Showing posts with label POLITIK. Show all posts
Showing posts with label POLITIK. Show all posts

Friday, April 24, 2015

Undi lah PAS



Semoga allah berkati segala usaha yang kita buat selama ini.

Allahuakhbar!

Monday, April 20, 2015

Calon Pas Parlimen Rompin



Insya allah, perjuangan diteruskan demi memperbaiki kelemahan pentadbiran najib.

Gst yang mencekam kehidupan rakyat akan diperjuangkan.

Teruskan sokongan kepada pakatan rakyat.

Thursday, April 9, 2015

Saya tetap hormat Tun Mahathir - Najib



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau tetap menghormati Tun Dr Mahathir Mohamad seperti mana beliau menghormati rakyat Malaysia yang lain.

Najib berkata, beliau bersikap terbuka jika mana-mana pihak mengkritik pentadbiran dan kepimpinannya namun berharap ia dilakukan secara bertanggungjawab.

Katanya, beliau meneliti setiap kritikan yang dibuat namun akan mengutamakan kepentingan rakyat dan parti itu dalam membuat sesuatu keputusan.

"Saya menghormati Tun Mahathir sepertimana saya menghormati semua rakyat Malaysia.

"Saya bersikap terbuka jika mana-mana pihak mengkritik pentadbiran dan kepimpinan saya.

"Saya meneliti, saya menimbang kewajaran setiap kritikan itu. Apapun pendapat individu, pada kesudahannya, saya akan bertanggungjawab kepada rakyat dan kepada parti.

"Itu saya nak tegaskan," katanya semasa diwawancara dalam program Soal Jawab TV3 Edisi Khas yang turut disiarkan di Astro AWANI malam ini.

Dalam temubual itu, Perdana Menteri menafikan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM4,000 sebulan adalah 'handout'.

Sebaliknya, beliau menjelaskan ia adalah satu bentuk jaringan keselamatan sosial untuk golongan itu.

Najib berkata, pemberian BR1M yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Dasar Fiskal itu dapat memberi timbal balas kepada golongan berpendapatan rendah berikutan pengurangan dan pemansuhan subsidi.

Katanya banyak negara juga mempunyai sistem jaringan keselamatan sosial dalam pelbagai kaedah bagi membela nasib rakyat mereka.

 

Tuesday, March 31, 2015

Saturday, March 28, 2015

Mat Sabu Akhirnya Dibebaskan




Alhamdulillah, semua sudah selesai. Doakan abang mat diberi kesihatan yang baik.

Ahli Parlimen Miri Guna Isu Fitnah Agama?









Khabarnya seorang guru telah difitnah kononnya memaksa seorang pelajar bukan islam di salah sebuah sekolah di miri untuk memeluk islam. Sedangkan pelajar itu sendiri yang nak masuk.

Sedangkan perkara ni tidak benar dan dinafikan oleh pelbagai pihak di sekolah terbabit.

Perkara ini menjadi teruk apabila ahli parlimen miri sendiri masuk campur dan menyokong golongan pemfitnah ini.

Kalau nak main isu agama untuk menang politik, jangan mimpi la wahai ahli parlimen miri.

Thursday, March 26, 2015

DAP Sarawak Umum Keluar PR

KUCHING - DAP Sarawak hari ini mengumumkan keluar daripada pakatan pembangkang Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini berkuat kuasa serta merta.
    
Pengerusinya Chong Chieng Jen berkata, keputusan sebulat suara itu dibuat kerana sekutu PR, Pas telah menyeleweng daripada dasar bersama PR dengan mahu melaksanakan hukum hudud di Malaysia. Sekutu ketiga dalam PR ialah PKR.

"Sehubungan itu, selagi pelaksanaan hukum hudud menjadi agenda politik dan objektif Pas, DAP Sarawak tidak lagi boleh bekerjasama dengan Pas sebagai sebuah parti politik di Sarawak.
    
"Oleh itu, dengan Pas kekal sebagai parti komponen PR Sarawak, DAP Sarawak hari ini membuat resolusi dan keputusan yang menyedihkan untuk keluar daripada PR Sarawak," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa DAP Sarawak DAP.
    
