Showing posts with label Info Dunia. Show all posts
Showing posts with label Info Dunia. Show all posts

Friday, September 13, 2013

Ibu simpan mayat anak selama 18 tahun


Georgia: Tidak menghairankan bagi seorang ibu menjaga anaknya sehingga dia berusia 40 tahun.

Bagaimanapun, ia sesuatu yang ganjil jika si ibu itu terus menjaga anaknya yang sudah mati hampir 20 tahun lalu.

Selepas kematian Joni Bakaradze pada usia 22 tahun, keluarga di Georgia mengambil keputusan untuk tidak mengebumikan mayatnya. Mereka sebaliknya mahu menjadikan mayat itu mumia.

Ibunya, Tsiuri Kvaratskhelia mahu cucunya (anak Bakaradze) melihat sendiri lelaki yang pernah menjadi bapanya. Bagi memenuhi matlamat itu, dia bertindak memelihara dan sekali gus memumiakan mayat Bakaradze.


Mayat lelaki itu disimpan dalam keranda lengkap dengan tingkap. Kvaratskhelia berkata, keluarga itu mulanya menggunakan cara tradisional, termasuk jus balsam untuk mengawetkan mayat berkenaan.

Baru-baru ini, dia mendakwa bermimpi menemui seseorang menyuruhnya menggunakan vodka memastikan mayat berkenaan tidak rosak. Sejak itu dia mula menggunakan arak untuk tujuan itu. “Anda tidak boleh membiarkan mayat itu tanpa vodka pada sebelah malam kerana ia akan menjadi hitam.” kata wanita itu.

Menjadikan mayat mumia adalah amalan terkenal pada zaman Mesir purba. Bagaimanapun, budaya sesetengah masyarakat di Amerika Selatan dan Asia juga dikesan mengamalkannya sepanjang sejarah peradaban manusia.

Pada 1920, mayat Rosalia Lombardo, kanak-kanak Itali yang mati akibat selesema ketika berusia dua tahun, diarah diawet oleh datuknya. Walaupun warnanya kian berubah baru-baru ini, mayat kanak-kanak itu masih elok. - Agensi

Sumber: Harian Metro

Lelaki sesat 4 bulan, hidup makan kismis dan tikus


Montevideo: Seorang lelaki yang hilang di pergunungan Andes empat bulan lalu ditemui masih hidup selepas melalui musim sejuk yang melampau dengan hanya memakan tikus dan kismis.

Raul Fernando Gomez Circunegui, 58, kelmarin diselamatkan selepas sekumpulan rakyat Argentina yang merekod paras salji terserempak dengannya. 
Dia susut lebih 19 kilogram sepanjang tempoh sukar itu dan sangat kekurangan zat. Bagaimanapun, doktor berkata dia akan kembali seperti sedia kala dalam masa beberapa hari lagi. 

Gomez mula merentasi pergunungan itu dari Chile ke Argentina pada Mei lalu, tetapi terpaksa membuat perjalanan dengan berjalan kaki selepas motosikalnya rosak. Dia kemudian tersesat ketika ribut salji.

Gerakan menyelamat dilancarkan untuk mencarinya, tetapi dihentikan pada Julai lalu kerana keadaan cuaca buruk.

Pasukan petugas dari wilayah barat daya San Juan menemui Gomez dalam sebuah khemah di ketinggian 2,840 meter (9,318 kaki) dari paras laut. 

Gomez yang tidak berdaya dan terdesak berjaya menarik perhatian pasukan itu dengan berjalan terincut-incut sambil membuka pintu khemahnya. 

Gabenor San Juan, Jose Luis Gioja memberitahu akhbar Diario de Cuyo, kisah Gomez dianggap satu keajaiban. 

“Kami seolah-olah tidak percaya dengan kejadian itu,” katanya. 

Gula, kismis, tikus dan baki bekalan makanan di khemah itu membolehkan Gomez terus hidup sepanjang musim sejuk di Hemisfera Selatan. 

Akhbar Uruguay El Pais pula berkata, doktor yang memeriksa keadaan Gomez terkejut dengan daya pulih lelaki itu. 

“Dia pesakit yang menghidap tekanan darah tinggi, punyai sejarah merokok dan mengalami tanda-tanda kekurangan zat. 

“Tetapi dia akan pulih dalam masa beberapa hari lagi, dan kami akan membenarkan dia pulang,” katanya. 

Kisah Gomez mengimbau kenangan pada 1972 apabila sebuah pesawat yang membawa pasukan ragbi Uruguay ke Chile terhempas di bahagian terpencil Andes. 

Kejadian itu menyebabkan 29 orang maut, tetapi 16 mangsa yang terselamat berjaya meneruskan hidup dengan memakan daging rakan mereka yang mati. - Agensi

Sumber: Harian Metro

Dhaqabo Ebbaa dakwa umur lebih 160 tahun tapi tiada bukti


Addis Ababa: Sesiapa saja yang melihat lelaki yang bernama Dhaqabo Ebbaa pasti bersetuju peladang dari Habsyah ini sudah amat tua.

