Showing posts with label Misteri dan Sains. Show all posts
Showing posts with label Misteri dan Sains. Show all posts

Tuesday, October 7, 2014

Lokasi Atlantis dikenalpasti? [Video]

Kumpulan penyelidik yang diketuai oleh Amerika Syarikat (AS) percaya, mereka mungkin telah mengenal pasti lokasi bandar purba Atlantis yang hilang beribu-ribu tahun dahulu selepas ia dilanda tsunami, menyebabkannya tertimbus dalam lumpur di selatan Sepanyol.

Penemuan itu didedahkan dalam rancangan khas di siaran National Geographic, Finding Atlantis hari ini.

"Inilah kuasa yang dibawa tsunami. Sukar untuk memahami ia boleh menenggelamkan bandar sehingga 96 kilometer ke daratan dan itulah yang banyak kami bincangkan," kata Richard Freund dari Universiti Hartford, Connecticut yang mengetuai kumpulan pencarian antarabangsa itu.

Bagi menyelesaikan misteri berkurun lamanya itu, pasukan berkenaan menggunakan gambar satelit untuk mengesan bandar yang tenggelam bagi mengenal pasti tapak Atlantis di selatan Sepanyol.

Menurut Freund, bandar yang tertanam di kawasan paya yang luas terbentang di Dona Ana Park itu menunjukkan ciri-ciri bandar purba yang dikenali sebagai Atlantis.

Pasukan arkeologi dan geologi itu pada 2009 dan 2010 menggunakan kombinasi radar untuk mengesan sesuatu benda jauh di dalam tanah, pemetaan digital dan teknologi di dalam air untuk meninjau tapak tersebut.

Penemuan beberapa siri 'bandar memorial' yang dibina di Atlantis dan digambarkan oleh pelarian kota purba itu selepas bandar tersebut dimusnahkan oleh tsunami menambahkan lagi bukti dan keyakinan kumpulan penyelidik itu.

Penduduk Atlantis yang tidak terkorban selepas bencana tsunami melanda telah melarikan diri ke kawasan darat dan membina bandar baru di sana.

Walaupun sukar untuk mengetahui dengan pasti tapak kota purba itu, Freund memberitahu, penemuan memorial bandar itu membuatkannya yakin Atlantis tertimbus dengan lumpur di selatan negara Sepanyol.


Sunday, August 18, 2013

Dajjal Di Segitiga Bermuda by Muhammad Isa Dawud free download


Buku ini sebenarnya telah berada dipasaran lama dahulu, iaitu kira-kira 15 tahun yang lalu. Namun setelah melihat sambutan yang menggalakkan daripada pembaca, Hijjaz Records Publishing telah bertindak dengan mengedarkan semula buku tulisan Muhammad Isa Dawud ini. Versi lama buku ini menggunakan judul 'Dajjal Akan Muncul Dari Kerajaan Jin Di Segitiga Bermuda' manakala versi baru, menampilkan judul yang lebih ringkas iaitu 'Dajjal Di Segitiga Bermuda.' Para pembaca Aku-Macjay Blogspot beruntung kerana kami menyediakan pautan muat turun percuma kepada para pembaca bersempena bulan Syawal ini. Diharapkan ianya akan memberi manfaat buat kita bersama.

ULASAN
MUAT TURUN
MEGA
(versi muat turun ini adalah dalam bahasa Indonesia, jika anda berminat dengan produk ini, sila dapatkannya dalam keluaran terbaru)

Thursday, November 15, 2012

Keadaan Alam Semesta Ketika Berlaku Kiamat

Pengucupan Alam Semesta

Menurut teori Big Bang, alam semesta yang luas tidak ketahuan dimanakah penghujungnya ini bermula daripada satu titik. Daripada titik inilah ia meletus lalu meluru dengan lajunya ke serata arah, mengembang hinggalah membentuk alam semesta hari ini. Proses pengembangan ini masih berterusan dan sentiasa semakin luas. 

Maksud firman Tuhan dalam al-Quran:
“Dan langit itu Kami dirikan dengan kekuasaan Kami, dan sesungguhnya Kami berkuasa MELUASKANNYA.” {1}
“Dia telah MENINGGIKAN bangunan langit itu lalu menyempurnakannya.” {2}

Titik asal itu memiliki kepadatan yang tidak terfikir oleh kita kerana di dalamnyalah terkandungnya seluruh alam semesta ini. Boleh jadi kepadatannya ‘melebihi tahap maksima’. Antara hujah kepadatan ini boleh kita lihat dalam ayat berikut:
“Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya LANGIT DAN BUMI ITU PADA ASALNYA BERCANTUM, lalu Kami pisahkan kedua-duanya?” {3} 

Gambaran Ringkas Mengenai 'Big Bang' 

Sebelum ‘Big Bang’ berlaku, ruang belum ada, tempat belum tercipta, arah tidak wujud dan sempadan ataupun sisi masih belum menjadi kenyataan. Langit dan bumi belum diwujudkan. Dimensi dan waktu belum dicipta.


Walaupun proses pengembangan alam semesta ini dirasakan masih berterusan tetapi kelajuan luruannya semakin lemah. Tidak seperti pada asal letusan yang kelajuannya sangat hebat, kini ia menjadi semakin perlahan. 

Samalah dengan kisah ‘bulu-bulu yang dilastik’. Pada mulanya meluru bak peluru, kemudiannya semakin perlahan dan akhirnya proses luruan itu terus berhenti. Samalah dengan bunga api yang ditembakkan ke udara. Pada awal letusannya, begitu laju api-apinya menerpa ke serata arah tetapi kemudiannya semakin perlahan dan akhirnya terus berhenti.

Sama juga dengan letusan bom nuklear. Dalam masa sesaat bom itu menghasilkan letusan yang ruang letupannya menjadi berkali-kali ganda saiz bom. Ketika ia mula-mula meletus, ledakan dari ‘pusat letupan’nya sangat laju ke serata arah. Apabila semakin menjauh ia semakin perlahan dan akhirnya berhenti setakat kemampuannya. 

Begitulah halnya proses pengembangan alam semesta. Ia adalah letusan raja segala nuklear namun hari ini kuasa letusannya mungkin sudah terlalu lemah dan boleh jadi juga sudah terhenti.

Selepas kuasa letusannya habis (terhenti), apa yang berlaku? 

Dijangkakan alam semesta akan kembali menguncup. Penguncupannya ini kembali menuju ke satu titik asal. Ketika itulah segala yang ada di langit ini akan berdekatan sesama sendiri dan akhirnya bertembung. Bintang-bintang yang dulunya jauh dari bumi seolah-olah meluru ke bumi. Pada sudut pandangan penduduk bumi, bintang-bintang jatuh. Teori penguncupan ini dikenali sebagai ‘BIG CRUNCH’.

Al-Quran menceritakan:
“Hari Kami MENGGULUNG LANGIT seperti menggulung lembaran surat catatan, SEBAGAIMANA Kami MEMULAKAN KEWUJUDAN SESUATU KEJADIAN, Kami ulangi wujudnya lagi sebagai satu janji yang ditanggung oleh Kami. Sesungguhnya Kami tetap melaksanakannya.” {4} 

Pada hari kehancuran itu Allah akan menggulung semula alam semesta (mengembalikannya ke titik asal) sebagaimana Dia membentangkannya ketika alam semesta dicipta. Wallahualam. 


Koyakan Alam Semesta

Satu teori lagi menjangkakan proses pengembangan ini akan terus berlaku namun tetap membawa kepada kemusnahan alam semesta. Teori ini dinamakan ‘BIG RIP’. 

Untuk memahami teori ini kita ambil contoh belon. Ketika mula-mula ia ditiup kulit belon tebal. Apabila belon semakin besar, semakin nipislah kulitnya. Akhirnya, apabila ia sudah diregang hingga ke tahap maksima, ia akan terkoyak lalu meletup. 

Alam semesta ini juga akan terkoyak apabila ia teregang melebihi kemampuannya. Mungkin hal inilah yang digambarkan oleh Allah kepada kita:
“Apabila langit terbelah.” {5}
“Apabila langit terbelah.” {6}
“Lalu terbelahlah langit, lalu ia ketika itu menjadi reput (lalu runtuh).” {7}


VV Cephei- antara bintang terbesar yang diketahui manusia (VY Canis Majoris yang terbesar) adalah 288,194 kali lebih besar daripada bumi kita.


