Tuesday, September 29, 2009

bulan syawal - ceritera raya...

Salam.. apa khabar semua? Uh..berhabuk sungguh rumah eden nih.. maklumlah cuti raya yang panjang.. Bagaimana cuti raya anda semua? seronokkah? Atau ada sesuatu yang menyayat hati.. Pada saya ada suka dukanya.. Suka, sebab menyambut hari lebaran yang penuh kesyukuran, dapat bertemu ahli keluarga, sanak saudara dan sebagainya.. DUka? kenapa ya? duka sebab tahun ini kemalangan dan kematian yang dicatatkan lebih tinggi dari tahun sebelumnya.. Tapi sungguh, sepanjang perjalanan dari KL-Penang-Kuala Terengganu-Pekan-KL menjadi perjalanan yang menakutkan..

Kenapa menakutkan? Ye la, Dari KL ke Bukit Mertajam, Pulau Pinang, keadaan ok, cuma tiba di Berapit, Perak, sebuah lori minyak terbakar. Jadi jalan pun sesak, ditambah pula pemandu yang mengambil kesempatan di belakang ambulans & bomba.. Kalau lah boleh ku saman pemandu-pemandu itu, alangkah bagusnya.. Bersabarlah wahai pemandu-pemandu sekalian.. Orang lain beratur.. tapi awak..... fikirlah sendiri.. semua orang nak cepat sampai ke destinasi... jadi, berhemahlah..
Di hari raya, tiada apa yang menyesakkan fikiran.. cuma anak saya sedikit manja, kerana tidak biasa dengan orang yang ramai.. (dengan sepupu2nya....).. maklumlah kami di sini cuma bertiga, tapi bila di kampung, ramai sungguh...













kiri: gambar annur
bersama abahnya...
kanan: annur bersama mama..


Hari raya pertama di sebelah keluarga saya (kami beraya ikut giliran...). Jadi di pagi raya seusai sudah solat sunat hari raya, bersalam-salaman & sesi bergambar.. sedihnya, tahun ini gambar diambil tanpa abang sulung & keluarganya, (sebab abg beraya di sebelah akak ipar..).. tak pe lah, yang penting semua bahagia...

inilah gambar keluarga di sebelah saya.. tiada di dalam gambar: abang rizal, kak bibi, anak sedaraku; amira, adrianna, aisyah & ammar
ini pula gambar kedua orang tua ku.. ayah dan emak tercinta...












kiri: gambar kami ber3 bersama wan & mak tuk annur.. (annur wat perangai sikit..ngantuk kot..)
kanan: gambar kami ber3 raya 2009 di Penang..

Raya ke3 kami ber3 pulang ke Chendering, Kuala Terengganu pula.. Perjalanan ke KT juga menyaksikan sebuah kereta terbabas ke tepi (nasib baik de divider kat tepi tu.. lau x..xpasal2..). Kereta tu dah le satu je, maksudnya xde langgar dgn kereta lain la.. So, lau camtu sama ada laju tak dapat kawal atau memang tiba2 jadik cmtu.. saper nak jawab? Nasib baik tgk cam xde yang cedera.. Perjalanan pulang ini juga menyaksikan tahap kesesakan yang sama setiap tahun di Tanah Merah.. aduh.. setiap tahun camni.. Abg ipar saya, balik hari ke2 raya, katanya, 1jam tak sampai 1km bergerak.. argh.. Kalau la jadik camtu kat saya.. adoi.. dah le kete saya 'hebat' sangat.. kecian kat baby, panas ler.. ditambah pula kereta yang pemandunya tidak sabar, memotong di tepi jalan yang memang tak boleh dipotong... saman lagi kereta-kereta itu... papepun, mungkin pihak berwajib perlu cari penyelesaian bagaimana nak elakkan kesesakan di situ...

Oh ye, sedihnya, lupa pula nak bergambar di KT.. ada gambarnya pada adik ipar, tapi belum dicilok darinya.. lain kali la ye.. Raya di KT sempat ke rumah sedara dan juga cikgu2 abang sahaja.. Lagi, ada kenduri sedara atau dipanggil makan pulut disebelah timur..