Ebba sendiri mengatakan usianya sudah menjangkau 160 tahun walaupun tidak memiliki sijil kelahiran bagi membuktikannya. 

Ebba membuat kenyataan itu dalam rakaman video untuk Oromiya TV. Wartawan yang mewawancaranya kagum dengan pengetahuannya mengenai sejarah tempatan hingga dia yakin usia bekas peladang itu mencecah 160 tahun. 

Jika usia Ebba boleh disahkan, dia mungkin menjadi individu tertua di dunia menewaskan pemegang rekod sebelum ini, Jeanne Calment, wanita Perancis yang berusia 122 tahun ketika dia meninggal dunia.

Buat masa ini, Rekod Dunia Guinness mengiktiraf Misao Okawa, 114, sebagai orang hidup tertua di dunia, tetapi terdapat mereka yang lebih tua contohnya, seperti Ebba. - Agensi

Lamborghini Aventador dari 500kg emas berharga RM23.9 juta


London: Kereta paling mahal dan berharga di dunia, Lamborghini Aventador yang dibuat daripada 500 kilogram emas dan platinum, selain bertatahkan permata dipamerkan buat kali pertama di luar Eropah oleh Lamborghini Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Dibina di Jerman oleh pengeluar yang menghasilkan model kereta mewah daripada logam padu berharga sejak 12 tahun lalu, kualiti pertukangan, ketepatan, gaya tersendiri dan nilainya menjadi identiti kenderaan itu yang kini dipamerkan di UAE. Ia mampu menjadi milik anda dengan harga serendah mulai 5.5 juta Euro (RM23.9 juta). Pameran itu adalah untuk melelong kenderaan tempahan khas itu, tetapi jika pembeli mahu memintas proses bidaan dan membelinya sekarang, pengeluar menawarkan Dh26.75 juta (RM23.8 juta) atau tawaran yang hampir.

Sebahagian daripada wang itu akan disumbang kepada kebajikan. Kenderaan itu dibina berasaskan gentian karbon yang kemudian disalut emas dan lampu besarnya bertatahkan berlian. Setiap tempat duduk mempunyai 700 batu permata berharga yang dijahit pada fabriknya. Projek itu melayakkannya meraih empat gelaran Rekod Dunia Guinness model paling mahal di dunia, kereta paling selamat yang diperbuat daripada kaca kalis peluru, logo paling berharga dan satu-satunya kereta yang dibina daripada 500 kilogram bongkah emas padu. - Agensi


Remaja tembak mati bayi dipenjara seumur hidup


Atlanta: Seorang remaja dari Georgia yang disabitkan kesalahan menembak seorang bayi dalam kereta sorong dijatuhi hukuman penjara seumur hidup tanpa peluang untuk parol selepas ibu mangsa meminta hakim menghukum pesalah yang mengambil “nyawa hidupnya.”

De’Marquise Elkins, 18, hanya mendiamkan diri tanpa menunjukkan sebarang reaksi ketika hukuman dibacakan di kamar mahkamah kurang daripada dua minggu selepas juri mendapati dia bersalah membunuh Antonio Santiago yang berusia 13 bulan dalam satu cubaan merompak.

Ibu mangsa, Sherry West berkata, dia tidak akan dapat mendengar perkataan pertama yang sepatutnya dilafazkan anaknya.

Sherry juga sempat membacakan puisi dengan linangan air mata. “Dia belum sempat untuk tidur di katil bayi,” katanya dalam mahkamah, semalam. Bayi itu berada dalam kereta sorong ketika dibawa Sherry berjalan-jalan di Brunswick sebelum ditembak di antara dua matanya pada 21 Mac lalu.

Elkins menembak bayi terbabit selepas Sherry enggan menyerahkan dompetnya. - AP

Sumber: Harian Metro

Gambar wanita acu pistol di kepala budak cetus kontroversi


London: Imej mengejutkan yang menunjukkan seorang wanita mengacu pistol ke kepala seorang kanak-kanak mencetuskan kebimbangan terhadap keselamatan mangsa.

Foto itu dikongsi di laman media sosial ratusan kali sejak ia mula dimuat turun baru-baru ini. Pengguna laman web terdesak untuk mengenal pasti wanita dan kanak-kanak itu bagi memaklumkan kepada pihak berkuasa. Bagaimanapun, usaha mereka terhalang ekoran kurangnya maklumat mengenai asal usul gambar itu.

Foto terbabit menunjukkan seorang wanita muda tersenyum sambil mengacu pistol antara dua mata kanak-kanak yang berusia sekitar dua tahun.

