Monday, June 29, 2009

rezeki tidak diduga...

Salam semua. banyak hari tak updated ini blog.haha.. tak de idea sebenarnye.. ok.. barbalik kepada en3.. semalam orang courier services ada call my hubby, tanyakan rumah di mana, katanya ingin menghantar bungkusan, hadiah katanya. Disebabkan tiada siapa di rumah, maka suami akan mengambil sendiri di pejabat courier tersebut.

So, pagi tadi, kami ke Diamond Square untuk mengambil bungkusan yang dikatakan itu. Nasib baik kami pernah ke Diamond Square utk urusan tertentu dahulu. Jadi, yang menjadi masalah hanyalah tempat courier itu. Namun, disebabkan masih dalam waktu bukan puncak, mudah bagi kami mencari bangunan tersebut. Hanya suami yang pergi ke pejabat itu. Saya, hanya tunggu di kereta kerana tiada parking.

Dalam minda saya, cuma mmbayangkan hadiah kecil (dari siapa pun tak tahu..). Setelah beberapa minit menunggu, dari kejauhan suami keluar mmbawa satu bungkusan besar, hadiah ke tu? Dalam fikiran saya. Setelah kembali ke kereta, kami berdua pelik, kerana tiada siapa yang memberitahu ada sesuatu utk kami. Suami terus membuka bungkusan, dan......
rupa2nya terdapat Sony DVD Player. Wah, ini sudah hebat. Penghantarnya adalah dari CIMB Islamic Open House Promotion. Mmg kami suami isteri ada menggunakan akaun CIMB & juga pinjaman perumahan yang bakal kami duduki. Tapi, tiada pula berita/makluman ttg penerimaan hadiah ini.











kiri: gambar bungkusan yang diterima..
kanan: gambar DVD yang dibuka di pejabat.. (xsabar nih..)

Maka, ia sesuatu yang kami panggil rezeki yang tidak diduga. Rezeki dari Allah. Moga2 rezeki ini akan dirahmati. Amin. Tapi, hopefully, lepas ini tak de plak bayaran dikenakan. Kalau tidak....haha..

mote:
  1. Rezeki Allah ada di mana-mana. Tanpa kita sedari, itulah nikmat Allah kepada kita.
  2. Bersyukurlah kita kepada Yang Maha Esa di atas segala nukmat & kesenangan yang dikurniakan Nya.
  3. Bersabarlah jika ditimpa masalah, kerana pahit akan manis jua akhirnya.. (tajuk lagu ukays nih..haha..)
okeylah, setakat ini dulu.. Moga berjumpa lagi. InsyaAllah.

Sunday, June 28, 2009

Duit Malaysia Siri Ke 5, Blind Series


RM1 condition UNC - printed by Thomas De La Rue



RM5 condition EF/ AUNC - printed Thomas De La Rue




RM10 condition AUNC / UNC - printed by Thomas De La Rue



RM20 condition UNC - printed by Bradbury, Wilkinson & C0. Ltd


RM50 condition AUNC - pronted by Thomas De La Rue


Siri ke 5 ini dikeluarkan pada tahun 1982 - 1984 dengan tandatangan Tan Sri Dato Abd Aziz bin Haji taha.


Thursday, June 25, 2009

ada apa dengan tayar kereta..

Salam.. selamat hari khamis.. sibuk bekerja kah...? kali ni saya nak tulis sesuatu berkenaan dengan permotoran.. xde lagi en3 pasal ni.. cuma tadi borak2 dgn rakan sekerja, pasal moto die yang pancit.. pas2 terkeluar plak citer pasal tayar.. tu yang datang idea nih..

Saya nih kategori suka bawak kereta, tapi semenjak ada baby nih, banyak jadi co-pilot yang berjaya berbanding pilot.. hahaaa.. tapi, sekali-sekala de gak bawak, & alhamdulillah, xde la tersemput-semput kat jalan tuh.. ni kete kecintaan saya...

Okey, berbalik pada topik.. Ada apa pada tayar kereta? Tanpa tayar, kereta xdapat bergerak.. sudah semestinya la bergantung pada enjin & komponen2 lain pada kereta tu.. (tapi, tanpa kunci & pemandu, lh x kereta jalan? kowang pikir2 le sendiri..). Tayar yang bersesuaian dengan kereta amat penting. Jika tidak, tahap pencapaian kereta anda mungkin tidak seoptima yang diharapkan.. (kereta aku kira optima ker....?Bukan Kia Optima ye...)..