Perjalanan raya diteruskan ke Peramu Jaya 3, Pekan, kerana rakan baik saya merangkap roommate mase belajar kat UPM dulu mendirikan masjid.. alhamdulillah, tahniah diucapkan pada roommate ku sowang ni.. Semoga berbahagia la ye.. Perjalanan penuh dengan kereta.. Semua merancang pulang ke kota.. Perjalanan kami ke suatu tempat yang kami tidak pernah sampai, di kanan kiri agak dipenuhi hutan belukar, dengan kebanyakan kereta berplat J.. Nak ke Johor ke nih?haha.. namun diteruskan jua, sehinggalah kami sedar kami berada di landasan yang betul..(ayat tak hengat..)..

nih gambaran perjalanan balik setelah perut kenyang... oh ye, bawah nih gambar pengantin baru.. pengantin lama (saya la..) de gak, tapi kat tepi kerusi tu.. tak yah masukla..

Suami miey ni namanya afif.. penah jumpa sekali je mase datang kat rumah tu.. Kata suamiku, baik budak afif nih... hehee...

Perjalanan balik ke KL, alhamdulillah, lebih aman.. perjalanan dari Gambang bermula pukul 5ptg..
Lihatlah gambar yang tak berapa clear semasa perjalanan pulang, tapi cantik ini...
Sampai di Lentang, jalan jammed.. pas2 terdengar pulak de siren ambulan.. Mesti accident la nih.. Disebabkan takut kesesakan berlanjutan, suami singgah dulu di Masjid Lentang, supaya kami boleh solat Maghrib terlebih dahulu.. Lepas tu perjalanan diteruskan, masih bersisa-sisa kesesakan. Di tengah-tengah kesibukan sesak tu, de sebijik kereta wira memotong di sebelah bahu jalan.. Malang nasibnya (yang tidak sabar itu..), pihak abang polis tercegat di hadapan tu.. Pe lagi, memang kena panggil dek abg2 polis itu ler..walaupun si wira cuba meneruskan perjalanan di sebelah paling kanan jalan.. Itula, orang pesan, bersabar di jalan raya.. Jangan memotong barisan.. Kan dah kena saman...

Lagi satu yang saya perasan, laluan lebuhraya (baik highway PLUS mahupun LPT) tidak ada laluan motor, jadi apabila waktu malam, agak sukar mamat2 moto ini kelihatan.. lagi2 kalau yang bawak laju2 tu... mungkin pihak berwajib perlu memikirkan sesuatu tentang hal ini... walaupun bilangannya tidak ramai, namun keselamatan mereka ini perlu juga dikira memandangkan pemandu-pemandu kereta semuanya dah jadi ala-ala pemandu F1...

Kami selamat tiba di Gombak hampir pukul 9.. setelah hampir 10jam perjalanan dicampur dengan makan-makan angin, alhamdulillah, tiba kami di rumah yang bersepah.. haha.. bila la nak kemas rumah nih.. huhuuu.. sesiapa leh tolong kemaskan..? Bercadang nak rumah sedikit makan-makan, tapi tunggu sket masa lagi la ek... Nanti saya khabarkan..

Itulah serba sedikit.. silap.. serba banyak ceritera raya 2009 kali ini.. sehingga berjumpa lagi.. Akhir kata, pandu cermat jiwa & nyawa selamat...

p/s: dah mulakan puasa enam? mari kita meriahkan bulan Syawal jom...

Wednesday, September 16, 2009

salam aidilfitri...



...ASSALAMUALAIKUM...

Sudah agak lama blog ini ditinggalkan.. saya kekurangan idea sebenarnya.. oh ye, sedar tak sedar lagi 2 hari sahaja kita berpuasa. Cepat sungguh terasa puasa kali ini. Jumpa lagikah bulan yang penuh berkat ini tahun hadapan? Mudah-mudahan. amin..

Hari Ahad ini, insyaAllah, kita semua umat Islam akan menyambut hari lebaran, hari raya, sebagai hari meraikan kejayaan kita semua menjalani ibadah puasa. Seperti mana yang diriwayatkan dalam hadith Muslim yang bermaksud:
Dari Aisyah r.a katanya: "Abu Bakar datang ke rumahku, dan ketika itu di rumahku ada dua orang gadis Ansar sedang menyanyikan lagu yang pernah dinyanyikan orang dalam perang Bu'ats. Dan keduanya bukanlah gadis penyanyi yang sesungguhnya. Maka berkata Abu Bakar: "Kenapa sampai ada seruling syaitan di rumah Rasulullah s.a.w?" Hari itu adalah hari "Id. Maka bersabda Rasulullah s.a.w: "Hai Abu Bakar! Setiap kaum mempunyai hari raya ('Id) dan hari ini adalah hari raya kita."
Sudah menjadi amalan kita pagi-pagi raya dalam menjalankan solat sunat hari raya. Ini tanda kesyukuran dan tanda terima kasih kita kepada Allah dalam menyambut hari raya. Selain itu Nabi Muhammad juga mengingatkan kita agar bertakbir di hari mulia itu. Menurut hadis at-Tabrani yang bermaksud:
Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi Muhammad SAW bersabda: "Hiasilah hari-hari raya kamu dengan bertakbir."
sumber sini

