Showing posts with label selebriti. Show all posts
Showing posts with label selebriti. Show all posts

Thursday, March 5, 2015

Pesawat Aktor Indiana Jones, Star Wars - Harrison Ford Terhempas


 HERO filem Indiana Jones, Harrison Ford, 72, dimasukkan ke hospital selepas pesawat ringan latihan perang dunia ke-2 dipandunya terhempas ketika membuat pendaratan di sebuah padang golf yang terletak di California pada Khamis.

Menurut pihak berkuasa, Ford berada dalam keadaan sedar apabila anggota penyelamat tiba di tempat kejadian untuk memberi rawatan awal sebelum membawanya ke hospital.


"Pelakon berusia 72 tahun itu didapati mengalami pendarahan pada muka apabila anggota penyelamat tiba di tempat kejadian.

"Terdapat banyak darah diwajahnya dan dua doktor telah merawat beliau serta menjaganya dengan baik," kata seorang pekerja golf  kepada NBC News.

Menurut laporan Daily Mail, seorang saksi dilapor ternampak  pesawat ringan itu dipandu rendah sebelum terbabas.


"Kapal terbang berwarna kuning dipandu rendah dan pada masa itu keadaan cuaca sangat baik.

"Ford seolah-olah sedang menikmati pandangan daripada penerbangan di sepanjang kawasan pantai sebelum pesawat tersebut terbabas," kata seorang saksi kepada Daily Mail Online.

Selain Indiana Jones, Ford juga terkenal membawa watak sebagai Han Solo seorang penyeludup dalam filem-filem Star Wars. - mstar.com.my

Saturday, February 28, 2015

Kim Kardashian Kongsi Gambar Menggoda Rai 27 Juta Pengikut Di Instagram


Demi meraikan jumlah pengikut Instagramnya yang kini sudah pun mencecah sebanyak 27 juta, Kim Kardashian West berkongsikan gambar seksi dan menggodanya yang hanya mengenakan pakaian dalam berwarna merah, menyerlahkan lagi ‘asetnya’. Foto tersebut sudah tentu mendapat pujian ramai lelaki.

Sudut lain kisahnya, Kim dan ahli keluarganya yang membintangi siri realiti Keeping Up With The Kardashians dilaporkan sudah menandatangani kontrak terbaharu siri tersebut yang memberikan pulangan sebanyak RM361 juta buat mereka sekeluarga.

Program tersebut turut dibintangi ibu Kim, Kris Jenner, dan adik-beradik Kim iaitu Kourtney, Khloe, Kendall Jenner dan Kylie Jenner sehingga kini masih lagi menjadi program nombor satu di Saluran E! yang membawa keuntungan buat stesen televisyen tersebut.  - Siakapkeli.com.my

Friday, February 20, 2015

Vokalis Iron Maiden hidapi tumor di lidah


Vokalis kumpulan heavy metal Iron Maiden, Bruce Dickinson, dilaporkan mengidap tumor di lidahnya. Kejadian itu membuatkan peminatnya yang menunggu konsert jelajah dunia Maiden menjadi gelisah.

Penemuan adanya tumor di lidah Bruce Dickinson diketahui selepas vokalis berusia 56 tahun itu melakukan pemeriksaan kesihatan pada Disember tahun lalu. Bruce sempat melakukan kemoterapi dan rawatan radiologi untuk mengatasi tumor tersebut.

Tumor yang dihidapi Bruce Dickinson meresahkan peminatnya. Hal itu juga kerana Iron Maiden akan mengadakan konsert keliling Eropah pada 27 Mei hingga 5 Julai 2015 yang akan datang.

Lantaran Bruce mengalami masalah di lidahnya, pengurusan kumpulan tersebut meminta para peminat untuk bersabar. Ramai peminat Maiden di seluruh dunia yang resah dan melampiaskannya di twitter dan mendoakan Bruce agar cepat sembuh.

 Bruce Dickinson

Dalam satu kenyataan, band Inggeris tersebut menyebut, sakit yang dideritai Bruce bermula sejak tahun lalu sebelum perayaan Krismas semasa melakukan pemeriksaan rutin kesihatan.

