Showing posts with label Info Berguna. Show all posts
Showing posts with label Info Berguna. Show all posts

Saturday, March 5, 2011

Program pengajian dan mata pelajaran Matrikulasi 2011

Pasti ramai yang akan bertanya, apakah program pengajian dan mata pelajaran yang ditawarakan di program matrikulasi? Pada tahun 2011, nampaknya program pengajian di Matrikulasi telahpun bertambah berbanding ketika aku mula masuk matrik pada tahun 2006 dahulu.

Program Matrikulasi pada tahun 2011 mempunyai sebanyak beberapa aliran yang ditawarkan kepada pelajar lepasan SPM. Di samping itu, pelajar lepasan SPM juga ditawarkan sama ada untuk memasuki program pengajian selama setahun (PST) ataupun program pengajian dua tahun (PDT).

Pengambilan pelajar bagi kedua-kedua program ini bergantung kepada keputusan peperiksaan SPM masing-masing. Jadi, bagi pelajar lepasan SPM 2010 baru-baru ini, jika anda mendapat keputusan yang baik terutamanya dalam matapelajaran Sains iaitu Fizik, Kimia, Matematik Tambahan dan Matematik, peluang anda untuk melanjutkan pengajian di peringkat Matrikulasi adalah lebih tinggi.

6 aliran yang ditawarkan oleh program Matrikulasi adalah seperti Fizikal, Biologi, Perakaunan, (Teknikal) Awam, (Teknikal) Mekanikal dan (Teknikal) Elektrik dan Elektronik. Berikut adalah senarai mata pelajaran yang harus diambil oleh setiap pelajar di Matrikulasi pada tahun 2011:

Mata pelajaran WAJIB diambil oleh semua aliran:
Bahasa Inggeris | Teknologi Maklumat | Pendidikan Islam & Moral | Dinamika Kemahiran

Salah satu mata pelajaran Ko-Kurikulum:
Sukan dan Permainan @ Kelab dan Persatuan @ Unit Beruniform

Mata pelajaran yang WAJIB diambil mengikut aliran:

1. Aliran Fizikal
Fizik | Kimia | Matematik

2. Aliran Biologi
Biologi | Kimia | Matematik

3. Aliran Perakaunan
Matematik | Ekonomi | Perakaunan | Pengurusan Perniagaan

4. Aliran (Teknikal) Awam
Matematik | Fizik dan Kimia Kejuruteraan | Asas Kejuruteraan | Pengajian Kejuruteraan Awam

5. Aliran (Teknikal) Mekanikal
Matematik | Fizik dan Kimia Kejuruteraan | Asas Kejuruteraan | Pengajian Kejuruteraan Mekanikal

6. Aliran (Teknikal) Elektrik dan Elektronik
Matematik | Fizik dan Kimia Kejuruteraan | Asas Kejuruteraan | Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik

Sumber: Laman web rasmi Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia

Senarai Kolej Matrikulasi di Malaysia tahun 2011

Bagi semua pelajar lepasan SPM 2010 baru-baru ini, rebutlah peluang untuk melanjutkan pelajaran anda peringkat Matrikulasi kerana ia merupakan sebuah tiket ekspress untuk anda melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti tempatan. Sejujurnya, pelajaran di peringkat Matrikulasi bukanlah susah seperti yang anda sangkakan. Kalau diikutkan, matapelajaran yang diajar di Matrikulasi lebih kurang sama dengan apa yang anda belajar di tingkatan 5. Apa yang diajar di peringkat Matrikulasi adalah sedikit terperinci tapi bukan bermaksud susah.

Buatlah keputusan yang bijak kerana ini bakal menentukan masa depan anda untuk mendapatkan pekerjaan yang bagus dan diimpikan oleh semua orang. Selamat berjaya untuk semua!

Friday, March 4, 2011

Senarai kolej Matrikulasi Malaysia 2011

Program Matrikulasi merupakan sebuah program pendidikan bagi lepasan SPM selama setahun sebelum memasuki tahap Ijazah Sarjana Muda. Kebanyakan pelajar lepasan SPM memang mengimpikan untuk melanjutkan pengajian ke Matrikulasi tetapi pihak Kementerian Pelajaran telah menetapkan kuota tertentu.

Ini kerana, program Matrikulasi hanya mengambil masa setahun dan para pelajar boleh terus melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Tempatan IPTA. Berbanding jika melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 mahupun diploma, ia mungkin mengambil masa sehingga 2 setengah tahun baru seseorang pelajar itu boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah.

Pada tahun 2011, terdapat 15 buah Kolej Matrikulasi yang telah ditubuhkan berbanding 10 buah pada tahun 2006 yang lalu. Berikut adalah senarai kolej Matrikulasi di Malaysia pada tahun 2011 dan juga website bagi setiap kolej Matrikulasi.

1. Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
2. Kolej Matrikulasi Melaka
3. Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
4. Kolej Matrikulasi Perlis
5. Kolej Matrikulasi Labuan
6. Kolej Matrikulasi Johor
7. Kolej Matrikulasi Perak
8. Kolej Matrikulasi Kedah
9. Kolej Matrikulasi Pahang
10. Kolej Matrikulasi Selangor
11. Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah
12. Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang
13. Kolej Matrikulasi Teknikal Johor
14. Kolej MARA Kuala Nerang
15. Kolej MARA Kulim

Sumber: Website rasmi Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia

Aku merupakan seorang bekas pelajar Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS) pada tahun 2006/2007. Ada sesiapa yang sama matrik dengan aku tak? Salah satu kenangan manis masa matrik ialah Karnival Kokurikulum ataupun KAKOM 2006. Pada waktu itu, Kolej Matrikulasi Pahang menjadi tuan rumah bagi KAKOM 2006. Acara yang aku bertanding ialah kawad kaki dan skuad kawad kaki KMNS telahpun mendapat pingat perak dalam acara tersebut. Bagi adik-adik yang bakal memasuki program Matrikulasi tidak lama lagi, ambil peluang untuk beraksi di KAKOM kerana ianya akan menjadi salah satu kenangan terindah semasa berada di matrik.