Info selanjutnya..klik..
Selanjutnya
TAYAR KENDERAAN ANDA
  1. Pilihlah tayar yang bersesuaian dengan keupayaan kereta anda. Contohnya, jika kenderaan anda berenjin 1.3, cukuplak sekadar tayar bersaiz 14''(inci).
    Jika tayar lebih besar digunakan, kekuatan pecutan kereta anda akan berkurangan.. (Cian keta aku.. xkena rupanye...). Alat penyentap hentakan (absorber) akan mudah rosak, speedometer tidak menunjukkan bacaan sebenar & kos penggunaan minyak akan bertambah.
  2. Jangka hayat tayar. Perhatikan pada bahagian tepi tayar kereta anda. Di situ akan terdapat rangkaian nombor yang dicetak. Nombor ini memberi maklumat bila tayar kereta itu dikilangkan. Ia berdasarkan minggu & tahun. Mengikut piawaian antarabangsa, tayar yang baik adalah dalam jangka masa 2 tahun selepas dikilangkan. Jika lebih had tersebut, penggunaan tayar pada kenderaan mungkin akan ada masalah.. Dengan iklim & cuaca panas, sejuk, tayar akan lebih mudah haus (tayar x minum air ye..), pecah & sebagainya.. Jadi, perhatikan tarikh tayar dikilangkan.. am gambar nih, maknanye dalam minggu ke 26 tahun 2007 (bulan 6).
  3. Jenis tayar. Ini bergantung kepada budget & kesukaan anda. Yang terbaik pilihlah tayar yang tidak terlalu lembut & tidak terlalu keras. (yang sedang-sedang saja..). Terdapat pelbagai jenis tayar di pasaran seperti Michelin, Good Year, Silverstone, Yokohama, Falken & sebagainya. Terdapat tayar yang agak mahal harganya. Namun, ia adalah berbaloi jika difikirkan tetang prestasi & keupayaan kenderaan anda. Dalam hal ini, andalah penentunya.
  4. Perhatikan juga nombor pada tayar anda. Pernah lihat nombor seperti ini? 205/45 R16 83W. Cetakan nombor ini membawa maksud tayar mempunyai 205mm, ketebalan tayar (jarak antara rim ke permukaan tayar) adalah 45% daripada kelebaran tayar dan ia untuk penggunaan rim bersaiz 16".
    83 pula membawa maksud indek keupayaan mengangkut yang ditetapkan di peringkat antarabangsa. Contohnya, 82 mampu memikul berat maksima 475kg bagi setiap tayar. Jadi keupayaan seluruh kereta memikul beban maksima adalah 1900kg (475kg x 4 tayar). W pula bermaksud tayar sesuai sehingga kelajuan 270 km/j tanpa menjejaskan kekuatan & ketahanan tayar.
    S - 180 km/j
    T - 190 km/j
    U - 200 km/j
    H - 210 km/j
    V - 240 km/j
    Z - melebihi had laju 240 km/j
    W - 270 km/j
    Y - 300 km/j
    melebihi 270 km/j, huruf ZR akan digunakan
  5. Adalah digalakkan untuk menukar kedudukan tayar kereta anda setiap 3 bulan. Ini bagi memastikan tidak hanya sesebuah tayar yang mengalami kecederaan yang melampau. Dengan menukar kedudukan tayar, keseimbangan tayar dapat dilakukan. Tukarlah tayar kiri hadapan ke kanan belakang dan sebaliknya.
  6. Perhatikan juga bunga pada tayar kereta anda (tayar pun nak cantik, pakai bunga...hehehe..). Jika bunga tayar sudah terlalu nipis, adalah dinasihatkan supaya anda menukar tayar kereta anda, bagi memastikan cengkaman tayar pada jalan pada paras optima (juga untuk keselamatan anda di jalan raya..)
    1) Bunga tayar pada bahagian tepi lebih cepat haus - tekanan udara dalam tayar rendah/membelok dgn keras (hard cornering).
    2) Bahagian luar tayar - keselarian tayar tidak bagus, perlu diperbetulkan.
    3) Bahagian tengah cepat haus - tekanan dalam tayar terlalu tinggi
    4) Bunga tayar haus secara tidak sekata - tukar absorber & tukar tayar.
Selain itu, pada tayar juga terdapat tulisan ini TREADWEAR 280 TRACTION A TEMPERATURE APetunjuk:
TREADWEAR 280 - ketahanan tayar daripada cepat haus. Semakin tinggi nilai treadwear, semakin lambat tayar haus. Pilihlah tayar yang treadwear lebih tinggi
TRACTION A - kadar kekuatan cengkaman tayar. AA adalah paling bagus, kemudian A, B dan C.
TEMPERATURE A - ketahanan tayar terhadap suhu. A- kawasan panas, B - kawasan normal, C - kawasan sejuk

