Showing posts with label Itali. Show all posts
Showing posts with label Itali. Show all posts

Tuesday, June 2, 2015

CIAO, ITALIA! PENGALAMAN PERCUTIAN DI ITALI

Ciao, Italia! (Hi Italy!).

Setelah hampir setahun merancang , akhirnya pada bulan May 2015 alhamdulillah saya dan En. Suami selamat tiba di bumi Itali. Ketika kami sampai, cuaca di Itali amat baik... sejuk, tapi matahari menyinar menjadikan cuaca begitu selesa.


Perjalanan kami yang lebih daripada sehari bermula dari KLIA ke Paris Charles De Gaule dengan menaiki MAS kelas bisnes, SIGHSEEING SEBENTAR DI KOTA PARIS sementara tibanya waktu berlepas ke Rome, dan menaiki pesawat Vueling dari Paris Orly ke Rome Fucimio Airport. Bila dah sampai airport, kena naik keretapi Trenitalia ke pusat bandar Rome (stesen Roma Termini), dan akhirnya naik trem ke apartment sewaan.

Percutian kami selama 2 minggu bermula di Rome, kemudian ke Florence, Pisa, Cinque Terre dan berakhir di Venice, sebelum ke London untuk penerbangan pulang. Banyak juga yang dipelajari sepanjang perjalanan ini. Memandangkan perjalanan kami agak lama, jadi banyak juga yang hendak ditulis dan dikongsi. Untuk tidak slow kan page loading dan memudahkan pembacaan, saya akan pecahkan entry ini kepada lokasi lawatan seperti si bawah.


ROME

Rome adalah sebuah muzium terbuka yang amat besar dan mengagumkan. Sejarah Rome yang bermula sejak sejak beribu-ribu tahun dahulu menjadikannya sebuah bandar yang kaya dengan artifak dan tinggalan-tinggalan lama yang cantik dan unik. Pergilah ke mana-mana sahaja, pasti ada ruins (tinggalan/runtuhan) yang kelihatan. Tambahan pula dengan arts (seni) yang ditonjolkan disamping teknologi zaman lampau menjadikan Rome dikerumuni pelancong. Ramai gilos pelancong... macam semut. Nak berjalan pon kekadang susah nak menyelit.


 Colloseum adalah salah satu daripada bukti kehebatan teknologi pembinaan dan kekuasaan perang bangsa Roman suatu ketika yang lalu

Kami menghabiskan selama 5 hari 4 malam di Rome. Tolak hari tiba dan hari balik, cuma ada 3 solid days untuk dimanfaatkan di Rome. Hari pertama ronda-ronda kosong dari satu tempat menarik ke satu tempat yang lain untuk dapatkan feel, hari kedua ambil tour guide masuk Coloseum dan hari ketiga di negara Vatican.

Ponte Vittorio Emmanuele II berlatarbelakang bandar Rome

Saya ceritakan panjang lebar sebagai catatan kenangan diri sendiri, serta bacaan anda yang mungkin ada plan nak ke sana suatu hari nanti.

Pelbagai tips, tricks, maklumat kos dan macam-macam lagi ada saya share : ITALI PART 1 : PERCUTIAN DI ROME


FLORENCE

Selepas Rome, kami ke Florence pula. Florence terkenal dengan kehebatan seni mereka terutama di zaman Renaisance dahulu. Nama-nama popular yang disebut-sebut di Rome seperti Michaelangelo, Raphael dan Leonado Da Vinci disebut-sebut sekali lagi di Florence. Di Florence, hasil karya mereka amat banyak di sini.

View of Florence dari puncak bukit Piazzale Michelangelo

Antara tempat yang kami lawati ialah Uffizi Gallery di mana hasil karya seni nama-nama terkenal itu dipamerkan, Duomo, jambatan lama Ponte Vecchio dan memanjat bukit ke Piazzale Michaelangelo untuk melihat panorama bandar Florence dari atas. Kami di Florence tidak lama, hanya 4 hari 3 malam, namun banyak pengalaman yang kami kutip.