Thursday, March 3, 2011

Tarikh keputusan peperiksaan SPM 2010

Bilakah tarikh sebenar keputusan peperiksaan SPM 2010 akan diumumkan? Inilah persoalan utama bagi setiap calon SPM 2010 yang baru sahaja menduduki peperiksaan tersebut akhir tahun lepas 2010.

Seperti yang sudah anda sedia maklum, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) merupakan salah satu peperiksaan yang besar dalam hidup seseorang pelajar kerana peperiksaan tersebutlah bakal menentukan hala tuju seseorang itu selepas alam persekolahan. Bagi semua calon STPM 2010 yang baru saja mendapat keputusan baru-baru ini, tahniah diucapkan kepada anda.

Apa yang menjadi tanda tanya sekarang ialah bilakah tarikh sebenar keputusan SPM 2010 akan diumumkan oleh pihak kementerian pelajaran? Sebelum ni ada ura-ura mengatakan 16/2/2011 dan 21/2/2011 tapi kedua-dua tarikh tersebut sama sekali tidak benar.

Ramalan lain ialah keputusan SPM 2010 bakal diumumkan pada minggu ketida bulan Mac iaitu sekita 14/3/2011. Pada bulan Mac, terdapat 3 lagi ramalan yang dibuat antaranya 10/3/2011, 21/3/2011 dan 28/3/2011. Ada juga yang mengatakan ianya akan diumumkan pada bulan April. Sejauh manakah ramalan boleh diterima pakai? Sama-sama kita tunggu dan lihat.

Bagi adik-adik yang masih menunggu dengan penuh sabar keputusan SPM 2010, selamat berjaya diucapkan. Terimalah keputusan anda seadanya. Jika memperoleh keputusan cemerlang, tahniah diucapkan dan teruskan perjuangan anda sehingga ke menara gading. Bagi yang kurang bernasib baik, anda harus ingat perjuangan anda masih belum tamat. Masih terdapat jalan lain untuk anda berjaya hingga ke menara gading.

SPM hanyalah suatu tiket bagi anda untuk memasuki alam universiti dan matrikulasi. SPM juga bukanlah suatu jaminan bagi anda untuk mendapat pekerjaan yang bagus. Jadi ingatlah perjuangan anda masih belum tamat sehingga anda memasuki alam pekerjaan. Jika diterima masuk ke mana-mana Universiti ataupun Kolej Matrikulasi, belajarlah bersungguh-sungguh supaya anda menjadi golongan yang 'dikehendaki' oleh mana-mana syarikat selepas anda tamat pengajian.

Sumber tarikh ramalan dari beliamuda.

Video lawak menarik: Hitler marah sebab ramai yang suka membuat ramalan tentang tarikh keputusan SPM 2010 diumumkan


Monday, February 28, 2011

Hari yang baik untuk potong kuku

Apakah hari yang baik dan hari yang tidak baik untuk potong kuku? Tidak kira sama ada kuku jari tangan mahupun kaki. Sebagaimana yang diketahui, hari Jumaat merupakan hari yang paling baik dan disunatkan untuk memotong kuku anda. Bagaimana dengan hari-hari yang lain? Jom baca.

Rasulullah S.A.W pernah bersabda tentang hari-hari yang baik untuk memotong kuku dan hari- hari yang tidak baik untuk melakukan perkara ini. Berikut adalah hari-hari yang baik dan tidak baik untuk memotong kuku.

ISNIN
Keluar daripada dirinya penyakit gila dan masukkan pula kesihatan.

SELASA
Keluar daripada dirinya kesihatan dan masukkan pula penyakit.

RABU
Keluarkan daripada dirinya waswas dan masukkan kepapaan.

KHAMIS
Keluarkan daripada dirinya gila dan disembuhkan penyakit.

JUMAAT
Keluarkan daripada dirinya dosa-dosa agar dirinya suci seperti bayi yang baru lahir
dan masukkan pula pada dirinya rahmat daripada Allah.

SABTU
Keluarkan daripada dirinya ubat dan masukkan pula penyakit.

AHAD
Keluarkan daripada dirinya kekayaan dan masukkan dirinya kepapaan.


Untuk renungan bersama:
Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi, jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang. Bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut. Jadi, potonglah kuku anda ye. (Wallahualam)

Nota Dahi: Semoga ianya bermanfaat dan dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Sebarkan kepada rakan-rakan anda jika ianya bermanfaat.

Wednesday, February 23, 2011

Fungsi payudara untuk goda suami

SANDAKAN: “Walaupun kegarangan suami boleh diumpamakan seperti sang harimau yang pantang dicabar, itu tidak bermakna mereka tidak boleh dijinakkan.

“Seperti bayi yang akan berhenti merengek selepas dapat menyusu, begitu juga halnya dengan si suami yang akan layu ketika ‘disusukan’,” begitulah nasihat Mansura Sirai tanpa segan silu menceritakan rahsia kerukunan rumah tangganya bersama suami tercinta, Yusuf Susuk, 70, sejak lebih 50 tahun lalu.

