Showing posts with label sengal. Show all posts
Showing posts with label sengal. Show all posts

Thursday, May 14, 2015

Doktor tertinggal telefon dalam perut pesakit

 Gambar hiasan

AMMAN - JORDAN. Seorang doktor didakwa meninggalkan telefon bimbit miliknya di dalam perut seorang pesakit ketika menjalani pembedahan dan hanya menyedari perkara tersebut selepas telefon itu bergetar di dalam perut pesakit itu.

Hanan Mahmoud Abdul Karim, 36,  dimasukan di sebuah hospital swasta di Amman ,Jordan untuk menjalani pembedahan pada 24 April lalu.

Semasa menjalankan pembedahan, doktor tersebut dikatakan telah tertinggal telefon bimbitnya di dalam perut wanita itu dan hanya menyedari perkara tersebut selepas merasa seperti getaran.

Ibunya, Majeda Abdul Hamid memberitahu Gulf News Jordan, anaknya selamat melahirkan seorang bayi lelaki sebelum dibenarkan keluar dari hospital dan keluarganya hanya menyedari mengenai perkara itu selepas perut anaknya itu bergetar selepas pulang ke rumah.

"Hanan mengalami kesakitan serius dan tidak mampu untuk bergerak. Saya kemudiannya membawa ke hospital semula, namun tiada sebarang tindakan diambil kakitangan hospital berkenaan," kata Mejeda.

Hannan kemudiannya dibawa ke hospital awam Al Bashir dan hasil keputusan x-ray mendapati terdapat satu objek asing di dalam perutnya.

Doktor hospital itu kemudiannya melakukan pembedahannya dan kemudian menemui sebuah telefon bimbit didalam perutnya itu.

Bagaimanapun jurucakap Kementerian Kesihatan Jordan, Hatem Al Azrae berkata, cerita  wanita terbabit adalah "tidak berasas dan direka-reka."


Sumber: Sinar Harian

Fesyen hijab pelik Melly Goeslaw


KOMPOSER terkenal Indonesia Melly Goeslaw menarik perhatian pengguna laman Instagram selepas memuatnaik gaya hijab terbaru yang pelik dan unik.

"Make up @makeupbyderry dress @dini_julies. Hiasan dan aksesoris punya aku, shoes Y3 @adidas #mellygoeslaw #putrimuslimah," tulisnya.

Rata-rata pengikutnya mengutuk gaya terbaru hijabnya itu malah ada yang menyifatkannya seperti unta, pasu bunga, sarang burung.

Walaupun menerima kutukan ramai, selebriti itu tidak memadam foto berkenaan.

Melly kemudiannya dilihat memuatnaik sebuah fotonya dengan kapsyen menafikan dia bukanlah wanita berhijab yang memenuhi syarat seperti wanita berhijab.

"Saya hanya wanita yang sangat bahagia menutup bahagian-bahagian tubuh saya yang sebaiknya ditutup dan belum memenuhi syarat-syarat seperti wanita berhijab.

"Saya senang menutup rambut dan leher saya dengan kain, atau bahan-bahan lain yangg lazim mahupun tidak lazim dipakai di rambut.

"Jika wanita berhijab adalah wanita yang paling di anggap betul dalam banyak hal, maka itu masih jauh dari diri saya," katanya.

Tambah Melly lagi, dia hanyalah manusia yang masih harus belajar dan berharap agar menjadi seorang muslimah sejati.

"Harapan di mana kelak saya boleh menjadi wanita solehah yang berhijab, berjilbab, tidak menyanyi, tidak main sinetron, tidak menjadi juri, tidak membiarkan dirinya di lihat orang lain di televisyen ataupun di media lain yang mana boleh mengundang fitnah dan maksiat, tidak main filem, tidak main media sosial dan hanya melakukan hal-hal yang seperti dilakukan isteri-isteri Rasul, " tulisnya lagi


Sumber: Sinar Harian

Tuesday, May 12, 2015

Parah, Ahmad Maslan Dijadikan Permainan Video Untuk Android Pula


Semenjak GST dilaksanakan agak kecoh di laman sosial mempersoalkan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh menteri kewangan, Ahmad Maslan.

Berikutan rasa tidak puas hati sesetengah pihak dengan kenyataan-kenyataan beliau berkenaan GST kita dapat lihat di media sosial dan boleh dikatakan setiap hari akan muncul nama beliau.

