Showing posts with label Menarik. Show all posts
Showing posts with label Menarik. Show all posts

Saturday, April 13, 2013

Pedang Paling Tajam di Dunia




Pedang yang diakui paling tajam di dunia oleh pakar pembuatan pedang barat. Ketajamannya mampu menembus baju besi crusader, memotong dua pedang lawan, membelah perisai dan batu tanpa mengalami kerosakan pada matanya.

Kehebatan pedang buatan Damsyik dan terkenal dengan panggilan Pedang Persia ini telah mengatasi kehebatan pedang Katana dari Jepun dan pedang Excalibur milik Raja Arthur.



Pedang "Damascus" yang digunakan Salahuddin Al-Ayyubi


Pedang ini diperbuat besi baja "damascus" dengan teknik rahsia yang disaluti CNT (Carbon Nano Tubes) yang menjadikan ianya AMAT TAJAM dan LENTUR. Seni pembuatan pedang yang terahsia ini amat dikagumi oleh puak Barat.



Prof Dr. Peter Paufler dari Jerman mengakui kehebatan pedang ini


Kajian metalurgi moden setakat hari ini juga, masih tidak berkeupayaan untuk menghasilkan pedang berteknologi tinggi (teknologi NANO) dari peradaban Islam pada kurun ke-12 ini.

Setelah sekian lama pedang ini menjadi rahsia akan kehebatannya, akhirnya pengkaji barat telah berjaya membongkar rahsia pedang ini.



Rod "Damascus" bersaiz Nano didalam pedang Salahuddin Al-Ayyubi


Rupa-rupanya didalam pedang ini terdapat sebatang tiub rod "Damascus" yang bersaiz nano yang mudah lentur,tidak mudah patah dan sentiasa tajam sehinggakan mampu membelah apa saja.


Apa itu CNT?



Rod "Damascus" berupa rantaian atom karbon yang sangat hebat


CNT merupakan suatu rantaian atom karbon yang terikat di antara satu sama lain secara heksagonal berbentuk silinder yang mempunyai diameter sekecil 1-2 nanometer. Silinder CNT ini boleh mencapai panjang sehingga berpuluh-puluh mikron dan tertutup di bahagian hujung seolah-olah sebatang paip yang ditutup dikedua-dua hujungnya.

Pencirian yang dilakukan terhadap bahan ini juga menjelaskan bahawa CNT mempunyai kekuatan paling tinggi berbanding bahan lain. Ia juga mempunyai sifat kekonduksian elektrik melebihi kuprum dan logam. Keunikan tiub karbon nano yang lain ialah mempunyai ketahanan terhadap suhu tinggi serta mempunyai jisim yang lebih ringan dari aluminium.


Teknologi NANO.



Salahuddin Al-Ayyubi memimpin Tentera Islam dalam perang salib kurun ke-12


Kehebatan Pedang Salahuddin Al-Ayyubi telah dibongkar oleh Prof Dr. Peter Paufler dari Jerman. Prof tersebut menjumpai CNT di dalam pedang tersebut bersama senjata2 yang digunakan oleh tentera-tentera Islam pada ketika itu sewaktu perang Salib. CNT ini yang menjadikan pedang tentera Islam ini sangat tajam tetapi mudah lentur.



Salahuddin Al-Ayyubi


Teknologi NANO ini menggunakan besi baja "damascus" yang juga dipanggil wootz. Bijih besi ini mengandungi sejumlah peratusan unsur Karbon. Selain besi dan karbon, unsur-unsur seperti Kromium, Mangan, Kobalt juga ditambah bagi menambahkan lagi kekuatan, ketajaman dan kelenturannya.



Kehebatan pedangnya digeruni musuh-musuh Islam


Teknik pembuatan pedang ini begitu rahsia sehinggakan hanya beberapa keluarga tukang besi di Damsyik saja yang menguasainya. Akhirnya pada kurun ke-18, teknologi pembuatan pedang ini telah pupus.



Teks kajian barat tentang Pedang "Damascus"


Apa yang tinggal hanyalah pedang-pedang, tombak dan Pisau yang kini tersebar di pelbagai Museum di seluruh dunia. Sekadar mengingatkan kita bahawa Teknologi Hebat Peradaban Islam ini telah hilang di telan zaman.