Ibu berusia 65 tahun yang melahirkan 23 cahaya mata ini mengakui payudara isteri memainkan peranan utama bagi menawan suami dan mengelaknya beralih cinta kepada wanita lain.

“Sebagai isteri, kita harus tahu menjaga penampilan diri dari luar dan dalam selain sentiasa bergurau setiap masa, terutama di bilik tidur. Bayangkan perasaan suami apabila melihat tubuh kita kendur di sana sini, sudah pasti hilang selera untuk bersama dan menjadi alasan mencari pucuk muda yang lebih gebu,” katanya tanpa berselindung.

Mansura berkata, jika aset wanita itu sentiasa padat, kerukunan rumah tangga dan hubungan suami isteri sentiasa hangat. Kesempatan menemui Mansura secara bersemuka membuktikan kebenaran kata-katanya.

Meskipun boleh dianggap nenek, tubuh Mansura seakan-akan tidak ditelan waktu dan kelihatan sihat seperti wanita berusia 30-an. Penulis juga hanya menggeleng kepala sebaik diberitahu wanita berkenaan berusia 65 tahun dan memiliki 23 anak selain bercucu dan cicit.

“Payudara perlu dijaga sebaik-baiknya dan antara caranya ialah memakan jamu dan bersenam. Jamu boleh dibuat sendiri menggunakan barang yang mudah didapati di pasar seperti ibu kunyit, asam jawa, lada putih, sirih, manjakani, gula, garam dan telur ayam kampung,” katanya ketika ditemui Metro Ahad di sini, baru-baru ini.

Mansura berkata, pemakanan jamu membolehkan badan lebih sihat dan bertenaga serta menegangkan otot kendur, terutama sistem peranakan.

“Saya tidak pernah mengamalkan ilmu songsang atau susuk kerana ia perbuatan syirik,” katanya.

Selain 23 anak, termasuk enam yang meninggal dunia sebaik dilahirkan, Mansura turut dikurniakan 60 cucu dan empat cicit.

“Bayangkan selepas melahirkan anak, saya boleh berjalan seperti biasa keesokannya dan ke pasar seminggu selepas itu. Ramai tidak percaya, tetapi itulah hakikatnya,” katanya.

Mansura berkata, dia berkahwin dengan Yusof ketika berusia 13 tahun dan terus bunting pelamin, namun kurang bernasib baik apabila beberapa anaknya meninggal selepas dilahirkan.

“Anak pertama mak cik sepatutnya berusia 52 tahun tetapi meninggal dunia sebaik dilahirkan, manakala paling bongsu berusia 15 tahun dan menuntut di Sekolah Menengah Batu Sapi,” katanya.

Mengikut perkiraan kasar, pasangan itu memperoleh anak sulung iaitu Junaidah, 46, ketika Mansura berusia 19 tahun dan melahirkan anak ke-23, Jefry Aman, 15, pada usia emas 50 tahun. Malah ketika berusia 30 tahun, dia mempunyai lapan anak.

Menurut Mansura, ramai wanita kini mengabaikan penjagaan diri dan enggan mengikuti nasihat orang tua yang dianggap kolot serta ketinggalan ramai.

“Selain petua ketika bersama, suami isteri perlu bertolak ansur kerana alam berumah tangga mempunyai 1,001 cabaran dan dugaan. Ketika suami marah, kita sebagai isteri perlu berdiam diri dan jangan sesekali melawan kerana ‘harimau’ yang mengamuk pantang dicabar,” katanya.

Mansura berkata, perkara sama perlu dilakukan suami apabila melihat isteri dalam keadaan marah.

“Sebagai orang tua, saya hanya mampu memberi nasihat kerana sedih mendengar pasangan yang baru mendirikan rumah tangga sudah naik turun mahkamah untuk bercerai. Sedih melihat isteri yang masih muda dan cantik terpaksa menjadi janda pada usia muda,” katanya.

Mansura juga berkata, kewangan bukan masalah utama jika tahu menguruskannya.

“Saya tidak kaya dan hanya menetap di rumah kayu, tetapi suami tetap sayang dan sentiasa membahagiakan saya. Sebagai balasan, saya kini mengambil alih tugasnya mencari rezeki berikutan kesihatannya kurang baik kebelakangan ini,” katanya.

Sumber: Harian Metro

"Haruslah boleh percaya kan yang ni? Hakhakhak..."


Nota Dahi: Ingatlah yerk para wanita semua. Suami anda adalah tanggungjawab anda untuk menjinakkan beliau. Jangan sampai suami anda dijinakkan oleh perempuan lain. Hahaha...

Tuesday, February 22, 2011

10 video klip paling popular di youtube 2011

Sebut je pasal youtube memang kebanyakan manusia di muka bumi ni tahu apakah youtube tu kan? Tahukah anda apakah video yang paling kerap dilihat di youtube? Ok untuk entry kali ni, anda akan lihat senarai video klip yang paling popular dan paling kerap dilihat di youtube.


