Showing posts with label cer citer. Show all posts
Showing posts with label cer citer. Show all posts

Friday, August 19, 2011

Biskut raya beres !


Berhari-hari bersengkang mata membako biskut raya akhir nya dapat gak siapkan untuk tempahan. biskut sendiri tak buat lagi nih...! takper last minit sempat lagi buat. Biskut-biskut ni semua nak di ekspot ke kl, klang, puchong dan n9, by hand jer.. kalau nak pos biskut lain bleh lagi gagah cuma tart nenas jer tak brani coz ia rapuh alamat jadi habuk nanti kalau pos.


Tahun ni baju raya tak tempah pun, beli siap jer kat luar nanti lagi banyak pilihan compare kat sini. Tak sabor nak balik kampung dapat jumpa anak-anak jap pastu trus pecut ke klate plak. Lagi pun tahun ni anak-anak beraya ngan belah ayah dorang, so deena dan en hubby akan pulang beraya ke kelantan dan dapatlah kami ziarah pusara arwah yasmin damia nanti...





p/s:  first time beraya di klate tahun ni....

Monday, August 15, 2011

Guna maklumat dalam Facebook untuk curi wang jiran, rakan




sumber: google

LONDON: Seorang penggodam mencuri wang milik rakan dan jirannya di dalam bank selepas memperoleh kata laluan daripada maklumat peribadi yang mereka masukkan dalam laman sosial seperti Facebook dan Friends Reunited. Iain Wood, 33, dari Newcastle, menghabiskan masa 18 jam jam sehari untuk mencari butir peribadi jirannya. Dia juga menggunakan butir peribadi rakannya untuk mencari kata laluan mereka sebelum menggodam akaun bank mangsa dan mencuri lebih �35,000 (RM175,000) dalam masa dua tahun. Dia mula memindahkan wang seorang jiran terus ke dalam akaunnya pada November 2009.

Ketika menjatuhkan hukuman 15 bulan terhadap Wood semalam, Hakim Guy Whitburn berkata,: “Ini kali pertama saya menemui satu penipuan yang sungguh canggih. Ia satu penipuan yang dirancang dengan baik meskipun rumit. “Kamu menggunakan identiti orang lain untuk mencuri. Sudah pasti mangsa kamu kecewa dan sedih melihat wang mereka dicuri.” Polis yang menyerbu kediamannya menemui beberapa nombor pin akaun bank dan bil pasport milik orang lain yang diperolehnya daripada peti surat jirannya. Woods mengaku menggodam beberapa akaun bank dan mengambil surat jirannya.



Pendakwa raya, Neil Pallister memberitahu mahkamah, Wood memperoleh kata laluan akaun bank mangsa dengan memberitahu pegawai bank bahawa dia terlupa kata laluan. “Apabila ditanya soalan peribadi seperti tarikh lahir dan nama ibu, dia akan memberi jawapan yang betul. Jawapan itu diperolehnya menerusi maklumat peribadi mangsa menerusi laman seperti Facebook,” kata Pallister. Menurutnya, Wood menghabiskan masa 18 jam sehari di depan komputer untuk mencari maklumat jiran dan rakannya.
“Sebaik dia berjaya mengakses akaun bank mangsa, dia akan mnmindahkan wang mereka ke dalam akaunnya,” kata pendakwa raya itu.


sumber: harianmetro






p/s: tak mustahil boleh terjadi di sini, so berhati-hatilah bila meletak status di wall fb, atau maklumat peribadi dalam facebook.

Guna maklumat dalam Facebook untuk curi wang jiran, rakan




sumber: google

LONDON: Seorang penggodam mencuri wang milik rakan dan jirannya di dalam bank selepas memperoleh kata laluan daripada maklumat peribadi yang mereka masukkan dalam laman sosial seperti Facebook dan Friends Reunited. Iain Wood, 33, dari Newcastle, menghabiskan masa 18 jam jam sehari untuk mencari butir peribadi jirannya. Dia juga menggunakan butir peribadi rakannya untuk mencari kata laluan mereka sebelum menggodam akaun bank mangsa dan mencuri lebih �35,000 (RM175,000) dalam masa dua tahun. Dia mula memindahkan wang seorang jiran terus ke dalam akaunnya pada November 2009.

