Showing posts with label panas. Show all posts
Showing posts with label panas. Show all posts

Thursday, August 6, 2015

PANAS!!! BEER Percuma Di Dalam Pesawat MAS.


Beer dalam pesawat MAS?



Seorang lelaki, Kamaruzaman Jaffar menceritakan pengalaman yang sangat mengejutkan ketika menaiki pesawat MAS.

Mungkin kisah yang beliau kongsikan itu juga adalah antara punca Allah dah turunkan bala kepada syarikat penerbangan itu.

Ikuti kisahnya.

Flight Malaysia Airlines, MH1, 21 Jun 2015 10.00 malam dari Heathrow, London ke KLIA.

Selepas 3 jam berlepas dari London, seorang paramugari MAS mula menjaja 'Beer percuma'.

'Beer, beer, beer!'

Aku hairan, bila nak berlepas ada paparan doa perjalanan minta restu dari Allah, selamatkan perjalanan. Bila dah berlepas, MAS jaja pula air syaitan tu. Seolah-olah mempersendakan Allah.

Aku tak hairan kalau yang minum itu bukan Islam. Lantaklah mereka nak minum banyak mana. Tetapi yang aku meluat, ada sekumpulan belia Melayu di baris 49, memang Melayu, cakap Melayu, minta beer. Aku kira umurnya sekitar 16 atau 17 tahun. Pramugari bukan Melayu itu tanya,

"Betul ke awak ini lebih 18 tahun?"

Budak itu jawab, "YA!"

Maka dihulurkannya satu tin beer. Dengan bangganya budak setan ini meneguknya. Waktu itu dah lepas waktu subuh. Memang harus tak puasa orang musafir, tetapi janganlah minum air syaitan ini depan penumpang lain yang ramai Islam.

Selepas itu, di baris 50 ada 3 perempuan. Melayu semua, dua tak bertudung, seorang bertudung. Umur rasanya sekitar 21, seorang daripadanya turut minta beer. T-shirt tertera nama universiti di UK.. Biasa saja dia meneguk benda tu.

Aku hairan, kalau undang-undang di negara kita jelas melarang penjualan arak/minum arak kepada orang Islam, mengapa MAS dihalalkan berbuat demikian? Takkan dia tak tahu penumpang itu Islam.? Senarai nama ada di tangannya.

Padanlah Allah dah bagi bala kepada MAS, tahun lalu. Beberapa Ahli Parlimen minta amalan bagi beer percuma ini dihentikan. Tetapi MAS buat pekak.

Renungkanlah. Kita sokong syarikat penerbangan kita, kita bangga walaupun ruginya berbillion. Tetapi kalaulah ia terus sombong, tunggulah masanya balasan Allah.

GEMPAR!!! Kenapa mesti ada pembohongan dalam kes kehilangan MH370.


'Mereka Berbohong Sejak Hari Pertama Kehilangan MH370' - Isteri Pramugara MH370



Pagi tadi seluruh rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita sedih tentang penemuan objek yang ditemui di Pulau Reunion sah kepunyaan pesawat MH370.

Kami pasti keluarga mangsa yang hilang bersama MH370 pasti lagi berat untuk terima berita ni. Sepanjang kehilangan MH370, satu dunia berdoa agar pesawat itu ditemui dalam keadaan selamat atau setidak-tidaknya tahu punca sebenar kejadian.

Disebalik berita yang kita baca di media sosial dan berita di televisyen, isteri kepada juruterbang yang turut hilang bersama, Intan Maizura Othman bengang dengan informasi yang dikeluarkan.

“Stop making false statement to the world!” Intan Maizura mengatakan bahawa tiada siapa diantara ahli keluarga yang dapat panggilan atau informasi tentang berita kejadian MH370 itu.

Woww.. biar betul.. Benar atau tidak tentang apa yang kita dengar dan baca di laman sosial mengenai kehilangan dan konspirasi kehilangan pesawat MH370 ni pun kami tak tahu.

Semoga satu hari nanti kita kebenarannya. Keluarga sesungguhnya ada hak untuk mengetahui perkara yang sebenar..