Selain itu gambar-gambar beliau juga turut disunting dan dijadikan bahan jenaka dengan kapsyen-kapsyen yang menghina sesekali diselit dengan unsur-unsur lucu.

Bagaimanapun tidak cukup di situ sahaja. Terkini tersebar bahawa Ahmad Maslan dijadikan permainan video pula dengan tajuk MASLAN 3.85 Extended Version.

Melihat di Google Play Store, paparan hadapan permainan video tersebut menggunakan gambar zombie yang mana kepala disunting dengan gambar Ahmad Maslan.

Selain itu penerangan bagi permainan tersebut adalah seperti berikut.

Description

Kecewa dengan GST? Marah dengan kenyataan kenyaatan DUNGU oleh
menteri-menteri kita? Jangan risau..lepaskan kemarahan anda dengan
Maslan 3.85 Corrupted Version
Dunia makin suram...ekonomi kian menjunam. GST berleluasa.. Kerana maki
hamun dan kebencian mendadak rakyat jelata terhadap menteri yang suka
membuat spekulasi kurang cerdik.. maka satu sumpahan telah berlaku dan
lahirlah...Zombie Ketiak Hapak...... MASLAN 3.85 Corrupted Version.
Lepaskan rasa pilu dan marah anda dengan menangkap Maslan 3.85 sehingga
otak dia pecah dan kebingungan. Geram? Benci? Sakit Hati? Teruskan
menangkap beliau !

Kelebihan:

• Tidak menganggu aplikasi lain sediada.
• Tanpa bunyi boleh dimain tanpa disedari majikan anda.
• Mampu meningkatkan daya konsentrasi anda.
• Boleh hasilkan efek bunyi sendiri lain dari orang lain.
• Mengasah bakat menangkap Zombie anda.
• Menghala rasa tidak puasa hati anda ke aktiviti sihat.


Permainan yang dikeluarkan oleh VNBOX TRADING & SERVICES SDN BHD ini tidak pula kami tahu cara permainannya, tetapi berdasarkan pada gambar-gambar yang ada, pemain perlu menembak zombie-zombie dengan menekan pada skrin.

Bagaimanapun terdapat satu masalah pada permainan ini yang mana skrin hanya memaparkan latar belakang putih dan anda perlu memusingkan telefon pintar anda. 



Gambar wanita tercirit dalam kelab jadi viral


Terkini, viral di media sosial dan blog beberapa keping gambar kekecohan yang berlaku di sebuah kelab berikutan seorang wanita telah 'tercirit' ketika dalam kelab berkenaan.

Tidak tahulah apa punca sehingga menyebabkan wanita berkenaan tercirit tetapi orang ramai kelihatan keluar dari premis berkenaan.


Bagaimanapun menurut cerita yang tersebar, kejadian itu berpunca daripada angkara bekas kekasih wanita itu yang mana telah memasukkan sejenis ubat ke dalam minuman. Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa dan terus meminum air minuman tersebut sehingga dia tercirit.

Tindakan itu dilakukan oleh bekas teman wanita itu kerana berang akan tindakan mangsa yang bermain kayu tiga.



Monday, May 11, 2015

Babi hutan masuk bandar bikin gempar

 Gambar hiasan

Hong Kong: Seekor babi hutan liar yang tersesat masuk bandar menimbulkan panik orang ramai apabila memasuki kedai, menyebabkan kakitangan dan pelanggan bertempiaran keluar, kata pihak berkuasa semalam.

Insiden itu berlaku apabila babi hutan betina yang seberat 25 kilogram dan sepanjang 0.91 meter memasuki kedai pakaian kanak-kanak di gudang beli-belah yang dipenuhi pengunjung di daerah Chai Wan lewat kelmarin.

“Polis terpaksa dipanggil dan apabila anggota kami tiba, semua kakitangan serta pelanggan dikeluarkan dari bangunan.

“Haiwan berkenaan kemudian cuba mencari tempat persembunyian di tingkat atas,” kata jurucakap polis.

Sekurang-kurangnya 10 pegawai cuba menenangkan babi hutan berkenaan selepas ia memasuki kedai berikutnya dan menggigit patung di situ.

Haiwan itu akhirnya berjaya ditembak dengan ubat penenang dan dibawa untuk pemerhatian. Ia dijangka akan dilepaskan di hutan nanti.

Menurut media, insiden ini serangan kali kedua membabitkan babi hutan.

Sebelum ini babi hutan dilihat berada di dalam kolam di taman awam di Tsuen Wan.

