Showing posts with label Tahun Melawat Malaysia 2014. Show all posts
Showing posts with label Tahun Melawat Malaysia 2014. Show all posts

Wednesday, May 15, 2013

Homestay Gopeng

Persembahan Selamat Datang
Homestay Gopeng merupakan sebuah lagi Homestay yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan.....
Antara homestay perintis di negeri Perak....
tak heran le bile Homestay Gopeng lebih terkedepan dari homestay2 yang ada di Perak.....
deme udah mampu bergerak sendiri tanpa bantuan dari Kementerian Pelancongan mahupun Tourism Malaysia ...

tambah bertuahnya lagi Homestay Gopeng ni...
disebabkan kebanyakan tempat menarik di Perak ada disini dan berdekatan dengan disini.....
diantaranya Gua Tempurung, Kellie's Castle, Gaharu Tea Valley, Taman Herba Negeri Perak, aktiviti Whitewater Rafting, Muzium Gopeng dan sebagainya......



Muzium Gopeng ...
betoi2 kat tengah Pekan Gopeng
Homestay Gopeng merupakan sebuah perkampungan yang masih mengekalkan adat resam dan masakan tradisional masyarakat Melayu Rawa ataopon disebut Rao.......
deme masih kekalkan adat berjojak dan juga makanan tradisi Melayu Rawa 'Kelamai'.....
pade yang berdarah Rawa mesti kome tak nafikan...
yang Rawa dengan Minangkabau ni dialek, tradisi dan adat lebih kughang same.......
itu sebabnye ape yang Melayu Rawa buat....
kompem Melayu Minangkabau ada.....

Homestay Gopeng terdiri dari gabungan 3 buah kampung.......
iaitu Kg Jelintoh, Kg Sg Itek dan Kg Pintu Padang.....
dengan seorang penyelaras yang bertanggungjawab kepada perjalanan Homestay Gopeng....

Diantara aktiviti yang ditawarkan disini adalah seperti berikut:-
- Pembuatan bakul kertas
- Pembuatan Bedak Sejuk
- Pembuatan Sangkar Burung
- Aktiviti Menangkap Ikan di Sungai
- Pembuatan Kuih Tradisional
- Demo Pembuatan Kelamai
- Persembahan Adat Berjojak dan Kebudayaan

Persembahan Adat Berjojak
- Lawatan ke Gua Tempurung, Kellie's Castle, Gaharu Tea Valley
Keadaaan dalam Gua Tempurung
- Aktiviti White Water Rafting

Aktiviti Whitewater Rafting
Sekirenye kome dari Lebuhraya Utara Selatan....
kome boleh keluo di exit Gopeng......
dan ambik arah ke sebelah kiri menghala ke Pekan Gopeng......
pada yang naik Keretapi pulak...
stesyen Keretapi yang paling dekat.....
Stesyen Keretapi Batu Gajah atopon Stesyen Keretapi Kampar

Untuk maklumat lanjut kome boleh je hubungi nombor tertera...

Penyelaras Homestay Gopeng
No 54, Kampung Sungai Itik
31600 Gopeng
Perak Darul Ridzuan

Tel : 017-506 4783
Faks : 05-477 5145

Tuesday, May 14, 2013

Istana Billah, Papan

Dalam entri sebelum ni....
Entry Hutan Lipur Papan
dibawah sekali entry tu ade awok sentuh sikit pasei Istana Billah....
Pada yang nak tau lebih lanjut....
kome boleh je bace di link wikipedia yang awok letak kat bawah ni...
Istana Billah

tambah menarik lagi ...
sebabnya tahun 2011 satu filem 'Penunggu Istana'
yang ditayangkan pada tahun tu .....
penggambarannya dibuat di Istana Billah...


Kome  sampei je di Pekan Papan.....
kome kene tengok betoi2 ......
sebabnya Istana Billah ni kene masuk satu simpang di sebelah kanan Pekan papan tu...
baghu kome jumpe......


Trailer Penunggu Istana......
Filem ni shootingnya dibuat di Istana Billah.......


