Showing posts with label Tips Pelancongan. Show all posts
Showing posts with label Tips Pelancongan. Show all posts

Monday, November 18, 2013

SEJADAH TRAVEL SAIZ POKET - MUSTI ADA!!

Ramai yang merungut susah nak solat bila ke luar negara, terutama skali di negara bukan Islam. Nak cari surau atau masjid memang susah. Tempat yang proper untuk solat pon takde. So, memang amat sukar.

Saya dan keluarga dah menghadapi kesukaran nak solat semasa di Sydney. Merata cari tempat takde. Last-last kitorang pergi kat sudut2 yang takde orang dan alas dengan kertas2 untuk solat di atasnya. Memang susah betul!

Pulang daripada Sydney, saya terus gugel... dan terjumpalah di blog Medan Telekung.
 
Memang sempoi sejadahnya. Boleh dilipat kecil, dan zip kemas2, muat masuk poket je. Ianya ringan, so tak terasa pon nak bawa ke mana2. Kalu kotor/berabuk, leh lap jer ngan kain basah. Jemur sket dan tada... dah leh lipat simpan atau guna semula.

Ni bawah ni rupe bentuk sejadah travel yang best ni :
 Kecil gini je saiznya. Ada zip keliling begnya. Senang nak simpan kemas2.

 Memula buka begini

 Tebarkan sahaja bila nak guna

 Tadaa..!! dah siap. Leh terus solat di atasnya.

Menurut Medan Telekung, ada tiga kaler.. so leh pilih mana yang berkenan.

Sejadah jenis ini popular di kalangan mereka yang pergi umrah dan haji. Mereka bawa yg camni sebab senang nak solat di mana2 pon.

Kalu tak salah harga cuma RM22/pc. Tambah RM6 untuk poslaju. Pada saya harga ini tidak seberapa, sebab yang penting dapat menunaikan tanggungjawab solat walau dimanapon kita berada. Tul tak?

Semoga bermanfaat :-)

Monday, January 14, 2013

Tiket Airasia Percuma Datang Lagi! Yeay 2013!!

Bermula malam ni sampailah ke 20hb Jan 2013 ni, leh cuba nasib dapatkan tiket percuma dari Airasia. Betul, x tipu.. x caya leh gi ke website Airasia.

Promosi ni sebenarnya dah dibuka dari malam semalam (14hb Jan 2013) untuk ahli Biggies.

Kita yang bukan ahli Biggies ni jangan lepaskan peluang ni k..

Seronok nih bawa anak2 berjalan over the seas ngan tiket percuma camni... \(^_^)/

Signed off


Tuesday, December 25, 2012

Dragonair : Kapal Terbang Tambang Murah

Rasanya ramai yang hanya kenal Airasia sebagai kapal terbang tambang murah yang beroperasi di Malaysia. Selain daripada Airsia, sebenarnya banyak lagi syarikat kapal terbang lain yang boleh tahan murahnya. Bukan setakat 2-3, tapi lebih daripada 10 buah syarikat kapal terbang tambang murah yang ada. Nak tahu lebih lanjut leh baca entry saya yang lepas-lepas..

Kali ni saya nak share pasal Dragonair, syarikat kapal terbang dari Hong Kong. Dalam entri lepas saya tak sentuh langsung. Sekarang ni ada promosi yang pada saya amat hebat (hebat=murah!). Dragonair buat promosi 3hari 2 malam beserta tiket pergi balik dari Kota Kinabalu ke Hong Kong.


