Showing posts with label haffizul iskandar. Show all posts
Showing posts with label haffizul iskandar. Show all posts

Friday, August 7, 2015

Hargai masa anak-anak.

Hargai masa anak-anak|Semalam sewaktu aku masih di tempat kerja, ada seorang rakan sekerja tegur aku, " Dah la bang, balik la, bawak anak jalan-jalan, asyik kerja je", aku yang dengar, cuma tersenyum je. Aku punya alasan aku sendiri kenapa aku perlu lebihkan kerja. Bukan aku tidak hargai masa anak-anak aku, tapi benar, aku punya alasan aku yang tersendiri.

Selepas pulang dari kerja, sewaktu duduk berbual dengan wife aku, aku nyatakan sedikit keinginan aku perihal apa yang aku impikan. Impian yang hanya boleh aku lakukan untuk diri aku dan mungkin wife aku. Tetapi anak kami masih kecil dan aku diamkan sahaja impian aku ini. Kata wife aku, " Sayang, anak-anak cepat membesar, tahu-tahu dah mula sekolah dah". Bila aku dengar ayat ini, apa yang terlintas di fikiran aku adalah, adakah aku benar-benar menghargai masa aku bersama anak-anak aku?


Benar apa yang isteri aku katakan. Masa sememangnya cepat berlalu. Dan sedar tak sedar, segalanya sudah berubah. Jika dulu aku adalah seorang anak, tetapi kini aku adalah seorang ayah. Dan mungkin antara sedar tak sedar juga, anak aku juga akan menjadi seorang ayah dan seorang ibu. Persoalannya, adakah aku benar-benar hargai masa anak-anak aku ketika ini?

Orang cakap, masa sewaktu anak-anak masih kecil adalah masa yang paling berharga. Setiap ibubapa pastinya akan merindui masa anak-anak sewaktu mereka masih kecil. Aku dan isteri juga sama. Tetapi bukan aku sengaja hendak membiarkan masa ini berlalu semacam itu sahaja. Ada perkara yang lebih penting daripada masa-masa ini. Bukan aku sengaja tidak menghargai masa anak-anak aku.

Mungkin inilah pengorbanan seorang ayah. Perlu menghabiskan masa untuk mencari pendapatan keluarga, untuk kesenangan dan kelesaan semua. Benar, masa itu tidak boleh dibeli dengan wang, tetapi wang jugalah yang akan memberi mereka keselesaan. Bukan mahu meminta menjadi kaya raya, cukup sekadar merasa senang. Inilah harga yang aku perlu bayar untuk memberi anak-anak dan isteri kesenangan. Bukan aku tidak menghargai masa anak-anak. Tidak sama sekali.

Ada masanya, aku lihat semula gambar anak sulung aku. Yang usianya kini bakal mencecah 3 tahun. Ada masanya aku tergelak melihat wajahnya ketika usia 3 bulan. Hahahahha. Macam tak percaya pun ada. Apa yang pasti, aku sebenarnya rindukan saat itu. Apa yang aku boleh cakap, hargailah masa bersama anak-anak. Kerana masa itu akan berlalu tanpa kita sedari. Dan aku? Masih perlu korbankan masa mereka, untuk pastikan mereka selesa dan senang di dalam kehidupan mereka. InsyaAllah.

Thursday, August 6, 2015

Bahayanya comfort zone.


Bahayanya comfort zone|Ramai daripada kita *mungkin* sangat selesa berada di dalam comfort zone. Tetapi tahukah kalian semua akan bahayanya comfort zone ini? Sebelum aku mula membebel panjang perihal perkara ni, jom kita ketahui apakah maksud comfort zone. Ianya bermaksud "tempat atau keadaan di mana seseorang berasa selamat atau selesa dan tanpa tekanan".

Dalam bahasa mudah, situasi selamat bagi seseorang. Contohnya seorang pekerja yang makan gaji. Mula kerja dari awal pagi hingga ke lewat petang, dari awal bulan hingga hujung bulan. Dan di pengakhirannya dapat wang gaji, gunakan untuk segalanya dan kembali bekerja semula. Ini yang dimaksudkan dengan comfort zone. Jika dilihat, bunyinya semacam kehidupan selesa, tetapi ramai yang tidak sedar akan bahayanya comfort zone ini.


Mungkin ada yang cakap, mereka sudahpun bekerja selama berpuluh tahun tanpa ada masalah. Ya! memang benar, mungkin anda benar-benar selamat berada di dalam kehidupan selesa anda. Mungkin juga anda tidak diuji dan mungkin juga anda sudah benar-benar bersedia dengan pelbagai kemungkinan. Anda sememang hebat kerana anda sudah sedia maklum akan bahayanya comfort zone ini. Soalannya, bagaimana dengan mereka yang tidak bersedia?

Apa yang cuba aku sampaikan adalah, mereka yang hanya berharap dengan apa yang mereka dapat. Jumlah amaun yang mereka dapat setiap bulan adalah sama. Yang mana digunakan untuk hampir pada setiap perkara. Disinilah bahayanya comfort zone. Bahaya jika "sesuatu" terjadi kepada diri dan pekerjaan mereka. Ini adalah perkara yang tidak dijangka.

Katakan mereka mengalami kehilangan upaya ataupun syarikat tempat mereka bekerja mengalami kerugian teruk yang mana boleh menjejaskan pekerjaan mereka. Apa yang bakal terjadi kepada mereka yang tidak bersedia ini? Sudah pasti 1 masalah yang lebih besar akan wujud. Inilah bahayanya comfort zone.

Tidak salah untuk anda kekal berada di dalam keadaan selesa anda. Tetapi kata orang, sediakan payung sebelum hujan, kerana langit tak selalunya cerah. Aku teringat kata-kata seorang pakar motivasi, yang mana katanya, kita perlu menyediakan simpanan sekurang-kurang 3 bulan perbelajaan bulanan kita. Ini kerana, jika berlaku apa-apa, kita mampu untuk terus hidup selama 3 bulan tanpa pendapatan dari pekerjaan kita. Soalannya, adakah semua orang mempunyai simpanan sebanyak ini? Inilah Bahayanya comfort zone.

Layanan double standard!

Layanan double standard!|Isu ini hanya bermain di persekitaran aku. Tak usah melihat kepada yang lebih atas, di bahagian bawah ini pun, wujud Layanan double standard ni. Apa maksudnya ayat ini? Layanan double standard bermaksud layanan yang tidak sama kepada orang yang berbeza dalam sati situasi yang sama.