Walaupun Hong Kong padat dengan bangunan pencakar langit, 40 peratus daripadanya adalah taman negara dan hutan simpan.

Ia bukan perkara asing bagi haiwan liar untuk memasuki bandar seperti ular sawa. - AFP


myMetro

Sunday, May 10, 2015

Penjenayah bodoh siar hasil rompakan di Instagram

WANG hasil rompakan dan nota ugutan yang dimuat naik Alfonseca (kiri) di laman Instagram.  

Virginia Beach (Amerika Syarikat): Seorang lelaki boleh dianggap sebagai penjenayah paling bodoh apabila dia ditangkap beberapa jam selepas memuat naik video dan gambarnya merompak sebuah bank di Instagram.

Dominyk Alfonseca, 23, memuat naik satu rakaman video yang memaparkan dia merompak sebuah bank di sini, minggu lalu.

Dia turut memuat naik nota untuk mengugut wang daripada kerani bank dan wang yang dirompaknya.

Alfonseca ditahan beberapa jam selepas rompakan berkenaan selepas polis mendapat maklumat daripada laman Instagram lelaki itu.

Lelaki itu yang ditemu bual sebuah stesen televisyen mengaku tidak bersalah kerana mendakwa dia bersopan ketika melakukan jenayah itu.

“Saya masuk ke bank berkenaan dan bercakap dengan sopan sambil memberikan nota itu kepada juruwang.

“Saya tidak membawa senjata atau menggunakan kekerasan dan juruwang itu memberikan wang kepada saya.

“Rompakan membabitkan unsur paksaan atau ugutan tetapi saya tidak melakukan perkara itu,” katanya.

Bagaimanapun, seorang jurucakap polis berkata, juruwang berkenaan terpaksa menyerahkan wang kepada Alfonseca kerana bimbang lelaki itu membawa senjata atau akan bertindak ganas.

Menurutnya, Alfonseca akan didakwa di mahkamah pada bulan depan atas tuduhan melakukan rompakan. - Agensi


myMetro

Friday, May 8, 2015

Trend baru, wanita rogol lelaki untuk dapatkan air mani

Gambar hiasan

AFRIKA SELATAN: Trend wanita merogol lelaki semakin menjadi-jadi di negara itu dengan kes terbaru melibatkan tiga orang wanita menculik lelaki, merogol dan melarikan air mani lelaki tersebut.

Mangsa yang berusia 33 tahun diculik oleh tiga wanita berkenaan ketika menunjukkan arah kepada tiga wanita terbabit dengan menaiki sebuah kenderaan mewah jenis BWM.

Menurut laporan, wanita-wanita itu mengacukan pistol kepada lelaki berkenaan dan memaksanya masuk dalam kenderaan sebelum merogolnya.

Namun lelaki tersebut tidak berahi dan telah diberikan sebotol air tanpa ketahui isi kandungannya untuk diminum.

Setelah berjaya merogol dan mendapatkan air mani dari lelaki berkenaan, mereka kemudiannya memasukkan lelaki itu ke dalam sebuah kotak sebelum ditinggalkan di tepi jalan kira-kira 500 kilometer dari tempat ia duculik dan melarikan diri.

Selain itu kejadian yang sama juga telah berlaku di Gauteng. Sekumpulan wanita dilaporkan merogol lelaki-lelaki di kawasan itu juga dipaksa meminum air tersebut.

Insiden-insiden ini telah membingunkan pihak berkuasa yang mana motif kegiatan curi air mani itu masih dalam siasatan. — Siakapkeli.my

Thursday, May 7, 2015

Coli mewah Victoria's Secret Dicuri 2 lelaki

Gambar Hiasan
 
WASHINGTON DC - Dua orang pencuri yang dikenal pasti pihak polis Amerika Syarikat (AS) sebagai lelaki dikesan berjaya mencuri koleksi coli mewah jenama Victoria’s Secret di negeri Pennsylvania pada lewat Selasa.

Stesen televisyen tempatan CBS Philly melaporkan, koleksi elit bra keluaran firma pakaian dalam wanita terbesar dunia itu lesap di pusat beli-belah ternama Willow Grove Park Mall di bandar Abington, daerah Montgomery.

Siasatan awal polis mendapati jumlah kerugian dianggarkan AS$80,000 (RM286,980) dan duo pencuri ini dipercayai menggunakan beg plastik besar warna hitam yang biasanya digunakan untuk sampah domestik.