Tiada maklumat mengenai bila dan di mana gambar itu diambil, tetapi kelihatannya berasal dari laman Facebook warga Argentina sebulan lalu.

Kemungkinan kedua-duanya adalah penduduk Amerika Latin. Imej itu mencetuskan panik hingga mendorong penulis blog berkempen menentang penderaan domestik.

Seorang bekas mangsa penderaan berkongsi foto itu mengatakan: “Jika ada sesiapa yang boleh membantu kami mencari kanak-kanak itu, tolonglah buat sesuatu. “Seorang bayi boleh mengalami trauma seperti mangsa penderaan yang lain - dan ini adalah satu bentuk penderaan.” 

Ramai pengguna Facebook menyuarakan kemarahan terhadap foto itu dengan sesetengahnya menyifatkannya “benar-benar jahat.” Tidak diketahui sama ada pistol dalam gambar itu senjata betul atau pistol mainan. - AFP

Jyoti, wanita paling kerdil di dunia dari India


New York: Ketika bulan terakhir kehamilan Ranjana Amge, dia bimbang tidak mampu mendakap bayinya itu selepas doktor menjangkakan ada sesuatu yang tidak kena pada janinnya.

Selepas 20 tahun kemudian Ranjana mempunyai sebab untuk berbangga apabila anak perempuannya itu hidup sihat, gembira dan dikenali di seluruh dunia.

Kata Ranjana, semua kebimbangannya kini menjadi sejarah.

“Apa yang ada adalah kegembiraan dan kami berasa sangat bertuah,” katanya. Dengan ketinggian cuma 63.5 sentimeter dan berat 5.4 kilogram, Jyoti Amge adalah wanita paling kerdil di dunia.

Berasal dari Nagpur, India, Jyoti memasuki kolej dan bercita-cita menjadi pelakon.

Walaupun di kalangan orang kerdil, Jyoti memang lebih kerdil.

Keadaan itu diakui menyukarkan hidupnya pada ketika tertentu.

“Saya susah mencapai barang, tetapi nasib baik saya ada adik-beradik lain untuk membantu,” katanya. Dalam lawatan pertamanya ke New York, Jyoti dibawa melawat Statue of Liberty sebelum menghadiri pelancaran Rekod Dunia Guinness edisi 2014 serta sidang media di puncak Bangunan Empire State. - Agensi




Amalan makan sotong mentah di Korea Selatan


Seoul: Amalan memakan ikan mentah yang lazim di timur Asia sudah diterima baik di seluruh dunia, tetapi memakan sotong hidup mungkin memerlukan masa untuk diterima ramai.

Tetapi ia bukan menjadi masalah kepada sebahagian pengunjung pesta makanan di Seoul.

Tanpa banyak masalah mereka menarik keluar sotong hidup dari bekas dan cuba memasukkan hidupan itu ke mulut masing-masing. Pada masa sama tentakel sotong itu melekap pada jari, bibir dan pipi menjadikan ia agak sukar untuk dimakan pengunjung pesta makanan itu.

Bagaimanapun, pada akhirnya pengunjung yang “kebuluran” itu mula mengunyah sotong hidup berkenaan walaupun tentakelnya jelas kelihatan bergerak-gerak.

Walaupun amalan berkenaan mungkin memerlukan masa lebih lama untuk diterima di negara lain, sebahagian penduduk Korea Selatan jelas gemar dengan apa yang dilakukan.

Bandar Donghae menganjurkan Pesta Sotong pada setiap Disember dan menarik kedatangan sehingga 70,000 pelawat dari seluruh dunia setiap tahun. Pengunjung boleh menangkap sotong itu dengan tangan serta menyertai acara yang diadakan bagi meraikan hidangan makanan tempatan. 

Antara pertandingan diadakan ialah “merawat sotong” serta “menyiang sotong mentah.” Pesta berkenaan diadakan ketika Mahkamah Agung Korea Selatan membebaskan seorang lelaki yang didakwa membunuh kekasihnya selepas wanita terbabit didakwa tercekik ketika makan sotong hidup.

Sebelum ini, lelaki berusia 32 tahun berkenaan dihukum penjara seumur hidup. - Agensi

Sumber: Harian Metro

4 lelaki yang merogol seorang wanita dihukum gantung

SEORANG wanita India membawa replika tali gantung dan neraca ketika berkumpul sementara menunggu keputusan kes rogol di luar kompleks mahkamah di New Delhi, semalam.
New Delhi: Mahkamah India semalam mengarahkan empat lelaki yang dituduh merogol seorang wanita muda sebelum mencampaknya keluar dari bas yang bergerak supaya dihukum gantung.

Hakim Yogesh Khanna berkata, serangan yang mengejutkan masyarakat India dan dunia itu berlaku ketika jenayah terhadap wanita kian meningkat.

