Showing posts with label Jerman. Show all posts
Showing posts with label Jerman. Show all posts

Sunday, May 4, 2014

MELANCONG DI JERMAN PART 2 - PENGALAMAN MEMANDU DARI FRANKFURT KE MUNICH

Tidak sah ke Eropah terutamanya Jerman jika tidak memandu di jalanraya mereka. Jerman terkenal dengan Autobahn yang tiada speed limit. Kami ambil kesempatan menyewa kereta untuk memandu dari Frankfurt ke Stuttgart ke Schwangau ke Munich. 

Posing di sebelah kereta sewa

Kami menyewa kereta Volkwagon Golf GTD dari Avis. Jika anda nak tahu berapa harganya, bolelahlah lihat di post Merancang Percutian ke Jerman di masa saya detailkan segala perancangan dan kos percutian. Kami mengambil kereta di Frankfurt Hbf sebab senang nak pergi ke sana dari hotel yang sememangnya hanya di sebelah stesen keretapi itu. Pemanduan ini adalah sambungan dari cerita saya semasa di Frankfurt. Bagaimana saya menghabiskan masa di Frankfurt ada saya stori di Pengalaman DIY di Jerman - Part 1 Pengembaraan Bermula di Frankfurt.

 Menunggu giliran untuk mendapatkan kereta sewa di Avis. Kaunter Hertz, Europcar dan Budget Car ada di Frankfurt Hbf ini.


Proses menyewa kereta bermula di Malaysia lagi. Kami book di website Avis. Bila di Frankfurt, terus sahaja pergi ambil kereta tanpa perlu bayar apa-apa lagi. Mereka mahu lihat lesen memandu Malaysia yang masih hidup (tidak perlu lesen memandu antarabangsa). Mereka akan tanya sama ada kita mahukan adds-on yang lain-lain dan meminta kita sign perjanjian sewa kereta. Selepas proses di kaunter selesai, kami disuruh ambil kereta di kawasan parking kereta Frankfurt Hbf yang betul2 disebelah stesen. Di situ seorang penjaga kereta sudah menunggu untuk memberikan kunci kereta. Kami check dulu keadaan kereta disaksikan oleh penjaga kereta tu. Kami juga minta dia ajar cara nak gunakan kereta dengan betul. Kami juga ambil gambar keadaan kereta luar dalam sebagai bukti keadaan asal kereta. Manalah tahu kalau2 kita dituduh merosakkan kereta, kitaleh tunjukkan gambar sebagai bukti yang kereta dah memang begitu semasa kita ambil.


Inilah perjanjian sewa kereta antara Avis dengan kami.

Masa nak bertolak, kami cuba test drive dulu di sekitar parking area. Almaklumlah, ini kali pertama handle stereng di sebelah kiri dan jalanraya di sebelah kanan. Sememangnya terbalik dari kebiasaan di Malaysia. Mula-mula agak kekok, tapi lama-lama mudah juga!

En. suami cuba menyesuaikan diri. Kereta ini dilengkapi proximity sensor di sekeliling kereta. Arah jalan ditunjukkan di skrin GPS dan di dashboard stereng pemandu. Sememangnya aksesori begini amat membantu.

Destinasi pertama kami dengan VW Golf ini adalah ke Stuttgart, sebuah bandar kereta. Di Stuttgart ada 2 buah muzium kereta yang terkenal iaitu Mercedes Benz dan Porsche. Kami setkan alamat Muzium Porsche di GPS. GPS mereka amat canggih; masukkan sahaja alamat lengkap destinasi dan dia akan tunjukkan options yang ada iaitu jalan terpantas (highway), jalan kampung dan jalan bercampur highway+kampung. Untuk kali ini, kami memilih highway (a.k.a. Autobahn) sebab nak rasa memandu tanpa had laju dan tengok bagaimana pemandu2 Jerman memandu.


Dari pemerhatian/pengalaman kami di sepanjang pemanduan, 
  • ketika itu tak banyak kenderaan di atas autobahn. Mungkin kemudahakan pengangkutan awam yang efficient dan canggih menyebabkan rakyat Jerman memilih untuk tidak memandu sendiri.
  • tiada tol dikenakan kepada kenderaan persendirian di Jerman Autobahn. 
  • jangan salah sangka! sebenarnya ada had laju di kenakan di sesetengah jalan autobahn, serendah 80km/j. Ini biasanya bila berhampiran dengan exit dan kawasan kampung. GPS ada menunjukkan tanda had laju.
  • di jalanraya yang tidak mempunyai had laju, tidak semua kereta meluncur terlalu laju. Kebanyakan kereta steady je di lane paling kanan pada kelajuan 120-140km/j. Bila nak memotong di lane kiri barulah mereka akan memecut. Namun, ada juga yang memecut laju terutamanya kereta-kereta hebat.
  • terdapat kawasan R&R di sepanjang perjalanan. Senang nak gi kencing atau nak cari hot drink, atau sekadar nak lepak2 tengok suasana. Kitorang stop 3-4 kali juga lah... haha.. saja nak tengok cemana rupa R&R dorang, cemana keadaan toilet, cemana keadaan kedai dan cemana tempat makan. 
  • nak masuk toilet kat R&R kena bayar Euro 0.70. So sediakanlah coins secukupnya. Kita akan dapat sekeping voucher berharga Euro 0.50 yang boleh digunakan di kedai2 di R&R tu. So kalu kita gunakan voucher tu untuk beli air ke, makanan ke.. masuk toilet tadi jadi Euro 0.20 je la sebenarnya.
 Nak masuk toilet ada turnstile (kena bayar Euro 0.70), tapi naik keretapi takde apa-apa halangan pon, semua leh masuk walaupun xde tiket keretapi. Peliknye aku ngan Jerman ni. Tapi kebersihan memang tip-top lah!