Sunday, May 17, 2015

Sampai Hati Awak Buat Macam Ni??






Sekadar Hiasan
“Abang, laptop saya kena curi. Habis semua dokumen penting saya dalam tu. Dahlah nak guna minggu ini urgent pula tu.”
Berkerut kening lelaki berumur 35 tahun itu. Meletakkan fonnya. Panggilan tadi dari isterinya. Isterinya yang jarak umur 7 tahun darinya itu sedang menghabiskan penulisan tesisnya di peringkat sarjana di universiti.

Nak tak nak, pasangan itu terpaksa berjauhan. Berjumpa sekurang-kurangnya dua kali sebulan. Si suami buka gerai makan kecil saja di kampungnya. Kerja sendiri. Oleh kerana isterinya ada degree, dia pula hanya sampai di peringkat diploma, lelaki itu mencadangkan isterinya sambung belajar. Peluang untuk isterinya itu mendapat kerjaya yang lebih baik mungkin lebih cerah. Itu yang terbaik pada hematnya.

“Ibu nak balik?”

Anak tunggal perempuannya yang berumur 5 tahun menyentuh tangannya. Tersentak seketika dari lamunan.

“Tak, ibu sibuk study. Sibuk baca banyak buku. Minggu depan, kita pergi jumpa ibu ya?”

Senyum sambil membelai rambut anaknya itu. Mujurlah anak kecil itu tidak banyak kerenahnya. Seolah-olah memahami ibunya bertungkus lumus berjuang menimba ilmu. Demi masa depan keluarga mereka.

“Mana aku nak cari duit seribu dua dalam masa satu minggu ni? Aduh.”

Kepalanya kusut seketika. Sudahlah jualan di gerainya itu akhir-akhir ini makin perlahan. Lokasi kedai dalam kampung pula tu. Sejak cukai dalam negara dinaikkan, semua barangan naik mendadak harganya. Secara tidak langsung, kos dan modal meningkat. Peniaga kecil sepertinya terbeban.
Mundar-mandir sendiri dalam rumah. Sekejap ke kanan, sekejap ke kiri.

“Abah, peninglah tengok pusing-pusing.”

Anaknya mengomel. Mengusik hatinya.

“Abah exercise ni. Nak jadi hensem kenalah bersenam. Nak abah yang hensem tak?”

Dia mencubit manja pipi tembam anaknya. Geram. Comel sangat. Anaknya gelak-gelak sambil melarikan diri dari ayahnya itu.

Dalam kekalutan fikiran, mujurlah Allah anugerahkan si kecil itu menyejukkan hati dan perasaan. Dia melemparkan pandangannya ke halaman rumah. Matanya fokus pada motosikal EX5 miliknya. Hatinya berbisik, jualkan saja. Itu saja caranya untuk dapatkan wang segera. Nak harapkan duit dalam bank, memang tak mencukupi. Beberapa ratus saja yang ada. Nak pinjam dengan orang, segan pula rasanya. Lagipun, masih ada sebuah kereta Kancil untuk berulang-alik.

Lelaki itu membulatkan tekadnya.

**

Tunai sudah ada dalam tangannya. Tolak saja di kedai cina berhampiran. Mujur masih lekat harga dalam dua ribu. Cukuplah tu untuk beli sebuah laptop baru.

“Kita buat surprise kat ibu, nak? Jom kita gi jumpa ibu hari ini!”

Si kecil itu terlompat-lompat riang bila dengar nak jumpa ibunya. Pagi-pagi lagi, dua beranak itu dah siap-siap. Anaknya senyum saja dengan gaun merah jambunya. Duduk di seat sebelah ayahnya dengan tali keledar kemas dikenakan. Langsung tidak dimaklumkan pada si isteri, mereka akan pergi menemuinya di kampus. Perjalanan dalam empat jam merentasi negeri.

Dalam kereta, si ayah berborak dengan anaknya.