Perang Bosnia : Kekejaman Serbia terhadap umat Islam

Perang Bosnia (1 Mac 1992 - 14 Dec 1995)

Kerana tidak mahu Islam menguasai Srebrenica-Bosnia, puak Serbia Bosnia yang dipimpin oleh Jeneral Ratko Mladic mengarahkan tentera membunuh 8,000 lelaki dan remaja dari etnik Islam Bosnia di wilayah itu. Kejadian yang berlaku Julai 1995 menggemparkan seluruh masyarakat dunia terutama negara-negara Islam yang marah dengan tindakan Serbia. Mengikut kenyataan rasmi dari Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), jumlah sebenar mungkin melebihi dari jumlah yang dilaporkan kerana majoriti penduduk bandar kecil itu adalah etnik Islam Bosnia.



Peristiwa itu bermula pada sekitar tahun 1992 apabila berlaku perpecahan antara Serbia dan Bosnia dalam peperangan saudara yang menyaksikan kebangkitan Islam di Bosnia. Srebrenica yang bersempadan dengan Bosnia telah diberi tanggungjawab menjaga kem pelarian etnik Islam dari serangan puak tentera Serbia yang dikawal oleh 400 pasukan pengaman dari Belanda lengkap dengan senjata. Bagaimanapun, pada 6 Julai 1995, militan Serbia Bosnia dibantu oleh pasukan Korps Drina dari tentera Serbia Bosnia telah menggempur pos-pos kawalan tentera Belanda di sempadan sebelum memasuki Srebrenica.

Poster memburu Ratko Mladic & Radovan Karadzic





Ramai pasukan pengaman dari Belanda terbunuh dan ada yang ditawan oleh tentera Serbia. Tentera Serbia yang terlalu ramai menyebabkan ramai tentera pengaman Belanda terpaksa menyelamatkan diri di sempadan Bosnia. Pada 11 Julai, tentera Serbia Bosnia berjaya menawan kem pelarian Islam Bosnia. Mereka mengasingkan kaum lelaki berusia 12 hingga 77 tahun untuk dihapuskan Kanak-kanak, wanita tua dan wanita diasingkan dalam khemah. Ramai wanita dirogol oleh puak militan Serbia Bosnia dan ada juga dibunuh kerana menentang mereka. Pada 13 Julai, kira-kira 8,000 lelaki dibunuh beramai-ramai di luar sebuah gudang di Kravica. Namun, ada yang berjaya melarikan diri dari pembunuhan kejam itu.

KOMBINASI gambar Ratko Mladic pada 7 Disember 1993 (kiri) dan selepas dia ditangkap di Lazarevo, Serbia



Pun begitu, ramai juga yang terbunuh terpijak periuk api, dibunuh oleh militan dan tentera Serbia yang mengepung kem pelarian itu. Pembunuhan beramai-ramai yang dipanggil Genosida Srebrenica memaksa Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mengambil tindakan tegas terhadap Serbia Bosnia terutama pemimpinnya. Apa yang menyedihkan, Mahkamah Keadilan Antarabangsa tidak mendakwa Serbia atas tindakan kejam itu sebaliknya mengecam negara itu gagal mengekang kejadian tersebut. Walaupun tindakan kejam itu dilakukan oleh militan Serbia Bosnia, tapi militan itu mempunyai hubungan baik dengan kerajaan Serbia Bosnia.

Pada 27 Februari 2007, ICJ mengarahkan Jenderal Ratko Mladic yang mengetuai pem*bunuhan beramai-ramai diburu untuk dibicarakan ke mahkamah atas tuduhan membunuh untuk penghapusan etnik Islam Bosnia. Jenderal Mladic bersama pembantunya berjaya menyembunyikan diri dari diburu oleh pasukan pengaman. Beberapa tahun kemudian, ramai dari mereka ditahan dan diadili di ICJ dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan hukuman mati. Beberapa buah kubur besar turut digali semula untuk membuktikan kezaliman militan dan tentera Serbia terhadap etnik Islam Bosnia. Mayat-mayat itu kemudiannya dimasukkan ke dalam keranda dan dikebumikan di perkuburan Islam.


Walaupun kejadian itu sudah berlalu hampir 15 tahun, ia masih segar dalam ingatan masyarakat Islam terutama ahli-ahli keluarga yang dibunuh dengan kejam. Saya masih ingat pada satu masa dahulu, Tv3 menayangkan satu rencana yang bertajuk lebih kurangnya ‘Massacre In Bosnia’. Ia menayangkan kekejaman yang dilakukan oleh Serbia yang mana majoritinya Kristian menyembelih dan melakukan pembersihan etnik terhadap umat Islam Bosnia dan Kosovo. Ini adalah fakta sejarah. Kekejaman yang dipaparkan jelas melangkaui pemikiran manusia biasa.