Nak tahu lebey lanjut leh gi website Dragonair.
Apa2pon, meh saya ringkaskan promosi nih di sini :

3Hari 2 Malam Free & Easy All-Inclusive by Dragonair
  • 3Hari 2 Malam
  • Termasuk tiket pergi-balik kapal terbang kelas ekonomi
  • Hotel leh pilih sendri dari 79 buah hotel yang terletak di Kowloon
  • Dapat tambahan 10kg baggage allowance (ye la kan.. nanti sure shopping banyak punye!)
  • Pengangkutan percuma percuma dari airport-hotel-airport.. so xyah nak risau pasal teksi mahal, atau takut kena tipu dek pemandu teksi
  • Dapat free lawatan percuma setengah hari sekitar Hong Kong
  • Promosi berakhir 31 Mac 2013
Pada yang dok kat Kota Kinabalu tu, leh amik peluang ni untuk jejalan kat Hong Kong. Pada yang dok tempat lain, kalu nak amik peluang ni kena transit kat KK dulu. Itu kena kira balik aar whether berbaloi ke tak.

Apa yang menarik kat Hong Kong? Hmm... dah tentulah Disneyland!

Signed Off!




Memey Fashion House

Promote Your Page Too

Friday, December 21, 2012

Pertandingan Fotografi di Melaka dengan Hadiah RM50,000!

Tahukah anda tahun ini Melaka menyambut ulangtahun ke-75 tahun penubuhannya. Haa.. jangan tak tau ye, Melaka adalah negeri yang tertua di Malaysia ni. Bermula sebagai negeri beraja (oleh Parameswara) ketika itu hinggalah sekarang takde raja langsung, Melaka sentiasa gah di hadapan. Kalau dolu-dolu sebagai pelabuhan strategik tempat kapal2 berlabuh, sekarang ni famous sebab kekayaannya dengan sumber sejarah. Saja nak bagitau juga yang Melaka adalah salah satu tempat yang diiktiraf oleh UNESCO sebagai kawasan sejarah penting (UNESCO Heritage Site).


Betullah tekaan Parameswara suatu ketika itu ketika dia nampak si kancil menyepak anjing buruannya.. yang Melaka ni sememangnye tanah bertuah!

Bagi yang belum ke Melaka, boleh baca post saya tentang percutian percuma di Melaka... iye, negeri yang indah ni tak memerlukan bajet yang tinggi untuk dilawati. Bawa duit untuk penuhkan tangki minyak dan tangki perut jer... heheh... sempat lagi kalu nak pergi bawa anak-anak berjalan di cuti sekolah ni.

Bagi yang sudahpon melawat Melaka, saya pasti anda ada banyak bergambar di sini. Jangan sia-siakan gambar-gambar menarik tu. Sebab sekarang akhar Melaka Hari Ini (MHI) ada mengadakan pertandingan fotografi. Dah alang2 ada gambo, kan... manalah tahu, kot bertuah leh jadi salah seorang pemenang dari hadiah bernilai RM50,000! Banyak tuu!!


Cara nak menyertai mudah sahaja! Meh saya stori sket :
1. Pilih mana2 gambar di Melaka (boleh anto sebanyak manapon penyertaan yang anda suka)
2. Cetak gambar tu dalam saiz 8R dengan menggunakan kertas Canon Photo
3. Hantar ke akhar Melaka Hari Ini. Penyertaan musti sampai kat depa sebelum pukul 5.00petang 31 Disember 2012.

Nak tau maklumat lanjut, leh gi ke website ni : http://mhi.com.my/

Semoga kita jadi salah seorang dari pemenang. Amin..!

Signed off!

**********************************

Dapatkan pelbagai fashion terbaru dari Korea yang chic dan trendy untuk wanita & kanak-kanak. FREE Delivery! Klik 'LIKE' atau 'SUKA' dan dapatkan RM10 rebet tunai!
Memey Fashion House | 

Sunday, December 16, 2012

10 Sebab untuk ke KLCC pada Cuti Sekolah ini

Ada yang bertanya, sesuai ke bawa anak-anak ke KLCC pada musim cuti sekolah? Hm, jawapannya ialah 'amat sesuai'!!

