Showing posts with label Kisah Akhir Zaman.. Show all posts
Showing posts with label Kisah Akhir Zaman.. Show all posts

Saturday, June 4, 2011

Membongkar Penampilan Dajjal Sebagai Merlin

Mungkin satu kebetulan yang dirancang oleh Allah SWT, satu manuskrip lama telah ditemui dan dihimpun didalam teks Inggeris kuno dengan judul The Didot Perceval Anon yang ditulis pada kurun ke-14. Teks ini dipercayai sebagai teks awal yang menjelaskan kisah manusia misteri yang wataknya hampir sama dengan penampilan Dajjal yang saya maksudkan.

Teks-teks lama ini jelas menceritakan mengenai Dajjal yang lahir tanpa bapa, hasil pencatuman benih manusia dengan syaitan, dikenali sebagai anak istimewa, kekal muda, panjang usianya, mempengaruhi sejarah tamadun bangsa Eropah, pembina binaan misteri, seorang dukun agung, bersembunyi di dimensi hibernasi dan akhirmya dikatakan akan kembali untuk memerintah dunia di penghujung zaman. Berikut ditemui kata-kata manusia misteri itu yang tercatat di dalam The Didot Perceval Anon :
"Oleh kerana saya tidak dikenali, maka saya akan tetap kekal begini, biarlah sejarah mencatatkan sedemikian dan saya tetap di dalam dunia misteri di mana saya tidak akan menampilkan diri."
Siapakah manusia misteri ini? Watak lelaki misteri ini terpahat di dalam hampir semua lagenda Eropah namun tidak ramai yang mengenalinya. Ya, dialah Merlin The Shaman.
"Merlin sungguh mewarisi tradisi purba dan merupakan anak yang istimewa. Di dalam senarai perkara yang dinyatakan, dia dilahirkan dengan pencatuman benih dari alam dunia dan langit, dia dibesarkan secara rahsia, memiliki keupayaan untuk mengalahkan segala cabaran yang mendatang, tampil di dunia dan memukau setiap manusia dengan kemahiran magik dan kedukunannya. Kemudian dia dapat mengubah arah perjalanan dunia sebelum dia pergi ke suatu tempat yang jauh tetapi mesej suaranya masih dapat didengari kita."
Dari mana perkataan ini diperolehi? Susunan ayatnya amat sesuai dengan watak Dajjal. Teks diatas ini dipetik dari teks Inggeris lama yang ditulis pada abad ke-14. Apakah mungkin ia satu kebetulan? Mustahil. Apakah ada alasan lain untuk menghuraikannya? Ketika dunia Islam sibuk mencari Dajjal yang bertubuh besar dan bermata satu, apakah mungkin dia tampil dengan bentuk penyamaran yang mengubah fizikal tubuh dan wajahnya melalui kuasa sihir dan kesaktiannya? Dajjal lahir menerusi pencatuman benih antara manusia dan syaitan.{1} Oleh itu, untuk mengubah penampilannya adalah sesuatu yang tidak mustahil. Dia dapat melakukan penyamaran seperti iblis dan jin yang diberi kuasa untuk merubah bentuk menjadi orang tua, wanita dan budak kecil. Sesuai dengan satu hadith Nabi SAW menyebut bahawa "makhluk halus ini boleh menyerupai apa sahaja tetapi tidak menakutkan." 

John Matthews dalam tulisannya, Merlin : Sharman, Prophet, Magician mengatakan :
"Merlin sungguh mewarisi tradisi purba dan merupakan anak yang istimewa. Di dalam senarai perkara yang dinyatakan, dia dilahirkan dengan pencatuman benih dari alam dunia dan langit, dibesarkan secara rahsia, memiliki keupayaan untuk mengalahkan segala cabaran yang mendatang,..."
Merlin a.k.a Dajjal 

Merlin dikatakan bertanggungjawap mendirikan bongkah-bongkah batu Stonehenge, guru kepada King Athur dan perencana zaman keemasan England dan turut merencana kebangkitan rakyat Anglo-Saxon. Dia seolah-olah memuliakan satu bangsa yang hina. Dia dikenali sebagai seorang tua yang hidup dengan penuh magik dan sakti. Ada ketikanya dia diangkat menjadi prophet di kalangan mereka. Watak Merlin mempunyai pengaruh yang besar di dalam sejarah konspirasi zaman baru atau apa yang dikenali sebagai New World dan New Age; ia saling berhubungan. Dia memilih Britain sebagai tapak pelancaran sebuah 'penipuan agung'.

Kisah Merlin sememangnya membayangi sejarah Britain. Sejarah hidup Merlin dipenuhi dengan misteri. Jika ada yang mengatakan bahawa ia (kisah Merlin) hanya sekadar epik Britain, ketahuilah, bahawa terdapat bukti nyata bahawa merlin ini hidup dan bergaul dengan manusia.
"Walau apa pun sejarah hidup Merlin, walau dari mana pun asal usulnya, dia tidak pernah berhenti mengambil tahu hal dunia dan manusia yang menghuninya. Tugasnya yang penuh rahsia di dalam membangunkan sejarah Britain sejak dari zaman Geoffrey of Mommouth hingga Mary Stewart. Sebagai penerahu utama di dalam membina kerajaan Raja Arthur dan pengasanya Meja Bulat, sebagai nabi, pengawas, dan adakalanya sebagai semangat Britain, kemudiannya adalah benar."{2}
Kira-kira ratusan teks dan karya mengenai riwayat hidupnya ditulis untuk membuktikan bahawa Merlin benar-benar wujud.

Merlin dan King Arthur

Merlin, tukang sihir dan penasihat kepada King Arthur digambarkan sebagai seorang tua berambut panjang, berjanggut dan bermisai. Ciri ini sama seperti gambaran Quetzalcoatl dan Jesus. Merlin yang dikatakan pandai menggunakan sihir, juga dikatakan sebagai guru atau mentor kepada King Arthur.
Ketika zaman pemerintahan  King Arthur, England dikatakan berada di puncak kegemilangan. King Arthur, pedang Excalibur, the Round Table, Lancelot dan Guinevere bukan sekadar epik England tetapi adalah hikayat sejarah yang dikenali umum.

Perincian Karekter Merlin

Dalam satu karya Powys, John Cowper, bertajuk The Merlin of Porius, dinyatakan bahawa Merlin adalah seorang manusia yang huge dan slow earth-man.
"Merlin dari Porius adalah sebahagian manusia dan sebahagian tuhan, bertubuh besar, berjalan dengan amat perlahan dan menggemari kehijauan hutan dan bukit adalah karekter Merlin pada suatu ketika dahulu, dia mengabdikan dirinya untuk mendirikan zaman keemasan untuk menyiapkan kemunculan kembali ke bumi, zaman Satum/Cromos, di mana tuhan merestuinya sebagai avatar yang sebenar."
Saiz tubuh Merlin yang besar dari saiz manusia biasa disebut di dalam petikan di atas seolah-olah merujuk kepada kata Tamim ad-Dari ; Dajjal seperti gergasi, cekap menangkap isyarat kata, cepat menyampaikan ilmu, luas kefahamannya, dan tidak sabar di dalam urusan dunia. Oleh kerana itu, huraian di atas amat sesuai dengan apa yang disebutkan oleh Tamim ad-Dari.

Berdasarkan kod-kod yang ditinggalkan (pada binaan-binaan), Merlin juga memberi mesej bahawa dia akan kembali di akhir zaman.