Nisbah bumi kita kepada VV Chepei pun hanya sebesar habuk, entah sebesar manalah bumi kita ini berbanding seluruh alam semesta. Sehalus manalah kita di sisi ilmu dan kerajaan Allah yang luas? Tapi manusia masih merasa dirinya hebat.
______________________________________
1.  QS Adz-Dzaariyaat: 4
2.  QS An-Naazi’aat: 28
3.  QS Al-Anbia’ : 30
4.  QS  Al-Anbiaa’: 104
5.  QS Al-Insyiqaaq: 1
6.  QS Al-Infitaar: 1
7.  QS Al-Haaqah: 16

Tuesday, November 13, 2012

Misteri Patung Sphinx

Misteri berkisarkan patung Sphinx kerap diutarakan oleh ramai pengkaji dan pengemar tamadun Mesir Purba. Patung unik yang berfizikal wajah manusia dan berbadan singa itu memiliki ketinggian 20.22 meter, 73.5 meter panjang dan 19.3 meter lebar. Dengan rekod begitu, ia dianggap sebagai antara patung yang terbesar di dunia dan patung paling besar yang dibuat daripada batu oleh manusia. Miskipun demikian, misteri berkenaan dengan patung Sphinx masih menjadi perdebatan terutama berkaitan dengan perkara asas tentangnya seperti tarikh dan siapakah yang bertanggungjawab membinanya.

Gelaran dan Nama 

Orang Mesir dan Arab menggelarkan Patung Sphinx sebagai Abu al-Hul yang membawa maksud Bapa Ketakutan. Ia digelar sedemikian rupa oleh kerana wajah patung dan badannya yang pelik serta saiznya yang menggerunkan.

Seorang penulis Arab zaman pertengahan, al-Maqrizi menggelarnya sebagai Balhib. Al-Maqrizi yang aktif menulis berkaitan Mesir purba mungkin menggunakan istilah tersebut kerana dipengaruhi oleh bahasa Coptik yang mana menjadi bahasa dominan semasa awal perkembangan Islam di Mesir.

Pliny the Elder(23AD-79AD) dalam bukunya Naturalis Historia menulis berkenaan patung Sphinx sebagai simbol ketuhanan masyarakat Mesir, sehinggakan masyarakat Mesir perlu menghormatinya dengan tidak berbuat bising apabila berhampiran dengannya. Menurut Pliny the Elder lagi, Hermes(ada pendapat mengganggapnya Nabi Idris as) dikebumikan di dalamnya.
Pliny the Elder

Sebenarnya tiada nama rasmi kepada Patung Sphinx kerana masyarakat Mesir Purba hanya diketahui menggelarnya sebagai Horemakhet. Istilah Horemakhet yang membawa maksud Horus of Horizon muncul semasa Dinasti New Kingdom sedangkan ahli arkeologi dan Egyptologi bersependapat bahawa ia dibina semasa Dinasti Old Kingdom oleh Khafre.

Miskipun demikian, beratus-ratus makam dan inkripsi di Giza yang kebanyakannya bertarikh 4500 tahun yang lampau, tiada satu yang menceritakan perihal Patung Sphinx ini. Seorang Egyptologis daripada Brown University berkata, 

“The Egyptians didn’t write history, so we have no solid evidence for what its builders thought the Sphinx was certainly something divine. 

Tarikh Pembinaan Patung Sphinx 

Sebagaimana dengan namanya, tiada tarikh yang tepat berkenaan bilakah patung Sphinx dibina dan disiapkan. Namun, pendapat yang digunakan pada masa kini mengatakan ia dibina oleh Khafre(2520 SM–2492 SM). Miskipun begitu, seorang berbangsa Inggeris yang juga seorang Egyptologis terkenal,  E. A. Wallis Budge menulis dalam bukunya The Gods of the Egyptians, beliau menulis, 

Objek yang menakjubkan (Great Sphinx) ini telah wujud di zaman Khafre (atau Khephren),  dan ia besar kemungkinan adalah lebih tua daripada pemerintahannya yang bermula daripada akhir tempoh kuno(sekitar 2686 SM)” 

Pendapat Budge ini seakan-akan cuba mempertikaikan tarikh sebenar yang telah disepakati oleh ahli arkeologi. Zaman kuno adalah tempoh masa pemerintahan dinasti purba Mesir yang mana beberapa pemerintah Mesir terkenal seperti Khafre dan Khufu mendominasi Lembah Sungai Nil. Zaman Dinasti Kuno atau Old Kingdom Age dipercayai bermula 2686 SM dan berakhir pada 2181 SM.

Sebelum Zaman Dinasti Kuno, Zaman Dinasti Awal atau Early Dinasty Period telah pun bertapak. Tarikh bermulanya dinasti ini adalah 3100 SM dan berakhir pada 2686 SM. Pemerintahan Zaman Dinasti Awal pada awalnya berpusat di Abydos sebelum berpindah ke Memphis.

Pada zaman ini, tulisan Hiroglif baru sahaja dicipta namun ramai tidak pasti bagaimanakah ia dipertuturkan. Begitu juga dengan seni ukiran dan senibina. Binaan yang dikenali Mastaba menjadi perintis kepada pembinaan piramid kemudian hari. Ia berkembang seiring dengan kemajuan tamadun tersebut. Apa yang pasti, Zaman Dinasti Awal ini memiliki teknologi diluar jangkaan ramai orang.

Sebenarnya tiada nama rasmi kepada Patung Sphinx kerana masyarakat Mesir Purba hanya diketahui menggelarnya sebagai Horemakhet. Istilah Horemakhet yang membawa maksud Horus of Horizon muncul semasa Dinasti New Kingdom sedangkan ahli arkeologi dan Egyptologi bersependapat bahawa ia dibina semasa Dinasti Old Kingdom oleh Khafre.

Miskipun demikian, beratus-ratus makam dan inkripsi di Giza yang kebanyakannya bertarikh 4500 tahun yang lampau, tiada satu yang menceritakan perihal Patung Sphinx ini. Seorang Egyptologis daripada Brown University berkata, 

“The Egyptians didn’t write history, so we have no solid evidence for what its builders thought the Sphinx was certainly something divine. 

Tarikh Pembinaan Patung Sphinx 

Sebagaimana dengan namanya, tiada tarikh yang tepat berkenaan bilakah patung Sphinx dibina dan disiapkan. Namun, pendapat yang digunakan pada masa kini mengatakan ia dibina oleh Khafre(2520 SM–2492 SM). Miskipun begitu, seorang berbangsa Inggeris yang juga seorang Egyptologis terkenal,  E. A. Wallis Budge menulis dalam bukunya The Gods of the Egyptians, beliau menulis, 

Objek yang menakjubkan (Great Sphinx) ini telah wujud di zaman Khafre (atau Khephren),  dan ia besar kemungkinan adalah lebih tua daripada pemerintahannya yang bermula daripada akhir tempoh kuno(sekitar 2686 SM)” 

Pendapat Budge ini seakan-akan cuba mempertikaikan tarikh sebenar yang telah disepakati oleh ahli arkeologi. Zaman kuno adalah tempoh masa pemerintahan dinasti purba Mesir yang mana beberapa pemerintah Mesir terkenal seperti Khafre dan Khufu mendominasi Lembah Sungai Nil. Zaman Dinasti Kuno atau Old Kingdom Age dipercayai bermula 2686 SM dan berakhir pada 2181 SM.

Sebelum Zaman Dinasti Kuno, Zaman Dinasti Awal atau Early Dinasty Period telah pun bertapak. Tarikh bermulanya dinasti ini adalah 3100 SM dan berakhir pada 2686 SM. Pemerintahan Zaman Dinasti Awal pada awalnya berpusat di Abydos sebelum berpindah ke Memphis.

Pada zaman ini, tulisan Hiroglif baru sahaja dicipta namun ramai tidak pasti bagaimanakah ia dipertuturkan. Begitu juga dengan seni ukiran dan senibina. Binaan yang dikenali Mastaba menjadi perintis kepada pembinaan piramid kemudian hari. Ia berkembang seiring dengan kemajuan tamadun tersebut. Apa yang pasti, Zaman Dinasti Awal ini memiliki teknologi diluar jangkaan ramai orang. 
Binaan Mastaba yang berusia 2000 hingga 3000 tahun sebelum masihi

Binaan Zaman Nabi Nuh as? 

Pendapat ini miskipun sukar untuk diterima namun ada juga benarnya. Seorang penulis buku berunsur konspirasi dan misteri, Robert Washeth dalam bukunya Snake Space mengemukakan teori bahawa patung Sphinx bersama-sama piramid telah dibina jauh lebih lama daripada Khufre bahkan lebih lama lagi daripada Zaman Dinasti Awal(3100SM-2686).