1. Justin Bieber – Baby ft. Ludacris 470,786,379 views
2. Shakira ft. Freshlyground – Waka Waka (This Time for Africa) (The Official 2010 FIFA World Cup Song) 306,055,532 views
3. Eminem – Love The Way You Lie ft. Rihanna 292,375,783 views
4. Eminem – Not Afraid 203,477,340 view
5. Justin Bieber – Never Say Never ft. Jaden Smith 155,777,728 views
6. Rihanna – Rude Boy 137,755,319 views
7. Justin Bieber – Somebody To Love Remix ft. Usher 133,148,239 views
8. Lady Gaga – Alejandro 125,456,919 views
9. Justin Bieber – Never Let You Go 121,153,281 views
10. Lady Gaga – Telephone ft. Beyonce 107,104,654 views

Nota Dahi: Angka tersebut diambil pada tarikh 23/2/2011 dan ianya akan terus meningkat setiap hari. Lihat saja Justin Bieber yang sudah mempunyai 4 video klip paling banyak dilihat di youtube dalam senarai diatas. Memang terbukti Justin Bieber tersangat popular buat masa ni. Jom layan video klip paling popular di youtube oleh Justin Bieber - Baby



Lirik lagu Justin Bieber - Baby

Ohh wooaah (3x)
You know you love me,I know you care
Just shout whenever, And I'll be there
You want my love, You want my heart
And we will never ever ever be apart

Are we an item? Girl quit playing
Were just friends, What are you saying
Said theres another, Look right in my eyes

My first love broke my heart for the first time,
And I was like
Baby, baby, baby ohhh
Like baby, baby, baby noo
Like baby, baby, baby ohh
I thought youd always be mine mine

Baby, baby, baby ohh
Like baby, baby, baby noo
Like baby, baby, baby ohh
I thought youd always be mine,mine (oh oh)

For you, I would have done whatever
And I just can't believe, we ain't together
And I wanna play it cool, But I'm losin' you
I'll buy you anything, I'll buy you any ring
And im in pieces, Baby fix me
And just shake me til' you wake me from this bad dream

Im going down, down, down, dooown
And I just cant believe my first love would be around.

And I'm like
Baby, baby, baby ohh
Like baby, baby, baby noo
Like baby, baby, baby ohh
I thought youd always be mine, mine

Baby, baby, baby ohh
Like baby, baby, baby noo
Like baby, baby, baby ohhh
I thought youd always be mine, mine

Luda
When I was 13, I had my first love,
There was nobody that compared to my baby,
And nobody came between us or could ever come above
She had me goin' crazy,
Oh I was starstruck,
She woke me up daily,
Don't need no Starbucks.
She made my heart pound,
And skip a beat when I see her in the street and,
At school on the playground,
But I really wanna see her on the weekend,
She know she got me gazin',
Cuz she was so amazin',
And now my heart is breakin',
But I just keep on sayin'...

Baby, baby, baby ohh
Like baby, baby, baby noo
Like baby, baby, baby ohh
I thought youd always be mine, mine

Baby, baby, baby ohh
Like baby, baby, baby noo
Like baby, baby, baby ohh
I thought youd always be mine, mine

(I'm gone)
Yeah, yeah, yeah (6x)
(Now Im all gone, now im all gone, now im all gone)
Gone, gone, gone,(gone)
I'm gone.


Monday, February 21, 2011

10 petanda dia merupakan jodoh kita

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan.

Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?


Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan wanita idaman anda itu merupakan jodoh anda:

1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.


4. Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.


8. Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Sumber: Facebook

10 individu terkaya Malaysia 2011

KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- Robert Kuok, "Raja Gula" yang memiliki rangkaian hotel lima bintang di rantau ini, mengekalkan kedudukannya sebagai individu terkaya di Malaysia dengan aset benilai RM50.04 bilion, disusuli taikun telekomunikasi T Ananda Krishnan, yang bernilai RM45.78 bilion.

Di tempat ketiga ialah Pengerusi Public Bank Tan Sri Teh Hong Piow, yang meningkat satu tangga dengan jumlah kekayaan sebanyak RM12.77 bilion, demikian menurut majalah Malaysian Business berdasarkan kepada kajian 40 individu terkaya dalam negara. Sebagaimana tahun sebelumnya, kekayaan 40 individu terkaya negara dinilai berasaskan kepada pegangan mereka dalam syarikat tersenarai.

Kajian itu juga mendedahkan 40 individu terkaya Malaysia secara kolektifnya bernilai RM206.27 bilion sehingga pada 21 Jan, naik 30 peratus berbanding dengan RM156.7 bilion tahun lepas, dirangsang oleh pasaran saham yang memberangsangkan dan pengembangan ekonomi.

"Kenaikan keseluruhan seiring dengan peningkatan 20 peratus dalam penanda aras FBM KLCI," katanya.

Menurut majalah tersebut, kekayaan Ananda Krishnan melonjak hampir 70 peratus berikutan peningkatan penilaian Maxis dan langkah beliau mejadikan persendirian tiga syarikat tersenarainya.

Di tempat keempat ialah Tan Sri Lee Shin Cheng dari IOI Corporation Bhd, yang bernilai RM12.74 bilion, disusuli dengan Tan Sri Lim Kok Thay dari Genting Group, kekal pada kedudukan kelima dan bernilai RM10.89 bilion.

Tan Sri Quek Leng Chan dari Hong Leong Group pada kedudukan keenam dengan jumlah kekayaan sebanyak RM10.75 bilion, manakala di tempat ketujuh ialah usahawan Bumiputera, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dari Yayasan Albukhary, yang bernilai RM8.84 bilion.

Balu Tan Sri Lim Goh Tong iaitu Puan Sri Lee Kim Hua, kembali ke tempat kelapan dengan jumlah kekayaan dianggarkan pada RM7.43 bilion manakala Tan Sri Tiong Hiew King dari Rimbunan Hijau Group tidak berganjak pada kedudukan kesembilan dengan RM4.77 bilion.