Merlin Akan Muncul di Akhir Zaman 
Sheikh Imran Nazar Hosein, penulis buku Jerusalem In The Quran pernah mengatakan bahawa di negara inilah (Britain) Dajjal akan menebarkan penipuannya. benarlah kata-katanya bahawa di sinilah Dajjal akan memulakan perancangan kemunculannya (di akhir zaman). 
"Nabi Muhammad SAW telah mengingatkan kita tentang perlepasan Dajjal  sewaktu hayat baginda. Baginda meneruskan dengan berkata apabila Dajjal dibebaskan ke dunia ini, dia akan hidup di muka bumi ini selama 40 hari. Satu hari seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti semunggu dan hari-hari seterusnya seperti hari-hari kita.

Analisis yang terkandung di dalam buku ini memberi hujah bahawa, apabila Dajjal berada pada hari yang seperti setahun, British merupakan tanah jajahannya. Dan apabila Dajjal berada pada hari yang seperti sebulan, Amerika Syarikat menjadi tanah pemerintahannya. Dan akhirnya apabila Dajjal berada pada hari yang seperti seminggu, dia pergi balik semula ke tanah suci Israel."
John Matthews dalam Merlin Sharman, Prophet Magician pula menyebut ;
"Merlin tidak akan mati bahkan dia tidak akan menzahirkan dirinya yang sebenar dan hanya akan muncul pada akhir zaman..."{3}

Bacalah dengan hati yang terang. Kisah Merlin bukanlah sebuah epik dan bukan dogma atau propaganda Barat. Ia adalah sebuah sejarah aneh yang telah tertulis. Lipatan sejarah silam ini mengesahkan bahawa Merlin memang pernah hidup hidup bersama bangsa Eropah dan kemudian pergi tetapi tidak disebut sebagai sebagai mati. Kini, dia dinantikan sebagai raja yang akan kembali ke dunia.{4} Kajilah sejarah kejatuhan pemerintahan khalifah Turki Uthmaniyah dan pembinaan negara Zionis...

______________________________________
1.Lihat Muhammad Isa Dawud, Dajjal Akan Muncul Dari Segitiga Bermuda
2.Lihat John Matthews, Merlin : Shaman, Prophet Magician, hlm 132
3.Lihat John Matthews, Merlin : Shaman, Prophet Magician, hlm 126
4.Lihat Muhammad Nurani Maarif, Membongkar Misteri Dajjal

Thursday, June 2, 2011

Hakikat Akhir Zaman Yang Disebutkan Oleh Abu Hurairah

Saya percaya bahawa maklumat ini pasti akan menggetarkan jiwa setiap pembaca kerana setiap apa yang berlaku kini adalah sebuah hakikat yang sudah disebutkan oleh Nabi SAW. Ia dipetik daripada kalam sahabat Rasulullah SAW yang mulia, Abu Hurairah : 
"Narrated Abu Huraira: I have memorized two kinds of knowledge from Allah's Apostle . I have propagated one of them to you and if I propagated the second, then my pharynx (throat) would be cut (i.e. killed)."
Terjemahan: Aku telah menghafal dua karung ilmu daripada Rasulullah SAW adapun salah satunya telah aku sebar luaskan, sedangkan yang satu lagi andaikata aku sebar luaskan maka (pasti) leher ini akan dipenggal."{1} 
Imam Ibn Hajar menulis di dalam Fathur Bari bahawa Saidina Abu Hurairah mengetahui nama-nama para amir, raja dan ayah mereka. Abu Hurairah pada mulanya menyembunyikan ilmunya mengenai hal itu kemudian menyampaikannya menjelang kematiannya kerana takut dosa di atas perbuatan menyembunyikan ilmu.

Ini adalah atsar yang diriwayatkan oleh Sayyidina Abu Hurairah, Sayydina Ibn Abbas, dan Sayydina Ali bin Abi Thalib. Dia berkata pada orang-orang disekelilingnya :
"Aku mempunyai maklumat mengenai peperangan-peperangan yang terjadi di akhir zaman." Maka orang-orang berkata : "Beritahukanlah kepada kami, tidak mengapa semoga ALLAH memberikan pahala yang lebih baik." Maka beliau pun berkata : "Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1300 tahun dan hendaklah kalian menghitung beberapa dekad kemudian, Raja Romawi berpendapat bahawa Perang Dunia yang melibatkan seluruh dunia pasti terjadi maka ALLAH mengkehendaki peperangan baginya.

Tidak lama masa berlalu, satu dekad dan satu dekad lagi berkuasalah seorang lelaki dari negara bernama Jirman (Jerman), ia mempunyai nama 'hirr' (kucing), ia ingin menguasai dunia dan memerangi semua negeri bersalju dan kaya, maka ia berada di dalam murka ALLAH. Setelah berlangsung tahun-tahun api, dia dibunuh secara hina oleh rahsia Rusy atau Rus."

"Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1300 tahun, hitunglah lima atau enam, Mesir akan diperintah oleh seorang lelaki yang digelar sebagai Nashir, oran-orang Arab menyebutnya sebagai 'syuja' ul arab' (Pemberani Orang Arab), ALLAH menghinakannya dalam sebuah peperangan dan sebuah peperangan lagi; dia tidak mendapat kemenangan. ALLAH mengkehendaki untuk memberikan kemenangan bagi Mesir, kemenangan sejati bagi-Nya, pada bulan yang paling dicintai-Nya dan milik-Nya, maka Pemilik Rumah dan Bangsa Arab menyenangkan Mesir dengan Asmar Sada, ayahnya Anwaru Minhu - lebih bercahaya daripada dia, akan tetapi dia membuat perjanjian damai dengan pencuri-pencuri Masjidil Haram di negeri yang penuh duka.

Dan di Iraq Syam, ada lelaki yang sangat kejam...dan...Sufyani, pada salah satu daripada kedua matanya ada kasal, 'kelopak mata yang turun' sedikit. Namanya diambil daripada pecahan kata shidam dan dia 'shaddam liman aradhahu' (penghancur bagi siapa saja yang menentangnya, dunia berkumpul menyerangnya di (Kut) kecil yang dimasukinya dan dia tertipu. Tidak ada kebaikan di dalam diri Sufyani kecuali dengan Islam. Dia adalah orang yang baik dan jahat dan kecelakaan bagi pengkhianat al-Mahdi al-Amin."

"Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1400 tahun, hitunglah dekad itu dua atau tiga... akan muncul al-Mahdi al-Amin (pemimpin yang mendapat petunjuk dan dapat dipercayai), memerangi seluruh dunia, bersatu memeranginya ialah orang-orang yang sesat (Nasrani), orang-orang yang dimurkai (Yahudi), serta orang-orang yang keterlaluan dalam kemunafikannya di negeri Isra' dan Mi'raj dekat gunung Mageddon. Akan keluar menghadapinya Ratu Dunia dan tipu muslihat, penzina namanya (Amerika). Ia merayu dunia pada hari itu dalam kesesatan dan kekafiran. Yahudi ketika itu berada di puncak ketinggian, menguasai Al-Quds dan kota suci. Seluruh negeri datang dari laut dan udara kecuali kecuali negeri-negeri salju yang sangat dingin dan negeri-negeri panas yang sangat panas. Al-Mahdi melihat bahawa seluruh dunia sedang membuat tipu muslihat terhadapnya dan yakin bahawa ALLAH boleh membuat tipu muslihat yang lebih rumit.

Dia yakin bahawa seluruh alam adalah milik ALLAH, kepada ALLAH saja semua akan kembali. Seluruh dunia adalah pohon baginya yang akan dikuasai dari ranting hingga akarnya (...) maka ALLAH melempari mereka dengan anak panah yang paling dahsyat, yang membakar bumi, laut dan langit mereka. langit pun menurunkan hujan yang buruk dan seluruh penduduk bumi mengutuk semua orang kafir di bumi dan ALLAH mengizinkan hilangnya semua kekufuran."{2}

Huraiannya adalah seperti berikut :
Perang Dunia Pertama :
Disebutkan - Pada dekad-dekad Hijriyah setelah 1300 tahun dan hitunglah beberapa dekad... yakni kita menghitung beberapa dekad setelah tahun 1300 H. Demikianlah jumlah dekadnya masih kabur. Satu dekad adalah 10 tahun. Dan benar, pada tahun 1914 Masihi atau sekitar tahun 1332 H, terjadilah peperangan. Bererti, jumlah dekad yang masih kabur itu adalah tiga dekad ditambah kira-kira dua tahun lagi.