Ketika menjatuhkan hukuman 15 bulan terhadap Wood semalam, Hakim Guy Whitburn berkata,: “Ini kali pertama saya menemui satu penipuan yang sungguh canggih. Ia satu penipuan yang dirancang dengan baik meskipun rumit. “Kamu menggunakan identiti orang lain untuk mencuri. Sudah pasti mangsa kamu kecewa dan sedih melihat wang mereka dicuri.” Polis yang menyerbu kediamannya menemui beberapa nombor pin akaun bank dan bil pasport milik orang lain yang diperolehnya daripada peti surat jirannya. Woods mengaku menggodam beberapa akaun bank dan mengambil surat jirannya.



Pendakwa raya, Neil Pallister memberitahu mahkamah, Wood memperoleh kata laluan akaun bank mangsa dengan memberitahu pegawai bank bahawa dia terlupa kata laluan. “Apabila ditanya soalan peribadi seperti tarikh lahir dan nama ibu, dia akan memberi jawapan yang betul. Jawapan itu diperolehnya menerusi maklumat peribadi mangsa menerusi laman seperti Facebook,” kata Pallister. Menurutnya, Wood menghabiskan masa 18 jam sehari di depan komputer untuk mencari maklumat jiran dan rakannya.
“Sebaik dia berjaya mengakses akaun bank mangsa, dia akan mnmindahkan wang mereka ke dalam akaunnya,” kata pendakwa raya itu.


sumber: harianmetro






p/s: tak mustahil boleh terjadi di sini, so berhati-hatilah bila meletak status di wall fb, atau maklumat peribadi dalam facebook.

Sunday, August 14, 2011

Cenggini jer cara bentuk tart nenas...


Ada peminat rupanya tart nenas kita haaa... cik nurul nak tau macam mana deena buat ekk ? :) okay deena ada lakarkan contoh dibawah, kalau boleh guna gunting kecik dan ikut step yang deena tunjukkan...


Adunan buat bentuk empat segi dulu,  lepas siap gunting seperti dalam gamba diatas, gunakan jari jer bentuk di anak panah . ( ikut suka nak lonjong ker, runcing ker... lama-lama nanti pro la tuh ... )



Harap-harap nurul faham dan bleh cuba buat plak yer...







p/s: tengah membako tart nenas...
http://www.emocutez.com

Thursday, July 28, 2011

Mantai...


Tak ramai yang tahu ape itu  'Mantai' kan ?  orang negeri sembilan ( tradisi bagi masyarakat minang) biasanya menyambut hari mantai dan ia disambut sehari sebelum puasa atau hari raya, kira pre-ramadhan haa.. :) ada setengah daerah panggil hari 'Bantai' *bukan bantai belasah tu yooo * tapi kekdah tetap sama. Masa tu orang kampung akan bergotong royong menyembelih lembu, kobau untuk dibuat hidangan makan bersama sanak saudara, atau untuk kenduri.


salah satu kuih tradisi minangkabau 'godok galumang'

Menu utama semestinyer rendang minang, lemang, dendeng ayam , masak lemak cili api dan banyak lagi. Dah macam nak beraya la pulak, tradisi ni dah jadi acara turun temurun dan sehingga sekarang hari 'mantai' atau 'bantai' masih diteruskan.  Di situlah terletak keunikan budaya Negeri Sembilan....


p/s: campuran selangor ngan nogori...

Thursday, July 21, 2011

Tok....

tok tengah rancak berborak ngan saudara dia.... *sib baik dah abis urut* :)
Petang semalam deena gi umah Tok di kg syed nahar untuk berurut.. * sedap berurut ngan tok nih.. ! * saje jer nak suh tok rasa kot2 ada yg tak kena ker ape. " takdak apa2 ehhhh urat lembutttt smua baguih naaaa... !" ngomel si tok ni sambil ngurut heee...  dari mula berurut sampai la habis tak berenti tok ni bercerita. Apa yang menarik tentang tok ni, dia dah ada 50 cucu dan 14 cicit, dan cicit yang paling besar umur 17 tahun haaa... 3-4 tahun lagi mau tok ni dapat piut plak...dan dalam usia 70 tahun tok masih kuat dan kulit cekang lagi beb... heeee.. takyah botox ke ape haaa... * deena siap cubit2 lagi pipi ngan tangan tok hehe *

rumah tok terselit kat blkg rumah depan ni... ( kena mendaki skit )
pokok bunga depan umah tok, lupa nak tanya nama pokok ni... :)

