Showing posts with label bumi. Show all posts
Showing posts with label bumi. Show all posts

Wednesday, September 11, 2013

Gambar yang tak pernah gagal buat saya ;)

Assalammualaikum..

Gambar - gambar ni sentiasa buat saya senyum!
Tak tahu la bila lagi nak berkumpul dan nak happy2 macam ni.
Rindu sangat!

Lupa pulak nak bagitahu, ni semua gambar adik beradik dan sepupu-sepapat. 
Kami memang rapat dulu, cuma bila dah dewasa ni masing-masing dah bawa haluan sendiri. 
Jarang sangat nak berkumpul.

Rindu!! 
Lama tak gelak kuat-kuat.
Rindu!! 
 






Insyallah suatu hari nanti kita berkumpul macam dulu-dulu ye.

Monday, July 22, 2013

Sayalah budak kedai Foto & Kasut

Assalammualaikum..

Hari ni saja-saja je nak bercerita.

Saya ambil SPM tahun 2001. Lepas habis SPM, saya duduk rumah 1 minggu je. Bosan sangat!! Saya pun keluarlah mencari la kerja kat kangaq yang penuh pancaroba tu. Sorang-sorang okey. Saya ni memang jenis relex je.. Saya boleh je jejalan sorang diri, shopping sorang diri.. kira koboi je.

 Satu kedai satu kedai saya tanya. 'ada kerja kosong tak?'  Malu tau sebenarnya, tapi nak kerja punya pasal kan..

Nak dijadikan rezeki, saya dapat kerja kat kedai gambar. Kedai mualaf. Kedai tu uncle bahagikan dengan isteri dia, so...sebelah kedai gambar, sebelah kedai emas. Tingkat atas salon, auntie punya gak. Tingkat atas sekali, rumah depa la.

Gaji RM350 sebulan. Kerja 9 pagi - 6 petang. Saya pergi kerja dengan ayah, awal la.. kul 8 pagi dah sampai kangaq, lepak dalam kereta 45minit, pastu baru jalan gi kedai. Best tau suasana pagi. Tenang je.

Selalunya saya akan sampai awal, uncle tak buka kedai lagi. Soo..jadilah saya penunggu setia, bertinggong depan kedai. ;) Bila uncle buka, saya pun mula la, kemas kedai, sapu sampah, lap cermin-cermin tempat simpan emas tu, susun-susun apa yang patut. Saya suka kerja tu sebenarnya.

Uncle pulak ada 2 orang anak perempuan. Dua-dua baik.

Waktu paling best, 2 minggu sebelum raya. Meriah sangat-sangat!! Orang ramai sangat!! Tambah pulak blok kedai saya kerja ni kedai kasut, borong din, bank... memang jadi tumpuan la. Best tau!!

Tapi...ada satu kejadian yang saya takan lupa. Masa tu saya berdiri kat depan kedai..saja la tengok orang lalu lalang. Sekali tu, sorang makcik ni yang tengah jalan dengan anak lelaki dia, pusing belakang, tarik budak perempuan yang baru selisih dengan dia, zassssss.....zasssssss....zassss......budak tu kena tampaq dengan makcik tu. bertubi-tubi. Ternganga saya. Pastu makcik tu maki-maki sampil pukul-pukul. Anak lelaki dia yang kat sebelah tu mula-mula biar, tapi bila dia tengok mak dia 'naik hantu' baru la dia tarik mak dia. Dari apa yang makcik tu maki, saya dapat tangkap la yang perempuan tu rampas suami dia. Tapi kan..perempuan tu muda sangat, macam belajar lagi je. Anak lelaki makcik tu siap cakap, 'kita jumpa kat mahkamah'. Bayangkan orang tengah ramai masa tu. Kesian...tapi mesti ada hikmah Allah nak bagi depa tu berjumpa kan?

Lagi satu, masa kerja kat kedai tu, saya dah macam jadi geng dengan 'orang-orang istimewa' yang selalu tadah tangan minta duit tu. Tiap-tiap hari depa akan mai minta duit. Saya bagi sebulan sekali je, masa dapat gaji. Ada la satu hari tu, salah sorang mai minta duit, saya cakap la tak ada duit. Dia terus keluarkan duit dalam poket dia, pastu baling, bagi melayang-layang atas muka dia. Lawak!! Tu nak menunjuk la yang dia banyak duit! Pastu auntie buat gaya macam nak terkam ambil duit dia, laju je kutip balik & lari sambil buat muka marah. Haahahhaaa.. lawak tau.

gambar ni uncle yang ambilkan.. ;)
Disebabkan lama kerja kat situ, saya rapat la dengan kakak kedai kasut. Haaa....'kakak' tu merujuk kepada tokey kedai kasut tu ye, dia berbangsa cina, tapi semua orang panggil dia kakak. Sempoi je. 2 minggu sebelum puasa, saya kerja part time kat kedai kasut. Habis kerja kat kedai gambaq kul6, terus je sambung kat kedai kasut. Pastu rehat untuk berbuka. habis kerja kul10 malam. Gaji RM35/hari.