Perang Dunia Kedua :
Disebutkan - Tidak lama masa berlalu, satu dekad dan satu dekad lagi, berkuasalah seorang lelaki dari negara yang bernama Jirman (Jerman), ia mempunyai nama 'hirr' (kucing), ia ingin menguasai dunia dan memerangi semua negeri... dan benar, hanya 20 tahun kemudian (2 dekad bersamaan sebutan Abu Hurairah, satu dekad dan satu dekad lagi) meletuslah Perang Dunia Kedua yang digerakkan oleh as-Sayyid al-Kabir (pemimpin besar atau Hitler). Di Jerman orang memanggilnya Hitler.

Perang Dunia Ketiga :
Disebutkan - Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1400 tahun, hitunglah dekad itu dua atau tiga... bermaksud peperangan akan terjadi diantara tahun 1420 H hingga 1430 H. Kita sekarang berada pada tahun 1431 H, maka peperangan itu sudah berada diambang pintu, boleh meletus pada bila-bila masa saja.{3}


Wallah ua'lam...

______________________________________________
2.Al-Fitan, hlm 216. Tempat yang bertitik (...) adalah tulisan yang terhapus pada manuskrip asal. Lihat juga Huru-Hara Akhir Zaman, hlm 47-50
3. Lihat Amin Muhammad Jamaludin, Huru-Hara Akhir Zaman, hlm 49-51

Tuesday, February 22, 2011

Dunia kembali ke zaman lampau selepas 2038?

Mungkinkah perang akhir zaman akan menggunakan pedang, panah, kuda?

Ramalan Badai Matahari
Berikutan beberapa ramalan berdasarkan kajian oleh NASA dan beberapa pihak, timbul beberapa dakwaan bahawa pada 2012 atau 2013 akan berlaku satu badai matahari yang secara tidak langsung akan memberikan kesan terhadap kehidupan dimuka bumi. Artikel berkaitan boleh dibaca di sini.

Menurut agensi berita di London, aktiviti nyalaan api yang meluap-luap di matahari akan mencetuskan huru-hara di seluruh dunia pada tahun 2013.

Nyalaan api yang meluap-luap itu dijangka memutuskan bekalan elektrik dan komunikasi satelit selain menjejaskan penerbangan, perkhidmatan kewangan dan komunikasi radio di Bumi melibatkan tempoh sehingga beberapa bulan. 

Maklumat itu didedahkan oleh Setiausaha Pertahanan Britain, Dr. Liam Fox semasa dia menyampaikan ucapan pada persidangan kelemahan grid elektrik di seluruh dunia di sini pada Ahad lepas. 

Sebelum ini, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) memberi amaran nyalaan besar matahari itu akan menghasilkan tahap radiasi yang tinggi sehingga menyebabkan berlakunya ribut magnetik di Bumi sekali gus bakal memusnahkan teknologi manusia. 

Nyalaan besar matahari membentuk lingkaran-lingkaran api dengan kuasa letupan 100 bom hidrogen yang boleh mencetuskan kemusnahan ekonomi 20 kali ganda lebih teruk berbanding Taufan Katrina yang melanda negeri Lousiana di Amerika Syarikat (AS) pada 2005.

Blog Mistis Files dalam artikelnya disini menceritakan secara terperinci fakta berkaitan dengan hal ini. Antara petikan daripada artikel tersebut ; bumi adalah seperti metamorfosis.

Bumi sebenarnya penuh dengan kombinasi daya-daya yang kita tahu dan tidak tahu. Bumi sebenarnya mengalami perubahan-perubahan di sepanjang kewujudannya atau kita namakan ia sebagai 'shifting'. Dua perubahan yang popular adalah Galactic Shift dan Polar Shift. Perubahan ini berkait dengan kitaran (cycle) dan mengikut pemerhatian saya, terdapat banyak kitaran yang dikaji oleh para saintis, seperti kitaran 30 tahun, 50 tahun, 100 tahun, 1000 tahun sehingga kitaran 26000 tahun, 78000 tahun dan 26 juta tahun. Inilah maksud metamorfosis itu. Setiap kitaran menghasilkan kesan-kesan secara fizikal, elektrik, elektromagnet, iklim atau sebagainya.

Salah satu teori yang popular ialah 'Galactic Allignment' yang dijadualkan akan berlaku pada 2012 dan ini disensasikan lagi dengan teori Kalendar Maya dan filem 2012.Galactic Allignment dikatakan akan menukar kedudukan 'solstice point'. Kajian mendalam juga menyebut mungkin paksi bumi juga akan terlibat dan jika ini berlaku,saya membuat pemerhatian ada kaitan pula dengan putaran bumi dan jika benar semua perhitungan saintifik saya, teori Galactic Allignment ini ada hubungan pula dengan perubahan putaran bumi itu. Bumi sebenarnya ibarat rama-rama yang mengalami metamorfosis; dari telur, beluncas, kepompong hinggalah kepada seekor rama-rama yang cantik.
Apakah sebenarnya yang berlaku? Adakah benar bumi akan musnah pada Disember 2012 seperti ramalan Kalendar Maya itu?
 
Bumi tidak akan musnah pada 2012. Jika anda mengkaji Kalendar Maya itu, anda akan faham bahawa apa yang sebenarnya mahu diberitahu oleh para cendekiawan Maya ialah perubahan yang akan berlaku pada bumi dalam kitaran tertentu.Bukan maksudnya bumi akan kiamat pada tahun 2012.Para sejarahwan dan pakar bahasa Maya juga saintis memanggil fenomena 2012 sebagai 'The Shift' bukannya 'The Judgment Day'.Hanya orang awam sahaja dipanik-panikkan dengan dakwaan kiamat 2012 oleh para konspirator dan pembuat filem yang mengaut keuntungan dari perkara ini.
Wikipedia : Masalah Tahun 2038
Dalam sebuah laman wikipedia, terdapat sebuah artikel yang menceritakan secara ringkas berkenaan masalah yang akan berlaku pada tahun 2038. Year 2038 Problem boleh dibaca di sini. Kesemua teknologi akan hancur dan hilang, selepas dari tarikh itu kita akan kembali ke zaman lampau, 'back to basic'.
 
Dari 2011 ke 2038 
 
a. Tasik Galilee - Bukanlah kuasa kita untuk membuat sebarang ramalan mengenai hari kemusnahan atau setidak-tidaknya hari dimana berlakunya pertembungan antara Islam-Kristian-Yahudi/Dajjal. Namun, sebagai manusia yang berakal dan umat Islam yang digalakkan menimba ilmu rasanya tidak salah untuk membuat sedikit kajian.
 
Tasik Galilee juga disebut "Lake of Gennesaret". Juga ada yang memanggil "Lake Kinneret" dan ada yang menyebut "Sea of Tiberias". Ia terletak berdekatan dengan Bukit Golan. Ia merupakan tasik air tawar terbesar di Timur Tengah, dan memiliki ukur lilit sepanjang kira-kira 53 km (33 batu), kira-kira 21 km (13 batu) panjang, dan 13 km (8 batu) lebar. Tasik ini memiliki keluasan sebanyak 166 km², dan kedalaman maksima kira-kira 43 m (141 kaki).
Pada kedalaman 209 meter di bawah paras laut, menjadikan tasik air tawar ini adalah yang kedua terendah di muka Bumi. Laut Mati adalah sebuah tasik air masin yang pertama terendah di bawah paras laut di muka bumi ini. Kedua-dua tasik atau laut ini seolah-olah berkait rapat antara satu sama lain dan mempunyai 'sejarah' yang tersendiri.