Kalau berkumpul anak beranak, cucu cicit bagai buat kenduri tak payah susah-susah mikir cari orang yer tak ? anak menantu semua tinggal berdekatan rumah tok gak,  lagi la senang. Kawasan perkampungan ni yang best ia berbukit-bukit cantik jer pemandangan rumah di lereng-lereng bukit, mesti tak berani kuar malam punya coz gelap dan sunyi. * lalu kawasan hutan dan jalan sempit *  cuma line jer la masalah skit  :)



p/s: selalu ingat pesan tok jaga pantang larang semua...

Tuesday, July 12, 2011

Hati-hati bila memakai kanta lekap


Seperti biasa rutin harian periksa kanta lekap mana tau kot2 tetiba tukar kaler lain ker, hilang ker heee... maklumlah jarang pakai kan, selalu kat umah deena pakai cermin mata memang tak bleh berenggang,  mandi ngan tido jer tanggal. celik mato meraba cari cermin mata. Cer bab kanta lekap ni kita tak bleh amik mudah terutama dari segi pemakaian dan penjagaan. pada yang baru nak mula pakai tu deena sarankan rujuk pada pakar optometris *tul ker ejaan tuu..* cara pakai yang betul. kadang kalau kita pakai terbalik akan rasa tak selesa dan kena keluarkan cepat-cepat.  deena list kan secara asas apa yang perlu dan elakkan bila memakai kanta lekap nak plak trend skang macam-macam kaler  * mato rimau pun ado *   Sebelum pakai kanta lekap pastikan :-

permukaan yang betul kanta lekap berbentuk 'U' tgk anak panah...

1~Basuh tangan dulu tiap kali buka kanta lekap. lepas basuh pastikan tangan dikeringkan coz air paip masih mengandungi kuman atau bakteria kecuali gunakan air yang ditapis.
2~ Letakkan kanta lekap atas tapak tangan . then bersihkan dengan cara meletakkan 3-4 titis pembersih pelbagai guna(multipurpose solution) . Gunakan salah satu jari untuk menggosok kanta lekap dengan lembut beserta titisan pencuci tadi.
3~ Simpan kanta lekap dalam bekas khas, pastikan bekas tadi bersih dan mesti diganti dengan kerap supaya kuman yang ada dalam bekas lama tak melekat pada kanta lekap lekap.
4~  Pakai dulu kanta lekap sebelum nak make up yer... * bayangkan dah vogue giler muka ngan bulu mata pelesu, baru terhegeh nak pkai kanta lekap ! ape cer ? hehe *
5~ Jangan biasakan pakai melebihi 8 jam atau bawak tido. * ada kes sampai bwk gi hospital keluarkan kanta lekap haa..*
6~ Dan jangan pakai lebih dari tempoh yg ditetapkan. ( ada sebulan, 3 bulan dan 6 bulan)
7~ Jangan sembarangan memakai larutan pembersih.
8~ Satu lagi pengalaman selama deena pakai kanta lekap ni bila makan gunakan tangan jari telunjuk automatik melentik keatas hehe... klu tak buat  basuhlah ngan air klorok sekalipun waktu nak tarik kuor kanta dalam mata punya la pedihhh ! itu la gunanyer jari lentik tadi mmg di jamin tak pedih haa.. Sampai skang wlau tak pakai pun jari telunjuk ni tetap melentik... :) * mcm cacat dah orang tengok*

komplikasi akibat memakai kanta lekap....

Seandainya timbul rasa tak selesa seperti mata merah, gatal-gatal baik berhenti pakai dan jumpa doktor. ada kes sampai tahap kronik mata boleh buta. *mana cari spare klu mata buta ! *  yang penting kena disiplin coz memang rumit penjagaan dan pemakaian kanta lekap ni.


p/s: dah semulajadi mato den cekelat.. . http://www.emocutez.com

Tuesday, July 5, 2011

Nak tau korang dah ketagih facebook ker idak !?