Taikun yang tinggal di Singapura, Ong Bee Seng berada di kedudukan ke-10, dengan aset bernilai RM3.98 bilion, diikuti dengan Pengerusi AmBank Group Tan Sri Azman Hashim dengan RM3.93 bilion.

Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya Group di tempat ke-12 dengan aset bernilai RM2.43 bilion.

Individu lain yang dalam senarai 20 individu terkaya dalam negara ialah:

Datuk Lee Yeow Chor dan Lee Yeow Seng dari IOI Group, Datuk Seri Lee Oi Hian dan Datuk Lee Hau Hian dari Batu Kawan, Tan Sri Yeoh Tiong Lay dari YTL Group, Tan Sri Lau Cho Kun dari Hap Seng Consolidated, Datuk Mokhzani Mahathir dari Kencana Petroleum dan Tan Sri Jeffrey Cheah dari Sunway Group.

Terdapat tiga muka baharu dalam senarai, dengan dua nama pertama kali dalam senarai iaitu Tan Sri Leong Hoy Kum dari Mah Sing Group Bhd, Datuk Seri Stanley Thai dari Supermax Corporation Bhd dan Datuk Tan Heng Chew dari Tan Chong Holdings Bhd.

Senarai penuh 40 taikun dan butir mengenai kekayaan mereka disiarkan dalam majalah terbitan 16 Feb yang turut menyenaraikan 10 individu terkaya dalam pasaran ACE.

Sumber: Bernama

Berikut adalah senarai 10 individu paling kaya di Malaysia pada tahun 2011 yang sudah lama berstatus billionair. Anda bila lagi?

1. Tan Sri Robert Kuok Hock Nien (Kerry Group/Kuok Group) - RM50.04b
2. Tan Sri T. Ananda Krishnan (Usaha Tegas) - RM45.78b
3. Tan Sri Teh Hong Piow (Public Bank) - RM12.77b
4. Tan Sri Lee Shin Cheng (IOI Group) - RM12.74b
5. Tan Sri Lim Kok Thay (Genting Group) - RM10.89b
6. Tan Sri Quek Leng Chan (Hong Leong Group) - RM10.75b
7. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary (Al-Bukhary Foundation) - RM8.84b
8. Puan Sri Lee Kim Hua (Genting Group) - RM7.43b
9. Tan Sri Tiong Hiew King (Rimbunan Hijau) - RM4.77b
10. Ong Beng Seng (HPL) - RM3.98b

Nota Dahi: Masa zaman sekolah dulu, aku ada mengikuti kelas tambahan Addmath yang dianjurkan setiap 2 kali seminggu pada waktu malam. Kelas tambahan tersebut diberi nama kelas Bukhari dan ianya telah ditaja oleh individu ke-7 terkaya Malaysia. Baru tahun ni aku tahu kelas tambahan tersebut telah ditaja oleh billionair. Anda boleh cari gambar individu terkaya Malaysia menerusi Google Images.

Saturday, February 19, 2011

Semakan daftar pemilih SPR 2011

Sila semak nama anda sebagai pengundi di website rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Tunaikan kewajipan anda sebagai pengundi. Kalau dah cukup umur tu daftar la sebagai pengundi ye kerana undi anda amat berharga.

Anda hanya perlu masukkan nombor kad pengenalan untuk menyemak status anda sebagai pengundi.

Semakan nama daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia 2011


Monday, February 14, 2011

Cara nak mengenali seseorang itu gay

Entry ini khas untuk ditujukan kepada kaum lelaki iaitu berkenaan dengan gay. Apakah itu gay? Ok gay bermaksud keinginan seksual bagi seorang lelaki kepada kaum sejenis mereka.

Sama seperti lesbian tetapi lesbian adalah nama yang diberikan bagi golongan wanita yang mempunyai keinginan seksual kepada kaum wanita. Kebiasaannya gay wujud apabila seseorang lelaki itu mempunyai nafsu terhadap kaum lelaki dimana timbul perasaan cinta dan keinginan seksual terhadap kaum lelaki.

Disamping itu, terdapat juga sesetengah kaum lelaki yang semenjak kecil lagi sudah dilahirkan dengan perasaan yang demikian iaitu perasaan terhadap kaum sejenis (lelaki dengan lelaki). Adakah ini juga boleh dikategorikan sebagai gay?

Bagaimana nak tahu adakah anda seorang yang gay? Jom tengok gambar kat bawah ni:

Cuba perhatikan jari TELUNJUK dan jari MANIS anda. Jika kedua jari tersebut TIDAK SAMA panjang, maka anda adalah lelaki TULEN. Tapi jika jari tersebut SAMA panjang, anda mungkin tergolong dalam golongan yang gay!


Nota Dahi: Amacam? Terkejut ke? Sebenarnya anda tak perlu takut pun dengan info ni. Sekadar untuk berkongsi gambar yang aku jumpa semasa menGoogle jap tadi. Korang tak perlu percaya pun dengan gambar tu. Walaupun korang memang dilahirkan dengan mempunyai perasaan terhadap lelaki, mesti ada jalan untuk korang hapuskan perasaan tersebut. Tapi bagi yang sudah tersesat jauh (Senior GAY), masih ada jalan untuk anda bertaubat kerana pintu taubat bagi Umat Islam sentiasa terbuka. Fikir-fikirkanlah. Anggapkan ini sebagai hiburan yang boleh dijadikan panduan untuk anda.