Untuk melihat keadaan dan suasana di sekitar Tasik Galilee, kini saya bawa anda semua melayari ke sana bersama Google Map di bawah:

View Larger Map

Diberitakan Tasik ini menuju ke alam 'kontang'. Proses 'kontang' ini berlaku sejak dari tahun 2000 lagi dan dijangka hanya perlu memakan sekitar 49 tahun saja lagi untuk tasik ini kering hingga ke dasar. Mengikut pemerhatian, proses ini berlaku begitu pantas, bagaimanapun sumber-sumber yang tidak rasmi menyatakan pihak 'Yahudi' telah memohon bantuan badan-badan dunia untuk menaikkan kembali paras tasik ini. Lihat keadaan pasang surut paras air tasik antara tahun 2007 hingga 2010:


Mengikut pengkajian yang telah dibuat (termasuk sebuah portal milik Israel), tasik ini semakin mengering. hal ini terbukti menerusi sebuah laporan oleh akhbar Kosmo! bertarikh, 27.11.2010 ada laporan yang bertajuk Pemimpin Agama Israel Minta Hujan. Sedikit tatapan umum berkaitan akhbar tersebut :
Beberapa orang lelaki yahudi meniup alat muzik Shofar sebelum majlis
penyembaha meminta hujan diatas bot, Tasik Galilee, Israel.
GAMBAR menunjukkan seorang pemimpin agama Yahudi (berjanggut) menaiki
belon udara panas untuk meminta hujan di Kibbutz Ruhama, Negev.
TEL AVIV - Sejumlah pemimpin agama Israel melakukan upacara ritual bagi meminta hujan turun selepas pegawai-pegawai ramalan kaji cuaca meramalkan musim tanpa hujan akan berterusan sehingga bulan depan.
Dua pemimpin agama Yahudi, Yona Metzger dan Shlomo Amar turut mengisytiharkan hari istimewa untuk berpuasa dan berdoa ekoran kemarau yang melanda Israel.
Puasa itu dilakukan kelmarin dan ia akan sekali lagi dilakukan pada Isnin ini. Kelmarin, kedua-dua mereka pergi ke Taman Honi Hame'agel di tepi Laut Galilee untuk berdoa supaya hujan turun.
Dua pemimpin agama Yahudi turut menaiki belon panas dekat Kibbutz Ruhama di Negev bagi melakukan upacara ritual itu semasa berada di udara untuk meminta hujan turun kelmarin.
Pada Isnin ini, mereka meminta semua penduduk Yahudi sama ada di dalam Israel atau di luar negara supaya mengadakan sesi khas selain berpuasa untuk meminta hujan.
Tidak ada hujan yang turun sepanjang bulan ini.Ramai pegawai ramalan kaji cuaca menyatakan musim tanpa hujan akan berterusan sehingga permulaan Disember. Dua minggu lalu, pemimpin agama Yahudi, Kristian dan Islam turut mengendalikan majlis doa untuk meminta hujan di kampung Wallaja. - Agensi


b. Wawasan 2020, Israel 2020 - Sebelum anda membaca fakta dibawah ini anda terlebih dahulu perlu membaca artikel disini yang berkaitan Konspirasi Wawasan 2020 dan Israel 2020.

Lanjutan Tempoh Wawasan 2020 Yang Mencurigakan

Sekarang terdapat ura-ura bahawa wawasan 2020 perlu dilanjutkan ke tempoh 2050. Jika tahun 2050 dipilih dan diisytihar sekali lagi sebagai pengganti Wawasan 2020, maka sahlah, dasar Wawasan 2020 meniru dasar Israel 2020.

Ini kerana, pada kertas kerja Prof Adam Mazor terbitan bersama Samuel Neamen Institute dan Israel Institute of Techonology telah tercatat suatu pernyataan iaitu;
“A corner stone within this context is the continuation of the Israel 2020, within the framework of the S.Neaman Institute, into its second phase, for the second jubilee of Israel, with an extended horizon to the year 2050.”
Sebagai penyelidik konspirasi, kami lebih cenderung untuk mengatakan dasar Wawasan 2020 adalah meniru dasar Israel 2020 kerana angka 2050 telah pun disebut pada tahun 2 Ogos 1991 di dalam sidang Dewan Negara. Apakah ia satu kebetulan?

Angka 2050 telah pun disebut oleh Tuan Adam Bin Kadir (yang ketika itu mempengerusikan Dewan Negara).

Ketika itu, Tuan Adam bin Kadir memperbetulkan ayat Puan Ainon binti Ariffin;
Pn Ainon binti Ariffin : “Saya rasa dalam perkara ini, Tuan Yang Dipertua, ada sedikit silap faham dariapda rakyat kita ini. Apabila dulu Perdana Menteri (Mahathir Mohamed) mengisytiharkan kita inginkan 70 juta dalam masa tahun 2000 kalau saya tidak salah …..”
Tuan Adam Bin Kadir : “…70 juta. Saya rasa tahun 2050″ (Tuan Adam mencelah ucapan Pn Ainon)
Artikel ini hanyalah sebuah kajian ringkas yang mengambil beberapa fakta dari artikel-artikel beberapa sumber. Percaya atau tidak, terpulanglah pada budi bicara para pembaca...

Friday, February 18, 2011

Bendera Israel diatas Dome of the Rock

Adakah Revolusi Dunia Arab kini satu usaha bagi mengalihkan perhatian umat Islam daripada misi sebenar Israel yakni meruntuhkan Masjid al-Aqsa dan pembinaan semula Haikal Sulaiman di atas tapak runtuhan al-Aqsa?

Yayasan Al-Aqsa yang bertanggungjawap ke atas tempat-tempat suci di Palestin yang diduduki - mengutuk keras penyebaran gambar yang dilakukan Zionis Israel terhadap Dome of Rock dengan bendera Israel di atasnya yang disiarkan di internet.

Dalam sebuah pernyataan yang diterbitkan bagi mengutuk tindakan Zionis tersebut, Yayasan Al-Aqsa menunjukkan bahawa penyebaran gambar dengan bendera Israel di atas Dome of Rock menjelaskan posisi Israel, di mana mereka secara fanatik mahu menguasai Masjid Al-Aqsa dan membangun Haikal Sulaiman di atas tapak runtuhan Al-Aqsha.

Yayasan Al-Aqsa mendesak dunia Arab dan umat Islam tidak hanya berdiam diri melihat tindak-tanduk Israel terhadap Masjid Al-Aqsa tanpa mengambil tindakan tegas untuk mencegah tindakan  binatang tersebut terulang kembali, sembari menggambarkan Masjid Al-Aqsa sebagai kompas yang menggambarkan masa depan dan nasib umat Islam.
"Setidaknya yang dapat dikatakan tentang tindakan seperti itu adalah bahawa mereka sangat provokatif, dan mencerminkan tahap kegilaan lembaga pendudukan Israel terhadap kompleks Al-Aqsa," kata yayasan, menambahkan bahawa tujuan sebenarnya dari projek Zionis adalah untuk membangun kuil di atas tapak runtuhan Masjid Al-Aqsa.
Yayasan Al-Aqsa menegaskan kembali keyakinan yang kuat yang bahawa Masjid Al-Aqsa merupakan hak umat Islam dan mimpi Israel untuk membangun Haikal Sulaiman adalah mimpi hitam yang akan hancur. Pihak yayasan turut menegaskan bahawa semua usaha Israel dalam hal ini akan gagal. 
Israel Zionis semakin agresif dalam usaha mereka untuk membina Haikal Sulaiman/Solomon Temple sebagai tempai persemadian al-masih Yahudi (Dajjal) yang dinantikan oleh mereka selama ribuan tahun. Yahudi walaubagaimanapun tidak tahu (bertegas bahawa) Nabi Isa as bukan al-Masih yang sebenarnya. Paderi-paderi Kristian terdahulu mengingatkan tentang satu masa akan tiba apabila Yahudi tersalah anggap Dajjal sebagai al Masih mereka.