Mungkin kita tidak pernah terfikir, seorang manusia sanggup menyembelih bayi-bayi yang masih kecil, mengembiri kaum-kaum lelaki kemudiannya membakar mereka hidup-hidup, merogol wanita-wanita sehingga ramai di antara mereka mengalami gangguan mental dan membunuh diri. Ia hanyalah secebis kisah duka, namun yang paling menyayat hati di mana pembunuhan beramai-ramai dilakukan oleh jiran mereka sendiri yang selama ini hidup aman. Perkampungan yang sebelum ini menjadi tempat mereka bermain dan berkongsi kegembiraan menjadi neraka. Jiran mereka sendiri merogol anak-anak perempuan, isteri-isteri jiran-jiran mereka di hadapan suami-suami dan bapa-bapa mereka sendiri. Seterusnya mereka mengumpulkan jiran-jiran mereka ini dan menembak mereka secara beramai-ramai.

Satu lagi tragedi hitam umat Islam di akhir abad ke-20. Orang yang bertanggungjawab di sebalik kejadian kejam ini jika anda masih ingat semestinya Presiden Serbia masa itu iaitu Rodovan Karadzic. Pembunuhan-pembunuhan ini merupakan yang paling kejam selepas perang dunia ke-2 di Eropah. Beliau telah diburu hampir selama 13 tahun. Hampir 11,000 penduduk Bosnia menjadi kekejaman manusia yang tak layak digelar manusia ini. Angka ini mungkin tidak tepat kerana ramai yang terkorban tidak dijumpai tempat pembunuhan mereka.


Karadzic telah menyamar dan menjadi ahli perubatan alternatif menggunakan identiti palsu selama 13 tahun. Dia menyimpan rambut panjang, berjanggut dan bercermin mata untuk menyembunyikan identitinya selama ini. Penduduk Bosnia yang selama ini menyimpan harapan melihat pembelaan terhadap pembunuhan kejam itu menyambutnya dengan penuh kesyukuran. Namun, masih adakah keprihatinan umat Islam khususnya di Malaysia terhadap berita ini atau kita sekadar sibuk memikirkan bagaimana untuk mengenyangkan perut kita sahaja? Sesungguhnya terlalu banyak tragedi umat slam di seluruh dunia yang disembunyikan

Rodovan Karadzic menyamar sebagai ahli perubatan





PENEMUAN NGERI: Para sukarelawan menggali dasar Tasik Perucac untuk mencari rangka mangsa Perang Bosnia.







sumber

Setelah 15 tahun ibu menangis kembali bila mangsa2 perang bosnia paling tragis di abad ini dikebumikan semula



Solat jenazah



para waris mengangkat rangka mayat ahli keluarga masing-masing untuk dikebumikan selepas selesai upacara solat jenazah berjemaah di Perkuburan Besar Potocari, Srebrenica, Bosnia.





DERITA MANGSA ROGOL ASKAR SERB

Fika, 15, dan kakaknya berumur 17 sewaktu ditangkap dan dirogol bergilir-gilir oleh sepasukan askar Serb yang menawan wilayah timur Bosnia di awal tahun 1990-an lalu.

"Selepas saya di rogol, mereka (askar Serb) merogol kakak. Mereka turut memaksa saya menonton perbuatan kejam terhadap kakak.

"Mereka juga memaksa kami mengaku sebagai pengintip, jadi kami dipukul dan dicabut gigi.

"Kakak meninggal dunia selepas beberapa hari diseksa," kata Fika yang kini berumur 34 tahun dan telah berumah tangga.

Walaupun peristiwa hitam itu berlalu lebih 20 tahun, Fika dan ribuan wanita Islam Bosnia yang pernah menjadi mangsa kerakusan rejim Serb, terus menagih pengiktirafan dan sokongan daripada kerajaan yang sehingga ke hari ini takut untuk menuntut pampasan berkenaan.

Keadaan itu menyebabkan kumpulan hak asasi kemanusiaan mula kehilangan sabar, sekali gus mengeluarkan amaran bahawa jumlah penghidap masalah psikologi akibat kekejaman itu terus meningkat dan menjadi semakin buruk dari sehari ke sehari.

"Sebenarnya mangsa-mangsa rogol rejim Serb ini tertekan dalam diam dan mereka sudah tidak boleh mengawal perasaan lagi," menurut laporan Majlis Pengampunan Antarabangsa.

Setakat ini, kurang daripada 40 kes rogol mendapat pengadilan dalam 17 tahun lalu sejak perang Bosnia-Herzegovina ditamatkan.

Pihak perundangan peringkat negeri pula bertindak melambatkan hak pampasan dan pemulihan mangsa-mangsa rogol perang yang sehingga ke hari ini belum terjawab sekali gus menjadi mainan politik.