Kenapa sesuai? OK, meh saya bagitau;
1. KLCC adalah bangunan berkembar paling tinggi di dunia dari mula ia dibina sampailah sekarang. Ramai pelancong dari segala pelosok dunia datang ke sini untuk melihat KLCC dengan mata kepala sendiri. Jadi, mengapa tidak kita rakyat Malaysia sendiri ke sini, betul tak? Saya pasti anak-anak pasti teruja untuk melihat satu daripada bukti kecanggihan dan kemakmuran Malaysia.

 2. Di belakang KLCC ada kolam pancuran air yang besar. Pada malam minggu biasanya ada pertunjukan pancuran air bercahaya (light & sound) yang amat menarik. Dari pukul 8-10pm. Free jer.
pic from ms.wikipedia.org

3. Di Taman KLCC ada taman permainan kanak-kanak. Anak-anak kita pasti seronok bermain kerana taman permainan ini amatlah besar. Besar sesangat k... Free jer..
4. Tambahan pula ada beberapa buah kolam mandi yang bersambung-sambung berdekatan dengan taman permainan ini. Bukan anak-anak sahaja teruja, kita yang dah dewasa ni pon rasa nak berendam sama. Yang nih pon free gaks.

5. Di antara kedua-dua bangunan berkembar ini ada Suria KLCC, sebuah komplek beli-belah yang amat besar. Kalau tak salah 5 tingkat semuanya. Macam-macam ada di sini dan amat menyeronokkan untuk shopping (kalu ada duit, kalu tak kita leh window shopping je.. best gaks). Takkan anak-anak je nak seronok, kan.. ibu-ibu pon kena dapatkan terapi gak.

6. Di Tingkat 4 bangunan itu ada Petrosains. Kat sini kita boleh dedahkan anak-anak dengan keajaiban sains. Macam-macam pameran dan permainan yang interaktif untuk menarik minat mereka dan membuatkan mereka leka di sana. Harga tiket dewasa RM15, remaja (13-17tahun) RM10 manakala kanak-kanak hanya RM5. Yang bawah 2tahun boleh masuk percuma je. Pakej keluarga berharga RM30 (2 dewasa + 2 kanak-kanak). Jangan lupa tunjukkan MyKad dan My Kid untuk dapat harga istimewa ini.

7. Jangan lupa naik ke jambatan yang menyambungkan bangunan berkembar ini. Harga tiket dewasa RM25 manakala kanak-kanak hanya RM12. Lagi sekali, jangan lupa tunjukkan MyKad dan My Kid. Dibuka dari pukul 8.30am hingga 7.00pm.
8. KLCC juga terkenal dengan Aquaria KLCC. Kat sini, kita boleh tengok bermacam jenis hidupan air secara live. Paling menarik ialah terowong bawah air yang kita boleh lalui sambil melihat ikan pelbagai spesis berenang di atas kepala kita. Harga tiket ialah RM35 untuk dewasa dan RM25 untuk kanak-kanak. Sekali lagi, harga istimewa ini adalah untuk warga Malaysia je.
 Sempena Hari Natal ni, Aquaria KLCC ada buat promosi. So jangan lepaskan peluang!

9. Kinokuniya adalah sebuah kedai buku yang terletak di tingkat 4 dan tingkat 5 bangunan Suria KLCC. Kedai buku dua tingkat ini adalah syurga buku untuk pelajar dan mereka yang suka membaca sebab macam-macam ada. Kalau penat mencari buku, boleh rehat untuk minum seketika di kafe yang berada di tingkat dua kedai buku ini.

10. Akhir sekali, KLCC adalah tempat untuk melihat pelbagai ragam manusia kerana ia adalah pusat ekonomi dan pelancongan, jadi orang asing sentiasa ada. Di sini anak-anak boleh tengok macam-macam bangsa manusia, warna kulit, bahasa pertuturan dan ragam. Sekurang-kurangnya mereka terdedah dari dunia biasa kita seharian. Pengalaman ini dalah percuma, tetapi kaya dengan kebaikannya.