Dalam kata mudahnya, katakan di dalam situasi restoran makanan. Layanan yang diberikan kepada A adalah sangat istimewa mungkin kerana A adalah orang berpangkat, berbeza pula dengan layanan kepada B yang mungkin diberi layanan yang biasa sahaja, atas kerana B tidak mempunyai apa-apa jawatan. Walhal mereka makan di tempat yang sama. Inilah yang di maksudkan dengan Layanan double standard tu.

Kaitan dengan ceritaejoy adalah, aku sememangnya tidak mempunyai apa-apa jawatan di tempat kerja aku sekarang. Aku hanyalah pekerja biasa. Di sekeliling aku punya ramai orang yang "berjawatan besar". Yang menariknya, ada di antara mereka melakukan kerja yang sama sebagaimana kerja aku *Usah ditanya kenapa perkara seperti ini berlaku*. Yang menjadikan aku sedikit tertekan adalah kerana layanan yang aku terima, Layanan double standard!

Kami melakukan kerja yang sama, kenapa tidak aku diberi layanan yang sama? Kenapa perlu disisihkan? Apakah kerana jawatan aku yang sekadar pekerja biasa ini, jadi selayaknya aku mendapat layanan yang semacam sampah? Kenapa perlu dibeza-bezakan? Kenapa perlu memberi Layanan double standard!

Aku masih memikirkan segalanya atas kerana aku mempunyai tanggungjawab dan amanah. Ini yang menjadikan aku tetap kukuh berdiri disini. Jika tidak kerananya, dah lama aku tinggalkan segala yang aku ada sekarang. Untuk apa aku menerima satu perkara semacam ini? Aku hairan dengan sifat manusia jenis ni. Kenapa perlu beza-bezakan orang? Kenapa? Hairan! Layanan double standard!

Jangan cium anak masa tidur!


Jangan cium anak masa tidur!|Ok, ini rare! Hahaha. Anak aku dah masuk 2 dan ini pertama kali aku baca yang tidak boleh cium anak masa mereka tidur. Hahaha. Dah kenapa kan? Anak kita kut, takkan tak boleh cium, takkan nak kiss wife je? *bacaan 18 tahun ke atas ya!* hahahaha.

Semuanya bermula dengan bacaan aku di blog Viva merah. Bila baca tajuk je, terus aku bukak blog ni dan teruskan bacaan. Kenapa tak boleh cium anak waktu mereka tidur kan? Apa sebabnya? Lepas habis bacaan, apa yang aku dapat adalah "Jangan cium anak masa tidur kerana itu adalah penyebab anak menjadi semakin nakal". Ha?? Biar kebenaran? Betul ke?

Aku sangat kerap cium anak aku waktu mereka tidur *pada waktu malam*. Ini kerana masa aku bersama anak-anak adalah sangat kurang. Aku lebih dengan kerjaya aku. Ada masanya mereka langsung tidak melihat aku. Kerana aku ke tempat kerja, mereka masih tidur, aku pulang bekerja, mereka sudahpun tertidur. Jadi, ciuman aku itu menunjukkan rasa rindu yang sangat-sangat kepada anak aku. Jadinya bila terbaca Jangan cium anak masa tidur aku jadi pelik. Kenapa? Kenapa tak boleh?

Aku teruskan bacaan dari 1 blog ke 1 blog untuk cari kepastian. Apa benar ada hukum yang mengatakan Jangan cium anak masa tidur ni. Setelah hampir puas hati, apa yang dapat aku simpulkan adalah, ianya adalah 1 kepercayaan orang tua-tua dahulu. Ini yang hampir kebanyakkan blogger malaysia cakap. 

Kalau kita rujuk semula hadis ini:

"Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam mencium Al-Hasan bin 'Ali, dan di sisi Nabi ada Al-Aqro' bin Haabis At-Tamimiy yang sedang duduk. Maka Al-Aqro' berkata, "Aku punya 10 orang anak, tidak seorangpun dari mereka yang pernah kucium". Maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallampun melihat kepada Al-'Aqro' lalu beliau berkata, "Barangsiapa yang tidak merahmati/menyayangi maka ia tidak akan dirahmati

(HR Al-Bukhari no 5997 dan Muslim no 2318)

Dari apa yang aku faham, kalau kita tidak mengasihani anak kita *melalui cara ciuman* kita juga tidak akan dikasihi. Tapi bila aku cuba cari apa-apa hadis berkaitan larangan atau Jangan cium anak masa tidur ni, tak juga aku jumpa. Jadinya, dari bacaan dan andaian aku, ada benarnya ia adalah kata-kata orang tua dahulu yang mungkin ada maksud yang lain. Antaranya mungkin tidak mahu tidur sang anak terganggu.

Apapun, ini semua kuasa yang maha esa. Kita sebagai hamba dan ibubapa, perlulah selalu mendoakan yang baik-baik untuk anak kita. Usahlah berkata apa-apa yang tidak elok kepada anak-anak. Amarah itu pasti ada di dalam proses didikan, tapi ingatlah, mereka adalah kurniaan yang tidak terhingga. Hargailah mereka seadanya. Jangan cium anak masa tidur!

#cerita tambahan.


Baca dan anda pasti bersetuju dengan aku.

Kenapa perlu mentor untuk berjaya?


Kenapa perlu mentor untuk berjaya?|Soalan ini sebenarnya pernah aku tanyakan pada diri aku bila aku ke sebuah seminar berkaitan kejayaan dan kekayaan. Kenapa perlu mentor untuk berjaya? Apa kalau sendiri-sendiri tak boleh ke? Atau belajar mengikut buku dan kemudiannya lakukan, tak boleh? Kenapa mesti ada mentor?

Lama jugalah aku tanyakan soalan itu. Dan mungkin penceramah tu tahu apa yang sedang bermain di dalam fikiran aku ketika itu, Kenapa perlu mentor untuk berjaya? dan secara spontannya dia berikan jawapan tanpa perlu bertanyakan soalan pada aku.

"Mentor ibarat guru, belajar melalui buku tidak sama dengan belajar dengan mereka yang sudah lama lakukan apa yang kita baru hendak lakukan. Melalui mentor juga, kita mampu "memendekkan" masa kita untuk berjaya dan mengelakkan kita dari melakukan banyak kesilapan"

Dalam erti kata mudahnya, kalau ada mentor, dia akan guide kita. Apa yang perlu dan tidak perlu kita lakukan. Mereka sudah semestinya melakukan banyak kesilapan sewaktu awal-awal nak berjaya. Jadi dengan adanya mentor, kita mampu mengelakkan segala kesilapan itu dan sudah pastinya memendekkan masa untuk berjaya. 

