Tuesday, November 24, 2009

TEN CENTS STRAITS SETTLEMENTS


Keluaran 14/10/1919, dicetak oleh Thomas De La Rue & Co. Ltd. London dan signature by AM Pountry.

Saturday, November 21, 2009

ULSER MULUT

Salam dan khabar baikkah anda semua? Rasenya dah lama saya tidak update mengenai sebarang info dalam ni.. Apa kata kali ini kita sama-sama mencari info..

Pernahkah anda mengalami ulser mulut? Pastinya pernah sepanjang umur hidup, paling kurang sekali. Anak saya juga pernah mengalami ulser mulut. Kesian tengok.. Malah ada kenalan saya yang anaknya sampai berdarah mulut disebabkan penangan ulser mulut ini. Rasa tidak selesa pastinya hadir, jika ulser mulut ini berada dalam mulut kita.. Mari kita selami dan kenali ulser mulut ini..

ULSER MULUT
  • Dikenali juga sebagai lompangan/lepuh, yang berlaku di dalam mulut. 
  • Berwarna putih, terasa sakit andai tersentuh dengan lidah, gigi atau apa jua makanan.
  • Mempunyai saiz berbeza-beza
  • Akan kembali seperti biasa dalam masa kurang dari tiga minggu (sebaiknya jika lebih dari dua minggu, eloklah berjumpa dengan doktor).
TANDA ULSER MULUT
  • Bulat berwarna putih/ kuning, di kelilingi kawasan berwarna merah.
  • Hilang selera makan
  • Ketidakselesaan 
  • Rasa sakit apabila tersentuh
  • Rasa membakar di dalam mulut 
  • Sukar untuk bertutur
  • Boleh menyebabkan demam
PUNCA/SEBAB TERJADI
  • Kurang jelas, tetapi boleh disebabkan oleh kecederaan kecil seperti tergigit lapisan mulut, atau makanan tajam dan juga air yang terlalu panas.
  • Alahan
  • Kekurangan zat makanan
  • Kurang rehat/ tidur
  • Jangkitan kuman/ bakteria/ virus/ fungus
  • Pengambilan ubat-ubat tertentu (anti-histamine yang menyebabkan mulut kering & steroid yang menurunkan daya tahan sakit)
  • Perubahan hormon
  • Rawatan kemoterapi
  • Rawatan radiasi
  • Stress/ tekanan
TEMPOH
  • hilang sendiri dalam masa 2-3 hari
  • kurang dari 2 minggu
GOLONGAN YANG BERISIKO
  • Sesiapa sahaja tidak mengenal umur, malahan boleh juga menyerang bayi
 
LANGKAH MENGHILANGKAN
  • berehat & dapatkan tidur yang cukup serta berkualiti
  • gunakan cecair antiseptik untuk membersihkan mulut
  • jauhi minuman berasid (minuman berkarbonat)
  • kekalkan amalan kesihatan mulut yang baik
  • kurangkan makanan pedas dan berempah
  • letakkan gel untuk ulser - contoh: bonjela
  • letakkan ketulan ais pada ulser
  • makan makanan yang berkhasiat - utamakan vitamin B12 dan vitamin C
  • makan makanan yang lembut
  • minum air suam / air masak dengan banyak
  • AMALKAN CARA HIDUP YANG SIHAT
PETUA
  1. Cubit sedikit asam keping sebesar jari kelingking dan tekapkan pada ulser selama 2-3 minit. Sedikit pedih, tetapi ulser akan cepat hilang. 
  2. Letak secubit garam pada ulser. Juga sedikit pedih akan terasa.
TINDAKAN JIKA BERPANJANGAN
  • Segera berjumpa doktor andai kata masih berpanjangan selepas 2 minggu - bagi memastikan tiada tanda-tanda pra-kanser mulut/lidah dan tiada lesi kanser
  • Jumpa doktor jika ulser berdarah
Perlu diingatkan, ulser mulut biasa terjadi. Ia tidak berjangkit & merebak. Jika ulser masih tidak sembuh selepas 14 hari, dinasihatkan agar berjumpa doktor untuk rawatan lanjut..

Sekian dulu mengenai ulser mulut ini. Sehingga kita berjumpa lagi di lain entri.. InsyaAllah...



Tuesday, November 17, 2009

kasih ibu - entry khas untuk annur...