“Mahkamah tidak boleh menutup mata terhadap jenayah yang mengerikan itu,” katanya.

Selepas hukuman dibacakan raungan seorang daripada empat perogol itu, Vinay Sharma, 20, kedengaran di kamar mahkamah. Sharma yang juga pembantu gimnasium kemudian menangis teresak-esak.

Ketika Khanna berlalu dari bangkunya, peguam bela A P Singh yang membela keempat-empat perogol itu mula menjerit ke arahnya.

“Ini bukan kejayaan kebenaran, tetapi tewasnya keadilan,” katanya. Dalam kejadian di New Delhi Disember tahun lalu itu, mangsa yang berusia 23 tahun menaiki bas bersama rakannya selepas menonton filem “Life of Pi” apabila mereka diserang. 

Teman mangsa dibelasah dan dicampak keluar, manakala wanita terbabit dirogol bergilir-gilir. Kemaluan wanita itu juga ditusuk dengan batang besi. Dia akhirnya gagal diselamatkan ketika dirawat di sebuah hospital di Singapura. - AP

Sumber: Harian Metro

Monday, August 26, 2013

Israel nyatakan kebimbangan isu pergolakan di Mesir



BAITULMAQDIS: Israel menyatakan kebimbangannya mengenai pergolakan di negara jirannya, Mesir berikutan perkembangan itu mungkin menjejaskan kestabilan serantau. 

Perdana menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata semalam, Israel berharap kestabilan dan hubungan baik di antara Tel Aviv dan Kaherah berterusan.Israel memeterai perjanjian damai dengan Mesir lebih 30 tahun lalu dan Kaherah adalah sekutu negara Arabnya yang terbesar. 

“Kami mengikuti perkembangan di Mesir dengan rapi dan pada masa ini mesti menunjukkan sifat bertanggung jawab dan pertimbangan yang tinggi,” Netanyahu memberitahu mesyuarat Kabinet dalam ulasan pertamanya berhubung tunjuk perasaan yang memasuki hari keenam di Mesir semalam.

Perdana menteri Israel itu berkata, beliau sudah menghubungi Presiden Barack dan setiausaha negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton mengenai perkembangan di Mesir dan juga sudah memberitahu anggota Kabinet Israel agar jangan membuat sebarang kenyataan mengenai negara jirannya itu.

Mesir adalah negara Arab pertama untuk memeterai perjanjian damai dengan Israel pada 1979 yang disusuli dengan Jordan pada 1994.

Seorang bekas menteri pertahanan Israel, Benjamin Ben-Eliezer berkata, beliau bersedih dengan kemungkinan Hosni Mubarak disingkirkan kerana presiden Mesir itu adalah orang kanan kita yang paling penting di Asia Barat.

Seorang lagi bekas menteri pertahanan, Shaul Mofaz, berkata, Tel Aviv bimbang jika kumpulan pembangkang yang diharamkan, Ikhwanul Muslimin akan mengambil alih kuasa di Mesir.

“Berikutan perkembangan terbaru di Lubnan yang mengukuhkan kedudukan Hizbullah. perkembangan di Israel menjadi satu lagi cabaran besar,” kata Mofaz kepada radio Tentera.

Beberapa pegawai di Israel mengharapkan Mubarak kekal berkuasa dengan menyatakan pemimpin kuku besi itu tidak mempunyai pengganti yang jelas. 

Pelantikan Omar Suleiman kelmarin sebagai naib presiden dialu-alukan oleh beberapa pihak di Israel berikutan bekas ketua risikan Mesir itu mempunyai hubungan baik dengan Tel AVivb.

Seorang pegawai Israel yang tidak mahu namanya didedahkan berkata: “Menurut penelitian kami Mubarak akan mampu bertahan”. – Reuters

Sumber: bharian

Saturday, February 12, 2011

Hosni Mubarak letak jawatan

KAHERAH: Presiden Mesir, Hosni Mubarak meletakkan jawatan dan menyerahkan kuasa kepada pihak tentera, kata Naib Presiden, Omar Suleiman dalam kenyataan ringkas yang disiarkan menerusi televisyen.

“Mengambil kira keadaan sukar yang dihadapi negara, Presiden Mohammed Hosni Mubarak membuat keputusan untuk melepaskan jawatan presiden republik dan menugaskan Majlis Agung Angkatan Bersenjata untuk mentadbir hal ehwal negara," kata Suleiman. - AFP

Berikut adalah reaksi pemimpin dunia sebaik perletakan jawatan Hosni Mubarak sebagai presiden Mesir, sekali gus mengakhiri demonstrasi besar-besaran rakyat negara itu selama 18 hari.