Bosnia-Herzegovina didiami tiga utama iaitu kaum Bosnia, kaum Serbia dan kaum Croatia. Kira-kira 100,000 penduduknya terbunuh dan majoritinya adalah Islam.

'Hati saya hancur'

Sesudah perang, Republik Persekutuan Yugoslavia juga sebuah negara yang dibubarkan dan terbahagi kepada dua iaitu Republik Serb dan Persekutuan Bosnia-Herzegovina didiami masyarakat Islam dan Croatia.

Sementara itu, beberapa sumber melaporkan jumlah wanita dirogol rejim Serb meningkat kepada 35,000 orang dan kebanyakannya adalah wanita Islam.

Fika enggan mendedahkan nama sebenarnya kerana bimbang dengan stigma masyarakat sekeliling yang masih memandang rendah kepada mangsa rogol perang Bosnia.

Beliau dan kakaknya ditangkap askar Serb sewaktu operasi penghapusan etnik Islam di timur Bosnia.

"Kami dibawa ke kem tahanan pelarian Serb dalam bandar Vlasenica," katanya dengan menambah sudah tidak dapat mengira berapa kali dirogol oleh askar rejim.

Beberapa bulan kemudian, Fika dibebaskan dan beliau menuju ke utara bandar Tuzla yang kini menjadi sebahagian daripada wilayah Persekutuan.

"Selepas itu, saya terpaksa berhenti sekolah dan membantu ibu dan adik selepas ayah terbunuh dalam peperangan," katanya.

Kini, Fika yang juga seorang ibu belum berani untuk menceritakan kisah silamnya kepada anak-anaknya dan masih percaya lelaki yang merogolnya masih hidup.

"Mereka telah menghancurkan diri dan hati saya. Sehingga ke hari ini peristiwa itu tidak padam dan sentiasa ada dalam ingatan saya," katanya.

Lebih tragis lagi, perkahwinannya hancur sebaik sahaja menceritakan detik dirogol kepada suaminya.

Tiga tahun lalu, Fika diberi kekuatan untuk membuat laporan mengenai kisah silamnya kepada pihak berkuasa selepas mendapati dua daripada suspek yang merogolnya masih menduduki bandar Vlasenica.

Namun sehingga ke hari ini, polis masih belum membuat sebarang tangkapan.

Fika turut disahkan mengalami tekanan post-trauma dan diberikan 250 euro (RM101) setiap bulan daripada Pertubuhan Islam-Croatia disebabkan penyakitnya itu.

Menurut Fika, ramai lagi wanita senasibnya yang tinggal di Republik Serb tidak diberikan pengadilan.

"Mengikut undang-undang, mangsa wajib membuktikan kerosakan sekurang-kurangnya 60 peratus pada badan mereka dan tidak membabitkan trauma psikologi," kata Fika.

Sekurang-kurangnya tiga tuntutan berasingan telah dibuat dalam tahun kebelakangan ini yang menggesa memasukkan hak-hak mangsa rogol perang dalam akta negeri namun tidak berhasil kerana ia masih disekat pihak Republik Serb.

Britain ambil langkah

Nasib malang yang menimpa ribuan wanita Islam Bosnia memberi ilham kepada Britain untuk mengetengahkan isu meningkatkan tahap kesedaran terhadap keganasan seksual peperangan dalam perhimpunan G8 melibatkan negara-negara perindustrian pada tahun depan.

Di bawah Inisiatif Mengelak Keganasan Seksual, kerajaan Britain merancang untuk menghantar pegawai-pegawai polis, peguam, ahli-ahli psikologi dan pakar forensik ke Bosnia serta negara-negara konflik lain untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan mengenai isu terbabit.

"Setakat ini, kita hanya akan mengutamakan Bosnia Herzegovina. Kami yakin akan diberi peluang yang besar dalam menangani isu itu dan proses keamanan tidak akan berjaya jika tiada resolusi," kata jurucakap program berkenaan, Ann Hannah.


Wanita yang menjadi mangsa kerakusan askar Serb mengalami tekanan mental kerana turut diseksa dengan kejam.



Ribuan bayi hasil tindakan kejam askar Serb dilahirkan dalam tahun 1990-an.



sumber


PADA 6 April lalu (2012), genap 20 tahun tercetusnya perang Bosnia. Tanggal itu mengingatkan penduduk dunia kepada kekejaman tentera Serbia terhadap umat Islam Bosnia di bekas jajahan Yugoslavia sepanjang tiga tahun perang itu tercetus bermula dari Mac 1992 hingga Disember 1995.