Pengguguran melambatkan kedatangan al-Masih?

Ketua Rabbi Israel Yona Metzger dan Shlomo Amar telah menyeru supaya Yahudi Israel menentang aktiviti pengguguran janin kerana ia hanya akan melambatkan kedatangan ‘Al-Masih Yahudi yang Dijanjikan’.


Agak melucukan kerana pada 1974, Yahudi Zionis seperti Henry Kissinger dan Z. Brzezinski telah menyokong dan mengetuai aktviti ini di negara-negara bukan-Barat melalui kawalan makanan, pengguguran dan beberapa kaedah kawalan kelahiran lain. Melalui langkah inilah, purata satu juta kanak-kanak perempuan terbunuh di India. Di AS pula, lebih 1.2 juta pengguguran dilaporkan pada 2005.

Kedua-dua Rabbi Zionis itu menghantar surat kepada semua Rabbi untuk mengajak mereka menentang gejala ini, berdasarkan ajaran Taurat. Mereka juga bercadang untuk membentuk satu jawatankuasa bagai melawan 50,000 Yahudi yang mengamalkan aktiviti pengguguran setiap tahun di Israel (kadar tertinggi di dunia berdasarkan populasi Yahudi Israel yang hanya 5 juta).

Pada 2009 – Metzger dan Amar menyatakan bahawa “pengguguran membunuh ribuan bayi-bayi Israel setiap tahun dan melengahkan kedatangan al Masih”.


Mereka juga berkata bahawa pengguguran hanya akan “melambatkan penebusan dosa” apabila kedatangan al Masih ditangguhkan seperti yang diajarkan dalam Babylonian Talmud dalam Tractate Niddah yang mengatakan bahawa setiap bayi yang lahir membawa orang Yahudi hampir kepada penebusan dosa mereka.

Kecuali beberapa kelompok ahli ‘Rumah Israel’ – yang selebihnya menolak Nabi Isa sebagai ‘al Masih Yahudi yang Dijanjikan (sebut Moshiach dalam bahasa Ibrani)’ kerana baginda gagal memberi mereka kuasa seperti yang diharapkan. Hari ini, Yahudi Berber Afrika dan Khazarian juga percaya yang Nabi Isa adalah seorang “yang palsu” dan bukannya al masih Yahudi yang dijanjikan.

Kitab Tanakh menjelaskan beberapa spesifikasi tentang siapa al Masih. Beliau adalah dari keturunan Nabi Daud (2 Samuel 7:12-13; Jeremiah 23:5), pengikut undang-undang Nabi Musa (Isaiah 11:2-5), hakim yang adil (Jeremiah 33:15), dan seorang pemimpin tentera yang hebat. Nabi Isa memenuhi spesifikasi tersebut kecuali sebagai ketua tentera.
Jerry Rabow menulis dalam bukunya ’50 Jewish Messiahs’ (terbitan tahun 2002) tentang 50 orang pemimpin agama Yahudi yang mengaku sebagai “al Masih Yahudi Yang Dijanjikan” selepas Nabi Isa disalib. Antara yang paling menonjol adalah al Masih Yahudi kurun ke 17 iaitu Shabbatai Tzvi (gambar) yang mana pengikutnya terdiri daripada ‘Kripto-Yahudi’ yang kini masih terdapat di kalangan elit sekular Turki dan di Barat pula, mereka berpura-pura sebagai ‘Kristian’.
Orang Islam mempercayai Nabi Isa adalah al Masih, tetapi tidak meletakkan sifat ketuhanan pada baginda sepertimana yang dilakukan oleh penganut Kristian. Tambahan lagi, paderi-paderi Gereja terdahulu mengingatkan tentang satu masa akan tiba apabila Yahudi tersalah anggap Dajjal sebagai al Masih mereka.

Saturday, February 5, 2011

Matahari Akan Terbit Dari Barat - Saintis Barat


AL-FALAK atau Astronomi merupakan satu bidang ilmu yang begitu kompleks dan rencam untuk dihuraikan, malah keterbatasan daya fikiran menyebabkan manusia tidak dapat mengkaji sesuatu perkara dengan lebih mendalam.

Secara tidak langsung, Al-Falak mempunyai kaitan dengan hukum alam yang dicipta Allah s.w.t bagi berlangsungnya siang dan malam. Namun, apa yang membimbangkan, kita sering diwarnai dengan pelbagai terjahan fenomena yang seharusnya sebagai satu iktibar buat kita semua.

Fenomena matahari terbit dari barat merupakan satu kejadian yang membuatkan pakar-pakar sains berfikir bagi mencari dan mengkaji akan punca kejadian ini. Ianya juga telah mula diperkatakan sejak 1400 tahun dahulu.

Daripada Abu Hurairah r.a, katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda (yang bermaksud):
Tiga perkara, apabila zahir kesemuanya, tidak akan memberi manfaat iman seseorang itu. Sama ada yang tidak pernah beriman sebelum itu atau imannya tidak memberi kebaikan terhadap dirinya. (Iaitu) ketika matahari terbit dari arah barat, Dajjal dan Daabatul Ardh (sejenis makhluk dari dalam bumi).” (Riwayat Muslim)
Sejauh manakah kebenaran fenomena ini? Ikuti wawancara HAPPIS BASHA bersama pakar astronomi negara, PROFESOR DR. MOHD ZAMRI ZAINUDDIN, mengenai fenomena ini.


Ybhg. Prof, apakah yang dimaksudkan dengan ’Retrograde Motion’ sehingga ada yang menyatakan bahawa matahari akan terbit dari sebelah barat? 

’Retrograde Motion’ merupakan satu istilah sains atau lebih tepat dengan pergerakan orbit yang berlawanan. Seperti yang sedia maklum, planet-plenet terdiri daripada Marikh, Musytari, Zuhal, Zuhrah, Utarid, Uranus, Neptun, Pluto dan Bumi. Gerakan planet ini mengelilingi orbitnya sendiri. Bagi Marikh, ia mengambil masa dua tahun mengelilingi matahari berbanding bumi yang hanya mengambil masa satu tahun. ’Retrograde Motion’ ini berlaku apabila Marikh dan Bumi berada opposition atau bertentangan di mana pada suatu ketika Marikh kelihatan seolah-olah bergerak dari barat ke timur. Ini terjadi kerana pergerakan orbitnya yang condong. Ia terjadi setiap dua tahun di mana kelihatan planet Marikh seolah bergerak dari barat ke timur dan bukan dari timur ke barat. 
Retrograde Motion, pergerakan orbit yang berlawanan
 
National Aeronautic and Space Administration (NASA) ada menyatakan bahawa planet Marikh telah mengalami fenomena ini. Sejauh manakah kebenaran fenomena ini dan adakah matahari telah terbit dari sebelah barat di Marikh? 

Apabila kita melihat daripada Bumi, seolah-olah Marikh bergerak dari barat ke timur. Tetapi apabila kita berada di Marikh, pergerakan orbitnya masih bergerak dari timur ke barat. Seperti yang kita ketahui, planet ini mempunyai 75 peratus ketumpatan berbanding Bumi, dan tidak mempunyai medan magnet sekuat Bumi. Kejadian matahari terbit dari barat di Marikh masih belum terjadi dan masih di dalam kajian dan penyelidikan para saintis dunia. 

