Showing posts with label Sinar Islam. Show all posts
Showing posts with label Sinar Islam. Show all posts

Wednesday, November 2, 2011

Apakah Bukti Sahih Pemuda Itu Adalah Imam Mahdi?

Imam asy-Syaukani menyenarai hadith-hadith dan riwayat-riwayat berkenaan Imam Mahdi, dan beliau mengatakan: "...jumlah kesemua hadith dan riwayat yang dapat kita kumpulkan mencapai darjat 'mutawatir' bila ditelaah secara mendalam..." [Kitab al-Fath ar-Rabbani asy-Syaukani]

Menurut sebuah hadith, zaman umat Nabi Muhammad SAW terbahagi kepada lima bahagian mengikut kerangka masa. 
"Masa kenabian itu ada di tengah-tengah kalian, adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia mengkehendaki untuk mengangkatnya. Seterusnya adalah masa Khilafah yang mengikut jejak kenabian (Khilafah 'ala minhaj an-nubuwwah), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia mengkehendaki untuk mengangkatnya. Seterusnya masa kerajaan yang menggigit (Mulkan 'Adhan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia mengkehendaki untuk mengangkatnya. Setelah itu masa kerajaan yang menyombong (Mulkan Jabariyyan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia mengkehendaki untuk mengangkaynya. Seterusnya adalah masa Khilafah yang mengikut jejak kenabian (Khilafah 'ala minhaj an-nubuwwah). Kemudian baginda (Nabi) diam." {1} 
Kelima-lima bahagian kerangka masa zaman umat Nabi Muhammad SAW hampir sempurna semuanya, dimana hanya tinggal bahagian kelima yakni zaman Khilafah - dipimpin oleh seorang pemuda yang dimuliakan Allah SWT dalam satu malam - Imam Al-Mahdi. Betapa besarnya harapan umat Islam terhadap pemimpin Khilafah di akhir zaman ini, hinggakan muncul pula golongan dalam umat Islam yang begitu taksub hingga membawa mereka menjurus kepada kesesatan.
1) Muncul pihak yang mendakwa "seseorang" itu adalah Al-Mahdi yang dinanti-nantikan berdasarkan HANYA beberapa ciri-ciri inidividu itu.
2) Ada juga individu yang mendakwa dirinya adalah Al-Mahdi yang dinanti-nantikan.
Walhal, telah wujud ijma' dikalangan ulama Ahl Sunnah Wal Jamaah (mengenai hadith-hadith sahih) tentang Al-Mahdi yang mana wajib untuk kita percaya kepadanya. 
AL-MAHDI TERMASUK PERSOALAN AQIDAH 
Dalam pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah, Imam Mahdi termasuk di dalam soal aqidah Islam. Umat Islam wajib mpercayai dan meyakini sebagaimana yang telah dikhabarkan secara mutawatir di dalam hadith-hadith Nabawi. Firman Allah SWT dalam Surah al-Hasyr secara jelas menyebut, maksudnya :
Dan apa yang dibawa oleh Rasul kepada kamu hendaklah kamu ambil dan apa yang ditegahnya hendaklah kamu jauhi." (Surah al-Hasyr:7) 
Berdasarkan ayat diatas, jelaslah, apa sahaja yang dibawa dan dikhabarkan oleh Rasulullah SAW wajib diimani. Dan menafikan apa yang diucap atau diperakui oleh Rasulullah SAW (seperti mengatakan bahawa al-Mahdi bukan termasuk soal aqidah) samalah seperti menafikan beriman kepada Rasulullah SAW. Walhal, setiap apa yangg dikhabarkan oleh Rasulullah SAW tentang sesuatu perkara adalah berdasarkan kepada wahyu yang diturunkan oleh Allah SWT.
Ibn Hazm dalam Kitab Muratibul Ijma' menjelaskan bahawa : 

"Ulama Islam telah Istifaq dan Ijma', bahawa sabdaan Rasulullah apabila telah sah dan benar bahawa itu adaah sabda Rasulullah dengan yakin, maka ia wajin kita ikuti." 

Al-'Allamah Syeikh Muhammad Zahid al-Kautsar ketika mengulas perkataan Ibn Hazm di dalam kitabnya Nadzratun Ibaratun : 

"Dihukum KAFIR sesiapa yang ingkar dengan hukum yang ada ijma' (sepakat) padanya dengan ijma' yaqini (kesepakatan yang diyakini), bukan ia diiktibarkan kufur dari segi ijma', bahkan dihukum kafir dari segi ia engkarkan perkara yang tersabit (muktamad) dalam agama dengan ilmu dharuri dan ijma' yaqini itu mestilah ia bersandarkan kepada AL-QURAN dan HADITH MUTAWATIR, maka orang yang engkar akan hukum yang tsabit dgn al-Quran atau hadith mutawatir bukan sahaja ia engkarkan ijma', bahkan ia engkarkan al-Quran dan hadith mutawatir." 

Manakala, Al-'Allamah As-Safarini, di dalam kitab tauhidnya yang terkenal, ad-Duratul Mudhiyatu Fi Aqidatil Firqatil Mardhiya ketika memberi komentar tentang pengzahiran Imam Mahdi menyebut : 

"Adapun beriman dengan keluarnya Imam Mahdi itu adalah wajib sebagaimana yang telah ditetapkan pada ilmu ahli tauhid dan telah dituliskan dalam aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah." 

Persidangan Jamaah Ulama, Majlis Agama Islam Kelantan turut mengeluarkan fatwa yang berbunyi : 

"Setelah mengkaji dan berbincang dgn panjang lebar. Maka Jamaah Ulama bersetuju memfatwakan seperti berikut : 1. Orang Islam sayugia (wajib sentiasa) beri'tiqad lahirnya Imam mahdi akan datang. 2. Imam yang dimaksudkan itu berupa khalifah yang memerintah dunia 3. Imam al-mahdi adalah daripada keturunan Rasulullah SAW yg akan dibai'ahkan di antara Rukun Hajar al-Aswad dan Maqam Nabi Ibrahim {2} 4. Tentang dimanakah duduknya Imam Mahdi itu. Hanya Allah sahaja yang lebih mengetahui" {3}

HADITH-HADITH YANG MEMBUKTIKAN PEMUDA ITU ADALAH IMAM MAHDI


1. Musim Haji Berdarah Di Mina 

Negara Arab sebelum itu sudah menjadi perhatian dunia kerana konflik dalaman dan perebutan kuasa yang berlaku di negara tersebut setelah kewafatan Raja Haramain (Arab Saudi). {4} Urusan Haji pada tahun tersebut tidak berjalan dengan lancar kerana berlaku rompakan dan kematian. Ada seperti tindakan sabotaj yang mahu memburukkan pimpinan pengganti Raja yang mengambil alih pada masa itu. Sabda Nabi Muhammad SAW; 

"Sebelum pembaiatan al-Mahdi di antara Hajarul Aswad dan Maqam Ibrahim, ada kabilah yang menarik perhatian al-Mahdi mengenai sikap dan perampasan mereka terhadap jemaah haji di Mina."

Diriwayatkan oleh 'Amr ibn Shu'ayb, al-Hakim dan Nu'aym ibn Hammad ; "Orang-orang akan menunaikan ibadah haji bersama-sama dan berkumpul tanpa seorang Imam. Orang-orang yang naik haji akan dilempari dan akan ada sebuah peperangan di Mina yang menyebabkan banyak orang terbunuh dan darah akan mengalir sampai Jumratul Aqabah."

Imam Mahdi tidak akan dibaiat sehinggalah umat manusia yang sedang mengerjakan haji dibunuh beramai-ramai oleh sekumpulan orang-orang yang sengaja mahu membunuh mereka. Kumpulan yang membunuh jemaah haji itu adalah dari kalangan orang-orang Syiah kerana hanya orang-orang Islam sahaja yang dibenarkan masuk ke dalam kota suci Makkah. Disebutkan dalam hadis ini ada kabilah yang merampas - ia sekaligus menunjukkan bahawa mereka itu juga adalah orang-orang Islam, mereka masuk ke Makkah dengan tujuan zahirnya untuk mengerjakan haji, kemudian semasa di Mina mereka membunuh sebanyak mungkin jemaah haji. Selain membunuh jemaah haji, mereka juga cuba untuk merampas kuasa di Makkah, dengan tujuan dapat menguasainya dan sekali gus menghalang kemunculan Imam Mahdi yang sebenar (bukan dari kalangan mereka), yang kemunculannya sudah amat pasti saat itu. {5}

Sementara, kitab Al-Muttaqi al-Hindi, Al-Burhan fi Alamat al-Mahdi Akhir al-Zaman {6} pula menyebut : "Orang-orang akan menunaikan ibadah haji tanpa seorang imam yang memimpin mereka. Peperangan besar akan pecah ketika sampai ke Mina dan mereka dilempari seperti anjing dilempari dan suku-suku saling menyerang satu dengan lainnya. Perselisihan ini meluas sehingga kedua kaki terkubur di genangan darah."