Saturday, February 12, 2011

Sup bayi manusia di China

Selalunya kita hanya dengar sup tulang, sup ekor, sup daging lembu dan sup ayam. Tapi amat jarang sekali kita dengar tentang sup janin ataupun bayi manusia. Sup janin bukanlah suatu yang pelik di China.

Di China, masyarakat memepercayai bahawa sup bayi ini dapat menambahkan kekuatan dan stamina tubuh badan terutamanya bagi golongan lelaki. Sup ini sangat terkenal di China dengan nama 'Healthy Soup' dan janin yang digunakan adalah berusia antara 6 hingga 8 bulan dan kebanyakan janin yang digunakan ialah janin perempuan.

Menurut salah seorang penggemar Sup bayi manusia @ 'Healthy Soup' dari daerah Tong Wan, Taiwan yang berusia 62 tahun, sup ini dikatakan dapat meningkat tenaga batinnya. Ini kerana, dengan pengambilan 'Healthy Soup' berkenaan, ia dapat meningkatkan kemampuannya untuk melakukan seks untuk beberapa kali dalam satu malam. What the fish!!!

Penggemar sup berkenaan tidak pula menyatakan harga untuk setiap janin tetapi hanya menyatakan bahawa harga bergantung kepada besar atau kecil janin itu dan sama ada janin tersebut masih bernyawa ataupun sudah mati.

Salah satu restoran yang menyediakan 'Healthy Soup' ialah di bandar Fu San-Canton. Apa yang menariknya, jika ingin memesan sup ini, seseorang itu hendaklah menggunakan kata kunci BAIKUT.

Untuk pengetahuan anda, 'Healthy Soup' ini disajikan secara fresh dan ianya bukan janin yang telah dibekukan. Ini bermakna janin yang digunakan seolah-olah janin yang baru sahaj digugurkan. Selain iu, restoran tersebut juga menyediakan sup uri bayi (plasenta) dimana ia dipercayai dapat meningkatkan ghairah seksual serta dijadikan ubat awet muda.









Difahamkan, aktiviti memakan sup janin bayi ini berlaku akibat dari pemerintahan China yang mewajibkan hanya seorang anak sahaja dalam sesuatu keluarga. Ini mengakibatkan ramai masyarakat yang menggugurkan kandungan seterusnya janin tersebut dijadikan bahan makanan seperti 'Healthy Soup' ini.

Sumber: gugling.com




Nota Dahi: Apa yang jelas, aktiviti memakan janin bayi adalah sesuatu perbuatan yang sangat terkutuk. Apa yang diharapkan ialah tiada aktiviti seumpama ini berlaku di Malaysia.

Thursday, February 10, 2011

Biodata Girl's Generation SNSD

Girl's Generation ataupun nama kumpulan ini dalam bahasa Korea iaitu SNSD (So Nyeo Shi Dae) ialah sebuah kumpulan penyanyi yang terdiri daripada 9 ahli yang comel-comel belaka. Jika anda masih tidak mengenali Girl's Generation, sila baca sehingga habis ok.

Kesemua 9 ahli ialah Hyoyeon, Jessica, Seohyun, Sooyoung, Sunny, Taeyeon, Tiffany, Yoona dan Yuri manakala Hyoyeon bertindak sebagai ketua kumpulan ini. Girl's Generation mula menerbitkan lagu pertama pada tahun 2007 yang diberi nama 'Into The New World' dan pada bulan november 2007, mereka mula menerbitkan album pertama Girl's Generation dimana lagu 'Kissing You' mendapat sambutan hangat daripada peminat. Pada Mac 2008, album tersebut diterbitkan semula dengan nama 'Baby Baby'. Selain bidang nyanyian, Girl's Generation turut rancangan realiti, drama serta rancangan radio.

Pada Januari 2009, SNSD mula mengorak langkah dengan menerbitkan mini-album yang pertama dengan bertajuk 'Gee' dan lagu 'Gee' juga mendapat sambutan yang menakjubkan daripada peminat. Pada Jun 2009, SNSD mula melancarkan mini-album yang kedua bertajuk 'Tell Me Your Wish' dan album ini juga mencapai kejayaan yang besar bagi SNSD.

SNSD mula melebarkan sayap dengan melancarkan sebuah album penuh yang bertajuk 'OH!' pada Januari 2010 dan jualan album ini sudahpun melebihi 100,000 unit. Selepas itu, pada bulan Mac pula SNSD melancarkan album repacked terbaru iaitu 'RunDevilRun'. Pada bulan October yang lepas, SNSD melancarkan mini-album yang ketiga berjudul 'Hoot' dan ianya sama seperti album sebelumnya, mendapat sambutan yang cukup menggalakkan.

Apa yang menariknya, kesemua 9 ahli Girl's Generation ni adalah berumur antara 20 hingga 22 tahun. Jom tengok biodata kesemua ahli Girl's Generation.