Kat sini pun best. Kiranya kerja kat sini kan, jumpa habis adik beradik, jiran-jiran, kawan-kawan. Semua mai beli kat kedai ni. Seminggu sebelum raya tu, orang teramat la ramai. Sangat ramai, jalan memang bahu bertemu bahu. Ala...kat perlis masa tu memang tu je la kedai kasut yang okey pun.hehe..

Masa mula-mula memang kekok nak tunduk-tunduk bagi & pakaikan orang kasut, tapi bila dah ramai sangat orang, pastu nak cepat, rasa okey je tunduk-tunduk pakaikan orang kasut, picit-picit kat depan kasut nak tengok ketat ke tak. Buang ego la kiranya. Rasanya sebab tu la sekarang ni saya akan rasa okey je bila kena merendahkan diri, tak kisah la apa situasinya. Ala..kalau kita meninggi diri dapat paha ok gak, ni tak dapat apa pun, so biasa-biasa sudah. Ni tak cita lagi kalau stok kasut sampai. Bersila tepi kaki lima tu biasa. Memang tak ayu langsung la. hehe..

Semua ni kenangan yang sangat best. Kakak pun sampai sekarang, kalau beli kasut kedai dia mesti bagi murah gila. Kadang-kadang tu kurang sampai RM10 tau! Walaupun saya kerja kejap je dengan dia, dia tetap ingat, tu yang best.

Semua ni kenangan yang sangat best. Tak kisah la apa bangsa kita, apa agama kita, yang penting kita hormat menghormati. Saya bekerja dengan dua majikan berbangsa cina tapi sorang beragama islam, sorang beragama ibunda dia la, tapi dua-dua baik, dua-dua tunjuk contoh yang baik kat saya, dua-dua sampai sekarang selalu je bagi diskaun kat saya. like! like!

Masa berhenti kerja, uncle bagi gaji lebih, dekat rm1,000 la.. Dia cakap buat belanja nak masuk belajar, jadi, saya terus gi kedai sebelah, buat spek.. hehe..

Last day kerja, sedih nak berhenti, tapi semangat nak sambung belajar. Apapun..ni cuma secubit je daripada  pengalaman saya bergelar budak kedai, ada banyak lagi yang pengalaman best! Kalau ada rekezi kita birak lagi la yek. okey..wassalam.. 







 

Tuesday, June 11, 2013

Arahan Majikan Vs Arahan Allah

Assalammualaikum....

Saya suka tempat kerja saya sekarang. Setiap Jumaat, akan ada Ustaz bagi tazkirah pagi. Ustaz yang bagi tazkirah pun ditukar-tukar. Tapi semua Ustaz yang mai tu, memang best. Masing-masing ada kekuatan dan tarikan tersendiri. Kalau dulu, hari Jumaat mesti rasa nak cuti.. Tapi sekarang ni, dah rasa rugi sangat kalau cuti hari Jumaat. Tazkirah tu buat saya suka hari Jumaat.

Setiap pagi pula, kami kat pejabat ni, diwajibkan membaca Al-quran. Kiranya sampai je kat pejabat ni, kul8-8.15 pagi tu semua akan berkumpul ikut unit masing-masing, pastu baca quran dan maksudnya. Ada juga yang lajak sampai kul 8.30-8.45 pagi. Ala...benda yang baik, apa salahnya kan..

Best kan kerja kat sini? Susah kot nak ada pejabat yang mementingkan hubungan staf dengan Allah.
Arahan majikan saya selaras dan selari dengan arahan Allah.

Masa mula-mula arahan baca Al-quran tu kan, saya terus kerdutkan dahi ni. 
Dalam hati ni, terus je rasa ' eh..tah apa-apa la, ikut suka la orang nak baca ke tak, ish..tak sesuai la!' Serius, tu yang terus terdetik dalam hati. Rasa macam tah apa-apa je, orang baca quran kat rumah, mana boleh paksa-paksa. Lagi satu, malu la.. saya ni bukannya pandai sangat membaca, tersekat-sekat je.. Malu!! Takmau!!

Tapi kan..bila dah lama-lama ni, rasa seronok pula baca quran ramai-ramai.... baca makna sama-sama.... Dah rasa selesa sangat. Kalau tak baca, mesti rasa kosong. Kalau cuti lama-lama mesti rasa ketinggalan. Dah boleh rasa hubungan rohani tu. Bukan saya sorang je tau! Tapi kami semua yang bekerja kat sini. 

