Showing posts with label Misteri dan Sains. Show all posts
Showing posts with label Misteri dan Sains. Show all posts

Friday, April 15, 2011

Perang Nuklear Pada 3500 Tahun Lampau?

Mahabaharata dan Ramayana ceritakan berlaku peperangan besar pada zaman purba yang turut membabitkan senjata nuklear, peluru berpandu. Dua epik India kuno, Mahabaharata dan Ramayana yang dipercayai ditulis kira-kira 3,500 tahun lalu, menceritakan tercetusnya satu kejadian besar pada zaman purba yang benar-benar membuatkan pembaca khususnya penyelidik terpaku kebingungan.

Meneliti baris demi baris dalam cerita panjang yang ditulis pada dua epik berbahasa Sanskrit itu membuatkan penyelidik tertanya-tanya akan kebenarannya dan sehingga kini peristiwa yang terkandung dalam setiap ayat yang tertera pada epik itu masih kekal misteri. Benarkah perang nuklear sudah tercetus pada zaman India kuno, ribuan tahun lalu? Persoalan itu mendorong kalangan penyelidik untuk mencari logik di sebalik cerita yang ditulis menerusi epik berkenaan.

Malah, tatkala meneliti ayat yang menyatakan peperangan itu turut membabitkan pesawat canggih dan digambarkan seperti jet pejuang dan piring terbang pada masa kini, penyelidik semakin terpinga-pinga kehairanan. Epik terbabit ditulis kira-kira 3,500 tahun lalu atau pada 1,500 Sebelum Masihi (SM) tetapi peristiwa peperangan yang tercatat di dalamnya dikatakan berlaku lebih lama iaitu 5,000 tahun lalu.
Mengikut logik akal, keadaan di bumi ketika itu masih terlalu kuno serta jauh daripada perkembangan sains dan teknologi. Pesawat dan jet pejuang yang mampu menembak misil masih belum dicipta ketika itu, apatah lagi teknologi bom nuklear. Sekiranya berlaku peperangan ketika itu, ia seharusnya membabitkan senjata tradisional seperti pedang, tombak dan panah saja. Paling dahsyat pun peperangan itu, ia akan kelihatan seperti filem '300' yang mengisahkan peperangan pahlawan Sparta menentang Parsi tetapi era Sparta wujud sekitar 500 SM sedangkan peperangan India Kuno itu dikatakan berlaku lebih lama iaitu lebih 3,500 SM. 

Begitulah gambarannya mengikut logik akal tetapi penulis epik terbabit menggambarkan seolah-olah peperangan India kuno yang berlaku itu membabitkan senjata nuklear malah serangan turut membabitkan pesawat yang mampu menembak peluru berpandu. Lebih membingungkan penyelidik, penulis terbabit menggambarkan keadaan itu bagaikan dia melihat sendiri kewujudan kapal terbang terbabit serta mengalami sendiri betapa dahsyatnya kesan letupan bom paling bahaya itu.

Epik Mahabharata dan Ramayana mengisahkan konflik yang tercetus antara dua sepupu iaitu Kurawa dan Pandawa yang hidup di tepi Sungai Gangga. Perjalanan epik itu juga turut menceritakan dua peperangan hebat yang berlaku antara kerajaan Alengka dan Astina, ketika itu.
Perang kali pertama (1) dicatatkan seperti berikut (terjemahan) : "Bahawa Arjuna yang gagah berani, duduk dalam Vimana (kenderaan udara mirip pesawat) dan mendarat di tengah air, lalu meluncurkan Gendewa (mungkin tembakan atau peluru berpandu) yang dapat menimbulkan sekali gus melepaskan nyala api yang kuat ke atas wilayah musuh. Seperti hujan lebat yang kencang, mengepung musuh dengan kekuatannya yang sangat dahsyat."

"Dalam sekelip mata, sebuah bayangan yang tebal dengan cepat terbentuk di atas wilayah Pandawa; angkasa menjadi gelap gelita, semua kompas yang ada dalam kegelapan menjadi tidak berfungsi, kemudian badai angin yang dahsyat mula bertiup disertai dengan debu pasir, burung bercicit panik, seolah-olah langit runtuh, bumi merekah.

"Matahari bergoyang di angkasa, panas membara mengerikan yang dilepaskan senjata ini membuat bumi bergoncang, gunung bergoyang, di kawasan darat yang luas, binatang mati terbakar dan berubah bentuk, air sungai kering kontang; ikan, udang dan lainnya semuanya mati.
"Saat Gendewa meledak, suaranya bagaikan halilintar, membuat askar musuh terbakar bagaikan batang pohon yang terbakar hangus."

Gambaran pada perang kali kedua (2) lebih memeningkan penyelidik lebih-lebih lagi menerusi terjemahan berikut:
"Pasukan Alengka menaiki kenderaan yang cepat, meluncurkan sebuah rudal (mungkin sejenis peluru berpandu) yang ditujukan ke kota pihak musuh. Rudal ini seperti mempunyai segenap kekuatan alam semesta, terangnya seperti terang puluhan matahari, kembang api bertebaran naik ke angkasa, sangat indah."

"Mayat terbakar sehingga tidak mampu dibezakan. Bulu rambut dan kuku terbakar menggelupas, perkakas tanah liat retak, burung yang terbang terbakar oleh suhu tinggi. Demi untuk menghindari kematian, askar terjun ke sungai membersihkan diri dan senjatanya."
Selesai membaca dan mengkaji epik berkenaan, penyelidik mula menjelajahi bumi India bagi mencari kepastian terhadap cerita yang tertulis itu. Mereka mula menyusuri sepanjang Sungai Gangga bagi mencari kemungkinan adanya tinggalan arkeologi peperangan itu.

Hasilnya amat memeranjatkan penyelidik. Ekspedisi itu menemukan ahli arkeologi dengan banyak kesan runtuhan yang memiliki kesan hangus terbakar di hulu Sungai Gangga. Batu besar pada runtuhan itu terlekat menjadi satu, permukaannya pula menonjol, cengkung dan tidak rata.

Kajian saintifik mendapati proses untuk meleburkan batuan berkenaan memerlukan suhu tinggi melebihi 1,800 darjah Celsius. Dengan kata lain, bara api biasa tidak mampu mencapai suhu setinggi itu dan hanya ledakan nuklear saja mampu mencapai suhu demikian.

Di dalam hutan primitif di pedalaman India pula, penyelidik menemui lebih banyak runtuhan batu hangus. Tembok kota yang runtuh serta tinggalan yang ditemui menjadi seakan kristal dan kaca.

Dalam kebingungan diselubungi enigma, penyelidik berpendapat yang mungkin pada lebih 5,000 tahun lalu sudah wujud suatu peradaban di India yang terlalu futuristik dan maju sehingga mampu membina pesawat perang dan senjata nuklear.

Akan tetapi atas sebab tertentu atau mungkin juga akibat perang nuklear terbabit, peradaban maju India kuno itu lenyap bersama teknologi dan rahsia sains yang dikuasai mereka, sehingga manusia mula menyangka yang dunia purba adalah mundur dan primitif.
Cuba kita renungkan apa yang telah tercatat di dalam Al-Quran : 
Apakah mereka tidak memperhatikan beberapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, iaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu, dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai yang mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka kerana dosa mereka sendiri dan Kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain. [Qs.Al-An'am: 6]

Monday, April 4, 2011

Misteri Penghuni Bumi Sebelum Manusia

Perhatian : Artikel ini mengandungi teori-teori yang mana pada sesetengah pembaca sukar untuk menerimanya kerana ia mungkin sesuatu yang baru pada mereka. Perlu diingatkan, artikel ini tidak langsung melanggar syariat dan kepercayaan kita sebagai Umat ISLAM. Pembaca adalah digalakkan agar menggunakan budi bicara masing-masing.

Jika pembaca antara salah seorang yang percaya kewujudan Dinosaur, pembaca juga adalah salah seorang antara jutaan manusia yang percaya wujudnya hidupan sebelum Nabi Allah, Adam as. Kemungkinan ramai antara pembaca semua tidak sedar akan hakikat ini bukan?.

