Showing posts with label seram. Show all posts
Showing posts with label seram. Show all posts

Monday, March 31, 2014

Hantu Askar Rom Ganggu Pekerja Hospital

Hospital cari pengusir hantu askar Rom

Pihak pengurusan sebuah hospital di sini meminta bantuan seorang 'pengusir hantu' selepas beberapa pekerja melaporkan terserempak dengan hantu yang merayau-rayau di wad dan koridor, lapor sebuah akhbar semalam.


Pengurus Hospital Diraja Derby, Debbie Butler menghantar satu e-mel kepada para pekerja bagi memaklumkan rancangan untuk mendapatkan khidmat seorang paderi bagi mengusir hantu tersebut.

"Beberapa pekerja melaporkan mereka terserempak dengan hantu dan saya mengambil serius laporan itu kerana tidak mahu anda semua berasa tidak selesa berada di tempat kerja," katanya.

Menurutnya, dia meminta pihak pengurusan sebuah gereja untuk menghantar seorang paderi bagi menjalankan upacara menghalau hantu.

Hospital berharga £334 juta (RM1.72 bilion) itu dibina di tapak sebuah hospital lama yang dibina pada tahun 1920-an.

Hospital lama itu dipercayai dibina di laluan purba Rom dan terdapat spekulasi bahawa hantu yang dijumpai itu mungkin askar Rom yang terbunuh.

Seorang pakar paranormal, Lionel Fanthorpe memberitahu, Derby merupakan tempat yang paling banyak hantu di Britain.

Bandar itu mencatatkan paling banyak laporan berhubung pertembungan dengan hantu, serigala jadian dan pelbagai fenomena paranormal lain.


Saturday, March 22, 2014

Jangan takutkan anak dengan hantu


HANTU dan puaka merupakan sebahagian daripada watak-watak yang selalu hadir di sekeliling kita. Ia diceritakan daripada satu generasi kepada generasi yang lain. Ini menjadikan seolah-olah hantu dan puaka itu seolah-olah selalu mengekori manusia.


Sungguhpun watak hantu telah ditafsirkan dengan pelbagai cara dan diceritakan daripada satu individu kepada individu yang lain, namun sangat jarang yang pernah melihatnya sendiri.

Banyak daripada watak hantu yang seram dan mengerikan itu bersumberkan daripada cerita orang lain.

Bagaimanapun, kerana ia menjadi cerita yang dipercayai, watak hantu telah menjadi sebahagian daripada perbualan masyarakat.

Disebabkan cerita hantu mampu menarik minat, mutakhir ini lambakan filem seram telah menguasai industri perfileman kita.

Walaupun filem hanyalah sekadar sebuah medium untuk berhibur, ia boleh memberi kesan negatif kepada anak-anak.

Anak-anak percaya bahawa hantu atau watak seram itu benar-benar wujud di sekeliling mereka.

Dalam masyarakat Melayu khususnya, hantu telah menjadi sebahagian daripada simbol yang digunakan untuk menakutkan anak-anak yang sering menangis pada tengah malam atau mengawal kenakalan mereka.

Adakah itu cara yang betul dalam mendidik anak-anak? Hakikatnya, mendidik anak untuk takutkan hantu telah menanam konsep baharu ke dalam diri mereka. Ia telah membuatkan mereka percaya bahawa hantu itu sememangnya watak yang menakutkan dan boleh menyebabkan manusia ditimpa musibah.

Menanam kepercayaan awal

Malang sekali, kerana konsep hantu tersebut tidak dapat dibuktikan, ketakutan anak-anak itu terbawa-bawa sehingga mereka dewasa.

Mereka akan takut melalui kawasan kubur kerana kononnya ia menjadi tempat tinggal hantu atau enggan berada di tempat gelap walaupun di dalam bilik kerana kononnya ada hantu.

Sebenarnya, mendidik anak dengan konsep hantu terutamanya ketika anak-anak masih kecil hanya menjadikan mereka manusia yang penakut kepada sesuatu yang diragui kewujudannya.

Walaupun ia mungkin bukanlah pendekatan yang sesuai, tetapi menakutkan anak-anak dengan perkara yang boleh dibuktikan mungkin lebih baik daripada menakutkan mereka dengan cerita hantu.


MEMBIARKAN anak-anak menonton filem hantu di kaca TV sendirian boleh memberikan impak buruk kepada psikologi mereka.