Saya seronok ke KLCC, walaupun sudah banyak kali ke sana (atas sebab no. 5 & no. 9). Anak-anak saya pula sukakan taman permainan dan kolam mandi. Suami pula suka kerana kebanyakan aktiviti di sini adalah PERCUMA (jimat duit dia..)

Kalau belum kemana-mana tu, apa kata ke KLCC pada cuti sekolah yang masih berbaki ni...

Signed off!

Wednesday, October 24, 2012

Percutian Keluarga dengan Penginapan Murah

Setiap percutian memerlukan tempat untuk bermalam, sama ada percutian pendek atau panjang. Terdapat banyak jenis penginapan yang kita boleh dapati di pasaran dimana harga masing-masing bergantung kepada pelbagai faktor. Untuk yang bercuti bersama keluarga seperti saya, keselesaan dan keselamatan adalah faktor utama. Saya mahukan anak-anak berasa selesa seperti berada di rumah sendiri sambil menikmati percutian kami. 

Antara kriteria minimum dalam pemilihan penginapan untuk melancong bersama keluarga ialah;
1. Mempunyai ruang yang luas untuk anak-anak bergerak dan bermain.
2. Mempunyai fasiliti memasak untuk saya sediakan makanan berkhasiat untuk keluarga terutamanya sarapan (dan untuk tapau dan makan secara berpiknik di luar nanti - ini pilihan yang murah!!)
3. Mempunyai fasiliti membasuh baju sebab kami tidak mahu membawa terlalu banyak pakaian. Bawa 2-3 pasang sahaja dan basuh setiap hari untuk dipakai semula.

Jadi,berdasarkan kriteria di atas hanya dua jenis penginapan yang memenuhi syarat iaitu;
1.    Hotel apartment (side track sket.... i suka tengok the Apartment Style Edition...heheh!!)
2. Homestay (rumah atau apartment persendirian yang dijadikan rumah rehat sewaan harian/mingguan)

Antara kedua-kedua jenis penginapan di atas, sudah tentulah homestay menjadi pilihan termurah. Di Malaysia, kita boleh menginap di sebuah rumah atau apartment yang mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air dengan harga serendah RM100 semalam! Jangan harap untuk mendapatkan hotel apartment dengan harga sebegini. Ada juga yang menawarkan harga lebih murah daripada itu, dan ada juga yang setinggi RM1000 semalam. Harga ini bergantung kepada keadaan rumah/apartment tersebut, lokasi dan fasiliti yang disediakan. Kita hanya perlu bijak menggunakan internet untuk mencari senarai homestay yang menarik dan pada masa yang sama menepati bajet kita. 

Dengan lambakan homestay yang banyak di Malaysia, saya pasti ramai yang boleh keluar bercuti bersama keluarga tanpa perlu risau tentang kos yang tinggi. Untuk bercuti 3 hari 2 malam di Malaysia dengan menggunakan homestay sebagai tempat bermalam, masak makanan sendiri dan basuh pakaian sendiri dengan menggunakan fasiliti yang disediakan, RM500 pasti cukup untuk anda sekeluarga. Jadi, apa tunggu lagi, jom melancong di negara kita sendiri bersama keluarga tercinta.

Signed off!

Monday, October 22, 2012

Kelebihan dan Kekurangan Percutian Pakej untuk Keluarga

Terdapat banyak percutian secara pakej yang terdapat di pasaran. Saya tidak berapa menyukai percutian pakej bila keluar melancong bersama keluarga, jadi pendapat saya di bawah ini mungkin agak berat sebelah. Ini adalah berdasarkan pengalaman saya semata-mata. Namun, saya tidak menyangkal yang pakej pelancongan yang baik juga ada di pasaran, cuma mungkin bilangannya kurang. 