“Kamu nanti, kena jadi rajin macam ibu ya. Ibu pandai. Tak macam abah sekolah pun ponteng-ponteng. Belajar pun sekadar lulus saja.”

Anaknya tengok saja wajah ayahnya yang sedang memandu sambil berceloteh. Senyum dengan bibir mungilnya.

“Abah nak kamu jadi solehah macam Fatimah az-Zahra.”

Anaknya bertanya,

“Siapa tu?”

Ayahnya membalas lembut,

“Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, “Fatimah sebahagian daripadaku, dan barangsiapa yang menimbulkan kemarahannya juga menimbulkan kemarahanku.” Fatimah adalah anak Nabi s.a.w. yang paling bongsu. Nak tahu kenapa Rasulullah s.a.w. sayang sangat padanya? Sebab beliau perjuangkan Islam sebagaimana Rasulullah perjuangkan. Sayang kepada agama lebih dari segalanya. Sayang sekali sama ayahnya.

Pernah ketika Nabi s.a.w. dihina, dimaki hamun, malah diletakkan najis binatang ketika Nabi s.a.w. sedang sujud menyembah Allah SWT, dengan menangis sedih Siti Fatimah membersihkan tubuh Nabi sa.w. daripada kotoran yang ditaburkan oleh kaum Quraisy.”

“Fatimah seorang yang suka belajar. Rajin menuntut ilmu dari ayahandanya. Apa yang ayahnya tak suka, dia benci sama. Apa yang ayahnya suka, dia turut cinta.”

Anaknya tersengih saja melihat ayahnya bercerita. Ayahnya mengerling geli hati melihat telatah anaknya yang sedikit terlopong. Entah faham, entah tidak.

“Sayang abah tak?”

“Sayang sangat!”

**

Hari sudah petang ketika kereta mini itu tiba di perkarangan asrama universiti. Si suami mendail nombor isterinya. Tanya isterinya di mana. Tanpa maklumkan mereka berdua telah sampai di sana. Isterinya membalas,

“Saya outing hari ini, bang. Pergi perpustakaan universiti. Tak ada di asrama.”

Suaminya itu sedikit hampa. Alang-alang dah datang, tunggu sajalah di garaj kereta. Berhampiran saja dengan asrama isterinya.

Seketika, anaknya melambai-lambai tangannya dari dalam kereta. Dia menjenguk sama.

“Ibu, ibu!”

Anaknya menunjuk-nunjuk jemarinya ke arah seorang wanita yang sedang berdiri di hadapan asrama. Tak lama, tiba sebuah kereta Honda Civic Type-R berhenti betul-betul di sebelah isterinya.

Hatinya mulai berdebar-debar. Keluar seorang lelaki lagaknya seperti orang kerja pejabat. Segak bergaya. Buka pintu untuk isterinya masuk ke dalam kereta. Berlalu dari situ.

Suami tidak tunggu lama. Hidupkan kereta. Follow kereta tadi dari jarak agak jauh supaya tidak disedari. Dia cuba call isterinya. Oh. Fon si isteri telah dimatikan. Menyebabkan debaran jantungnya hampir tergendala.

Kedua-dua kereta itu telah pun sampai ke Genting Highland.

“Library apa di Genting Highland?!” Bentak hatinya yang sedang berkecamuk.

Parking jauh sikit sambil matanya tidak berkelip sikit pun dari mengintai sang isteri. Hatinya masih berharap, ini semua cuma sangkaan buruk hatinya. Mungkin isterinya ada kerja di situ.

Lelaki itu keluar dari kereta. Isterinya juga keluar sama. Si lelaki meraih tangan isterinya. Berpegangan tangan. Seperti pasangan kekasih. Isterinya memaut lengan lelaki, melentokkan kepalanya sedikit di bahu.

Saat itu juga, jatuh menitik air mata si suami semahunya. Hanya Tuhan yang mengerti segala!

“Ini ke perpustakaan awak tu?!”