Keadaan jalanraya di Stuttgart ketika kami menghampiri Hotel Freihof. Macam biasa jalanraya depan ni hampir lengang saja. Perhatikan... Kereta berkongsi jalanraya dengan tram.

Kami menginap 1 malam di Hotel Freihof di Stuttgart. Esoknya sambung pemanduan ke arah Schwangau, iaitu sebuah bandar kecil di mana terletaknya istana dunia fantasi yang terkenal iaitu Neuschwanstein Castle. Memandu dari Stuttgart ke Schwangau juga amat mudah dan smooth. Kami dijamu dengan pemandangan yang cantik di sesetengah perjalanan, so kami slow and steady.  Bila rasa nak lepas gian meluncur laju, barulah pedal minyak ditekan sepuasnya. Jalanraya kami yang punya!!

Saya suka tengok windmill yang banyak kelihatan dari tepi jalan. Cantik!

Semakin menghampiri Schwangau, semakin cantik pemandangan. Schwangau berada di sempadan Germany-Austria, so boleh nampak gunung Alps yang yang cantik tu. Sebenarnya jalanraya ini adalah sebahagian daripada Romantic Road yang terkenal tu..

Di Schwangau, kami menginap 1 malam saja, cukup sekadar untuk melihat keindahan Neuchwanstein Castle (2 kali juga kami panjat bukit kat istana tu). Esoknya kami teruskan perjalanan ke Munich. Pemanduan ke Munich adalah melalui jalan kampung, bukan authobahn. MashaAllah, memang cantik-cantik pemandangan sekitar.

Just can't resist the temptation! Posing berlatar-belakang Neuschwanstein Castle dan pokok pine, serta kebunan bunga2 kuning-kehijaun di tepi jalan adalah satu kemestian ketika melalui German Romantic Road.

Dalam perjalanan ke Munich tu kitorang stop by kat Netto, kedai serbaguna untuk beli bekalan makanan dan bahan masakan masa kat Munich nanti. Beli kat kawasan pendalaman lebih menjimatkan daripada beli di kawasan bandar sebab jurang harga yang teramat sangat! Sebagai contoh, air mineral botol besar ialah Euro 2 to Euro 3 di bandar manakala di kampung2 begini leh dapat 1 carton dengan harga Euro 3.90!!

Kami tiba di Munich agak lewat. Sepatutnya kena pulangkan kereta sewa sebelum pukul 5pm. Kalau lewat, pejabat Avis di Munich akan tutup. Mat Saleh kat sini memang punctual dalam hal kerja. Dorang datang on time, balik keje pon on time. Nak dijadikan cerita (agar terpahat di minda), kitorang sampai 20min lewat dari masa pejabat Avis tutup. Memang kecewa! Risau juga, sebab keesokkan harinya adalah hari Ahad. Konfem la pejabat dorang takkan bukak punya. Kalau nak tunggu Isnin baru nak return kereta, sure kena penalty kaw-kaw nanti!

Saya dah buntu, risau ada, geram pon ada sebab pilih return location kat sini. Sepatutnya pilih Munich Hbf, sure buka 24jam kat stesen keretapi. Tapi saya faham En. Suami pilih pejabat yg ini sebab ianya berhampiran dengan apartment yang kami nak sewa.

En. Suami adalah seorang yang tidak cepat putus asa. Dia cuba call Avis berkali-kali, tapi gagal. Tapi berkat kesabarannya, dapat juga dia bercakap dengan service centre Avis. Rupa-rupanya, kalau setakat lewat sket macam ni, takde masalah. Memula parking comel2 kat depan pejabat tu. Kat depan pejabat Avis tu ada key drop box. Masukkan saja kunci dan buku panduan kereta sewa ke dalam dropbox tu. Itu saja. Tu kira dah returned kan kereta la tuu.