Kebaikan Percutian Pakej untuk Keluarga (Pros)

Ramai yang mengambil keputusan untuk menggunakan pakej pelancongan untuk memudahkan aktiviti lawatan di tempat yang dituju. Bagi mereka yang mempunyai kurang maklumat tentang tempat yang ingin dilawati, percutian pakej adalah penyelesaian yang paling mudah. Tak perlu risau tentang pengangkutan, makanan dan keselamatan. Pemandu pelancong akan bawa kita ke tempat-tempat yang dijanjikan dan penerangan akan diberikan mengikut keperluan. Tiada masalah tersesat atau tersalah jalan bila bersama dibawa oleh pemandu pelancong.

Kekurangan masa adalah antara penyebab mengapa percutian pakej digunakan. Tanpa perlu risau tidak cukup masa, pemandu pelacong akan memastikan yang kita akan pergi ke tempat-tempat yang dijanjikan dalam jangkamasa percutian kita. Jadi, tiada isu tidak dapat pergi ke satu-satu tempat jika kita betul-betul ikut jadual program yang disediakan.

Pakej juga menyediakan makan-minum utama seperti sarapan dan makan tengahari di dalam jadual perjalanan. Jadi, kita tidak perlu pening kepala untuk mencari tempat sesuai untuk makan di tempat yang kita sendiri tidak biasa, terutama sekali di tempat yang sukar untuk mencari makanan halal.

Perbezaan bahasa adalah masalah besar untuk berkomunikasi di tempat yang kita lawati, jadi pemandu pelancong adalah penyelesaian bagi masalah ini. Sebenarnya kita tidak perlu berkomunikasi dengan orang lain langsung dengan adanya pemandu pelancong. Kalau perlupun, mungkin ketika membeli-belah.

Kekurangan Percutian Pakej untuk Keluarga (Cons)

Kalau anda perasan, percutian pakej kebanyakannya tidak berapa sesuai untuk percutian keluarga, terutama sekali jika kita mempunyai anak-anak kecil dan warga tua. Apa tidaknya, pakej yang ada di pasaran biasanya mempunyai jadual perjalanan yang amat ketat. Biasanya program lawatan akan bermula sebaik sahaja anda tiba di lapangan terbang. Tanpa mengira sama ada anda masih penat/mengantuk (jetlag) kerana penerbangan yang lama, anda akan terus diusung untuk melihat tempat lawatan sebelum mendaftar masuk ke bilik di hujung hari. Anda juga harus ingat yang program lawatan akan dimulakan awal pagi setiap hari. Kalau anda lewat, anda akan ketinggalan. Kalau nak join di lain hari, kos tambahan dikenakan.

Percutian yang terkejar-kejar dek kerana mengikut program lawatan yang ketat akan menyebabkan anak-anak dan warga tua cepat penat. Macam biasa, mereka ini sukar dijangka. Nak ke tandas tidak mengira masa, ada kalanya mengantuk jadi nak rehat tidur sekejap (short nap), kadang-kadang nak makan di luar waktu makan yang ditetapkan dan macam-macam karenah lagi. Jika mereka dipaksa walaupun telah penat, mulalah ada yang tunjuk muka dan kanak-kanak biasanya akan menangis dan buat perangai.
Anak-anak take-5 untuk minum susu adalah perkara biasa

Anda juga tentu perasan yang percutian pakej juga biasanya akan diselitkan dengan lawatan ke kedai/kilang tertentu. Kadang-kadang lebih daripada satu. Tempat-tempat begini biasanya tidaklah semenarik mana, tetapi anda akan ditinggalkan di situ untuk suata jangkamasa yang agak panjang. Mereka juga tidak membenarkan kita mengeluarkan lawatan ini daripada pakej (kalau keluarkan juga, kos tidak akan dikurangkan). Mengapa? Jawapannya mudah, syarikat pelancongan dan pemandu pelancong kita itu akan mendapat komisyen untuk setiap kunjungan pelancong dan setiap pembelian.