Katakan seorang mentor mengambil masa selama 10 tahun untuk berjaya *ini termasuklah melakukan kesilapan dan membetulkannya semula* dan jika mentor guide seseorang itu, mungkin ianya hanya mengambil masa selama 5 tahun. Ha, faham tak apa yang aku cuba sampaikan? Hahahaha. Dan inilah jawapan kepada soalan Kenapa perlu mentor untuk berjaya?

Kini timbul pula soalan terbaru, kenapa aku tiba-tiba bercerita pasal mentor bagai ni? Apa yang cuba aku sampaikan? Sebenarnya, entry ini aku anggap sebagai penyambung kepada entry aku yang bakal datang *hamboi, macam nak terbitkan album pulakkan?* hehehe. Ini macam nak tarik mood aku nak berceritalah. InsyaAllah.

Wednesday, August 5, 2015

Siput Escargot haram di makan.


Siput Escargot haram di makan|Mungkin ada yang pernah dengar dan mungkin ada yang tidak pernah dengar. Siput escargot? Apa tu? Aku pun baru pertama kali dengar, itupun sebab ada terbaca isu seorang artis malaysia yang termakan siput ini tanpa mengetahui akan status haram untuk di makan. Aku yang tak tahu ni, terus la tanya dengan pakcik google. Selepas mengetahuinya, aku kongsikan di blog ceritaejoy ni, agar mereka yang tidak tahu, akan tahu perihal Siput Escargot haram di makan ni.

Baik. Siput escargot ini berasal dari perancis *patutlah tak pernah dengar* dan diternak dengan sangat meluas di negara eropah termasuk US, England, Australia dan Bulgaria. Siput ini jika dilihat secara kasarnya, semacam rupa siput yang ada di malaysia ni, siput babi, tetapi berbeza dari jenisnya. Jika anda ke negara yang aku sebutkan tadi, korang pasti akan berjumpa dengan menu yang menghidangkan siput escargot ni.

Ok. Sekarang dah tahukan apa itu siput escargot? Sekarang, kita baca pula penerangan dari majlis agama islam malaysia perihal Siput Escargot haram di makan.

Escargot adalah perkataan dalam Bahasa Perancis yang merujuk kepada sejenis siput yang dikenali dalam Bahasa Malaysia sebagai siput babi. Walaupun kedapatan beberapa jenis siput babi seperti helix aspersia dan helix pomatia, tetapi kedua-duanya adalah tergolong dalam genus yang sama iaitu Genus Helix. Dalam Bahasa Arab, siput babi dikenali sebagai halazun (حلزون).

Dalam fiqah, halazun/escargot adalah tergolong dalam kumpulan ‘hasyaraat’ iaitu haiwan kecil yang melata/menjalar. Dalam mazhab Syafie, secara umumnya haiwan yang tergolong dalam hasyaraat adalah haram dimakan kerana termasuk dalam haiwan yang dianggap keji (khabisah). Ini berdasarkan kepada firman Allah Taala:

وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمْ الْخَبَائِثَ
Maksudnya: “Dan dia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”. (Surah Al-A’raf: 157).

Berdasarkan kaedah pengharaman haiwan-haiwan yang dianggap keji, maka mazhab Syafie dan majoriti ulama berpendapat bahawa halazun/escargot adalah haram dimakan.

Pandangan ini disebut dalam keterangan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 2 April 1998 dalam membincangkan tentang pembiakan siput babi. Antara lain, Muzakarah menyatakan:

“Menurut Mazhab Shafie, siput babi dianggap sebagai khabisah kerana apabila ia mati ia tergolong sebagai bangkai.

Dari segi kaedah ‘ilah dan ma’lul khabisah ialah ‘ilah kepada pengharaman. Oleh itu siput babi ini hukumnya haram dimakan. Dalam Mazhab Syafie juga, binatang-binatang yang halal dimakan hanyalah binatang-binatang yang telah disembelih sahaja, kecuali jenis ikan dan belalang”.


Memandangkan isu halal atau haram memakan halazun/escargot adalah bersifat ijtihadiah kerana tidak ada nas qat’ie daripada al-Quran dan Sunah berkaitan dengannya, maka ada ulama yang mengharuskannya dan mereka berpegang kepada asal hukum makanan adalah halal sehingga ada nas yang mengharamkannya. Manakala majoriti ulama’ yang mengharamkannya berpendapat ia adalah hasyarat, dan ia bukan haiwan yang disembelih, maka jika ia mati, ia adalah bangkai.

Apabila remaja bawah umur melahirkan bayi.

Apabila remaja bawah umur melahirkan bayi|Aku tahu cerita ini semalam. Bila pulang dari kerja, sewaktu makan, wife aku bercerita. Katanya, ada seorang remaja atau lebih mudahnya kanak-kanak berusia 11 tahun melahirkan anak. Soalan pertama aku waktu tu, dalam malaysia ke? Sebabnya jarang kita dengar berita semacam ini di dalam negara kita. Murid perempuan darjah 4 lahirkan bayi di jempol

Pagi ni, bila aku buka komputer, kebanyakan tajuk atau cerita utama di blog-blog oleh blogger malaysia adalah perihal perkara yang sama. Murid perempuan darjah 4 lahirkan bayi di jempol. Kalau kita tengok ayat tu, darjah 4 atau lingkungan umur 10 ke 11 tahun *ada yang kata 11 tahun, kalau 11, darjah 5 la kan? Surat kabar cakap darjah 4* Apa yang bermain di fikiran kita? Jika aku, perkara pertama adalah, si pelakunya siapa? Adakah sebaya dengan kanak-kanak ini atau mereka yang lebih berusia.

Jika dari kalangan umur yang sama, ini bermakna, kanak-kanak sekarang sudah semakin advance dari apa yang kita bayangkan sekarang. Bayangkan kanak-kanak darjah 4 dah berani melakukan hubungan kelamin yang hanya sah dilakukan oleh mereka yang sudah mempunyai ikatan suami isteri! Fuh! Sekolah rendah ye. Sekolah rendah.

Murid perempuan darjah 4 lahirkan bayi di jempol

Kanak-kanak ini dikabarkan tinggal bersama neneknya. Yelah, nenek kan, tidaklah boleh kita cakap, dia nak pantau sahaja cucunya ni. Dia pun mungkin dah tak larat. Tapi apa yang membuatkan aku hairan adalah, takkan tiada perubahan lansung pada susuk tubuh kanak-kanak ni? Pasti ada, walaupun sedikit. Tapi sekali lagi, tak boleh nak salahkan nenek ni, mungkin benar dia tak perasan. Macamana pula dengan rakan-rakan? Guru? Tak perasan? Hmm.