Semuanya ada saya tulis di sini: ITALI PART 2 : PERCUTIAN DI FLORENCE


PISA

Pada hari terakhir di Florence, kami mengambil keputusan untuk ke Pisa. Ia tiada dalam rancangan asal, tapi selepas didesak-desak oleh si isteri, En. Suami terpaksa mengalah. Pisa terletak 1 jam perjalanan keretapi laju dari Florence. Tiada apa yang menarik di Pisa selain daripada menara condong Pisa itu sendiri.

Menara condong Pisa

Hanya setengah hari di Pisa, cukup sekadar pusing keliling bandar itu dengan bas awam dan bergambar sampai lebam di menara condong.

Jom baca lebih lanjut di sini : ITALI PART 3 : MELAWAT MENARA CONDONG PISA


CINQUE TERRE

Pada hari yang sama, selepas Pisa kami ke Cinque Terre pula. Ofismet saya Mr. LGT yang rekemenkan Cinque Terre sebab tempatnya amat cantik. Tapi kami tak masukkan dalam perancangan awal sebab takut tak sempat nak ke sana. Namun, semasa di Pisa, 2 orang packpackers Malaysia yang kami jumpa kata Cinque Terre tidaklah sejauh mana pon. Hanya 1 jam perjalanan keretapi dari Pisa. Memandangkan takda apa lagi nak dibuat di Pisa, kamipun terus beli tiket keretapi ke La Spezia untuk ke Cinque Terre.

Cinque Terre bermaksud Five Lands, iaitu 5 buah kampung yang berada dalam kawasan seluas 20km di antara gunungan dan lautan. Kelima-lima kampung ini ialah Vernazza, Monterosso, Manarola, Riomaggiore dan Corniglia, di gazette kan oleh UNESCO sebagai kawasan warisan.

Hiking route di Vernazza untuk melihat kampung itu dari puncak bukit

Saya ceritakan panjang lebar di sini : ITALI PART 4 : PERJALANAN SINGKAT DI CINQUE TERRE


VENICE

Venice adalah bandar terakhir yang kami lawati semasa di Itali. Saya rasa ramai yang dah tahu tentang Venice; ia adalah bandar romantis yang dikelilingi air. Paling glamer di sini tentulah gondola, tapi awas Gondola amatlah mahal. Yang lain-lain pon mahal juga.. segalanya lebih kos di sini, sebab alasannya logistik di sini lebih sukar daripada bandar-bandar lain. Ada juga benarnya sebab segala-galanya kena naik pengangkutan air dan kemudian tolak pakai troli guna kudrat manusia untuk dibawa ke sini.
  Venice dan gondola tidak dapat dipisahkan..

Untuk baca lebih lanjut, klik sini : ITALI PART 5 : PERCUTIAN DI VENICE


LONDON

Selepas Venice, kami ke London. Tidak lama di sana, hanya 3 hari 2 malam. Sebenarnya London hanyalah transit city kami, sebab akan balik dari London Heathrow menaiki pesawat MAS. Ada saya selitkan cerita pasal London, terutamanya apa yang wajib dilawati semasa di sana jika kita hanya ada 1 hari untuk dihabiskan.

 Membelai singa di Trafalgar Square

Klik link ini ye... PERCUTIAN SINGKAT MUSIM BUNGA DI LONDON

Sehabis London, tibalah masa untuk berangkat pulang. Sedih sebab percutian dah berakhir (dan realiti kembali yang next week dah kena masuk keje.. huhu!) namun amat gembira dan tak sabar-sabar nak balik jumpa anak-anak tersayang. 15 hari bukan satu jangkamasa pendek. Memang rindu dorang sangat-sangat!! Perjalanan pulang kami dari London menaiki pesawat A380 baru milik MAS kelas bisnes. Saya bukan nak eksen cakap saya kaya atau berada sebab baik kelas bisnes.. tapi saya bagitahu sebab kami dapat naik kelas bisnes tanpa membayar harga kelas bisnes. Kami hanya membayar RM2k++ untuk pengangkutan pergi-balik untuk trip ke Itali ini. Kami adalah pengumpul tegar Enrich miles, kami gunakan enrich miles untuk redeem tiket kelas bisnes.

