak listdownkan keypoint tu? Kalau aku, aku suka taip je kat notepad. Kalau ada 10 keypoint, semualah aku taip kat situ, dah mula menaip, aku refer notepad balik. Nak tulis kat kertas pun boleh. Nak tulis kat tangan pun boleh. Hehehehe.

3. Dengar music.

Ini untuk aku dan rakan-rakan blogger malaysia yang seangkatan dengannya. Bukan apa, bila ada music, kita akan enjoy semasa nak hasilkan entry yang berkualiti ni. Mood cantik, entri pasti cantik. Betul tak? Dengarlah lagu yang santai, nak dengar lagu metal pun boleh, tapi takut entri yang terhasil nanti, pun termasuk dengan aura lagu metal yang korang dengar tu. Hehehhe.

*ceritaejoy dengar lagu alam semulajadi. Bunyi air terjun, bunyi burung, baru hati ada tenang. Hehehehe

4. Link kan entri korang dengan cerita menarik.

Katakan korang bercerita tentang kereta terbaru korang. Cuba linkkan cerita korang dengan apa-apa yang menarik. Katakan korang baru beli kereta A, korang boleh linkkan, bagaimana terhasilnya idea nak hasilkan kereta A ni. Macamana nak tahu? Sila baca no 1 semula. Hehehehe.

Tapi kalau korang nak merapu pun boleh, macam, tak rugi beli kereta A ni sebab walaupun tayar dia dah bocor, korang masih boleh memandu seperti biasa. Ada juga jenis yang macam ni, tapi orang enjoy je baca, sebab? Mampu hiburkan hati mereka. Kan? Hehehehe.

5. Bercerita seperti di alam nyata.

Uish, alam nyata? Awat, blog ni alam fantasi ka? Bukan, bila kita di hadapan komputer, tidak sama dengan keadaannya semasa kita berhadapan dengan rakan-rakan dan berbual. Bila kita lepak minum dengan rakan-rakan, pasti banyak cerita dan pasti juga, kita tak sedar masa yang berjalan kan? Sebabnya kita enjoy semasa berbual. Sama halnya dengan alam blog ni. Anggaplah keadaannya sama. Jadi, kita akan enjoy juga semasa bercerita di dalam blog ni dan pastinya entri yang terhasil berkualiti.

Bagaimana Hasilkan Entri Yang Berkualiti Untuk Blog

6. Gunakan Bahasa Yang Mudah Di Fahami.

Tak aku nafikan, orang sekarang ni, lebih suka baca info-info yang santai dan bukannya bahasa kamus semata-mata. Dan walaupun cerita tu panjang, mereka tetap juga baca sebab ada "selingan" lawak dalam entri tu. Itu yang buatkan orang tak bosan baca entri kita. Ini juga salah satu entri yang berkualiti.

7. Highlight info atau ilmu berkaitan.

Ada juga pembaca yang malas nak membaca. Mereka nak tahu apa yang mereka cari sahaja. Katakan, mereka nak makan roti dengan kaya, so, mereka nak tahu apa yang perlu untuk makan roti dengan kaya.

Korang boleh cerita macam ni: 

Ambil roti+sapu kaya+masuk mulut+kunyah+Kenyang= Dah duduk diam-diam. Hahahahahha.

Tapi kita sebagai blogger malaysia, tak boleh la nak bercerita macam ni kan? So, korang highlight la dalam entri korang yang sepanjang 1000 patah perkataan tu. ha.

Contohnya:

Nahanaabddbddbdid roti ahaabahababagahah sapu kaya hahababgabagdhdghiuhgj masuk mulut bhagabhbvadfvfhavfg kunyah bnadgfbdhabfyhf kenyang ghfaadguf hdafbhadgfgd dah duduk diam-diam

Bila kita buat macam ni, pembaca sekali imbas je dah dapat apa yang mereka mahukan. Kan? Hehehehe.

Ok, setakat ni dulu ceritaejoy nak kongsikan Bagaimana Hasilkan Entri Yang Berkualiti Untuk Blog. Semoga ianya bermanfaat untuk korang. Salah dan silap mohon maafkan yer. Ceritaejoy nak layan lagu slam sat : Terasing dalam sepi. Hehehe

Sunday, March 8, 2015

Blogger Copy Paste.

Blogger Curi Entry Orang Lain.

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.

Ok, blogger copy paste. Apa tu? Ia merujuk kepada blogger yang suka copy paste entry blogger lain dan masukkan ke dalam blog mereka. Jangan tak tahu ye, banyak blogger semacam ini.