Persetujuan daripada ahli arkeologi menyatakan bahawa tamadun pertama yang wujud di muka bumi adalah tamadun Mesopotamia iaitu sekitar 4000BC. Jika sekarang kita berada di tahun 2010, ini bermakna tamadun Mesopotamia adalah berusia :

4000BC+2010AD=6010 tahun

Dan ia juga bermakna, Tamadun Mesopotamia telah mencapai usia 60 abad. Manakala, agama pertama di dunia iaitu agama Hindu telah dibentuk seawal 3000BC iaitu ketika permulaan tamadun Indus di India. Disebabkan agama Hindu terlampau awal dibentuk, sehingga kini tidak diketahui siapakah sebenarnya pengasas agama Hindu ini. 

Agama Hindu yang terdapat pada hari ini tidaklah sama dengan agama Hindu yang pada mula-mula ia diasaskan. Sepertimana agama lain, kecuali Islam, setiap agama mengalami perubahan bahkan terdapat agama yang mengalami perubahan yang ketara sepertimana agama Yahudi dan Kristian. Disebabkan agama Hindu adalah agama tertua di dunia, ahli arkeologi yang ingin menyelidik tamadun-tamadun purba akan mengkaji terlebih dahulu kitab-kitab purba agama Hindu terutamanya Veda dan itulah yang berlaku sekarang.

Dalam kitab Taurat dan Injil dalam Book of Genesis, umur Nabi Adam as ada dinyatakan. Nabi Adam as dikatakan hidup di bumi selama 930 tahun sebelum baginda wafat. Bergitu juga dengan Hawa yang wafat hampir dengan usia Nabi Adam. Namun, di dalam al-Quran tidak pula dinyatakan usia Adam namun Rasullulah SAW pernah menyatakan dalam sabdanya bahawa umur umat terdahulu adalah panjang dan sihat pula tubuh badan mereka.

Rabbi daripada agama Yahudi sepakat menyatakan bahawa umur Adam as diturun ke bumi adalah sekitar 4000BC selari dengan tamadun pertama di dunia di Mesopotamia iaitu juga sekitar 4000BC. 

‘ADAM’ SEBELUM ADAM

Berkenaan dengan penciptaan Adam, majoriti ulama Islam percaya bahawa Adam dan Hawa telah dicipta dengan lengkap di Syurga. Mereka kemudiannya dihantar ke bumi selepas memakan buah yang terlarang. Keturunan mereka mengisi populasi bumi dan memulakan sejarah manusia.

Akan tetapi Allah SWT tidak menjelaskan di dalam al-Quran bagaimanakah Adam itu dicipta. Adakah dia dicipta secara berperingkat atau dengan satu proses sahaja? Sebahagian ahli Tafsir mendatangkan pandangan bahawa ketika Allah SWT mencipta Adam, tubuh Adam itu dibiarkan selama 40 tahun sebelum ditiupkan ke dalamnya roh. Di sini kita boleh melihat dengan jelas pengaruh tradisi Ancient Persian terhadap tafsiran berkenaan.

Terdapat juga sebahagian daripada ulama Islam yang menjelaskan bahawa Adam bukanlah manusia pertama yang dicipta di muka bumi. Mereka berpandangan bahawa ratusan ribu ‘Adam’ telah wujud sebelum Adam bapa kita. Setiap satu ‘Adam’ itu telah mempunyai keturunan dan kehidupannya, mereka telah musnah sepenuhnya dan digantikan dengan ‘Adam’ yang berikutnya sehinggalah tiba kepada Adam, bapa kita. Adam bapa kita, dianggap sebagai pusingan terakhir siri ‘Adam’ di muka bumi.

Ada juga ulama yang berpendapat bahawa Adam dan Hawa dicipta bukan di Syurga tetapi di muka bumi dan daripada bumi.

(Lihat al-Maqdisi: Al-Bad’ wa al-Tarikh dan Ibn al-‘Arabi: al-Futuhat al-Makkiyyah)

Ikhwan al-Safa juga ada menghuraikan tentang hal ini. Mereka menyatakan bahawa semua haiwan dicipta dari tanah liat kering dan membiak di kawasan Khatulistiwa yang tidak terganggu oleh perubahan cuaca yang ektrim. Hal ini memberi ruang kepada pembiakan. Di dalam suasana inilah Adam tercipta (takawwana). Ikhwan al-Safa juga berpendapat bahawa Adam dan Hawa hidup di peringkat pertama kehidupan mereka di bumi (Rasaa’il Ikhwan al-Safa, jilid muka surat 181, 229. Ada kemungkinan konsep ini diambil dari Bible kerana di dalam Bible, Syurga itu adalah Garden of Eden di mana Adam dan Hawa hidup dalam keadaan yang suci)

ZAMAN DINOSAUR?

Jika dari awal tadi penulis berkata bahawa tamadun pertama di dunia adalah berusia 4000BC. Sekarang, pembaca akan terkejut apabila menyedari bahawa zaman Dinosaur adalah jauh lebih lama daripada itu. Penemuan rangka-rangka dinosour di serata dunia membuatkan saintis percaya bahawa haiwan ini pernah mendiami bumi ini 61 juta tahun sebelum manusia.

Arkeologi sepakat menyatakan bahawa kepupusan secara besar-besaran Dinosaur adalah pada 65 juta tahun yang lampau. Penulis ingin menekankan ayat ini iaitu Kepupusan. Kepupusan adalah suatu titik di mana sesuatu spesies lenyap tanpa meninggalkan keturunan. Inilah yang berlaku kepada Dinosaur.
Eskavasi di tapak arkeologi yang menempatkan tulang-tulang Dinosaur kebanyakkannya mempunyai tarikh Karbon-12 yang berusia 65 juta tahun yang lalu. Ia seterusnya membuatkan ahli arkeologi sepakat mengeluarkan kenyataan bahawa Dinosaur mula pupus sekitar 65 juta tahun yang lampau.

Namun apa yang mengejutkan sebenarnya adalah tarikh kepupusan iaitu pada 65 juta tahun yang lampau itu. Berbanding dengan permulaan tamadun manusia yang hanya bermula 4000BC, ia bagaikan langit dan bumi berbanding tarikh kepupusan Dinosaur.

Seperti penulis tekankan di awal artikel tadi, barang siapa yang percaya Dinosaur wujud, maka beliau adalah salah seorang daripada ribuan malah jutaan manusia yang percaya terdapatnya hidupan sebelum wujudnya manusia. Dan tarikh kepupusan Dinosaur membuktikan segala-galanya.
Perlu diketahui bahawa ia adalah tarikh (jangka masa) kepupusan Dinosaur. Bagaimana pula tarikh permulaan hidupan Dinosaur?. Bagaimana pula dengan usia Bumi?. Apabila difikirkan daripada logik akal dan logik nakli, sememangnya terdapat hidupan sebelum turunnya Adam as ke bumi Allah ini. Pernahkah pembaca mendengar perdebatan antara malaikat dan Allah SWT semasa Allah mencipta Adam as? 

MALAIKAT BERTANYA KEPADA ALLAH SWT 
adamkhalifah.JPG
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya” (Al-Baqarah 2: 30)

Baris ayat “orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah” daripada hujah para Malaikat telah menimbulkan seribu satu persoalan. Bagaimana Malaikat boleh mengetahui tentang rahsia masa depan manusia sedangkan hanya Allah swt sahaja yang Maha Mengetahui?.

Meskipun malaikat memiliki keistimewaan berada di Syurga dan Arasy Allah namun pembaca jangan lupa bahawa malaikat tidak boleh mengetahui rahsia masa hadapan tanpa izin Allah. Hijab Allah sentiasa tertutup untuk makhluk-Nya kerana ia adalah perancangan Allah swt untuk perjalanan setiap makhluk-Nya.

Jadi, bagaimana malaikat boleh mengetahuinya?