Bila fikir balik, rasa bersyukur sangat dapat kerja kat sini. Sebabnya, saya terdedah dengan persekitaran yang sangai baik. Pergi unit ni baca quran, pergi unit tu baca quran. Bila hubungan dengan DIA baik, insyallah hubungan sesama manusia pun baik.

Yang terbaru sekali, kami diarahkan untuk membaca hadis setiap kali selesai mesyuarat. Tak kisah la mesyuarat apa pun, sorang, kena baca hadis untuk renungan. 

Best kan kat sini. Apa saya yang kami buat, kami akan diingatkan tentang akhirat. 

Saya tulis ni bukanlah bertujuan nak cakap saya  dan semua staf ni baik atau sempurna, tapi sekadar nak cerita persekitaran kat tempat kerja. Kami semua dalam usaha nak jadi manusia yang baik. Tau tak, bila baca quran dan maksud yang betul-betul kena kat batang hidung ni, rasa bersalah sangat-sangat tau!! Bila baca buku, rasa juga bersalah..tapi bila terjemahan quran ni, rasa tersusuk ni lagi dalam. Kalau tak percaya,cubalah. ;)

Geng mengaji saya dah sampai ayat 33 Surah Al-A'raf.. Saya terpanah dengan ayat 26nya yang bermaksud WAHAI ANAK ADAM! SESUNGGUHNYA KAMI TELAH MENURUNKAN KEPADAMU PAKAIAN UNTUK MENUTUPI AURATMU DAN PAKAIAN INDAH UNTUK PERHIASAN. DAN PAKAIAN TAKWA ITULAH YANG LEBIH BAIK. YANG DEMIKIAN ITULAH SEBAHAGIAN DARIPADA TANDA-TANDA KEKUASAAN ALLAH, MUDAH MUDAHAN MEREKA SELALU INGAT.'


;)


 

 

Sunday, February 17, 2013

Masjid Al-Hussein


Assalammualaikum..

:)
Saya suka bersolat maghrib kat masjid ni. Kat Kuala Perlis. Masjid ni sumbangan seorang hamba Allah. Namanya Tan Sri Ariffin. Saya tak tahu sangat cerita disebalik masjid ni, yang saya tahu nama masjid ni Masjid Al-Hussein. Diambil semperna mana abang Tan Sri Ariffin. Orang kata idea asal nak buat masjid ni datang dari abang Tan Sri, tapi dia tak sempat nak tengok sebab dia 'pergi' dulu.

Saya kagum sebenarnya bila dapat tahu masjid ni sumbangan orang perseorangan. Alahai.....saya pernah terbaca, antara orang yang masuk syurga ialah orang yang mendirikan masjid. Semoga hamba Allah ini terpelihara dan dapat masuk syurga.

Selalunya saya akan ke masjid ni pada hari sabtu @ ahad. Orang sentiasa penuh. Suka sangat tengok suasana macam tu. :)

Saya syorkan siapa yang datang kat perlis ni ataupun orang perlis sendiri yang belum pernah bersolat kat sini, cuba-cubalah. Cuba sekali mesti nak lagi. hehe..

Pernah dalam 1bulan tu, 3minggu berturut-turut saya pergi. Ada juga la bulan yang saya tak sempat nak pergi. Sampai teringat-ingat tau kalau lama tak pergi.



kubah..


laluan masuk..

adik tu solat sorang-sorang je..



Rindu kat masjid ni, dah lama tak solat kat sini..

Sunday, August 12, 2012

durian belanda



Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?


Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.

Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia , dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis , dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.

Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.


Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib” dan buahnya ini :

i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.

ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.
iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.

iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.

Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika . Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :

1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar , Payu Dara , Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.

2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!

3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.

Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!

Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik.



Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !

Tapi… kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa?

Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan.

Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaut keuntungan besar. Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka.

Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini.

Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar.

Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.
The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.

Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.

Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!

Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.

Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu.

Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute. Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan.



 
ALLAH MENJADIKAN SESUATU ITU ADA MANFAATNYA,

 
BERSYUKURLAH..


Wednesday, August 1, 2012

tasik pink



assalammualaikum..
ha! tasik warna pink! sangat keperempuanan! lagipun pink kan warna untuk wanita islam.. itulah ciptaan ALLAH. DIA boleh menjadikan sesuatu yang diluar pemikiran logik menjadi sesuatu yang tak mustahil.
subahanallah..

Air tasik di Tasek Retba ini bertukar menjadi pink adalah disebabkan terdapat populasi alga terbesar di sini yang disebut sebagai alga Dunaliella






terus teringat air bandung!

Gambar Belangkas