Aku ada anak perempuan. Bila aku baca atau terdengar perkara semacam ni, terlalu banyak yang bermain di dalam minda aku. Budak-budak ni, kalau kita sekat kebebasan dia, mulalah memberontak. Kalau kita ikutkan, takut jadi macam ni pula. Kalau kita kerap bertanya, dikatakan kita tidak percaya pada anak-anak pula. Tadi itu semua tidak mahu aku hairankan. Biarlah apa pun, janji perkara semacam ini tidak jadi kepada aku dan keluarga. Semoga Allah melindungi kami sekeluarga dari perkara semacam ini. Dan kepada anak kecil ini, semoga menjadi ibu yang baik kepada bayi kamu. Murid perempuan darjah 4 lahirkan bayi di jempol

Masih belum berpuas hati.

Masih belum berpuas hati|Sejujurnya aku masih belum berpuas hati dengan rupa blog ceritaejoy ni. Entah berapa kali dah aku tukar template, bila terlalu lama menggunakannya, aku jadi bosan dan mula mencari template baru. Benar, ada terlalu banyak template percuma tetapi tiada 1 pun yang berkenan di hati. Nampak tak lecehnya diri seorang lelaki bernama haffizul iskandar ini? Hehehe.

Jujur juga aku katakan, aku mudah bosan dengan sesuatu, jika ianya dilakukan dalam tempoh masa yang agak lama. Tetapi bila aku pandang balik, aku tidaklah terlalu lama di dalam dunia blog ni, orang cakap setahun jagung la *kenapa mesti jagung ek?* Tetapi dah beberapa kali tukar template, belum ada lagi yang benar-benar memuaskan hati aku. Masih belum berpuas hati.

Yang menjadikan ianya lebih complicated pada aku adalah, bilamana aku jumpa 1 template yang aku suka, dan kemudiannya aku masukkan di dalam blog ceritaejoy ini, dan bila aku nak ubah susun atur, ianya tidak kena dengan "jiwa" aku.  Itu yang membuatkan aku masih belum berpuas hati. Yelah, dah jumpa, tak boleh nak adjust pula. Hish! Tension sungguh!

Mungkin aku perlu terus mencari dan mencari. Orang cakap, kalau kita terus berusaha, kita akan berjumpa dengan kejayaan. Kejayaan pada aku adalah, bila aku jumpa dengan template yang benar-benar sesuai dengan blog ceritaejoy ni. Atau ada kawan-kawan yang bermurah hati ingin kongsikan template yang menarik? Hehehe. Mana tahu kan?

Tuesday, August 4, 2015

Waspada dengan keadaan jalan raya.

Waspada dengan keadaan jalan raya|Ceritanya macam ni, pagi tadi, waktu aku dalam perjalanan ke tempat kerja, ada satu kemalangan berlaku betul-betul depan aku. Cuaca waktu tu memang gelap, sebabnya waktu tu rasanya dalam jam 0640. Lampu jalan raya waktu tu pulak memang takda, jadinya makin gelap la kan?

Dalam keadaan gelap sedikit tu, aku nampak dari jauh, semacam percikan api atas jalan raya. La, dah kenapakan? Takkan la ada orang main mercun pagi-pagi macamni? Bila aku sampai je, aku nampak seorang lelaki terbaring atas jalan raya. Aduh! Kemalangan rupanya!

Kereta memang ada time tu, selamatlah semua kenderaan bergerak perlahan. Saudara yang kemalangan ni naik motosikal. Aku pun berhentikanlah superbike aku. Sebab nak bantu saudara ni. Bila semua dah ok, sempat juga aku tanyakan, kenapa boleh eksiden. Jawapan dia: "saya langgar anjing bang". Aku : anjing??

Ada juga aku cari dekat sekitar tu, kalau-kalau ada anjing yang terbaring. Tapi tak bertemu. Aku sambunglah bantu saudara ni. Angkat kasut, glove dan sedikit peralatan lain. Dalam kepala aku time tu masih lagi terfikir, langgar anjing? dekat highway? Hmm. Dalam pada aku dok bantu tu, barulah aku perasaan, ada seekor anjing sedang berjalan terhencot-hencot. Ish, kesian pula, mesti dia sedang sakit. Nak bantu pun, apa je yang aku boleh buat, nak bawa ke klinik, mana ada bukak pagi-pagi macam ni. Kan?

Lepas semuanya aku rasakan dah ok, aku pun sambunglah perjalanan aku ke tempat kerja. Apa pengajaran yang aku dapat dari kes saudara ni, kita perlu sentiasa waspada dengan keadaan jalan raya tak kisahlah dekat mana pun kita berada. Kadang-kadang kita tak jangka pun sesuatu benda/haiwan ada dekat area tu. Dan yang paling penting, sentiasa waspada walaupun kita dah guna laluan yang sama untuk tempoh bertahun lamanya. Orang cakap, kalau nak jadi, dia jadi juga. Ya!

Lagi kes bayi meninggal tersedak susu.

Lagi kes bayi meninggal tersedak susu|Sebenarnya isu ini berlaku di tempat kerja aku. Berita dari seorang rakan. Yang mana anak seorang rakan kami diberitakan meninggal dunia akibat tersedak susu semasa di dalam jagaan pengasuh. Bila dengar cerita macam ni, cepat-cepat aku call wife aku, ceritakan pada dia dan minta dia beri 200% perhatian pada anak kami. Anak kedua kami masih dalam penyusuan dan baru berusia 3 bulan.

Lama sebenarnya tak dengar isu bayi meninggal tersedak susu ni. Sebelum ini ada juga ceritanya di dada akhbar *sekarang ni surat kabar lebih memihak kepada isu semasa negara kita ni *yang tentu lebih besar isunya*. Bila terjadinya perkara semacam ini, kita dah tak mampu nak buat apa-apa. Orang cakap, nasi dah jadi bubur. Sebenarnya, ada perkara yang boleh kita lakukan untuk mengelakkan perkara seperti ini dari berlaku.

Punca kepada bayi tersedak susu.

Sebelum kita pergi kepada langkah-langkah berhadapan dengan bayi tersedak susu ni. Kita kenalah tahu, apakah punca terjadinya bayi tersedak susu ni. Antara faktor-faktornya adalah, bayi tidak cukup bulan, bayi selsema, bayi tidak sihat dan cara penyusuan tidak betul.