Awok pulak udah terlanjur ke Hutan Lipur Papan....
awok singgah sekejap di Istana Billah ni sebelum balik....
niat nak tangkap gambo sekeliling Istana Billah......
tapi.........sayang betoi....sekeliling Istana ni dikunci.....

udah le dikunci....
pago nye pulak tinggi sangat...
kalo tak mau je awok panjat.....

takpele.... kome layan gambo Istana Billah...

yang awok dapat tangkap daghi luo.......
Masjid lama yang tak digunakan lagi tu pun awok tak dapat nak tengok......
kalo le Istana Billah ni dijage......
boleh jadi satu lagi produk pelancongan....

'Spooky Tours'
oghang sekarang kan gila nak sangat tengok hantu......
haaa...... bagi deme tengok.....
Jabatan Warisan kena main peranan....
pihak Majlis Daerah Batu Gajah pun kene ceriakan kawasan sekeliling Istana Billah ni....
walopon dimate kasar awok ni .....pokok2 bunga di Istana Billah ni macam 'terjaga' je....

Istana Raja Billah
nampak cantik lagi walopon dah berusia 128 tahun....

Istana Raja Billah

Istana Raja Billah
 tak tau ngape gambo ni tetibe jadi kelam camni....
ade entiti ke??? kekekek

Istana Raja Billah
tu kome tengok...berkunci....... 
Yang awok heran kan.....
nyonya yang dok sebelah Istana Billah (ada Zink Hijau)...
macam takde ape2 pun....
rilek je...

ha... kome ape lagi..... dapat tengok daghi luo pun dah ok....jadile....
Pergilah Melawat!!!.... terutamanya yang berketurunan Mandailing tuuuuu

Monday, May 13, 2013

Hutan Lipur Papan


Melancong ni tak semestinya kita keluo belanja yang banyak.....
contoh paling mudah seperti ke kawasan Air Terjun.....
Jadinye hari minggu yang lepaih ....
Ahad 12/05/2013....
sesekali awok membawak famili awok ke ayo terjun.....

kalo di Ipoh ni....
ayo terjun yang paling femes....
tak lain.... Ulu Chepor, Lubuk Timah, Ulu Kinta atopon kat area Taman Meru....

boleh kate semua tempat beriadah di ateh tu awok udah pegi...
dalam banyak2 tempat......
Hutan Lipur Papan....atopon ramai yang sebut air terjun Papan....
yang tak pernah awok jejak lagi....

Hutan Lipur di Perak
Papan Tanda masuk ke Hutan Lipur Papan ....daif beno....
Jabatan Perhutanan Negeri Perak kena tuko baru dah ni......

Papan ni terletak ditengah-tengah jalan lama diantara Batu Gajah ke Pekan Pusing.....
dari Lebuhraya Ipoh-Lumut tu tak sampei 15 minit je sampei ke tempat ni......
dan dari rumah awok..... tak sampei 30 minit udah sampei...
sungguh awok tak sangke...
rupanya ada jugak Taman Herba Papan dikawasan Hutan Lipur Papan ni....

Hutan Lipur di Perak
Dah tak jauh dah....dari jalan masuk lepas Pekan Papan...
tapi sayang....Taman Herba tak boleh nak masuk...... berkunci.....

Kedua-dua tempat ni (Hutan Lipur Papan & Taman Herba Papan)...
ni dibawah jagaan Jabatan Perhutanan Negeri Perak dan Pejabat Hutan Daerah Batu Gajah.....

Hutan Lipur di Perak
Hut tempat duduk yang ada di sini...

Pada yang pertama kali kesini...
sila beli dahulu barang makan diluar....
sebabnya disini memang takda langsung kedai ato gerai yang menjual barang makan.....
paling bagoih kalo yang bawak barang makan dari rumah....
memang bahagia dapat makan sambil dikelilingi hutan dan air sungai yang mengalir...
perghhhh.... gile sastera.....

Hutan Lipur di Perak
gambo air sungai yang awok ambik dari jarak dekat....

Hutan Lipur di Perak
walopon ayo nye nampak tenang.... tapi jangan sangke airnye tak deras......
best kat sini...... sesuai untuk yang ada anak kecik.....

Hutan Lipur di Perak
anak2 teruna awok...... sejuk kate deme......
tapi bile udah dapat beghendam.....
lupe dighiiiii......

Hutan Lipur di Perak
Memang sesuai sangat le bawak anak2 mandi disini...
air nya tak dalam ....tapi masih pueh lagi untuk yang beso panjang mandi....