 Salah satu daripada hidangan makan tengahari pesawat A380 dari London ke Kuala Lumpur yang dihidangkan kepada kami

Kalau anda berminat untuk membaca lebih lanjut tentang Enrich Miles dan bagaimana saya dapat naik kelas bisnes tanpa bayar harga RM13k seorang, sila klik link di SINI.




Sunday, May 31, 2015

RESTORAN MAKANAN HALAL DI ITALI

Sebagai umat Islam, saya amat particular dengan makanan yang saya makan. Saya mahu ianya halal. Halal tidak terhad kepada bebas babi dan arak sahaja, tetapi mestilah disembelih dengan cara yang betul, tidak bercampur dengan bahan2 haram, serta peralatan memasak dan menghidang yang bersih. Sebagai traveller tegar, saya memastikan saya boleh mendapatkan makanan halal. Saya tak selesa dengan cara sesetengah travellers yang memberi alasan bermusafir untuk 'sembelih ayam di meja makan dengan baca doa makan' sahaja. Dan saya juga tak mahu jadi vegetarian sepanjang melancong.

Islam adalah antara agama yang mempunyai penganut yang amat ramai di serata dunia. Saya pasti, walau di mana sahaja kita pergi, pasti ada sumber makanan halal. Mahu tak mahu sahaja untuk mencarinya!
Baru-baru ini saya dan En. Suami ke Itali. Negara mat saleh ini bukanlah lubuk orang Islam; ia lebih dikenali dunia sebagai rumah kepada paderi tertinggi kristian katolik iaitu Vatican. Namun alhamdulilllah, makanan halal mudah kami dapati sepanjang di sana.


 
Yummy!!

Di sini saya kongsikan tempat-tempat makan halal yang kami pergi untuk panduan kita bersama..

ROME

Mendapatkan makanan halal di Rome amatlah mudah. Terdapat deretan kedai makanan halal betul-betul di luar pintu stesen keretapi Roma Termini. Kalau tak salah, ada dalam 4-5 buah kedai makanan milik Indian-Muslim di sana yang menyajikan nasi beriani berlauk ayam/kambing/ikan, ayam panggang, pizza, pasta dan gelato. Harga pizza dalam Euro 7-8 bergantung kepada perisa, nampak mahal tapi sebenarnya pizzanya bersaiz besar jadi boleh dimakan berdua. Harga ini tidak jauh lari daripada harga sebiji pizza di Pizza Hut Malaysia, betul tak? Gelato di sini berharga dalam lingungan Euro 1.50 - 2.50 untuk 2 scoops. Seekor ayam panggang berharga Euro 7, ia cukup untuk dinner 2 orang.

Deretan kedai makanan halal di hadapan Stazione Roma Termini

Kalau mahukan authentic Italian dishes, bolehlah ke Luna Caprese Restaurant yang terletak tidak jauh daripada Trevi Fountain. Pemilik restaurant yang juga chef, melayan kami dengan baik walaupun kami bercakap bagai ayam dengan itik. Sehabis makan pizza margherita, dia berikan pizza coklat sebagai pencuci mulut secara percuma. Harga pizza margherita yang kami makan ialah Euro 8. Pizza dibuat fresh masa tu jugak dia tebar dan tabur bahan-bahan.