Chieng Jen, yang juga Ahli Parlimen Kuching MP dan Adun Kota Sentosa berkata, resolusi DAP Sarawak merupakan keputusan sebulat suara jawatankuasa DAP negeri dan mengikut struktur parti DAP, DAP Sarawak mempunyai kuasa autonomi untuk membuat keputusan itu. - Bernama

Tuesday, March 24, 2015

KENYATAAN MEDIA PEMANGKU KETUA DEWAN ULAMAK PAS PUSAT

DAP jangan cuba pecah belah PAS -http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/34528-dap-jangan-cuba-pecah-belah-pas

DAP Jangan Cuba Pecah-Belahkan PAS

1. DAP jangan cuba menusukkan jarum beracun memecah-belah kesatuan Parti Islam Semalaysia (PAS) menerusi kaedah "pecah dan perintah" apabila membuat keputusan memutuskan hubungan dengan Presiden PAS tetapi tidak dengan PAS.

2. DAP jangan memisahkan Dato' Seri Tuan Guru Presiden daripada PAS sedangkan PAS diketuai dan dipandu oleh Presiden sebagai ketua parti. Keputusan Presiden adalah keputusan bersama parti termasuk dalam usaha melaksanakan undang-undang jenayah Islam menerusi Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan 1993 (Pindaan 2015).

3. Benarlah kata Setiausaha Agong PAS, Dato' Mustafa Ali tindakan DAP itu adalah kebudak-budakan.

4. Benar juga penegasan Naib Presiden PAS, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man dan juga Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kayat bahawa memutuskan hubungan dengan Presiden PAS bererti memutuskan hubungan dengan PAS.

5. Dewan Ulamak PAS Pusat menasihatkan DAP agar jangan memberi peluru kepada musuh bertepuk tangan melihat pertembungan dalam Pakatan Rakyat. Hormati pendirian PAS untuk memperjuangkan Undang-undang Jenayah Islam kerana ia bukan dasar bersama Pakatan Rakyat tetapi dasar bersendiri PAS. 

6. Dengan memutuskan hubungan dengan Tuan Guru Presiden, pimpinan DAP jangan bermimpi di siang hari bahawa ahli-ahli PAS akan menggugurkan hasrat untuk melaksanakan undang-undang jenayah Islam kerana perjuangan untuk mendaulatkan Islam bukan sahaja perjuangan Tuan Guru Presiden tetapi perjuangan yang didokong oleh seluruh pimpinan dan ahli-ahli PAS di semua peringkat.

7. Kita perlu teruskan konsep "bersetuju untuk tidak bersetuju" dalam Pakatan Rakyat dalam isu undang-undang jenayah Islam.

8. Dewan Ulamak PAS Pusat menyatakan pendirian sokongan tidak berbelah bahagi kepada Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang selaku Presiden kami.

Dato' Dr Mahfodz Mohamed
Pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat

Tarikh : Rabu 25 Mac 2015 / 4 Jamadil Akhir 1436H

Kenyataan Tuan Ibrahim

Tarik balik tuduhan kepada Presiden PAS

PAS melahirkan kekecewaan yang amat sangat terhadap tuduhan liar dan penghinaan ke atas batang tubuh Presiden dan PAS oleh pimpinan tertinggi DAP.

PAS menggesa DAP menarik balik semua tuduhan melampau yang dikeluarkan.

Kenyataan biadab dan menghina bertubi-tubi yang dilakukan DAP terhadap Presiden dan PAS melampaui adab dan budaya yang boleh diterima rakyat Malaysia, apatah lagi dalam satu gabungan pakatan.

Tiada erti mesyuarat Pakatan Rakyat diadakan jika DAP meneruskan sikap sombong biadap dengan enggan menarik balik tuduhan liar melampau mereka terhadap Presiden. 

Tuan Ibrahim Tuan Man
Naib Presiden PAS
25 Mac 2015

UNDANG UNDANG SYARIAH ADALAH TUNTUTAN AQIDAH , MELANGKAUI SEMPADAN POLITIK

Kepatuhan kepada syariat Allah adalah tuntutan aqidah,tidak timbul sama sekali kerjasama dengan parti umno...kerjasama Kerajaan Kelantan dalam Isu Kanun Jenayah Syariah hanya kerjasama G to G bukan kerjasama antara parti.

Kanun Jenayah Syariah II telah diluluskan dalam dewan undangan negeri melalui sistem demokrasi dan mendapat sokongan penuh dari seluruh ahli dewan.

Perjuangan KJS 11ini adalah janji dalam manifesto Pas sebelum 1990 lagi dan sebelum wujudnya Pakatan Rakyat.Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah bersetuju untuk tidak bersetuju dalam beberapa perkara antara parti parti dalam Pakatan Rakyat..