HARI-HARI TERAKHIR BUMI SEBELUM TURUNNYA ADAM - MUHAMMAD ISA DAWUD
Cendiakiawan agama terutama Muhammad Isa Dawud (MID) percaya bahawa terdapatnya hidupan sebelum penciptaan Adam. Dalam buku bertajuk "Siapa penghuni Bumi Sebelum Manusia" karya MID, ada persoalan yang dibangkitkan iaitu bagaimana malaikat tahu bahawa hamba Allah yang bakal dicipta nanti (Adam & keturunannya) akan membuat ‘kerosakan’ dan ‘menumpah darah’ (berperang). Ini membuktikan sudah ada kehidupan makhluk lain sebelum manusia yang telah diturunkan syariat Islam. Cuma bezanya makhluk sebelum Adam berbeza dari segi jasad dan kemampuan intelektual. Namun mereka derhaka kepada Allah SWT selepas Allah melimpahkan kemewahan dunia kepada mereka. Akibat kebiadapan mereka menyekutukan, Allah SWT telah mengazab mereka dengan ‘kiamat’ untuk keseluruhan mereka sehingga tidak tertinggal walau sedikitpun.
Gambar (di atas) Saintis menunjuk uranium-uranium yang terurai (lihat batuan kuning) yang dianggarkan berusia jutaan tahun yang lampau di Oklo, Afrika.

Menurutnya ijtihad MID, perpecahan dan peperangan atom sudah terjadi dan menyaksikan kerosakan bumi yang teruk dan hanya beberapa tempat yang selamat. Ledakan itu jugalah yang menghancurkan sebahagian besar peninggalan peradaban sebelum Adam. Beberapa manuskrip dari Sweeden turut dilampirkan sebagai bukti walaupun ia masih dalam perdebatan para cendekiawan.

Adakah selepas tamatnya zaman dinosaur, kemudian muncul pula zaman jin?. 

JIN PENGHUNI BUMI SEBELUM MANUSIA

Masih lagi berpandukan pada hujah MID dalam bukunya, disini kita boleh merenung serta membahaskan beberapa fakta dan hujah yang dikemukakan oleh beliau. MID menegaskan bahawa, Iblis adalah bangsa Jin yang dididik oleh malaikat sehingga ‘alim seperti malaikat, namun sifat takabburnya telah membuatkan Allah murka dan melaknatnya sehingga akhirat. Dengan itu, Iblis berikrar akan berusaha menyesatkan anak-anak Adam. Kisah ini diriwayatkan oleh Imam At-Tabari.

Taurat Kuno menyebut sebuah lagenda yang mengatakan semasa penghijrahan Nabi Musa a.s. bersama 70 orang Bani Israel, sebahagian pengikut Musa telah melihat gambar-gambar yang aneh di dasar Sungai Nil. Dari gambaran penglihatan mereka gambar-gambar itu mengisahkan kehidupan peradaban sebelum kedatangan Adam. Namun, Nabi Musa melarang mereka untuk melengah-lengahkan perjalanan kerana bimbang tentera Firaun akan sempat mengejar mereka. Pengikut-pengikut Musa yang telah melihat gambar-gambar itu telah menulisnya di dalam manuskrip-manuskrip dan diwarisi oleh anak cucu mereka.

Fahta serta hujah berkenaan dengan kemampuan jin dalam menghasilkan teknologi atom dan fusion turut dikemukakan oleh MID. Persoalannya disini ialah, adakah kesan radioaktif yang ditemui di beberapa buah lokasi di dunia sejak beberapa tahun kebelakangan ini merupakan suatu 'peninggalan' dari tamadun spesis makhluk yang disebut sebagai 'jin'?.

MID mengakhiri hujah dalam bukunya dengan satu kesimpulan yang kukuh : 
“Nabi Adam telah turun ke bumi sejak berjuta-juta tahun yang dahulu dan sebelum turunnya Adam, bumi telah dihuni oleh makhluk mukallaf yang juga diturunkan syariat agama iatu Jin. Bangsa Jin telah membangunkan peradaban-peradaban yang moden sehingga menuntut mereka engkar terhadap seruan Allah. Mereka (Jin) bertelagah sesama sendiri sehingga terjadinya ledakan atom yang menghancurkan sebahagian besar peninggalan peradaban mereka.
Kemudian Adam diturunkan dan dalam masa yang sama Allah memperkenankan doa para Jin yang mahukan diri mereka tidak dapat dilihat oleh manusia. Maka Muhammad Isa Dawud ingin memahamkan kita peradaban yang maju yang tersisa hingga sekarang itu ialah peninggalan bangsa Jin kerana hanya golongan jin yang dapat terbang ke langit, hidup di lautan dan berlari sepantas kilat.”
PENEMUAN YANG MENGEJUTKAN
Rangka berusia 10,000 tahun- Young Hol Chan 

Pada 2006, dua orang penyelam Jerman telah tidak sengaja menemui rangka manusia yang mempunyai saiz kanak-kanak. Dua penyelam daripada Jerman ini sebenarnya ingin menjelajah satu Cenote di Mexico. Cenote adalah lubang besar yang ditenggalami air disebabkan oleh luluhawa dan perubahan rupabumi. Rangka kanak-kanak itu ditemui dalam satu gua di dalam Cenote tersebut.
Rangka kanak-kanak ini ditemui di gua bawah tanah dekat Tulum, Mexico. Rangka kanak-kanak yang digelar Young Hol Chan telah diakui oleh pakar-pakar arkeologi sebagai rangka kanak-kanak tertua yang pernah ditemui di benua Amerika. Rangka itu berusia 10,000 ribu tahun.!

Berbanding dengan usia tamadun pertama iaitu sekitar 6010 tahun, rangka ini sebenarnya telah membuka kunci rahsia tentang ‘manusia’ sebelum kedatangan Nabi Adam as. 
Rangka berusia 26,000 tahun- Red Lady 

Pada 1823, seorang professor Geologi di Universiti Oxford, William Buckland telah menemui rangka manusia yang dianggar berusia kira-kira 18,000 di sebuah gua di Goat’s Hole Cave di Pavillon, Gower. Di gua inilah rangka yang berusia 26,000 tahun itu dijumpai.

Namun, baru-baru ini para pakar telah sekali lagi membuat kajian mengenai usianya dengan menggunakan alatan yang terkini. Apa yang mengejutkan adalah usianya sebenarnya adalah 4000 tahun lebih tua daripada yang diketahui dahulu iaitu 26,000 tahun!.
Gambar (di atas) adalah rangka Red Lady dianggarkan berusia 26,000 tahun. Satu yang menarik mengenai rangka purba ini adalah rangka Red Lady sebenarnya adalah rangka seorang pemuda dan bukan rangka seorang wanita sebagaimana namanya. 
Gambar (di atas) 600 lukisan purba di Lascaux Cave di Dordogne River Valley, Perancis telah direkodkan mempunyai usia 17,000 tahun. Ia ditemui tidak sengaja oleh dua orang remaja pada 1940. 

MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH DI MUKA BUMI

Manusia telah awal-awal lagi, Allah SWT nyatakan bahawa sebagai wakil Allah SWT di muka bumi. Sememangnya penulis sangat bersetuju tentang kewujudan makhluk sebelum Adam as namun tidaklah pula penulis bersetuju tentang teori evolusi yang Charles Darwin asaskan. Bagi penulis, makhluk yang dicipta sebelum Nabi Adam adalah makhluk misteri. Ada kemungkinan menyerupai manusia, ada pula kemungkinan menyerupai haiwan akan tetapi yang pasti adalah mereka telah melakukan kerosakkan di muka bumi. Antara kerosakan yang pernah mereka lakukan adalah peperangan dan perebutan kuasa.
Baru-baru ini, saintis bergitu terkejut dengan penemuaan rangka-rangka manusia yang bergelimpangan di Mohenja-Daro di Lembah Indus. Apabila diselidik, rangka tersebut telah dicemari dengan radioaktif akibat letusan nuklear. Apakah makhluk purba pernah menggunakan senjata canggih sehingga menghuru-harakan bumi Allah swt ini?
Bagaimana dengan Dinosaur?. Apa yang penulis boleh simpulkan mengenai haiwan gegantik yang digelar Dinosour ini adalah haiwan ini kemungkinan wujud sebelum wujudnya ‘makhluk’ yang melakukan kerosakan tersebut. Ini bermakna, sebelum wujudnya Adam as sebagai khalifah di muka bumi, telah wujud berpuluh-puluh makhluk yang Allah SWT wakilkan di muka bumi ini. Namun, sayangnya, mereka semua leka dengan nikmat Allah swt dan akhirnya musnahlah tamadun mereka diazab Allah swt.