Kseimpulannya....
pada yang berada di sekitar kawasan Ipoh, Batu Gajah, Seri Iskandar atopon Parit....
Air Terjun Papan ni sesuai untuk bawak famili kita beriadah.....
Jadinya......
Pergilah Melancong!!!!.....

P/S: Selain dari Hutan Lipur Papan ni.....Pekan Papan juga terkenal dengan Istana Billah.....
ape die Istana Billah....akan awok ceghitekan di entry lain pulak........

Thursday, May 9, 2013

Homestay Sg Klah



Homestay Sg Klah merupakan penempatan bagi rancangan tanah FELDA...
dan terletak di selatan negeri Perak...
kalo kome nak tau....
asal usul name tempat ni disebabkan ikan kelah yang dulu banyak terdapat di Sungai Klah,....

dan Homestay Sg Klah merupakan satu-satunya homestay yang bernaung dibawah Felda di negeri Perak...
di dalam Homestay Sg Klah juga terdapatnya perkampungan orang asli...
serta tempat rekreasi yang terkenal dan menarik pelancong domestik dan antarabangsa....
iaitu Taman Rekreasi Air Panas Sg Klah (tapi ramai yang nyebutnya Sg Klah Hotsprings).....

pade yang nak menginap di Homestay Sungai Klah ni...
dibawah ni awok sertakan antaghe aktiviti yang diadakan sepanjang kome disane...

Demo Pembuatan Bihun Madu dan Cucur Durian
Demo kraftangan tudung Saji
Persembahan Kebudayaan - Melayu/Orang Asli
Lawatan ke sekitar kampung
Lawatan ke Sg Klah Hotsprings Park















Penyerahan Cenderamata

macam biase....
dibawah ni awok sertakan alamat serta nombor yang boleh kome hubungi...

Penyelaras Homestay Klah
Pejabat Felda Sungai Klah
35600 Sungkai
Perak Darul Ridzuan
Tel : 013-590 7698
Faks : 05-438 6869
E-mail : deeklahhomestay@yahoo.com

Friday, April 26, 2013

Homestay Pendiat, Bota


Homestay Pendiat , Bota merupakan salah satu homestay terbaru yang diluluskan pendaftarannya tahun lepas (2012).....
Kampung Pendiat merupakan sebuah perkampungan tradisional yang terletak di tepian Sungai Perak.....
Dengan keluasan kampung 3km persegi dan terletak di dalam Mukim Bota di Daerah Perak Tengah.....

Antara tarikan yang ada di kampung ini dan diwarisi zaman berzaman dan masih dipraktikkan sampei le sekaghang adalah seperti ....
permainan rebana, marhaban, silat gayung, makanan tradisional dan juga permainan tradisional.....
sape2 yang berpeluang ke Homestay Pendiat ni kome berpeluang merasa aktiviti air....

mane idaknye....
udah Homestay Pendiat ni betoi2 terletak di tepian Sungai Perak.....
memancing, menjala, mengagau ikan, berkayak, berakit....
dan lain2 lagi aktiviti sukan air Homestay Pendiat boleh buat...

Tambah menarik lagi...
kedudukan Homestay Pendiat yang dekat dengan Lumut, Pasir Salak serta Batu Gajah...
memudahkan pihak Homestay Pendiat menguruskan lawatan (sekiranya ada permintaan)...
ke tempat2 pelancongan seperti Pusat Pembiakan Tuntung Bota Kanan, Kompleks Sejarah Pasir Salak, Pusat Pembuatan Labu Pulau Tiga, Kellie's Castle dan juga ke Lumut Bandar Pelancongan dan Maritim....

pada yang nak ikut pakej yang disediakan...
macam ni lebih kurang pakejnya...

- Sambutan Selamat Datang
- Sarapan Pagi/Makan Tengahari/Minum Petang/Makan Malam
- Penginapan di rumah keluarga angkat
- Aktiviti bersama keluarga angkat dan penduduk kampung

dan diantara aktiviti nya

- Lawatan ke IKS (Industri Kecil dan Sederhana)
- Persembahan Kebudayan
- Lawatan sekitar kampung menaiki bot
- Sukan Rakyat
- Lawatan ke Pusat Pembiakan Tuntung Bota Kanan

- Penyerahan Cenderamata

Untuk maklumat lanjut dan tempahan sila berhubung dengan
Penyelaras Homestay Pendiat
Lot 5056
Batu 7 3/4
Kg Pendiat, Bota Kanan
32600 Bota, Perak