Misalnya, kalau anak menangis, kita menakutkan mereka dengan harimau atau gajah. Apabila mereka dewasa, mereka akan tahu bahawa harimau atau gajah hanya berada di hutan atau setidak-tidaknya di zoo.

Sebaliknya, kalau kita menakutkan mereka dengan hantu dan ia tidak boleh dibuktikan, mereka akan menggambarkan hantu itu akan berada di mana-mana sahaja.

Hantu boleh berada di dalam bilik air atau pada malam hari. Hantu juga boleh muncul ketika kita tinggal berseorangan.

Sehubungan itu, ibu bapa harus berhati-hati apabila mendidik anak-anak mereka. Jangan mengambil jalan singkat untuk menghentikan anak-anak menangis, sedangkan perbuatan seumpama itu hanya merosakkan keyakinan diri mereka pada masa hadapan.

Apa yang terjadi, biasanya mereka yang menceritakan ternampak hantu itu adalah mereka yang takut kepada makhluk tersebut.

Adakalanya, hantu yang diceritakan itu bukanlah hantu yang sebenarnya, sebaliknya hanyalah imej lain yang pada sangkaan mereka ialah hantu.

Konsepsi mengenai hantu telah menyebabkan wujudnya nujuman penyempurnaan kendiri dalam diri seseorang.

Kita meramal dahulu dan membenarkan kemudian. Apabila ada plastik putih yang terbang pada waktu malam, mereka yang sudah sedia menanam kepercayaan konsep hantu ini segera membuat kesimpulan bahawa itu ialah hantu.

Sesekali, apabila terdengar ada bunyi asing pada tengah malam, mereka menyatakan bahawa mereka sedang diusik hantu.

Kepercayaan awal itulah yang menyebabkan kesimpulan mengenai hantu itu dibuat tanpa berfikir panjang.

Walaupun dalam Islam kita memang disuruh mempercayai kewujudan jin dan syaitan, tetapi tentulah ia bukan seperti yang digambarkan dalam cerita masyarakat kita.

Kepercayaan dan ketakutan yang keterlaluan masyarakat kita terhadap hantu telah mencetuskan watak hantu dengan pelbagai nama dan sifatnya.

Hakikatnya, daripada banyak cerita seram yang kita dengar itu jarang ada antara kita yang pernah menyaksikannya sendiri.

PERBUATAN menakutkan anak dengan cerita hantu untuk membuatkan mereka berhenti menangis atau mengawal tingkah laku bukanlah satu tindakan yang wajar dalam mendidik si kecil.

Wednesday, February 26, 2014

Dahulu pernah di kategorikan sebagai tempat paling `keras` di Malaysia.

Pulau Jerejak

Pulau Jerejak ialah sebuah pulau yang kecil di selatan Pulau Pinang, Malaysia yang terkenal pada suatu ketika sebagai sebuah petempatan untuk banduan yang dibuang negeri. Luasnya 362 hektar.
Untuk ke Pulau Jerejak kini boleh dinaiki dengan feri kecil dari Bayan Lepas.


Sejarah

Francis Light, pengasas Pulau Pinang, dikatakan tiba lebih dahulu di Pulau Jerejak pada awal tahun 1786 sebelum menuju ke Pulau Pinang. Pada tahun 1797, Kolonel Arthur Wellesley mencadangkan bahawa Pulau Jerejak dijadikan tapak untuk Fort Cornwallis (Kota Cornwallis). Cadangannya untuk membina sebuah pangkalan tentera di Pulau Jerejak berdasarkan tujuan untuk mengawal bandar Jamestown yang kini dikenali sebagai Bayan Lepas.

Pada awal tahun 1794, sebuah wabak malaria yang amat dahsyat menular diakibatkan oleh pemugaran hutan untuk mengasaskan Georgetown yang mengorbankan banyak nyawa, termasuk juga James Light. Oleh itu, Wellesley tidak menyokong Pulau Pinang sebagai tapak untuk Kota Cornwallis. Walaupun demikan, cadangan Wellesley tidak diterima kerana Georgetown telah menjadi sebuah pelabuhan yang menguntungkan dan Jamestown atau sebarang kemudahan ketenteraan di Pulau Jerejak jelas tidak diperlukan.

