Showing posts with label Coin Lama. Show all posts
Showing posts with label Coin Lama. Show all posts

Thursday, May 7, 2009

Duit 1 cent Empat Segi Sama





Duit 1 cent Petak atau empat segi ini aku asingkan dalam siri yang berbeza supaya mudah aku buat koleksi. Duit dengan cetakan gambar Queen Elizabeth The Second ini aku anggap sebagai siri ketiga. Ianya dikeluarkan pada tahun 1956 (6,250,000 unit), 1957 (12,500,000 unit) , 1958 (5,000,000 unit ) dan tahun 1961 (10,000,000 unit).


Koleksi di atas adalah merangkumi keempat-empat tahun tersebut.

Duit Syiling Malaya 1 cent


Duit 1 cent Malaya and British Borneo dengan lambang keris bersilang ini hanya dikeluarkan tahun 1962 sebanyak 45,000,000 unit.

Tuesday, March 10, 2009

ONE DOLLAR King Edward VII



Duit One Dollar King Edward VII mula dikeluarkan pada tahun 1903 hingga 1904, kemudian dikeluarkan lagi pada tahun 1907 hingga 1909. Diperbuat daripada silver.900 fine.

*UNTUK DIJUAL RM 180.00

Tuesday, March 3, 2009

British Trade Dollars


British Trade Dollars dikeluarkan dengan nilai muka 'one dollars' , bahagian belakangnya ditulis dengan tulisan jawi 'satu ringgit' beserta tulisan cina. Duit seumpama ini dikeluarkan dari tahun 1895 hingga tahun 1935. Keluaran yang paling sedikit adalah tahun 1921 iaitu sebanyak 50,211 unit, manakala keluaran paling banyak ialah tahun 1911 iaitu 37,470,509 unit

Untuk dijual seunit RM120.00

Saturday, February 14, 2009

Coin Queen Victoria 10 cent


Duit seumpama ini dikeluarkan tahun 1871 hingga 1901.

Coin Queen Victoria 20 cent



Dikeluarkan dari tahun 1871 hingga tahun 1901. Koleksi di atas adalah keluaran tahun 1894. Diperbuat daripada Silver .800 fine. Keluaran tahun 1894 adalah sebanyak 495,000 unit. Keluaran yang paling banyak adalah tahun 1901 iaitu sebanyak 600,000 unit. Keluaran paling sedikit adalah tahun 1871 iaitu 15,500 unit.

Coin King George V satu cent, 10 Cent, 20 cent & 50 cent












Koleksi di atas dengan muka 20 cent, dikeluarkan tahun 1926 dan 1927. Dperbuat daripada Siver .600 fine. Keluaran tahun 1926 sebanyak 2,500,000 unit manakala keluaran tahun 1927 adalah 3,000,000 unit. Manakala 10 cent keluaran tahun 1919.

Queen Victoria 1/2 cent


Keluaran tahun 1872 - 1883 diperbuat daripada copper, keluaran tahun 1884 - 1889 diperbuat daripada bronze.

Queen Victoria 1 cent



Dikeluarkan tahun 1845 sebanyak 18,737,498 unit. Diperbuat daripada copper dengan lambang bunga padi di sekelilingnya.

King Edward VII 1 cent


Duit seumpama ni dikeluarkan tahun 1903 - 1908 diperbuat daripada bronze.

Duit Queen Victoria 1 cent




Duit Queen Victoria keluaran tahun 1872 hingga tahun 1883 diperbuat daripada Copper manakala keluaran tahun 1884 hingga 1901 diperbuat daripada bronze.

Coin Belanda - Indonesia



Coin Belanda keluaran tahun 1945, di bagian depan tertulis nilai muka 2 setengah cent. Bahagian belakang terdapat perkataan 'seperempat puluh rupiah' yang tertulis dengan tulisan jawi di tengahnya.

Duit USA



Coin USA tahun 1896.

UNTUK DIJUAL RM100.00

Gambar Belangkas