Pada tahun 1979, sebuah pembantaian ketika musim haji yang sangat mirip dengan kenyataan di atas telah terjadi berhampiran. Menariknya, pembantaian ini terjadi pada permulaan period sepanjang tanda-tanda kemunculnya Imam Mahdi, iaitu hari pertama 1400 Hijriyah (21 November 1979). Hadits-hadits ini juga menyebut tentang pertumpahan darah dan pembantaian. Pembunuhan ke atas 30 orang sepanjang pertempuran antara tentera Arab Saudi dan penganut Syiah yang melakukan rusuhan selama tempoh itu secara tidak langsung telah memperkuat lagi kebenaran hadits ini. {7}
Jika dilihat dari sudut sejarah, keganasan penganut Syiah pada musim haji adalah perkara yang biasa kerana :
1. Pada musim haji tahun 1979, Khomeini telah mengarahkan kaum kuffar Rafidah - menyamar sebagai kaum muslimin pergi menunaikan haji. Mereka lalu mengadakan rusuhan serta mencemarkan perkuburan Baqi’ (tanah perkuburan para Sahabat Rasulullah SAW).
2. Pada Februari 2009, kaum Rafidah yang menetap di Arab Saudi telah mengadakan rusuhan di Masjid Nabawi dan sekali lagi menceroboh perkuburan Baqi’ serta memijak-mijak kubur para Sahabat Rasulullah SAW. [klik disini]
3. Bukti lain keganasan puak Syiah juga boleh dilihat pada kubah Masjid Nabawi yang mana hingga kini masih kekal jasad seorang penganut Syiah yang cuba mencuri jasad Rasulullah SAW. 
Dan ingatlah bahawa telah dinyatakan di dalam hadith, salah satu peperangan yang akan dilalui oleh Imam Mahdi adalah perang menentang Parsi iaitu bumi Iran kini: 

"Kalian perangi jazirah Arab dan Allah beri kalian kemenangan. Kemudian Persia (Iran), dan Allah beri kalian kemenangan. Kemudian kalian perangi Rum, dan Allah beri kalian kemenangan. Kemudian kalian perangi Dajjal, dan Allah beri kalian kemenangan." {8}

2. Tempat Imam Mahdi Dibai'ah 
Menurut Syeikh Nu'aim bin Hammad (guru Imam Bukhari) dalam himpunan atsar akhir zaman, orang yang akan membai'ahnya bukanlah daripada kalangan orang awam, bahkan terdiri daripada kalangan ulama soleh, para kekasih dan aulia Allah SWT yang didorong mencari Imam Mahdi.Kerja mencari Imam Mahdi bukan kerja kita. Ia adalah kerja orang pilihan Allah SWT. Mereka yang dipilih Allah SWT itu mestilah dikalangan orang soleh dan para kekasih Allah SWT kerana hanya mereka sahaja yang nampak ciri-ciri sebenar Imam Mahdi. Melalui ilmu yang dikurniakan oleh Allah SWT, mereka akan dapat mengecam pemuda yang bakal menjadi Imam Mahdi itu.

Oleh kerana akhlak Imam Mahdi menyerupai akhlak Rasulullah SAW maka para kekasih dan aulia Allah SWT adalah mereka yang layak berada disamping pembaiatannya. mereka bukan sahaja faqih, alim, soleh dan aulia Allah SWT, bahkan mencintai Nabi Muhammad SAW. Mereka pernah dan sudah melihat akhlak Nabi SAW di dalam mimpi-mimpi mereka, kerana melihat nabi di dalam mimpi adalah benar. {9}

Kehadiran ulama soleh, para kekasih dan aulia Allah SWT di Bait Allah SWT (Kaabah) pada saat itu atas dorongan yang tidak dapat dihuraikan. Ia seperti kisah tujuh pemuda Ashabul Kahfi yang berhimpun lari dari kekejaman Raja Diqiyanus - mereka berhimpun di tempat yang sama, padahal dikalangan mereka tidak mengenali  antara satu sama lain tetapi mempunyai tujuan sama. {10}

Di dalam Musnad Imam Ahmad, beliau mengeluarkan sebuah hadith daripada Abu Qatadah ra bahawa Rasulullah SAW bersabda :

"Diberikan bai'ah kepada seorang lelaki di tempat antara rukun (Hajar al-Aswad) dan maqam (Maqam Ibrahim) dan tidak ada yang menduduki Bait Allah (pada masa itu) kecuali yang berhak melakukannya." 

Daripada Ummu Salamah, diriwayatkan secara marfu' :

"Akan terjadi perbezaan pendapat ketika wafatnya seorang khalifah. Kemudian salah seorang lelaki penduduk Madinah pergi keluar menuju Makkah. Penduduk Makkah menemuinya, memintanya keluar dari rumah, padahal ia tidak menyukainya. Kemudian mereka membai'ah lelaki itu di antara rukun (Hajar al-Aswad) dan maqam (Maqam Ibrahim). Kemudian datanglah satu pasukan dari Syam untuk memeranginya. Pasukan itu diserang di padang pasir yang tandus, yang terletak di antara Makkah dan Madinah. Ketika orang-orang soleh Syam dan sekelompok orang Iraq mengetahui itu, mereka mendatangi lelaki tersebut dan membai'ahnya (di antara Hajar Aswad dan Maqam Ibrahim). Saat itu muncul seorang lelaki Quraisy yang memiliki garis keturunan daripada pihak ibu Bani Kilab. Lalu lelaki Quraisy itu mengirimkan pasukan untuk memerangi orang-orang yang membai'ah tadi berhasil mengalahkan pasukan yang dikirim lelaki Quraisy itu. Pasukan lelaki Quraisy tersebut bagaikan anjing. Merugilah orang-orang yang tidak menyaksikan rampasan perang Bani Kilab itu. Kemudian lelaki itu membahagikan harta itu. Dia menerapkan sunnah Nabi SAW sehingga Islam menjadi terhormat di muka bumi ini. Lelaki itu (al-Mahdi) memerintah selama tujuh tahun, kemudian wafat dan kaum Muslimin mensolatkannya." {11}

Hadith di atas boleh menjadi SATU BUKTI YANG AKAN MENSAHIHKAN bahawa individu yang dibai'at itu adalah Imam Mahdi yang sebenar-benarnya.

3. Pasukan Khas Mencari Dan Membunuh Imam Mahdi Dimusnahkan Oleh Allah SWT

Bukti lain yang mensahihkan pembai'atan Al-Mahdi adalah sabda Nabi Muhammad SAW - akan ada bukti pertolongan Allah SWT yang akan dihebahkan ke seluruh pelusuk dunia iaitu tentera yang mahu menghancurkan Imam Mahdi akan ditenggelamkan di Baida'. {12} 

Daripada Syyidah Aisyah Ummul Mu'minin r.a telah berkata :

"Pada suatu ari tubuh Rasulullah SAW bergetar di dalam tidurnya. Lalu aku bertanya; "Mengapa engkau berkeadaan sesuatu yang belum pernah engkau lakukan sebelumnya wahai Rasulullah?" Rasulullah SAW menjawap; "Akan terjadi suatu keanehan iaitu sekelompok orang daripada umatku akan berangkat menuju Bait Allah (rumah Allah) untuk memburu seorang lelaki Quraisy yang sedang mengunjungi Kaabah. Sehingga apabila orang-orang tersebut telah sampai di sebuah padang pasir, maka mereka ditelan bumi." Kemudian aku bertanya; "Bukankah di jalan padang pasir itu terdapat bermacam-macam orang?" Baginda menjawap; "Benar, di antara mereka yang ditelan tersebut ada yang sengaja pergi untuk berperang dan ada pula yang dipaksa untuk berperang, serta ada pula orang yang sedang berada dalam suatu perjalanan, akan tetapi mereka dibinasa dalam satu waktu dan tempat yang sama. Sedangkan mereka berasal dari arah (niat) yang berbeza. Kemudian Allah akan membangkitkan mereka pada hari berbangkit (Kiamat-Hari Pengadilan), menurut niat masing-masing." {13} 