Diakibatkan oleh keputusan Francis Light yang awal bahawa pendatang akan dibenarkan memiliki apa-apa sahaja tanah yang dipugar oleh mereka, Pulau Pinang dibanjiri oleh pendatang-pendatang. Sebagai langkah mencegah, semua pendatang harus diperiksa di pusat pemeriksaan kesihatan Pulau Jerejak sebelum dibenarkan mendarat di Pulau Pinang.

Pada tahun 1910, Pulau Jerejak dijadikan sebuah pusat kuarantin kesihatan untuk para pendatang, dan pada akhir dekad 1930-an, sebuah hospital kusta dibina di bahagian timur pulau ini.

Sebuah tugu peringatan telah dibina di Pulau Jerejak untuk dua orang anak kapal daripada Angkatan Tentera Laut Empayar Rusia yang maut apabila kapal penjajah Zhemchug ditenggelamkan oleh kapal penjajah Emden daripada Tentera Marin Kaiserliche dalam Pertempuran Pulau Pinang pada 28 Oktober 1914. Ini adalah salah satu daripada hanya beberapa kejadian yang berlaku di kawasan Malaysia semasa Perang Dunia I.

Selepas Perang Dunia II, terdapat kenaikan bilangan mangsa batuk kering dan oleh itu, sebuah sanatorium telah dibina untuk mangsa-mangsa penyakit tersebut di Pulau Jerejak. Pada 12 Jun 1969, Pusat Pemulihan Jerejak diasaskan sebagai sebuah penjara keselamatan tertinggi dan oleh itu, Pulau Jerejak mendapat nama samaran, Alcatraz Malaysia. Pusat ini akhirnya ditutup pada Ogos 1993.

Perkembangan terkini

Pelbagai rancangan telah dicipta untuk membangun semula Pulau Jerejak untuk menjadi sebuah tempat peranginan/pelancongan pada tahun 2000. Inilah satu-satunya alasan untuk menutup semua kesan-kesan sejarah yang ada di pulau terbabit seperti yang berlaku kepada Penjara Pudu.






Monday, February 24, 2014

Salah satu filem bergenre dokumentari paranormal yang terbaik. (Part 1 & Part 2)


Grave Encounters is a 2011 Canadian-American supernatural horror film, shot found footage style. The footage follows the crew of a paranormal reality television program who lock themselves in a haunted psychiatric hospital in search of evidence of paranormal activity as they shoot what ends up becoming their final episode.


Written and directed by The Vicious Brothers (Collin Minihan and Stuart Ortiz), the film premiered on April 22, 2011 at the Tribeca Film Festival and received mostly mixed reviews. The film was released on August 25, 2011 in select theaters using the Eventful Demand It and Video on Demand via Comcast. The film premiered internationally in Italy via distributor Eagle Pictures under the title ESP Fenomeni Paranormali on June 1, 2011.

Despite receiving mixed reviews from critics, the film has received a cult following and spawned a sequel in 2012. It was filmed in Riverview Hospital, a mental institute in Coquitlam, British Columbia.




TRAILER



Synopsis
Grave Encounters 2 is a 2012 Canadian-American horror film, directed by John Poliquin, written by The Vicious Brothers and the sequel to the 2011 film Grave Encounters. It is shot in found footage style like its predecessor and follows a group of devoted fans who break into the same psychiatric hospital to investigate whether the events of the previous film actually happened, quickly becoming the targets of the hospital's malevolent entities. The film was released on iTunes on October 2, 2012 and received a limited theatrical release on October 12, 2012. Grave Encounters 2 became a commercial success, but was a critical failure.




TRAILER



Thursday, February 20, 2014

Lagu mitos dari Jawa yang menyeramkan!

Mitos ‘Kidung Lingsir Wengi’ Lagu yang dikatakan boleh memanggil entiti mahluk ghaib bernama Kuntilanak
Konon dengan mendengarkan lagu "kidung lingsir wengi" pada waktu-waktu tertentu, si Kuntilanak akan datang menjelma di hadapan orang yang sedang mendengarkannya……

Sudah pasti lirinya pun agak menyeramkan bulu roma :
Lingsir wengi sliramu tumeking sirno…
Ojo tangi nggonmu guling…
Awas jo ngetoro…
Aku lagi bang wingo wingo…
Jin setan kang tak utusi…
Dadyo sebarang…
Wojo lelayu sebet…

Dalam Bahasa Indonesia/Melayu :
Menjelang malam, dirimu akan lenyap…
Jangan bangun dari tempat tidurmu…
Awas jangan menampakkan diri…
Aku sedang dalam kemarahan besar…
Jin dan setan yang kuperintah…
Menjadi perantara…
Untuk mencabut nyawamu…

Nasihat dari Admin PAG - Dengar boleh..percaya jangan.