KASIH IBU
Salam.. lama sudah tidak dikarang dalam post ku ini.. sibuk melayan cerita korea online... you're beautiful & hello miss.. adoi..

oh ye, hari ni, malam ni adalah malam ke3 annur tiada disisi.. dek kerana tuntutan tugas, annur terpaksa balik ke kampung.. sebenarnya, saya & suami kena outstation di Johor.. 2 hari 1 malam setiap minggu di Johor. Tidak dapat tidak, annur terpaksa balik ke kampung, dek kerana tiada siapa dapat menjaganya sepanjang 2 hari 1 malam itu.. sedih nya hati tidak terkata... ingatkan mudah, tapi, saat malam pertama tanpa annur, terus tidak tertahan.... entah pukul berapa terlena di bahu suami.. nasib baik ada suami yang meneman.. kalau tidak, lagi susah dibuatnya..

Annur, setiap hari mama telefon, takut menyusahkan mak tok, ye lah, annur suka main, walau pun di malam hari.. ternyata, pukul 12 baru mahu melelapkan mata.. tapi, mama tahu annur budak baik.. terbukti bila mak tok cakap hanya malam pertama annur menangis di saat terjaga di malam hari.. sungguh, annur tidak pernah berenggang dengan mama & abahnya.. tidak pernah walau sehari annur tidur tanpa mama & abah.. tapi, di malam ke2 mungkin sudah faham mama & abah kerja, annur hanya merengek, buka mata & tidur semla selepas mak tok tepuk2 bahu.. sungguh mama bersyukur dianugerahkan Allah anak sebegini.. moga, mudah-mudahan annur tidak menyusahkan sesiapa sehingga besar nanti..

Annur, mama tinggalkan annur bukan kerana tidak sayang, tapi kerana tugas.. Fahamilah wahai anakku.. sesungguhnya kasih sayang mama tidak berkurangan, malah bertambah sepanjang tiada annur disisi mama.. saat ini pun, mama rasa sebak sebenarnya, bila terkenangkan annur.. maafkan mama sayang.. insyaAllah, di hari raya korban nanti kita berjumpa.. tunggu mama ye..

Oh ye annur, saat ini mama & abah bermalam di hotel Grand Paragon, di bandar Johor Bahru.. Oh ye, mama dulu sekolah di bandar JB nih.. teringat zaman dulu-dulu.. tadi mama melalui jalan di tepi selat, terkenang saat satu family hantar mama masa form 4 dulu.. dek kerana sampai di waktu malam, kami hanya bermalam di dalam van di tepi selat itu.. ingat lagi, betul-betul berhampiran hospital.. siap de polis datang tanya.. entahlah, ketika tu, mmg langsung tak terfikir akan hotel atau mana2 rumah tumpangan... kenapa yek..??

Oklah sayang, esok mama kena ke tempat kerja, maka mama hentikan dulu luahan hati mama.. mula2 mama ingat abah tidur bilik lain.. rupa-rupanya, bos mama baik hati, ditempahnya 2 bilik.. besar pulak tu, dalam bilik tu, de lagi 2 bilik lain.. maka, dapatlah abah menemani mama di malam ini, lebih-lebih lagi annur tiada disini..

Annur, ucap terima kasih ye pada mak tuk, wan & achik.. belikan annur baju tidur baru.. anak mama sungguh comel.. patut ler de satu pakcik ni suka sangat ingat diri die 'abang' pada annur.. (hak.hak.. jangan marah ye org itu...- ini utk menggembirakan hati yang lara..).



Mama sertai sekali gambar bilik hotel mama.. nanti2 mungkinkah kita boleh ke sini annur...???

Oh ye annur, nanti mama upload pula gambar anak-anak ayam buat tatapan annur kemudian hari ye... nantikan kemunculan entry itu ye sayang..

Oklah, sehingga berjumpa lagi..

* Ucapan terima kasih buat kedua mak ayah, abang-abang & adik-adik, tok, yang datang ambil annur hari tu.. Juga teristimewa buat annur dan suamiku, kerana bersikap baik & membantu diri ini tatkala kerinduan.. Juga buat bos-bos ku yang baik hati menyediakan pengankutan & penginapan serta makanan yang sedap...

Monday, November 9, 2009

srikandi asrama penuh...