Pimpinan Pakatan Rakyat khususnya DAP diharap menghormati kehendak rakyat Kelantan dan menghormati pimpinan kami...supaya kami juga menghormati pimpinan DAP...

Pakatan Rakyat perlu jelas kita mungkin serumpun tapi bukan sepohon- strategi dan kadang kadang pandangan kita adakala tak sama walaupun musuh kita sama UMNO BN.

YB Dato Seri Tuan Guru adalah presiden Pas,sebarang tindakan menghina dan menjatuhkan maruah serta memutuskan hubungan akan memberikan kesan yang sangat besar.

Diharap semua Majlis pimpinan Pakatan Rakyat bersidang segera sebelum sesuatu keputusan diambil yang bakal memberikan kesan yang cukup besar kepada masa depan perjuangan .

Siti Zailah binti Mohd Yusoff
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
24hb Mac 2015

Celaka Lim kit Siang dan DAP



Sebagai seorang Ahli Pas, no. Ahli 0559704, aku mengecam, mengutuk di atas kebiadapan dan kecelakaan Lim kit Siang atas tindakan Dap menghina Presiden Pas. Tindakan menolak enekmen hudud yang akan dibawa ke Parlimen satu tindakan membunuh diri dan dilaknat. 

Walhal dengan jelas undang-undang ini hanya terpakai kepada orang Islam sahaja. Adapun undang-undang syariah yang diamalkan sekarang juga terpakai kepada orang Islam sahaja.

Kenapa kamu celaka tidak membantah hukum berdosa bagi umat Islam yang tidak sembahyang? Berdosanya seseorang yang menganut ajaran Islam meninggalkan segala suruahan Agamanya?

Pelembagaan Persekutuan dengan jelas menyebut Islam adalah agama persekutuan, agama lain bebas diamalkan . Kenapa pula kami orang Islam tidak boleh berhukum dengan ajarannya?

Ini semua kerana kecelakaan mulut kamu, kamu kata Pas akan bergabung dengan umno, kamu kata empat hari lagi pakatan akan pecah( apabila wakil umno menyokong enekmen pindaan hudud 2015 di Dewan Undangan Negeri Kelantan)

Celaka Lim kit siang sudah terkepit dengan kenyataan mautnya sendiri. Apa ke bahalol memutuskan hubungan dengan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang tanpa memutuskan hubungan dengan Pas dan Pakatan Rakyat?

Adakah kami bimbang hilang Kerajaan Selangor yang dipimpin oleh sekutu kamu PKR?
Andai kamu keluar dari gagasan Pakatan Rakyat? Kami ahli Pas akan mengunakan setiap inci ruang dan peluang untuk pertahankan pimpinan kami dari terus dihina ,dicerca oleh celaka Lim Kit Siang.

- Ahli Pas 
Naraza Muda.

Wednesday, March 18, 2015

Hudud Kelantan dilulus sebulat suara

KOTA BAHRU: Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) atau hudud hari ini diluluskan sebulat suara pada persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan (DUN) Kelantan.

Rang undang-undang itu dipersetujui semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), termasuk 12 ADUN Barisan Nasional (BN).

Keputusan itu sekali gus menjadikan 37 pindaan daripada 71 fasal dengan empat pindaan utama itu terpakai.

Terdahulu, seramai empat ADUN membahaskan rang undang-undang berkenaan iaitu ADUN Tawang, Hassan Mahmood, ADUN Kok Lanas, Datuk Mohd Alwi Che Ahmad, ADUN Melor, Dr Yusnan Yusof dan ADUN Salor, Datuk Husam Musa.

Friday, March 13, 2015

Kritikan paling PEDAS Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan juga Perdana Menteri:  [Diterbitkan sepenuhnya daripada blog beliau, Che Det]

Fathi Aris Omar

URGENT > Blog Tun Dr Mahathir yang memuatkan artikel di bawah TIDAK BOLEH diakses. Punca kegagalan itu belum dapat dipastikan.

Kritikan paling PEDAS Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan juga Perdana Menteri: 

[Diterbitkan sepenuhnya daripada blog beliau, Che Det]

1. UMNO telah mengadakan majlis penerangan tertutup yang dihadiri oleh sebahagian dari Ketua-Ketua Bahagian pada 8 Mac. Keputusan majlis mengikut akhbar ialah menyokong penuh Presiden parti. 