Suspek kemungkinan menyelinap masuk pada awal pagi ke dalam kedai Victoria’s Secret terletak di aras 1 kompleks perniagaan tersebut yang mengandungi 130 lot premis serta sudah dibuka sejak 1982 lalu.

Polis mengesyaki dua penjenayah ini telah merancang strategi lebih awal kerana mereka didapati mengetahui lokasi tepat kotak-kotak simpanan coli berharga mahal dan keluar dari kedai itu hanya dalam masa dua minit.

Timbul persoalan menarik, kenapa bra menjadi pilihan berbanding barangan lain yang lazim dicuri di gedung beli-belah namun, pihak polis berkata, kes curi coli memang pun banyak di seluruh AS malah bukan isu luar biasa!

Kebiasaannya pencuri khasnya wanita akan memakai terus coli yang hendak dicuri di dalam bilik persalinan setelah membuang tanda harga dan kod pengesan sensor sebelum kemudian terus keluar dari kedai terbabit.

Di AS, trend curi bra bahkan dilaporkan meningkat setiap tahun dan motif sebenar pencuri selain tiada cukup duit ialah pakaian penutup buah dada itu sebenarnya boleh dijual semula di pasaran gelap atau menerusi secara talian.

Ia memang lumayan, maklumlah harga coli paling murah pun sudah mencecah AS$75 (RM269), manakala bra dengan beberapa ukuran tertentu seperti saiz 34 DD juga amat sukar didapati di kedai pakaian biasa. – Agensi

Wednesday, May 6, 2015

Abang sado pengsan kerana baju terlalu ketat darah tak sampai ke otak

Seorang ahli bina badan pengsan gara-gara baju terlalu ketat. -Foto sumber Waterford Whispers News
 
DUBLIN - IRELAND. Seorang ahli bina badan pengsan selepas kekurangan darah untuk sampai ke otak gara-gara baju yang dipakai terlalu ketat, kelmarin.

Menurut Waterford Whispers News, Cathal Hennessy memakai baju yang dikatakan hanya sesuai untuk kanak-kanak berumur 9-12 tahun ketika kejadian.

Menurut saksi, muka Hennessy sangat pucat dan kedua-dua belah tangan dan lengannya berwarna ungu disebabkan kekurangan darah.

Pasukan perubatan yang kebetulan berada di tempat kejadian berjaya memberikan rawatan kepada Hennessy.

Kebiasaannya, segelintir ahli bina badan mengenakan baju ketat untuk mempamerkan otat badan di bahagian lengan, dada atau perut.



Sumber: Sinar Harian

Cuba selfie, peminat 'makan' siku Mike Tyson

Sedutan rakaman peminat disiku Mike Tyson.
 
SEORANG peminat bekas peninju terkemuka, Mike Tyson disiku beberapa kali selepas beliau dirakam cuba memeluk ahli sukan kontroversi tersebut untuk tujuan selfie.

Melalui sebuah rakaman media sempena pertandingan tinju Floyd Mayweather-Manny Pacquiao minggu lepas, Tyson yang sebelum ini terkenal dengan sifat agresifnya di atas gelanggang menyiku peminat lelaki yang tiba-tiba datang memeluknya.

Menurut The West Australian, benar Mike Tyson sudah berubah selepas berlaku kes jenayah, bangkrap, kokain dan alkohol, namun dia juga seorang bekas peninju.

Video tersebut yang dimuatnaik ke laman YouTube menarik perhatian lebih 50,000 pelayar.

"Lelaki tersebut patut minta kebenaran sebelum peluk bekas peninju," kata Setgaurus.

"Jangan datang memeluk Mike Tyson dengan tiba-tiba," ujar Ramchandan.


Sumber: Sinar Harian

Tuesday, May 5, 2015

Cincin Terlekat Di Kemaluan, HKL Minta Bantuan Bomba


KUALA LUMPUR: Doktor di Hospital Kuala Lumpur (HKL) terpaksa memanggil pasukan Bomba Dan Penyelamat selepas seorang lelaki muncul di wad kecemasan dengan sebentuk cincin terlekat di zakarnya.

Pengarah Operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan daripada HKL kira-kira pukul 3.45 petang meminta bantuan untuk mengeluarkan cincin yang terlekat di zakar mangsa.

Cincin yang berjaya dipotong.
 
Pasukan mereka tiba pada pada pukul 4.20 petang dan terpaksa memotong cincin di sekeliling zakar lelaki berusia 44 tahun itu.