Washeth mengandaikan bahawa proses luluhawa dan hakisan yang teruk tidak mungkin berasal daripada proses semulajadi. Perbandingan paling mudah adalah dengan piramid Agung Giza yang terletak tidak jauh daripada patung Sphinx. Ia langsung tidak mengalami proses hakisan yang teruk sebagaimana patung Sphinx. Begitu juga dengan lain-lain monumen yang seusia dengan patung Sphinx.

Lebih jauh daripada itu, Washeth percaya bahawa Patung Sphinx telah dibina lebih 11,000 tahun yang lampau iaitu semasa zaman Nabi Nuh as. Proses hakisan yang teruk di beberapa bahagian patung Sphinx adalah disebabkan oleh kejadian banjir besar yang berlaku semasa zaman Nabi Nuh as.

Pendapat ini disokong oleh seorang profesor daripada University of Boston, Dr. Robert M. Schoch yang menyatakan bahawa patung Sphinx berasal daripada tamadun Antedeluvian iaitu tamadun sebelum kejadian Banjir Besar Nabi Nuh.
Dr. Robert Schoch

Dr. Schoch mengemukakan bukti yang cukup kukuh untuk mengesahkan teori beliau. Dr. Schoch dalam penyelidikan dan kajiannya menyatakan terdapat kesan hakisan yang berpunca daripada air yang cukup besar di hampir keseluruhan patung tersebut.

Dr. Schoch mempertikaikan bagaimana air boleh ‘berada’ di bumi gersang di pinggir Padang Pasir Sahara kerana hasil rekod menyatakan air boleh didapati dengan kadar yang banyak di sini paling kurang 5,000 tahun yang lampau.

Persoalannya, bagaimana hakisan air boleh berlaku pada patung Sphinx itu. Melalui kajian tersebut, Dr. Schoch mempertikaikan segala fakta yang menyatakan patung Sphinx dibina oleh Khufre pada Zaman Dinasti Kuno. Dr. Schoch tidak menolak bahawa hakisan air pada patung Sphinx adalah disebabkan curahan hujan tidak henti-henti dan hasil rendaman yang begitu lama semasa kejadian Banjir Besar Nabi Nuh as.!
 Menurut Dr. Schoch, hakisan disebabkan air menyebabkan kesan hakisan secara menegak.


Perbandingan antara hakisan disebabkan air dan angin.
Paling teruk hakisan yang berlaku di Mesir adalah disebabkan oleh angin dan bukannya air. Namun, patung Sphinx menunjukkan ia mengalami nasib yang sebaliknya.

Patung Sphinx menyerupai Singa atau Serigala? 


Bilamana bercakap mengenai patung Sphinx, ramai mengandaikan ia menyerupai seekor singa dan berwajah manusia. Namun penulis berbangsa Amerika Syarikat, Robert Temple menentang idea tersebut dan mengatakan ia lebih menyerupai seekor serigala berbanding singa. Dalam bukunya, The Sphinx Mystery: The Forgotten Origins of the Sanctuary of Anubis yang diterbitkan pada awal 2009 menyifatkan arkitek patung gergasi Sphinx membinanya dengan bentuk Anubis(serigala) berbanding dengan singa.

Ramai yang tahu bahawa Anubis adalah tuhan masyarakat Mesri Purba yang menjaga makam-makam diraja dan kerabatnya. Teori yang dikemukakan oleh Robert Temple ada benarnya memandangkan patung gergasi Sphinx terletak berhampiran dengan piramid yang menjadi tempat bersemadi para Firaun. 

Kehilangan Hidung Sphinx 

Patung Sphinx terkenal bukan sahaja kerana sejarahnya, tetapi juga rupa fizikalnya. Patung Sphinx memiliki wajah manusia tetapi ‘tiada’ hidung. Tiada seorang pun ahli arkeologi mampu memberi jawapan konkrit tentang misteri ketiadaan hidung pada patung Sphinx ini.

Namun, beberapa teori boleh diperkirakan sebagai logik dan boleh diterima akal. Teori pertama menyatakan hidung patung Sphinx ‘cacat’ setelah batalion yang dikepalai oleh Napoleon Bonaparte membedil patung Sphinx sehingga musnahnya hidung patung tersebut. Ini berlaku semasa misi penaklukan Bonaparte di Mesir pada tahun 1798 sehingga 1801.
Fakta sebenar siapakah yang bertanggungjawab mencacatkan hidung patung Sphinx masih lagi menjadi perdebatan

Namun, teori itu segera dibangkang oleh pakar-pakar sejarah kerana terdapat hasil karya pelukis Frederick Lewis Norden yang berusia 50 tahun sebelum penaklukan Napoleon Bonaparte menggambarkan patung Sphinx sudah tidak mempunyai hidung.

Teori kedua mendakwa hidung patung Sphinx telah dimusnahkan oleh seorang sufi yang alim pada abad ke-14 kerana dibimbangi menjadikan patung tersebut sebagai alat sembahan.

Lain-lain dakwaan menyatakan bahawa ia adalah hasil daripada tembakan meriam tentera Mamluk yang menggunakan hidung sebagai ‘target’ dan hasil khianat tentera British semasa Mesir berada di bawah jajahan takluknya.

Tuesday, July 10, 2012

Best Of The Best 2010-2012

Blockbuster :
1. Piramid Melayu Tersembunyi Di Lautan Jepun? (108277 paparan)
2. Jin Islam Dedah Rahsia Segitiga Bermuda (32843 paparan)
3. Menghampiri Kiamat - Paras Air Tasik Galilee 27.11.2011 (30634 paparan)
4. Muslihat Yahudi Dalam Earth Hour? (23373 paparan)
5. Senarai Game Menghina Islam (10406 paparan)

Curious :
1. Soekarno Ganyang Malaysia atau Ganyang Freemason? deleted
2. Illuminati Bunuh Michael Jackson? deleted
3. Imam Mahdi Syiah Adalah Dajjal?
4. Hakikat Akhir Zaman Yang Disebutkan Oleh Abu Hurairah
5. Membongkar Penampilan Dajjal Sebagai Merlin
6. Harun Yahya Mengaku Sebagai Imam Mahdi
7. Hari Pengisytiharan Dajjal Sebagai Tuhan
8. Manusia Setelah Wafatnya Nabi Isa Di Akhir Zaman
9. Konspirasi Dunia - Penantian Raja Yahudi (Dajjal)
10. Bukti Penglibatan Manusia Disebalik Tsunami
11. Kajian Hadith Rasulullah SAW - A Days Of Dajjal
12. Misteri Kehebatan Teknologi Zaman Nabi Nuh as

Hot :
1. Atlantis Pernah Wujud Di Bumi Melayu?
2. Nostradamus Ramal Kemunculan Imam Mahdi
3. Captain Jack Sparrow Lanun Melayu?
4. Konspirasi Dunia - Transformers Dark Of The Moon
5. Konspirasi Dunia - Harry Potter And The Deathly Hallows

Top 5 Notes from Macjay's Facebook fanpage
1. Baju Nabi Adam as
2. Kisah Nabi-nabi Allah Yang Tidak Disebut Secara Langsung Dalam Al-Quran
3. Sejarah Yang Terhapus - Kewujudan Islam Di Benua Amerika Sebelum Penemuan Columbus
4. 9 Mimpi Rasulullah SAW Mengenai Umat Baginda
5. Perang Akhir Zaman Menggunakan pedang, lembing, panah dan batu



Perhatian : Terdapat beberapa buah lagi artikel/nota dari blog ini, yang telah dipadam dan tidak disenaraikan diatas. Para pembaca adalah dibenarkan untuk berkongsi mana-mana sahaja artikel di atas.

Monday, March 19, 2012

Kaum Yang Diganggu Oleh Yajuj Majuj

Seringkali ketika kita berbicara mengenai lelaki misteri dari Surah Al-Kahfi yakni Zulkarnain {1}, hal-hal berkaitan Yajuj Majuj akan turut dibangkitkan. Sememangnya ia tidak boleh dipisahkan kerana di antara kedua-dua perkara ini saling berkaitan. Namun, sedar atau tidak kita telah melupakan lalu terus mengabaikan satu fakta yang tidak kurang pentingnya, iaitu Kaum Yang Diganggu Yajuj Majuj.