Bersama dengan tokey Luna Caprese

Semasa di Luna Caprese, kami bertanya dengan tokey tu di mana boleh mendapatkan gelato halal buatan tangan yang yummilicious. Dia memberikan direction ke kedai gelato bernama Gelateria A. Cecere yang betul-betul berada di sebelah kanan Trevi Fountain itu. Benar bagai dikata orang, gelato di Itali sememangnya lain daripada lain. Sejak merasa suapan gelato pertama di sini, kami terus menjadi penggila gelato sepanjang di Itali; setiap hari 1-2 kali membeli gelato! Harga gelato di sini agak mahal sedikit iaitu Euro 2.50 untuk 2scoops, mungkin sebab kedudukannya yang amat strategik.


FLORENCE

Florence yang terkenal dengan hasil seni lukisan dan ukiran ini juga mempunyai beberapa kedai makan halal. Kedudukannya tidaklah semudah di Rome, namun tidaklah sukar untuk dicari.

Sepanjang di Florence, kami paling berkenan dengan Madina Mediterranean Restaurant yang terletak tidak jauh daripada Ponte Vecchio. Pemiliknya berasal daripada Pakistan, mereka menyajikan makanan itali dan pakistan. Kami makan pizza dan lasagna semasa kali pertama di sana. Mungkin sifat kami yang peramah tak tentu hala, pemiliknya dengan bangga mengeluarkan sekeping gambar dari laci mejanya dan meminta kami teka siapa gerangan yang bersalaman dengannnya dalam gambar tu. Siapa yang tidak kenal dengan Yang di Pertuan Agong Malaysia iaitu Sultan Abdul Halim! Katanya, baginda sultan kerap makan di restaurantnya ini dan suka order teh tarik. Patutlah ada 'tea tare' dalam menu mereka, rupa-rupanya dimasukkan selepas beberapa kali diminta oleh Sultan dan diberitahu ia adalah minuman kegemaran orang Malaysia.

Harga sebiji pizza di sini dalam Euro 8-12 bergantung kepada perisa. Pizza amat besar, so bolehlah berkongsi. Harga lasagna alla bolognese yang kami makan berharga Euro12 sepinggan. Saya perasan yang harga tea tare kebanggaan mereka ialah dalam Euro3,  tapi kami tak beli pon. Kami memang jenis order makanan jer, sebab lebih suka minum air kosong daripada air manis. Keluar dari kedai makan boleh minum air mineral... jimat..!
 
Hiasan dalaman restoran Madina Mediterranean

Selepas bertanyakan tentang gelato halal di Florence, pemilik restoren Medina itu membawakan kami ke kedai gelato yang terletak di sebelah restorennya. Katanya gelato di sana buatan tangan yang asli dan tidak mengandungi bahan-bahan haram. Nama kedai gelato itu ialah La Strega Nocciola. Benar bagai dikata, nociolla gelato (gelato badam) mereka paling sedap! Selama di Florence, kami ke sini 3 kali!!

Posing dengan aiskrim di depan kedai gelato La Strega Nocciola

Selain daripada itu, kami juga ke kedai makan 'The Grill' milik warga arab. Ia berada dalam 5min berjalan kaki dari stesen keretapi Santa Maria Novella. Menu makanan di sini lebih kurang dengan makanan turki yang banyak menyajikan kebab, ayam panggang dan nasi arab.


VENICE

Di bandar tua atas air ini juga tidak susah untuk mencari kedai makan halal. Dalam 5min berjalan kaki dari stesen keretapi Santa Lucia terdapat kedai Quanto Basta yang menyediakan makanan halal. Kedai makan ini amat dekat dengan Hotel Florida yang kami sewa. Kami pernah makan pizza margherita dan spagetti bolognese semasa di sini. Harga sebiji pizza ialah Euro 7.50. Harga takeaway adalah Euro 1 lebih mahal daripada dine-in, so sebagai pelancong bijak, kami makan je kat situ setiap kali datang.
 