Sebelum meninggalkan kereta, En. suami ambil gambar kereta luar dan dalam sebagai bukti yang kereta berada dalam keadaan baik semasa dipulangkan. Mungkin kitorang ni paranoid sket, takut Avis charge yang bukan2 nanti kan... huhu... Takpe2, biar leceh, asal tak menyesal dikemudian hari.

Kereta dalam keadaan baik, xde kerosakan dan minyak penuh semasa kami tinggalkannya di tepi jalan.

Esoknya En. suami kol Avis semula untuk pastikan mereka dah terima kereta. Mereka konfemkan yang kereta telah selamat di terima tanpa sebarang penalti dikenakan. Alhamdulillah..

Nak tahu apa yang menarik di bandar2 yang kami pergi?
Pengembaraan bermula di Frankfurt
Belajar tentang kereta di Stuttgart

Bandar-bandar yang kami pergi :
  • Frankfurt
  • Schwangau - Newschwanstein Castle
  • Munich
  • Berlin
  • Paris

  • Yang ni pula adalah pandangan dari seorang lelaki (a.k.a Suami saya) tentang perjalanan kami di Jerman dan Paris. Baca di sini.

    Friday, May 2, 2014

    PENGALAMAN MELANCONG DI JERMAN - PART 1 PENGEMBARAAN BERMULA DI FRANKFURT

    Sebenarnya trip ke Jerman ini telah di rancang dari penghujung 2013 lagi. Saya ada menulis tentang persiapan dan bajet saya di Merancang Percutian ke Jerman yang saya publish pada bulan Mac lalu. Bolehlah menjadi panduan bagi anda yang ada perancangan untuk sampai ke sana. Tentang bajet tu, hanyalah anggaran kasar saya semata-mata. Korang boleh adjust mengikut kemahuan (wish list) dan kemampuan.

    Percutian kali ini saya pergi berdua dengan cinta hati, iaitu encik suami. Bulan May adalah bulan ulangtahun perkahwinan kami, so kira honeymoon sekali lagi juga la. Alhamdulillah, dimurahkan rezeki kami dapat juga ke Jerman. Merasalah en. suami memandu di German Autobahn dan dapatlah saya melihat dan masuk ke dalam istana dunia fantasi Neuschwanstein Castle. Anak-anak tersayang bercuti di kampung nenek mereka di Penang.

    Oh ya, nak di jadikan cerita, en. suami terpakai selipar instead of kasut ke Jerman. Kitorang perasan masa dah jauh meninggalkan rumah. Kasut spare tak bawa. Disebabkan tak mau terlambat dan ketinggalan kapal terbang, kami teruskan juga perjalanan ke KLIA. So, bermulalah pengembaraan en. suami ke Jerman dengan hanya berselipar.

    Sambil stori-mori saya akan berikan tips dan fakta (Fakta Wow! dan Fakta Euww!) sebagai panduan anda yang bercadang untuk ke sana juga. Enjoy... :-)

    PENGEMBARAAN BERMULA..

    Perjalanan bermula dari KLIA dengan penerbangan direct MAS pada pukul 12 midnite. Memang tengah malam je flight MAS depart kalu nak ke Europe. Kami duk business class, tapi bayar harga ekonomi. Huhu... best..best! Seat selesa; malam tu boleh tidur nenyak sebab kerusi leh ubah jadi flat bed dan berselimutkan comforter tebal. Tapi yang paling best ialah makanan yang dihidangkan. Supper punyalah heavy macam makan malam sampai 4 courses. Breakfast pon heavy juga macam makan tengahari. In between pon diberikan makan-minum sebagai kudapan juga bila peramugara/peramugari nampak kita tak tidur. In-flight entertainment yang ada memang leh buat kita leka dan hilang mengantuk. Tapi perjalanan 12 jam 25 min tu terlalu lama untuk tidak tidur. 

    Lamb shank ini adalah hidangan makan lewat malam (supper) saya iaitu course ke-3 selepas 2 courses awal yang sudahpon mengenyangkan. Melayang terus plan diet I.. En. suami surrender takmo makan dah yang 3rd course ni. Kenyang katanya.

    Menikmati mixed grills - main course semasa sarapan yang dihidangkan lebih kurang 2jam sebelum kapal terbang mendarat.


    Fakta Wow! Di business class, ada tempat solat khas disediakan. Tak perlu solat di kerusi macam naik kelas ekonomi. Alhamdulillah, dapatlah ikut arah kiblat yang sebenar. Jangan lupa ingatkan peramugara/peramugari tu untuk bangunkan kita bila waktu solat dah masuk. Dorang kejutkan kami tepat pada waktunya. 