Bagi mangsa perang yang terselamat, penderitaan yang dilalui sepanjang tiga tahun perang itu tidak pernah luput daripada ingatan, terutamanya bagi etnik Bosnia yang beragama Islam.

Ia bermula dengan pembunuhan seorang gadis etnik Islam Bosnia oleh seorang penembak curi askar Serbia ketika gadis itu menyertai sekumpulan 100,000 penduduk Bosnia daripada pelbagai agama dan etnik berarak secara aman meraikan kemerdekaan Bosnia-Herzegovina daripada Yugoslavia dan menyatakan protes mereka terhadap tindakan Tentera Rakyat Yugoslav (JNA) pimpinan Serb Bosnia yang mengepung Sarajevo bagi memulakan perang terhadap etnik Bosnia dan Croat.

Beberapa pertubuhan dunia melaporkan, hampir 200,000 orang terbunuh dalam perang itu dan kebanyakan mangsa merupakan 65 peratus golongan etnik Islam Bosnia, termasuk lebih 1,000 kanak-kanak.

Pelbagai kisah penderitaan diceritakan sendiri oleh mangsa perang, saudara-mara, ahli keluarga yang terbunuh dalam perang itu termasuk kekejaman askar Serb, lebih-lebih lagi tentera Serbia di bawah komander Bosnia Serb, Jeneral Ratko Mladic yang diarah oleh pemimpin Yugoslovia ketika itu, Radovan Karadzic untuk melancarkan kempen penghapusan etnik bagi membunuh penduduk Islam Bosnia.

Mladic yang dikenali dengan gelaran 'Penyembelih Bosnia' kerana peranan dan bertanggungjawab melakukan 'Penyembelihan Srebrenica', iaitu tragedi pembunuhan beramai-ramai terbesar di Eropah selepas Perang Dunia Kedua, ketika menceroboh Srebrenica, 120 kilometer dari Sarajevo, dengan membunuh lebih 8,000 penduduk Islam tempatan serta memusnahkan hampir 80 peratus rumah di Srebrenica.

Ketika serangan dilancarkan, hampir 15,000 orang bertarung nyawa dengan mendaki gunung dekat bandar Tuzla dan terpaksa berjalan sejauh 100 kilometer bagi mengelakkan dibunuh jika ditemui oleh tentera Serbia. Keganasan tentera Serb tidak terhenti setakat itu, penghapusan etnik turut dilakukan terhadap wanita Islam Bosnia dan melakukan keganasan termasuk merogol mereka yang ditempatkan di seluruh kem tahanan di Bosnia. Sesetengah wanita dirogol berulang kali oleh tentera Serb pada setiap malam.

Dilaporkan kira-kira 50,000 wanita Islam Bosnia menjadi mangsa rogol dan 2.2 juta lagi terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing demi menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa kekejaman tentera Serb. Malah, wanita Islam yang sedang mengandung juga tidak terlepas daripada kekejaman Serbia apabila janin atau bayi mereka yang di dalam kandungan dikorek keluar dengan tujuan tiada lagi bayi etnik Islam Bosnia yang lahir ke muka bumi ini.

Dalam kes yang dilaporkan berlaku di dalam sebuah kem pelarian mangsa perang yang ditawan oleh tentera Serb, menyaksikan ribuan penduduk Islam diasingkan antara lelaki dan wanita.

Sementara itu, sebahagian wanita dan kanak-kanak dipindahkan ke kem lain dan selebihnya terutama lelaki dibunuh dengan kejam sama ada disembelih atau ditembak. Ada juga saksi menceritakan jiran-jiran yang bukan berketurunan Bosnia Islam turut mengambil kesempatan membunuh lelaki dan merogol wanita etnik Bosnia.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pula 'gagal' menyalurkan bantuan kerana askar Serb sering menghalang bantuan kepada penduduk Bosnia yang terjejas akibat bekalan elektrik dan gas terputus dan makanan yang tidak mencukupi terutamanya pada musim sejuk.

Penduduk Bosnia terkepung selama 1,426 hari di Sarajevo, ibu negara Bosnia-Herzegovina. Kepungan pengganas Serb ke atas Sarajevo berlarutan selama 44 bulan, lebih lama daripada kepungan tentera Nazi Jerman ke atas bandar raya Leningrad (kini St. Petersburg) semasa Perang Dunia Kedua. Seramai 380,000 penduduk Sarajevo pada waktu itu tidak mempunyai bekalan elektrik, air atau alat pemanas, dan terpaksa bersembunyi daripada terkena tembakan meriam yang dilepaskan oleh pengganas Serb setiap hari.

Selepas perang tamat, banyak kubur besar mangsa askar Serb ditemui satu persatu, mengandungi tulang dan mayat manusia yang ditanam beramai-ramai dipercayai mayat penduduk Bosnia.

