Showing posts with label Coin Peringatan Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Coin Peringatan Malaysia. Show all posts

Tuesday, August 18, 2009

Syiling Peringatan Abad ke 15 Hijrah - 1401


Syiling peringatan ini dikeluarkan tahun 1980 sempena menyambut abad ke 15 hijrah tahun 1401 hijrah. Jumlah tempaan sebanyak 500,000 unit dengan nilai muka satu ringgit diperbuat daripada copper-nickel.

Monday, June 8, 2009

Koleksi Syiling Peringatan


Syiling Peringatan Perdana Menteri Pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Dikeluarkan tahun 1971 dengan nilai muka 5 ringgit. Jumlah keluaran 2,000,000 unit diperbuat daripada Copper-Nickel.




Syiling Peringatan Ulang Tahun ke 10 Bank Negara Malaysia. Dikeluarkan tahun 1969 dengan potret Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Yang DiPertuan Agong ketika itu. Diperbuat daripada Nickel sebanyak 1,000,000 unit dengan nilai muka satu ringgit.



Syiling Peringatan sempena Rancangan Malaysia Kelima. Dikeluarkan tahun 1986 dengan nilai muka satu ringgit. Diperbuat daripada copper-nickel dengan tempaan sebanyak 1,000,000 unit.



Syiling Peringatan sempena Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia ke 30. Dikeluarkan tahun 1987 dengan nilai muka satu ringgit. Diperbuat daripada copper-zinc dengan jumlah tempaan sebanyak 1,000,000 unit.




Syiling Peringatan Sempena ulang tahun Kemerdekaan Malaysia ke 25. Dikeluarkan tahun 1982 dengan potret Tunku Abdul Rahman Putra . Jumlah tempaan sebanyak 1,500,000 unit dengan nilai muka satu ringgit dan diperbuat daripada copper-nickel.

Friday, April 10, 2009

Duit Khas Peringatan



Duit khas peringatan RM5, sempena 100 tahun penubuhan Penguasa Tempatan Kuala Lumpur.
Dikeluarkan pada tahun 1990 sebanyak 100,000 unit. Diperbuat daripada Copper plated zinc.

Gambar Belangkas