Quanto Basta juga ada menjual gelato

Tidak jauh dari Ponte di Rialto yang popular juga ada sebuah kedai makan tidak bernama milik Pakistan yang menyajikan Italian Pizza dan kebab. Harga pizza sebiji Euro 7 juga. Sama seperti di Rome dan Florence, mereka tebar doh pizza masa tu juga jadi pizzanya fresh. Saya dan suami makan pizza sekali saja di sini sebab jauh daripada hotel.  Kalau nak authentic Italian pizza, singgahlah ke sini. Pizza nya boleh tahan!

 Kedai takde nama ni diusahakan oleh orang Pakistan. Saya namakannya kedai makan no. 267


AIR MINUMAN

Di Eropah termasuklah di Itali, air paip selamat untuk diminum. So, kita leh refill botol air mineral di mana-mana paip air yang kita nampak. Suami saya minum jer air paip tu, tapi saya tidak tergamak! Sebab masa kecik-kecik dah diajar air perlu di masak pada suhu 100degC untuk mematikan kumannya, (dan tahukah anda yang bakteria e-coli jika masuk dalam air minuman hanya boleh dibunuh pada suhu 100degC ke atas?) Alhamdulillah En. Suami tidak sakit perut itu bermaksud air di sana memang selamat diminum seperti yang diwar-warkan.

Memandangkan saya hanya minum air mineral (eh… air mineral pon tak dididihkan pada suhu 100degC, kata En. Suami dengan muka puas hati bila tengok saya terkedu, tapi saya tetap berdegil takmo minum air paip), jadi kami terpaksa juga beli. Kali pertama beli di Rome Fumicio Airport harganya Euro 2.10 untuk 500ml. Haa.. Amik ko! Kemudian beli di kedai makan dapat murah sikit iaitu Euro 1.50 sebotol untuk 500ml, tapi masih terasa mahal. Kami pasti ada kedai mini market / runcit yang menjual air mineral pada harga yang jauh lebih murah. Jadi kamipun gigih mencari akhirnya berjumpa. Ye, benar seperti di sangka, harga di kedai runcit hanyalah Euro 1/botol untuk 1.5L. Tapi, paling mantap ialah harga di mini market Conad iaitu hanya Euro 0.45/botol untuk 1.5L jika beli 1 karton. So kamipun mula memborong karton demi karton sejak hari itu demi untuk berjimat. Beli dan simpan di hotel, bila perlu refill botol sendiri untuk dibawa ke mana-mana.

Conad terdapat di serata Itali, kedai ni dah macam 99speedmart di Malaysia yang menjual macam-macam benda pada harga mampu milik. Selain air mineral, kami juga membeli buah strawberi (Euro 2 untuk 1 kotak dalam 20biji) dan borong coklat di sini.


Kesimpulan..

Saya rasa puas dari segi makanan semasa di Itali. Saya dapat menikmati makanan-makanan popular dan authentic negara itu seperti pizza, pasta dan gelato tanpa ragu-ragu. Negara ini kan memang terkenal dengan makanan tersebut, kalau tak makan memanglah amat rugi.

Selain daripada itu, kami juga makan dan borong coklat dengan banyaknya ketika di sana. Memandangkan tulisan di pek coklat semuanya dalam bahasa Itali, kami telah menggunakan aplikasi Goggles untuk menterjemahkan kandungan coklat yang ingin dibeli ke dalam bahasa Malaysia. Sebagai pelancong, jangan lupa install aplikasi Goggles ini ditelifon pintar korang. 


Oh ye.. Saja nak bagitau.. Kalau ke Itali, perkara pertama yang kita akan perasan ialah kebanjiran warga Bangladesh di setiap pelusuk negara. Dengan adanya mereka, sudah pasti ada makanan halal sebab mereka Muslim! Mereka adalah antara peniaga dan penjaja, terutamanya di lokasi-lokasi pelancongan. Walaupun saya tak berapa berkenan dengan orang bangla di Malaysia, tapi semasa di sana saya rasa bangga juga melihat orang Islam menguasai bisnes-bisnes di kawasan utama di Itali.