Ok, sekarang baru jelas kan. Pe lagi, moh le kite praktikkan sambil dapat menambah ilmu pengetahuan...

Wednesday, June 24, 2009

di tag lagi, dapat award lagi...

Salam semua. mmg rutin saya untuk bukak blog setiap hari. Dan jadi rutin jugak utk lawat blog2 kkwan yang de update. Jadi saya pun masukla ke blog kawan nih.. bila dah baca2, rupa2nya saya telah di'tag' & diberi award.. ni award nye..

Cara2nya:
  1. Link/ceritakan kembali siapa yang beri award ini kepada anda:
    saya dapat dari pepijatkaku. saya kenal pun dari blog je..(jadi blogging ni boleh wat kite kenal lebih ramai orang..setujukah anda..?). xleh crita byk pasal pepijatkaku ni.. yang saya tau die seorang pelajar,lau xsilap bidang perubatan. (tul ke nih pepijatkaku?hehe..maaf lau salah..btulkan saya ye..)
  2. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya.. (anda ditag)...
    pe nak cakap ye..
    1) anak ke4 kepada En Mohd Radzi bin Bakar & Pn Fatimah Bt Ahmad
    2) isteri kepada En Ahmad Hafiz bin Mohd, mama kepada Annur Syazwani
    3) bekas pelajar Biotech UPM, & sekarang pekerja Stellagen Sdn Bhd - juga syarikat swasta dalam bidang biotech (alhamdulillah...)
    4) Bekas pelajar SKPP, Pulau Pinang (89-94), STF (95-99), KMM (00-02)
    5) Sejak selepas darjah 6, mula berjauhan dgn family, sbb blaja luar negeri..keje pun luar negeri.. (luar negeri je..bukan luar negara..)
    6) Dari dulu suka main badminton, bola jaring, bola baling.. tapi skang dah xmain..
    7) De hati nak pandu kete F1.. dalam mimpi la...
    8) Seorang peminat pasukan MU
    9) Suka blog di waktu terluang.. blogging nih pun en suami yang kenal/ajarkan..
    10) Sensitif gak, tapi pada org tertentu jer.. lau marah, mgkin leh nangis kot..
  3. Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan nyatakan nama mereka di blog anda...
    Habis juga akhirnya.. saper yek yang nak dibagi nih.. fikir..fikir.. ok, this thing goes to:
    1) MamaD
    2) honey bunny
    3) miey zaihana
    4) kak ida
    5) damia
    6) azman yang jiwang.. jgn marah ek..
so, sila-sila lah rajinkan diri jawab nih..pas2 leh copy paste award tu ye...

Tuesday, June 23, 2009

Koleksi $1 Singapore 1st Series ( Orkid) Complete Signature

Tandatangan oleh Mr. Lim Kim San keluaran tahun 1967 - 1969



Tandatangan oleh Dr. Goh Keng Swee, keluaran tahun 1970.



Tandatangan oleh Mr. Hon Sui Sen tanpa red seal, keluaran tahun 1971 - 1972.




Tandatangan oleh Mr. Hon Sui Sen dengan red seal, keluaran tahun 1972 - 1976.

awards..

thanks to pepijatkaku atas pemberian awards pada saya.. nih award nye... thank you.. thank you... moga ukhwah yang terbina akan sentiasa dirahmati Allah.. amin..