Petikan dalam Surah al-Kahfi, menyebut : 
"Bawalah kepadaku ketul-ketul besi" sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, iapun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: "Tiuplah dengan alat-alat kamu", sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah ia: "Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya". {2} 
Ini menunjukkan bahawa kaum dimana Zulkarnain mahu melindungi mereka daripada serangan Yajuj Majuj, berkemahiran dalam pencairan dan pertukangan besi serta tembaga. Lalu, persoalan penting yang boleh kita renungkan disini ialah, kaum manakah yang mempunyai kemahiran itu pada ketika itu?

Menurut pendapat Herodotus, kaum Georgian adalah golongan pertama yang mengetahui cara-cara pencairan dan pembentukan besi. Mereka adalah kumpulan etnik yang berasal dari Kaukasus - yang dikategorikan dalam keluarga, bahasa dan budaya etnik kawasan selatan Kaukasus. Kenyataan ini telah mendapat sokongan kebanyakan ahli sarjana sejarah dari Georgia, yang mana mereka telah bersependapat bahawa keturunan kepada orang Georgia moden tinggal di kawasan selatan Kaukasus sejak zaman batu baru, manakala orang Georgia purba dikenali disisi masyarakat Rom dan Yunani purba sebagai kaum Kolchis.

Keturunan Georgia disebut dalam Genesis, sebagai pengajar kepada semua kemahiran serta pertukangan melibatkan besi dan tembaga. Jika dilihat daripada sejarah bangsa Armenia pula, mereka juga dikaitkan dengan kemahiran pencairan besi pada zaman purba.
Kawasan selatan Kaukasus adalah asal usul kebudayaan perkembangan kemajuan tembaga yang dikenali sebagai kebudayaan Kolchis - yang mana jelas sekali kemajuan mereka dalam membentuk selain mencairkan besi, jauh sebelum bangsa lain pada lewat zaman tembaga iaitu sekitar kurun ke-15 BC hingga kurun ke-8 BC. Dalam lingkungan suku akhir kurun ke-8 BC, mereka diserang keluar oleh kaum Scythian {3} khususnya suku kaum Cimmerian yang telah menyebabkan perpecahan kesatuan mereka. {4} Namun uniknya ialah, pada pertengahan kurun ke-6 BC (selepas serangan kaum Scythian) mereka berada dibawah empayar Parsi yang pada ketika itu ditadbir oleh Achaemenes. Dalam erti kata lain, mereka berada dibawah kekuasaan Raja Kurush (Cyrus The Great).

Memetik artikel karangan Bruno Coppieters - ahli sejarah bangsa Georgian bernama Teimuraz Mikeladze membahaskan, besi pertama kali dicipta oleh kaum Chalybs, iaitu nenek moyang orang Georgian. Merekalah yang memperkenalkan zaman besi dan ini adalah sumbangan besar kepada kebudayaan manusia amnya. {5} 

Menurut Dennis R. Papazian di dalam karangannya, budaya zaman suasa mengaitkan Armenia dengan Kaukasus, Iran dan Mesopotamia, manakala zaman gangsa di Armenia dan berterusan serta berkekalan bersama era pencairan dan pertukangan besi yang secara rasminya pada lingkungan 1000 BC. {6} 

Kesimpulannya, kaum atau bangsa Georgian, Kolchis dan Armenia tinggal berhampiran dan bersebelahan sesama sendiri di kawasan selatan banjaran Kaukasus yang mana mereka semua berkemahiran dalam pencairan dan pertukangan besi. Merekalah yang menyumbangkan keperluan itu kepada Raja Kurush (Zulkarnain dalam Surah Al-Kahfi) dalam pembinaan tembok untuk menghalang kaum Scythian juga Cimmerian serta suku-sakat mereka (Yajuj Majuj) daripada menyerang mereka dari arah utara banjaran Kaukasus.
Maka ketiga-tiga perkara ini - Zulkarnain, Yajuj Majuj dan bangsa yang diserang Yajuj Majuj yang mana mereka itu berkemahiran dalam pencairan dan pertukangan besi dan tembaga, kesemuanya muat secara tepat pada suatu ketika dan masa dalam sejarah. Dan yang paling penting ialah seiring dengan perjalanan mereka berdasarkan penceritaan dalam Surah Al-Kahfi.

Adalah sesuatu yang "naif" jika kita mengatakan bahawa kisah dan latar belakang Raja Kurush, identiti dan kedudukan geografi pendudukan kaum Scythian dan Cimmerian, serta perjalanan sejarah tawanan pada mangsa yang diserang, mereka itu yang berkemahiran dalam pencairan dan pertukangan besi serta kedudukan wilayah mereka, berlaku seiringan pada masa yang sama secara kebetulan sahaja.

20/3/12

______________________________________________
1. Di dalam Surah al-Kahfi sama sekali tidak menyebut 'Iskandar' tetapi hanya 'Zulkarnain'. Walau bagaimanapun setelah kajian dilakukan oleh beberapa orang pengkaji, hanya beberapa individu sahaja yang layak 'di-kait-kan' dengan kisah Zulkarnain. Dan diantara beberapa individu tersebut, HANYA kisah dan latar belakang Raja Kurush (Cyrus The Great) sahaja yang sesuai dengan perjalanan cerita individu bernama Zulkarnain di dalam Surah al-Kahfi.
2. QS Al-Kahfi, 18:96
3. Scythian (Saka) adalah satu kaum yang berumpun. Dibawahnya terdapat yang kecil termasuklah Cimmerian, Huns dan Khazar. Khazar yang kini "diiktiraf" sebagai Yahudi di negara Israel sebenarnya sama sekali tiada kaitan dengan Yahudi. Rujuk perbahasan oleh King Joseph. Kaum Scythia disini merujuk kepada Yajuj Majuj.
4. Afareez Abd Razak Al-Hafiz, Benarkah Iskandar Bukan Zulkarnain, PTS Milennia, hlm 159.
5. In Defence of the Homeland: Intellectuals and the Georgian-Abkhazian Conflict. Secession, History and the Social Sciences. Edited by Bruno Coppieters, http://poli.vub.ac.be/publi/orderbooks/secession/secession-03.pdf
6. Dennis R. Papazian, Armenians (September 8, 1987), http://www.umd.umich.edu/dept/armenian/papazian/armenia.html

Friday, September 16, 2011

Bukti Penglibatan Manusia Disebalik Tsunami

Ketika artikel Konspirasi Dunia Tsunami 2004 disiarkan {1}, ada segelintir pembaca yang mengatakan bahawa semua yang berlaku adalah tertakluk dibawah kuasa Allah SWT. Tidak dinafikan, tanpa keredhaan-Nya, tidak akan bergerak walau setitik pun air dilaut. Tetapi lupakah anda (atau tidak tahu langsung) bahawa kerosakan di bumi akibat perbuatan tangan (kerja) manusia telah dinyatakan secara jelas dalam Surah ar-Rum ayat 41. Rasulullah SAW juga telah memaklumkan kepada kita mengenai insiden bencana dan petaka akhir zaman, lebih daripada 1400 tahun dahulu - (1000 tahun lebih awal).

Daripada Abdullah bin Hawalah :
"Rasulullah SAW meletakkan kedua tangannya diatas kepalaku lalu berkata; "Wahai Ibn Hawalah jika engkau melihat perselisihan telah turun di atas bumi yang telah disucikan (Palestin) maka dekatlah gempa, bencana dan masalah-masalah besar dan Hari Kiamat saat itu lebih dekat dengan manusia daripada dekatnya kedua tanganku ini dari kepalamu." {2}
Bencana dan genpa hari ini bukanlah satu fenomena semula jadi semata-mata. Ia juga sebenarnya adalah satu tindak balas alam terhadap sikap 'tidak peduli' manusia serta sikap rakus dan tenggelamnya manusia dalam ke'fasad'an dan maksiat. Allah SWT menyebut di dalam firma-Nya bahawa, berlakunya kerosakan itu adalah sebagai satu akibat daripada tindakan dan sikap manusia. 
Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar). {3}
Penulis buku Fitnah 2012 : Konspirasi Galaktik telah menemui beberapa maklumat bahawa bencana seperti gempa, ribut taufan, tsunami dan banjir besar berpunca daripada penemuan sejenis senjata berskala besar yang lebih hebat daripada 'mass destruction' yang kita ketahui seperti bom atom mahupun bom nuklear. Senjata yang dimaksudkan adalah berasaskan kepada sistem HAARP Technology. 
"The $30 million [Pentagon] project, euphemistically named HAARP (High-Frequency Active Auroral Research Program), is made to beam more than 1.7 gigawatts (billion watts) of radiated power into the ionosphere -- the electrically charged layer above Earth's atmosphere. Put simply, the apparatus is a reversal of a radio telescope -- just transmitting instead of receiving. It will 'boil the upper atmosphere'. After [heating] and disturbing the ionosphere, the radiations will bounce back onto the earth in for form of long waves which penetrate our bodies, the ground and the oceans."