2. Tidak diketahui tentang penjelasan oleh Presiden berkenaan kontroversi 1MDB, yang sedang dibincang dengan meluas oleh rakyat. Bahawa perkara ini dibawa oleh parti lawan, justeru itu ia adalah fitnah belaka tidak mencukupi untuk rakyat menolak tuduhan-tuduhan berkenaan 1MDB. 

3. Rakyat masih tidak puas hati berkenaan 1MDB. Mereka bincang perkara ini dimana sahaja. Jika mereka tidak puas hati dan tidak sokong Barisan Nasional (BN) dalam PRU akan datang, BN mungkin kalah. Dan jika BN ditolak, sokongan kepada Presiden oleh pemimpin bahagian UMNO tidak lagi bermakna. 

4. 1MDB bukan buat hutang biasa seperti Kerajaan yang biasanya berjumlah hanya ratusan juta sahaja. 1MDB telah hutang berbillion Ringgit. Walaupun 1MDB bukan Kerajaan tetapi ia adalah badan yang ditubuh dan dimiliki oleh Kerajaan sepenuhnya dengan modal sebanyak 1 juta Ringgit. Ada juga jaminan oleh Kerajaan terhadap beberapa hutang 1MDB. Oleh itu Kerajaan tidak boleh dakwa bahawa ini masalah syarikat dan bukan masalah Kerajaan.

5. Kerajaan sudah melantik Auditor General untuk memeriksa akaun 1MDB. Tetapi ini tidak akan menjawab banyak soalan yang telah dikemukakan dan dibincang oleh rakyat.

6. Dakwaan-dakwaan yang telah dibuat terhadap 1MDB bukan berbentuk tuduhan melulu. Ia disertai dengan fakta yang jelas, iaitu jumlah hutang, siapa yang mengurus, siapa yang menerima wang berbillion Ringgit, pelaburan yang dibuat, dimana wang ini disimpan, dalam bentuk apa.

7. Nama Jho Low disebut berkali-kali. Demikian juga nama-nama syarikat miliknya. Tuduhan dibuat berkenaan dengan pembelian rumah mewah olehnya di London, New York dan Holywood. Lepas itu rumah dijual kepada anak tiri Perdana Menteri dengan harga ratusan juta Ringgit. Sudah tentu ini tidak disebut dalam akaun 1MDB yang akan diperiksa oleh AG.

8. Pada mulanya duit Riza Aziz dikatakan warisan harta kekayaan dari keluarga Tun Razak. Kemudian dakwaan ini dinafi. Soalannya jika tidak dari keluarga Tun Razak dari mana datang wang yang banyak ini. Apakah ianya hasil dari perniagaan? Jika ya, apa perniagaan, dimana? Sudahkah cukai pendapatan dibayar? Kepada Kerajaan mana?

9. Pelaburan ratusan juta untuk filem “The Wolf of Wall Street” oleh Riza Aziz, anak tiri Dato Sri Najib datang dari mana? Filem ini tidak memberi keuntungan. Tidak mungkin filem ini membiayai rumah mewah yang dibeli dengan ratusan juta Ringgit atau Dolar Amerika.

10. Semua perkara-perkara ini tidak akan terdapat dalam akaun 1MDB. Tetapi rakyat ingin tahu kerana melibatkan Jho Low. Dan Jho Low disebut-sebut berkenaan dengan pengurusan 700 juta USD dari 1MDB.

11. Ada yang disebut berkenaan Petro Saudi yang juga menerima bayaran ratusan juta dolar dari 1MDB Benarkah Petro Saudi ini mendapat konsesi kawasan minyak dan gas di Argentina, di Turkmenistan dll. Apa buktinya? Benarkah JV dibuat dengan Petro Saudi sebelum ‘due diligence’ dibuat. Katanya sementara 1MDB melabur USD1 billion dalam JV dengan Petro Saudi, tetapi Petro Saudi tidak melabur satu sen pun. Apa jadi kepada wang IMDB dalam JV tidak jelas.

12. Apa sebabnya lebih dari 6 billion Ringgit (Dollar) disimpan di Cayman Island? Kerajaan tidak pernah simpan duit di lain negara selain pembelian bond. Apakah bond dibeli? Apa hasilnya?

13. Katanya wang sebanyak USD1 billion sudah dibawa balik dari Cayman dan disimpan dalam bank Singapura. Kononnya Bank Negara menjadi masalah kerana proses menyimpan wang yang banyak mesti melalui proses yang rumit. Bolehkan Bank Negara jelas kenapa menimbul masalah sedangkan 1MDB adalah syarikat Kerajaan yang dikuasai oleh Kementerian Kewangan. Jika mudah di Singapura kenapa susah sangat di Malaysia?