Sungguhpun begitu berpada-pada lah kita dalam menyambut hari lebaran ini. Jangan kerana ingin meraikan maka, bergolok gadai semua harta, penuh hutang-piutang dan sebagainya. Kerana membazir itu amalan syaitan.

Dalam kesungguhan menyambut Aidilfitri, suasana balik kampung itu memang cukup dirasai bagi mereka yang berada jauh dari ibu bapa, yang mencari rezeki, yang mencari ilmu Allah. Di kesempatan yang ada ini, masing-masing sudah merancang pulang ke kampung. Dalam keseronokan ini, keselamatan perlu dijaga.

Walaupun baru hari ke4 ops sikap dijalankan, kemalangan dan kematian sudah direkodkan. Memang benar ini urusan Allah, namun kita perlu mengambil sikap berhati-hati dan sabar dalam memulakan perjalanan. Bagi yang berkeluarga, menjadi kebiasaan si ayah yang akan memandu kereta ditemani isteri dan anak-anak. Tahukah isteri dan anak-anak bukan sahaja menjadi ahli dalam perjalanan, tetapi masing-masing ada tugas yang perlu dilaksanakan.?. Sikap isteri dan anak-anak kadang-kadang mampu menghalang berlakunya kemalangan yang tidak diingini.

Sebagai seorang isteri, bukan tugas anda hanya berehat di sebelah pemandu dan seterusya... zzzz... - tido. Diakui ramai melakukan perkara ini dek kerana perjalanan yang panjang dan bosan. Sebagai isteri anda perlu bijak mencari suasana agar suami anda tidak bosan terhadap pemanduan dan fokusnya lebih tinggi. Carilah topik perbualan yang tidak terlalu berat untuk dikongsi bersama-sama suami. Sekurang-kurangnya si suami ada teman untuk berbual. Tahap atau aras mengantuk suami mampu dikurangkan.

Tugas seorang anak, cuba kawal perangai anda di dalam kereta. Jika anak sudah besar, mungkin masalah ini tidak timbul. Namun, anak-anak yang masih kecil, tentu aktif walaupun di dalam kenderaan. Seboleh-bolehnya, si isteri perlu menasihati anak-anak agar kawal dan jangan melampaui batas. Kadang-kadang tindak tanduk mereka ini mampu mengundang kecelakaan. Mungkin boleh diberikan barang mainan yang tidak mengganggu pemanduan si ayah, atau bahan bacaan yang mampu 'merehatkan' mereka buat seketika.

Si suami pula, jangan memandu terlalu laju dengan harapan cepat sampai. Jika terasa berat mata untuk dibuka, berehatlah sebentar. Seminit yang anda luangkan mampu menyelamatkan nyawa insan kesayangan anda.

Masih banyak perkara yang boleh dilakukan sebenarnya. Apa pun, anda perlu berhati-hati supaya keceriaan yang bakal disambut tidak berakhir dengan tragedi. Anda mampu mengubahnya..

Akhir kata, Selamat hari raya dan salam lebaran dari saya, fiezaradzi sekeluarga buat kawan-kawan sekalian. Saya menyusun sepuluh jari andai ada yang terguris hati dan perasaan yang mungkin tidak saya sedari. Moga Ramadhan dan Syawal ini mampu membawa seribu keberkatan dan pengertian buat anda semua. Selamat pulang ke kampung dengan selamatnya.. insyaAllah..

nota kaki:
* berhati-hati di jalan raya
* ambil langkah terbaik bagi membendung H1N1.
* selamat pengatin baru buat miey yang bakal melangsungkan perkahwinan pada 7 Syawal - insyaAllah kita jumpa
* jangan lupa balik semula menuanikan tanggungjawab selepas berhari raya.....
* doakan perjalanan kami ke 2 buah kampung dan ke sini semula selamat hendaknya.. amin..

...SALAM LEBARAN...