Alhamdulillah... makanan kami di Itali amat memuaskan hati. Dalam perjalanan pulang pon kami dihidangkan dengan makanan yang sodap... ini dia!

Ikan kod dan kentang putar untuk supper di dalam pesawat MAS

Saturday, May 30, 2015

MAHU MENDAPATKAN PENTERJEMAH PERIBADI SECARA PERCUMA SEMASA MELANCONG?

Lumrahnya manusia hanya memahami beberapa bahasa. Biasanya bahasa ibunda dah bahasa Inggeris. Jadi, apabila melancong, masalah bahasa boleh menggangu perjalanan. Contohnya bagi negara yang mengutamakan bahasa kebangsaan mereka, kebanyakan papan tanda adalah di dalam bahasa mereka. Begitu juga bagi makanan, jika mahu tahu kandungannya, kita terpaksa mencari kamus satu-persatu.

Mahu belajar, lambat! Mahu upah penterjemah, kena keluar duit!

Jangan risau,kini ada cara yang lebih mudah untuk menterjemah secara langsung daripada gambar. Hanya ambil gambar dan aplikasi ini akan mencapai internet untuk menterjemah ke bahasa yang anda fahami. Tak perlu menaip satu-persatu. Saya rasa mungkin ada yang dah tau, baguslah. Bagi yang lain, gunakanlah Apps dari Google yang bernama "Google Goggles".



Penggunaanya  amatlah mudah seperti yang saya katakan tadi. Ambil gambar, masuk internet dan Goggles akan menterjemah untuk kita. Ia boleh menterjemah semua benda jika tulisannya jelas dan terang. Sudah tentu ada kelemahan tetapi ia bukanlah penghalang bagi kita untuk memahaminya. Jika mahu, boleh ulang semula, apa salahnya bukan!

Penggunaaan Goggles tidak terhad kepada menterjemah tetapi juga mencari maklumat mengenai simbol, gambar, logo dan sebagainya. Jadi, download dan cubalah. Ia pasti memudahkan. Cuba ambil gambar patung contohnya (banyak patung ukiran di Itali kami lihat dulu) dan dapatkan maklumat mengenainya secara langsung! Cuma pastikan anda ada internet!

Saya pernah mengambil gambar sebuah lukisan di hotel dan akhirnya dapat mengetahui yang ia adalah lukisan bertajuk tertentu oleh pelukis Perancis. Harganya juga ada jika mahu beli Begitu juga, ketika di Itali, saya mengambil gambar kandungan makanan bagi barang yang mahu dibeli dan Goggles dapat menterjemah bahan-bahan itu ke bahasa Inggeris supaya mudah kita tahu halal haramnya.


Jadi, jika mahu memudahkan pengembaraan anda di luar negara (juga dalam negara), cubalah guna Goggles dan kongsilah disini akan kebaikannya (dah kekurangannya)!

Keywords: Google apps, Android, Apps, Goggle, translate, travel, melancong, terjemah

Friday, February 6, 2015

MERANCANG PERCUTIAN KE ITALI



Kalau tahun lepas saya dan En. Suami ke Jerman, tahun ini kami berangan hendak ke Itali pula. Sebenarnya En. Suami dah bercakap pasal Itali sejak tahun lepas lagi, sebaik pulang dari Jerman. Dia telah membaca terlalu banyak novel Inggeris yang berlatar-belakang sejarah Roman, jadi teringinlah beliau nak melihat sendiri kehebatan bangsa Itali ini dengan mata sendiri. Secara jujurnya saya takdelah teringin nak ke Itali sangat. Saya lebih teruja nak ke negara K-Pop Korea tapi takpelah, Itali pon pasti best juga.

#1 of Tourist Attractions In Rome
Coloseum Aku Datang!