    Kami tiba di Frankfurt pada pukul 6pagi lebih sket. Tiba di terminal 2, jadi kena ke terminal 1 dengan menaiki shuttle bus sebab kat sana ada train ke Frankfurt city. Masa kat dalam airport tu, korang ikut je signboard yang tunjuk ke 'Free Shuttle Bus'. Sampai di terminal 1, kitorang pon mula la cari tiket Frankfurt Card 1 Day Pass tu sebab kitorang kat Frankfurt 1 hari je. Dah dapat tiket, terus amik train ke Frankfurt main train station (a.k.a Frankfurt Hbf) sebab hotel yang kitorang dah reserve tu sebelah stesen tu je.

     Inilah bas percuma yang menghubungkan Terminal 2 dan Terminal 1. Ada setiap 5min di kedua-dua terminal.
     
    Mesin beli tiket ini ada pilihan bahasa untuk memudahkan pembeli. Klik je kat bendera UK untuk mendapatkan skrin bahasa inggeris. Kalu takde duit Euro, leh pakai kad kredit je. Mesin ni ada di semua stesen keretapi, tram stop station dan lapangan terbang.

    Hotel Excelsoir sememangnya dekat sangat dengan Frankfurt Hbf. Ia berada di sebelah kanan stesen. Jalan 2-3 tapak dari pintu keluar stesen dah sampai. Kitorang sampai sana masa tu kul 8.30am lebih kurang. Alhamdulillah dapat check-in awal tanpa sebarang caj tambahan. 

     Keluar je bangunan Frankfurt Hbf dah terus nampak Hotel Excelsoir. Sangat strategik!


    Fakta Wow! Masa check-in tu, awek chinese receptionist tu cakap "Buffet breakfast tomorrow is from 5.00am until 11.00am. You can enjoy free flow of tea/coffee here at lobby at anytime from 7.00am to 7.00pm everyday. The mini bar in your room is provided for your pleasure, everything inside it is free of charge".

    Memula tu ingatkan tersalah dengar. Jadi kami tanya bertubi-tubi untuk kepastian, dia juga bertubi-tubi tanpa jemu mengulangi apa yang dia cakap. Wah.. bestnye! Jimat duit kopi panas (maklumlah cuaca sini sejuk). Minibar pon free. Ni first time kitorang dapat enjoy the minibar tanpa rasa bersalah (sebab biasanya harga makanan dalam minibar tu mahal keterlaluan). 

     Help yourself here. It's always free!

    Mini bar dipenuhi dengan minuman. Semua percuma. Yang botol hitam sebelah kanan tu wine.. so itu je yang kitorang tinggalkan.

    Lepas mandi dan tukar baju, kitorangpon keluar untuk beli simcard call+data plan. Berdekatan hotel tu ada banyak kedai2 telefon. Bayar Euro 10 untuk simcard (dapat Euro 5 untuk digunakan) dan kena topup Euro 15. Kitorang minta tokey kedai tu (orang Turki) registerkan dan topupkan sebab kitorang tak faham instruction yang tertulis kat bungkusan simcard tu dan sms masa topup tu pon dalam bahasa Jerman belaka.  So dia buatkan 1G data untuk Euro 10 dan ada belen Euro 10 lagi untuk kami sms/call. Telefon yang boleh buat local call/sms adalah amat penting sebab nanti kami kena berkomunikasi dengan owner-owner apartments masa nak check-in dan check-out.

    APA YANG MENARIK DI FRANKFURT?

    Kami berjalan ke arah Romerberg. Ada banyak kedai, pasar dan kedai makan turki di kiri-kanan jalan. Muslim yg duk sini pasti takde masalah nak cari makanan halal. Kat pintu kedai dah tunjuk siap-siap tanda 'helal'. Kitorang jumpa kedai jual buah strawberi murah giler, Euro 2 sahaja sekotak (di Jusco Malaysia dalam RM20++) So kitorang beli wat kudapan semasa berjalan. Kami melalui bangunan Euro Bank. Yang ni ibu pejabat, jadi wajiblah berposing seketika. Sambil tu duduk lepak di taman dihadapannya sambil makan strawberi segar. Inilah kelebihan tak ikut tour group; boleh berhenti di mana-mana sahaja dan buat apa2 sahaja yang kita suka. Tak ikut program sangatpon takpe, sebab tujuan kita nak bercuti kan... bukan nak berkejar-kejaran. 

     Deretan kedai-kedai turki berhampiran dengan Frankfurt Hbf.

     Gebu-gebu strawberi ni. Euro 2 je.. memang kitorang repeat beli 2-3 kali semasa di Jerman tau!


    Sambil duk melepak makan strawberi, memerhatikan orang lalu-lalang dan tram menggunakan jalanraya. Kereta macam xde je atas jalan raya. Motor jauh skali. Basikal memang banyak!

    Lepak sat amik udara segar.

    Jalanraya yang lengang. Kereta ada 1-2 biji jer lalu. Yang kerap lalu ialah tram. Takde pagar whatsoever ye.. so kalu bawa anak kecil sila pantau.