Monday, September 14, 2009

Wang Kertas 25 sen King George VI


Wang kertas 25 sen King George VI prefix E ini dah dikira rare jugak . Dikeluarkan pada 1st September 1940 sebagai Emergency Issues.

Sunday, September 13, 2009

Koleksi Syiling 50 sen Parlimen

Duit syiling 50 sen parlimen dikeluarkan dari tahun 1967 hingga 1988. Tahun 1970, 1972, 1974,
1975 dan 1976 tidak dikeluarkan.

RM10 4th Series Replacement Note


Duit RM10 siri ke 4 tandatangan Ab Aziz Hj Taha gantian. Condition dah teruk sikit, tapi inilah saja yang ada setakat ini.

Saturday, September 12, 2009

MALAYA JAPANESE OCCUPATION 5 DOLLAR


Malaya Japanese Occupation 5 Dollar dengan cop MALAYAN VJ WAR SOVENIR Grim Memories of 1941 - 1945 sebagai Propaganda Issues.

Friday, September 11, 2009

MALAYA JAPANESE OCCUPATION 1 DOLLAR



Malaya Japanese Occupation One Dollar dengan cop MALAYAN VJ WAR SOUVENIR Grim Mermories of 1941 - 1945 sebagai Propaganda Issues.

puasa

Salam. hari ni saja nak buat en3 pasal puasa. Walaupun puasa tinggal beberapa hari je lagi, tapi nak juga buat en3 ini.. jom kita kongsi bersama...

Puasa pada syarak ialah menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang membatalkannya mulai waktu fajar hingga jatuh matahari dengan syarat- syarat tertentu. Ia adalah medium untuk menyucikan jiwa, agar menghindarkan diri dari perbuatan jahat dan keji.. (jadi, jika masih ada perbuatan jahat yang dilakukan.. renung-renungkanlah puasa diri sendiri....)

PUASA ITU WAJIB
Puasa diwajibkan oleh Allah ke atas seluruh umat Islam, seiiring dengan perintah Allah dalam surah Al Baqarah, ayat 183, yang bermaksud:
"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa".

RUKUN PUASA
  1. Niat, maksudnya, sahaja aku berpuasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
  2. Meninggalkan perkara-perkara yang meninggalkan puasa;
    - haid, nifas
    - keluar dari Islam
    - gila
    - bersetubuh
    - keluar mani
    - muntah
    - pengsan, pitam atau mabuk sepanjang haridari fajar hingga terbenam matahari
    - memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan
* sila rujuk kepada yang lebih arif untuk lebih mendalam penjelasannya...

HARI YANG DIHARAMKAN PUASA
  1. Hari Raya Aidilfitri (1 syawal)
  2. Hari Raya Haji (10 zulhijjah)
  3. Hari-hari Tasyrik:
    - ke-11 zulhijjjah
    - ke-12 zulhijjah
    - ke-13 zulhijjah
  4. Hari Syak (30 syaaban)
Rujuk di sini

Sebenarnya banyak lagi info pasal puasa ni.. Mungkin kengkawan boleh cari info yang lebih pasal ini. Contohnya, apa yang perlu dilakukan jika ibu mengandung bimbangkan anaknya tidak berpuasa,apa yang perlu dilakukan apabila puasa terbatal dan sebagainya...

Selamat mencari info..

Wednesday, September 9, 2009

siakap stim

Salam.. apa khabar? puasa kah kekawan? Alhamdulillah.. Entah la kenapa, tahun ni rasa puasa tu teramat la sekejap.. tup2 dah tinggal 10 hari je lagi puasa.. rasa macam sekejap jer..

Hari tu de buat siakap 3 rasa.. dah lama gak, dah basi lau simpan kot.. hahaa... 3 rasa, tapi xtau la rasa tak 3, yang nyata mmg sodap eh.. hihiiii... sekilo RM16 siakap tu.. oklah, fresh.. main buat jer sebenarnye, nasib baik sedap kata abang.. hahaa.. nak tengok rupanye?..

ni ikan yang belum masak... dipotong dua..











ni pulak bila dah siap.. persembahan untuk dimakan...

cmner nak buat? jom tengok..
  1. Stim kan ikan siakap.. (tau kan cmner...)
  2. panaskan kuali, masukkan minyak, tumis bawang, dan sedikit cili kisar..
  3. tambah sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram..
  4. tambah garam dan gula..
  5. masak hingga pecah minyak.. jika suka, boleh tunggu hingga kuah pekat..
  6. masukkan tomato (tomato man).. - dipotong kecil2..
  7. masukkan bawang besar sebagai hiasan..
  8. tutup api, boleh berbuka apabila masuk waktunya....
selamat mencuba la ye... ini resepi ikut suker ati... haha.. kadang2 instinct anda akan buatkan masakan sedap.. cubalah...