Akhirnya, manusia adalah wakil terakhir Allah SWT di muka Bumi ini. Dan kita sebagai umat Muhammad pula adalah khalifah terakhir daripada wakil terakhir Allah swt di muka bumi sebelum Allah swt ‘sediakan’ kiamat untuk kita semua. Sesungguhnya, Adam as bukanlah makhluk pertama tetapi ia adalah manusia pertama di muka bumi. Waallahualam..

Tuesday, March 29, 2011

Misteri Tsunami 2004

Akhbar harian Mesir, Al-Usbu' telah menyiarkan sebuah kaji selidik dari correspondent Mahmoud Bakri, bertajuk "Humanity in Danger", mendakwa bahawa gempa bumi serta tsunami yang berlaku pada tahun 2004 di Asia mungkin berpunca daripada ujian nuklear bersama antara  Amerika Syarikat, Israel dan India. Berikut adalah sebahagian dari laporan tersebut :
"Was [the earthquake] caused by American, Israeli, and Indian nuclear testing on 'the day of horror?' Why did the 'Ring of Fire' explode? 
Tsunami Meulaboh yang melanda Acheh pada 26hb Disember 2004 adalah tragedi yang paling diingati dalam sejarah. Manakan tidak, tsunami yang berpunca daripada Gempa bumi berukuran 9.0 skala Ritcher di Lautan Hindi ini telah meragut seramai 230,000 orang mangsa secara keseluruhannya di 14 buah negara termasuk Malaysia. Akan tetapi, Indonesia menerima musibah yang paling teruk diikuti dengan Sri Lanka, India dan Thailand (Pulau Phuket). Tsunami yang juga digelar Tsunami Indonesia ini telah direkodkan sebagai salah satu daripada 10 bencana alam yang memusnahkan. Tsunami yang membawa ombak setinggi 30 meter ini berada di tangga ke-6 selepas Banjir China 1931 (meragut 2.5 juta orang), Taufan Bhola, Bangladesh 1970 (meragut 500,000 orang), Gempa bumi Haiti 2010 (meragut 316,000 orang), Gempa bumi Tangshan, China 1976 (meragut 242,419 orang) dan Gempa bumi Haiyuan, China 1920 (meragut 234,000 orang).
Namun, benarkah Tsunami Meulaboh tercetus daripada bencana alam sepertimana yang sedia kita maklum selama ini? 

GEMPA BUMI HASIL UJIAN NUKLEAR?

Setahun selepas tercetusnya Tsunami Meulaboh, sebuah agensi berita daripada akhbar tabloid, Al-Osboa telah mencetuskan kontroversi apabila menyatakan dengan lantang dalam artikelnya dengan mengaitkan bencana alam yang meragut nyawa ratusan ribu orang dengan letupan nuklear yang dicetuskan oleh tentera India, Israel dan Amerika Syarikat.

Penulis artikel tersebut juga menyatakan tentera India diberi kuasa untuk melakukan ujian tersebut di Lautan Hindi miskipun mereka mengetahui plak tektonik di kawasan tersebut sentiasa tidak stabil. Plak tektonik di Lautan Hindi tersebut digelar ‘Jaringan Api Pasifik’ kerana ketidakstabilan pentas tektonik dan bilangan gunung berapi di sekitarnya. Tentera India yang berkerjasama dengan Israel dan Amerika Syarikat juga dilaporkan telah melakukan ujian nuklear di sebuah gurun di Australia.

Letupan kuat akibat ledakan ujian nuklear telah menyebabkan plak-plak tektonik menjadi tidak stabil dan seterusnya mencetuskan gempa bumi yang dianggap antara paling dasyhat dalam sejarah. Impak daripada gempa bumi tersebut, ombak setinggi 30 meter dan berkelajuan lebih 300 km/j. 

MENYAINGI PAKISTAN
Umum telah mengetahui bahawa India mempunyai sejarah peperangan dengan Pakistan. Bermula dengan konflik pada tahun 1965 dan seterusnya pada tahun 1971, konflik antara India-Pakistan tidak pernah reda.

Namun pada dekad 90-an, kemajuan nuklear di Pakistan telah mengugat kestabilan serantau di Asia Selatan terutamanya India. Pakistan yang mempunyai beberapa kawasan pengujian kontroversi di Ras Koh dan Gurun Kharan telah berkerjasama dengan beberapa negara kuasa nuklear seperti China dan Korea Utara. Ini dapat dibuktikan dengan beberapa dakwaan India bahawa Pakistan sememangnya mempunyai ikatan yang kuat dengan China dan Korea Utara.
Antara dakwaan India selepas merujuk kepada agen perisikan dan sekutu mereka, Amerika Syarikat adalah :
  • Pada 1999, Pakistan membeli misil balistik berpeledak nuklear, Nodong daripada Korea Utara. Nodong telah ditukar namanya kepada Ghauri.
  • Manakala, Amerika Syarikat juga menimbulkan perasaan bimbang apabila mendakwa terdapat saintis nuklear Pakistan yang bersara telah beralih angin ke Korea Utara untuk menjayakan program nuklear Korea Utara. Ia ditegaskan oleh Pemangku Setiausaha Amerika Syarikat, Richard Armitage pada Jun 2001.
  • Pada Oktober 2002, New York Times telah mendakwa Pakistan merupakan sumber utama bagi mesin emparan gas bagi pengayaan nuklear kepada Korea Utara. Sumber ini diyakini diperolehi oleh Kerajaan Amerika Syarikat.
  • Bekas Perdana Menteri Pakistan, Benazir Bhutto telah didakwa oleh kerajaan India dan Amerika Syarikat sebagai antara individu yang berada di belakang tabir untuk menjayakan program nuklear Pakistan-Korea Utara.
  • Pada 1993, Pusat penyelidikan ketenteraan Pakistan berada dalam pemerhatian Amerika Syarikat selepas didedahkan dengan dakwaan bahawa Pakistan telah melaksanakan perdagangan nuklear dengan Rusia dan Korea Utara.
MEWUJUDKAN KEBIMBANGAN BERTERUSAN

Pendedahan tersebut jelas menunjukkan India merasa tidak senang dengan kemajuan nuklear Pakistan. Dengan sebab itu, India banyak kali dilihat sebagai rakan akrab kepada Amerika Syarikat dan Israel dalam menjayakan program nuklear mereka di Delhi. Delhi juga dilihat menggunakan pengaruh Amerika Syarikat dalam banyak keadaan bagi memberi tekanan berterusan kepada Islamabad.
Ia dapat dibuktikan dengan beberapa insiden membabitkan hubungan rahsia Islamabad-Beijing. Sehingga dekad 90-an, China adalah pembekal utama light water dan reaktor kuasa nuklear 325 MWe bagi tujuan pengayaan uranium. Namun, menjelang dekad 90-an, China terpaksa memutuskan hubungan tersebut selepas diberi tekanan oleh Amerika Syarikat yang juga merupakan sekutu utama China.

Namun, ia tidak mengugat Islamabad apabila terus membina hubungan akrab dengan Pyongyang.

BUKTI YANG DIKAITKAN DENGAN TSUNAMI MEULABOH

Al-Jazeera iaitu agensi TV swasta di Timur Tengah telah mendakwa beberapa bukti yang dikaitkan dengan Tsunami Meulaboh dengan ujian nuklear di Lautan Hindi. Antara teori yang dinyatakan oleh Al-Jazeera adalah:
  1. Pengkalan tentara Laut Amerika Syarikat di tengah-tengah Lautan Hindi, Diego Garcia telah diberi amaran tentang kemungkinan berlakunya bencana alam oleh kerajaan Amerika Syarikat namun mereka gagal untuk memberi amaran kepada masyarakat di sekitar Lautan Hindi. Mengapa terjadi sedemikian rupa?
  2. India dan Amerika Syarikat telah melaksanakan cubaan menggunakan denyutan gelombang elektromagnetik yang mencetuskan gempa bumi berskala kecil dan besar. Sebelum kejadian Tsunami Meulaboh pada 26hb Disember 2004, beberapa gegaran kecil dapat dirasakan di beberapa negara di sekitar Lautan Hindi.
  3. Perlibatan Israel dalam program nuklear India menimbulkan perasaan syak wasangka kerana ia berkemungkinan besar untuk melumpuhkan populasi umat Islam di sekitar Lautan Hindi. Kebanyakan penduduk yang ditimpa Tsunami Meulaboh adalah umat Islam seperti di Indonesia, Pulau Phuket, Sri Lanka dan India.
BUKAN TEORI BARU

Teori yang dikaitkan bencana alam dengan hasil kerja tangan manusia bukan sesuatu yang baru untuk diperkatakan. Ia sebenarnya bermula sejak lama dahulu dengan pelbagai peristiwa pelik seperti Letupan Tuguska pada 1908 dikaitkan dengan teori ujian senjata misteri oleh kerajaan Rusia yang masa itu dipimpin oleh kerajaan monarki Tsar.
Bergitu juga dengan penampakan ‘komet’ misteri di Norway dan beberapa negara jirannya. ‘Komet’ misteri itu digelar sebagai ‘ghost rocket’ dan didakwa sebagai salah satu ujian roket nuklear oleh Soviet Union semasa kemuncak Perang Dingin pada dekad 60-an dan 70-an.