Tel : 017-579 6251
Facebook:  Facebook Homestay Pendiat
Email : homestaypendiat@yahoo.com


Wednesday, April 24, 2013

Pulau Sembilan / Jarak Angling Tourism 2013

Alhamdulillah...
Awok baru je balik dari aktiviti memancing laut dalam di perairan Pulau Sembilan dan Pulau Jarak...
pada yang tak tau.....
Pulau Sembilan dan Pulau Jarak ni terletak di ateh lagi dari Pulau Pangkor...

tapi memandangkan jarak pulau2 ni yang jauh...
dan takde penempatan di kawasan sini.....
jarang orang akan kesini...

kecuali yang kaki menyelam..
dan kaki memancing....

Aktiviti awok kali ni disertai oleh para media seperti Joran-Berita Harian, Majalah Umpan, Majalah Libur, Majalah Santai, MyTourismTv.com dan Majalah Gaya Travel selaku media rasmi program ni....
serta agensi2 pelancongan yang dijemput khas untuk merasai pengalaman memancing di laut dalam.......

perjalanan kami bermula pada haghi Senayan (Isnin) 22/04/2013...
dan rombongan akan menaiki bot dari Jeti LKIM Kg Acheh, Sitiawan......
3 buah bot menanti rombongan kami di Jeti LKIM Kg Acheh ...
dibawha ni salah satu bot nya.... bot Seagull....

Pulau Sembilan/Jarak Angling Tourism 2013


dalam perjalanan nanti rombongan akan berhenti makan tengahari di Jeti Sg Nipah, Pulau Pangkor.....
dan menu nye memang best le...
maklum le lauk segar.....

Pulau Sembilan/Jarak Angling Tourism 2013

ni kat Jeti Sg Nipah le ni... makan mabeles... maklumle.... tepi laut... lauk pun freshhhh

Pulau Sembilan, Pulau Jarak

Suasana dalam bot....

Tepat Jam 4.00 petang rombongan tiba di perairan Pulau Sembilan / Pulau Jarak...
di unjam ni memule nya rombongan memancing secara appolo....
memang mewah le dengan ikan Selar Kuning, tongkoi (sesetengah manggei ikan kayu) dan ikan kembung nya.....

Pulau Sembilan, Pulau Jarak
Tapi bila memandangkan ramai yang nak ikan beso....
tekong dan awak2 tuko rancangan....
dan teknik pemancingan secara 'bottom' digunakan...
dan kompem le ikan yang naik beso2 semuanya...
Jenahak, Kerapu, Ikan Tanda, Gerot, Merah Celoreng, Merah Tanda, Barracuda pun ada......

Pulau Sembilan, Pulau Jarak


Pulau Sembilan, Pulau Jarak
Suasana senja di tengah laut...

Pulau Sembilan, Pulau Jarak
 Waktu malamnye pulak......sambil2 memancing ikan beso.... 
ada yang casting sotong pulak.... ini sambil2 jugak ni....
sotong tu kalaupun tak dimasak....
dibuat umpan ikan Jenahak.....
Pulau Sembilan, Pulau Jarak
Besoknya Selasa 23/04/2013 ... dengan hasil tangkapan ikan beso...
ikan yang kecik penuh le tong ais tu......
Pulau Sembilan, Pulau Jarak
ini tong ais yang paling beso tu, bukan yang kecik...


Pulau Sembilan, Pulau Jarak

Diantara media, agensi pelancongan dan urusetia yang terlibat sepanjang program ni dilangsungkan....

Seperti biasa, jika ada yang berminat nak memancing laut dalam di perairan Pulau Sembilan dan Pulau Jarak...
awok sertakan nama orang yang boleh dihubungi jika kome berminat:-
Mizi : 012-450 3283

P/S: Awok udah tak sabo nak turun laut lagi....... 

Sunday, April 21, 2013

Homestay Maju Manik, Teluk Intan

Di Perak aje ada 8 homestay kesemuanya...
Homestay Maju Manik merupakan antara 2 homestay terbaru yang diluluskan pendaftaran tahun 2012 yang lepas.....
Homestay Maju Manik ni lain daghi homestay yang ada di Perak...