14. Urusan Kerajaan pernah dirahsia. Tetapi soal bayar balik hutang adalah public knowledge (dalam pengetahuan orang ramai). Orang ramai ingin tahu benarkah Ananda Krishnan memberi pinjam RM 2 billion untuk bayar faedah ini. Apakah faedah yang dikenakan oleh Ananda? Apa cara bayaran balik hutang Ananda? 1MDB dikatakan untung. Kenapa tidak dapat bayar faedah 2 billion Ringgit.

15. Juga diketahui umum ialah permohonan hutang sebanyak 3 billion dari Kerajaan baru-baru ini. Apakah Kabinet melulus pinjaman yang begitu besar ini? Apakah syarat yang dikenakan? Bagaimanakah hutang ini akan dibayar balik oleh 1MDB

16. Tanah Kerajaan di Jalan Tun Razak dan Lapangan Terbang Sungai Besi telah dibeli oleh 1MDB. Apakah harga yang dibayar? Apakah tanah ini yang dikatakan asset 1MDB? Bagaimanakah dinilai harga tanah ini? Kerajaan berhak mendapat pulangan yang setimpal apabila tanah ini dijual kepada sesiapa pun. Berapakah harga satu kaki persegi. Tanah berdekatan dijual dengan harga RM7000/- satu kaki persegi. 1MDB juga membeli tanah di Pulau Pinang. Apa harganya. Apa jenis pembangunan yang dicadangkan. Sudah dimulakah? 

17. Jika tanah-tanah ini menjadi aset 1MDB, apakah nilai tinggi aset ini disebabkan kenaikan (revaluation) dari harga belian yang murah dan harga pasaran yang tinggi.

18. 1MDB meminjam lebih dari 10 billion Ringgit untuk beli beberapa stesyen janakuasa. Harga yang dibayar dikatakan lebih tinggi dari harga pasaran. Lesen stesyen-stesyen ini akan mati tidak lama lagi. Kenapa tidak tunggu hingga lesen mati sebelum membeli. Harga selepas mati lesen tentu amat rendah. Membeli dengan harga tinggi sebelum lesen mati amat merugikan.

19. Wang untuk membeli stesyen janakuasa dipinjam. Laporan menunjuk komisyen sebanyak lebih dari 10% dibayar kepada Goldman Sachs untuk mengurus penjualan bond.

20. Jika komisyen 10%, 1MDB akan dapat hanya 90% dari jumlah yang dihutang. Tetapi faedah perlu dibayar keatas 100% jumlah hutang. Ini menghairankan!

21. Biasanya hutang yang dijamin oleh Kerajaan dikenakan faedah 3%. Hutang yang diurus oleh Goldman Sachs dikenakan faedah sebanyak 5.9%.

22. Jumlah hutang sudah meningkat kepada 42 billion Ringgit. Faedah keatas jumlah ini, jika hanya 5% pun akan berjumlah 2.6 billion Ringgit setahun. Ini adalah satu jumlah yang amat besar.

23. Sebaliknya jumlah keuntungan dari pelaburan dalam stesyen janakuasa tidak akan mencukupi untuk membayar faedah ini. Demikian juga pelaburan untuk beli tanah di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang tidak akan beri apa-apa pulangan sebelum di bangun atau dijual.

24. Sesungguhnya 1MDB menimbul banyak soalan tentang pengurusan dan kegunaannya. Dan jumlahnya juga amat besar. Rakyat berhak merasa curiga akan cara dan kegunaan wang mereka yang banyak ini.

25. Ulasan bahawa semua tuduhan adalah fitnah tidak mencukupi. Mereka yang mendakwa bahawa ada penyelewengan dalam pengurusan 1MDB berani membuat kenyataan terhadap Kerajaan dan individu-individu tertentu walaupun terdedah kepada tindakan saman malu. Tetapi mereka mendakwa mereka memiliki bukti-bukti yang jelas seperti e-mail, surat perjanjian dan bukti-bukti lain. Tarikh dan nama-nama diberi tanpa bersembunyi. Pembohongankah tuduhan mereka!!

26. Sehingga kini Kerajaan tidak menjawab secara yang masuk akal. Umpamanya 1MDB tidak punyai masalah kerana asetnya lebih dari hutang. Tetapi hanya untuk bayar faedah 2 billion, tidak ada wang sehingga tidak dapat tutup akaun ikut jadual. Kemungkinan terpaksa hutang untuk bayar faedah.