Kitorang akan bercuti secara DIY. Nak kenal sesuatu tempat tu, kita perlu berani untuk buat sendiri.. kena adventurous, takleh takut sesat-barat sket2 tu. Selain tak terikat dengan masa lawatan yang ketat, kos juga akan jauh lebih jimat berbanding pergi ikut tour group. So, untuk memastikan perjalanan kami berjalan lancar, kenalah buat perancagan serba-sedikit agar lebih cost-efficient dan mengelakkan unnecessary frustration.

JADUAL

Kitorang akan ambil cuti selama 2 minggu untuk trip ini. Beginilah kira-kiranya rancangan jadual perjalanan kami:

Day 1 : KUL-CDG
Day 2 : Tiba di Paris Charles De Gaulle Airport awal pagi. Kena keluar dari airport ni untuk ke Orly Airport yang jaraknya dalam 45min dari sana untuk terbang ke Rome. Check-in hotel dan berehat to kill jetlag.
Day 3 : Rome
Day 4 : Rome
Day 5 : Rome
Day 6 : Bertolak ke Florence dengan menaiki keretapi express Trenitalia. Check-in hotel di Florence dan berehat.
Day 7 : Florence
Day 8 : Florence
Day 9 : Bertolak ke Venice, sekali lagi dengan kereta express Trenitalia. Check-in hotel di Venice.
Day 10 : Venice
Day 11 : Venice
Day 12 : Terbang ke London (sebab nanti nak balik naik MAS dari London sebab nak merasa A380 dari London plak.. huhu..). Check-in hotel dan berehat.
Day 13 : London
Day 14 : LHR-KUL flight tengahari
Day 15 : Sampai kembali ke tanahair terchenta, inshaAllah...

So, sebenarnya 3 tempat je kitorang akan pergi di Itali nanti, dan 1 tempat di London. Kitorang memang tak berapa suka bercuti tergesa-gesa ataupon 'touch & go'. Kitorang lebih suka nak mengenal tempat itu betul2 dan berasimilasi dengan keadaan sekitar.



KAPAL TERBANG

Seperti tahun lepas, kami akan ke sana dengan menaiki kapal terbang MAS kelas bisnes. Kitorang bukan orang kaya, dan takde sapa nak sponsor pergi berjalan, so jangan fikir yang bukan-bukan ye. Berkat mengumpul Enrich Miles sejak setahun lalu dan penggunaan kad kredit setiap kali ada peluang, alhamdulillah jumlah Enrich Miles mencukupi untuk penukaran tiket kelas bisnes dari Kuala Lumpur - Paris dan pulang dari London-Kuala Lumpur. Penyumbang Enrich Miles paling banyak adalah En. Suami sebab dia selalu outstation, jadi penggunaan kad kredit terutama untuk bayaran hotel, minyak kereta dan bayaran-bayaran lain adalah tinggi berbanding saya yang tak kemana-mana ni.

Melalui website Enrich, kita boleh tahu yang penerbangan Zone 5 memerlukan sekurang-kurangnya 55,000 Enrich Miles untuk sehala. Bila buat redemption melalui online, automatically kita dapat 15% discount, so jumlah Enrich Miles yang diperlukan hanyalah 46,750 sahaja.

Bagi kami berdua, beginilah jumlah Enrich dan kos tambahan (surcharges dan taxes) yang diperlukan:
  • KUL-CDG : [46,750 Enrich Miles + RM715 (tax, surcharges)] x 2pax
  • LHR-KUL : [46,750 Enrich Miles + GBP 307.96(tax, surcharges)] x 2 pax
Memandangkan kitorang masuk Eropah melalui Paris dan keluar melalui London, jadi kami terpaksa ambil penerbangan lain dari Paris dan ke London tu.

Dari Paris ke Rome : Naik Iberia..  member Oneworld, so boleh kutip Enrich Miles ;-)
Euro185.54 untuk kami berdua. Yang ni kelas ekonomi je. Takde hal sebab penerbangan 2jam sahaja.