    Ini tram stop di hadapan Euro Bank tu. Sila perhatikan tiada pagar/hadangan untuk masuk ke kawasan tram. 

    Fakta Wow! Sesapa leh masuk train/tram/bas tanpa ada orang check tiket ada atau tidak semasa anda masuk. Ini kira tanggungjawab sendiri untuk beli dan validate tiket sebelum naik tram. Warga Jerman punya discipline amat tinggi, so tak perlu nak berpagar untuk pastikan orang beli tiket sebelum naik pengangkutan awam. Saya memang kagum! Tapi awas, jangan ambil kesempatan!! Pihak berwajib ada buat spot check dari semasa ke semasa. Jika anda ditangkap tidak memiliki tiket yang sah ketika di dalam kenderaan awam, anda boleh didenda.

    Romerberg terletak lebih kurang 20min berjalan kaki daripada hotel. Kalu xmo jalan kaki, leh naik tram dari stesen yang berada dekat ngn hotel tu. Romerberg hanyalah sebuah dataran, namun banyak sejarahnya. 

    Suasana di Romerberg. Sejuk weyy..!

     Dacing di tengah kota Frankfurt? Muahaha... no politics please!

    Terdapat banyak stesen toilet di kawasan perlancongan. Kat atas nampak booth kecik (sebenarnye lift untuk bawa OKU/stroller/orang malas heheh). Toiletnya berada di bawah. Kos sekali masuk antara Euro0.50 sehingga Euro1.00. Macam biasa di negara bukan Islam, jangan lupa bawa botol air sebab toilet xde bidet/gayung/paip.

    Selepas Romerberg, kami berjalan mengikuti arus pelancong-pelancong lain yang menuju ke arah Main River. Apa yang menarik tentang jambatan-jambatan di Eropah termasuklah di sungai Main ini ialah terdapatnya begitu banyak padlock tanda cinta bergantungan. Menurut sejarahnya, tradisi ini bermula di Itali dan merebak ke seluruh Eropah. Jejambat di Frankfurt Main River ni tidak ketinggalan.

    "Kau kunci cintaku di dalam hatimu...," betul ke lirik lagu Ramlah Ram ni? Hahaha, saya memang failed bab menyanyi.

    Tidaklah sah kami ni ke kawasan begini jika tidak naik cruise.. Euro 10.90/pax untuk 30min ride. Ada penerangan tentang bangunan di kiri-kanan sungai di berikan sepanjang cruise ini.


     Ramai gak yang segerombolan dengan kami nak naik cruise boat.
     Antara pemandangan semasa dalam cruise tour

    Lepas cruise, kitorang berjalan-jalan mengikut arus lagi sekali melalui bangunan-bangunan lama sehingga ke sebuah cathedral ape ntah namanya. Saya tak berminat nak amik tahu, tu yang tak ingat. Sambil berjalan-jalan tu, kitorang masuk juga kedai-kedai yang menjual kasut untuk En. suami. Kaki dia dah sejuk nak beku dah pakai selipar. Kebanyakan kedai menjual kasut kulit, kasut jalan ala-ala kasut sukan tak jumpa2. Dengan bantuan seorang penjaga kedai kasut kulit tu, dia tunjukkan jalan ke arah Galarie Kaufhaus dan MyZiel. 

    SHOPPING

    Wow, di sini rupanya kawasan beli-belah mewah di Frankfurt! Bangunan MyZiel sememangnya cantik. I like!

    Bangunan shopping complex MyZiel ni direka dengan dinding kaca dan berlubang ditengah2 bangunan. Cantik di luar, lebih mengagumkan di dalam!

    Lepas beli kasut en. suami, kitorang ronda-ronda dalam shopping complex tu dan buang masa lihat suasana sekitar lorong shopping route tu.

    Punyalah leka di situ, akhirnya teringat yang kitorang belum makan tengahari. Hari pon dah nak petang, so kira jamak ngan makan malam terus lah nampaknya. Balik ke hotel dengan menaiki tram. Sesat-barat juga sebab tersalah naik tram. Tapi takpe, sesat ni yg seronoknya ialah boleh belajar tentang tempat baru yang xde dalam senarai kita. Kitorang berhenti di berdekatan dengan sebuah restoran turki untuk mamam nyum-nyum.

    Nampak sedap, rasapon sodap!

    Esoknya, kami breakfast di Hotel Excelsoir pada pukul 7.00am. Mereka ada sediakan makanan Asia selain daripada sarapan versi Eropah. Ada nasi putih, sambal (yup! mereka label sebagai 'sambal'), mee dan soup. Nampak sangatlah ramai orang Asia Tenggara duk hotel ni. Saya suka roti yang pelbagai, makan dengan slice smoked salmon, cheese dan butter. Buah-buahan segar pon banyak pilihan. Ada cereals, yogurt dan fresh milk. 