Amerika Syarikat
"Rakyat sudah menyatakan hasrat mereka...suara rakyat Mesir adalah jelas semestinya demokrasi perlu dilaksanakan mulai sekarang," kata Presiden Barack Obama. "Masih banyak kesulitan yang akan berlaku dan masih banyak persoalan belum terjawab. "Namun pihak tentera sudah menjalankan tugasnya dengan cukup patriotik dan bertanggungjawab sebagai pemerintahan sementara dan kini perlu memastikan peralihan kuasa dilakukan dengan berwibawa demi kehendak rakyat Mesir," katanya.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon mahu proses peralihan kuasa di Mesir harus dilakukan dengan 'telus, lancar dan aman'. Beliau juga mahu melihat negara itu menjalankan proses pilihan raya yang 'bebas, adil dan berwibawa'.

Iran
"Saya mengucapkan tahniah kepada rakyat Mesir atas kemenangan mereka dan kami di Iran berkongsi kegembiraan," kata Menteri Luarnya, Ali Akbar Salehi. "Kami berharap pergerakan rakyat di Mesir akan berakhir dengan kejayaan menerusi semangat yang jitu agar mereka mencapai tuntutan dan harapan yang diingini."

Russia
"Kami berharap dengan perkembangan terkini ini, ia boleh mengembalikan semula keamanan dan kestabilan dengan kerjaaan Mesir kembali berfungsi. Kami juga berharap bukan saja kerajaan tetapi parti pembangkang menunjukkan keikhlasan untuk menstabilkan keadaan," kata Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov. - Reuters

Sumber: Berita Harian

Video tentang perletakan Hosni Mubarak sebagai Presiden Mesir dan diambil alih pihak tentera Mesir


Nota Dahi: Setelah rusuhan besar-besaran yang berlarutan beberapa minggu lalu dan telah mengakibatkan pelbagai kemusnahan harta benda serta kehilangan nyawa dan kecederaan, akhirnya rakyat Mesir menerima khabar gembira apabila Presiden Hosni Mubarak membuat pengumuman perletakan jawatan beliau. Keputusan itu telah memberi nafas baru pada sistem pemerintahan Mesir selepas ini dan diharapkan dapat mengembalikan keamanan di Mesir seperti sedia kala. Untuk sementara waktu, pemerintahan Mesir telah diambil alih oleh pihak tentera.

Update rusuhan di Mesir


Friday, February 11, 2011

Facebook, Google bakal ambil alih Twitter

NEW YORK 10 Feb. - Eksekutif syarikat mikroblogging Twitter Inc. dilapor telah mengadakan perbincangan 'peringkat rendah' dengan eksekutif Facebook Inc. dan Google Inc. beberapa bulan lepas berhubung kemungkinan pengambilalihan Twitter, menurut laporan laman web akhbar Wall Street Journal, semalam.

Menurut akhbar tersebut, perbincangan telah dijalankan dan anggaran pengambilalihan syarikat tersebut berkemungkinan menelan belanja sebanyak AS$8 bilion (RM24.3 bilion) hingga AS$10 bilion (RM30.4 bilion).

Disember lalu, Twitter telah menambah pembiayaan syarikat sebanyak AS$200 juta (RM609.2 juta) dalam satu perjanjian yang meletakkan nilai syarikat tersebut kepada AS$3.7 bilion (RM11.2 bilion) ketika itu.

Pembiayaan dari Silicon Valley, firma usahasama Kleiner Perkins Caufield & Byers dan pelabur-pelabur Twitter itu, menekankan harapan tinggi pelabur terhadap syarikat rangkaian sosial tersebut. Google dan Facebook tidak mengulas lanjut laporan Wall Street Journal itu.

Facebook baru-baru ini menambah pembiayaannya dalam satu perjanjian yang meletakkan nilai laman web sosial itu kepada AS$50 bilion (RM157 bilion), berbanding AS$10 bilion (RM30 bilion) pada pertengahan 2009.

Google dan Facebook sebelum ini pernah membincangkan tawaran pengambilalihan Twitter dengan pengasas Facebook, Mark Zuckerberg menawarkan sejumlah AS$500 juta (RM1.5 bilion) kepada pengasas Twitter bagi tujuan itu. Bagaimanapun urus janji itu gagal. Twitter kini mempunyai seramai 175 pengguna berdaftar. - Reuters

Sumber: Utusan Malaysia

Nota Dahi: Selepas timbulnya isu Facebook akan ditutup pada 15 Mac ni, nampaknya ianya suatu khabar angin yang tidak benar. Ini kerana timbulnya khabar angin tentang Facebook mahu ambil alih Twitter. Siapa pula pengasas Twitter ye? Nantikan pada entry yang akan datang tentang sejarah Twitter pula.

Thursday, February 3, 2011

Pergolakan di Mesir kian meruncing

KAHERAH 3 Feb. – Keadaan di Mesir semakin meruncing dengan lima orang dilaporkan terbunuh, apabila penyokong Presiden Mesir, Hosni Mubarak melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan antikerajaan di Dataran Tahrir awal hari ini.