Teori terbaru adalah berkenaan dengan gempa bumi Haiti pada 2010 yang lalu. Ia dikaitkan dengan ujian senjata oleh Tentera Laut Amerika Syarikat di sekitar wilayah Caribeean bagi tujuan mengimbangi kuasa Republik Islam Iran. Ia didakwa oleh beberapa individu termasuk Presiden Venezuela, Hugo Chavez. Hugo Chavez mendakwa bahawa ujian tersebut mencetuskan gempa bumi yang kuat di Haiti yang telah meragut 100,000 nyawa penduduknya.
Konspirasi mengaitkan bencana alam dengan hasil kerja tangan manusia telah berkisar sekitar teknologi yang dibangunkan oleh Amerika Syarikat, High Frequency Active Auroral Research Program(HAARP). Teknologi tersebut telah sengaja mencetuskan bencana alam seperti Banjir Kilat, Taufan, Puting Beliung dan Gempa Bumi. Kejadian gempa bumi di China pada 2008 berukuran 7.8 skala ritcher juga dikaitkan dengan aktiviti yang dijalankan oleh HAARP.
Pemimpin Parti Green Georgia juga tidak terkecuali dengan mengaitkan gempa bumi kuat di sekitar wilayah Georgia dengan kerajaan Rusia yang didakwa menggunakan senjata yang sama digunakan oleh HAARP milik Amerika Syarikat.

DISKRIMINASI AGAMA DI INDIA

Di India, dasar diskriminasi terhadap golongan India Muslim masih berlarutan hingga kini, meskipun Republik itu telah mencapai kemerdekaan sejak tahun 1947 lagi. Diskriminasi terhadap minoriti India Muslim di India merebak dari politik hinggalah ke sektor pendidikan. Rata-rata warga India yang beragama Hindu dan lain-lain agama di India memandang minoriti India Muslim di India sebagai pengganas.
Perpepsi tersebut pastinya berpaksikan kepada satu tragedi 'pengeboman stesen kereta api' yang pernah berlaku di India suatu ketika dahulu. Walau bagaimanapun, menurut siasatan Interpool, malah akhbar Harian Metro juga pernah melaporkan bahawa tragedi tersebut telah didalangi oleh beberapa orang pemimpin Tamil Nadu. Walau apapun kenyataan yang dibuat oleh bukan-Muslim mengenai minoriti India Muslim di India, "India Muslim tidak didiskriminasikan di India", ironinya, setelah 'bercerai' dengan Pakistan yang kini merupakan musuh tradisi India, minoriti India sering kali dipandang seperti 'gunting dalam lipatan' bagi warga India.

Persoalannya, berdasarkan bukti dan fakta yang ditampilkan, adakah benar Tsunami Meulaboh adalah hasil campur tangan manusia?. Adakah ujian nuklear bersama antara Israel, India dan Amerika satu konspirasi untuk mengurangkan kadar populasi umat Islam disekitar Lautan Hindi?. Wallahualam...

Thursday, March 24, 2011

Malaikat Jibril dan kudanya muncul ketika demonstrasi Mesir?

Seorang perakam video amatur telah secara tidak sengaja merakamkan sebuah petikan video yang kelihatan seperti penunggang kuda. Petikan video yang memaparkan penunggang kuda tersebut jelas kelihatan pada minit ke 0:05. ‘Penunggang kuda’ tersebut seperti menuju ke arah langit lalu ia hilang tanpa dikesan. Adakah ia malaikat Jibrail dan kudanya, Haizum?
Penulis tidak mampu untuk meng-ia mahupun menidakkan rakaman video tersebut. Penulis tidak nafikan bahawa sekarang wujud pelbagai kaedah untuk melihatkan sesuatu video ‘lebih bermisteri’ sepertimana yang berlaku pada video ‘Malaikat di Kaabah’ yang mana ia pernah popular satu ketika dahulu.

Video di atas telah disiarkan secara 'LIVE' ketika temubual di sebuah stesen  TV, MSNBC. Penulis hanya menyerah kepada pembaca semua untuk menilai menggunakan budi bicara masing-masing.

p/s : Adakah ini penyebab kejatuhan rejim pro-Zionis (Hosni Mubarak)? 

Friday, March 18, 2011

Kalimah Allah semasa Tsunami di Jepun

Bagi mereka azab dalam kehidupan dunia dan sesungguhnya azab akhirat adalah lebih keras dan tak ada bagi mereka seorang pelindung pun dari (azab) Allah.
Surah Ar-Ra’d ayat 13 
Gambar-gambar  atau video yang diambil ketika terjadinya tsunami di Jepun terlampau banyak akan tetapi ada sekeping gambar atau video yang menarik perhatian. Video tersebut telah dirakamkan dari atas helikopter televisyen NHK memaparkan timbunan-timbunan kereta yang bakal diesksport terdampar dihempas Tsunami.
Imej tersebut sangat mengujakan kerana ia jelas menunjukkan khat ‘bismillah’ dengan tulisan arab. Mungkin masyarakat Jepun tidak faham dengan tulisan ‘bismillah’ tersebut, namun bagi umat ia amat jelas dan nyata. Mungkin ramai yang ragu-ragu dengan ‘petunjuk’ Allah swt ini, namun bagi penulis, ia jelas memaparkan kalimah ‘bismillah’.
Sebagai umat Islam, kita harus mengambil hikmah atas apa yang terjadi di Jepun pada 11 March yang lalu.

Sunday, March 13, 2011

Haiwan di Mexico lebih peka amaran Tsunami di Jepun

Ekoran gempa bumi berukuran 8.9 skala Richter di luar pantai Sendai di Jepun 11hb March lalu, sebuah persisiran pantai di Mexico telah ‘dihadiri’ dengan sekumpulan besar ikan berbagai jenis. Antaranya yang dilihat adalah ikan sardin, ikan pelata, ikan bass dan ikan bilis. Kehadiran ikan-ikan tersebut membuatkan suasana persisiran pantai dilitupi dengan warna hitam gelap berminyak.

Bagi nelayan di kawasan pantai Acapulco, ia bagaikan bulan jatuh ke riba. Mereka hanya menggunakan pukat, bakul dan apa sahaja yang tercapai untuk menangkap ikan-ikan tersebut.
“Di sana dalam 20 hingga 30 orang nelayan bersama-sama anak-anak mereka mengambil kesempatan atas fenomena ini”, ujar Carlos Morales yang turut teruja menyaksikan fenomena pelik tersebut.
Nelayan di sekitar kawasan tersebut yakin kejadian pelik ini berlaku kerana bencana Tsunami yang melanda Jepun baru-baru ini.

Walaubagaimanapun, para pakar tidak pasti kejadian ini mempunyai kaitan dengan Tsunami di Jepun.
“Tsunami sememangnya boleh mengubah sesuatu, namun ia jauh untuk mendakwa ia ada kaitan(dengan tsunami di Jepun)”, kata Rich Briggs yang juga ahli geologi daripada U.S Geological Survey.
 Lihat gambar-gambar yang sempat dirakam di luar persisiran pantai Mexico:
Mengimbau semula kejadian Tsunami yang berlaku pada tahun 2004 lalu, peristiwa hitam tersebut telah meragut nyawa manusia lebih ramai berbanding binatang. Mengapa ini semua berlaku?. Haiwan sebenarnya mempunyai deria yang sangat kuat berbanding manusia. Terdapat beberapa peristiwa aneh beberapa jam sebelum berlakunya tsunami. Di Sri Langka, orang-orang di Taman Nasional Yala mengamati 3 ekor gajah bertempiaran lari menjauhi pantai Patanangala menuju ke kawasan perbukitan, kelawar pula didapati berterbangan di sebelah selatan kota Dickwella.
 
