Showing posts with label blogger. Show all posts
Showing posts with label blogger. Show all posts

Wednesday, October 27, 2010

Wow! ...BE? Apa tu?

Dah masuk 4 tahun saya berblogging, walaupun ada masa pasang, ada masa surut...tapi banyak yang surutnya. Al-maklumlah tugas-tugas hakiki lebih  menuntut waktu dan commitment diri ini ... Pada awalnya, tidak tahupun apa itu nuffnang ini...ada terbaca tapi buat tak tahu saja... tetapi teruja bila nuff keluarkan satu berita tidak lama dahulu, di mana sambil berblogging boleh juga menjana pendapatan.  (Siapa tak mahu jika diberi duitkan?) Yang penting kita mahu ia halal, bukannya duit dari mencuri ke, merompak ke, rasuah ke... 

lalu cuba-cuba juga mendaftar jadi ahli nuffnang, selepas itu cuba letak iklan nuff di blog..(hehe..dengan pertolongan anak saya! Ini baru setahun yang lalu) 
Semasa mendaftar kalau tak silap ada soalan yg perlu di jawab. Pastikan iklan-iklan yang diletakkan bukanlah iklan yang bertentangan dengan agama... (cthnya: iklan minuman keras)

kemudian saya tak kisah pun dengan iklan tu, ada ke, tak ada ke, tak mendatangkan kesan langsung... tapi sehari dua, bila buka akaun nuff, baru perasan ...
WOW! ...ada 5 BE!

Alhamdulillah...
wbgmn pun earning nya bukan banyak...seciput aje...
(sebab tu malu nak tunjuk...sebab tak ramai yang jenguk blog saya ini) 

silalah klik jika nak tgk dgn lebih jelas..

Tuesday, October 12, 2010

From Libya to Shah Alam

Tidak disangka dunia blogging telah menemukan ramai rakan dan sahabat... terimakasih Babazahra'
Satu bungkusan cenderahati telah diterima, fridge magnet, display plate dan sehelai tudung ...jauh datangnya ni...dari Tripoli, Libya...

Hari Raya tahun lepas Babazahra' bersama-sama isteri dan 2 orang anak dara yang comel pernah bertandang ke teratak ku ....
Semoga persahabatan akan terus terjalin ...

Saturday, October 9, 2010

Triplet ~ Kembar Tiga

Last week I stumble upon this blog, KEMBAR TIGA: A Wondeful Life with Three Little Angels, It is a blog written by Nani, a mom of a triplet...Fauzi, Faris and Fahmi. I really couldn't put my eyes off their cute, smiling little face. Sooooo  adorable... since once upon a time I too was really hoping I could get a twin also (berangan aje..)...well, in my mother's side there are severals twins, but none any from my father's or hubby's side.
Love to read their happenings ...Let's see some of their piccas, don't you think there are soooo adorable?
Rasa macam nak cubit-cubit aje pipi dia orang nih! Comelllllllnya...

 Beg pun kena 3 jugak!
 
 Seronoknya main keretapi bertiga...
HuHuHu...nak gi shopping pun kena 3 jugak...alamak! Kenapa nangis tu?
Pict ni yang paling saya suka tengok (walaupun tahu mesti parents they all masa nilah yg paling haru biru nak tenteramkan anak-anak ni) Mana taknya, seorang nangis, yang lain pun start nangis jugak!

All the best to Nani and husband, Semoga Allah kurniakan kekuatan dan kesabaran yang tinggi dalam perjalanan mendidik anak-anak kembar mereka membesar menjadi anak-anak yang soleh. Semoga Allah Limpahkan Rahmat dan HidayahNya ke atas mereka sekeluarga. Ameen.

Gambar Belangkas