     Keadaan di dalam ruangan buffet


    Selepas sarapan kami continue ronda-ronda sekitar hotel. Masa tu terjumpa dengan kenalan baru, Dr. Arat dan anak saudaranya yang study di Odelberg bernama Amirul. 

    Lepas tu kitorang gi amik kereta sewa di Avis (juga di Frankfurt Hbf) dan check-out dari hotel pada pukul 11.00am.

    Bermulahlah perjalanan kami ke Stuttgart.. check-out Part 2 untuk kisah selanjutnya bagaimana kami drive sendri ke Stuttgart dengan hanya berpandukan navigation dan apps Maps with Me.


    Jika berminat nak tahu tentang destinasi kami yang seterusnya di Jerman, boleh klik link di bawah :
    Pengalaman memandu di Jerman
    Belajar tentang kereta di Stuttgart

    Bandar-bandar yang kami pergi :
  • Frankfurt
  • Schwangau - Newschwanstein Castle
  • Munich
  • Berlin
  • Paris

  • Yang ni pula adalah pandangan dari seorang lelaki (a.k.a Suami saya) tentang perjalanan kami di Jerman dan Paris. Baca di sini.

    Monday, March 3, 2014

    MERANCANG PERCUTIAN KE JERMAN


    Sejak 2-3 tahun lalu, saya dan keluarga dah macam ketagihan nak melancong ke sana ke mari. Semua ni terjadi sejak kitorang pergi Sydney pada tahun 2012. Memang menyeronokkan.. balik je dari Sydney tu terus plan untuk tahun2 berikutnya.

    Selepas berbincang itu-ini-begitu-begini dengan En. Suami, akhirnya dia menang dalam menentukan lokasi pelancongan untuk tahun 2014. Kali ini selama2 minggu. Dia memilih Jerman atas sebab-sebab yang saya tak akan faham.. iaitu nak memandu di Autobahn. Driving without speed limit, katanya. Hmmm... seriau juga memikirkan duduk di sebelahnya bila dia dapat stereng di Jerman nanti. Tapi... nasib baik saya peminat castle dan fairy tale, maka Jerman juga memenuhi citarasa saya. Hmm.. dah terbayar-bayang istana-istana lama di Jerman yang cantik-cantik belaka tu...

    Antara yang paling femes tentulah Neuschwanstein Castle di Selatan Jerman...
    huhu... kan ke mistikal tu... best ek... \(^_^)/

    So di penghujung 2013 aritu, bermulalah journey kami berdua merancang percutian yang amat tidak sabar dinantikan ini...

    TIKET KAPAL TERBANG
    Tiket kapal terbang biasanya memakan lebih kurang RM2k-3k seorang. Jadi bajet untuk kami berdua dalam RM5k-6k jugalah.

    Tapi sebagai pelancong bijak (angkat bakul sendri.. ngee...), kami dah tahu yang MAS memang akan buat promosi tiket kapal terbang setahun sekali untuk pemegang Enrich Miles. So sejak setahun lepas kami dah tukar semua points kad kredit ke Enrich Miles. En. Suami adalah penyumbang utama sebab dia memang pengguna kad kredit tegar. Setiap minggu outstation, pasti akan duduk di hotel. Tu yang dapat collect banyak points. Pada Dec 2013, MAS buat promosi half enrich miles redemption. So, dapatlah kami tukar miles tu kepada tiket pergi balik untuk 2 orang. Alhamdulillah, dapat redeem tiket kelas Bisnes. But still kena bayar duit management fees and tax iaitu dalam RM750/pax/trip.

    So kos tiket kapal terbang kami hanyalah RM1,500/pax kelas bisnes menggunakan MAS direct flight dari  KLIA ke Frankfurt pada bulan May 2014. Balik pula dari Paris direct ke KLIA. Hehe.. nak gak singgah kota cinta... dan nak merasa naik A380.

    Jadi jumlah wang yang kami laburkan untuk tiket ialah RM3,000.00.

    Untuk maklumat lanjut tentang BAGAIMANA MENDAPATKAN TIKET KAPALTERBANG FREE, sila klik saja link ni.

    Inilah gambaran business class seats bagi kapal terbang A380 Malaysia Airlines yang di siarkan di businesstravellers.com. Katanya kerusi boleh ubah jadi katil  dengan pengubahan 180darjah. Wah, best tu! Tak sabarnye...!!

    AMBIL CUTI
    Selepas pembelian tiket kapal terbang selesai, kami kena terus apply cuti. Kalu lambat, takut orang lain rembat tarikh tu. Biasanya cuti yg dipohon awal-awal akan di approve oleh bos tanpa banyak soal. Apply awal juga boleh memastikan yang orang lain bersedia dengan ketiadaan kita nanti, jadi mereka tidak akan menyalahkan kita jika ada kerja yang tergendala. Sepatutnya takde yang akan tergendala sebab kita dah bagitau awal-awal. They should be ready for it. Ngeh-ngeh..