Dan ketika itu, sahihlah pemuda itu adalah Imam Mahdi yang dibantu oleh Allah SWT. Tenggelamnya tentera atau pasukan khas yang mahu membunuh Imam Mahdi akan disiarkan ke seluruh dunia melalui hebahan media massa terutamanya TV. {14}

4. Munculnya Api Yang Membakar Hijjaz

Satu lagi tanda besar yang mengamit perhatian dan pengesahan bahawa Imam Mahdi telah zahir pada waktu itu ialah munculnya api besar yang membakar tanah Hijjaz. Kemunculan api ini memang ada disebutkan dalam hadith Nabi SAW. Namun api yang dinyatakan di atas bukanlah api yang muncul pada 654 M tetapi api yang akan muncul di akhir zaman seiring dengan kezahiran Imam Mahdi. Ia berdasarkan pendapat Ibnu Hajar Al-Asqalani yang berpendapat bahawa api itu akan terjadi dua kali. Yang pertama, pada abad ke-7 H (sepertimana yg disebut oleh kebanyakan ulama). Manakala yang kedua akan terjadi di akhir zaman nanti. {15}

Sekadar catitan - Hujahan daripada buku Menyongsong Imam Mahdi : Sang Penakluk Dajjal yang dipetik daripada buku Fitnah dan Petaka Akhir Zaman : Detik Menuju Kehancuran Alam Semesta karya Abu Fatiah Al-Adnani, menyebut {16}: 

...Pasukan besar yang bergerak dari segala penjuru Jazirah Arab itu, berikut yang datang dari sekitarnya, juga yang datang dari luar Jazirah Arab, selamanya tidak akan dapat menjejakkan kaki di Makkah al-Mukarramah. Sebab penghancuran menggerikan atas pasukan as-Sufyani dan bencana besar akan terjadi dalam bentuknya yang tidak pernah terbayangkan dalam fikiran manusia waima yang terpintar. Api akan menyala berkobar-kobar secara tiba-tiba di seluruh penjuru Jazirah Arab...(diringkaskan) adalah api Hijjaz yang diwartakan oleh Nabi SAW menerusi sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah {17}; "Kiamat tidak akan terjadi sampai muncul api dari tanah Hijjaz yang menerangi punuk-punuk unta di Bushra." {18} 

Menurut pendapat yang kuat, api ini bukanlah api yang menyala pada pertengahan abad ke-8 atau lebih tepat iaitu pada tahun 654 H. Imam An-Nawawi dalam Syarh Shahih Muslimnya mengatakan ; "Di zaman kami menyala api di Madinah pada 657 H. Api sangat besar itu muncul dari pinggir Madinah, di belakang Harrah. Berita tentangnya sampai ke Syam dan negeri-negeri lain secara berantai..." {19} 

Ibn Katsir dan Al-Qurthubi menceritakan keadaan munculnya api ini dengan panjang lebar dalam kitab masing-masing, al-Bidayah wa al-Nihayah dan At-Tadzkirah. Dinyatakan juga bahawa api itu dapat dilihat dari Makkah dan pembukitan Bushra. Seorang lagi pemikir Muslim, Yusuf Abdullah al-Wabil, turut mengemukakan pendapat yang sama, bahawa api itu bukanlah api yang dimaksudkan dalam riwayat di atas.

Dalam pada itu, tanda-tanda yang disebut kemunculan bintang berekor, gerhana bulan dan matahari di dalam bulan Ramadhan, terjadinya pertumpahan darah dalam musim Haji, dan kewafatan Raja Haramain (Raja Arab Saudi) adalah tanda dekat kemunculannya.


Justeru, jika ada yang mengaku bahawa dia adalah Imam Mahdi atau sudah bertemu dengan Imam Mahdi, buat masa ini abaikan sahaja, dan berlapang dada dengan dakwaan seperti itu. Semoga Allah memberikan kita petunjuk dan hidayah yang jelas kepada kita semua. Seperkara lagi yang perlu kita ingati adalah "Imam Mahdi sendiri tidak akan mengetahui bahawa dirinyalah Al-Mahdi yang dinanti-nantikan." Dan ketika umat Islam ingin membai'ahnya, 'dia' tidak akan menyukainya. Hal ini telah dinyatakan dengan jelas di dalam hadith-hadith yang telahpun kita bincangkan.

Wallahualam bissawab
_________________________________________
1. Hadith Riwayat Ahmad dan Baihaqi dari Nuaman bin Basyir dari Hudzaifah
2. Lihat juga Fatwa-Fatwa Mufti Johor, 159
3. Himpunan Fatwa Mufti Kerajaan Negeri Kelantan, 184
4. Daripada Abu Daud, daripada Ummu Salamah bahawa Rasulullah SAw bersabda ; "Akan terjadi persengketaan saat kematian seorang khalifah, lantas keluarlah seorang penduduk Madinah berlari menuju ke Makkah. Maka beberapa orang penduduk Makkah mendatanginya dan mengeluarkannya namun dia tidak suka. Mereka membai'ahnya di antara rukun (Yamani) dengan maqam Ibrahim. Lalu berangkatlah satu pasukan tentera daripada Syam untuk mengejarnya. Maka mereka ditelan bumi di daerah Baida' antara Makkah dan Madinah...". (Hadith Riwayat Abu Daud: Kitabul Mahdi, no : 3737 dan al-Hakim Kitabul Fitan, no : 8446. Dan juga Imam Ahmad, Ibn Rahawaih, Ibn Abu Syaibah dan At-Thibrani, dinyatakan sahih oleh al-Haitsami, Ibn Qayyim, asy-Syaukani, Shiddiq Hassan Khan dan Ahmad Syakir.)
5. Ustaz Hawari bin Abdul Malik, Imam Mahdi : Rahsia Kegemilangan Umat Islam Pada Zaman Moden, Bab 2, Bhg 'Tanda-tanda Sangat Hampir Kemunculannya', hlm 197
6. Al-Muttaqi al-Hindi, Al-Burhan fi Alamat al-Mahdi Akhir al-zaman, hlm 35
7. Harun Yahya, The End Time and Hazrat Mahdi 8. Hadith Riwayat Muslim 5161
9. Imam Mahdi hanya menyamai akhlak Rasulullah SAW sahaja, bukannya wajah baginda. Hal ini berdasarkan pada hadith daripada Hudzaifah yang dikeluarkan oleh Abu na'im dan ahdith daripada Ibn Masud yang dikeluarkan oleh at-thibrani dengan isnad yang "sahih"
10. Muhammad Nurani Maarif, Fitnah 2012: Konspirasi Galaktik, hlm 211
11. Hadit Riwayat Abu Daud dalam Sunannya (4/475, hadith 4286); Hadith Riwayat Imam Ahmad dalam Musnadnya (6/316); Hadith Riwayat Ibn Hibban dalam Sahihnya di dalam Mawarid adz-Dzaman (hlm 464, hadith 1881). Hadith Riwayat At-Thibrani dalam Mu'jam al-Ausath (2/90, hadith 1175). hadith ini diriwayatkan juga oleh Ibn Abi syaibah dan Abu Yu'la. Al-Haitami berkata,"Para perawi hadith ini merupakan perawi hadith sahih." Lihat Majma' az-Zawaa'id (7/315).
12. Ada sesetengah pendapat mengatakan di Miqat Bir Ali. 
13. Diriwayatkan oleh Imam Bukhari pada kitab al-Buyu'. Riwayat Muslim pada kitab al-Fitan bab 'Pembenaman Tentera Yang Menuju Ke Bait Allah.'
14. Hal ini amat sesuai jika kita mengambilkira berdasarkan keadaan semasa dimana hebahan media massa sangat mempengaruhi kebanyakan orang awam-tidak hanya di suatu tempat malah seluruh dunia. Lihat Muhammad Nurani Maarif, Fitnah 2012: Konspirasi Galaktik, hlm 212
15. Lihat Fathul Bari XII/101
16. Abu Fatiah Al-Adnani, Fitnah dan Petaka Akhir Zaman : Detik Menuju Kehancuran Alam Semesta, hlm 226
17. Hadith ini diriwayatkan oleh Bukhari dalam Sahihnya, bab 'Fitnah', sub-bab 'Keluarnya Api'. 
18. Bushra disini bukanlah Bashrah, yang terakhir kali dikatakan terdapat di Iraq. Sebaliknya, Bushra adalah sebuah kota yang terkenal di Syam (juga disebut Hauran), tidak jauh dari Damaskus. (Lihat Mu'jamul Buldan 1:441 Syarah Muslim 18/30 dan Fathul Bari 13/80
19. Menyongsong Imam Mahdi Sang Penakluk Dajjal, hlm 87-90

Thursday, August 4, 2011

Tokoh-tokoh Barat Memuji Nabi Muhammad SAW

Tidak semua masyarakat Barat bersikap anti terhadap Rasulullah SAW dan Islam. Mengenai gambaran Islam yang suram seperti yang di gambarkan dalam buku-buku Barat, ia tidak bermakna tiada mana-mana pihak di Barat yang berfikiran neutral. Sebahagian daripada mereka sebenarnya mengenali Rasulullah SAW dan mereka juga mengenali Islam yang kemudiannya membuatkan mereka bersikap neutral ketika mencurahkan idea mereka ke dalam buku-buku. Banyak juga contoh-contoh yang boleh dijadikan rujukan.