Sebabnya kebiasaannya, tertubuhnye homestay baghu le ada koperasi diwujudkan...
tapi kat sini, homestay diwujudkan disebabkan adanya Koperasi...
Koperasi Maju Manik Hilir Perak Berhad le yang punye idea wujudkan homestay ni...
Dengan 20 buah rumah yang telah diperiksa dengan teliti oleh pihak Kementerian Pelancongan.....

Baghu le rumah-rumah ni diluluskan untuk program homestay...
macam yang awok ada kabo sebelum ni...
tuan2 rumah ni kesemuanya diwajibkan mengikuti kursus yang diadakan Kementerian Pelancongan...

Ok..ok... berbalik pada ceghite homestay Maju Manik tadi ni...
Homestay Maju Manik ni letaknya lebih kughang 10 kilometer daghi Bandar Teluk Intan...
Dan terletak dibawah daerah Hilir Perak.....
Homestay Maju Manik ni secaghe spesifiknya terletak dikawasan Sungai Manik, Teluk Intan...

dan meghupekan gabungan 2 buah kampung iaitu Kg Sungai Batu dan Kg Tanjong Keramat...
kome jangan pandang Homestay ni sebelah mate oooo...
tahun lepaih saje (2012) Homestay Maju Manik ni menerima 3 kali kunjungan rombongan dari Jepun ke tempat deme....

disini macam-macam acaghe boleh dibuat...
diantaghe aktiviti yang selalu deme buat adalah seperti berikut:-

- Jamuan Makan Chim Chum
- Lawatan ke IKS (Bengkel Kerisik, Bengkel Biskut, Industri Ikan Dalam Sangkar, Burung Puyoh & Sos Cili)
- Persembahan Pukong 


- Demo Tanaman Padi Cedong Menggunakan Kuku Kambing
- Demo Menuai Padi

- 'Mengago' Ikan Menggunakan Serkap 

- Sukan Bendang

- Lawatan ke tempat bersejarah di Teluk Intan (contoh : Menara Condong, Kompleks Sejarah Pasir Salak)

Antaghe rumah yang terlibat program Homestay di Homestay Maju Manik, Teluk Intan

Untuk maklumat lanjut atau info yang lebih mendalam...
kome boleh menghubungi penyelaras Homestay Maju Manik
iaitu Encik Ahmad Ismail atopon lebih dikenali dengan nama Pak Leh ditalian 
012-4946158 & 01124139238 atopon email ke alamat dibawah...

Tuesday, April 16, 2013

Homestay (Inapdesa) di Perak

Homestay Bukit Gantang yang terkenal...
rumah Cikgu Ghasali ni jadi contoh homestay seluruh Malaysia

Sekarang ni ramai sangat la yang buat homestay ......
tapi kome tau tak....
yang sebeno-benonye homestay ni apa??..

kat bawah ni definisi yang awok ambik bulat2 dari website Kementerian Pelancongan...

"Program Homestay adalah pengalaman di mana pelancong tinggal bersama keluarga yang dipilih, berinteraksi dan menimba pengalaman kehidupan seharian keluarga homestay dan juga mempelajari budaya masyarakat luar bandar di Malaysia. Produk Homestay tidak digolongkan sebagai kemudahan penginapan. Ia lebih memfokuskan kepada gaya hidup dan pengalaman, termasuk budaya dan kegiatan ekonomi." 

jadinye...
mana2 pihak yang ada buat homestay di taman, pekan ataupun kampung....
yang itu sebeno2 nye bukanlah homestay dan tak layak dapat peruntukan dari Kementerian pun......
deme tu sebenonye lebih pada rumahtumpangan je...
takpele..... itu rezeki deme...
tapi awok nak cerita berkenaan homestay di Perak...

Di Perak sahaja terdapat 8 Homestay (Inap Desa) yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan
diantaranya....

1. Homestay Klah
2. Homestay Bagan Datoh
3. Homestay Maju Manik, Teluk Intan
4. Homestay Pendiat, Bota
5. Homestay Gopeng
6. Homestay Bukit Gantang, Taiping
7. Homestay Kg Beng, Lenggong
8. Homestay Selama

Deme nak dapat kan sijil dan kelulusan homestay ni bukan senang...
Penduduk kampung yang ambik bahagian ...semua diwajibkan berkursus..
dan rumah2 deme tu akan diperiksa...
sama ada sesuai atau tidak......

ok leee....
entri2 akan datang awok akan cerita satu2 homestay yang ada di Perak...

Gambar Belangkas