    ITINERARY
    Selepas urusan beli tiket selesai, kami kena susun jadual lawatan semasa di sana pula, agar mudah nak buat tempahan hotel. Kami memang tak suka ikut tour package sebab tak boleh nak follow jadual perjalanan yang amat ketat, jadi kenalah cari hotel sendiri. Susah juga nak cari hotel yang harga patut, lokasi strategik dan berdekatan dengan sumber makanan halal bila tak tahu apa2 pasal negara tu.

    En. Suami dah ingatkan awal-awal.. takmo tergesa2. "Kita nak explore, bukan touch n go," kata En. Suami. Selepas beberapa kali di review dan di komen, akhirnya dia approved jadual di bawah ni.

    Day 1 - depart KLIA to Frankfurt. 
    Day 2 - Frankfurt (dah sampai sini, kenalah ronda walaupon sekejap)
    Day 3 - Stuttgart (En. Suami nak gi Porsche dan Merz Museums)
    Day 4 - Schwangau (Pergi Neuschwanstein Castle yang mistikal tuu..)
    Day 5-7 - Munich
    Day 8-9 - Berlin
    Day 10-11 - Paris
    Day 13 - Sampar KLIA at 6.30am

    Lebih kurang 6 bandar dalam masa 12 hari tu... hmm.. nampak rush juga tu.


    PENGINAPAN

    Di sini saya kongsikan antara faktor pemilihan tempat penginapan kami :
    • jaraknya dengan stesen metro/keretapi/tram terdekat mestilah kurang dari 10min berjalan kaki agar mudah nak bergerak ke mana-mana
    • Tidak perlu menukar train/tram/metro untuk ke main station dan majoriti tempat lawatan
    • Untuk 2 malam ke atas, mestilah ada dapur untuk masak dan washing machine untuk basuh baju
    • review dari pelanggan sebelum ini adalah 75% ke atas berpuashati
    • Gambar nampak memberansangkan (dan owner kelihatan boleh dipercayai!)
    Berdasarkan faktor2 di atas, kitorang decided untuk duk hotel bagi penginapan 1 malam dan apartment untuk menginapan melebihi 2 malam. 

    Untuk hotel, kami survey di Agoda.com, Booking.com dan lihat pendapat2 peribadi di Tripadvisor.com. Tapi tidak semestinya book direct dengan mereka. Biasanya bila tertarik dengan sesuatu hotel tu, kami akan gi website hotel tu sendiri dan bandingkan harga dan tawaran yang diberikan berbanding third party macam Agoda/Booking. Mana lebih menarik, kami akan booking di situ.

    Untuk apartment pula, kami survey di beberapa website 3rd party seperti WaytoStay.com, Airbnb.com, Housetrip.com dan beberapa yang lain. 3 websites yang saya listkan tadi sudah established, dan ramai pelanggan (independent customers) dah review jadi kami agak yakin untuk menggunakan mereka. Harga apartment di sini lebih murah berbanding dengan apartment hotels, dan kadang2 lebih murah daripada hotel untuk penginapan lebih 2 hari terutama disebabkan adanya kemudahan seperti dapur memasak dan mesin basuh baju. Jimat duit dobi dan jimat tenaga cari makanan halal.


    Akhirnya, kami pon booked penginapan seperti di bawah :
    • 2D/1N Frankfurt - Hotel Excelsoir berharga Euro73.15 kerana kedudukannya bersebelahan dengan Frankfurt main train station dan makanan halal  diusahakan warga turki banyak di sekitar (kami book direct dengan hotel sebab kami nak minta check-in awal. Flight akan sampai di Frankfurt pada pukul 6.30am)
    • 2D/1N Stuttgart - Hotel Freihof berharga Euro89 kerana dekat dengan tram station i.e. 5min jalan kaki (book melalui Booking.com sebab boleh kensel last minute jika tak jadi singgah sini)
    • 2D/1N Schwangau - Hotel Romantic Pension Albeit berharga Euro85 sebab lokasi betul2 di kaki bukit di mana Neuschwanstein Castle berada. Senang leh jalan kaki je nak ke castle tu (kami book melalui Booking.com juga)
    • 3D/2N Munich - apartment di Wotan Strasse berharga Euro 273 (book melalui Airbnb)
    • 4D/3N Berlin - apartment Bersarinplatz Strasse berharga Euro231 (book melalui WaytoStay)
    • 3D/2N Paris - apartment di Rue de la Verrerie berharga Euro260 (book melalui Housetrip.com)
    Jumlah kos penginapan ialah Euro 1,011.15. Huwaa... rasa laju macam air je duit bonusku pergi..

    Ini adalah gambar aparment di Munich yang kitorang book melalui airbnb. Airbnb banyak menunjukkan gambar sebenar dan review secara live daripada independent customers. Nampak cantik apartment ni,  tak sabarnye!