Pasangan sejoli itu berpaling ke arah suara yang menengking. Detik itu juga, tumbukan padu singgah di muka lelaki tak guna. Namun, tumbukan itu dibalas kembali bertubi-tubi. Lawannya itu lelaki sado. Lelaki sasa yang masih muda. Akhirnya yang rebah terkulai adalah dirinya sendiri.

Anak perempuannya berlari mendapatkan ayahnya. Menangis-nangis. Dalam terketar-ketar, si suami bersuara.

“Abang datang untuk berikan laptop yang awak minta. Datang dengan anak nak surprisekan awak, nak happykan awak, tapi tak sangka abang yang terima surprisenya!”

Isterinya itu membalas bongkak,

“Aku tak suruh pun kan datang hari ni?! Dahlah, aku dah tak nak kau lagi. Kita berpisah saja. Kau hantar aku masuk universiti, sebab nak aku yang sara keluarga lepas keluar universiti nanti? Eh, aku tak bodohlah.

Buat apa aku hidup dengan lelaki yang harapkan gaji isteri?! Kau sedarlah diri sikit. Lelaki yang kau serang ni yang banyak tolong aku di sini. Dia baik hati, tak kedekut macam kau. Kau hantar tiga empat ratus sebulan mana cukup? Kau ingat aku budak sekolah ke? Duk kat bandar tak macam kat kampung! Nak pakai duit banyak!

Laptop tu bukan kena curi pun. Aku sengaja nak kau bank-in duit, sebab alat kosmetik, supplements aku dah habis. Aku tak suruh pun kau belikan laptop baru. Lurus bendul la kau ni. Sudahlah. Jangan buat hal sini. Kita jumpa saja di mahkamah!”

Hancur lebur hati si suami mendengar kata-kata isteri kesayangannya. Berubah terus. Baru dia perasan isterinya sudah pandai bergaya, pakai cantik-cantik tak pernah pula dipakai sedemikian di depannya.

“Anak tu hak aku! Aku akan tuntut hak penjagaan anak.” Wanita itu menuding jarinya ke arah si kecil.

Anaknya itu tidak bergerak dari sisi ayahnya. Mendakap erat. Tak mahu lepaskan. Menangis-nangis sambil berkata pada ibunya,

“Tak nak ibu! Tak nak ibu! Nak sayang abah macam Fatimah sayang Nabi!”

Ibunya tergamam. Tak menduga sebegitu jawapan anak kecil itu.

Ayahnya juga turut terkesima. Bagai disuntik kekuatan baru, sang suami bangun. Perlahan-lahan berlalu dari situ dengan memimpin tangan anaknya. Tanpa berpaling langsung ke arah pasangan sejoli di belakangnya.

Hatinya tawar sehabis tawar. Dalam hatinya pasti, bukan kerana dia tidak pandai mendidik isteri.

Bukan kerana berjauhan memisahkan dua hati. Bukan kerana dia tak cuba sedaya upayanya atau kerana tidak ikhtiar seikhlas hati. Ini semua ujian Tuhan. Untuk buatnya lebih tabah hadapi kehidupan.

Bila hati dah tak sayang. Bila setia dah hilang bisanya.

Apa saja yang dihamburkan isterinya tadi, itu semua alasan.

“Katalah apa yang kau ingin, selagi kau dapat berkata!”

Luahan Gadis " No more!!! Cadbury Masih xserik..!! (6 Foto)









DIBUAT OLEH : CADBURY CONFECTIONERY (M) SDN BHD
(19442-T), NO 8 PERSIARAN RAJA MUDA, SEKSYEN 15, 40200 SHAH ALAM, SELANGOR D.E, MALAYSIA
DIEDARKAN OLEH : SYARIKAT PERNIAGAAN MALAR SETIA, LOT Q52, TAPAK PERINDUSTRIAN LAMBAK KANAN, BERAKAS BB1714, BANDAR SERI BEGAWAN, BRUNEI.
DIJUAL DI PASARAYA PANTAI TIMUR JALAN PARIT DALAM KOTA BHARU KELANTAN.
BEST BEF/BAIK SBL 20.02.2016
NO SIRI PRODUK 271114M03H

Tuesday, April 28, 2015

Gambar Aksi Memalukan Penjawat Awam Wanita Kini Tersebar Di Laman Sosial..!!