Thursday, June 18, 2009

kisah dulu-dulu..

Salam. selamat hari jumaat. Tadi baru je lepas beri komen ttg student yang praktikal di ofis ni.. de la lecturer mereka yang dtg.. so, de mase terluang nih.. tiba2 teringat sangat psal criter dulu-dulu mase kecik... kowang masih ingat lagi? en3 ni cuma mahu menulis benda santai nih.. jom kite imbas kembali...

kat atas tu citer pasal bola tampar, maero attack..camnih kot eja.. bukan team bola tampar saya ye...suker sgt.. siap berangan nak jadi plakon utama, tapi xleh le kan.. penuh dgn aksi-aksi menampar bola.. pusing la.. mcm2 la.. somaso berpusing.. hahaaa.. yg best tgk kesungguhan dorang ni main bola tampar tu... citer ni xleh tayang semula ke?ke tape citer nih pun dah rosak?

nih criter suria perkasa hitam.. igt sangat, dulu pas habis kelas jer.. berlumba-lumba kayuh basikal, sbb takut tak sempat nk tgk criter nih.. hero die tomey jer... pe criter plakon tu ye...

Justify Full
nih plak yang seangkatan dgnnya.. gaban.. wakaka..wakaka..gaban.. cmne tah lagu die..hahaha.. criter nih de pas jer suria perkasa hitam.. tapi igt lagi cara tangan die pusing2 mase nak jadik gaban.. (sama la dgn suria perkasa hitam tu..adik-beradik kot dorang nih..)..




kiri atas nih: nih pulak criter kete boleh bawak sendiri, siap boleh cakap2 dgn tuan die.. pelik sungguh.. tapi citer pelik ni le yg saya suke.. dulu siap berangan lagi nak kete macam knight rider nih.. haha..
oh ye.. si david hasselhoff (hero knight rider nih..) pun dah jadik juri dalam america got talent.. (tul ke cmnih?)

kanan atas: yang tu citer airwolf.. criter helikopter yang de dlm gua.. mcbar gak tgk citer nih.. siap lh tembak2 lagi.. apa, adakah heli yang cm2 sebenarnye?

kanan sekali: Saved by the Bell.. drama omputih psal student kat kolej kot.. tak ingat sangat dah.. hari citer nih weekend kot.. suke gak tgk citer nih.. dulu suke dgn watak zachary.. konon hero la.. dgr kate de yang nak temukan watak dulu nih dalam citer ini (nak wat balik kononnye..), tapi xtau tul ke tidak...
















ni gambar citer kartun care bears.. suke citer nih sbb comey..hahahaa.. nama pun pompuan kan... bile de musuh nak diperangi jer.. mesti kuar kt perut bear tu.. lau bintang kt perut, bintang la kuar..hahaaa..comey tul..
and last but not least, citer kartun jem.. yg ni pun suke gak.. jem nih pakai subang bintang.. bile nak tukar picit subang tu, jadik org lain.. tpi pelik gak..muke sama jer.. nape org xleh detect die, xtau la..hahaaa..layan..

Tu la dia kawan2..citer dulu-dulu yang saya minat.. byk lagi sbenarnye, tapi xlarat dah nak tulis.. kan best lau ingat dulu-dulu kan.. citer skng ok gak, tapi susah nak melekat kt kepala.. banyak sgt nak fikir kot.. kawan2 de citer kegemaran dulu2? pe kata kita kongi bersama...

okey, setakat ini dulu.. insyaAllah jumpa lagi...

Wednesday, June 17, 2009

One cent Paper Money King George VI


One cent duit kertas potret King George VI, keluaran tahun 1941, dicetak oleh Thomas De La Rue dengan tandatangan oleh Weisberg. Hanya bahagian hadapan bercetak manakala bahagian belakangnya adalah kosong.

5 cent Paper Money King George VI



Duit kertas 5 cent potret King George VI keluaran tahun 1941, signed by Weisberg. Dicetak oleh Thomas De La Rue dengan bahagian belakangnya adalah kosong. Koleksi di atas dengan variety "b & b".

10 cent Paper Money King George VI



Duit kertas 10 cent Potret King George VI, keluaran tahun 1941 signed by Weisberg. Koleksi di atas dengan variety "a".