Terjemahan : "Projek $30 juta [Pentagon], dinamakan HAARP (High-Frequency Active Auroral Research Program) dibuat untuk dipancar (dengan kekuatan) lebih 1.7 gigawatts (billion) dengan kuasa radiasi ke arah ionosfera - lapisan elektrik yang dicaj di atas atmosfera bumi. Untuk mudah difahami 'apparatus' adalah timbal balik daripada menerimanya. Ia akan menghangatkan lapisan atas atmosfera. Setelah (dipanaskan) dan mengubah (kestabilan) ionesfera, radiasi akan memantul balik ke arah bumi dalam bentuk gelombang yang tegar sehingga menghentam tubuh kita, tanah dan lautan." {4}
Keupayaan persenjataan HAARP ini boleh mengakibatkan kemusnahan total atmosfera bumi. Sekaligus ia juga mampu membawa kemusnahan dalam bentuk gempa bumi. Ia seumpama gelombang mikro yang dapat merobek objek tanpa dapat dikesan oleh penglihatan mata kasar.

Keterangan lanjut boleh di baca di laman web http://www.cuttingedge.org/news/N1624.cfm iaitu sebuah laman web himpunan kajian para pastor yang dibuat berdasarkan fakta bagi menentang tumbuhnya gerakan 'pra-Illuminati' dan 'anti-Christ' yang kini sedang berusaha menguasai gereja di Amerika Syarikat. Oleh kerana artikel ini khusus untuk penganut Kristian, maka kata-kata Spiritual mereka mestilah di-abai-kan. Bagi tujuan membuktikan global warming adalah kerja manusia, lihat juga artikel bertajuk Final Proof Is Now Conclusive! dan Global Warming Is Now Proven To Be Caused by Human Being!. {5} 

Manusia yang rakus dan tamak untuk mendominasi dunia sanggup melakukan apa sahaja walaupun memusnahkan khazanah alam ini. Diriwayatkan oleh Ibn Majah daripada Abdullah :
"Menjelang terjadinya kiamat akan terjadi perubahan (bentuk) rupa (bumi), penenggelaman bumi (gempa) dan hujan batu." {6}
Apa yang pasti, ada juga pihak yang sangsi tentang semua hal ini. bencana datang bersilih ganti, bahkan semakin kerap sejak akhir-akhir ini. Kita buntu mencari jawapan sehingga tergamak menyalahkan Tuhan. Mereka lupa bahawa Allah SWT telah memberi amaran awal bahawa bencana dan kemusnahan dunia adalah akibat daripada tangan-tangan manusia. Ia juga menjadi sebahagian daripada rancangan jahat para konspirator untuk menimbulkan rasa cemas dikalangan manusia.
"Can you imagine what will happen if Los Angeles is hit with a 9.0 quake, New York City is destroyed by a terrorist-planted atomic bomb, World War III breaks out in the Middle East, the banks and stock markets collapse, Extraterrestrials land on the White House lawn, food disappears from the markets, some people disappear, the Messiah presents himself to the world, and all in a very short period of time? Can you imagine? The world power structure can, and will if necessary, make some or all of these things happen to bring about the New World Order." ["Behold A Pale Horse"., p. 177-8] {7}

Terjemahan : "Dapatkah anda bayangkan apa akan terjadi jika Los Angeles dilanda gempa bumi berukuran 9.0, kota New York hancur akibat bom atom serangan pengganas, Perang Dunia Ketiga meletus di Timur Tengah, sistem perbankan dan pasaran saham merudum, makhluk angkasa mendarat di perkarangan Rumah Putih (Washington), bekalan makanan tidak dapat ditemui dipasar-pasar, ada dikalangan manusia yang hilang (diculik), penyelamat memunculkan dirinya di persada dunia dan semua ini akan terjadi (dalam tempoh terdekat) bagi menjayakan kemunculan Tata Dunia Baru."
Kata-kata ini ditulis pada 1995, manakala tarikh tragedi 9/11 (11 September) adalah pada tahun 2001. Maknanya sudah ada dikalangan orang tertentu yang telah terlebih dahulu tahu mengenai kejadian ini. Dalam lain kata, ia sudah dirancang bagi meletuskan huru-hara dan perang. Terbukti, sejurus selepas itu tentera Amerika dan sekutunya menyerang negara Islam Afghanistan dan Iraq. Lihat hadith-hadith Nabi SAW mengenai rancangan jahat Yahudi-Zionis disebalik kerahan tenaga tentera Amerika Syarikat dan sekutunya dalam memerangi dunia Islam.
"Saat (kami) sedang duduk-duduk bersama Abdullah bin Amru bin ash-Mustaurid al-Qurasyi, dia berkata ; "Penulis mendengar Rasulullah SAW bersabda ; "(Menjelang) saat terjadinya kiamat, bangsa Romawi adalah bangsa yang paling besar jumlah penduduknya." Mendengar hal itu, Abdullah bin Amru mencelah "Apakah yang cuba engkau sampaikan ini?" Mustaurid menjawap, "Aku hanya mengatakan apa yang benar-benar aku dengar langsung daripada Rasulullah SAW." {8}
Rasulullah SAW bersabda :
"Hitunglah enam hal menjelang terjadinya kiamat..."(lantas Baginda menyebut antaranya): "Kemudian perdamaian antara kalian dengan Bani Ashfar (Romawi), lantas mereka mengkhianati kalian, mereka menyerang kalian di bawah 80 bendera, setiap bendera mengandungi 12000 tentera." {9}
Kronologi perang akhir zaman juga ada disebutkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat dalm bentuk atsar. Ia dipetik daripada kalam sahabat Rasulullah SAW yang mulia, Abu Hurairah :
"Aku telah menghafal dua karung ilmu daripada Rasulullah SAW adapun salah satunya telah aku sebar luaskan, sedangkan yang satu lagi andaikata aku sebar luaskan maka (pasti) leher ini akan dipenggal." {10}
Imam Ibn Hajar menulis di dalam Fathur Bari bahawa Saidina Abu Hurairah mengetahui nama-nama para amir, raja dan ayah mereka. Abu Hurairah pada mulanya menyembunyikan ilmunya mengenai hal itu kemudian menyampaikannya menjelang kematiannya kerana takut dosa di atas perbuatan menyembunyikan ilmu. {11}


_________________________________________
1. Lihat artikel MacJay.Net, Konspirasi Dunia - Tsunami 2004
2. Musnad Ahmad, Sunan Abi Daud dan Mustadrak al-Hakim
3. QS ar-Rum : 41
4. http://www.cuttingedge.org/news/N1624.cfm dan High Frequency Active Auroral Research Program Wikipedia
5. http://www.cuttingedge.org/news/N2011.cfm
6. Hadith Riwayat Ibn Majah (4059) dalam al-Fitan
7. http://www.cuttingedge.org/news/N1753.cfm
8. Hadith Muslim : Kitab al-Fitan wa Asyrat al-Sa'ah, no 2898
9. Hadith Bukhari
10. Hadith Riwayat Bukhari di dalam Sahihnya, kitab al-'Ilm, bab: Menghafal Ilmu, hlm 213
11. Atsar ini diriwayatkan oleh Sayyidina Abu Hurairah, Sayydina Ibn Abbas, dan Sayydina Ali bin Abi Thalib. [baca]

Thursday, September 8, 2011

NASA Sangkal Teori Konspirasi Pendaratan Di Bulan

Pada 1979, ketika kali pertama teori ini muncul, tinjauan pendapat mendapati enam peratus rakyat AS percaya pendaratan di bulan adalah satu penipuan. Namun, dua puluh tahun kemudian, jumlah itu meningkat kepada 11 peratus. Manusia sejagat, kata mereka tertipu dan terdapat bukti-bukti kukuh yang menyokong dakwaan itu. Sejak Presiden AS, John F. Kennedy berikrar manusia akan sampai ke bulan dalam tempoh sedekad pada 1960-an, AS terdesak untuk mengatasi Rusia dalam perlumbaan ke angkasa lepas.