"Kami cuba untuk bercakap dengan dia semasa prosedur tetapi dia terlalu malu untuk bercakap dan hanya memberitahu cincin tersebut baharu dibelinya di Amerika Syarikat. Selepas itu dia tidak bercakap lagi dengan kami.

"Selama tempoh 29 tahun sebagai ahli bomba, saya tidak pernah berdepan dengan situasi sebegini," jelas pegawai yang mengetuai operasi tersebut.

Pihak Jabatan Bomba Dan Penyelamat berjaya memotong cincin itu kira-kira pukul 5 petang.



Sumber: mstar.com.my

Monday, May 4, 2015

Niat curi Ferrari terbantut kerana kehabisan petrol


WEST YORKSHIRE - BRITAIN. Hasrat dua orang lelaki untuk mencuri dua buah kereta mewah Ferrari terbantut selepas terpaksa meninggalkan kereta itu kerana kehabisan petrol.

Michael Jefferson, 29, bersama rakan subahatnya, mencuri dua kereta GTO250 yang dianggarkan berharga £60,000 (RM241,000) di sebuah pameran kereta di Brighouse, West Yorkshire. 

Namun cubaan untuk membawa keluar kereta tersebut gagal selepas bekalan petrol yang dibawa mereka tidak mampu untuk mengerakkan kereta terbabit.

Memetik laporan Metro.uk, Michael  kini dijatuhi hukuman penjara 3 tahun 2 bulan atas kesalahan mencuri dan pecah masuk. -  




Sumber: Sinar Harian

Ingin Jadi Seperti 'Incredible Hulk', Ahli Bina Badan Suntik Lengan Dengan Minyak, Alkohol

 (kiri) Badan Alves sebelum disuntik 'synthol' dan (kanan) badannya dengan otot-otot yang mengeras seperti batu.

SEORANG ahli bina badan yang ingin kelihatan seperti 'Incredible Hulk' mengambil risiko terhadap nyawanya sendiri dengan menyuntik minyak dan alkohol ke dalam lengannya sehingga menyebabkan kedua-dua tangannya nyaris dipotong.

Bapa kepada seorang anak itu, Romario Dos Santos Alves, 25 menggunakan bahan campuran minuman keras yang berbahaya atau 'synthol' ke dalam otot lengannya sehingga ia berukuran 25 inci namun dia kini berhadapan dengan masalah kesihatan yang serius.

Bekas pengawal peribadi itu berkata, penggunaan sintetik 'synthol' itu telah menjejaskan tahap kewarasan dan mengancam nyawa apabila dia cuba untuk membunuh diri semasa isterinya sedang mengandung enam bulan.

Dia berkata, ototnya yang membengkak itu menakutkan kanak-kanak di kampung halamannya di Caldas Novas di Brazil dan mereka menggelarkan dirinya sebagai 'binatang' atau 'raksasa'.

"Jika anda ambilnya sekali sudah tentu akan ada kali kedua, ia akan jadi ketagih," katanya.

"Doktor ada beritahu saya mereka perlu potong kedua-dua tangan saya. Mereka kata semua otot saya mengeras.

"Saya mahu orang lain tahu bahawa tindakan ini berbahaya. Saya boleh mati hanya kerana saya mahu otot yang lebih besar. Ia sia-sia."

Alves mula ketagih dengan dadah selepas berpindah dari kampung halamannya ke Goiania di Brazil, tiga tahun lalu.

Katanya: "Saya ada melihat beberapa lelaki berbadan besar di gim yang mempunyai lengan yang besar dan saya mula berkawan dengan mereka.

"Mereka memperkenalkan saya dengan 'synthol' dan saya teruja dengan kesannya sehingga membuat saya tidak dapat mengawal diri.

Alves kemudiannya mula mencari jalan yang lebih berbahaya dengan menyuntik minyak ke dalam badannya.

"Otot-otot saya mula mengeras sehingga saya sendiri tidak dapat menyuntik lengan saya mengeras seperti batu," tambahnya.

"Selepas itu saya mengambil keputusan membeli jarum khas untuk menyuntik.

"Jarum jenis ini digunakan kepada lembu, tiada jarum yang lebih kuat lagi. Saya tahu ia kelihatan bodoh tetapi saya perlu membuat suntikan 'synthol'."

Malah dia memperdayakan isterinya, Marisangela Maringo, 22, untuk menyuntik badannya dengan minyak di beberapa bahagian yang tidak boleh dicapainya.