Bila tanggungjawab pada mereka dan keluarga mereka terabai hehe ...* sian baby tuh..*



haaa ni satu lagi kat bilik mandi pong bleh layannn.. * ibu badan adik dah masham niiii* :)



ohhhh tidakk !!! bila dah terkena penyakit nih, tak mampu berenggang walau sesaat.. *komengaaa...! *



ni lagi parah....' tak kira di mana anda berada tetap online gittew..' * mau terencat kt dlm tuh*


Bila dalam kepala otak anak-anak siang malam ingat facebook, ni la jadi nyer. agak2 klu kat sekolah ada mata pelajaran facebook sure dapat A+ haaa.. *anak-anak sekalian jangan buat macam tu yerr...*



Ni kira dah tahap gaban sampai tertido siap ada tanda keyboard kat pipi... * keypad lock tul ! *



ekekekeke...bakal menjejaki langkah mak n ayah kecik-kecik dah pandai tulis kat 'WALL'  *klu nmpk ank conteng kt dinding bior kan ajerr ada seni tuuu *



Kesimpulan nyer jangan abaikan kesihatan, aktiviti, amalan, pekerjaan, keluarga, awek, balak, suami, isteri, mak bapak, adik kakak abang.. * brape byk mau sebut daa.. * dengan melayari internet atau facebook kelak ini la akibat nyer nanti....renung-renungkan dan selamat beramal. ;-)


p/s: layan2 gak.. kerja umah settle dlu beb hehe... http://www.emocutez.com

Tuesday, June 21, 2011

Kalau tengah marah ape korang buat.. ?!



Bila cer bab marah-marah ni, musti semua orang ada sifat ni kan.. bukan worang  nama nya klu skit pun xder rasa marohh.. ekekeke.. Bermacam cara orang lepaskan geram, marah..dan yang sewaktu dengan nyer.. ada luahkan kat diari, kertas tisu, wall fb, dan ada jugak spesis yang menyerang wall fb worang.. ! sungguh kurang sopan kekdah nyer haaa...


Tapiiiii... bagaimanakah cara anda  menangani kemarahan ? ( terskema jap hehe.. ) . Deena penah terbaca dalam satu artikel di negara matahari terbit, ( lama dah... lupa dr sumber mana ) yang mana dalam pejabat tu memang disediakan patung yang menyerupai Bos dorang. Sooooo... bila salah sorang staff kat situ kena marah ngan bos jepang ni , mesti staff ni hangin satu badan yer tak ?? pas hangguk-hangguk.. geleng-geleng kuar dari bilik bos mangkuk dia tuh, trus staff ni tadi masuk dalam bilik yg ada patung muka sejibik bos dia haaa...


Tau ape dia buat kat patung tuh ? dia terajang, sepak, flying kick, maki kaw-kaw depan patung bos dia sampai dia puas hati dan legaaaa... ada bran buat ini macam ? hehe... kesimpulan, tindakan dan tujuan dorang buat macam tu supaya perasaan marah tadi akan lenyap dan abis takat tu jer. kira xder makna nak dendam ker ape haa... moral of the story kalau nak lepaskan gerammmm.. ! apa kata gi tenyeh bilik air ker.. jamban ker lagi korang rasa marah korang tenyehhh kuat-kuat anggap jer tengah tenyeh muka itu worang... kan dah release skittt... takpun tiru mcm citer p.ramlee.. amik kertas ponyok2  pijak.. hehe....


p/s: kalau melampau sangat omputih kata 'my blood go upstair' huhu... kasi lempang laju-laju sampai ada blusher mcm ni hah..
. http://www.emocutez.com

Monday, June 20, 2011

Kuala lumpur... dulu dan sekarang..


credit to wiki
Kuala Lumpur dulu dan sekarang dah banyak  beza dibanding zaman sebelum merdeka dulu. jom kita hayati dan lihat sendiri disebalik kemegahan bandaraya ni... 


bukit bintang



kampung baru 

 
dataran merdeka..


hospital kuala lumpur


ampang park




stadium merdeka


masjid jamek


kuala lumpur


keretapi tanah melayu

penjara pudu

masjid negara kuala lumpur

tapak klcc

petaling street

bukit aman




Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak dan Datin Sri Rosmah Mansur...





Tun Dr mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah...


Cukup la yang ni dulu...ikutkan banyak lagi nak letak.. :). sekurang-kurangnya generasi muda akan lebih menghargai negara kita terutama bandaraya kuala lumpur.


p/s: masa kecik-kecik abah selalu bawak gi beli baju raya kat jln tar, globe dan kamdar =)

Gambar Belangkas