Pada musim panas 1969, Moscow mengumumkan akan melancarkan misi ke bulan dalam tempoh sebulan. Namun, tekonologi pada masa itu masih lagi daif. Sistem komputer yang dihasilkan bagi program Apollo milik AS jauh ketinggalan berbanding teknologi komputer peribadi (PC) pada masa kini. Sistem navigasi Satnav diguna pakai oleh kereta sekarang juga jauh lebih canggih berbanding komputer Apollo yang ditugaskan memandu arah bagi misi ke bulan yang jauhnya 400,000 kilometer dari bumi.

Penafian sejarah dunia sains AS ini diperkukuhkan lagi oleh kenyataan seorang jurutera yang pernah ditugaskan untuk mereka bentuk roket Apollo, Bill Kaysing.
“Apabila saya menonton televisyen, saya dapat rasakan semua adegan tersebut adalah satu penipuan tak ubah seperti roket yang diturunkan dengan menggunakan wayar di dalam studio,” kata Bill.
Pada zaman itu, katanya, manusia belum memiliki teknologi untuk misi pergi ke bulan dan kebarangkalian misi itu untuk menjadi kenyataan adalah 0.0017 peratus atau dengan kata lain, mustahil. Seorang angkasawan pada tahun 1960-an, Brian O’Leary berkata:
“Saya tidak yakin 100 peratus bahawa terdapat lelaki yang berjalan di bulan.”
Pandangan Brian yang merupakan penasihat program Apollo selain pernah menjadi angkasawan memberikan satu tamparan hebat.
Kini, setelah berabad-abad Teori Konspirasi Pendaratan Angkasawan NASA di Bulan {1} beredar, NASA mula menyiarkan gambar-gambar bukti pendaratan di bulan untuk menghentikan pelbagai spekulasi mengenai sejarah terulung dunia sains Barat itu. {2} Namun, mengapakah begitu lama masa yang diambil oleh NASA?
Dakwaan penipuan pendaratan angkasawan NASA di bulan mungkin timbul setelah tayangan filem James Bond - Diamond Are Forever pada 1971 yang memaparkan satu adegan di mana James Bond (Sean Connery) menceroboh set pengambaran pendaratan angkasawan USA di bulan (milik kerajaan USA) di satu lokasi rahsia mirip Area 51. Ia mungkin menjadi titik tolak kepada kemusykilan terhadap projek NASA itu. Namun seperti yang dinyatakan di atas, beberapa kenyataan yang dikeluarkan daripada individu-individu berkaitan seperti menguatkan lagi teori penipuan ini. Berikut adalah gambar (bawah) petikan daripada filem James Bond.
PERSOALAN YANG PERLU DIJAWAP NASA 
1. Mengapa bendera Amerika Syarikat yang dipacakkan ke bulan berkibar? Jika di permukaan bulan tiada oksigen mahupun udara, dengan kata lain suasana hampagas, bendera itu tidak sepatutnya berkibar.  Memang NASA telah meletakkan satu batang paip horizontal pada bendera tersebut, tetapi ia tidak pula dilengkapi dengan kipas angin untuk membuatkannya berkibaran. Jika hanya diletakkan batang paip, maka bendera itu sepatutnya hanya tegak diam, bukan berkibar seperti ditiup angin. 

2. Tiada kesan hentaman jet modul pendaratan pada permukaan bulan. Sepatutnya ada kesan berlepas dan tapak-tapak kaki angkasawan berdekatannya akan terhapus. Tetapi tapak-tapak kaki di situ masih wujud.

3. Tapak kaki angkasawan tersangat jelas. Sedangkan graviti di bulan tidak kuat. Permukaannya tidak lembab. Tetapi kesan tapak kaki tersebut seolah-seolah permukaan di situ lembab dan tarikan gravitinya kuat. Debu-debu di permukaan bulan dikatakan sangat nipis, tetapi mengapa masih wujud kesan tapak kaki yang dalam dan details?

4. Pergerakan para angkasawan di bulan jika dilajukan filemnya sedikit akan menunjukkan pergerakan yang sama jika mereka di bumi. Bermakna filem yang merakamkan segala pergerakan mereka itu kemungkinan besar telah disunting dengan teknik slow motion.
5. Batu-batu yang dibawa pulang adalah sama dengan batu-batu yang dikumpul pada ekspedisi saintifik ke Antartika.  Ada kemungkinan juga batu-batu itu adalah meteor-meteor yang jatuh ke bumi.
6. Bayang-bayang yang wujud pada subjek-subjek di permukaan bulan seperti yang dirakam oleh NASA kadang-kadang tidak menepati yang sepatutnya berlaku. Contohnya, arah muncul bayang tidak kena dengan arah cahaya matahari. Lagi pun angle kamera yang diambil bukan matahari membelakangi jurugambar. Jika matahari membelakangi jurugambar, logik lah bayang dilihat menuju arah yang berlainan sedikit, kerana perspektif jurugambar dari bayang tersebut.
7. Seolah-seolah mengggunakan tali lutsinar dari atas disangkut pada angkasawan-angkasawan itu yang kadangkala dapat kelihatan dalam video rakaman NASA.
8. Suasana angkasa ketika di permukaan bulan (seperti dakwaan NASA) adalah hitam gelap pekat. Tetapi mengapa tidak kelihatan langsung bintang? Sedangkan atmosferanya bukan seperti bumi, yang ketika matahari memancar terik di atas langit jadi biru. Tetapi alasan aperture kamera dan tetapan-tetapannya untuk mengelakkan over expose mungkin munasabah.
9. Pencipta kamera untuk misi ke bulan itu, Jan Lundberg juga mengakui hairan melihat keadaan gambar-gambar yang diambil oleh angkasawan NASA. Dengan hanya cahaya bersumber dari matahari, tanpa flash kamera, mustahil wujud pencahayaan seperti yang dirakamkan. Dengan beberapa bayang-bayang wujud ditempat yang salah. Dan bagaimana kamera yang disangkut ke dada angkasawan itu, boleh merakam gambar-gambar yang jelas dan kemas, sepertimana diambil oleh jurugambar professional.
10. Bagaimana pula mereka boleh menjawab persoalan-persoalan yang timbul - video-video di bawah dan lain-lain yang membuktikan bahawa pendaratan manusia di bulan itu adalah satu hoax / penipuan?
________________________________________
2. Lihat video oleh NASAexplorer, NASA | Sharper Views of Apollo 12, 14, and 17 Sites

Monday, July 4, 2011

Jin Islam Dedah Rahsia Segitiga Bermuda

JIN ISLAM DEDAH RAHSIA SEGITGA BERMUDA
Based on Dialog Dengan Jin Islam by Muhammad Isa Dawud
Writer : MacJay.Net Photo : MacJay.Net
|Perhatian : Maklumat dalam artikel ini adakalanya diluar kotak pemikiran biasa para pembaca. Jika mana-mana bahagian dalam artikel ini mengganggu ketenteraman, anda tidak digalakkan untuk meneruskan pembacaan.|

Jin berbeza dengan malaikat. Kesemua Malaikat beriman kepada Allah SWT, sedangkan jin, ada yang beriman ada juga yang kafir seperti manusia. Sebahagian jin ada yang taat kepada Allah SWT dan sebahagian yang ingkar. {1} Golongan Jin ini seperti juga manusia, mereka memiliki pelbagai bangsa, puak dan keturunan. Mereka juga mempunyai sistem pentadbiran yang sama seperti manusia. Setiap puak itu mempunyai ketuanya selain Raja. dari sini terbentuklah Daerah, pentadbiran seterusnya adalah Negeri, dan terakhir menjadi Negara. Bukti kepada pernyataan diatas adalah berdasarkan :
"Dan Allah menciptakan jin dari kobaran api" (Surah ar-rahman : ayat 15) 

"Dan Aku (Allah) tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah Ku (Allah)" (Surah al-Dzariyat : ayat 56)