Istilah blogger curi entry orang lain tu pulak adalah, blogger yang ambil entry blogger lain, tanpa diketahui oleh blogger tersebut. Ala, macam kita main ambil je barang orang, tanpa orang tu tahu, kalau kena kat korang, korang marah tak?

Sebenarnya, benda macam ni, takkan menimbulkan kemarahan orang jika ianya mengikut tatacara yang betul. Macam kita nak masuk rumah orang la, takkan nak main masuk je kan? Mestilah kena bagi salam, buka kasut, dan masuk. Sama juga halnya dengan blogger copy paste ni, mintalah kebenaran pada pemilik blog, ataupun, jika nak copy paste jugak, kreditkan la pemilik asal entry tersebut. Ataupun letakkan sumber.

Pada pemikiran aku, mereka mungkin mahukan "traffic" atau pun sedang dalam proses meningkatkan SEO blog mereka. Macam semalam, aku ada terbaca di satu blog yang biasa juga aku datang. Template blog tersebut dah berubah. Hebat! Betul SEO 100%, dan banyak entry perihal SEO. Aku dalam hati, wow! Cepat dia belajar pasal SEO semua ni. Aku yang kurang ilmu ni, cepat-cepat la tekan entry tu. Semangat nak belajar kan. Tapi?? Hmm, cara penulisannya hampir 99% sama dengan apa yang pernah aku baca sebelum ni. Hmm, blogger copy paste.

Aku ikhlas cakap ye, aku bukan nak kutuk dengan blogger copy paste ni. Cuma, jika ada 100 orang blogger yang semacam ini. Yang kebetulan semuanya punya entry yang sama. Yang pada istilah aku, blogger ni curi entry orang lain. Maka, akan ada 100 blog dengan 1 penulisan. Kenapa blog banyak tapi 1 penulisan je? Yelah, kita bukak 100 blog, tapi ceritanya sama je. Baik bukak 1 blog je. Kan?

Kita bersemangat ni nak belajar, Bukaklah banyak-banyak blog, supaya ilmu yang ada jadi lebih berkembang, tapi semuanya sama je, ilmu sama tu ok, ini cara penulisan pun sama. Erks. Ini yang aku cakap blogger curi entry orang lain ni. Sebabnya adalah, katakan blogger pertama yang copy entry dari blog lain untuk minta izin, lepas tu, blogger ketiga, copy pulak dari blog kedua ni, sampailah blog ke 100 yang copy, rasa-rasa, blog ke 100 ni minta izin ke dengan blog yang pertama ni? Rasanya tak kan? So, kesian pada blogger yang penat perah otak, dalam menghasilkan entry yang berkuaiti ni.

Bukan senang ye jadi blogger. Ini aku akui. Bukan semua orang mampu jadi penulis yang baik. Jadi, aku cukup respek dengan blogger yang punyai tulisan yang sangat-sangat berkualiti. Jadi, para blogger copy paste, hargailah mereka ini, bukan suruh bayar pun, cuma kreditkanlah tulisan mereka tu. Kenalkanlah mereka. Bukan sekadar beritahu secara umum sahaja, asal usul entry tu. Jika anda menghasilkan tulisan yang berkualiti dan di ambil pula orang lain, mesti anda pun marah kan?

Aku bukanlah memihak kepada sesiapa. Cumanya, aku kadang-kadang tu, rasa macam bosan pula. Yelah, blog banyak, tapi ilmunya 1 jer, sayang je. Template blog dah cukup baik dengan SEOnya, tapi penulisan kurang. Sayang je. Pada aku, jika blogger copy paste ni nak copy entry orang lain, boleh, tapi ubahlah cara penulisan tu, supaya lebih mesra kepada diri anda. Ala, korang taip balik guna ayat yang biasa korang guna dalam blog korang, dan di pengakhirannya, korang kredit pada pemilik asal, barulah ada warna dalam dunia blog ni kan. Cerita sama tapi penyampaiannya berbeza. Tak gitu? Hehehe

Apa pun ,semoga maju jaya kepada semua blogger malaysia. Aku cakap macam aku ni orang lama pulak dalam dunia blog ni. Hahahahhaha. Kita sama. Cuma cara kita berbeza. Kan? Pada blogger copy paste, atau blogger yang suka curi entry orang lain, aku minta maaf ye kalau ada yang terasa hati. Aku cuma sekadar meluahkan pendapat aku sahaja. Sekali lagi, kita sama cuma cara kita yang berbeza. Terima kasih.

Gambar Belangkas