Ramai juga masyarakat Barat yang berfikiran neutral, memilih untuk bersikap mendiamkan diri, atau barangkali media Barat tidak mahu menghebahkan pandangan golongan neutral ini. Lebih malang lagi, umat Islam sendiri yang secara sedar atau tidak telah membenci Rasulullah SAW dalam perilaku kehidupan sehariannya. Bagi memberikan gambaran yang jelas dan utuh, berikut ini diberikan 10 pendapat orang-orang Barat dari golongan neutral mengenai Islam : 

1. Dr. Zuwaimer, seorang Orientalis Kanada 
The Canadian orient list Dr. Zuwaimer, in his book entitled, 'The East and itscustoms', says, 'Undoubtedly, Mohammedwas on of the greatest Muslim religiousleaders. We can rightly say that he was asuper efficient reformer, eloquent, brave, courageous, great thinker whom we shouldnot attribute to him any description thatcontradicts the above qualities. TheGlorious Quran, which he brought forth forhumanity, is a great testimony for this claim
Orientalis Kanada, Dr Zuwaimer dalam bukunya bertajuk 'Timur dan Tradisinya' mengatakan, “Tidak diragukan lagi bahawa Muhammad adalah termasuk pemimpin agama terbesar. Boleh juga dikatakan bahawa dia adalah seorang reformis, fasih, berani dan pemikir yang agung. Tidak boleh kita menyebutnya dengan apa yang bertentangan dengan sifat-sifat ini. Al-Quran yang datang bersama Muhmmad dan sejarahnya menjadi saksi atas kebenaran dakwaan ini” 

2. Bretly Hiler, seorang Orientalis Jerman 
The German orient list Britly Saint Heller, in his book entitled, 'The Orient lists and their creeds', says, 'Mohammed was the head-of-the-state, who looked out for the life of his people and their freedom. He punished those who committed crimesand felonies during his lifetime. He calledfor the worship of One God; monotheism. He was extremely kind in his call to hisreligion, even with his enemies. He possessed two characteristics in hispersonality amongst the highest qualities : justice and mercy
Bretly Hiler dalam bukunya mengatakan ; “Muhammad adalah seorang ketua negara dan seorang yang mempunyai keprihatinan besar pada kehidupan rakyat dan kebebasannya. Dia menghukum orang-orang yang melakukan kesalahan sesuai dengan keadaan zamannya dan sesuai dengan situasi kelompok-kelompok buas di mana Nabi hidup di kalangan mereka. Nabi ini adalah seorang penyeru kepada agama Tuhan Yang Esa. Di dalam dakwahnya, dia menggunakan cara yang lembut dan santun meskipun dengan musuh-musuhnya. Pada keperibadiannya ada dua sifat yang paling utama dimiliki oleh jiwa manusia : keadilan dan kasih sayang” 

3. Bernardesho, seorang penulis dan pengkritik British
The British writer and critique, BernardShow, in his book Mohammed, which was     

rordered to be burnt by the British authorities, says, 'This world is in a badneed for a man with the thinking style andability of that of Mohammed. This Prophet who always placed his religion in arespectable and honorable position.This religion is the strongest to digest allcivilizations and be an eternal religion. I notice that many British citizens embraced Islam right fully. This religion will find great accommodation in Europe.'

The clergy men in the Middle Ages, as are sult of discrimination and ignorance, hadpainted a dim picture for Mohammed. They considered him an enemy for Christianity! However, after researching his personality, I discovered that he was a great man. I concluded that he was never an enemy for Christianity; rather he should be called the savior of the humanity. In fact, if he is given the leadership in ourworld today, he will resolve the entire world problems in a manner that securepeace and prosperity for the entirehumanity.
Beliau mengatakan ; “Dunia ini sangat memerlukan lelaki dengan pemikiran seperti Muhammad. Nabi inilah yang meletakan agamanya senantiasa dalam posisi terhormat dan tinggi, agama yang paling kuat di dalam mencerna seluruh peradaban dan kekal sepanjang masa. Saya melihat ramai rakyat British yang memeluk agama ini dengan bukti nyata. Agama ini akan mendapatkan kesempatan yang luas di Eropah.

Tokoh-tokoh agama pada abad pertengahan, akibat dari diskriminasi dan kejahilan, telah menggambarkan agama Muhammad dengan gambaran yang gelap. Mereka menyebut agama Muhammad sebagai musuh bagi Kristian. Namun setelah saya mengkaji tentang orang ini (Muhammad), saya tahu dia adalah lelaki terhebat. Saya menyimpulkan bahawa dia bukanlah musuh bagi masyarakat Kristian, namun sebaliknya harus disebut penyelamat manusia. Dalam pandangan saya, sekiranya dia memegang kendali dunia pada hari ini pastilah dia bisa menyelesaikan masalah kita yang dapat menjamin perdamaian dan kebahagiaan yang menjadi harapan manusia” 

4. Snersten Elasogi, Professor Bahasa Aramaic 
Senrasten Asoji; Semitic languages professor says in his book, 'The history of Mohammed's life', 'We would not be fair to Mohammed if we denied his great qualities and characteristics    
Mohammed led a real battle agains tignorance and barbarism insisting on hisprinciples. He continued to fight against theoppressors until he reached a clear victory. His religion is the greatest religion and heis above all great people in history
Senrasten Asoji, Professor bahasa Semitik, dalam bukunya “Sejarah Hidup Muhammad” mengatakan; “Sungguh kita tidak adil pada Muhammad jika kita mengingkari apa yang ada pada dirinya, kualiti dan sifat-sifatnya.

Muhammad memimpin perang sebenar menghadapi kebodohan dan kekusutan, dengan keteguhan pada prinsipnya. Dia terus memerangi tindakan yang melampaui batas hingga ia berakhir pada kemenangan yang nyata. Sehingga syariatnya menjadi syariat yang paling sempurna, dia di atas para tokoh agung sejarah” 

5. Senex, seorang orientalis Amerika Syarikat
Senex, the American orient list in his book, "The Arabs Creed', says, ' Mohammed appeared after. His mission was to promote and five-hundred-and-seventy years of Jesus improve the human minds by introducing the best ethics and morals tothem and teaching them monotheism, andinforming them about the Here after, or life-after-death
Senex, orientalis Amerika Syarikat dalam bukunya “Agama Arab” mengatakan; “Muhammad muncul 570 tahun setelah Isa as...meningkatkan akal manusia dengan memberinya dasar-dasar utama dan akhlak yang mulia, mengembalikan kepada keyakinan Tuhan Yang Esa dan kehidupan setelah kematian” 