Selepas 20 tahun perang itu berlalu, kesengsaraan penduduk Islam Bosnia terus dikenang dengan mengadakan pelbagai acara dan tragedi itu pasti tidak akan hilang daripada ingatan sampai bila-bila.

Ahli keluarga dan saudara-mara mangsa kekejaman askar Serb menziarahi satu daripada kubur besar di Bosnia.




Cuba kita selami sebentar situasi di bawah yg berlaku pada waktu pembersihan etnik tersebut:

“..berdasarkan kepada keterangan Sulejman Besic yang berusia 46 tahun, seorang Chetnik (askar serb) yang dipanggil Dusan Tadic telah pergi menemui seorang wanita Islam dan menjerit kepadanya untuk memberitahu di mana suaminya berada. Dia kemudian mengarahkan wanita tersebut supaya menanggalkan pakaiannya, dan mengancam akan membunuhnya jika dia enggan berbuat demikian. Dalam menangis, dia mula membuka pakaiannya di hadapan mata pistol. Namun demikian tidak kurang seminit selepas iu, Tadic menembaknya di kepala. Kemudian dia membawa anak lelaki wanita tersebut yang mana selama adegan ngeri ini berlaku, dia terbaring tidak berapa jauh dalam keadaan tangannya diikat. Anak lelaki itu kemudian disuruh merogol ibunya yang sudah mati. Di kemudian menangis dengan sekuat-kuatnya, dan akhirnya dengan segera ditembak mati oleh Dusan Tadic.” –dipetik daripada Harun Yahya.




The Serbs were ruthless: 8,000 Muslim men and boys were massacred, and 20,000 Muslim women, children, and elderly were expelled to Tuzla.


This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 900x675.


August 30, 1995: NATO planes, supported by UN ground troops, launched massive airstrikes on Serb strongholds around Sarajevo, causing the Serbs to shell Sarajevo in response.

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 900x675.


This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 800x529.




This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 1600x1062.


This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 1200x800.

Al-Fatihah kepada saudara islam yang terkorban di Bosnia

Misteri Di Sebalik Kota Mekah



Firman Allah Ta’ala yang bermaksud :
“Allah telah menjadikan Kaabah, rumah suci itu sebagai pusat bagi manusia.” (Surah Maa’idah: 97)

Neil Amstrong telah membuktikan bahwa kota Mekah yang terletaknya Kaabah adalah pusat kepada planet Bumi.
Sebenarnya di dalam Al-Quran terlebih dahulu membicarakan perkara ini, sebagai hamba Allah yang diberikan akal fikiran perlulah meneliti dan berfikir disebalik rahsia-rahsia yang terkandung didalam ayat-ayat suci Al-Quran Al-Karim.

Diantara Kalam-kalam Allah Ta’ala mengenai Mekah Pusat Bumi.

Firman Allah yang bermaksud :
“Demikianlah Kami wahyukan kepadamu al-Quran dalam bahasa Arab supaya kamu memberi peringatan kepada Ummul Qura (penduduk Mekah) dan sekalian penduduk dunia di sekelilingnya (negeri-negeri di sekelilingnya).” (asy-Syura: 7)

Kata “Ummul Qura” bererti induk bagi kota-kota lain, dan kota-kota di sekelilingnya, menunjukkan Mekah adalah pusat bagi kota-kota lain, dan yang lain hanyalah berada di sekelilingnya.

Lebih dari itu, kata “ummu” (ibu) mempunyai erti yang cukup penting dan luas di dalam peradaban Islam.

Sebagaimana seorang ibu adalah sumber dari keturunan, maka Mekah juga merupakan sumber dari semua negeri lain serta keunggulan di atas semua kota.



Allah berfirman lagi yang bermaksud :
“Wahai jin dan manusia, jika kamu sanggup menembusi (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusinya kecuali dengan kekuatan (ilmu pengetahuan).” (ar-Rahman: 33)
Kata “aqthar” adalah bentuk jamak dari kata “qutr” yang bererti diameter, dan ia mengacu pada langit dan bumi yang mempunyai banyak diameter.


Berdasarkan ayat ini dapat difahami bahawa diameter lapisan-lapisan langit itu di atas diameter bumi (tujuh lempengan bumi).

Jika Mekah berada di tengah-tengah bumi, dengan itu bererti bahawa Mekah juga berada di tengah-tengah lapisan-lapisan langit.


Selain itu ada hadis yang menerangkan bahawa Masjidil Haram di Mekah, tempat kaabah berada itu ada di tengah-tengah tujuh lapisan langit dan tujuh lapisan yang membentuk bumi.


Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya :
“Wahai orang-orang Mekah, wahai orang-orang Quraisy, sesungguhnya kamu berada di bawah pertengahan langit.”


Berdasarkan penelitian di atas, bahawa Mekah berada pada tengah-tengah bumi (pusat dunia), maka benar-benar diyakini bahawa Kota Suci Mekah, bukan Greenwich, yang seharusnya dijadikan rujukan waktu dunia.

*(Dipetik dari Eramuslim “Makkah Sebagai Pusat Bumi” Oleh Dr. Mohamad Daudah)
Ia menyedari kemungkinan menggambar suatu lingkaran dengan Makkah sebagai titik pusatnya, dan garis luar lingkaran itu adalah benua-benuanya.

Dan pada masa yang sama, ia bergerak bersamaan dengan keliling luar benua-benua tersebut.

(Majalah al-Arabiyyah, edisi 237, Ogos 1978).


Peristiwa yang berlaku setiap tahun iaitu fenomena Istiwa Matahari di Atas Kaabah.
Gambar-gambar Satelit, yang muncul kemudian pada tahun 90-an, menekankan hasil yang sama ketika kajian-kajian lebih lanjut mengarah kepada topografi lapisan-lapisan bumi dan geografi waktu daratan itu diciptakan.

Telah menjadi teori secara ilmiah bahawa lempengan-lempengan bumi terbentuk selama usia geologi yang panjang, bergerak secara teratur di sekitar lempengan Arab.

Lempengan-lempengan ini terus menerus memusat ke arah itu seolah-olah menunjuk ke Mekah.

Kajian ilmiah ini dilaksanakan untuk tujuan yang berbeza, bukan dimaksud untuk membuktikan bahwa Makkah adalah pusat dari bumi.

Bagaimanapun, kajian ini diterbitkan di dalam banyak majalah sains di Barat.




Neil Amstrong membuktikan bahwa kota Mekah yang terletaknya Kaabah adalah pusat kepada planet Bumi, sedangkan Al-Quran sejak 1400 tahun yang lalu telah berbicara mengenai kota Mekah dan kaabah adalah pusat bumi ini.

Ketika kali pertama Neil Amstrong melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata, “Planet Bumi ternyata bertumpu di area yang sangat gelap, dan di manakah ia berpusat?.”

Fakta ini telah diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah.


Para angkasawan telah menemui bahawa planet Bumi itu mengeluarkan satu radiasi, secara rasmi mereka mengumumkannya di Internet.

Tetapi sayangnya 21 hari kemudian website tersebut hilang dan seperti ada alasan tersembunyi di sebalik penghapusan lama web tersebut.


Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyatalah radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, dan tepatnya berasal daripada Kaabah.

Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berakhir).

Perkara ini terbukti ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjutan.

Para peneliti Muslim mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Kaabah di planet Bumi dengan Kaabah di alam akhirat.




Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, terdapat suatu area yang bernama ‘Zero Magnetism Area’, di mana apabila kita mengeluarkan kompas di kawasan tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali kerana daya tarikan yang sama besar antara kedua kutub .


Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka dia akan hidup lebih lama, lebih sihat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan graviti.

Oleh sebab itu lah ketika kita mengelilingi Kaabah, maka seakan-akan diri kita dicas oleh suatu tenaga misteri yang menyebabkan kita bertenaga ketika mengelilingi kaabah dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.


Mekah atau Greenwich?
Berdasarkan pertimbangan yang saksama bahwa Mekah berada tengah-tengah bumi sebagaimana yang dikuatkan oleh kajian-kajian dan gambar-gambar geologi yang dihasilkan satelit, maka benar-benar diyakini bahawa Kota Suci Mekah, bukan Greenwich, yang seharusnya dijadikan rujukan waktu dunia.

Hal ini akan mengakhiri kontroversi lama yang bermula empat dekad yang lalu.

Ada banyak perbalahan ilmiah untuk membuktikan bahawa Mekah merupakan wilayah kosong bujur sangkar yang melalui kota suci tersebut, dan ia tidak melewati Greenwich di Britain.

GMT dipaksakan pada dunia ketika majoriti negeri di dunia berada di bawah jajahan Inggeris.
Jika waktu Mekah yang diterapkan, maka mudah bagi setiap orang untuk mengetahui waktu solat.





Penelitian lainnya menyatakan bahawa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga boleh terapung di air.

Di sebuah muzium di negara Inggeris, terdapat tiga buah potongan batu tersebut (dari Kaabah) dan pihak muzium juga mengatakan bahawa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem suria kita.