Wednesday, February 19, 2014

Hantu air

Gambar Hiasan

Hantu air (juga termasuk Hantu laut) merupakan sejenis makhluk halus digelar mambang atau jin yang terdapat di dalam kawasan berair. Makhluk ini dianggap agak keras dan mampu membahayakan mereka yang bertembung dengannya.


Kebiasaannya ia dikatakan terapung-apung seperti batang kayu buruk, tetapi mampu melumpuhkan mereka yang tersentuh dengannya.Selain itu, ia dikatakan mampu menjelma untuk mengusik mereka yang berada di pinggir air.

Dipercayai bahawa hantu air berasal daripada ilmu dan makhluk halus yang dibuang, dihanyutkan melalui sungai mengalir ke laut dengan menggunakan acak.Air laut yang berkilauan dikatakan menunjukkan kehadirannya.


Monday, February 17, 2014

Serigala Jadian (Warewolf) Fakta atau Auta??


Dalam cerita rakyat, serigala jadian adalah manusia yang berkebolehan bertukar menjadi serigala. Mereka dikatakan wujud apabila manusia biasa yang terkena cakaran atau gigitan serigala, masih hidup, lalu menjadi serigala jadian.


Tubuh serigala jadian diliputi dengan bulu dan kepala menyerupai serigala. Ia bertukar menjadi serigala apabila waktu bulan mengambang. Segala perwatakan mereka adalah serigala dan tiada ciri-ciri manusia. Memakan daging manusia dan haiwan.

Kepercayaan tahyul
Mempunyai musuh yang amat ketat, iaitu puntianak (vampire).
Kebal terhadap kebanyakan senjata, kecuali yang diperbuat daripada perak.

Serigala Jadian Wujud

PADA 1573, seorang lelaki Perancis, Gilles Garnier dibakar hidup-hidup selepas lebih 50 saksi melihat dia mengoyak badan kanak-kanak dan memakan daging manusia yang dibunuhnya.

Garnier mengaku dia membunuh dan memakan daging lebih empat kanak-kanak berusia antara 10 hingga 12 tahun kerana dia adalah serigala jadian. Menurutnya, dia memperoleh keupayaan untuk bertukar daripada manusia kepada raksasa serigala selepas bertemu dengan syaitan ketika berburu bagi mencari makanan di dalam hutan pada waktu malam.
Syaitan itu memberi krim magis yang membolehkannya bertukar menjadi serigala jadian dan dia mula menculik kanak-kanak serta memakan daging mangsanya itu. Bagaimanapun, tindakan Garnier akhirnya terbongkar selepas beberapa saksi terserempak dengannya yang sedang melakukan perbuatan berkenaan.

Kira-kira 31 tahun kemudian, kes sama turut berulang di Perancis. Seorang remaja, Jean Grenier, 13, mendakwa pernah bertemu dengan syaitan di dalam hutan dan puaka itu memberikannya kulit serigala yang membolehkan jasadnya bertukar menjadi serigala jadian.

Selepas bertukar menjadi serigala jadian, dia berkeliaran pada setiap malam untuk membunuh dan memakan kanak-kanak. Grenier akhirnya dihukum penjara seumur hidup di Biara Fransiskan.
Seterusnya melewati masa, beberapa lagi kes sama dilaporkan di pelbagai tempat di seluruh dunia - manusia membunuh selepas bertukar menjadi serigala jadian. Persoalannya, adakah benar jasad manusia mampu bertukar menjadi raksasa berupa haiwan menggunakan ilmu sihir atau bantuan syaitan?

Kepercayaan mengenai fenomena mistik itu bukanlah suatu perkara baru malah ia sudah berlarutan selama ratusan tahun malah wujud dalam budaya banyak bangsa di dunia ini.

Masyarakat kuno Sepanyol, Portugis dan Brazil misalnya percaya bahawa manusia memang mampu bertukar menjadi serigala. Menurut kepercayaan lama mereka, sekiranya sesebuah keluarga memiliki enam anak perempuan, maka anak ketujuh mereka akan menjadi serigala jadian sekiranya anak itu adalah lelaki.
Di Itali, Perancis dan Jerman pula, wujud kepercayaan bahawa seorang lelaki akan bertukar menjadi serigala jadian sekiranya dia tidur di luar rumah pada malam Rabu atau Jumaat tertentu pada musim panas dan cahaya bulan memancar terus ke wajahnya.