Saat diri membuka facebook, kelihatan begitu banyak gambar-gambar yang diupload oleh kawan-kawan.. semuanya berkaitan dengan reunion 10 tahun sekolah lama ku.. srikandi yang hadir.. dengar kata lebih dari separuh.. bagusnya urusetia yang berjaya mengumpulkan ramai ni.. Tapi, diri ni sedar.. tak banyak yang boleh ku katakan engenai reunion nih.. Niat di hati memang sangat-sangat nak pergi.. maklumlah 10 tahun sudah.. Namun, ada kekangan yang tidak dapat di jelaskan... Mulanya, rasa biasa kot tak dapat pergi.. Yelah, ku sedar, siapalah diri.. bukanlah pelajar yang begitu hebat.. Bukan juga pelajar terbaik.. haha.. (pe kena mengena ek..?).. Namun, memang benar, tidak dapat menghadirkan diri..

Memang rasa kecewa tak dapat menghadiri majlis itu.. tengok gambar2 je dah tau majlis tu besh, superb.. tapi apakan daya, tidak dapat ku merasai semua itu.. Kawan-kawan.. bilakah dapat kita berjumpa lagi... 10 tahun lagi kah..?

Seperti kata ain.. tidak dapat tidak terimbau kembali saat bergelar pelajar STF dulu.. saat didenda menjadi superman sebelah kaki di bawah terik mentari, di saat makan malam formal setiap malam khamis, juga stay up malam-malam di dewan makan, sehinggakan ternampak van memasuki kawasan sekolah, terus berlari ke dorm yang sebesar hospital.. Lagi, tentang 'green lady' yang sering ke udara diperkatakan...Semua itu tidak luput, cuma bila tidak bersama mereka yang terlibat, kenangan itu 'hilang' sebentar..

Paling tidak dapat ku lupa, saat 'bermasam muka' dengan cikgu add math, semuanya gara-gara salah faham.. memang, ketika itu, asal nampak je cikgu tu, terus lari.. sanggup melalui jalan jauh, asal tidak bertembung dengan cikgu yang diminati ramai itu.. Lagi, saat dijadikan 'menantu' tanpa rela oleh cikgu math, sehinggakan hampir kesemua cikgu mengetahui perkara itu.. Lagi cikgu akaun yang begitu murah hati 'membelanja' hanya kerana pertolongan kecil dilakukan untuk kursus akaun untuk senior-senior ku.. Tak tahu la bila masa akan dapat berjumpa semula dengan 'kenangan-kenangan' itu...

Sungguh hati sangat merindui kawan-kawan yang telah lama ditinggalkan.. Kalau pun berjumpa, hanya segelintir.. Itu pun di waktu majlis perkahwinan, atau terjumpa ketika waktu kerja.. Melihatkan gambar reunion, hampir segelintir yang tidak dapat dikenali.. Kalau berjumpa di luar, mungkin tidak bertegur sapa, dek kerana tidak kenal empunya wajah.. Sungguh, sepuluh tahun berlalu tanpa disedari..

Kalau mahu membicarakan tentang perkara ini, tidak cukup semalam.. cukuplah, nanti de pulak yang termuntah baca.. hahaa... tapi, kawan-kawan.. memang aku nak sangat jumpa korang.. Tapi....

Sunday, November 8, 2009

ceritera seminggu... (seminggu la sangat..)

Salam semua.. dah malam nih.. annur pun dah tido.. nampaknya, blog ini telah berjaya men'sawang'kan dirinya....hahaa.. tak tau la nape.. tapi lately, walau pun idea banyak nak di tulis, namaun.. aku tau naper.. MALAS.. hahaa..tu la idea..

Banyak jadik kan dalam minggu nih.. hangatnya, baru malam tadi Kelantan vs Negeri Sembilan.. Walaupun xde la minat sangat bola tempatan nih.. (jgn tiru saya, contoh anak negara yang tidak baik..), tgk jua bersama encik suami.. mungkin sebab final kot.. so, layan.. dalam hati mmg harap N9 menang, tapi jadik penonton lelap jer la.. (lelap, bukan tido, tapi senyap..).. Best juger tgk dorg main.. 3-1 kesudahannya.. Tapi yang dikesalkan dgn penyokong Kelantan yang memusnahkan barang2 awam.. susah nak jangka, menang ke kalah ke mesti de kerosakan yang berlaku.. Bukanlah tak suker orang Kelantan, cuma sedey dengan mereka-mereka yang bertindak camtu.. Lagi kesian sebab tukang padamkan api tu kena pula baling dengan botol air.. cian die.. ish..ishk... kalau ikut hati, mau ku baling semula ke arah orang tu.. (ikut hati la, tapi xsure berani buat tak.. kang kena belasah kang.. xpasal..). Pe pun, mungkin sepatutnya tindakan lebih tegas dikenakan pada dorang nih.. betul ke dorang kena check b4 masuk stadium..? Tak pun cadanganku.. penyokong Kelantan kena bayar lebih kalau nak masuk stadium.. supaya, kalau de kerosakan, leh guna duit tu untuk tujuan pembaikan.. ok tak..? hahaaa.. marah penyokong Kelantan kat eden nih...