Seorang anggota polis wanita telah membuat laporan polis apabila beberapa keping gambar separuh bog3l yang menyerupai dirinya tersebar di internet dan WhatsApp...

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk A Thaiveegan menyatakan angggota polis berusia dalam 20-an itu membuat laporan polis semalam selepas mendapati gambar-gambar itu tersebar di whatsApp dan laman sosial sejak beberapa hari yang lepas...

“Dia menyedari perkara itu selepas dimaklumkan rakannya dan selepas melihatnya, dia menafikan gambar-gambar itu adalah dirinya,” kata Thaiveegan...

Thursday, March 19, 2015

MEMAMALUKAN..!! PENJAWAT AWAM DITANGKAP DI TEMPAT AWAM (10 GAMBAR)


SELANGOR – Beberapa penjawat awam ditangkap minum pagi dan membeli belah di waktu berkerja di bangunan Sultan Sal#ahudin Abdul Aziz Shah (SSAAS) pada 13 Februari yang lalu.


Lawton mengejut (spot check) yang dilakukan oleh Dato’ Haji Mohammed Khusrin Haji Munawi dan Unit Integriti SUK Selangor di bangunan SSAAS itu mendapati masih ramai kakitangan awam melakukan kesalahan itu di waktu berkerja.

“Unit Intergriti SUK Selangor akan memant#au aktiviti ini dan tindakan tatatertib boleh diambil,” jelas kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook beliau.

Berdasarkan gambar yang dimuat naik, pemantauan mengejut itu berjaya ‘menangkap’ 4 orang pegawai audit 5S yang sedang bersarapan pagi di Kafe Dewan Jubli Perak.

Beberapa penjawat awam yang lain juga turu#t dilihat membeli belah di gerai-gerai kecil di bangunan terbabit.




“Diharapkan semua penjawat awam dapat mengubah budaya ini demi nama baik perkhidmatan awam,” jelas kenyataan itu.














Saturday, February 28, 2015

Fesyen Berbaju Jarang Salwa Razak Di Anugerah Meletop 2015 (5 Foto)


Gambar Salwa Razak di program Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-21 telah mendapat kritikan oleh peminat seni tanahair kerana didapati berpakaian agak seksi.

Apa yang dimaksudkan mereka ialah pakaian Salwa Razak seperti terlalu menonjol di bahagian rahsia. 

Apakah pandangan anda mengenai gambar pakaian Salwa Razak yang dianggap seksi ini? 







Tuesday, June 8, 2010

Lambang Illuminati pada jaket Mark Zuckerberg - Facebook


Dalam Persidangan Teknologi D8 minggu lalu, satu perkara yang membawa perhatian besar di sebalik jaket yang selalu dipakai oleh Mark Zuckerberg selama ini diperkatakan. Dalam temubual itu, beliau banyak dilontarkan dengan pelbagai soalan peribadi, sehingga beliau berasa berpeluh dan menanggalkan jaket hoodie-nya itu (jaket bertopi)



Perkara itu membuatkan Kara Swisher, pengacara untuk temubual pada hari itu penuh curiga dengan lambang yang terdapat disebalik jaket itu. Lambang yang tertera dalam jaket Mark Zuckerberg itu adalah lambang illuminati. Walaubagaimana pun, kita masing-masing tahu bahawa Mark Zuckerberg adalah dari keturunan Yahudi iaitu dari pasangan campuran Yahudi-Amerika, Edward dan Karen Zuckerberg.



Untuk yang masih belum tahu, apakah itu lambang illuminati sila ke sini > http://mistisfiles.blogspot.com/2008/11/maksud-tersembunyi-dalam-lambang.html"

Wednesday, June 2, 2010

Laser senjata komando Israel tepat di dahi





Info:
NGO dari Malaysia akan menyertai satu konvoi terbesar didunia dalam misi untuk meruntuhkan halangan Zionis Israel Laknatullah terhadap Gaza dan menghantar pelbagai barangan keperluan asas kepada penduduk palestin yang selama ini dihalang oleh Zionis Israel Laknatullah.
Pelbagai badan NGO dari Malaysia telah menyatakan persetujuan untuk berganding bahu dan bekerjasama dalam menganjurkan program untuk mengutip dana terhadap krisis kemanusiaan melalui projek “Lifeline4Gaza – Break The Siege”.