Tunjuk perasaan aman di negara ini sejak beberapa hari lalu bertukar ganas, sejak semalam apabila kira-kira 3,000 penyokong Mubarak yang dipercayai terdiri daripada polis berpakaian biasa menggempur penunjuk perasaan anti-kerajaan di Dataran Tahrir dan di beberapa bandar lain di Mesir.

Jumlah penyokong Mubarak ada yang menyatakan hampir 20,000 orang menaiki kuda dan unta bertindak memukul penunjuk perasaan anti-kerajaan dengan kayu dan besi dan sebahagian lagi melempar bom api ke arah penunjuk perasaan dari atas bangunan di Dataran Tahrir menyebabkan dua terkorban dan ramai yang lain cedera.

Angka korban terbaru hari ini akibat pertempuran yang menggegarkan tengah Kaherah dalam tempoh 24 jam lalu kini meningkat kepada tujuh orang dan sekurang-kurangnya 305 orang terbunuh sejak protes tercetus 25 Januari lalu dengan hampir 4,000 lagi cedera. Kejadian dilaporkan berlaku awal pagi apabila penyokong Mubarak dipercayai melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan anti-kerajaan bagi menimbulkan ketakutan di kalangan penunjuk perasaan.

“Kesemua mereka terbunuh akibat tembakan termasuk seorang yang ditembak di kepala,” kata Dr. Mohammed Ismail di sebuah klinik sementara di Dataran Abdulmenem Riad, bersebelahan Dataran Tahrir.

Seorang lagi pakar perubatan yang merawat mereka yang cedera dalam pertempuran, Dr. Amr Bahaa sebelum itu melaporkan beliau menerima ramai penunjuk perasaan yang terkena tembakan.

“Kebanyakan mangsa tiba dalam tempoh tiga jam lalu, ramai dengan luka terkena tembakan,” katanya awal pagi ini, dengan menganggarkan jumlah yang cedera sejak semalam melebihi 1,000 orang.

Saksi berkata, ramai penunjuk perasaan yang cedera akibat tembakan dari Jambatan Oktober, di mana penyokong Presiden Hosni Mubarak berhimpun.

Menteri Kesihatan, Ahmed Hosni Farid berkata, tiga orang terbunuh dan 639 lagi cedera dalam pertempuran antara penunjuk perasaan yang menyokong dan menentang Mubarak di tengah Kaherah.

Pertempuran itu meletus apabila penyokong Mubarak menggempur Dataran Tahrir petang semalam dipercayai dalam usaha untuk menamatkan protes yang menuntut peletakan jawatan Presiden itu.

Bunyi tembakan kedengaran dari semasa ke semasa mulai sekitar 4 pagi ini (10 pagi waktu Malaysia) dan berlarutan selama dua jam, manakala beberapa kereta kebal tentera yang ditempatkan di dataran tersebut kelihatan beralih dari kedudukan masing-masing tanpa meninggalkan kawasan itu.

“Pertempuran bermula pada 4 pagi. Anggota polis berpakaian awam melepaskan tembakan dari Jambatan Oktober,” kata seorang saksi di hospital Kasr El-Aini di mana banyak ambulans tiba. – Agensi

Sumber: Utusan Malaysia

Nota Dahi: Sampai bila rusuhan di Mesir nak berlarutan ye? Jom tengok gambar dan video rusuhan yang berlaku di wilayah bergolak itu.

Tuesday, February 1, 2011

Harga minyak dunia melambung ekoran rusuhan di Mesir

SINGAPURA: Harga minyak dunia di pasaran Asia melambung hari ini berikutan kebimbangan pergolakan di Mesir yang mungkin menjejaskan bekalan bahan mentah menerusi Terusan Suez.

Kontrak hadapan New York bagi minyak mentah bagi perbekalan Mac meningkat 37 sen kepada AS$89.71 setong pada pembukaan dagangan pagi ini. Kontrak hadapan minyak mentah Brent North Sea juga meningkat 18 sen kepada AS$99.60 setong.

“Harga yang meningkat ini adalah kesan daripada keadaan tidak stabil di Mesir dan kemungkinan urusan bekalan akan terjejas yang melalui Terusan Suez," kata Ben Westmore, pakar ekonomi bagi galian dan tenaga National Australia Bank di Melbourne.

Tom Bentz dari BNP Paribas berkata, kira-kira satu juta tong minyak mentah melalui Terusan Suez setiap hari ini.

“Wujud kebimbangan dalam bekalan minyak mentah yang mungkin terjejas dan ini memberi kesan kepada Eropah melebihi Amerika Syarikat," katanya. - AFP

Sumber: Berita Harian

Nota Dahi: Patut pun harga minyak RON97 naik lagi 10 sen semalam kepada RM2.50 seliter. Nasib baik aku tak pakai BMW. Huhu...ni adalah harga minyak semasa pada masa kini.