Herodotus iaitu sejarawan Yunani dari abad kelima Sebelum Masihi (SM) pula menceritakan wujud puak Neuri pada zaman dulu yang dapat berubah menjadi serigala jadian selama beberapa hari dalam setahun. Di Malaysia juga turut terdapat kepercayaan yang hampir sama. Manusia kononnya dapat berubah menjadi harimau jadian menggunakan ilmu sihir atau saka.

Teka-teki membingungkan mengenai kesahihan kewujudan serigala jadian menyebabkan penyelidik mula melakukan kajian bagi membongkar misteri terbabit. Akhirnya selepas lama mengkaji, mereka akhirnya mengakui bahawa fenomena manusia bertukar kepada serigala sememangnya wujud!

Akan tetapi, keadaan sebenarnya bukanlah jasad manusia itu bertukar menjadi seakan serigala dengan wajah bengis dan ganas, badan berbulu serta memiliki taring dan kuku tajam.

Sebaliknya, manusia terbabit sekadar berkelakuan seperti haiwan termasuk menyalak kepada bulan, merangkak dan merayau di tanah perkuburan pada waktu malam malah sanggup membunuh dan memakan daging manusia lain.

Perlakuan aneh itu diklasifikasikan penyelidik sebagai satu daripada penyakit mental luar biasa yang dikenali sebagai ?lycanthropy? dan penyelidik percaya kes membabitkan serigala jadian seperti dialami Jean Grenier dan Gilles Garnier sebenarnya berpunca daripada lycanthropy.

Pengarang buku ?Penyakit Mental Luar Biasa?, Richard Noll ketika mengulas penyakit itu berkata: ?Seseorang yang mengalaminya percaya bahawa mereka sesungguhnya menjadi serigala, ditumbuhi bulu dan kuku yang tajam.?

Selain sindrom lycanthropy, penyelidik percaya bahawa cerita mengenai serigala jadian mungkin berasal daripada sejenis penyakit genetik dikenali sebagai Hypertrichosis yang menyebabkan hampir keseluruhan jasad penghidapnya ditumbuhi bulu sehinggakan penampilan luaran seseorang itu seakan-akan serigala.

Maka tidak mustahil terdapat penduduk zaman dulu yang menghidap Hypertrichosis dan kewujudan mereka dengan jasad dipenuhi bulu itu kemudian disalah anggap masyarakat sebagai serigala jadian. Seterusnya salah tanggapan itu berkembang melewati masa sehingga momokan kewujudan serigala jadian terus menjadi popular dan diminati ramai pada hari ini.

Rekod kepercayaan terawal mengenai kisah serigala jadian dikatakan bermula pada 1550 SM iaitu Raja Lycaon dari Arcadia mempersembahkan daging manusia kepada dewa Zeus menyebabkan dia dihukum menjadi serigala atas kesalahan itu.

Antara 1520 hingga 1630 di Perancis, terdapat lebih 30,000 rekod kes membabitkan penduduk yang mendakwa mereka adalah serigala jadian.


Dilaporkan, seorang daripada 340 juta penduduk dunia menghidap Hypertrichosis.



Monday, January 27, 2014

Kisah Rumah Pagar Ghaib..

Kembara 8 anak muda dari pasukan PAGparanormal Malaysia memulakan pengembaraan mereka ke selatan tanah air dan memberi tajuk baru pada episod-episod kajian mengenai kejadian fenomena paranormal di setiap pelusuk di semenanjung Malaysia.

Chapter 1 Season 5 bertajuk Rumah Pagar Ghaib ini diceritakan oleh beberapa individu yang mendakwa pernah terlihat kelibat perempuan yang betul-betul menjengah mereka dari tingkap atas.Terdapat juga cerita yang boleh mengaitkan dengan cerita pertama iaitu kisah rumah ini yang pernah di pagar `ghaib` oleh seorang bomoh kerana terdapat gangguan pada penduduk setempat yang menceritakan satu `saka` di rumah itu telah mengganggu kehidupan seharian mereka.Adakah saka yang dimaksudkan itu ialah entiti wanita terbabit??Kenapa dan mengapa ia mula merayau dan mengganggu orang kampung??Dan kenapa rumah terbabit ditinggalkan begitu sahaja??Adakah kisah-kisah seram yang di bualkan oleh masyarakat setempat itu benar atau hanya sekadar penyedap cerita yang di tokok tambah?Team PAGparanormal kali ini terpanggil untuk membuat tinjauan di rumah banglo terbabit.Saksikan sedikit gambar & video yang dirakamkan oleh krew PAGparanormal ini..