Apakah pandangan atau kajian saintis mengenai kejadian ini dan adakah ia boleh berlaku kepada bumi dengan cara yang lain? 

Ia boleh berlaku dalam keadaan Bumi dilanggar komet yang besar, lalu beralih pusingan orbitnya dari barat ke timur. Dari sudut yang lain pula, ia boleh terjadi kerana matahari merupakan bintang yang besar dan ia boleh mengembang dan membesar apabila matahari membakar keseluruhan hidrogen di dalamnya dan menjadi red giants atau gergasi merah. Malah pengembangan ini akan merangkumi orbit Utarid dan orbit Kejora sehingga ia akan menghampiri dengan Bumi dan dikatakan sejengkal berada daripada kepala manusia. Saintis menjangka matahari berusia 5,000 juta tahun dan pembakaran hidrogen ini juga dijangka mengambil masa sehingga 10,000 juta tahun, malah ia turut membimbangkan para saintis jika ia berlaku dalam masa yang terdekat. 

Adakah kejadian fenomena ini telah dijangkakan atau satu keganjilan dalam ilmu astronomi? 

Ia bukanlah satu keganjilan dalam dunia sains, cuma ia terlalu kompleks untuk dikaji dan diketahui bila ianya akan berlaku. Seperti yang kita ketahui, saintis Barat juga mengakui kebenaran matahari akan terbit dari sebelah barat dan ia akan berlaku kepada semua planet termasuk Bumi sendiri. 

Apakah implikasi besar kepada pergerakan Bumi jika fenomena ini terjadi? 

Pergerakan Bumi masih lagi seragam dan stabil. Cuma jika dibandingkan dengan Marikh, orbit Bumi lebih kecil daripada Marikh kerana Bumi berada dekat dengan matahari. Malah pergerakan bumi dipengaruhi oleh graviti bulan dan matahari kerana bulan berkaitan dengan proses air pasang surut laut. Jika berlaku sebarang kejadian atau perubahan pada bulan ia turut memberi kesan kepada Bumi yang akan mengakibatkan ketidakseimbangan sistem kepada Bumi. 

Bolehkah para saintis mentarifkan bila akan berlakunya fenomena ini? 

Fenomena ini masih di dalam kajian dan dijangka pada 2014 nanti satu komet yang besar akan berada lebih kurang 40 km laluannya dari Bumi. Ini sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada Bumi, malah penemuan kawah tinggalan asteroid di Chicxuclub, Semenanjung Yucatan kira-kira 322 km di Barat Cancun, Mexico, pada tahun 1991 telah membuktikan bahawa perkara ini pernah terjadi. Kawah dengan diameter selebar 160-240 km ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar kerana diliputi sedimen sejak jutaan tahun lalu.
Chicxulub crater, kesan hentaman asteroid
yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar

Komet adalah asteroid yang merupakan objek angkasa bersaiz kecil dan tidak mempunyai bentuk yang khas. Permukaannya beku serta mengumpul debu dan batuan kecil dari angkasa dan jika ia sebesar gelanggang tenis kekuatan hentamannya pada Bumi adalah lima kali ganda daripada letupan atom yang berlaku di Hiroshima.

Saturday, January 22, 2011

Terowong Untuk Meruntuhkan Masjid al-Aqsa Telah Siap

Pada tahun 1967, setelah perangan antara tentera dan Negara-negara Arab tamat. Israel mula berkuasa di kota Al-Quds dan Masjidil Aqsa.

Mereka membongkar wilayah Magharibah dan menghancurkan 138 gedung, termasuk didalamnya sekolah dan Al-Jami Buraq serta Masjid Magharibah.  Mereka juga mula meggali terowong di bawah masjidil aqsa melalui bahagian tersebut dengan alasan kononnya mencari kesan sejarah wujudnya rumah ibadat mereka, "the King Solomon Temple” di kawasan tersebut."

Pada 9 Ogos 1969, seorang rabbi (pendita) yang berfahaman Zionis, Shlomo Goren masuk ke Al-Haram Al-Quds memimpin Puak Pelampau Yahudi yang berjumlah sekitar lima puluh orang untuk menunaikan “doa” di dalamnya.

Pada 21 Ogos 1969, seorang Yahudi radikal berkerakyatan Australia bernama Michael Dennis Rohan membakar Masjid Al Aqsa, yang mengakibatkan kehancuran mimbar Salahuddin yang berusia lebih dari lapan ratus tahun serta langit-langit atapnya juga ikut terbakar. Ketika kejadian berlaku bekalan air dan talian telefon di putuskan di sekitar kota Al-Quds. Perkampungan Yahudi yang berdekatan tidak membenarkan orang Islam menggunakan bekalan air untuk memadamkan kebakaran tersebut.

Pada 2 November 1969, Yigal Alon, wakil Perdana Menteri Israel dan para pembantunya memasuki Al-Haram Al-Quds.

Pada 11 Julai 1971, kelompok gerakan Betar yang terdiri dari 12 orang pemuda memasuki Masjid al-Aqsha dan melakukan ritual ibadah didalamnya.

Pada 22 Julai 1971, sekelompok gerakan Betar memanjatkan doa di Al-Haram Al-Quds.

Pada 14 Januari 1989, beberapa anggota Knesset melakukan tindakan provokatif dengan menggelar bacaan yang suka disebut “rahmat suci” di dalam Al-Aqsha dengan kawalan ketat pasukan keselamatan Israel.

Pada 18 Oktober 1990, pelampau Yahudi meletakkan batu pertama untuk pembinaan Haikal yang didakwa mereka berada di sekitar Al-Haram Al-Quds. Sementara itu ribuan rakyat Palestin bangkit menghalang usaha jahat tersebut. Akibatnya tentera Israel masuk campur dan  menyebabkan 21 orang gugur syahid manakala  150 orang lagi cedera.
Pada 28 September 2000, mantan Perdana Menteri Israel  yang ketika itu pemimpin Parti Likud, Ariel Sharon, menyerbu Masjid Al-Aqsha dan dikawal oleh 3,000 orang pasukan bersenjata Israel. Beliau dengan angkuhnya mengiklankan bahawa
“The King Solomon Temple mesti didirikan diatas tapak runtuhan masjidil aqsa”
Tindakan ini menyebabkan umat Islam di Palestin bersatu mempertahankan kesucian Masjid al-Aqsa dan menolak segala usaha Israel untuk merealisasikan hasrat mereka untuk mendirikan haikal tersebut.

Pada 23 Julai 2007, sekitar 300 orang Yahudi menyerbu Masjid al-Aqsa dan melakukan ritual ibadah di dalamnya.

Pada 16 September 2008, pelampau Yahudi menyerbu masuk ke halaman Masjid al-Aqsa dari Gerbang Magharibah.

Pada 9 Oktober 2008, sekelompok besar pendatang haram Israel, para rabbi dan ahli politik Israel dibawah kawalan ketat polis serta pasukan keselamatan melakukan upacara pengYahudian Masjid al-Aqsa di perkarangan masjid tersebut.

Pada 9 Februari 2009, ratusan pelawat dan pelancong Yahudi memakai “pakaian seronok” memasuki Masjid Al-Aqsa.

Pada 11 Mac 2009, sekelompok Yahudi yang terdiri dari 30 pemimpin kanan mereka mengenakan pakaian keagamaan menyerbu halaman Masjid al-Aqsa untuk mengadakan upacara keagamaan.

Pada 24 September 2009, anggota unit “ahli bahan peledak” dengan kawalan pasukan keselamatan Israel menyerbu Masjid al-Aqsa dan jalan-jalan di sekitarnya.