Satu lagi yang saya kurang gemar dengan percutian pakej ialah pakej makanan yang disediakan biasanya akan diadakan di restoran-restoran yang kurang kehadiran pelanggan lain (kalau adapun, mereka adalah dari pelancongan pakej juga). Ini menunjukkan yang restoran tersebut bukanlah antara yang paling bagus di kawasan itu. Sepatutnya sebagai pelancong, sudah tentu kita nak menikmati makanan yang paling terkenal di tempat orang tempatan lain menikmatinya. Malangnya kita dibawa makan di restoran-restoran tertentu sahaja kerana syarikat pelancongan itu akan mendapat komisyen daripada restoran tersebut.

Percutian pakej juga sebenarnya agak mahal dari percutian sendiri (DIY - Do It Yourself). Ini disebabkan oleh margin keuntungan dan komisyen-komisyen tertentu. Kita boleh mendapat percutian yang lebih selesa jika kita DIY, cuma kena rajin buat homework sedikit tentang tempat yang dituju. Saya menggunakan kaedah DIY semasa bercuti bersama keluarga di Sydney baru-baru ini dan hasilnya amatlah memuaskan.

Kesimpulan

Ada kebaikan dan keburukan untuk segala benda, jadi kita perlu bijak untuk membuat pilihan yang bersesuaian dengan keperluan kita.

Signed off!

Saturday, October 20, 2012

Penerbangan Tambang Murah di Asia

Bercuti dengan keluarga memerlukan balanja yang tinggi, terutama sekali untuk percutian yang melibatkan kapal terbang sebagai medium pengangkutan. Kewujudan penerbangan tambang murah membolehkan ramai orang biasa untuk terbang. Jadi tidak hairanlah bila Airasia menjadi pilihan setiap kali kita terfikir untuk menaiki kapal terbang. Namun, untuk mengurangkan kos perbelanjaan, amatlah wajar untuk kita tahu alternatif lain yang kita boleh gunakan sekiranya Airasia kehabisan tiket.

Menggunakan penerbangan tambang murah bukanlah bermaksud memilih perkhidmatan tidak berkualiti atau tidak selamat semata-mata untuk murah. Seperti syarikat penerbangan yang lain, kualiti dan keselamatan tetap menjadi keutamaan. Cuma, penerbangan tambang murah hanya memerlukan kita membayar bagi servis yang kita perlukan sahaja. Tidak perlu bayar kos makanan jika kita hanya mahu tidur disepanjang penerbangan, atau membayar 20kg muatan beg jika kita hanya mahu membawa sebuah beg sandang (backpack). Jadi, mengapa bayar lebih?

Sebenarnya ada lebih daripada 10 syarikat penerbangan tambang murah di Asia, namun kebanyakan daripada kita tak tahu tentang kewujudan mereka. Sebabnye kurang publisiti tentang syarikat penerbangan tersebut di Malaysia. Yang paling kerap kita dengar ialah Airasia dan Firefly.

Airasia adalah syarikat penerbangan tambang murah yang paling banyak menerima penganugerahan, bukan sahaja di Asia tetapi di peringkat dunia. Sejak 2009 sehingga 2012, syarikat milik anak Malaysia ini telah merangkul anugerah Syarikat Penerbangan Tambang Murah Terbaik Dunia. Firefly pula adalah anak syarikat Malaysia Airlines (MAS) yang tidak kurang hebatnya, namun lingkaran penerbangan masih amat terhad.

Antara syarikat penerbangan tambang murah lain yang perlu kita ketahui selain Airasia dan Firefly untuk mengambil kesempatan di atas tambang murah dan promosi-promosi yang sering diadakan ialah;

1. Tiger Airways - http://www.tigerairways.com 
Syarikat dari Singapura ini mempunyai laluan penerbangan yang luas, termasuk ke Eropah dan Australasia. Boleh naik dari KLIA dan Penang Airport. Kebanyakan penerbangan akan transit di Singapura dulu.
 