6. Michel Hart, penulis buku The 100
Michael Hearts, in his book, 'The 100 mostinfluential people in history', 'Choosing Mohammed to be the first, most importantand greatest men in history may surprise the readers, but he is the only manthroughout the history who succeeded on the religious and worldly affairs levels. There are messengers, prophets and wisemen who started great missions, but they died before completing them, such as the Messiah in Christianity, Moses in Judaism. But Mohammed is the only messenger who

completed his religious message and all itrulings were complete. Complete nationsand peoples followed the religion of Mohammed during his lifetime. Besides, he established a government and astate, which is considered as a world ly affair as well. Mohammed united all the tribes and clans in one people and established laws-of-life. He set his nationto preach the religion to the rest of the world. Therefore, he is the only man throughout the history who succeeded on the religious and worldly affairs levels
Di dalam bukunya ia mengatakan, “Memilih Muhammad untuk menjadi orang pertama yang terpenting dan teragung sebagai tokoh sejarah telah mengejutkan para pembaca, namun dia (Muhammad) adalah satu-satunya tokoh dalam sejarah yang berjaya dengan kejayaan sangat hebat pada tingkat Agama dan Dunia. Ada banyak rasul, nabi dan para pemimpin yang memulakan misi-misi agung. Namun mereka meninggal tanpa penyempurnaan misi-misi tersebut, seperti Isa dalam Kristian, atau yang lain telah mendahului mereka, seperti Musa dalam Judaism. Namun Muhammad adalah satu-satunya (Rasul) yang menyempurnakan misi agamanya, menetapkan hukum-hakamnya dan diimani oleh bangsa-bangsa selama hidupnya. Kerana dia mendirikan negara baru di sisi agama. Sementara itu, di bidang dunia dia juga menyatukan kabilah-kabilah di dalam bangsa, menyatukan bangsa-bangsa di dalam umat, meletakan buat mereka semua asas kehidupannya, menggariskan masalah-masalah dunianya, meletakannya pada titik tolak menuju dunia. Dan juga di dalam hidupnya, dia adalah (Rasul) yang memulakan risalah agama serta dunia dan menyempurnakannya” 

7. Lev Tolstoy, seorang sastrawan Russia
The Russian writers; Tolstoy, whoseliterature and writings are considered to beon the best international literature: 'It suffices Mohammed that he salvaged a humiliated bloody nation from the grip of satanic customs and put them on the roadof development and progress. The Shariah laws of Mohammed shall spread all overthe world because it agrees with thecommon sense and wisdom
Dalam karya sastranya yang dianggap sebagai sastra yang paling bernilai tercatat dalam peninggalan kemanusiaan. Dia mengatakan; “Cukuplah Muhammad sebagai kebanggaan kerana dia telah membebaskan umat hina yang hauskan darah dari cakar-cakar syaitan tradisi yang dihina dan meletakkan mereka di jalan yang membangun dan maju. Syariat Muhammad akan menguasai dunia kerana kesesuaiannya dengan akal dan kebijaksanaan” 

8. Dr Shaberk, cendiakawan Austria 
Dr. Shperk, the Austrian says, 'The entire humanity should be proud that a man like Mohammed belongs to it. Despite his being unlettered man he was able to bring about a legislation system that we will be the happiest people is if  were ached its peak and the maximum of that legal system
Dalam sebuah forum ia mengatakan; “Sesungguhnya seluruh umat manusia harus bangga memiliki tokoh seperti Muhammad. Meskipun dengan keumiannya (tidak mampu membaca dan menulis), dia mampu membuat undang-undang beberapa belas abad yang lalu. Kita orang Eropah akan menjadi sangat bahagia apabila mampu sampai ke puncaknya” 

9. Thomas Carlyle, seorang Ahli Fahsafah Inggeris - Pemenang Hadiah Nobel 
The English philosopher, Thomas Carlyle, the Nobel Prize winner says in his book

The Heroes', 'It is extremely shameful to anyone to believe that Islam is nothing buta bunch of lies. And, it is equally shamefulto believe that Mohammed is a liar and cheater
Thomas Carlyle mengatakan ; “Sungguh menjadi sangat aib bagi siapajua yang percaya bahawa agama Islam adalah tidak lebih satu kedustaan. Dan begitu juga malunya sesiapa yang percaya bahawa Muhammad adalah penipu."

10. Gotah, seorang sasterawan Jerman

Beliau mengatakan ; “Sesungguhnya kita warga Eropah dengan seluruh pemahaman kita, belum sampai kepada apa yang telah dicapai oleh Muhammad. Dan tidak akan ada yang melebihi darinya. Saya telah mengkaji dalam sejarah tentang keteladanan yang tinggi untuk umat manusia ini. Dan saya temukan itu pada Nabi Muhammad SAW. Demikianlah seharusnya kebenaran itu menang dan tinggi, sebagaimana Muhammad telah berjaya menundukan dunia dengan kalimat tauhid”


Justeru, dengan melihat pandangan-pandangan para cendiakawan dari 'Barat' yang diatas, maka betapa dunia dalam waktunya akan membuktikan keagungan diri Rasulullah SAW dan ajaran yang beliau bawa untuk manfaat umat manusia yakni agama Islam. Apa yang dulu pernah baginda perjuangkan akan terbukti mampu menyelesaikan setiap permasalahan yang wujud di dalam kehidupan ini.

Wednesday, July 6, 2011

Sebaik-baik Jin Adalah Sejahat-jahat Manusia (Penipuan Fakta)

Oleh : Abdullah Bukhari Abdul Rahim Al Hafiz {1}

Seringkali dicanang dan dimomokkan di dalam cerita seram yang ditayangkan di television bahawa sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia. {2} Kenyataan ini meragukan kerana tidak pernah dinyatakan asas sandarannya daripada Al-Quran dan hadis. Bagaimanapun, ia seolah-olah sudah menjadi fakta yang diterima ramai sehingga penerbit filem seram berani menggunakan kenyataan di atas sebagai dialog yang digunakan di dalam filem mereka.

Asas pertama yang perlu dipegang apabila membicarakan perihal jin dan malaikat ialah keimanan kepada perkara ghaib. Oleh kerana alam jin adalah alam ghaib yang terhalang daripada alam nyata. Manusia tidak boleh berbicara tentang jin kecuali mengikut neraca Al-Quran dan Al-Sunnah.

Firman Allah SWT :

يَا بَنِي آدَمَ لا يَفْتِنَنَّكُمُ الشَّيْطَانُ كَمَا أَخْرَجَ أَبَوَيْكُمْ مِنَ الْجَنَّةِ يَنْزِعُ عَنْهُمَا لِبَاسَهُمَا لِيُرِيَهُمَا سَوْآتِهِمَا إِنَّهُ يَرَاكُمْ هُوَ وَقَبِيلُهُ مِنْ حَيْثُ لا تَرَوْنَهُمْ إِنَّا جَعَلْنَا الشَّيَاطِينَ أَوْلِيَاءَ لِلَّذِينَ لا يُؤْمِنُونَ

Wahai anak-anak Adam! janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman. (Al-Araf :27) 

Hanya kedua-dua sumber itu mampu menelah dan menembusi alam jin. Sesiapa sahaja yang ingin mengutarakan buah fikiran mengenai alam jin perlu terlebih dahulu merujuk Al-Quran dan Al-Sunnah supaya umat Islam tidak berpegang kepada asas yang rapuh, tidak berasas atau disuap dengan fakta karut dan khurafat yang tidak banyak membina iman dan minda.

Kenyataan yang terlalu umum sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia ini secara tidak langsung akan menzalimi sebahagian jin Islam yang dipuji Allah SWT dan disebut kisah mereka di dalam Al-Quran. Mereka ialah generasi awal jin Islam yang bertanggungjawab menyebarkan Islam kepada makhluk jin kerana jin dan manusia mempunyai tanggungjawab agama dan akan dihisab di akhirat kelak (Al-Rahman [55:31-36]).

Generasi awal jin Islam yang disebut kisah mereka dalam Al-Quran ini selayaknya digelar sahabat nabi kerana memenuhi ciri serta takrifan para ulama hadis iaitu sesiapa sahaja yang bertemu dan beriman dengan Nabi Muhammad SAW.

Sekiranya kenyataan sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia ini terus dipegang, kita secara tidak langsung akan menghukum para sahabat Nabi Muhammad SAW jauh lebih jahat daripada manusia, sedangkan para ulama sepakat mengatakan para sahabat adalah adil dan baik.

Generasi awal jin ini juga diiktiraf sebagai rasul atau utusan pendakwah dalam kalangan mereka.

Firman Allah SWT :

يَا مَعْشَرَ الْجِنِّ وَالإنْسِ أَلَمْ يَأْتِكُمْ رُسُلٌ مِنْكُمْ يَقُصُّونَ عَلَيْكُمْ آيَاتِي وَيُنْذِرُونَكُمْ لِقَاءَ يَوْمِكُمْ هَذَا قَالُوا شَهِدْنَا عَلَى أَنْفُسِنَا وَغَرَّتْهُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا وَشَهِدُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ أَنَّهُمْ كَانُوا كَافِرِينَ

"Wahai sekalian jin dan manusia! Bukankah telah datang kepada kamu rasul-rasul daripada kalangan kamu sendiri, yang menyampaikan kepada kamu ayat-ayatKu (perintah-perintahKu), dan yang memberikan amaran kepada kamu tentang pertemuan kamu dengan hari (kiamat) ini?"(Al-An'am : 130)

Hakikatnya, para rasul hanya diutus dalam kalangan manusia. Namun begitu, rasul dari kalangan jin dalam ayat ini adalah wakil kepada rasul atau pendakwah dari kalangan jin yang mendengar bacaan Al-Quran yang dibaca oleh Nabi Muhammad SAW(Tafsir al-Razi). Kisah mereka ini boleh didapati di dalam Al-Quran.