Pada 27 September 2009, tercetus ketegangan antara rakyat Palestin  dengan pasukan keselamatan Israel dan kelompok Yahudi di dalam Haram al-Sharif dan di depan gerbangnya yang mengakibatkan 16 warga Palestin cedera dan puluhan yang lain ditangkap.

Ketegangan itu terjadi apabila pasukan keselamatan Israel menyerbu halaman masjid dari gerbang Magharibah dan melepaskan tembakan kearah orang Islam yang sedang solat berjemaah dengan gas pemedih mata bagi menyuraikan umat islam yang berkumpul dan membenarkan pelampau yahudi mencemari Masjid al-Aqsa.

Pada 16 Mac 2010, berlaku pergaduhan antara pemuda Palestin dan pasukan keselamatan Israel disebabkan tindakan pasukan keselamatan membenarkan pelampau Yahudi melakukan pencemaran di Masjidi al-Aqsa dan seterusnya perasmian sinagog haroob oleh pemerintah Zionis sebagai langkah awal merobohkan Masjid al-Aqsa. Upacara perasmian  ini telah ditentang oleh penduduk Palestin hingga mengorbankan 100 orang lebih dan puluhan yang lain, ditangkap termasuk 7 orang  wanita.

Terowong Untuk Meruntuhkan Masjid al-Aqsa Hampir Siap (2009)

Saturday, January 15, 2011

Masjid al-Aqsa Hampir Musnah

"dan apabila Masjid al-Aqsa runtuh, maka akan..."-Editor MacJay.Net

Mengikut sejarah, Masjid al-Aqsa bermaksud ‘Masjid Paling Jauh’, terletak di Baitulmaqdis atau ‘Jerusalem’ bagi orang Yahudi. Masjid itu terbina di kawasan Haram al-Sharif atau ‘Temple Mount’ yang juga dituntut Yahudi kononnya menempatkan kuil yang pernah dibina di Baitulmaqdis.

Tidak jauh dari Masjidil Aqsa ialah Kubah Batu atau ‘Qubbat As-Sakhrah’ yang asalnya batu besar tempat Nabi Muhammad berdiri naik ke langit ketika peristiwa Israk Mikraj. ‘Qubbat As-Sakhrah’ yang kini dipanggil Masjid Kubah Batu juga dikenali sebagai Masjid Umar, tempat Saidina Umar al-Khatab bersolat ketika tiba di Baitulmaqdis. Masjid al-Aqsa adalah tempat suci kepada umat Islam, begitu juga dengan ‘Qubbat As-Sakhrah’ dan kawasan sekitarnya kerana terletak dalam Haram al-Sharif. Keseluruhan kawasan ini dimaksudkan sebagai Masjidil Aqsa, bukannya al-Aqsa saja kerana al-Aqsa dibina selepas penaklukan Baitulmaqdis oleh tentera Islam. Nama masjid itu diambil sempena nama Masjidil Aqsa dalam al-Quran.

Masjid al-Aqsa ialah tanah suci ketiga selepas Makkah dan Madinah. Umat Islam percaya Nabi Muhammad SAW dibawa dari kota suci Makkah ke al-Aqsa pada malam Israk Mikraj. Masjid terbesar di Baitulmaqdis itu boleh memuatkan kira-kira 5,000 jemaah di dalam dan kawasan sekitarnya. Ia pernah menjadi kiblat pertama umat Islam sebelum dipindahkan ke Baitullah al-Haram di Makkah dan menjadi masjid yang kedua dibina selepas Kaabah. Jarak masa pembinaan antara Kaabah dan al-Aqsa ialah 40 tahun.

Masjid itu pada awalnya sebuah rumah ibadat kecil dibina oleh Khalifah kedua Islam, Umar al-Khattab di kawasan seluas 25 hektar pada 638 Masihi (M), namun dibina semula dan diperluaskan oleh Khalifah Abdul Malik ibni Marwan dan disiapkan anak lelakinya Al Walid ibni Abdul Malik pada 705M. Gempa bumi pada 746M memusnahkannya sebelum dibina semula oleh Khalifah Abbasiyah, Al-Mansur pada 754M dan diteruskan penggantinya, al-Mahdi pada 780M. Satu lagi gempa memusnahkan sebahagian besar al-Aqsa pada 1,033M, namun dua tahun kemudian Khalifah Ali az-Zahir membinanya semula yang kekal sehingga hari ini.
Ketika tempoh pengubahsuaian dijalankan, pelbagai dinasti pemerintahan Khalifah Islam membina ruang tambahan selain kubah, bahagian hadapan, mimbar, menara dan struktur dalaman. Apabila Tentera Salib menawan Baitulmaqdis pada 1,099M, mereka menggunakan masjid itu sebagai istana dan gereja, namun fungsinya sebagai masjid dikembalikan selepas ia dirampas panglima Islam, Sallahuddin al-Ayyubi. Kini kota lama itu berada di bawah kawalan Israel, namun Masjid al-Aqsa ditadbir wakaf Islam Pihak Berkuasa Palestin.
Laporan terbaru menyatakan, Masjid al-Aqsa terancam dan boleh roboh kerana kegiatan menggali oleh Pihak Berkuasa Antikuiti Israel. Kerja penggalian itu berlaku sejak sepanjang 1970-an lagi. Pada masa itu, Israel memperhebat penggalian di bahagian bawah masjid termasuk di selatan dan baratnya. Pada 1977, penggalian itu diteruskan dan sebuah terowong besar dibuka di bawah kawasan solat wanita. Satu terowong baru digali pula di bawah masjid, dari timur ke barat pada 1979. Sebagai tambahan, Jabatan Arkeologi Kementerian Hal Ehwal Agama Israel menggali sebuah terowong berhampiran bahagian barat masjid pada 1984. Ketika memulakan projek penggalian terbabit, Israel mendakwa mereka mencari tempat ibadat Nabi Sulaiman. Mereka gagal menemui lokasinya, sebaliknya menemui terowong Raja Jehoiachin (Raja Baitulmaqdis). Israel mendakwa, penggalian itu satu kejayaan kerana menemui runtuhan terowong Raja Jehoiachin, yang tidak berkaitan langsung dengan tempat ibadat Nabi Sulaiman.

Terowong itu tidak dianggap penting dari segi agama tetapi sejarah. Pintu masuk terowong kemudian ditutup dan pada hari ini ia dibuka semula tanpa sebarang justifikasi. Kepentingan berhubung isu penggalian terbabit ke atas umat Islam tidak perlu dijelaskan. Mereka umumnya bimbang Masjid al-Aqsa dan asasnya akan rosak dek kerja penggalian itu. Malah, apakah manfaatnya penggalian itu kepada penduduk Yahudi tidak difahami kerana hakikatnya tiada kepentingan langsung dari segi agama. Pada Februari 2007, jabatan arkeologi terbabit mula menggali di lokasi bagi membina semula laluan jalan kaki yang runtuh. Tapak itu terletak 60 meter dari Masjid al-Aqsa, mencetuskan kemarahan umat Islam dan Israel dituduh cuba memusnahkan asas masjid. Pemimpin Hamas, Ismail Haniya menggesa rakyat Palestin bersatu bagi membantah penggalian itu, sementara pemimpin Fatah mengancam menamatkan gencatan senjata dengan Israel.
Dalam laporan Pusat Media Antarabangsa Asia Barat (IMEMC) Februari 2008, sekumpulan pembuat dasar Hamas yang ditahan Israel menggesa rakyat Palestin menyekat rancangan baru Yahudi menggali terowong baru di bawah Masjid al-Aqsa. Pembuat dasar Palestin yang ditahan di penjara Ayalon itu, percaya apa yang berlaku adalah satu lagi cubaan Israel untuk menghapuskan sejarah Arab dan Palestin di Baitulmaqdis. Mereka menggesa dunia Arab dan Islam membantu mereka melindungi Baitulmaqdis dan kawasan suci Islam. Mereka juga berkata, perpecahan di kalangan penduduk Palestin menggalakkan Israel melakukan sesuka hati di Baitulmaqdis dan Masjid al-Aqsa.