Cukuplah pasal bola nih.. Oh ye, tahniah buat n9 kay... Lagi cerita pasal banjir kat Malaysia.. Malam tadi de berita pasal kematian pertama disebabkan banjir nih.. Kelantan, Terengganu dan Kedah dikatakan banjir.. Alhamdulillah, semua tempat pemindahan di Terengganu telah ditutup.. maksudnya, banjir dah reda di Terengganu.. Di kelantan, jumlah perpindahan dikatakan meningkat.. Moga Allah selamatkan penduduk Kelantan, moga banjir surut seperti biasa.. Bukan setakat Kelantan jer, malah seluruh Malaysia hendaknya.. Amin.. Bagi ibu bapa, seboleh-bolehnya, awasi anak-anak anda, terutamanya yang masih kecil.. Memang best main air hujan nih.. tapi, elakkanlah sebab malang tidak berbau, kalau berbau tak pe.. boleh lari kan.. Ape pun, suratan yang Allah tentukan memang tidak boleh dielak.. cuma, ambillah langkah berjaga-jaga, agar kita tidak menyesal di kemudian hari...

Cukup pasal banjir.. huhu.. Minggu depan kalau jadi seperti yang dirancang, mungkin Annur kena balik ke kampung.. sebabnya mama dan abah annur kena ke Johor.. ke Pekan Nanas.. de trial.. kerje..kerja.. memang memerlukan pengorbanan.. Ikutkan hati memang tak nak annur balik, sebab tak pernah tido malam tanpa annur disisi.. huhuu.. sedey nih.. sekarang okey lagi.. rilek je.. tapi bila fikir-fikir, sedih plak.. boleh ke annur tido tanpa mama??.. tapi, yang utama, boleh ke abah tido tanpa annur..? hahaaa.. (tah-tah mama die yang lagi dahsyat..rasa camtu dah...hihi). Annur kena duduk dengan mak tok, wan, achik, dalam lebih sebulan gak.. xpe, mama abah balik setiap 2 minggu ek.. kalau tak tahan setiap minggu mama balik.. tunggu mama tau annur.. kalau lah boleh ku bawak annur ke johor... huhu.. kalau la.... (mood sedey nih..). Annur duduk kampung bebaik tau.. denagr kata wan, mak tok, achik ek.. mama sayang annur.. (mesti mama rindu senyuman annur, gelak tawa annur, suara annur yang comel tuh..).. huwaaa.... annur.. dah soh dah mak tok duduk sini, mak tok xmau.. huhuuu... annur, sabar ye..(tujukan khas buat abah & mama annur sebenarnye...).. dah la, tak nak cakap pasal nih lagi.. sedey...

Okey, buat encik suami dan encik radin... entry baru dah kuar yek..mari baca dan komen beramai-ramai.. hhiii...

Sehingga berjumpa lagi.. InsyaAllah..

mode : nak tido, dah ngantuk.. tadi balik kenduri Bakti tido jap jer.. penat tul minggu nih.. nape production minggu lepas begitu memenatkan..???? saper leh jawab...??tolonglah..

Friday, November 6, 2009

PAPER MONEY MALAYA & BRITISH BORNEO








Keluaran 21.3.1953 dengan Potret Queen Elizabeth II menggunakan watermark kepala harimau. Bahagian belakang terdapat lambang 13 negeri termasuk Brunei. Direka dan dicetak oleh Waterlow & Sons Ltd London dengan tandatangan oleh W. C. Taylor. Koleksi di atas hanya 1 dollar, 5 Dollars dan 10 dollars. Siri Potret Queen Elizabeth II ini dikeluarkan dengan nilai sehingga 10,000 dollars.

Gambar Belangkas