27. Sejak Arul Kanda Kandasamy mengambil jawatan CEO, banyaklah kenyataannya yang tidak munasabah yang dibuat. Kononnya wang di Cayman sudah dibawa balik. Kemudian wang ini tidak boleh bawa balik. Kemudian sudah dibawa balik tetapi disimpan di Singapura.

28. Yang diperlukan bukan audit biasa buku akaun. Yang diperlukan ialah siasatan forensik oleh polis akan tuduhan yang dbuat terhadap beberapa orang yang terlibat dengan pengurusan wang 1MDB.

29. Jika ini tidak dibuat dan dibuat secepat mungkin, sokongan rakyat yang sudah pun merosot dalam PRU 2008, 2013 akan merosot lagi. Besar kemungkinan BN akan kalah pada 2018, walaupun ketua-ketua UMNO sokong dan terima dengan puas hati penerangan yang dibuat. Ingatlah undi orang UMNO sahaja tidak cukup untuk menang pilihanraya.

Sumber asal: 1MDB di blog Che Det, 13 Mac 2014

Wednesday, March 11, 2015

Chempaka: 2 calon bebas dipecat dari Umno

Umno telah memecat dua ahlinya - Sharif Mahmood dan Fadzillah Hussin - berkuatkuasa serta-merta kerana bertanding sebagai calon bebas dalam pilihan raya kecil Chempaka, lapor Umno online.

Menurut laporan itu lagi, ini berikutan tindakan mereka yang bertentangan dengan keputusan parti yang tidak meletakkan calon bertanding di PRK tersebut.

Sharif berdaftar sebagai ahli Umno Cawangan RKT Kesedar Jeram Tekoh, Gua Musang manakala Fadzillah pula dari cawangan Kepala Batas, Tumpat.

Menurut laporan itu lagi, pemecatan mereka dibuat melalui Jawatankuasa Pengurusan Majlis Tertinggi di bawah Fasal 20.10 Perlembagaan Umno.

Surat pemecatan mereka, tambahnya, telah dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Umno hari ini yang ditandatangani oleh Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

PRK Chempaka pada 22 Mac ini akan menyaksikan pertandingan lima penjuru antara calon PAS dan empat calon bebas.

Calon PAS ialah Ketua Urusan Ulama PAS DUN Chempaka Ahmad Fathan Mahmood@Mahamad, 42.

Selain Shariff dan Fadzilah, dua lagi calon bebas ialah bekas calon bebas PRK DUN Pengkalan Kubor, Izat Bukhary Ismail Bukhary, 48; dan pesara Kementerian Kesihatan Aslah Mamat, 64.

Shariff, 58, merupakan bekas Naib Presiden PERKASA Kelantan, manakala Fadzilllah, 55, pula merupakan yang dipertua Pertubuhan Keturunan Paduka Raja Cik Siti Wan Kembang.

Bendahari pemuda Pas Ditahan



Kalau sebelah pakatan cepat dia buat kerja.

Ermmm.. Abang misai.

Tg Haron Din, Mursyidul Am Pas Baru



Tahniah. Semoga terus memimpin kami ke arah dirahmati Allah.

Tuesday, March 10, 2015

Haron Din dipilih Mursyidul Am PAS yang baharu



KUALA LUMPUR: Majlis Syura Ulama PAS sebulat suara melantik Datuk Dr Haron Din sebagai Mursyidul Am parti itu yang baharu.

Dr Haron dipilih untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut selepas penyandangnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia 13 Februari lalu.

Penolong Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan memberitahu pelantikan Dr Haron diputuskan oleh Majlis Syura Ulama dalam satu mesyuarat yang diadakan pada 8 Mac lalu di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut.

"Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yacob dipilih memegang jawatan Timbalan Mursyidul Am PAS yang baharu.

"Perlembagaan PAS menyatakan jawatan Mursyidul Am boleh dipilih oleh 15 anggota Majlis Syura Ulama (MSU) untuk tempoh lima tahun," katanya ketika ditemui di lobi parlimen hari ini.

Katanya, jawatan Mursyidul Am tidak terikat dengan penggal muktamar sepertimana Jawatankuasa PAS Pusat.

Sebelum ini, ada cadangan oleh pihak-pihak tertentu dalam PAS yang mahukan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilantik sebagai Mursyidul Am yang baharu.

Gambar Belangkas