Selain itu, dua ekor anjing didapati tidak mahu mendekati pantai di Galle sedangkan sebelum ini anjing-anjing tersebut sentiasa berada di sekitar pantai tersebut.  Di Thailand, beberapa ekor gajah telah membawa Wistawan berlari menuju ke bukit untuk menyelamatkan penunggangnya sebelum tsunami menghancurkan Phuket. Di pantai selatan India pula, sejumlah Flamingo berterbangan menuju ke hutan yang lebih selamat sebelum bencana berlaku.
 
Ketika tsunami melanda Sri Langka, kira-kira ratusan gajah, harimau, babi hutan, rusa, kerbau air, kera dan mamalia yang lebih kecil melarikan diri dengan menyelamatkan diri menuju ke tempat yang lebih tinggi. Namun begitu sejumlah besar kura-kura ditemui mati disepanjang pantai Aceh. Kepekaan dan naluri binatang yang tidak dimiliki manusia boleh digunakan sebagai alat untuk peringatan pertama bencana.

Thursday, March 10, 2011

Penipuan Dajjal tentang UFO

 
Adakah UFO itu wujud? Apakah kaitan Dajjal dengan UFO? Benarkah makhluk asing itu sebenarnya manusia yang diculik dari dunia sebenar?

Artikel ini adalah bahagian ketiga dan keempat, dari artikel-artikel sebelumnya, Kisah Segitiga Bermuda, Dajjal, UFO dan Alien (Manusia)-Part1 dan Dajjal di Negeri-negeri Tertangga (Lautan Syaitan).

UFO adalah singkatan bagi Unidentified Flying Object. Istilah UFO mula digunakan apabila seorang usahawan Amerika Syarikat Kennent A. Arnold menjumpai segerombalan sembilan objek yang tidak dapat dikenalpasti pada 24 Jun 1947 di Mt. Rainier. Ia adalah fenomena penglihatan UFO pada zaman moden yang pertama sekali direkodkan.

Setelah fenomena di Mt. Rainier itu, beribu-ribu lagi fenomena lain melanda dunia sehingga ke Malaysia sendiri pernah menyaksikan beberapa kali UFO dilihat oleh masyarakat setempat. Kejadian melihat UFO bukanlah suatu fenomena baru di Malaysia. Buku "Greatest UFO Mysteries" terbitan Orbis Publications menyenaraikan kejadian kes-kes UFO yang terkenal telah mencatatkan satu kejadian di Kelang di mana dua buah piring terbang telah menghalakan sejenis pancaran ke sebuab kilang yang mengakibatkan kebakaran.
|Tragedi Roswell yang menjadi tajuk utama dalam Roswell Daily Record|

Tragedi Roswell yang terjadi pada Jun atau Julai 1947 di sempadan Mexico dan Amerika Syarikat mengundang pelbagai persoalan. Ini kerana terdapatnya pelbagai campur tangan daripada kerajaan Amerika dan tentera terhadap kes ini. Kejadian ini bermula apabila satu pesawat pejuang telah menembak jatuh objek yang tidak dikenalpasti iaitu UFO. Pertikaian masih berlarutan sehingga sekarang kerana kerajaan Amerika mendakwa yang terhempas itu bukannya UFO tetapi belon kaji cuaca yang biasa disalah anggap sebagai UFO. Ia masih lagi menjadi misteri.

Kisah Usaid Bin Hudair ra

Terdapat satu kisah sahabat Rasullulah SAW iaitu Usaid Bin Hudair ra. Sahabat Rasullulah SAW ini berasal daripada golongan Ansar dari suku Auws. Beliau dihormati oleh seluruh masyarakat Ansar dan juga Muhajirin kerana kelebihan yang ada pada beliau. Sahabat Rasullulah saw yang mulia ini adalah seorang yang pandai membaca dan menulis serta penunggang kuda yang baik. Beliau juga dikenali pemanah yang tepat.

Pada suatu tengah malam Usaid duduk di tempat ibadahnya manakala anaknya duduk disampingnya. Kuda beliau yang akan disiapkan untuk jihad tidak lama lagi terikat tidak jauh darinya.

Pada ketika itu, keadaan malam tenang dan sejuk, bintang-bintang seakan-akan akan jatuh ke bumi, maka timbullah keinginan Usaid untuk menghiasi keadaan yang sejuk ini dengan wangi-wangian bacaan al-Quran. Usaid mulai membaca permulaan surah al-Baqarah dengan suara yang merdu dan indah. Usaid dikenali sebagai pengalun bacaan al-Quran yang merdu dan mengasyikkan.

Tiba-tiba kudanya meronta-ronta sehinggakan tali untuk mengikatnya hampir terlucut, kemudian Usaid menghentikan bacaannya. Seketika itu juga kudanya pun menjadi diam dan tenang.

Kemudian Usaid mengulangi bacaannya kembali dan kuda beliau meronta-ronta kembali bahkan lebih teruk daripada yang pertama tadi. Usaid menghentikan dari bacaanya dan kudanya ikut diam sepertimana peristiwa pertama tadi. Maka Usaid mengulangi perbuatan tersebut berulang-ulang dan tidak menghiraukannya.

Walau bagaimanapun, Usaid kasihan akan anaknya jika terbangun dari tidurnya lalu dia bangun menuju ke arah kudanya. Tatkala berjalan, Usaid melihat ke langit dan melihat awan berjajaran dilangit membentuk payung yang sangat besar. Dan disampingnya terlihat seperti susunan cahaya yang menerangi seluruh permukaan  sehinggakan Usaid naik ke tangga rumah untuk melihat yang hal menakjubkan ini sehingga hilang dari pandangannya.

Tidak pernah dilihat kejadian yang aneh ini oleh mata manusia sama sekali. Ketika waktu pagi tiba, bersegeralah Usaid menuju Rasulullah dan menceritakan apa yang terjadi pada dirinya semalam.

Maka Rasulullah SAW pun berkata kepada Usaid : 
Para Malaikat itu sedang mendengarkan bacaanmu wahai Usaid, andaikan kamu melanjutkan bacaanmu pasti manusia akan melihat para malaikat yang sebelumnya terhalang pandangan mereka dari para Malaikat” 
Dan apakah payung yang sangat besar itu? Adakah ia menyerupai UFO yang dilihat zaman moden sekarang?

Kisah-kisah lain yang berkaitan UFO pada zaman para Anbia

1. Kisah Nabi Zulkifli as (Ezekiel) dalam Taurat (Torah)

Ezekiel atau Zulkifli adalah seorang Nabi yang dipercayai hidup sekitar kurun ke-6 sebelum masihi. Ezekiel banyak disebut di dalam kitab Torah (Taurat) tetapi tidak banyak dibicara dalam al-Quran mengenai kisah-kisahnya. Di dalam Taurat, dalam Book of Ezekiel telah terkandung kisah Ezekiel dan objek yang terbang di langit pada ayat Ezekiel 1:4-1:24.
|Ilustarasi pada abad ke-16 oleh M. Merian|

2. Kisah Nabi Alias as (Elijah) dalam Injil (Bible)

Elijah atau Nabi Alias as adalah seorang yang diturunkan untuk memperbetulkan akidah orang-orang Yahudi yang tersesat yang mana telah menyembah patung Baal. Pada usia tuanya, Elijah menurut kitab Bible dalam King of Kings 2:7-12 telah dibawa oleh Tuhan untuk menaiki chariot ke syurga. 

Penampakan UFO ketika pelayaran Christopher Columbus?

Pada tahun 1492 dalam “The Life and Voyages of Christopher Columbus.” Christopher Columbus dan pembantunya Pedro Gutierrez ketika di atas dek Kapal Santa Maira, kebetulan terlihat, “a light glimmering at a great distance.” Ia kemudian hilang walau bagaimanapun muncul kembali beberapa ketika kemudian sebanyak beberapa kali. Aksinya memang memeranjatkan dengan aksi turun dan naik di langit.