Apakah yang perlu dilakukan jika bayi tersedak susu?

1. Jangan panik. Ya. Pertama sekali, jangan panik bila berhadapan dengan bayi tersedak susu. Bila kita panik, semua benda pun kita tak mampu lakukan. Perkara yang mudah juga boleh menjadi sukar. Jadi, jangan panik.

2. Dukung bayi anda, terbalikkan dan tepuk bahagian belakang bayi. Jangan terlalu kuat. Cukup sekadar yang mampu di terima oleh bayi. Kebiasaan cara ini sudah mencukupi.


3. Jika perkara no 2 tidak berkesan, berkemungkinan susu sudah memasuki paru-paru yang mana akan menyebabkan gangguan penafasan pada bayi tersedak susu ini. Apa yang perlu anda lakukan adalah, lakukan bantuan pernafasan dari mulut ke mulut atau CPR. Disinilah pentingnya ilmu CPR ini dan semua ibubapa haruslah mempelajari teknik ini.

Ada kes bayi meninggal tersedak susu ini berlaku di pusat asuhan. Jadi sebagai ibubapa, kita haruslah perlu kerap memantau pusat asuhan kanak-kanak tersebut. Jumlah kanak-kanak atau bayi yang ramai dengan jumlah pengasuh yang kurang akan menyebabkan pemantauan pada setiap kanak-kanak atau bayi adalah kurang. Perhatikan juga cara pengasuh mengendalikan anak-anak di pusat asuhan tersebut. Tidak salah untuk kita sebagai ibubapa menjadi sangat cerewet daripada menjadi trauma sepanjang hayat.

Monday, August 3, 2015

Rakyat semakin tertekan!

Rakyat semakin tertekan!|Ya. Kami semakin tertekan. Entah apa yang sudah terjadi. Segalanya semacam semakin tidak masuk akal. Terlalu banyak yang menjadi pertikaian. Benarlah orang cakap, ada duit ada pangkat semuanya boleh jadi betul.

Bila cakap banyak, kita boleh di tangkap dan di dakwa. Jadi apa yang kami mampu lakukan? Hanya berdiam diri tanpa membuat apa-apa? Tetapi yang akan menerima kesannya siapa? Kamilah. Rakyat bawahan! Siapa yang cakap rakyat hidup mewah? Hakikatnya rakyat semakin tertekan!

Rakyat sampai sangup mencuri semata-mata mahu mengisi perut yang kosong. Apabila di tangkap, di penjarakan dan di suruh pula bayar denda. Kenapa tidak mereka ini di bantu? Duit tabungan kan banyak? Entah pada siapa mahu disampaikan kata-kata ini. Yang pasti rakyat semakin tertekan.

Friday, July 31, 2015

Musim demam melanda!

Musim demam melanda!|Mulanya anak-anak yang demam, mungkin kerana antibody mereka masih belum kuat. Jadinya, ayahnya terpaksa beri dua badan ni. Satu untuk fokus kepada kerjaya dan keduanya kepada anak-anak. Alhamdulilah anak bongsu dah baik dari demam. Kemudian anak kedua sulung pula demam. Ish!

Demamnya bukan biasa-biasa. Sampai tak boleh jalan! Serius. Wife call cakap, anak yang sulung demam. Aku ok lagi, sebabnya takut cuaca panas beri efek pada tubuh badan anak kecil. Tapi bila wife cakap, anak aku takleh jalan, aku dah mula risau. Dah kenapa kan? Fikiran aku, mesti beri efek pada sendi ni. Bila dah dua-dua anak demam, aku dah mula fikir, musim demam melanda lagi.

Macamana aku tak cakap musim, yelah, ada satu-satu masa tu, budak-budak je ramai dekat klinik. Dan kesemuanya demam. Kan ke bermusim tu? Kan? Semalam, lepas buat pemeriksaan doktor, terus je aku bagi anak aku makan ubat. Mulanya ok la, dalam hati dah bersyukur yang panas badan anak aku dah kurung, jadinya berilah dia tidur.

Tapi pagi tadi, bila aku bangun untuk tukar pampers anak aku, aku rasa badan dia panas balik. Arghh sudah. Demam balik ke? Aku kejut la wife aku, terus dia bangun dan ambil kain basah kemudiannya lap satu badan anak aku. Yelah, kita takut jadi benda yang lebih teruk dari tu kalau tak kawal suhu badan anak kita ni. Kan? Aku paling risau kalau musim demam melanda ni, sebabnya, cuaca ketika itu adalah sangat panas dan boleh dikatakan klinik juga bukanlah suatu tempat yang selamat kerana dipenuhi dengan anak-anak kecil yang sakit.

Sekarang, wife aku masih pantau anak sulung kami ni. Takut-takut suhu badan dia meningkat. Dan aku juga lupa nak kasitau dekat wife aku yang aku pun rasa macam nak demam. Sebab dah mula selsema ni. Pening tu takda, tapi tak mula panas dekat hidung. Arghh, takkan aku pun berjangkit juga? Ini yang aku kata musim demam melanda ni.

Thursday, July 30, 2015

Anak jatuh katil!

Anak jatuh katil!|Ha,anak aku yang kedua jatuh katil malam tadi. Uish. Aku macam pelik. Macamana dia boleh jatuh, meniarap pun tak tahu lagi. Umur baru nak masuk 3 bulan. Aku tersedar sebab wife aku bising-bising suruh bangun buka lampu bilik. Orang kalau dah tertidur, kemudian di paksa bangun, memang pening kepala di buatnya kan. Aku bangun terus buka lampu. Tengok anak aku yang kecil ni dah menangis. Huh! Macamana anak aku boleh jatuh katil ni?

Lama jugalah dia menangis. Lepas wife dah peluk dan pujuk, barulah anak aku ni sambung balik tidur. Alhamdulilah wife aku ada dekat bawah. Kalau tidak, mesti anak aku jatuh atas lantai. Lagi parah di buatnya nanti. Lepas dah ada 2 orang anak ni, memang wife aku memilih untuk tidur di bawah *ada tilam single ya* sebagai persedian kes seperti anak jatuh katil ni, dan malam tadi betul-betul dia jatuh.


Sebenarnya, aku masih tercari-cari apakah punca terjadinya kes semacam ini. Mengikut rujukan dan pemantauan semasa, berikutan daripada laporan wife aku, anak kami mungkin dalam proses pembelajaran meniarap yang mana mengakibatkan beliau jatuh katil. Tetapi fakta kes menyatakan sebaliknya. Mengikut daripada kronologi yang aku buat berkaitan bagaimana anak boleh jatuh katil ni, tiada bukti-bukti yang mengukuhkan dakwaan wife aku ni. Hmm.