"Wahai golongan jin dan manusia, apakah belum datang kepadamu rasul-rasul dan golongan mu sendiri, yang menyampaikan kepadamu tentang ayat-ayat Ku dan memberi peringatan kepadamu terhadap pertemuanmu dengan hari ini? Mereka berkata : Kami menjadi saksi atas diri kami sendiri, kehidupan dunia telah menipu mereka, dan mereka menjadi saksi atas diri mereka sendiri, bahawa mereka adalah orang-orang yang kafir" (Surah al-an'am : ayat 130)
Petikan-petikan surah diatas sudah cukup membuktikan bahawa makhluk Jin sememangnya wujud dan tiada sebab bagi umat Islam untuk menyanggah hakikat ini. Sebelum manusia dilantik sebagai khalifah dimuka bumi, makhluk bernama Jin terlebih dahulu menjalani kehidupan mereka dimuka bumi. Namun, sepertimana yang dinyatakan, makhluk Jin sama juga seperti manusia. Kemajuan tamadun bangsa Jin (terutama dalam teknologi Atom dan Fusion) telah menyebabkan mereka ingkar dalam melaksanakan perintah Allah SWT hingga akhirnya membawa kepada kemusnahan tamadun makhluk sebelum manusia ini. {2} Dan pada masa yang Adam dan Hawa diturunkan ke bumi, Allah SWT telah memperkenankan doa para Jin supaya mereka tidak dilihat oleh manusia. {3} 

 
JIN ISLAM DEDAH RAHSIA SEGITIGA BERMUDA

Muhammad Isa Dawud (MID) dilahirkan pada 1957 di Ismai’iliyah, Mesir. Dibesarkan dan mendapat pendidikan di Kaherah sehingga peringkat Ijazah peringkat Sarjana di Universiti Kaherah. Beliau juga meraih gelaran Lc di bidang sastera dari fakulti Bahasa dan Pengajian Timur, Universiti Kaherah. {4} Dalam karya MID yang bertajuk Dialog Dengan Jin Islam, penulis tersohor itu telah membuat satu pendedahan eksklusif berkenaan Segitiga Bermuda dan 'penghuninya'.
Buku ini ditulis berdasarkan pengalaman MID sendiri yang pernah berbicara bersama Jin Islam. MID menjelaskan bahawa, Jin Islam yang menjadi 'rakan'nya itu berasal dari Bombay, India dan merupakan Jin yang berpengaruh kerana telah membawa kira-kira 10 000 jin lain memeluk agama Islam. Sehingga buku itu ditulis, rakan istimewanya itu sudah berusia 180 tahun. {5}
 
Berikut adalah petikan daripada dialog tersebut (klik untuk besarkan ; kiri ke kanan) :
Kedudukan geografi Mesir dan Segitiga Bermuda sebenarnya boleh dikira agak dekat jika diambilkira kemampuan/kelebihan yang dimiliki oleh para Jin. Saya kira pembongkaran Jin Islam itu kepada Muhammad Isa Dawud ada juga kebenarannya, memandangkan 'tidak mustahil untuk seseorang itu berkomunikasi dengan makhluk Jin' sepertimana yang pernah dilakukan oleh beberapa orang lagi penulis, pengamal perubatan dan alim ulama. Ini termasuklah Ustaz Amin yang terkenal dengan program terbitan TV 9, Tanyalah Ustaz. {6}


Muat turun

___________________________________
1.http://ms.wikipedia.org/wiki/Jin
2.Lihat surah al-Baqarah, ayat 30 iaitu: “Sesungguhnya, Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi”, mereka (malaikat)  berkata, “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di muka bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah…“. Malaikat tahu bahawa hamba Allah yang bakal dicipta nanti (Adam & keturunannya) akan membuat ‘kerosakan’ dan ‘menumpah darah’ (berperang). Ini membuktikan sudah ada kehidupan makhluk lain sebelum manusia yang telah diturunkan syariat Islam. Cuma bezanya makhluk sebelum Adam berbeza dari segi jasad dan kemampuan intelektual.
3.Lihat Muhammad Isa Dawud, Siapa Penghuni Bumi Sebelum Manusia, Pustaka Syuhada (M) 
4.Lihat Ibnuyaacob.com, Profil Muhammad Isa Dawud, http://ibnuyaacob.com/?page_id=185
5.Lihat Muhammad Isa Dawud, Dialog Dengan Jin Islam, Bhg Tamu Kita Dalam Buku Ini, Pustaka Hidayah (I)
6.Ustaz Amin atau nama sebenarnya Muhammad bin Abdullah adalah seorang Ustaz selain menjadi pengacara sebuah program di TV 9.  Ustaz Amin mendedahkan pengalamannya berkomunikasi dengan Jin ketika beliau berada di Makkah. Lihat laman web beliau, http://www.ustazamin.com/2011/03/universiti-kehidupan-191-berbicara.html

Thursday, June 9, 2011

Misteri Tabut as-Sakinah

Allah SWT berfirman di dalam Surah Al-Baqarah ayat 248 :
Dan Nabi mereka, berkata lagi kepada mereka: “Sesungguhnya tanda kerajaan Talut itu (yang menunjukkan benarnya dari Allah) ialah datangnya kepada kamu peti Tabut yang mengandungi (sesuatu yang memberi) ketenteraman jiwa dari Tuhan kamu, dan (berisi) sebahagian dari apa yang telah ditinggalkan oleh keluarga Nabi-nabi Musa dan Harun; peti Tabut itu dibawa oleh malaikat. Sesungguhnya peristiwa kembalinya Tabut itu mengandungi satu tanda keterangan bagi kamu jika betul kamu orang-orang yang beriman”.
Pengkaji Barat dan Yahudi telah lama tercari-cari lokasi tabut yang hilang ini. Jika pembaca pernah menonton filem arahan pengarah Steven Spielberg (berbangsa Yahudi), Indiana Jones Raiders Of The Lost Ark, mungkin pembaca akan mendapat sedikit gambaran berkenaan Tabut as-Sakinah ini. Namun, kandungan Ark of Covenant dalam filem buatan tangan Yahudi Zionis ini tidak boleh sama sekali diambil sebagai pengetahuan atau kepercayaan. Filem terbitan George Lucas (juga Yahudi) ini secara tidak langsung membuktikan bahawa Yahudi sudah lama  tercari-cari atau setidak-tidaknya berminat dengan khazanah yang tidak ternilai ini. Bagi pembaca yang belum tahu berkenaan Tabut as-Sakinah bolehlah rujuk di sini [artikel ini sempat diulangsiar sebelum blog Holywar Efairy dinyahkan oleh pihak ketiga]. 

KANDUNGAN TABUT AS-SAKINAH
Apakah sebenarnya yang terdapat di dalam Tabut as-Sakinah ini? Dari sisipan ayat Al-Quran di atas, di dalam tabut ini mungkin terdapat sesuatu yang diwahyukan oleh Allah SWT kepada Nabi Musa a.s semasa Nabi Musa a.s ‘bertemu’ Allah SWT di Bukit Sinai.
Di dalam Kitab Keluaran (Exodus) juga ada disebutkan tentang hal ini.

Berfirmanlah Tuhan kepada Musa :

"Tuliskanlah segala firman ini, sebab berdasarkan firman ini telah Kuadakan perjanjian dengan engkau dan dengan Israel.” 34:27

Dan Musa ada di sana bersama-sama dengan Tuhan, selama empat puluh hari empat puluh malam lamanya, tidak makan roti dan tidak minum air, dan ia menuliskan pada loh itu segala perkataan perjanjian, yakni Kesepuluh Firman. 34:28

Ketika Musa turun dari gunung Sinai–kedua loh hukum Allah ada di tangan Musa ketika ia turun dari gunung itu - tidaklah ia tahu, bahwa kulit mukanya bercahaya oleh karena ia telah berbicara dengan Tuhan. 34:29

Diambilnyalah loh hukum Allah dan ditaruhnya ke dalam tabut, dikenakannyalah kayu pengusung pada tabut itu dan diletakkannya tutup pendamaian di atas tabut itu. 40:20

Dibawanyalah tabut itu ke dalam Kemah Suci, digantungkannyalah tabir penudung dan dipasangnya sebagai penudung di depan tabut hukum Allah - seperti yang diperintahkan Tuhan kepada Musa. 40:21

Berdasarkan ayat-ayat ini, apa yang boleh dikatakan terkandung di dalam tabut ini adalah dua loh yang tertulis di atasnya 10 Perjanjian. 10 Perjanjian ini ditulis oleh Nabi Musa as atas perintah Tuhan ketika Nabi Musa as ‘bertemu’ dengan Tuhan di Bukit Tursina (Sinai). 

BENARKAH TABUT AS-SAKINAH DI NUSANTARA?