"Saya beritahu dia tak ada masalah dengannya, saya kata ia akan disingkirkan daripada badan dalam masa singkat.

Bagaimanapun isterinya meminta dia memilih antara dua sama ada mahu terus mengambil 'synthol' dan memutuskan hubungan mereka selepas menyedari perkara yang sebenar.

"Dia beritahu saya jika saya mula gunakan 'synthol' lagi atau apa-apa sahaja serupa denganya, dia akan meninggalkan saya," katanya.

"Ia merupakan waktu yang paling sukar dalam kehidupan kami kerana saya tertekan dan saya dibuang kerja kerana mahu membunuh diri," katanya.

Biseps Alves semakin membengkak sehingga berukuran 25 inci tetapi respons daripada orang ramai mengatakan tahap kewarasannya semakin merosot.

"Saya memutuskan untuk memperbetulkan cara saya dan saya tidak lagi mengambil sebarang dadah. Kami telah melalui waktu yang amat sukar dan hampir berputus asa," katanya.

Bahan yang disuntik ke dalam badannya sebelum ini kemudiannya menyebabkan rasa sakit berlarutan dan dia hampir mengalami kegagalan buah pinggang kerana kandungan toksin di dalam minyak yang diambil.

Seorang doktor memberitahu bahawa tindakannya itu akan menyebabkan kedua-dua tangannya akan dipotong.

"Isteri saya menangis selepas saya pergi ke hospital untuk rawatan pada pukul 5 pagi," tambahnya.

"Doktor beritahu sama ada otot saya akan terus mengeras atau tangan saya perlu dipotong.

"Bagaimanapun, saya bersyukar kepada Tuhan selepas doktor beritahu bahawa tangan saya tidak perlu dipotong, sebaliknya mereka hanya perlu membuang semua bahan 'synthol' yang mengeras dalam lengan saya."

Alves masih bercita-cita untuk menjadi seorang ahli bina badan yang profesional tetapi mahu mengamalkan cara yang sepatutnya.

"Saya masih rasa mahu mengambil 'synthol' tetapi saya tidak mahu mengambilnya lagi.

"Saya begitu menyesal. Cita-cita saya masih mahu menjadi seorang ahli bina badan tetapi perjalanan saya masih panjang untuk ke arah itu.

"Saya tahu saya akan mencapai hasrat itu suatu hari nanti," katanya. - MAIL ONLINE


mstar.com.my

Friday, May 1, 2015

Seluar Terlondeh Ketika Cuba 'Selfie' Bersama Timbalan Perdana Menteri UK


SEORANG remaja lelaki terpaksa menanggung malu apabila seluarnya terlondeh semasa cuba bergambar 'selfie' bersama Timbalan Perdana Menteri United Kingdom, Nick Clegg.

Portal Mail Online melaporkan William Carrie, 17, meminta timbalan perdana menteri itu untuk bergambar bersama di luar Kolej Solihull tengah hari Jumaat.

Bagaimanapun seluar jeans yang dipakai William terlondeh sehingga ke paras lutut semasa Clegg berdiri rapat dengannya untuk bergambar.

Clegg kemudiannya mengangkat tangan dan berlalu menuju ke sebuah bas.

Keadaan yang tidak disangka itu membuatkan muka William merah padam.

Bercakap kepada Mail Online petang Jumaat, pelajar Solihull menegaskan kejadian memalukan itu sebagai satu 'keadaan yang tidak disengajakan'.

William berkata, dia sedang pergi ke kolej untuk berjumpa dengan rakannya ketika bertembung dengan Clegg tanpa menyedari timbalan perdana menteri itu sedang membuat lawatan.

"Saya menghampirinya untuk mengambil gambar kerana saya suka berjumpa dengan selebriti. Tetapi sebaik sahaja saya mahu mengambil gambar 'selfie', seluar saya terlondeh," katanya.

Tambah William, seluar jeans itu yang dipakainya sejak beberapa tahun beberapa tahun.

Menurut William, dia perlu mendapatkan sepasang seluar yang baharu.

"Saya berasa sangat malu kerana kejadian yang berlaku benar-benar memalukan. Semua rakan mentertawakan saya dan ramai yang merakamkan kejadian yang berlaku," katanya.

William bagaimanapun bernasib baik kerana dia memakai seluar pendek "boxer' hitam di bahagian dalam ketika kejadian berlaku.

"Ia memang lucu tetapi ia benar-benar tidak disengajakan. Saya tidak pernah melakukan perkara seperti itu dengan sengaja.