1. Taeyeon
Nama Sebenar: Kim Tae-yeon
Tarikh Lahir: March 9, 1989
Tempat Lahir: Jeonju, North Jeolla, South Korea
Tinggi: 160cm

2. Jessica
Nama Sebenar: Jung Su-yeon
Tarikh Lahir: April 18, 1989
Tempat Lahir: San Francisco, California, USA
Tinggi: 163cm

3. Sunny
Nama Sebenar: Lee Sun-kyu (Hangul: 이순규 | Hanja: 李順圭)
Tarikh Lahir: May 15, 1989
Tinggi: 158cm

4. Tiffany
Nama Sebenar: Stephanie Hwang @ Hwang Mi-young
Tarikh Lahir: August 1, 1989
Tempat Lahir: Los Angeles, California, USA (but raised in Diamond Bar)
Tinggi: 162cm

5. Hyoyeon
Nama Sebenar: Kim Hyo-yeon
Tarikh Lahir: September 22, 1989
Tempat Lahir: Incheon, South Korea
Tinggi: 160cm

6. Yuri
Nama Sebenar: Kwon Yuri
Tarikh Lahir: December 5, 1989
Tinggi: 167cm

7. Sooyoung
Nama Sebenar: Choi Soo-young
Tarikh Lahir: February 10, 1990
Tempat Lahir: Seoul, South Korea
Tinggi: 170cm

8. Yoona
Nama Sebenar: Im Yoona
Tarikh Lahir: May 30, 1990
Tempat Lahir: Seoul, South Korea
Tinggi: 166cm

9. Seohyun
Nama Sebenar: Seo Joo-hyun (Hangul: 서주현 | Hanja: 徐珠賢)
Tarikh Lahir: June 28, 1991
Tempat Lahir: Seoul, South Korea
Tinggi: 168cm

Untuk maklumat lanjut tentang biodata semua ahli kumpulan Girl's Generation ni, anda boleh layari website YeinJee's Asian Stars ataupun wikipedia. Sebelum tu, jom layan beberapa video klip menarik oleh awek Girl's Generation yang diambil dari youtube. Gunakan IDM untuk download video ni ye.







Nota Dahi: Jika anda berminat dengan lagu Girl;s Generation, aku telah letak alternate link terus dari mediafire untuk album-album terbaru SNSD. Selepas ni nantikan biodata Wonder Girls iaitu sebuah lagi kumpulan dari Korea yang juga meletup dengan lagu 'Nobody'.

Wednesday, February 9, 2011

Jom belajar Chicken Dance

Apakah itu Chicken Dance? Tarian Ayam? Adakah menari bersama ayam ataupun menari sambil membuat gaya ayam? Rasanya ramai yang dah sedia maklum macamana Chicken Dance ni ye.

Chicken Dance ialah sebuah tarian yang sangat popular di Eropah dan tarian ini berasal daripada Davos, Switzerland pada 1950-an. Tarian ini dicipta oleh Werner Thomas, iaitu seorang bangsa Switzerland yang bekerja sebagai pemain music di sebuah restoran. Untuk info lebih lanjut tentang sejarah Chicken Dance, korang boleh search Chicken Dance di wikipedia.

Encik Ayam kat bawah ni akan ajar macamana nak buat Chicken Dance ni. Jika korang ada masa terluang kat rumah tu boleh la belajar tarian ayam ni. Berbaloi-baloi.

Sila panaskan badan dulu. Tarik nafas panjang-panjang.
chicken dance


Regangkan otot tangan terlebih dahulu
chicken dance


Diikuti pula otot-otot kaki perlu diregangkan
chicken dance


Mulakan tarian ayam dengan penuh rasa semangat
chicken dance chicken dance chicken dance chicken dance


Nota Dahi: Macamana? Senangkan nak buat Chicken Dance ni? Selamat beramal. Amalkan gaya hidup sihat dengan tarian ayam.



Saturday, January 29, 2011

Sejarah Facebook

Ok entry kali ni tak nak cerita pasal berita terkini dah. Kali ni aku nak bercakap serba sedikit tentang Facebook. Majoriti rakyat Malaysia yang melayari internet ada mempunyai akaun Facebook masing-masing tidak kira aktif ataupun tak. Korang log in Facebook dan log out facebook setiap hari tu adakah korang tahu asal usul Facebook?

Sejak heboh berita pasal Facebook nak tutup 15 Mac nanti, makin ramai yang mengenali siapa pengasas Facebook. Tapi sebelum adanya khabar angin tu adakah korang ambil tahu pasal asal usul dari mana datangnya Facebook ni kan apatah lagi pengasas Facebook sendiri iaitu Mark Zuckerberg.

Facebook adalah sebuah laman social networking yang sangat popular buat masa sekarang yang mula dibina pada tahun 2004 oleh Mark Zuckerberg - seorang mahasiswa University Harvard. Mark Elliot Zuckerberg atau Mark Zuckerberg dilahirkan pada 14 Mei 1984 di Dobbs Ferry, Westchester County, New York, Amerika Serikat (AS). Pada hari ini, Mark Zuckerberg telahpun berumur 26 tahun. Beliau merupakan Billionair yang termuda didunia dengan kekayaan semasa mencecah US$14 billion.

Idea penubuhan Facebook bermula ketika belajar di University Harvard dengan tujuan untuk mengeratkan lagi hubungan sesama pelajar Harvard pada ketika itu. Pada mulanya, Mark Zuckerberg menggunakan nama facemash.com kepada laman social tersebut. Dalam masa yang begitu singkat, lebih 60% daripada pelajar Harvard telah menggunakan Facemash dan itu membuatkan Mark Zuckerberg lebih yakin untuk mengembangkan laman social tersebut.

Oleh kerana ingin menumpukan sepenuh masa kepada Facebook, Mark Zuckerberg keluar meninggalkan Harvard dan berpindah ke Palo Alto, California pada musim panas 2044 bersama teman sebiliknya di Harvard iaitu Dustin Moskovitz serta beberapa rakannya yang lain. Beliau menyewa sebuah rumah kecil untuk dijadikan pejabat rasmi Facebook pada ketika itu.