Columbus atau nama sebenarnya Christopher Columbus yang memang terkenal sebagai pakar dalam ilmu astronomi telah berkata kepada anak kapalnya bahawa itu pertanda kepada mereka bahawa mereka akan sampai ke daratan tidak lama lagi. Seperti yang diramalkan,mereka kemudian menjumpai daratan 4 jam kemudian.

Penipuan Dajjal tentang UFO

Persoalan tentang tipu daya Dajjal mengenai UFO dihuraikan dengan panjang lebar dalam bab ini 4 buku tulisan Muhammad Isa Dawud (MID) yang bertajuk Dajjal Akan Muncul Dari Kerajaan Jin Segitiga Bermuda. MID mendedahkan bahawa piring-piring terbang UFO yang digembar-gemburkan oleh Amerika Syarikat (juga Hollywood) sebenarnya adalah tipu daya semata-mata.
Gambar (kiri) adalah filem Independence Day arahan pengarah Yahudi-Jerman, Roland Emmerich, yang mengisahkan serangan makhluk asing (kanan) adalah filem Skyline dengan 'storyline' yang sama. Jika diperhatikan, pengarah-pengarah berbangsa Yahudi di Hollywood seperti Steven Spielberg, George Lucas, James Cameron amat gemar menghasilkan filem yang 'anti-human' atau dalam bahasa mudah filem fiksyen sains-angkasa. Sememangnya itulah yang berlaku di Hollywood, pengarah-pengarah Yahudi ini cuba untuk menyogok penonton diseluruh dunia dengan ideologi yang diciptakan oleh Dajjal. Strategi mereka mudah, yakni dengan "menyogok penonton dari semua lapisan masyarakat (terutama kanak-kanak) dengan 'ideologi ini' selama puluhan tahun...". Dengan kerahan hampir kesemua komponen media (terutama media Barat) lama kelamaan pastinya minda para penonton akan berjaya dikawal seperti mana yang dikehendaki oleh The Hidden Hand.

UFO memang wujud, namun fakta bahawa ianya berasal dari planet lain adalah palsu dan sengaja direka-reka oleh agen-agen Dajjal di Amerika. Muhammad Isa Dawud menjelaskan bahawa makhluk-makhluk asing itu sebenanya adalah Jin-Jin yang ditugaskan untuk terbang ke seluruh dunia dengan menaiki kenderaan cahaya. Piring-piring tebang itu pula dikawal melalui suatu sumber cahaya yang berpusat di Segitiga Bermuda.
|Kontroversi Area 51 semakin panas apabila gambar ini tersebar|

Isu-isu lain yang dibangkitkan oleh Muhammad Isa Dawud ialah tentang kes-kes kehilangan kapal terbang, penculikan manusia, terserempak dengan UFO dan sebagainya. Semua kes itu adalah kes-kes yang dilaporkan oleh agensi berita Amerika.

Suatu perkara yang menarik dalam bab ini, Muhammad Isa Dawud mendedahkan bahawa Christoper Columbus tidak mengalami sebarang gangguan semasa kapalnya melalui perairan Segitiga Bermuda. Columbus dinyatakan hanya melihat cahaya-cahaya diperairan itu.
Muhammad Isa Dawud menguatkan hujahnya tentang terdapat manusia di Segitiga Bermuda yang bertanggungjawab terhadap hal-hal berkaitan UFO. Sebelum ini, terdapat beberapa individu lain yang mempunyai pandangan sama dengannya.

Individu tersebut ialah Dr. Allen J. Haneck, Dr. Moris Gasup dan James E. McDonald, ketiga-tiga mereka adalah pakar fizik dan sejarah. Mereka amat tidak bersetuju dengan fakta yang mengatakan UFO berasal dari planet lain. Namun apa yang pasti, menurut MID, dalam Segitiga Bermuda itu terdapat suatu kelompok manusia yang diasuh merencanakan cita-cita menguasai dunia. Mereka bukannya Yakjuj Makjuj. Muhammad Isa Dawud turut membuat penegasan bahawa ini hanya 'persetujuan', bukti yang kukuh walau bagaimanapun tidak dapat dikemukakan.
Bagi perbahasan terakhir dalam buku ini, Muhammad Isa Dawud menutupnya dengan menyimpulkan isu-isu sebenar yang menyelubungi fenomena piring terbang yang berlaku ke atas masyarakat dunia. Dalam bab 5, beliau menggunakan istilah ‘hakikat’ yakni sesuatu perkara yang nyata dan sedang berlaku di sekeliling kita.

Tujuh hakikat itu ialah : -
  1. Fenomena piring terbang bukan khayalan, ianya adalah perkara benar yang mempunyai kuasa genius yang menggerakkannya dari tempat lain.
  2. Piring-piring terbang itu wujud dalam keadaan yang nyata, berfizikal, berjisim dan sama seperti mana kapal-kapal terbang yang biasa kita lihat. Cuma bezanya mungkin dari segi bahan buatan dan bentuk. Yang membezakan piring terbang itu dengan kapal terbang – kapal terbang di dunia ialah teknologi yang digunakan.
  3. Pemandu-pemandu piring terbang yang kelihatan rupa parasnya dengan pelbagai bentuk pelik itu sebenarnya manusia biasa. Mereka diasuh, dididik dengan bahasa-bahasa asing yang dimiliki di Segitiga Bermuda. Mereka juga adalah manusia yang diculik dari dunia sebenar dan diajar pula menggunakan teknologi-teknologi canggih milik kerajaan Dajjal.
  4. Piring terbang – piring terbang milik kerajaan Dajjal sebenarnya berlabuh dan berlepas dari pengkalan-pengkalan yang banyak di Segitiga Bermuda.
  5. Semua piring terbang itu adalah milik Dajjal dan pernah dikhabarkan oleh Rasulullah SAW sejak 1400 tahun dahulu.
  6. Dajjal adalah raja di kerajaan rahsia di Segitiga Bermuda. Si laknat itu sedang berkonspirasi di sebalik kejadian-kejadian pelik yang berlaku di dunia ini. Dajjal memang wujud malah menetap secara terus di Segitiga Bermuda.
  7. Dajjal keluar atau muncul di tengah-tengah masyarakat secara berfasa-fasa. Adakalanya ia muncul mengaku sebagai Nabi dan ada kalanya ia muncul dengan memimpin sebuah organisasi. Menurut Muhammad Isa Dawud anggapan bahawa Dajjal keluar hanya sekali di tengah-tengah masyarakat adalah tidak benar.
Amaran: Artikel ini mengandungi teori-teori yang mana pada sesetengah pembaca sukar untuk menerimanya kerana ia mungkin sesuatu yang baru pada mereka. Perlu diingatkan, artikel ini tidak langsung melanggar syariat dan kepercayaan kita sebagai Umat ISLAM.

Saturday, March 5, 2011

Dajjal di Negeri-negeri Tertangga (Lautan Syaitan)


Dalam buku tulisan Muhammad Isa Dawud (MID) yang bertajuk Dajjal Akan Muncul Dari Kerajaan Jin di Segitiga Bermuda, perihal Dajjal atau Samirah telah dikemukakan dengan hujah yang begitu dramatik sekali. Huraian, fakta dan hujah MID dalam bahagian asal usul Dajjal amat baik sekali dan terdapat banyak fakta-fakta terbaru yang dikemukakan. Antara fakta yang paling besar hikmahnya ialah cerita Samiri membina patung anak lembu. Dahulunya kita semua kurang ambil kisah tentang kisah Samiri, kita cuba mengetahuinya sebagai penyesat Bani Israel. Tetapi kini, rahsia penonjolan nama Samiri dalam Al-Quran sudah TERBONGKAR, Samiri adalah ad-Dajjal dan Dajjal adalah Samiri. Cuma nama Dajjal adalah sebagai gelaran dan Samiri adalah nama sebenar. 

Pada Bab 1, buku ini menampilkan tajuk Dajjal : Kelahiran, Pertumbuhan dan Kehidupan Khasnya Yang Membentang Luas. MID semasa memulakan bab ini berkali-kali memperingati para pembaca akan kesan pendedahannya itu.