Antara NGO yang terlibat:
• Coalition of Graduates of Higher Institutions of Malaysia (HALUAN)
• Malaysian Muslim Youth Movement (ABIM)
• Jemaah Islah Malaysia (JIM)
• Palestinian Center of Excellence (PACE)
• Aqsa Syarif, Dewan Pemuda Masjid Malaysia (Dewan Pemuda)
• Pertubuhan Mawaddah Malaysia, and Viva Palestina Malaysia (VPM)

Konvoi Sebelum Ini

2006 – Terdapat 10 cubaan memasuki Gaza oleh pelbagai NGO dari seluruh dunia. Hanya beberapa cubaan yang bejaya.

2009 – Konvoi diketuai oleh Viva Palestina dan disertai oleh 320 sukarelawan melalui jalan darat sejauh 3000km dari U.K melalui Turki, Syria, Jordan, El-A’rish di Rafah, Mesir sebelum memasuki Gaza pada 6 Jan 2010. Terdapat 12 rakyat Malaysia telah menyertai rombongan tersebut. Meskipun konvoi ini berjaya memasuki Gaza, namun mereka gagal menghulurkan barang bantuan kepada penduduk Palestin.

2010- IHH mendapat sokongan penuh oleh kerajaan Turkin dan badan NGO dari 17 negara telah melancarkan kempen Lifeline for Gaza yang ke-4. Satu usaha besar-besaran telah dilancarkan dan konvoi kali ini akan menggunakan kapal melalui Laut Mediterranean dari Istanbul, menghala ke Cyprus dan akhirnya ke Gaza melalui jalan laut. Konvoi ini akan melibatkan lebih 20 buah kapal dan bot.

Kempen ini telah dicetuskan oleh Perdana Menteri Turki sendiri, Recep Tayyip Erdogan dan akan disertai oleh ahli politik dan hak asasi manusia dari seluruh duni yang simpati kepada keaadaan penduduk di Palestin.

Bantuan akan disalurkan terus kepada Gaza dengan menggunakan hubungan diplomatik Turki yang telah menandatangani Perjanjian Keselamatan dengan kerajaan Israel Laknatullah sejak Perang Dunia Ke-2. Perjanjian ini menunjukan bahawa Israel tidak boleh menggangu sebarang kapal dari Turki.
Kejayaan konvoi ini amatlah penting kerana kapal-kapal akan digunakan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza pada masa hadapan.

Donations in aid of the Lifeline4Gaza project can be made directly to the account below:
Account name : “TABUNG PALESTIN HALUAN”
Account number : 5644 9020 8528
Bank : Maybank Berhad
Web : http://www.lifeline4gaza.org

Wednesday, April 14, 2010

Hanya Beberapa Hari, Kerajaan Tumbang!

Kekacauan terjadi di Kyrgyzstan, akibat pertarungan antara kelompok anti pemerintah dengan polis. Diberitakan lebih 70 orang terkorban, akibat pertempuran antara gerakan anti pemerintah dengan polis. Di jalan-jalan korban bergelimpangan.

Presiden Kurmanbek Bakiyev sudah melarikan diri dari ibu negara ini dan sedang cuba meraih sokongan di kubu beliau di selatan.

Kekuasaan yang sangat dicintai para penguasa, akhirnya runtuh bersama dengan kemarahan rakyat, yang sudah muak dengan penguasa, yang zalim. BBC sebentar tadi melaporkan pihak pembangkang telah mengisytiharkan pembentukan pemerintahan rakyat.

Berikut adalah gambar 2 hari selepas revolusi..

Photobucket


Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket



Gambar Belangkas