Disitulah Mark Zuckerberg telah bertemu dengan Peter Thiel iaitu pengasas Paypal. Hasilnya Peter Thiel telah bersetuju untuk memberi dana sebanyak US$500,000 seterusnya menjadi pelabur pertama Facebook. Itu membuatkan Mark Zuckerberg beralih ke pejabat yang lebih besar. Pada Ogos 2005, Mark Zuckerberg telah membeli domain www.facebook.com daripada Aboutface Corporation yang bernilai US$200,000. Pada September 2005, Facebook mula diperkenalkan khusus untuk pelajar sekolah menengah dan dalam masa 15 hari sahaja, sebahagian besar sekolah di AS telah menyertai Facebook. Pada akhir tahun 2005, Facebook telahpun berkembang ke 2,000 universiti dan 25,000 sekolah menengah di AS, Kanada, Mexico, Puerto Riko, Australia dan beberapa negara lain.

Pada April 2006, palabur pertama Facebook iaitu Peter Thiel bersama Greylock Partners dan Meritech Capital Partners telah menambah pelaburan di Facebook dengan dana sejumlah US$25 juta.

Selepas 2 tahun Facebook beroperasi, muncul pula pelbagai laman social network seperti Myspace dan TouTube yang dijual dengan harga berjuta dollar. Myspace menerima tawaran NEWS CORP. sebanyak US$580 juta manakal YouTube pula menerima tawaran sebanyak US$1.5 billion dari Google. Tapi apa yang menariknya ialah Mark Zuckerberg tidak mahu menjual Facebook walaupun telah ditawarkan oleh Google & Yahoo pada harga mencecah US$1 billion. Walaupun keputusan beliau telah mengundang pelbagai spekulasi negatif tapi dia telah membuktikan masih banyak lagi yang boleh dicapai oleh Facebook. Hasilnya selepas 3 tahun penubuhan Facebook, Mark Zuckerberg telah dinobatkan sebagai (world youngest self-made billionaire) oleh Majalah Forbes dengan anggaran harta bernilai US$1.5 billion.

Sehingga kini makin ramai pelabur yang membuat pelaburan di Facebook dan yang terbaru ialah Firma Goldman Sachs sebanyak US$450 juta serta syarikat Digital Sky Technologies sebanyak US$50 juta dalam bentuk matawang. Pelaburan itu membuatkan harga semasa Facebook ketika ini sudah mencecah US$50 billion (RM153 billion). 25% daripada saham Facebook adalah milik Mark Zuckerberg sendiri.

Hasil tulisan wowberita.com

Memang tidak dinafikan penggunaan Facebook pada hari ini sangatlah penting terutamanya untuk mencari kawan lama mahupun kawan baru. Ada juga sebahagian golongan yang menggunakan Facebook sebagai tempat untuk jana pendapatan. Dalam pada itu, terdapat sebilangan yang menggunakan Facebook untuk perkara negatif seperti menyebarkan gambar lucah, menabur fitnah serta serta ugutan dan sebagainya. Bagaimana pula dengan anda? Apa yang anda buat dengan Facebook? Sign up Facebook sekarang!

log in facebook dapat RM100 - cara nak dapat duit cepat yang tak masuk akal


facebook apps - teknologi inilah yang membuatkan facebook lebih diminati


facebook games - Zynga Poker memang sangat-sangat menarik dan melalaikan


facebook mobile - satu lagi kecanggihan facebook


facebook chat - menjadi daya tarikan utama facebook


Nota Dahi: Facebook merupakan laman social network yang mempunyai Intelligence yang tinggi sebabnya ia anti-spam. Kalau korang add friends melebihi 50 orang dalam sehari ataupun korang post apa saja link kat facebook profile korang banyak-banyak, confirm korang tak boleh nak sign in akaun facebook tu dan perlu verify. Itulah yang aku pernah lalui sebelum ni. Hakhakhak...Tapi kalau nak cari awek guna facebook search semata-mata tak apa la. Pssttt...domain facemash.com masih lagi available, siapa nak beli?

Wednesday, January 26, 2011

Koleksi entry paling menarik dikalangan blogger

Pada entry kali ni aku nak berkongsi sesuatu yang agak menarik. Tengok tajuk pun korang dah boleh agak apa yang ingin aku sampaikan bukan? Ok kat bawah ni ad pelbagai entry menarik yang dihasilkan oleh seluruh blogger di Malaysia ni.

Korang tak perlu right click pun untuk lihat sesuatu post. Korang hanya klik dan post tersebut akan dibuka secara automatik pada tab yang baru. Jadi ini lebih memudahkan korang kan? Sila refresh halaman ni untuk lihat senarai entry yang berlainan.



Saturday, January 22, 2011

Facebook chat lebih mesra dengan smiley icon

Pada entry kali ni aku nak berkongsi sesuatu yang agak menarik dan sangat berguna untuk korang semua. Aku yakin 99% daripada korang semua mempunyai akaun Facebook dan telahpun menggunakan facebook chat untuk berinteraksi dengan rakan-rakan.

Dengan adanya facebook smiley ni, korang bolehlah chatting dengan lebih mesra di facebook. Apa yang perlu korang lakukan ialah masukkan simbol (dalam gambar dibawah) di ruangan chat dan automatik ia akan mengeluarkan smiley yang korang pilih. Cubalah try dijamin tiada kerugian.



Tags: facebook, facebook smiley, facebook chat dengan smiley, senarai smiley untuk chat facebook, ruang facebook smiley, blog facebook smiley, cara menggunakan facebook smiley, icon smiley untuk facebook chat

Gambar Belangkas