Ni nanti nak cuba lagi, kali ni mungkin cara lain skit.. jom layan...

cute sleeping baby contest...


Salam... wah.. lagi mau join contest.. hihiiiii.. kali ni adalah anjuran baiti a.k.a Love My New Life.. tadi jalan2 ke blog member.. terjumpa.. so, saya nak join.. bukan la perasan anak comel pun.. (tapi anak saya mmg comel..hihiii..), just nak memeriahkan la.. ne la tau kot2 nnt saya pulak yang wat contest...????
Apakah contestnye? ni die...

"SLEEPING BABY CONTEST"
bermula 3 September 2009 hingga 18 September 2009

Ni pulak syarat penyertaan dari baiti...
Syarat penyertaan :
1. Penyertaan terbuka kepada semua para2 ibu n blogger..
- daku memang mama n blogger.. kah..?
2. Perlu lah menjadi FOLLOWER Love My New Life
- sudah jadik...
dan add my link nie di bloglist anda
- juga sudah ade...
3. Buat entry contest bersertakan 1 gambar ur baby anda yang sedang tidor
yang paling cute,chomel sekali...
- ni nak wat ni.. ni gambar my baby tgh tido...gambar ni masa umur annur 3 bulan.. mase ni tengah tido petang.. walaupun rambut annur pernah cukur habis, kejap je dah naik semula.. annur tengah mengaji agaknye time nih.. tak pun tgh bertaranum.. mari... bertaranum...ya.. rab.. sebab tu saya suker sangat gamabr nih.. walaupun muka annur dah berubah (sket la..), tapi gambar ni tetap comey... ewah...

4. Terhad untuk satu penyertaan sahaja (kang rabun juri nk pilih pemenang..huhuhu)
dan umur bayi ketika itu hendakla dalam
lingkungan usia 3 - 12 bulan
- memang 1 jer.. 3 bulan..ok..

5. Perlu disertakan dengan NAMA BABY, BIRTH DATE, PLACE OF BIRTH & NAMA IBU
Nama baby: Annur Syazwani binti Ahmad Hafiz (nama abah die dah de..)
Birth date: 01072008 (skg dah 1 tahun 2 bulan)
POB: Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang
Nama ibu: Siti Nurafiza binti Mohd Radzi (nama wan die pun ade...)
6. Kemudian add banner contest kat side bar beserta ngan link contest nyer skali
- dah buat
7. Nyatakan skali aper yang special tentang blog Love My New Life
- xde la kenal tuan punya blog ni sangat.. tapi saya suka, sebab tuan punya blog adalah seorang mama dan juga blogger.. sama macam saya.. lagi satu tajuk blognye ada perkataan sama dengan blog saya.. life.. boleh x..?haha..

8. Sila tinggal kan link penyertaan anda di comment yerk..
- baiklah.. saya dah tinggalkan...

Tuesday, September 8, 2009

RM1 Zeti Aziz ZW

RM1 Zeti Aziz ZW siri gantian 10pcs unc.

Syiling Palsu?


Tiga keping syiling yang dah terlalu lama dalam simpanan aku. Aku tak pasti syiling ini ori atau bukan. Walau bagaimana pun aku simpan saja sebagai koleksi. Ada sesiapa yang tahu atau mempunyai syiling yang seumpama ini? Boleh berkongsi pengalaman kat mana jumpa syiling macam ni.

One Cent Sarawak

Keluaran tahun 1930. Jumlah tempaan pada tahun ini 3,000,000 unit.


Keluaran tahun 1927. Mintage 5,000,000

Sunday, September 6, 2009

Koleksi Syiling 1967

Syiling keluaran pertama Malaysia dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia pada tahun 1967, dengan nilai 1 sen, 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen.

Friday, September 4, 2009

Koleksi Lengkap Syiling 1971



Syiling keluaran tahun 1971, terdiri dari 1, 5, 10, 20, 50 sen dan $1. Jumlah yang paling sedikit keluarannya adalah 10 sen.

RM100 Zeti Aziz ZC Gantian



RM100 Zeti Aziz siri gantian ZC aku dapat masa keluarkan duit dari bank.

Gambar Belangkas