Tabut as-Sakinah dikatakan tersimpan dibeberapa buah lokasi. Di antaranya ialah Nusantara, Jerusalem, Ethiopia, Zimbabwe, Mesir, Gunung Nebo/Nabu di tebing sungai Jordan, Perancis, England, Ireland dan beberapa lokasi lagi. Di antara kesemua lokasi ini, teori yang mengatakan bahawa tabut tersimpan di Nusantara adalah yang paling lemah. Kebanyakan pihak yang berpegang pada teori ini berpaksi pada beberapa sebab utama :

1. Tabut as-Sakinah ini dikatakan telah hilang dalam perjalanan ke tanah canaan (The Promised Land). Jika dilihat daripada sudut 'Zion Bumi Mala' teori ini mengatakan bahawa The Promised Land itu sebenarnya adalah hujung dunia yakni Nusantara.

2. Mengambil fakta daripada 'cakap-cakap' bahawa Tabut as-Sakinah tersembunyi di Indonesia yang sering dibincangkan di alam siber.

3. Ada pihak yang salah tafsir maklumat yang diterjemahkan oleh Google Translate. Mereka cuba copy dan kemudian paste-kan pada Google Translate maklumat berkenaan Tabut as-Sakinah ini dari Wikipedia. Umum sudah mengetahui 'kehebatan' Google Translate dalam menterjemahkan maksud sesuatu dokumen. Betapa hebatnya terjemahan Google ini, hinggakan bahasa Inggeris yang masih boleh difahami oleh si pembaca, apabila diterjemah ke dalam bahasa ibunda, terus hilang kebolehfahamannya. Dibawah ini saya sediakan satu contoh : 
“The ETHIOPHIAN Orthodox Church claims to possess the Ark of the Covenant or tabot in Axum. The object is now kept under guard in a treasury near the Church of Our Lady Mary of Zion, and used occasionally in ritual processions.[6] But versions of the Aksum tabot are kept in every ETHIOPHIAN church, each with its own dedication to a particular saint, most popularly Mary, George and Michael[7].”

“The Kebra Nagast is ETHIOPHIA’S greatest national document, composed to legitimise the new royal line established in 1270 by claiming its descent from Menelik I, the son of King Solomon and the Queen of Sheba, and contains a reference to the Ark of the Covenant being brought to ETHIOPHIA by Menelik. However, recent scholarship suggests that that reference is a later interpolation: many important manuscripts later than the thirteenth century make no reference to it, and it only became a core element of ETHIOPHIAN beliefs in the seventeenth century. It has been plausibly suggested that the claim that the Aksum tabot is the real Ark of the Covenant results from misunderstandings between the ETHIOPHIANS and their Portuguese allies following the defeat of Arab invasions in the sixteenth century – misunderstandings which were gratefully exploited and developed by the ETHIOPHIAN church[7].” (wikipedia)

Apabila anda menggunakan Google Translate untuk melakukan terjemahan, ia akan jadi seperti dibawah :
“Gereja Ortodoks ETHIOPHIA yang klaim untuk memiliki Ark dari Perjanjian atau tabot di Axum. Objek sekarang disimpan di bawah penjagaan di dekat perbendaharaan Jemaat kami Lady Maria Sion, dan kadang-kadang digunakan dalam upacara processions. [6] Tetapi versi dari Aksum tabot disimpan di setiap ETHIOPHIA gereja, masing-masing dengan dedikasi sendiri ke santo tertentu, paling terkenal dan populer dengan Maria, dan George Michael [7].”

“Yang Kebra Nagast terbesar di INDONESIA adalah dokumen nasional, yang terdiri untuk legitimise royal baris baru didirikan di 1270 oleh para mengklaim keturunan dari Menelik I, putra Raja Sulaiman dan Ratu dari Sheba, dan berisi referensi ke Ark dari Perjanjian yang dibawa ke INDONESIA oleh Menelik. Namun, baru-baru ini menunjukkan bahwa beasiswa merupakan referensi yang kemudian interpolasi: banyak penting Mushaf lebih lambat dari tiga abad tidak membuat referensi untuk itu, dan hanya menjadi unsur inti dari ETHIOPHIA kepercayaan di abad ketujuh. Ia telah plausibly mengemukakan bahwa klaim bahwa Aksum tabot adalah nyata Ark dari Perjanjian hasil dari kesalahpahaman antara ETHIOPHIANS Portugis dan sekutu mereka mengikuti kekalahan di Arab invasi pada abad keenambelas - kesalahpahaman terima kasih yang dieksploitasi dan dikembangkan oleh ETHIOPHIA gereja [7].”

Kita lihat terjemahannya :

ETHIOPHIAN menjadi ETHIOPHIA
ETHIOPHIA’S menjadi INDONESIA?
ETHIOPHIA menjadi INDONESIA?
EUTHOPHIANS menjadi EUTHOPIANS


Nah, masalahnya terletak pada ‘tetapan' Google Translate. Google Translate atau lebih tepat lagi individu yang memprogamkannya tersalah dalam menterjemahkan ETHIOPHIA’S dan ETHIOPHIA hinggakan  ia menjadi INDONESIA. Ethiopia adalah Habsyah. Dari mana datangnya Indonesia? Sedarkah anda jika anda cuba membuat terjemahan dari bahasa Arab atau Inggeris ke dalam bahasa Melayu, kadangkala ia akan diterjemah ke dalam bahasa Indonesia. Saya pasti ada pihak yang mungkin sedikit taksub dengan 'kehebatan/kebangkitan sebelah Timur' akan terus membuat andaian bahawa Tabut as-Sakinah memang berada di Nusantara. 

PENAFIAN LOKASI TABUT DI ETHIOPIA DAN KEBARANGKALIAN DI JERUSALEM 
Banyak juga pengkaji yang menolak kewujudan tabut di Ethiophia. Kisah itu tidak lain sekadar dongengan para penganut Kristian Ortodok di Ethiophia untuk menaikkan saham mereka. Secara peribadi, saya juga tidak menyokong dakwaan ini atas beberapa sebab:

1. Hanya Bani Levi yang dibenarkan menyentuh dan membawa tabut. Setahu kita keturunan Nabi Harun ini tidak pergi ke Sabak ataupun Ethiophia. Bagaimana Raja Menelik membawanya pulang? 

2. Jika benar ada beberapa pendeta Bani Levi datang ke Sabak bersama-sama Raja Menelik I, mengapa keturunan mereka iaitu para paderi di Ethiophia hari ini berkulit gelap belaka?

3. Tabut dipercayai penuh keramat dan kekuasaan oleh Bani Israil. Mustahil mudah-mudah saja mereka akan melepaskan tabut ke tangan bangsa asing. Tambahan pula Zionis (memerintah Israel kini) menganggap bahawa semua bangsa selain Yahudi seperti binatang)

4. Tabut sudah ada tempat paling sesuai iaitu bait suci Haikal Sulaiman. Apa manfaatnya dibawa keluar daripada tempat itu? 

5. Agama mereka yang mendakwa bahawa keturunan Menelik sudah menjadi agama Kristian Ortodoks ataupun sekurang-kurangnya 'berbau Kristian'. Walhal Tabut as-Sakinah bergelumang dengan agama Yahudi. Hal ini memungkinkan segala cerita yang dikisahkan di Axum dan sekitarnya itu datangnya selepas kelahiran agama Kristian, bukannya sejak zaman Nabi Sulaiman.
Bangsa Yahudi pada hari ini seperti tidak ambil pusing dengan teori yang mengatakan bahawa tabut berada di Ethiophia. Tidakkah pembaca berasa pelik? Walhal tabut ini telah menjadi salah satu tujuan hidup mereka. Mereka percaya tabut bakal membawa mereka untuk menguasai dunia dan menewaskan umat Islam. Di sini nampaklah bahawa, Yahudi pada hari ini memang tahu Tabut as-Sakinah sebenarnya tidak berada di Ethiopia Jika tidak, pastilah ejen-ejen sulit Israel sudah lama menceroboh bangunan di Axum, Ethiophia (Habsyah) itu. Satu-satunya tempat yang menjadi impian bangsa Yahudi-Zionis (Israel) adalah tanah Palestin atau lebih tepat lagi Masjid Al-Aqsa. Kita tahu bahawa Yahudi sedang bersiap sedia untuk membina Haikal Sulaiman (Solomon's Temple) di atas tapak runtuhan Masjid al-Aqsa. 
Sebagai umat Nabi Muhammad SAW yakni umat akhir zaman, apa yang penting ialah supaya kita berpegang teguh pada sabda Baginda : 

"Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku. Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku." (HR Imam Muslim dari Jabir (2/240), Sunan Abu Daud 1825 dan lain-lain. Kisah yg mutawatir dan disaksikan lebih dari 100,000 jema’ah Haji)






Gambar Belangkas