Krew PAGparanormal yang terlibat pada malam itu Az,Ash,AJ,Ron Asraff,Mirol,Yuyie,Basid & Yusz.













Video Chapter 1 Season 5 Rumah Berpagar Ghaib.

Wednesday, January 22, 2014

Siapa dia Li Yeenz??

Sesi fotografi PAGparanormal di JB baru-baru ini di sponsor khas oleh seorang fotografi profesional.Untuk mengenali beliau bolehlah klik link gambar page peribadi beliau di bawah :-










Terima Kasih daun keladi..next time kita try fotoshot lagi.. ;)
Kredit to Mr. Li Yeenz Profesional Photography

Tuesday, February 12, 2013

Penduduk melihat kelibat mundar mandir..

Kawasan yang didakwa mempunyai `kelibat` entiti paranormal ini adalah sebuah kawasan rumah tinggal yang berkeluasan satu blok pangsapuri.Saksi pekerja dari sebuah syarikat bekalan air yang pernah diganggu oleh mahluk halus ketika membuat siasatan kecurian air di kawasan terbabit telah membawa Team PAG ke lokasi tersebut untuk merakam sesuatu kejadian aneh.

Kru yang terlibat pada malam itu ialah AZ PAG,AJ & TENGKU ASH bersama JEFFRY (bukan nama sebenar).

Saksikan peristiwa rakaman pertama PAG untuk Season ke 4.Kemungkinan perkara ini jarang berlaku kepada penyiasat kes paranormal yang `saksi` kepada kes gangguan telah melarikan diri meninggalkan lokasi.Tidak dijangka perkara sedemikian berlaku kerana pada tinjauan kru PAG di lokasi tersebut, tahap keseraman kawasan terbabit adalah rendah.Mungkin pada waktu itu langit agak terang sedikti.Namun cerita-cerita orang tempatan disitu tidak dapat disangkal oleh kerana kami juga dapat melihat adanya kelibat-kelibat yang lalu sekelip mata di celah-celah rumah kosong itu.Pada malam terbabit juga kru PAG hanya dapat membuat kajian tidak lebih dari 2 jam.Ianya satu waktu yang singkat dan mengejutkan.Walaubagaimanapun kami telah dapat menghubungi beliau `saksi` dalam keadaan selamat cuma agak ketakutan.Mungkin satu hari nanti kami akan bertemu semula dengan beliau untuk mendapatkan cerita disebalik kejadian itu.Selamat menonton!



Sunday, October 21, 2012

SIASATAN AKTIVITI PARANORMAL DI CERUN MAUT HULU KELANG

Episod kali ini kru PAG memaparkan siasatan aktiviti paranormal di sebuah kawasan bekas tapak tanah runtuh yang mengorbankan 4 nyawa dan meranapkan 14 buah biji banglo.Ada penduduk setempat yang menyatakan pada waktu tengah malam kawasan terbabit seringkali terlihat kelibat wanita berbaju putih dan sering terdengar kekecohan dan bunyi dentuman yang kuat dari lokasi tanah runtuh itu.Namun tidak dapat dipastikan apakah sebenarnya yang berlaku.Kali ini kru PAG akan cuba merungkai kejadian-kejadian aneh itu.

Tanah runtuh Bukit Antarabangsa 2008 adalah sebuah peristiwa kejadian tanah runtuh yang telah berlaku pada 6 Disember 2008 di kawasan Bukit Antarabangsa, Ulu Klang,Selangor, Malaysia. Empat orang terkorban dan 15 yang lain cedera di samping 14 buah rumah banglo ranap dalam tragedi tanah runtuh di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama, yang berlaku kira-kira jam 3.50 pagi (waktu Malaysia). Tragedi itu berlaku kira-kira 1.5 kilometer dari kawasan tragedi Highland Towers yang runtuh pada 11 Disember 1993.










Gambar Belangkas