Beliau sedar bahawa apa yang didedahkan akan memporak-perandakan pemikiran-pemikiran jumud sesetengah umat Islam tentang Dajjal. Beliau juga sedar bahawa pendedahan yang bakal dilakukan akan menimbulkan kesangsian yang mendalam. Namun semua penjelasan itu mungkin sedikit mententeramkan keadaan apabila ada bukti-bukti bertulis dari manuskrip-manuskrip kuno yang telah dibuat kajian.

Bab ini mendedahkan sejarah jelas akan hadith yang bermaksud berikut: 
“Ayah dan ibu Dajjal itu melalui perkahwinan selama tiga puluh tahun tanpa melahirkan seorang anak pun. Kemudian lahirlah dari mereka seorang anak laki-laki yang buta sebelah matanya. Ia menjadi seorang yang paling merbahaya dan paling sedikit manfaatnya, kedua matanya tertidur tetapi hatinya tetap terjaga.”
(Riwayat Imam Ahmad)
Daripada hadith di atas Muhammad Isa Dawud (MID) menjelaskan secara terperinci akan keluarga Dajjal yang berasal dari kampung bernama Samirah di Palestin. Kampung ini kemudian harinya akan menjadi pusat pemerintahan empayar Islam pada zaman Nabi Daud dan Nabi Sulaiman a.s.

Dalam pendedahan itu, MID mengisahkan kelahiran Dajjal bermula dari bagaimana benih ibu dan bapanya bercantum. Menurut MID, ibu bapa Dajjal adalah dari baka anak luar nikah yang lahir dari kesedudukan haram sesama mahram.
Mereka berdua juga penyembah patung lembu yang ketika itu agama berhala bagi bangsa Yahudi di Palestin sebelum kelahiran Musa. Ibu bapa Dajjal telah melakukan penyembahan dan berdoa kepada patung lembu mereka untuk mendapatkan anak.

Setelah 30 tahun maka lahirlah seorang anak yang diberi nama Samiri. Nama itu diberi sempena nama kota Samirah tempat tinggal mereka.

Setelah sampai beberapa ketika, Allah menurunkan bala ke atas penduduk kampung itu. Semua penduduknya yang engkar ajaran Nabi Ibrahim telah dimusnahkan oleh para malaikat.

Namun demikian, Allah mengarahkan Jibril a.s. menyelamatkan anak kecil bernama Samiri dan diletakkannya di sebuah pulau terpencil di laut Syam. Di pulau itu, seekor binatang besar bernama Al-Jasasah bersama Jibril memelihara Samiri atas arahan Allah SWT. Samiri tinggal di pulau itu dan belajar ilmu-ilmu Tauhid dari AL-Jasasah. Kisah binatang itu ada dijelaskan dalam sebuah hadith yang mengisahkan Tamim Ad-Dhari terdampar di sebuah pulau dan berjumpa binatang berbulu.

Sehingga suatu waktu, Samiri keluar merantau ke luar dari pulau dengan menumpang sebuah kapal yang kebetulan berlabuh di pulau itu. Maka sejak itu, Samiri mula mengenal masyarakat dunia.

Seratus tahun selepas itu, maka lahirlah Nabi Musa di Mesir. Samiri berangkat ke Mesir kerana terdengar kehebatan Firaun dan dakwah Nabi Musa. Samiri yang buta sebelah itu bekerja sebagai khadam di sana. Dia melihat segala perkara yang berlaku di Mesir.
Hatta dia juga mengikut bersama pengikut-pengikut Nabi Musa lari ke Laut Nil untuk menyelamatkan diri dari kejaran tentera Firaun. Nabi Musa juga tidak tahu bahawa salah seorang pengikut yang menyertai rombongan mereka itu ialah Samiri.

Semasa Nabi Musa meninggalkan Bani Israel bersama Nabi Harun, maka disitulah terjadinya suatu peristiwa berpaling tadah kaum Bani Israel. Samiri telah mempengaruhi Bani Israel agar kembali menyembah berhala dengan membina patung lembu betina. Kisah ini telah pun dicatatkan dalam al-Quran surah Ibrahim. 
Menurut Muhammad Isa Dawud, Dajjal melewati pelbagai negeri yang mempunyai sempadan pantai dan laut. Perjalanan Dajjal merentasi pelbagai negeri ini adalah untuk mencari penduduk-penduduk yang dirasakan boleh menerimanya sebagai Tuhan atau setidak-tidaknya Anak Tuhan. Itulah nafsu tertinggi bagi dirinya dalam mencari kepuasan di dunia yang telah ia kembarai sejak sekian lama.

Bab 3 dalam buku ini juga menyentuh mengenai Dajjal yang telah menemui suatu kaum yang dirasakan nya mampu bagi ia menyamar diri sebagai tuhan mereka. Kaum ini ditemui olehnya di sebuah daerah di Amerika Selatan.
Namun begitu, ia masih tidak puas. Dajjal mahu kekuasaannya dianggap sebagai tuhan lebih hebat dari Firaun yang pernah dilihatnya. Maka Dajjal meneruskan perlajanan ke seluruh kawasan khususnya di pantai Miami sekitar abad ke-8 M. Ideologi penyembahan dirinya sebagai tuhan disebar seluas-luasnya. Penduduk amat percaya kerana kebijaksanaan dan ilmu yang dimilikinya.
Salah satu perkara penting dalam bab ini ialah ia menjelaskan tentang berlakunya penemuan Dajjal terhadap kawasan Segitiga Bermuda yang didiami oleh Iblis. Menurut Muhammad Isa Dawud, di sinilah bermulanya semua perencanaan konspirasi seluruh dunia.

Dalam Bab 3 yang bertajuk Benteng Dajjal Di Segitiga Bermuda Dan Masalah Mesir, MID memulakan penulisannya dengan al-Baqarah, yang bermaksud; bicaranya dengan memetik ayat 30 dari surah 
“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: Sesungguhnya Aku akan menjadikan seorang khalifah di (muka) bumi,”
Muhammad Isa Dawud cuba menyimpulkan mengapa Dajjal memilih Segitiga Bermuda?. Pada penyelidikan beliau, Dajjal memilih menetap di air kerana Dajjal sudah mahir akan selok-belok air sejak sekian lamanya. Tambahan pula, si laknat itu memang tinggal dan membesar di pulau kecil yang jauh terpencil dari tanah besar.
Dajjal dilihat berjaya membina satu penempatan khusus olehnya walaupun tempat yang dipilih itu sudah pun dipelopori oleh Iblis laknatullah. Muhammad Isa Dawud percaya Dajjal membina penempatan yang penuh saintifik diluar jangkaan kemampuan pemikiran manusia. Proses pembinaan itu menurutnya telah dibantu oleh jin dan syaitan sendiri. Menurut beberapa manuskrip kuno Yahudi, yang masih disimpan terun-temurun oleh beberapa buah keluarga Yahudi, ketika berlakunya kejaran Firaun dan tenteranya keatas pengikut-pengikut Nabi Musa as, Samiri yang turut sama berada dalam kumpulan itu telah terlihat 'lukisan-lukisan aneh' yang berada didalam Laut Nil. Lukisan-lukisan aneh itu dipercayai sebagai lukisan peninggalan bangsa-bangsa jin yang telah dimusnahkan sebelum wujudnya manusia di muka bumi ini. Bermula dari situlah, Dajjal sudah mengenali suatu bangsa yang mampu memberinya bantuan yang tidak mampu diberi oleh manusia biasa.

Namun ada sesuatu yang menarik tentang pandangan MID mengenai proses bantuan dari jin dan syaitan ini. Menurutnya, sejauh mana pun pertolongan yang diberi oleh syaitan dan jin, ‘pertolongan’ itu tidak mungkin ‘melampaui’ permohonan Nabi Sulaiman a.s. Apakah permohonan Nabi Sulaiman a.s. itu?

Permohonan baginda dinyatakan secara jelas dalam al-Quran surah as-Shod, ayat 35.
“Wahai Tuhanku, ampunilah aku, berilah aku kerajaan (kekuasaan) yang tidak layak (dimiliki) seseorang sesudahku …”

bersambung...

Gambar Belangkas