2. Jetstar - http://www.jetstar.com/my/en/home
Syarikat dari Australia ini juga mempunyai jaringan penerbangan yang luas.Kebanyakan promosi adalah untuk penerbangan dalam negara Australia sendiri.

3. Lion Air - www2.lionair.co.id/
Lion Air beribu pejabat di Indonesia. Kebanyakan tambang murah untuk penerbangan dalam negara Indonesia boleh didapati. Tahukah anda yang Lion Air juga terbang ke Melaka dan Jeddah? Menarik, bukan?
 
4. Spring Airlines - http://www.china-sss.com/en
Syarikat yang beribu pejabat di China ini hanya meliputi negara China dan beberapa lokasi di negara jiran seperti Bangkok sahaja.
 
5. Bangkok Airways - http://www.bangkokair.com/eng
Mereka terbang di dalam negara Thailand sahaja.
 
6. Hongkong Airlines - http://www.hongkongairlines.com/en_HK/homepage
Terbang di dalam negara China sahaja.
 
7. IndiGo - http://book.goindigo.in/skylights/cgi-bin/skylights.cgi
Terbang di dalam negara India sahaja.
 
8. Nokair - http://www.nokair.com/
Terbang di dalam negara Thailand sahaja.
 
9. Mandala - http://www.mandalaair.com/
Terbang di dalam negara Indonesia sahaja.

10. Jeju Air - http://www.jejuair.net/
Terbang di dalam negara Korea sahaja.

Rajin-rajinlah melawat website syarikat penerbangan di atas untuk mendapatkan promosi terbaru mereka yang kebiasaannya murah dari biasa. Ataupun langgani sahaja promosi mereka dengan mendaftarkan alamat email kepada mereka dan mereka akan hantar email kepada kita setiap kali promosi diadakan. Mudah, kan?

Signed off!

Bagaimana Merancang Percutian Keluarga


Percutian bersama keluarga bukan saja memerlukan belanja yang tinggi tetapi juga perancangan awal terutama sekali bila ahli keluarga kita ramai. Jadi amat penting untuk kita plan betul-betul mana nak pergi, bila dan siapa akan turut serta. Maklumat ni penting untuk:

1. Rancang Jadual Perjalanan / Program Lawatan
Ada yang pandang mudah tentang perkara ini, kononnye bila dah sampai di tempat yang dituju nanti tahulah apa nak buat. Tapi hakikatnya kita akan banyak terlepas sesuatu yang menarik jika tak rancang awal-awal. Hari pertama nak buat apa, kedua, ketiga dan seterusya. Jadi senang nak bajet duit dan keperluan percutian.

2. Buat Pengiraan Bajet (Budget Estimates)
Pengiraan bajet boleh dilakukan bila kita tahu berapa hari kita akan bercuti, program lawatan, berapa ramai turut serta, cuaca dan kos sara hidup di tempat tersebut.

Bila kita dan ada maklumat di atas, bolehlah kita buat pengiraan kasar tentang;
- kos agensi pelancongan (tour package) (kalau guna khidmat agensi pelancongan)
- kos beli barang-barang keperluan untuk ke tempat tersebut (contohnya baju sejuk tebal-tebal kalau nak melawat Korea di musim sejuk yang bersalji)
- kos makan-minum, jajan, aiskrim..
- kos tempat penginapan
- kos pengangkutan (tol, minyak kereta, bayaran teksi, tiket penerbangan, tiket keretapi atau lain-lain lagi)
- harga tiket masuk ke tempat-tempat lawatan
- kos beli buah tangan untuk dibawa balik (souvenirs)
- kos insuran perjalanan (jika perlu)
- wang reserve untuk keperluan semasa kecemasan(contohnya anak tetiba sakit so kena bawa jumpa doktor segera)
- lain ( contohnya tips untuk agen pelancongan)

Kita boleh gunakan internet untuk mendapat maklumat tentang harga dan kos-kos tertentu kalau kita tak tahu. Atau boleh saja bertanyakan kawan-kawan yang dah pernah ke sana untuk membantu kita membuat pengiraan.