    PENGANGKUTAN SEMASA DI SANA
    Semestinya ada kos untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Ia juga amat banyak, jadi takleh tertinggal daripada buat bajet. En. suami dah lama berangan nak memandu di German Autobahn dan naik keretapi laju ICE, jadi kami perlu masukkan wish list ni dalam senarai pengangkutan.

    Kami bahagikan pengangkutan kepada dua bahagian iaitu 'intercity' dan 'within city'.

    'Intercity' adalah seperti di bawah :
    • Frankfurt-Stuttgart-Schwangau-Munich : kami sewa kereta. Total kos Euro 175.
    • Munich-Berlin : kami naik train ICE dengan harga Euro 198.
    • Berlin-Paris : kami naik flight Lufthansa dengan harga Euro 80/pax/ Berdua jadi Euro 160 lah. Harga ini adalah jauh lebih murah daripada naik keretapi dan memandu. Tambahan pula leh sampai 4 jam lebih awal daripada cara pengangkutan yang lain!
    'Within city' pula ialah pengangkutan untuk bergerak di dalam bandar yang kami pergi tu. Kami gunakan budget visitor pass yang ada disediakan untuk setiap bandar tersebut :
    • Frankfurt - Frankfurt Card 1 day pass Euro 9.90/pax. So total kami Euro 19.80.
    • Stuttgart - tak amik ape2 sebab kami utilize kereta
    • Schwangau - tak amik ape2 sebab kami utilize kereta
    • Munich -Munich City Tour Card for 1 day Inner Area for group total Euro 17.90.
    • Berlin - Berlin Welcome Card Zone AB for 48 hours Euro 18.50/pax. Jadi total cost kami Euro 37.
    • Paris - Paris Visite Pass 2 days Zone 1-3 Euro 17.65/pax. So utk kami berdua Euro 35.30.
    Total kos yang dianggarkan untuk pengangkutan ketika di sana ialah Euro 643.

    Maklumat tentang visitor's pass mudah untuk didapati di internet bagi menyenangkan kita mendapatkan harga untuk sediakan duit. Contoh ini adalah Paris Visite Pass yang boleh dicapai di http://www.pariswelcome.net/metro/paris_visite.htm.

    LAIN-LAIN PERBELANJAAN
    Kos-kos lain adalah seperti berikut :
    Travel insurance - kami beli dengan MH Travel berharga RM250. Manalah tahu kot2 ada yang tak baik berlaku semasa di perantauan. Nauzubillah...
    Makan-minum - kami budget Euro 50/day x 10days = Euro 500.
    Bayaran masuk (entrance fees) - kami budget Euro 100.
    Souvenirs - kami budget Euro 250
    Keperluan-keperluan terdesak (emergency funds) - kami budget Euro 250

    Total kos di sini lebih kurang Euro 1,200.

    TUKARAN MATAWANG
    Disebabkan RM tidak diterima di sana, kami telah menukar duit RM ke Euro belanja siap2 dari Malaysia. Bawa ala kadar berdasarkan pengiraan. Yang lain-lain kami akan cuba bayar dengan kad kredit (dapat 5x points untuk setiap RM1 bila berbelanja di luar negara! Cuma berhati-hati dengan exchange rate yang bank gunakan untuk perbelanjaan luar negara ni.). Kebanyakan tempat di Jerman menerima kad kredit, termasuklah mesin beli tiket keretapi, telefon awam dan kedai2. Jadi tidak menjadi masalah jika tiada wang ketika di sana. Cuma jangan lupa untuk beritahu bank siap-siap yang kita ke luar negara supaya kad tak 'declined' tak semena-mena.

    PAKAIAN
    Bulan May 2014 adalah penghujung musim bunga (spring). So kami menjangkakan cuaca sesejuk aircond baru (di bawah 20 degC), dan hujan. Kitorang juga check kat google dan tanya hotel tempat kami nak menginap tu tentang cuaca dan pakaian yg sesuai. Berdasarkan kajian tu, kami akan bawa pakaian baju biasa dan dilapiskan dengan sweater. Kena bawa kasut yang tapaknya flat dan grip.

    LAIN-LAIN KEPERLUAN
    Apa lagi ye? Hmm... rasanye dah detail sangat planning saya ni. Hahaha... yang lain2 kalu xde leh cari di sana sajalah...


    Nanti bila dah balik dari trip tu saya akan update actual vs. plan ye... tunggu!!


    MAY 2014 UPDATE

    Saya dah masukkan catatan pengalaman bercuti melancong di Jerman seperti di bawah :
    Part 1 : Frankfurt 
    Part 2 : Memandu di Jerman
    Part 3 : Stuttgart
    Part 4 : Neuschwanstein Castle
    Part 5 : Munich
    Part 6 : Berlin

    Gambar Belangkas