Sejuta rakyat Mesir diminta sertai bantahan

KAHERAH: Satu pakatan pembangkang menggesa sejuta penduduk Mesir meningkatkan tekanan terhadap Presiden Hosni Mubarak melepaskan kuasa selewat-lewatnya Jumaat depan dengan keluar beramai-ramai memprotes di tengah ibu kota Kaherah mulai semalam.

Seramai 30 hingga 40 wakil pergerakan terbabit juga mendesak supaya mogok umum dilancarkan di seluruh negara itu bagi memaksa Mubarak berundur selepas 30 tahun berkuasa. Pakatan itu yang kebanyakannya pergerakan belia selain Ikhwanul Muslimin yang diharamkan, merancang untuk berarak dari Dataran Tahrir (Kemerdekaan) bagi memaksa Mubarak menyerah kuasa.

Jurucakap beberapa kumpulan terbabit berkata, wakil mereka berunding sejak petang semalam bagi membentuk strategi bersama menggulingkan Mubarak.
Mereka juga akan memutuskan sama ada pemenang anugerah Nobel, Mohamed ElBaradei akan dinamakan sebagai jurucakap penunjuk perasaan.

Ikhawanul Muslimin pula menyatakan bahawa ia tidak akan menerajui penentangan terhadap Mubarak. “Kami tidak mahu mengancam revolusi ini,” kata Mohamed Mahdi Alef, bekas pemimpin kanannya.

Mengulas tindakan mogok, salah seorang penaja bantahan, Israa Abdel-Fattah, berkata: “Kami tidak mahu keadaan pulih semula sehingga Mubarak tidak lagi memerintah. Kami mahu penduduk tidak bekerja hingga beliau berundur.”

Israa adalah pengasas kumpulan 6 April, pergerakan belia yang mendesak pembaharuan demokratik dilakukan sejak 2008.

Bank, sekolah dan pasaran saham ditutup buat hari kedua manakala ramai terpaksa berbaris di luar kedai roti untuk menambah bekalan.

Kawat berduri menutup laluan ke Dataran Tahrir dari jalan utama, kawasan plaza yang diduduki penunjuk perasaan sejak Jumaat lalu, menjadikannya pusat kempen menjatuhkan Mubarak yang dipersalahkan atas kemiskinan berleluasa, inflasi, sikap tak peduli pihak berkuasa dan penindasan ke atas penduduk.

Beribu-ribu orang berhimpun di dataran itu sejak awal pagi, ramai yang tidur di kawasan padang atau dalam khemah. Ramai yang mula tiba sejak awal lagi.

Anggota polis dan pengutip sampah juga muncul semula di jalan raya Kaherah manakala stesen kereta api bawah tanah dibuka semula selepas askar dan sukarelawan bersenjatakan cotar dan parang menjaga keamanan semalaman.

Sementara itu, stesen televisyen Al-Jazeera pula menyatakan, enam wartawannya sudah dibebaskan selepas ditahan sehari selepas televisyen itu diarah memberhentikan operasinya. – Agensi

Sumber: Berita Harian




Nota Dahi: Sampai bila isu pergolakan di Mesir ni nak berlarutan?

[Video] Pergolakan di Mesir

Ok pada hari ni aku nak update beberapa video tentang isu pergolakan di Mesir yang aku ambil dari youtube. Untuk update setiap masa bagi pelajar Malaysia di Mesir, anda boleh layari blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita.

Ada pelajar negara kita yang dirogol?


Kesemua video dibawah ni menceritakan segalanya betapa teruknya rusuhan yang berlaku ketika ini. Tapi sehingga hari ini, ianya sudah dapat dikawal di beberapa kawasan selepas pelbagai usaha dijalankan terutama pihak tentera yang turut membantu.








Untuk video selebihnya, anda boleh tengok semua video yang di upload oleh CitizenTube di youtube. Apa-apa pun aku doakan semua pelajar Malaysia semua selamat pulang ke tanah air secepat mungkin.

Rusuhan besar-besaran ni berlaku dengan tujuan untuk menggulingkan pemerintahan Hosni Mubarak yang dikatakan kejam sehingga membuatkan rakyat tidak berpuas hati dengan beliau. Sehingga hari ini huru-hara di Egypt masih berlaku antaranya kecurian yang berleluasa, balai polis ditawan dan senjata dirampas penduduk, kira-kira 5,000 banduan terlepas dari penjara, dan banyak lagi situasi yang boleh dikatakan berada pada tahap kuning.