Sebuah hadis turut merekodkan baginda Rasulullah SAW pernah memuji para sahabatnya dari golongan jin yang begitu sensitif terhadap Al-Quran. Baginda pernah membacakan surah Al-Rahman dari awal sehingga akhir kepada para sahabat. Selain itu, para ulama hadis seperti Imam Ibn Hajar Al-Asqalani tidak ketinggalan menyenaraikan nama golongan awal jin bersama nama para sahabat nabi yang lain. Antara nama yang disebut adalah Zawba'ah, Al-Adras, Hasir, Khasir dan sebagainya (Al-Isabah fi Ma'rifat aAl-Sahabah).

Mungkin ada segelintir pihak cuba mempertahankan kenyataan meragukan tersebut dengan mengatakan bukti harian jelas menunjukkan jin banyak melakukan kerosakan dan kebiadapan terhadap manusia. Banyak sekali hasutan dan rasukan berlaku yang memporak perandakan hidup manusia. Sebenarnya kejahatan serta kebiadapan itu tidak hanya berpunca daripada jin, bahkan ia juga berpunca daripada kejahatan manusia.

Firman Allah SWT :

ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُمْ بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ (٤١)قُلْ سِيرُوا فِي الأرْضِ (٤٢)فَانْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الَّذِينَ مِنْ قَبْلُ كَانَ أَكْثَرُهُمْ مُشْرِكِينَ

"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia, (timbulnya yang demikian) kerana Allah SWT hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)." Katakanlah: "Mengembaralah kamu di muka bumi ini, kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang telah lalu (yang telah dibinasakan). Kebanyakan mereka adalah orang-orang musyrik." (Al-Rum : 41-42)

Oleh itu, pihak yang selalu menggunakan kenyataan tersebut perlu terlebih dahulu merujuk kepada sumber Islam bagi mengelakkan kejadian sebegini terus berlaku.

_______________________________________
1.Abdullah Bukhari Abdul Rahim Al-Hafiz ialah Pensyarah Jabatan Tilawah Al-Quran, Pusat Bahasa, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. 
2.Filem lakonan Fara Fauzana dan Mawi bertajuk Jin Notti terbukti menggunakan dialog "sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia" menerusi watak yang dibawakan oleh Fara Fauzana. Secara tidak langsung, kenyataan itu semakin kuat dipegang oleh kebanyakan penonton kini.

Friday, March 18, 2011

Kalimah Allah semasa Tsunami di Jepun

Bagi mereka azab dalam kehidupan dunia dan sesungguhnya azab akhirat adalah lebih keras dan tak ada bagi mereka seorang pelindung pun dari (azab) Allah.
Surah Ar-Ra’d ayat 13 
Gambar-gambar  atau video yang diambil ketika terjadinya tsunami di Jepun terlampau banyak akan tetapi ada sekeping gambar atau video yang menarik perhatian. Video tersebut telah dirakamkan dari atas helikopter televisyen NHK memaparkan timbunan-timbunan kereta yang bakal diesksport terdampar dihempas Tsunami.
Imej tersebut sangat mengujakan kerana ia jelas menunjukkan khat ‘bismillah’ dengan tulisan arab. Mungkin masyarakat Jepun tidak faham dengan tulisan ‘bismillah’ tersebut, namun bagi umat ia amat jelas dan nyata. Mungkin ramai yang ragu-ragu dengan ‘petunjuk’ Allah swt ini, namun bagi penulis, ia jelas memaparkan kalimah ‘bismillah’.
Sebagai umat Islam, kita harus mengambil hikmah atas apa yang terjadi di Jepun pada 11 March yang lalu.

Thursday, February 24, 2011

Negara Islam Pelopor Teknologi Senjata Moden

Sejak zaman Nabi Nuh as, kira-kira tahun 5000 SM, hingga tahun 1400 M, persenjataan tentera di dunia hanya didominasi oleh pedang, panah, tombak, kuda dan senjata-senjata tradisional lainnya, namun tidak pernah terfikir oleh kita bahawa kaum Muslimlah yang menjadi pelopor kepada persenjataan modern.
 
Jika kita baca buku-buku teks di sekolah, para pejuang kita digambarkan kononnya berperang dengan penjajah hanya dengan penggunaan senjata tajam seperti pedang, panah, keris, atau bambu runcing, namun hakikatnya ia tidaklah se'kuno' begitu. Pada awal kedatangan Penjajah Belanda ( VOC ) iaitu sekitar abad ke-16, Belanda juga masih menggunakan tombak, pedang, panah dan hanya sebahagian saja yang memakai senapang dan menggunakan meriam. Kesultanan Demak dan Aceh ketika itu sudah pun menggunakan meriam, bahkan Kesultanan Demak pernah mendatangkan pakar meriam dari negara Cina yang beragama Islam (Zaman Dinasti Ming, politik dan ekonomi Cina dikuasai kaum Muslim), yang disuruh membangunkan persenjataan artileri seperti meriam.
 
Kaum muslim pada masa Khalifah Islam sudah menciptakan pelbagai persenjataaan moden pada zamannya dan hasil dari pemikiran cemerlang yang melangkaui pemikiran manusia pada zamannya.
 
Ibnu Firnas the First Flying Man
 
 
Sekitar tahun 990 M, Ibnu Firnas seorang ilmuwan dari Andalusia (Sepanyol) memimpikan bagaimana mungkin suatu ketika manusia mampu terbang bebas di angkasa seperti burung. Ibnu Firnas sebenarnya terinspirasi daripada kejadian Isra’ Mi’raj Nabi Muhammad SAW. Ibnu Firnas bagaimanapun terfikir adalah mustahil untuk manusia biasa mampu menunggang Bouraq, yakni kenderaan Nabi Muhammad SAW ketika Isra’ Mi’ raj.
Rancangan alat terbang Ibn Firnas
 
Ibnu Firnas ( Armen Firman ), mula meneliti gerak aerodinamika, fisikal udara dan anatomi burung serta kelelawar. Hinggalah pada suatu ketika, beliau berjaya mencipta sebuah 'alat terbang' seperti sayap kelawar. Ciptaan Ibnu Firnas ini melalui tempoh percubaan apabbila beliau menaiki menara Masjid Cordoba, sambil disaksikan oleh ribuan orang yang berada dibawahnya, Setelah melakukan terjunan beliau kemudiannya melayang terbang sejauh kira-kira 3 KM (jarak ini paling maksimum) dan telah mendarat dengan selamat. Ribuan orang yang menyaksikan kejadian itu, bertepuk tangan atas kejayaan ciptaannya. lain pula jadinya kepada masyarakat Eropah, yang ketika itu sedang di era kegelapan, heboh sendiri kerana menganggap Ibnu Firnas melakukan sihir yang mereka saja belum pernah melihatnya.
Alat terbang Ibnu Firnas inilah yang kemudiannya telah menginspirasikan Wright Brothers untuk mencipta pesawat terbang pada awal abad 20.
 