3. Sediakan Wang Mengikut Pengiraan Bajet
OK, yang paling susah sebenarnya ialah menyimpan duit untuk percutian idaman ni. Sebaiknya jangan meminjam untuk bercuti. Memang ada agensi pelancongan yang menyediakan kemudahan bayaran ansuran, cuma pada saya tidak berbaloi berhutang semata-mata untuk bercuti. Ada banyak cara untuk mengurangkan bajet perbelanjaan... antaranya kalau tak mampu bercuti ke luar negara, bercuti sahaja di dalam negara, kalau tak mampun tinggal di hotel lima bintang bertukar sahaja ke homestay, kalau tak cukup duit tahun ini tunda sahaja ke tahun hadapan, dan sebagainya.

4. Plan cuti kerja dan mohon awal-awal
Untuk yang bekerja, penting untuk kita rancang tarikh bercuti dan bagitau bos awal-awal. bila bos tahu awal, dia boleh pon boleh merancang dari awal apa perlu buat bila kita takde.. contohnya dapatkan orang lain cover kita. kalau lambat bagitau, takut orang lain dah book cuti dulu, dan kita akan melepas.

5. Book Pengangkutan
Bila duit dah cukup dan cuti sudah diluluskan, bolehlah book pengangkutan utama seperti keretapi, bas ekspress atau kapal terbang. Pengangkutan jenis ni kena book awal terutama pada hujung minggu, musim perayaan dan cuti sekolah sebab tiket selalu cepat habis. Harga tiket juga akan bertambah mahal jika beli pada saat-saat akhir, ini amat benar untuk tiket kapal terbang. Tahukah anda yang harga tiket kapal terbang boleh mencecah tiga kali ganda lebih mahal dari harga pada 6 bulan sebelumnya? 

6. Book Penginapan
Sama seperti pengangkutan, booklah penginapan hanya selepas cuti diluluskan dan wang sudah cukup. Keperluan bercuti bersama keluarga agak unik jadi kita tentu ada kriteria tertentu bila memilih jenis dan lokasi penginapan tersebut, jadi booklah awal sebelum orang lain sambar dulu. Bila pilihan yang sudah disesuaikan dengan bajet sudah tiada yang kosong, kita mungkin terpaksa naik taraf jenis penginapan... akibatnya terpaksa tambah duit lagi. Tahukah anda yang kita boleh book pada harga yang amat murah sehingga 20% jika book awal? Caranya ialah dengan book online dari website-website yang boleh dipercayai seperti Booking.com dan Agoda.com. Cubalah..

7. Sediakan Keperluan Percutian
Kalau ke luar negara, jangan lupa tentang passport, visa dan vaksin (jika perlu). Paling kurang, kita perlukan bagasi dengan saiz yang sesuai dengan tempoh melancong dan berat yang dibenarkan oleh syarikat penerbangan (biasanya 20kg untuk kelas ekonomi. kalau nak lebih, kena tambah kos!). Insuran perjalanan untuk seisi keluarga juga amat wajar dan harganya tidaklah mahal. Jangan lupa sediakan keperluan percutian yang dirasakan mahal/sukar untuk didapati di tempat yang dilawati. Contohnya kamera, baju sejuk, pakaian renang dan sebagainya. Ohya, untuk yang ada penyakit tertentu, bawalah bekalan ubatan secukupnya. Mungkin berbaloi untuk mendapatkan surat doktor jika perlu membeli ubat tambahan nanti.

Mungkin ada lagi yang perlu dilakukan yang saya tidak senaraikan, tetapi sebagai panduan saya rasa senarai ini berbaloi unuk diberi perhatian.

Selamat bercuti!

Signed Off!

Gambar Belangkas