"Saya mahu mohon maaf kepada Nick Clegg secara peribadi. Saya hanya mahu mengambil gambar bersamanya dan saya fikir beliau mungkin marah," jelas William.

Bagaimanapun, Clegg melihat perkara itu dengan berbuat jenaka menerusi kenyataannya di Twitter: "Ada segelintir yang tidak mengendahkan amaran saya supaya mengetatkan tali pinggang anda." - MAIL ONLINE



Sumber: mstar.com.my

Pencuri dibogel dan disebat dengan tali pinggang oleh 2 wanita di khalayak ramai

Rakaman menunjukkan lelaki berkenaan dibelasah dua wanita.
 
HUANCAYO - PERU. Hanya kerana mencuri cermin sisi sebuah kenderaan, seorang lelaki dibogelkan dikhalayak ramai, dipukul serta disebat dengan menggunakan tali pinggang oleh dua wanita, lapor portal Metro.co.uk, hari ini.

Alexis Rodriquez, 24, ditangkap cuba mencuri cermin sisi sebuah kereta di bandar Huancayo, Peru.

Kejadian tersebut dirakam oleh seseorang individu yang kemudiannya memuat naik video tersebut ke laman sosial.

Video berdurasi 38 saat itu menjadi viral dan mendapat perhatian ramai pihak dalam masa yang singkat.

Seorang pengguna media, Hernando Calvo, 21, menyifatkan kejadian tersebut sebagai satu perkara yang memalukan.

“Ia sangat teruk. Kita hidup di kurun ke-21, tetapi mereka masih berkelakuan seperti masyarakat di zaman pertengahan,” katanya seperti yang dipetik menerusi portal tersebut.

Sementara itu, pihak berkuasa dilaporkan tiba di tempat kejadian dan segera memberkas; sekaligus menyelamatkan lelaki tersebut dari terus dimalukan.

“Rodriguez ditahan polis atas dakwaan mencuri manakala dua wanita tersebut kini sedang disiasat oleh pihak berkuasa,” katanya. -  




Sumber: Sinar Harian

Model cantik adakan tunjuk perasaan bantah larangan berpakaian seksi ketika pameran kereta


Panitia penyelenggara motor show di Shanghai, China mengumumkan larangan bagi model cantik atau Sales Promotion Girl berpakaian seksi semasa acara pameran kereta.

Dailymail.co.uk melaporkan, keputusan ini dibuat agar acara motor show berjalan dengan baik dan menghindarkan perkara-perkara negatif terjadi kepada para model. Namun, larangan ini tidak dipersetujui para model dan mereka melakukan bantahan.

Kenyataan dari pihak penyelenggara acara yang menyamakan model berpakaian seksi dan nipis seperti pengemis tidak dapat diterima oleh para model. Mereka mengadakan tunjuk perasaan di Xujiahui, China pada Ahad 26/04/15 dengan memakai pakaian kotor, mengoyak pakaian mereka dan mengolesi wajah dengan kotoran.







Sumber: Vemale.com
Foto: dailymail.co.uk

Cikgu tak guna, cium pelajar perempuan dalam pejabat


Xinhua, China: Video seorang guru sekolah menengah di sini yang cuba mencium pelajar-pelajar di pejabatnya telah menyebabkan kemarahan di kalangan pengguna internet di negara tersebut.

Rakaman yang dimuat naik ke internet menunjukkan seorang guru lelaki di Sekolah Menengah Liangjiang di Chongqing memegang pinggang pelajar wanita dan mencium dia berulang kali walaupun cuba dihalang oleh pelajar-pelajar tersebut.

Rakaman telah berjaya dibuat apabila kejadian tersebut berlaku berhampiran tingkap pejabat guru itu dengan bilik diterangi cahaya lampu.

Susulan penyebaran video itu, siasatan dijalankan dan selepas mendapati video itu asli, gguru terbabit telah dibuang kerja.

“Kita tidak akan bertolak ansur dengan perbuatan seperti ini terutama di kalangan guru,” kata salah seorang penyiasat terbabit.

Seorang pegawai kerajaan mengesahkan kejadian itu, berkata guru tersebut telah teruk melanggar kelakuan dalam profesional guru.