Dari Venice ke London :  Naik British Airways.. juga member Oneworld so bolehlah kutip Enrich Miles lagi. Huhu.. Kelas ekonomi juga sebab penerbangan dalam 2jam lebih saja, dapat check-in 1 luggage each person dan boleh carry hand luggage each person. Jumlah kos penerbangan ini untuk kami berdua ialah Euro 88.

Total cost : ~RM5,500 untuk kami berdua. Sebenarnya ini adalah kos yang amat murah, berbanding kos sebenar kelas bisnes RM11k-RM13k/pax untuk return trip ke Europe. Itu yang saya suka giler ngan Enrich Miles program ni. Orang tak berapa kaya macam kita ni pon leh merasa selesa naik kapal terbang 13jam macam orang berada yang lain :-)


PENGINAPAN

Kami akan menetap 5hari 4malam di Rome. Untuk jangkamasa yang agak panjang macam ni, sebaiknya duduk apartment yang ada dapur dan mesin basuh baju. Lagipun, selepas google sana-sini, saya dapati kos apartment lebih murah berbanding hotel, terutamanya di kawasan strategik yang dekat dengan kawasan pelancongan dan stesen metro. Saya masih lagi mengodek-godek website apartment seperti airbnb.com dan waytostay.com. Setakat ni nampak masih ada lagi apartment studio atau 1-bilik yang menetapi kriteria kitorang yang harganya kurang daripada Euro 100/nite.

Kena booking cepat-cepat. Kalau lambat, pasti habis yang murah dan tinggal yang mahal jer..

Di Florence, hanya 3malam. Tapi rasa-rasanya saya nak cari apartment juga. Venice pon begitu juga, 3 malam di apartment. Kos satu malam harapnya ada yang di bawah Euro 100/nite juga.

Di London, kami bercadang nak menetap di hotel saja sebab hanya 2 malam.

Jadi, jumlah anggaran kos untuk penginapan ialah :
Itali : Euro 100/nite x 10nites = Euro 1,000 (~RM4,000)
London : POund Sterling 100/nite x 2 nites = Pound sterling 200 (~RM1,000)

So bila tukar ke RM.. dalam  RM5,000! Whoa.. banyak juga rupa-rupanya!! Bila convert Euro ke RM, memang terasa mahalnya.


PENGANGKUTAN

Selain kapal terbang, kami juga kena sediakan duit untuk pengangkutan in the city dan inter-city. Saya tak study lagi. Jadi saya akan buat anggaran tinggi sedikit. 

Saya budget Euro 500 untuk in the city transportation
Untuk intercity Rome-Florence-Venice : Euro 500 juga

Total Euro 1,000 (~RM4,000).


TIKET MASUK (ENTRANCE FEES)

No idea at the moment. Katakan Euro 200 (~RM800) untuk kesemua tempat lawatan untuk kami berdua. Saya akan update lagi di sini bila saya dah habis study nanti.

MAKAN DAN LAIN-LAIN

Saya anggarkan Euro10/pax sekali makan x 3 kali makan (lunch, dinner & snacking) x 11 days = Euro 330 (~RM1,500)


JUMLAH KASAR ANGGARAN

Kapal terbang = RM 5,500
Penginapan = RM 5,000
Pengangkutan = RM4,000
Tiket masuk = RM 800
Makan dan lain-lain = RM 1,500
GRAND TOTAL = RM 17,000

Saya cakap ngan suami, kita kena ada RM20k untuk trip kali ni. Biar bajet lebih, jadi kita akan lebih bersedia. Kalau tak habis kita leh simpan belennya tu. Harap-harap bonus tahun ni membantu.. huhu..

Kalau korang leh bagi tips, tricks dan maklumat-maklumat best yang boleh membantu kitorang dalam perancangan trip kali ni, silalah komen ye. Kitorang memang amat memerlukan sebanyak mungkin maklumat (terutamanya cost-saving tips!)



Gambar Belangkas