"Kerana itu, pemeriksaan intensif dilakukan, akhirnya ditemui sejenis tumor di belakang lidah Bruce. Lalu dilakukan rawatan kemoterapi dan radiologi yang baru selesai semalam," sebut kenyataan itu seperti dikutip Daily Mail, Khamis (19/2/2015).

Mujur rumor tersebut dikesan dengan cepat. Kerana itu, pasukan kesihatan kemudian meminta agar Bruce menjalani rawatan menyeluruh hingga akhir Mei akan datang.

"Kerana itu, perlu waktu beberapa bulan hingga akhirnya Bruce sembuh," kata kenyataan tersebut.

Iron Maiden meminta kepada para peminat untuk tetap bersabar dan menghormati privasi Bruce dan keluarganya kini menjalani rawatan.

Bruce Dickinson merupakan vokalis yang mempunyai suara nyaring dan menjadi frontman walaupun sempat keluar dari Maiden pada tahun 1993, dan kembali menyertai pada 1999. Bruce juga terkenal sebagai vokalis yang bertenaga ketika konsert.

Bruce juga berkebolehan menerbangkan pesawat ini pernah memboikot acara muzik di Glastonbury lantaran terlalu borjuis.

Adapun, Iron Maiden terkenal sebagai band yang disegani di jalur heavy metal. Band ini sejak tahun 1975 telah menjual 80 juta keping album dan menerima pelbagai anugerah. Hal ini juga yang membuatkan kumpulan mereka paling berjaya sepanjang masa.

Maiden juga terkenal sebagai band yang kerap memuat aksi teatrikal ketika mengadakan konsertnya. Band ini mempunyai ikon, Eddie, yang kerap menjadi cover album mereka.



Sumber: Kompas.com

Monday, February 2, 2015

Gambar comel Datuk Siti berbaju uniform pengawas sekolah


 Comel juga ya apabila Datuk Siti Nurhaliza mengenakan uniform pengawas sekolah. Tapi kenapa beliau berpakaian demikian?

Siti sebenarnya berpakaian baju pengawas sekolah kerana ingin meraikan sambutan ulang tahun ke-11 Sitizone yang merupakan satu kelab peminat penyanyi tersohor itu.

Bertemakan alam persekolahan, masing-masing tetamu hadis turut mengenakan pakaian-pakaian seragam sekolah yang menjadi pilihan masing-masing.

Datuk Seri Mohd Khalid Jiwa ataupun lebih dikenali sebagai Datuk K dan pengurusnya Rozi juga turut hadir dalam majlis itu.

Apa-apa pun jom lihat gambar-gambar siti dalam majlis tersebut.










Saturday, January 31, 2015

Jackie Chan dianugerah gelaran datuk


PUTRAJAYA: Pelakon terkenal Hong Kong, Jackie Chan telah dianugerahkan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang akan membawa galaran Datuk hari ini sempena Hari Wilayah Persekutuan.

Beliau berada di dalam senarai 365 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat yang didahului
Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang dikurniakan Darjah Seri Utama Mahkota Wilayah (SUMW) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama.

Turut menerima SUMW ialah bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Datuk Seri Utama Zulhasnan Rafique.

Selain itu seramai 15 orang dianugerahkan Darjah Seri Mahkota Wilayah (SMW) yang membawa gelaran Datuk Seri iaitu Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi dan bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Wira Abu Seman Yusop serta anggota Majlis Ter*tinggi UMNO, Datuk Seri Zainal Abidin Osman.

Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria; Pengarah Urusan Kumpulan Rangkaian Televisyen dan Radio Media Prima Bhd., Datuk Seri Mohd. Ashraf Abdullah turut menerima darjah tersebut.

Sejumlah 71 individu dianugerahkan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk antaranya ialah Duta Arab Saudi ke Malaysia, Datuk Fahad Abdullah Hamad Al-Rashid; Pengasas Pusat Pendidikan Al-Barakah, dan Datuk Mohammad Kazim Elias.-Siakapkeli.com.my

Gambar Belangkas