Sekolah Menengah Liangjiang dianggap sebagai salah sebuah sekolah terbaik di bandar tersebut. - Siakapkeli.my

Thursday, April 30, 2015

Sekat Pintu Kereta Api Dengan Dinding Batu-Bata Sebagai Gurauan


POLIS Jerman kini sedang menyiasat individu tidak bertanggungjawab yang membuat gurauan 'prank' dengan membina dinding batu-bata untuk menyekat salah sebuah pintu kereta api.

Portal Mirror melaporkan tindakan berkenaan menyebabkan pengendali perkhidmatan kereta api itu perlu menanggung kerugian akibat kerosakan yang dialami.

Pihak polis kini melancarkan siasatan untuk menjejaki mereka yang bertanggungjawab membuat gurauan 'prank' itu yang hanya disedari selepas kereta api tersebut beroperasi.

Perbuatan itu dipercayai dilakukan di depot kereta api di mana mereka yang tebabit memecah masuk pengangkutan awam itu dan membuat dinding batu-bata dengan menggunakan simen bagi menutup salah sebuah pintu.

Difahamkan, gurauan 'prank' itu hanya disedari selepas kereta api melepasi 12 stesen di laluan S11 di Hamburg, utara Jerman sebelum laporan mengenai kejadian dibuat pada Selasa lalu.

Pihak polis kini sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk mengenal pasti individu yang bertanggungjawab.

Mereka turut memberi amaran bahawa tindakan seumpama itu boleh disabitkan hukuman penjara maksimum lima tahun. - MIRROR



mstar.com.my

'Penghendap' Buat Carian Nama Mangsa 40,000 Kali Di Google Dipenjara

Fogel (kiri) mengganggu hidup Waxman (kanan) selama 12 tahun.

SEORANG 'penghendap' yang membuat carian nama mangsanya sebanyak 40,000 kali setahun di laman web Google dipenjara kerana membuat gangguan selama 12 tahun.

Portal Mirror melaporkan bahawa Elliot Fogel, 40, bekas penerbit Sky Sports, membuat gangguan terhadap Claire Waxman menerusi panggilan telefon, kiriman kad Hari Kekasih (Valentine's Day) malah menyamar sebagai bakal bapa di pusat jagaan kanak-kanak demi menarik perhatiannya.

Dia sudah pun mendapat tiga perintah sekatan selepas lebih sedekad 'menganggu' mangsanya tetapi masih berterusan untuk berhubung.

Fogel dipenjarakan selama tiga tahun dan enam bulan untuk dua pertuduhan kerana melanggar perintah sekatan yang keluarkan pertama kali pada 2005.

Perintah itu melarangnya daripada berhubung atau menyimpan maklumat mengenai mangsa.

Dalam perbicaraan sebelum ini, Fogel digelar oleh pihak pendakwaan sebagai "penghendap yang tidak akan berhenti membuat gangguan" dan dipenjarakan selama dua tahun selepas mengirimkan kad ulang tahun kepada mangsa yang menandakan enam tahun perintah sekatan dikenakan terhadapnya.

Dia membuat carian nama Waxman sebanyak 40,000 kali di laman web Google, menyamar sebagai bakal bapa di pusat jagaan kanak-kanak, memecah masuk kereta mangsa dan membuat beratus-ratus panggilan terhadap mangsa pada lewat malam.

Mahkamah Harrow Court menyifatkan Fogel sebagai seorang individu yang "kompulsif, penghendap keterlaluan yang membuatkan hidup Waxman sengsara selama 12 tahun". - MIRROR


mstar.com.my

Sunday, April 26, 2015

Diserang monyet selepas tunjuk isyarat lucah


SHIMLA – INDIA. Seorang lelaki menerima padah apabila diserang seekor monyet jantan selepas mengangkat tangan dan menunjukkan isyarat lucah kepada haiwan tersebut.

Menerusi sebuah video yang kini menjadi viral, lelaki tersebut dikatakan berjalan di sebuah jalan ditemani rakannya.

Perhatiannya beralih ke arah seekor monyet yang berada di sisi jalan.

Monyet tersebut yang berasa terancam dengan kehadirannya mula memanjat tembok untuk berdepan dengan lelaki tersebut.

Tindakan lelaki tersebut yang mengangkat tangan dan menunjukkan isyarat lucah ke arah monyet tersebut merupakan kemuncak insiden apabila lelaki tersebut diserang di wajahnya.

Video berdurasi 41 saat yang dipaparkan menerusi portal berita Metro.co.uk menunjukkan lelaki tersebut bangun semula dan meninggalkan monyet tersebut tanpa berbuat apa-apa.


Sumber: Sinar Harian

Gambar Belangkas