Bukti yang sangat kukuh adalah, waktu terjadinya anak jatuh katil ini adalah sekitar jam 0245. Waktu di mana anak-anak aku sedang nyenyak tidur. Ini sama sekali menidakkan dakwaan wife aku yang menyatakan anak kami dalam proses pembelajaran meniarap. Aku perlu mencari punca kepada pemasalahan ini.

Selepas bertungkus lumus, aku akhirnya mendapat jawapan dan bukti kes. Punca kepada terjadinya anak jatuh katil ini adalah, berlaku tolakan yang kuat dari pihak lain. Dan suspeknya adalah anak sulung kami. Yeah! Wahahahha. Memang tak lain tak bukan, anak sulung kami yang tolak. Takkan aku pulak kan? Mustahil. hehehe. Anak sulung aku rilek je tidur, walhal adik dia ni menangis sikit punya kuat lagi. Selamatlah wife ada dekat bawah. hish. Hehehe.

Punca ibu jari tangan kiri sakit disebabkan sihir?

Punca ibu jari tangan kiri sakit|Selepas pulang sahaja beraya dari kampung nun jauh di utara, terus ibu jari tangan sebelah kiri aku sakit. Nak gengam tangan pun susah. Nak pegang barang pun tak kuat. Entah kenapa pun aku sendiri tak pasti.

Bila aku tanya dengan pakcik google, Tiada yang specific menceritakan hal sebenarnya. Tetapi dari kesimpulan yang boleh aku simpulkan, ianya mungkin berpunca daripada masalah usus. Hmm. Mungkin ada benarnya, dan aku sememangnya merasakan aku sedang mengalami masalah usus. Tapi apakah benar ini adalah punca ibu jari tangan kiri sakit?

Bila aku ceritakan hal ni pada wife aku, seperti biasalah, dia akan urut pada bahagian sakit tu. Tetapi selepas sahaja wife aku urut, dia pula yang sakit. Aiks. Dah kenapa boleh jadi macam tu kan? Wife aku pulak, pemikirannya lebih ke arah cerita-cerita dalam filem. Soalan dia mudah je pada aku. Hmm, ada orang sakit hati ke? Dan buat perkara yang elok? Sebab apa dia cakap macam tu, yelah, kenapa dia urut, dia pula yang sakit. Adakah ini Punca ibu jari tangan kiri sakit?

Bila aku cuba gali dan gali, tak berjumpa pula dengan hal yang wife aku cakapkan tu. Maksudnya bukanlah kan? Ke betul? Erks. Untuk waktu sekarang, aku lebih selesa merasakan Punca ibu jari tangan kiri sakit adalah disebabkan masalah usus. Sebabnya, aku memang sekarang ni mengalami sedikit masalah usus. Ataupun rakan rakan semua ada jawapannya?

Tuesday, July 28, 2015

9 Lokasi Hiking terbaik di malaysia.

9 Lokasi Hiking terbaik di malaysia|Sukan hiking atau mendaki gunung mula mendapat perhatian rakyat malaysia. Jika sebelum ini, aktiviti ini lebih terkenal di luar negara, tetapi kini ia mula diminati hampir segenap usia. Permandangan indah sewaktu awal pagi dan ketika senja adalah antara "matlamat" utama pendaki. Malaysia sendiri memiliki kawasan hiking atau pendakian yang sangat menarik untuk diterokai. Jom ketahui 9 Lokasi Hiking terbaik di malaysia.

Bukit Kiara Park di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur

#1  Bukit Kiara Park di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur

Tahap kesukaran: Mudah.
Tempoh dari bawah ke puncak: Satu jam hingga 90 minit untuk landasan dan laluan hutan.
Waktu operasi: Setiap hari.
Maklumat Penting: Selain pejalan kaki, terdapat laluan yang sesuai untuk mereka yang gemar berjoging, berbasikal, Lorong basikal gunung dan penunggang kuda.
Kos: Tiada.

Perkara yang anda perlu tahu: Monyet boleh muncul secara tiba-tiba, jadi berhati-hatilah.

Broga Hill di Semenyih, Selangor

#2 Broga Hill di Semenyih, Selangor

Tahap kesukaran: Sederhana.
Tempoh dari bawah ke puncak: 40 minit.
Waktu operasi: Setiap Hari.
Maklumat Penting: Ramai mengesyorkan mendaki bukit seawal 0500 hanya untuk mengambil gambar matahari terbit dan pemandangan panorama kedua-dua hutan hujan dan bandar di sempadan Selangor dan Negeri Sembilan.
Kos: RM2 untuk bayaran tempat letak kereta.

Perkara yang anda perlu tahu: Sebenarnya ada empat puncak pada Broga Hill dan jejak hutan tambahan dari puncak Gunung Tok Wan.

Canopy Walk di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong

#3 Canopy Walk di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong

Tahap kesukaran: Mudah.
Tempoh dari bawah ke puncak: laluan yang berbeza mengambil masa antara 30 minit hingga satu jam untuk berjalan.
Waktu pembukaan: Selasa hingga Khamis dan hujung minggu, 9:30-2:30. Tertakluk kepada keadaan cuaca.
Maklumat Penting: Popular di kawasan perkelahan dan air terjun.
Kos: Tiket berbeza mengikut laluan.

Perkara yang anda perlu tahu: Terdapat juga 6 laluan lain yang anda boleh cuba dengan pelbagai peringkat kesukaran.

Rainbow Falls di Sungai Lembing, Kuantan

#4 Rainbow Falls di Sungai Lembing, Kuantan

Tahap kesukaran: Mudah.
Tempoh dari bawah ke puncak: 45 minit.
Waktu operasi: Setiap hari.
Maklumat Penting: Anda akan dihidangkan dengan keindahan pelangi sewaktu pendakian anda.
Kos: Tiada.
Perkara yang anda perlu tahu: Pelangi muncul sekitar jam 10:00-11:00.

4 sebab kenapa perlu minum banyak air.

4 sebab kenapa perlu minum banyak air|Air adalah asas kepada kehidupan. Air tersangat penting kepada tubuh badan kita. Air yang cukup di dalam tubuh badan manusia boleh mengelakkan pelbagai penyakit. Jom ketahui apakah 4 sebab kenapa perlu minum banyak air.