Walaubagaimanapun, apa yang lebih membimbangkan ialah nasib pelajar Malaysia yang belajar disana kerana dengan keadaan rusuhan yang tidak kira waktu tu dikhuatiri boleh mengancam keselamatan mereka. Apapun pihak kerajaan sedang berusaha untuk membawa kesemua kira-kira lebih 10,000 pelajar Malaysia keluar dari zon pergolakan tersebut. Marilah sama-sama kita doakan keselamatan mereka.

Gambar terkini pergolakan di Mesir Part 1
Gambar terkini pergolakan di Mesir Part 2
Gambar terkini pergolakan di Mesir Part 3


Sunday, January 16, 2011

Arnold Schwarzenegger hilang pendapatan RM610 juta

VIENNA: Berkhidmat sebagai gabenor California menyebabkan pelakon Arnold Schwarzenegger kehilangan pendapatan sekurang-kurangnya AS$200 juta (RM610 juta), katanya pelakon yang beralih kerjaya kepada ahli politik kepada akhbar tempatan Austria.

Mengira perbelanjaan dan kehilangan pendapatan daripada berlakon filem Hollywood, ia mungkin melebihi AS$200 juta, katanya kepada Krone apabila ditanya kerugian beliau dalam tempoh dua penggal di Sacramento.

Tetapi saya tidak menyesal. Ia lebih bernilai dari ini, katanya. Apa yang lebih teruk ialah tiada masa untuk keluarga sepanjang jadi gabenor dan ini perlu diperbaiki, katanya.

Beliau turut menceritakan bagaimana isterinya, Maria dan anak-anak sering berendam air mata apabila beliau gagal berada bersama mereka setiap malam minggu kerana kesibukan dan kepadatan jadual kerjanya.

Kami benci kerja ayah, kata Schwarzenegger memetik kata-kata ahli keluarganya ketika tahun pertama beliau dilantik sebagai gabenor dan terpaksa meninggalkan kediamannya di Los Angeles setiap pagi Isnin untuk ke Sacramento dan hanya pulang pada hujung minggu.

Ini sesuatu benar-benar menyedihkan, kata Schwarzenegger, yang juga gabenor Republikan sejak 2003 sehingga awal bulan ini. Reuters

Sumber: Berita Harian

Nota Dahi: Kalau korang nak tahu, aku adalah peminat setia Arnold Schwarzenegger ni. Aku panggil dia "Anok Susah Nak Eja". Hahaha...ok kat bawah ni ada beberapa sedutan daripada filem Terminator 3. Tapi yang paling aku minat ialah Terminator 2. Dah berapa kali aku layan cite ni.





Ok kat bawah ni aku hadiahkan link download movie Terminator kalau korang nak layan:

Terminator 1 [1984]
Part 1: http://www.mediafire.com/?8zoo8yoosjfg6oq
Part 2: http://www.mediafire.com/?biio84i2lbg4w29
Part 3: http://www.mediafire.com/?aovx4wpk2o2d4l4
Password: www.directdownloadlinkz.com

Terminator 2: Judgement Day [1991]
Part 1: http://www.mediafire.com/download.php?fjtfmxt2vd1
Part 2: http://www.mediafire.com/download.php?3my32bdjygc
Part 3: http://www.mediafire.com/download.php?72r7x1djf2o
Part 4: http://www.mediafire.com/download.php?82mnbzb3zhm
Part 5: http://www.mediafire.com/download.php?5atc23mrrem
Part 6: http://www.mediafire.com/download.php?4nlmxl5mqmj
Part 7: http://www.mediafire.com/download.php?8sjifdm1yud
Part 8: http://www.mediafire.com/download.php?2lznomf2dd3
Password if needed: mulinks.net

Terminator 3: Rise of the Machines [2003]
Part 1: http://www.mediafire.com/?yci0dyjthhs
Part 2: http://www.mediafire.com/?wavwzx4ovkd
Part 3: http://www.mediafire.com/?my2ydobtyyl
Part 4: http://www.mediafire.com/?tt5mztgfyqd#1
Password: urgrove.com


Tags: Arnold Schwarzenegger, gabenor Arnold Schwarzenegger, gambar terbaru Arnold Schwarzenegger, filem terbaru Arnold Schwarzenegger, hummer Arnold Schwarzenegger, koleksi kereta milik Arnold Schwarzenegger, keluarga Arnold Schwarzenegger, rumah Arnold Schwarzenegger, kekayaan Arnold Schwarzenegger, senarai filem Arnold Schwarzenegger, download movie Arnold Schwarzenegger, download percuma terminator mediafire, Arnold Schwarzenegger kerugian RM610 Juta, koleksi movie Arnold Schwarzenegger, berkenaan Arnold Schwarzenegger, Arnold Schwarzenegger wikipedia, siapa Arnold Schwarzenegger, biodata Arnold Schwarzenegger, berita terbaru Arnold Schwarzenegger, Terminator 1 [1984], Terminator 2: Judgement Day [1991], Terminator 3: Rise of the Machines [2003]

Gambar Belangkas