Basilica Canon the First Ottoman's Great Bombard
 

 Replika great bombard dan proyektilnya
 
Rasulullah SAW pernah mengirim surat kepada Raja Heraklius agar Heraklius memeluk Islam atau paling tidak, tunduk pada agama Islam jika benar sekalipun Heraklius tidak mahu memeluk agama Islam. Namun Raja Heraklius menolak nasihat Rasulullah SAW itu kerana meremehkan kekuatan kaum muslim yang hanya seluas kota Madinah saja, sedangkan Heraklius adalah penjajah hampir seluruh benua Eropah dan sebahagian Asia Barat serta pesisir utara Afrika. 
Wilayah jajahan Roma/Rumiyah
 
Nabi Muhammad SAW ketika menggali Parit Khandaq bersabda :
“...Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera..." 
Hadis riwayat Imam Ahmad
Sisa benteng Konstantinopel
 
825 tahun kemudian iaitu tahun 1452 M, seorang Khalifah Muda bernama Sultan Muhammad Al Fatih dari empayar kekhalifahan Turki Uthmaniyah, telah mencipta sebuah penemuan yang menggoncang dunia iaitu berupa meriam pengebom gergasi yang baginda sendiri telah namakan dalam Bahasa Turki, Qanun Bassilick atau Bassilica Canon dalam Bahasa Inggeris (The Great Bombard) yang akan digunakan bagi menembusi tembok pertahanan Constantinopel yang selama 1100 tahun tidak tidak berjaya ditembusi oleh pelbagai macam senjata. Meriam tersebut mampu melepaskan tembakan bola besi padat seberat 700 kg dengan jarak tembakannya adalah 1,6 km.
The Great Bombard Muhammad Al Fatih, di moncongya tertulis sepotong ayat (doa) kepada Allah SWT agar membukakan pintu kota Constantinopel untuknya dan membukakan pintu hati warganya untuk memeluk serta menerima ajaran Islam
 
Akhirnya atas pertolongan Allah SWT, pada 29 Mei 1453 kota yang telah dijanjikan kepada kaum muslim iaitu, Constantinopel telah berjaya ditakluki dan menjadi ibu kota negara Khalifah Islam selama 500 tahun. Nama Costantinople kemudiannya ditukar kepada Islam Bol yang bermaksud Bandar Islam dan kemudiannya dijadikan sebagai ibu negara ketiga Khilafah Uthmaniyah selepas Bursa dan Edirne.

Kekallah bumi yang mulia itu sebagai pusat pemerintahan, ketamadunan, keilmuan dan keagungan Islam berkurun lamanya.. sehinggalah Khilafah Othmaniyyah ditamatkan sejarahnya oleh Mustafa Kemal Ataturk secara rasminya pada tahun 1924M. Aya Sofya kembali dikristiankan oleh Ataturk atas nama muzium. Gambar- gambar syirik kembali bertempelan di kubah masjid yang berdukacita itu. Manifesto Parti Refah pada pilihanraya yang lalu untuk mengembalikan Masjid Aya Sofya ke kegemilangan sejarahnya, berkubur buat sementara dengan pengharaman parti itu beberapa tahun yang lalu.
Janissary the First Rifle Troops
 
Janissari atau Yeniceri adalah pasukan elit yang dibentuk oleh Sultan Murad II, ayah kepada Muhammad Al Fatih, yang kemudian direformasi oleh Muhammad Al Fatih dengan memberikan sentuhan 'keagamaan' kepada pasukan elit ini, dan prestasi ibadah dari pasukan ini ; tidak pernah meninggalkan Solat Tahajjud dan Rawatib. Serta prestasi ketenteraannya adalah sebagai An Ni’mal Jaizu atau seistimewa-istimewa pasukan kerana berjaya menakluki kota Constantinople. 
Janissary Pasukan Muhammad Al Fatih

Sekitar abad ke-15, seluruh pasukan Janissary sudah dibekalkan senapang sebagai senjata utama dan menjadi pasukan tentera Eropah pertama yang menggunakan senapang, ketika negara Eropah yang lain masih menggunakan tombak dan panah sebagai senjata utama.
Janissary yang memakai senapan
Janissary yang memakai senapan
 
Bunyi senapang Janissari adalah yang paling kuat dan merupakan senapang yang paling 'mematikan' kerana jarak tembaknya yang unggul jika dibandingkan dengan senapang Eropah lainnya. Hinggakan, pasukan tentera Muslim ini sangat ditakuti oleh musuh-musuh Islam. Pasukan ini juga membantu Aceh mengusir Portugis di selat Melaka. Mental pasukan ini yang tertanam pada Panglima Polim dan Cut Nyak Dien, sehingga menjadi momok menakutkan Belanda.
 
Spahi tentera Janissary Berkuda
 
Abus Gun, the First Mortar
 
Lukisan tentera Janissary Abus
 
Kenalkah anda pada roket panggul yang digunakan oleh pasukan Hamas dan Mujahiddin Afghanistan yang menjadi momok menakutkan tank-tank canggih Israel dan NATO?, ya itu adalah RPG 7 buatan Rusia, yang dengan mudah boleh didapati di 'black market'.
Seorang pejuang Afghanistan menggunakan RPG 7
 
Tapi tahukah bahawa RPG 7 buatan Rusia atau Bazooka buatan Amerika adalah sebuah senjata yang telah dinspirasikan daripada senjata Abus buatan negara Khalifah Islam. Senjata ini adalah meriam dalam ukuran kecil sehingga mampu digunakan oleh pasukan Infantri negara Islam ketika itu. Abus juga sangat ditakuti tentera-tentera penjajah ketika itu.

Negara Islam adalah negara yang pertama kali menggunakan pesawat tempur dan artileri anti serangan udara.
 
Tentera Islam menggunakan Belon Pengebom ketika perang dunia pertama
 
Ketika Amerika Syarikat mencipta pesawat tempur untuk pertama kalinya, Khialiah Islam ketika itu segera mengirimkan orang-orang terpilih untuk mempelajarinya dan mengendalikannya. Lima tahun kemudian, negara Khalifah Islam berjaya mencipta sendiri beberapa buah belon udara pengebom dan mempunyai puluhan pesawat tempur yang digunakan ketika perang dunia pertama menentang Itali.

Negara Khalifah Islam juga adalah yang pertama kali menggunakan artileri anti serangan udara dalam perang dan berjaya menjatuhkan beberapa buah belon pengebom milik Itali dan beberapa buah lagi pesawat tempurnya di Ethiopia.



Related Posts :

Sunday, February 20, 2011

Teknologi Robot Turki Uthmaniyah

Alamet adalah sebuah robot yang dibina pada tahun 1889 oleh empayar Turki Uthmaniyah. Ia diberikan sebagai hadiah dari Istana Uthmaniyyah kepada Maharaja Jepun selama tempoh pemerintahan Sultan Abdul Hamid II.

Rekabentuk Alamet mirip seakan bentuk manusia, dan robot itu hampir sama saiznya dengan manusia. Ia memiliki pemain suara yang mampu melaungkan azan (doa panggilan Islam). Alamet mengandungi arah jam yang memungkinkannya untuk melakukan serangkaian tindakan khusus: berjalan sejauh setengah meter, mempersiapkan senjatanya, busur (ruku '), berdiri, berbaring dan kembali ke tempat dimana ia mula.
Beberapa gambar dari Alamet boleh ditemui dalam Yildiz di İstanbul.
 
Does Japan owe its current robot technology to the robot named ' Alamet ' bestowed by Abdulhamid Han ? What is the relationship of 7 masters who built up Alamet with SEIKO Clocks ? In his Article Series, Oktan Keles SIRDAŞ is once again narrating in historical documents.
Robot bernama 'ALAMET', (Miracle, pingat) dibina di atas urutan Abdulhamid Han memiliki karakter yang khas sebagai jam pertama di dunia membaca azan ini. Sultan menghantar ini jam luar biasa berbakat ke Jepun. Ini adalah kemungkinan bahawa Jepun disalin teknologi robot mereka saat ini dari azan ini membaca dan berputar jam. 
Pada tahun 1887, Putera Komatsu iaitu saudara kepada Maharaja Jepun tiba di Istanbul dengan sebuah kapal perang; disajikan beberapa hadiah untuk Abdulhamid Han dan dirundingkan dengan Sultan.

Pada tahun 1889, Maharaja Jepun, Meiji menghantar utusan peribadi ke Istanbul. Di hadapan mereka, baginda juga menghantarkan hadiah peribadi kepada Sultan Abdulhamid Han dan sepucuk surat 'surat rahsia'. Di antara pemberian-pemberian ini, termasuklah Great Krizantem Medal, iaitu pingat tertinggi dari Jepun. Pingat ini disampaikan kepada Sultan Abdulhamid Han. Dalam surat rahsia ini, Maharaja Jepun meminta Abdulhamid Han untuk "menghantar maklumat dalam Bahasa Jepun atau Perancis tentang mata pelajaran seperti agama Islam, ilmu pengetahuan, inovasi teknologi, dana (sistem kewangan), amal dan lain-lain".
 
Abdulhamid Han brought up the issue to Shaylk al Islam Cemaleddin Effendi. Para duta besar tidak dapat dihantar tanpa hadiah, ke luar negara yang 'ingin belajar mengenai ilmu pengetahuan dan teknologi Uthmaniyyah'. Pada tahap permulaan, al-Quran diterangkan dan pelbagai hadiah dihantar kepada Maharaja  Jepun oleh duta besar dan masa yang lebih lagi diminta untuk menghantar beberapa maklumat lain.