#1 Air meningkatkan metabolisme:

Cuba untuk menurunkan berat badan? Air minuman boleh meningkatkan keupayaan badan untuk membakar lemak. Satu kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Klinikal Endokrinologi dan Metabolisme mendapati bahawa air minuman mampu meningkatkan kadar metabolisme sebanyak 30 peratus di kalangan lelaki dan wanita yang sihat. Rangsangan yang berlaku dalam tempoh 10 minit tetapi mencapai maksimum 30-40 minit selepas minum.

#2 Mampu mencegah sakit kepala.

Migrain. Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Neurologi, saintis merekrut penghidap migrain dan membahagikan mereka kepada dua kumpulan: satu mengambil plasebo, yang lain disuruh minum 1.5 liter air (lebih kurang enam cawan) . Pada akhir dua minggu, kumpulan air yang telah mengalami 21 jam kurang kesakitan daripada mereka dalam kumpulan plasebo, serta penurunan dalam kesakitan.



#3 Meningkatkan kuasa minda.

Otak manusia memerlukan banyak oksigen untuk berfungsi pada tahap optimum, jadi dengan minum air dengan kuantiti yang banyak memastikan bahawa otak mendapat semua yang diperlukan. Malah, minum lapan hingga 10 cawan air setiap hari boleh meningkatkan tahap prestasi kognitif sebanyak 30 peratus.

#4 Mencegah Dehidrasi

Dehidrasi adalah punca kepada masalah keletihan pada siang hari. Dengan meminum banyak air, anda akan sentiasa bersemangat sepanjang hari dan mampu memberikan sepenuh tumpuan semasa waktu kerja. 

Banyak lagi sebenarnya kelebihan minum air yang boleh dikongsikan. Air antara elemen utama di dalam tubuh manusia tetapi tidak di pandang berat. Dengan hanya meminum air, kita mampu mengurang banyak kos di antaranya kos perubatan. Semoga perkongsian ini memberi makna kepada semua. InsyaAllah. 4 sebab kenapa perlu minum banyak air.

Perkara yang anda tidak patut lakukan selepas selesai makan.

Perkara yang anda tidak patut lakukan selepas selesai makan|Kali ini aku ingin berkongsi sedikit ilmu. Yang mungkin ada yang dah tahu dan mungkin ada yang tidak pernah tahu. Semua kehidupan di dunia ini mesti makan kan? Makan untuk meneruskan kehidupan. Tak kisahlah apa yang mereka makan. Namun, tahukah anda, terdapat perkara yang anda tidak patut lakukan selepas selesai makan? Dan jika anda ingin melakukan perkara ini, anda perlu menunggu 30 minit hingga 1 jam. Jom ketahui apakah perkara itu.

#1. Jangan mandi.

Ketika pencernaan makanan berlaku, aliran darah akan meransang ke perut. Apabila tubuh kita terkena air (mandi), pengaliran darah akan beralih kepada tangan dan kaki, situasi ini akan menyebabkan pencernaan makanan tadi menjadi tidak sempurna, dan seterusnya membawa kepada masalah kesihatan. Pakar mengesyorkan tempoh masa kira-kira setengah jam sebelum dibolehkan mandi.

#2. Jangan tidur.

Graviti memainkan peranannya di sini. Sebaik sahaja anda baring, jus penghadaman mula mengalir dari perut, dan ini boleh menyebabkan keradangan usus. Ini adalah sebab mengapa ramai orang merasakan rasa panas di mulut mereka jika mereka tidur selepas mengambil makan berat (Heavy meal). Tidur selepas makan akan meletakkan tekanan tambahan ke atas diafragma anda.


#3. Jangan terus berjalan. (Ini yang biasa aku lakukan)

Hilangkan kepercayaan lama yang berjalan selepas makan akan membantu dalam pencernaan yang lebih baik. Berjalan sememangnya membantu dalam pembakaran tenaga tetapi melakukannya sebaik sahaja anda menghabiskan makanan anda hanya membawa kepada refluks asid dan mencegah jus pencernaan daripada menyerap nutrien daripada makanan.

#4. Jangan minum teh.

Teh mempunyai manfaat sendiri. Tetapi apabila ianya di ambil tidak kena dengan masanya. ia akan menyebarkan penyakit kardiovaskular. Polifenol dalam teh menyukarkan badan untuk menyerap zat besi daripada makanan. Kandungan asid dalam teh juga mengganggu protein dalam makanan. Ini adalah sebab disyorkan untuk tidak minum teh dengan serta-merta selepas makan.

Jadi inilah antara Perkara yang anda tidak patut lakukan selepas selesai makan. Selesai sahaja pembacaan ini, mungkin ramai yang tersedar akan perkara yang biasa mereka lakukan sebenarnya adalah tidak bagus untuk jangka masa panjang. Di harap perkongsian ini membawa kepada perubahan yang lebih baik.

Dosa yang tidak berhenti mengalir.

Dosa yang tidak berhenti mengalir|Kebiasaan yang ramai orang suka kongsikan adalah, pahala yang sentiasa mengalir walaupun anda sudah meninggal dunia. Tetapi aku nak kongsikan pula dalam blog ceritaejoy ni, apakah dosa-dosa yang tidak berhenti mengalir tanpa kita semua sedari.

Media massa kini merupakan 1 keperluan kepada hampir semua orang. Boleh dikatakan semua orang wajib memilikinya. Ia adalah suatu ruangan perkongsian cerita atau gambar peribadi pemiliknya. Ia juga memiliki pengikutnya yang tersendiri. Tetapi tahukah anda yang media massa juga penyebab kepada dosa yang tidak berhenti mengalir masuk ke dalam diri kita?

Kalau kita tengok perihal maruah diri manusia ketika ini, boleh dikatakan ramai yang sudah hilang rasa malu. Gambar yang dikongsikan kadang-kadang terlalu "menyerlah". Dan mereka yang berkongsikan gambar sopan dan santun, dikatakan ketinggalan zaman. Manusia berlumba-lumba memperlihatkan tubuh mereka. Dan tanpa mereka sedari, bukan setakat pujian yang mereka terima, tetapi dosa. Inilah dosa yang tidak berhenti mengalir masuk ke dalam diri mereka.