Rasulullah SAW bersabda :
“Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.” (Jami’ al-Tirmidzi al-Hajj)

“Hajar Aswad dari batu-batuan Syurga dan tidak ada suatu benda di bumi yang turunnya dari Syurga selain batu itu.” (HR. Thabrani)


Wallahu’alam..

Wanita Paling Ramai Melahirkan Anak











Tidak ada maklumat yang jelas tentang wanita ini. Yang pastinya beliau ialah isteri pertama Feodor Vassilyev (1707-1782), seorang petani dari daerah Shuya, Rusia.

Dia dikatakan telah melahirkan seramai 69 orang anak, antaranya 16 kali anak kembar dua, 7 kali bayi triplets (kembar tiga), 4 kali bayi quadruplets (kembar empat).

Wanita ini adalah isteri pertama Feodor Vassilyev yang dikatakan telah membunuh diri atas sebab yang tidak diketahui. Feodor kemudiannya berkahwin lain, dan hebatnya dia berjaya memujuk isteri keduanya untuk mengurus 69 orang anaknya.

Fakta yang menarik lagi, dari 69 kelahiran, yang selamat adalah 67 orang. Jika setiap daripada anak itu menghasilkan 2 orang anak lagi (jumlah yang sangat rendah untuk standard zaman dahulu), dan jika dari 2 anak tersebut menghasilkan 2 orang anak lagi, dan dengan perkiraaan jarak antara generasi sekitar 25 tahun, maka ketika ini keturunan Feodor sudah mencapai 70 ribu orang.

patut ler Rusia salah satu negara paling ramai penduduk 

Bagaimana Eiffel Tower dibina


Lokasi : Paris, Perancis
Tempoh pembinaan : 2 tahun
Dibuka : 1889
Antena/Puncak : 324 m (1,063 kaki)
Bumbung : 300.65 m (986 kaki)


Sejarah pembinaan Eiffel Tower ini bermula pada 1887 -1889 oleh Alexandre Gustave Eiffel seorang warganegara Perancis. Kos pembinaan pada ketika itu dianggarkan 1.5juta Euro. Pembinaan ini telah melibatkan 300 orang pekerja bagi membangunkan menara Eiffel ini.

Menara Eiffel (Bahasa Perancis: La Tour Eiffel, /tuʀ ɛfɛl/) ialah menara besi yang dibina di atas Champ de Mars bersebelahan Sungai Seine di Paris, Perancis.

Menara Eiffel adalah bangunan yang tertinggi dan paling menonjol di kota Paris dan dikenali di dunia sebagai simbol negara Perancis. Dinamakan bersempena nama perancangnya, Alexandre Gustave Eiffel, menara ini merupakan monumen yang paling kerap dilawati di dunia; 6,428,441 orang melawatnya pada 2005 dan lebih 200 juta orang sejak ia dibina. Menara ini memiliki ketinggian 300 meter dan di atasnya terdapat antena televisyen setinggi 24 m.

Lif memang diperlukan untuk bangunan setinggi ini untuk mengangkut pelawat ke atas dan ke bawah. Tahukah anda semua lif Menara Eiffel ini jika dihitung jumlah kegunaan tahunannya adalah bersamaan dengan 2 setengah kali mengelilingi dunia atau lebih daripada 103,000 km.

Menara ini bergoyang sedikit apabila hari berangin.Tetapi pada tahun 1999, kejadian ribut telah menyebabkan ia bergerak 13 sm dari kedudukan asalnya. Malah matahari juga boleh menyebabkan menara ini condong sehingga 18 sm.

Menara besi ini juga diperlukan belaian. Ia dicat semula setiap 7 tahun, tetapi bukanlah sebarang cat yang digunakan. Selepas menjalani sesi perbincangan yang serius, warna tembaga dengan variasi 3 tona telah dipilih kerana kombinasi 3 warna yang berbeza ini dianggap berpadanan dengan warna lagit Paris.

Sewaktu pembukaan rasmi Menara Eiffel, juruteranya "Gustave Eiffel" mendaki semua 1,710 anak tangga ke puncak menara untuk memacakkan sendiri bendera Perancis.



This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 1200x840.



This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 1200x840.




This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 1011x1500.




















[/IMG]




This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 1060x1600.
[/IMG]





This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 704x1024.


Dalam pembinaa berlangsung, hanya 1 orang sahaja mati di kawasan pembinaan tersebut. Rekabentuk Eiffel Tower ini direka berdasarkan pengiraan matematikal yang melibatkan pengiraan rintangan angin. Beginilah sejarahnya mengenai pembinaan Eiffel Tower.

Gambar Belangkas