During this period Sultan Abdulhamid Han summoned Yeni Kapı Mevlihane clock master Musa Dede who was a great name in clock mechanics. Sultan demanded Musa Dede to "gather a perfect team and build a unique technological clock". Sultan menitahkan Musa Dede untuk "mengumpulkan sebuah pasukan yang terbaik dan membina sebuah jam teknologi unik". Dinyatakan, Musa Dede memulakan kerja-kerjanya setelah membentuk kumpulan tujuh dan direnungkan:"? Bagaimanakah cara untuk saya memcipta jam yang unik, yang belum pernah dibuat sebelumnya"

Beberapa hari berlalu dan Sultan Abdulhamid Han telah memanggil Musa Dede untuk bertanya tentang tahap kemajuan projek tersebut. Baginda memeriksa projek ditarik oleh Musa Dede dan pasukannya, namun baginda tidak berpuas hati karana lakaran Musa Dede itu hanya versi berbeza dari jam klasik. Dervish Dede yang berdiri disebelah baginda telah berunding dan beliau kemudiannya berkata: "...Let this clock be in shape of a Whirling Dervish. Every hour let it open its arm on both sides and ring." Sultan Abdulhamid Han memeriksa projek ini dengan cukup berhati-hati, membuat penilaian dan baginda kemudiannya telah mengutarakan cadangan yang bijak ; "No, not ring! Let it recite azan. Make it in such a manner that every new hour, it recites azan". Sultan Abdulhamid Han kemudiannya melukis beberapa butiran di atas kertas dan memberikannya semula kepada Musa Dede. Musa Dede, membalas dengan "Seperti yang anda harapkan Tuanku!".

There were cuckoo, gong clocks and the ones with a variety of melodies. They could be set with bellow and mechanic plates but the sound of azan was human; how could it be made? He had left the Presence of Sultan, "Your Highness, how is that possible?" Surrendered by these thoughts, Musa Dede ran into Fakir Dede while stalling around bibliopoles. Fakir Dede was a Melami Mevlevi Mesreb personality. Musa Dede secretly opened the matter to Fakir Dede. Fakir Dede overjoyed Musa Dede with this information: European invention Gramophone could be copied.

Edison menemukan alat phonograph pada tahun 1877. Beliau kemudiannya mengesyorkan perakam suara ini. Paten Gramaphone itu diterima oleh Emil Berliner pada 20 September 1887. Itu bermakna adalah  tidak mustahil untuk membina sebuah jam yang boleh mendengarkan azan melalui sebuah perakam suara.

Tanpa sebarang penangguhan, kerja dimulakan. Tidak lama itu, sebuah jam dalam bentuk sebuah Whirling Darvish, kira-kira bersaiz manusia biasa telah siap dicipta. Demikianlah ciri-ciri itu: A body sat on a plate, whirling every new hour, opening both arms to each side, its silver plate skirt is whirling and at the same it is reciting azan. The sound of azan resonated from the loopholes above skirt. The mechanism operated in such a technique that while it was doing all of these acts it was whirling at the same time and when azan ended it once again moved half meter backwards, went back to its previous place, and lowered its arms and skirt. Robot ini diliputi sepenuhnya dengan perak dan emas. Di belakangnya pula, terdapat bahagian tatacara dan setiap tujuh jam, ia harus di-setting-kan semula.

Semasa Alamet dipersembahkan kepada Sultan Abdulhamid Han, baginda nyata gembira dan mengutarakan satu cadangan, "Let it be called ALAMET. This is indeed a MIRACLE." 

Berdekatan dengan bahagian leher Alamet terdapat bulan sabit bersadur emas, di bawah skirt besi Alamet pula, tedapat Simbol Empayar Uthmaniyyah. Di bawah lengan kanan, tertulis huruf awal nama  pemiliknya. 

Sultan Abdulhamid Han menghantar robot ini yang digelar 'miracle of the age', sebuah karya seni dan teknologi Ertugrul Frigate kepada Maharaja Jepun bersama-sama dengan surat rahsia, lain-lain hadiah serta pingat.

Ketua Lot Frigate ialah Colonel Osman Bey, komander kapal ialah Lt Col Ali Bey. Kapal yang berlepas dari Istanbul pada Julai 1889 tiba di perlabuhan Yokohoma di Japan pada 7 June 1890 dan disambut dengan upacara tradisi yang mulia dipegang oleh Dinasti Jepun.

Kalau begitu mengapa kisah jam yang membacakan azan, Alamet, telah disembunyikan hingga hari ini? Mari kita lihat hal ini dengan lebih mendalam : Apabila duta Jepun datang ke Istanbul and mempersembahkan pingat tertinggi Jepun, Krizantem, kepada Sultan Abdulhamid Han, dengan cara pengembalian, mereka ditanya apakah mungkin untuk Abdulhamid Han menawarkan Maharaja Jepun pingat dengan nama Empayar Uthmaniyah. Dengan itu, oleh Ertuğrul Frigate; Pingat Istimewa Uthmaniyah, lain-lain hadiah and pingat akan dipersembahkan kepada Maharaja Jepun oleh Osman Bey.

Insiden ini dicatat dalam dokumen sejarah dan rekod Uthmaniyah. Namun masih terdapat cerbisan fakta yang tidak diketahui : Why on earth has this azan reciting, clocked robot namely Alamet never been mentioned!

Menurut dokumen rasmi, ini adalah kerana : "Pingat Uthmaniyah akan dipersembahkan kepada Maharaja Jepun bersebelahan dengan hadiah." Bahagian ini dicatatkan dalam dokumen-dokumen Jepun seperti : "Dengan nama Empayar Uthmaniyah, duta Sultan Abdulhamid Han ambassadors mempersembahkan  pingat Uthmaniyah dan hadiah kepada Maharaja Jepun." Bahagian yang paling halus, tidak menyebut nama Alamet di sini.

Sekarang sila ambil perhatian, dalam bahasa Turki Uthmaniyah, Alamet bermaksud pingat, tanda, keajaiban. Oleh kerana itu, perkataan ALAMET setara didalam kamus Uthmaniyah, NİSAN (PINGAT). Itulah rahsianya. Ketika nota menyebutkan ALAMET sebagai MEDALI DAN HADIAH, Alamet hampir disamarkan, sengaja disembunyi. Akhirnya fakta yang telah tersembunyi di halaman sejarah yang berdebu telah dijumpai....

Still some more questions might be intriguing. Like why have Japanese never announced this robot (Alamet) reality? The answer can be hidden here : During those ages Japanese Dynasty was in turmoil. Palaces and personal gift halls were loitered and robbed. In the chaotic atmosphere Alamet might have been taken by a robber. Another question mark; is it possible that clock companies of that age were inspired by Alamet ? To give an example, Seikosha clock factory was established in 1892 and in 1899 it introduced the first alarmed clock. In 1881 Seiko Co limited company was founded by Kintaro Hattori. Now the question is: Was Alamet a source of inspiration for these clocks ? The initials of 7 names of the masters of Alamet, did they symbolize something ? What is the effect of Alamet on the fact that Japan is the country of origin for azan reciting clocks ? It is a mystery but one thing is for sure; the first azan reciting robot-like clock was introduced to the whole world by Sultan Abdulhamid Han for the very first time.

SIRDAŞ narrates historical facts of Alamet to Sultan Abdulhamid Han and inscribes them to the Book. Sultan Abdulhamid Han comments ; " this technology needs to be improved more. "

The one and only photo of Alamet was probably burnt in YILDIZ Palace raid, the remaining, deformed pieces show; one of the masters in this project stand holding assemble lever in its hand, and next to him stands Alâmet. Above the photo there are blurred Ottoman inscriptions and on another corner erased Japanese letters are seen.
Ia harus menjadi pengetahuan setiap orang yang teknologi robot bukanlah sesuatu yang baru. Dalam sebuah akbar Uthmaniyah yang diterbitkan pada awal 1900-an, ia tertulis bahawa: Ada yang cuba untuk menguasai dunia dengan memanfaatkan Robot.
Berabad yang lalu, sarjana Islam telah melakukan kajian yang dikenali sebagai robot, namun yang pasti ia adalah ALAMET. Robot mengikut istilah bermaksud gentera yang melakukan arahan yang diprogram sebelumnya. Tidak banyak dari mereka yang mirip dengan manusia.

Gambar Belangkas