Pernah aku berjumpa dengan 1 akuan instagram. Gambar profilenya sungguh manis bertudung. Layaknya perempuan melayu terakhir. Bila aku lihat ke dalam akaun gambarnya, lain pula hal nya. Gambar berbaju renang dengan caption "Baru beli baju dekat bla bla bla". Perkara pertama apabila melihat sesuatu gambar itu adalah kepada "likenya". Berapa ramai yang suka dengan gambar terbaru itu. Dan sedar atau tidak, ia mendedahkan auratnya dan di saksikan berpuluh, beratus atau beribu orang. Dan sedar atau tidak dosa akan mula dan tidak akan berhenti mengalir selagi mana ia berada di tempatnya.

Aku bukanlah sesiapa, Ustaz, guru agama atau alim ulama. Aku sekadar meluahkan apa yang berada di dalam fikiran aku. Tak usah cakap kaum hawa, kaum adam juga melakukan perkara yang sama. Banyak sebenarnya perkara yang antara kita sedar atau tidak, membawa kepada dosa yang tidak berhenti mengalir masuk ke dalam diri kita. Aku cuma sekadar mengambil 1 contoh daripadanya.

Selagi mana kita bernafas, elakkanlah daripada berkongsi perkara-perkara seperti itu. Kita sendiri tidak pasti, betapa siksanya hukuman yang bakal di tanggung sewaktu di akhirat kelak. Tiada seorang manusia pun yang kekal bernyawa. Semuanya pasti akan mati. Kerana kita semua telahpun lulus Syarat untuk mati.

Monday, July 27, 2015

Cuaca panas menyerang melaka!

Cuaca panas menyerang melaka!|Melaka benar-benar mengalami cuaca yang sangat panas ketika ini. Jika semalam, pada lewat petangnya, hujan turun dengan sangat lebatnya, tetapi sekarang cuaca panas telah melanda. Mungkin panas ini membawa kepada hujan pada petang atau malam nanti. Siapa tahu kan?

Apa yang paling merisaukan aku adalah anak-anak. Anak-anak kecil adalah golongan yang paling mudah terkesan dengan cuaca panas ni. Senang sangat kena demam. Bila berhadapan dengan cuaca panas semacam ini, perkara yang paling kerap aku pesan kepada wife aku *sebab wife surirumah sepenuh masa* adalah supaya kerap mandikan anak-anak aku.

Dengan cara itu, haba cuaca panas di dalam tubuh mereka dapat dikurang. Yelah, kalau kita tak kawal, boleh kena demam pula nanti. Bila dah demam, semua orang di sekeliling akan terkesan. Kerja juga boleh terganggu. Jadinya, daripada perkara semacam itu berlaku, adalah lebih baik kita membuat persediaan awal. Tak gitu?

Rasanya, mana-mana negeri pun mengalami cuaca panas sekarang ni kan? Tapi memandang aku tinggal di melaka, aku ceritalah cuaca panas yang sedang menyerang melaka ketika ini. Kan? Bagaimana pula dengan negeri anda?

Sunday, July 26, 2015

Apa yang sebenarnya sedang berlaku?

Keadaan waktu pagi yang huru hara|Ceritaejoy macam ni, pagi tadi aku terbangun lewat. Sebenarnya banyak kali juga lewatnya. Aku masuk kerja jam 0740, dan aku terjaga dari tidur jam 0650 *itupun wife aku yang kejutkan* Warghh! Biasanya waktu semacam ini aku dah masuk kerja dah. Bila dah terjaga tu, apa lagi semua benda mestilah dilakukan dengan pantas!

Dah selesai bersiap semua, aku bergerak ke tempat kerja dengan superbike aku. Nak dijadikan cerita, break disc pula sangkut. Adoii. Dah la lambat, dia buat hal pulak. Dah berat semacam je motor aku. Aku pun berhentilah tepi jalan sebab nak check. Jari ni pulak gatal nak sentuh break disc. Ha, hambik ko, dia pun panas, hingga ke saat ni rasa sakit tu tak hilang kat jari telunjuk aku ni. Hish, Apa yang sebenarnya sedang berlaku ni?

Disebabkan aku dah lambat nak ke tempat kerja, aku takdalah hiraukan sangat jari aku tu *walhal memang panas sangat-sangat*, Sampai dekat 1 traffic light ni, lampu baru sahaja bertukar merah, Kebiasaannya, penunggang motosikal akan cross jalan lain. Maksud aku, masuk simpang kemudian keluar simpang semula. Ha, faham tak apa yang cuba aku sampaikan ni? Hahahaha.

Nak dijadikan cerita, bila aku masuk simpang dan nak cross ke jalan sebelah, waktu itulah dengan secara tiba-tibanya banyak kenderaan. Arghh! Apa yang sebenarnya sedang berlaku ni? Kenapa tiba-tiba banyak kenderaan? Aku dah lambat ni! Bayangkan aku tunggu kenderaan kurang, sampai hijau semula lampu traffic light tadi. Aduh!

Dah lepas tu, aku teruskan lagi perjalanan aku ke tempat kerja. Dah la superbike aku perlahan, dengan kenderaan tiba-tiba banyak. Ish. Sampai dekat satu simpang tiga, aku perlu ambil jalan sebelah kanan. Aku dah nampak ada sebuah kereta dan jauh kebelakang sikit ada sebuah motosikal. Aku sangat yakin yang aku boleh masuk simpang tu.

Aku pun masuklah, tiba-tiba motosikal kat belakang tadi tu *seorang lelaki berumur dalam 40an dan anaknya berpakaian sekolah* menjerit dekat aku. Woii! Erks. Aku pandang pakcik tu sambil dalam hati cakap: Apa yang sebenarnya sedang berlaku ni? Dah kenapa semua orang macam gini pagi-pagi ni? Huhuhuhu. Aku betul-betul tak faham kenapa pakcik tu berperangai sedemikian. Apa yang beliau sedang atau cuba sampaikan. Aku tak ganggu jalan dia pun. Hmm.

Aku betul-betul malas nak ambil tahu. Aku teruskan juga perjalanan aku. Sampai dekat traffic light nak masuk ke tempat kerja, lampu hijau. Jadi, takdelah aku perlahankan superbike aku. Waktu tu memang banyak motosikal dan kereta. Elok je aku nak masuk simpang, ada sebuah motosikal mati enjin. Dah berhenti tengah-tengah jalan. Selamat aku tak langgar motor tu. Adoii. uits! Apa yang sebenarnya sedang berlaku ni? Kenapa? Mengapa? Bagaimana? Di mana? Huhuhuhu.

Aku betul-betul tak paham. Aku sendiri tak pasti, Apa yang sebenarnya sedang berlaku? Betul-betul bingung aku pagi tadi. Macam-macam persoalan muncul dalam minda aku. Dah kenapa kan? Hish.

Gambar Belangkas