Akhbar Haaretz pada 31 Januari 2008 mengesahkan laporan bahawa Israel mengambil keputusan memulakan penggalian sebuah terowong baru di kawasan yang disebut. Pada Ogos 2008, sumber Israel melaporkan, Menteri Luar Jordan, Salah Bashir, bertemu duta Israel di Jordan untuk membantah penggalian berhampiran Masjid al-Aqsa. Jordan berkata penggalian itu akan mencetuskan gelombang keganasan baru di Asia Barat dan Baitulmaqdis adalah Garisan Merah bagi semua penduduk Arab dan Islam. Mohammad Abu Hdeib, ketua jawatankuasa Parlimen Jordan berhubung hal ehwal antarabangsa, menyatakan bahawa Bashir memaklumkan duta Israel bahawa Jordan membantah langkah dijalankan Israel dan menambah bahawa penggalian berhampiran Pagar Mughrabi yang menghala ke Masjid al-Aqsa melanggar perjanjian damai 1994 di antara Jordan dan Israel. Abu Hdeib berkata, penggalian oleh Israel dan rancangan keseluruhannya mengancam asas Masjid al-Aqsa.

Dalam laporan lain pada November 2009, Yayasan Wakaf dan Warisan al-Aqsa mendedahkan, Israel mula menjalankan kerja penggalian di laluan Al-Sharif, berpuluh meter dari bahagian barat Masjid al-Aqsa, dalam persediaan membina dua terowong dan dua lif bagi menghubungkan antara laluan itu termasuk Al Buraq dan Pagar Mugharabi. Yayasan itu berkata, tujuan membina terowong dan membina lif ialah ‘membawa penduduk Yahudi ke barat dan pintu Masjid al-Aqsa, terutama di pagar Mugharabi, lokasi pelancong asing dan Yahudi menyerbu masuk Masjid al-Aqsa.” Yayasan menganggapnya projek ‘mengyahudikan’ Masjid al-Aqsa.” Malah, pihaknya mendapati kerja penggalian dijalankan Pihak Berkuasa Antikuiti Israel, termasuk di lorong Al-Sharif. Yayasan itu mendedahkan dalam satu laporan 3 Mac 2009, hasrat Israel dan sayap eksekutifnya menggali dua terowong baru, satu daripadanya sepanjang 56 meter dan satu lagi 22 meter bagi menghubungkan lorong Al-Sharif Palestin di Kota Lama ke Baitulmaqdis.

Kawasan yang dimaksudkan terletak di dalam sempadan Kota Lama seluas lebih 133 meter persegi yang diduduki Israel pada 1967. Ia juga mendedahkan keinginan Israel memasang lif elektrik dalam terowong menegak dan koridor elektrik di terowong memanjang. Lokasi dua terowong itu menjadi titik pertemuan beberapa tapak arkeologi, bagi Israel membangunkan satu sejarah ilusi Yahudi. Ia menjelaskan bahawa projek mengyahudikan itu menelan belanja 10 juta shekel (RM8.35 juta) dan akan dilaksanakan dengan kerjasama antara perbandaran jajahan Baitulmaqdis, syarikat pembangunan dan pemuliharaan penempatan Yahudi, Pihak Berkuasa Monumen dan Institut Insurans Nasional. Projek itu akan dibiayai menerusi sumbangan Baruch Klein, seorang ahli perniagaan Israel-Amerika Syarikat. Penggalian terowong itu sampai ke kemuncaknya apabila yayasan terbabit mendedahkan penggalian skala besar dijalankan Israel di kawasan bersambungan ke dinding selatan Masjid al-Aqsa, juga dikenali sebagai Istana Umayyad. Sesetengah kerja penggalian dikatakan dilakukan pada waktu malam terutama dalam tangki air terletak di kawasan menghala ke kawasan bawah tanah masjid berkenaan.

Yayasan memberi amaran mengenai risiko dan kesan penggalian itu ke atas masjid suci umat Islam selain ‘usaha segera mengyahudikan’ kawasan itu oleh kerana ia bersambung ke dewan solat Marwani di dalam masjid. Kawasan penggalian berselerak dilakukan di kawasan barat daya berhampiran tapak yang mengelilingi kawasan asal masjid, yang digelar ruangan Al-Khanthaniyya, dan di kawasan tengah serta timur ke barat.

Yayasan memberi amaran bahawa penggalian itu bertujuan melemahkan struktur asas Masjid al-Aqsa kerana pada masa lalu, kerja penggalian sama menyebabkan rekahan dan retakan di bahagian selatan dinding masjid, sekali gus berisiko merobohkan mercu tanda umat Islam. Amaran itu sekali lagi dinyatakan Ketua Hakim Pihak Berkuasa Palestin (PPA), Sheikh Tayseer Tamimi kepada IMEMC yang bimbang Masjid al-Aqsa, yang kini terjejas akibat rekahan dan retakan pada dindingnya, memberi tanda akan roboh pada bila-bila masa, akibat penggalian skala besar dilakukan Israel di bawahnya. Ia berikutan kakitangan Pihak Berkuasa Antikuiti Israel yang bekerja pada waktu malam membawa keluar berpuluh-puluh beg berisi batu dari kawasan selatan masjid. “Israel perlu bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau runtuhan yang berlaku di Masjid al-Aqsa dan kawasan sekitar yang membabitkan kawasan penganut Kristian,” kata Tayseer yang dipetik agensi berita Maan. Ulasannya berikutan runtuhan kawasan penduduk di Silwan, timur Baitulmaqdis pada 11 Januari lalu, meninggalkan lubang sedalam 12 meter persegi di tengah jalan Wadi Hilwah.

Pada masa sama, beliau merujuk peningkatan kehadiran pelampau Yahudi, selain pencerobohan tentera di al-Aqsa, dan terbaru kemasukan 50 pelajar daripada pelbagai jabatan arkeologi universiti Israel untuk menjalankan penyelidikan dan pendatang Yahudi ketika wanita Islam bersolat. Jawad Siyam, Ketua Pusat Penerangan Wad Hilwa memberitahu agensi Maan bahawa runtuhan baru itu sedalam 10 meter, dan terletak hanya beberapa meter dari satu lagi runtuhan minggu lalu akibat kerja penggalian berterusan Israel. Juga air hujan mula membanjiri Al Ein, kawasan masjid berhampiran di mana penggalian bertumpu. Pusat Hak Sosial dan Ekonomi Baitulmaqdis (JCSER) melaporkan kejadian Isnin lalu hanya satu daripada beberapa siri runtuhan sama yang berlaku pada 2009.

Runtuhan terbaru berlaku di sebuah sekolah tempatan untuk perempuan, di mana 17 pelajarnya cedera. JCSER mengakui penggalian Israel itu menyebabkan kerosakan struktur kepada beberapa premis di kawasan itu terutama di masjid Al Ein. Pusat itu juga memberi amaran beberapa siri runtuhan bakal berulang di Silwan dan Kota Lama ketika Israel menjalankan kerja mengorek bagi membina satu rangkaian terowong di kawasan itu. Penggalian itu sudah sedia menyebabkan kerosakan struktur ke atas berpuluh bangunan di kawasan terbabit.

Memetik kata-kata pengarah Wakaf Palestin Adnan Husseini pada 2002; “Pihak berkuasa Israel perlu bertanggungjawab ke atas kehilangan nyawa akibat runtuhan dinding masjid.”
Kawasan Luar Masjid al-Aqsa (gambar bawah)
Apakah komen anda?

Gambar Belangkas