RM10 Ahmad Mohd Don




RM10 signed by Ahmad Mohd Don, 10 pcs UNC R/N.


RM1 Zeti Aziz Replacement notes


RM1 Zeti Aziz siri gantian ZA, ZB, ZC, ZD dan ZE.

Tuesday, June 16, 2009

beautiful story - life is beautiful...

Salam.. semenjak 2 menjak nih, kerja xbape banyak.. saya je yang banyakkan kerja..hahaa.. cmne tuh? Nyway, tadi pagi dapat emel dari kawan.. kawan lama la, dari matrik dulu.. emelnya berkisar ttg seorang budak kecil menjual kuih.. dia pun dapat forward emel.. kisah asal, tidak diketahui..mari kita ikuti & renungi cerita indah ini...

Cerita indah itu, mulanya begini...

Hari itu, selepas seminggu beraya di kampung (saya tak tau raya tahun bile...), saya pulang ke K.Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki, berusia lebih kurang 12 tahun muncul di hadapan.
"Abang nak beli kuih?" Katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menutupi timbunan-timbunan kuih itu...
" Tak apalah dik.. abg dah pesan makanan". jawab saya ringkas.
Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga seperti saya, menolak, lalu kanak-kanak itu pergi begitu saja.

"Abg dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.
"Abg baru lepas makan dik, masih kenyang lagi ni". kata saya sambil menepuk-nepuk perut yang sudah kenyang.
Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, dia meletakkan bakulnya yang masih sarat dengan kuih.
Setiap orang yang lalu, ditanya.. 'tak nak beli kuih saya bang.. pakcik.. kakak..atau makcik..'. Molek sungguh budi bahasanya. Mamak restoran tersebut pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan & minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya mula membuka pintu kereta & menghidupkan enjin, tiba-tiba kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin kereta, membalas senyumannya.

"Abg dah kenyang, tapi mungkin abg perlukan kuih saya utk adik2 abg, ibu atau ayah abg." Katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang. Saya tenung wajahnya, bersih & bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet & menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.
"Ambil ni dik. Abg sedekah, tak payah la kuih tu". Saya berkata ikhlas kerana perasaan kesian yang mendadak. Kanak2 itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih & terus berjalan kembali ke kaki lima kedai. Saya, ketika itu gembira kerana dapat membantunya.

Saya mula mungundurkan kereta setelah enjin saya hidupkan. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya tadi kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya. Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

"Kenapa, abg nak beli kuih ke?" Tanyanya.
"Kenapa adik bagi duit abg tadi pada pengemis tu? Duit tu abg bagi pada adik" Kata saya tanpa menjawab pertanyaannya.
"Bang, saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak, kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan kuih masih banyak belum terjual, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.
Saya sebak, sekali gus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa harga semua kuih di dalam bakul itu.
"Abg nak beli semua ke? Dia betanya & saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata-kata.
"RM25 saja abg". Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya ke dalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih & berlalu pergi.

Saya perhatikan dia sehingga hilang dari pandangan. Dalam perjalanan ke K.Lumpur, baru saya terfikir akan statusnya. Anak yatim kah?? Siapakah wanita yang berhati mulia yang melahirkannya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya...

Itulah cerita indah yang saya dapat dari emel pagi tadi... indahkan.. saya percaya, jika benar cerita ini, kanak-kanak ini boleh berjaya dalam hidupnya. Kalau pun tidak berjaya dari segi wang ringgit, tapi saya percaya dia berjaya dalam membentuk sahsiah dirinya. Itulah kawan-kawan, sedangkan org yang sederhana kehidupannya, ada pegangan yg murni, apatah lagi kita, yang boleh dikategorikan ada kehidupan yang lebih baik dari kanak-kanak tersebut.

Jadi jangan jadikan alasan kewangan sebagai satu alasan untuk kita cari jalan mudah untuk mendapatkan wang.

mote:
  1. Kita hidup di dunia, tak kira miskin atau kaya, budi bahasa adalah penting. Budi bahasa budaya kita...
  2. Untuk kehidupan seharian, kita perlu berusaha untuk mencari rezeki, jgnlah mengambil jalan mudah spt mengemis, merampas atau mencuri (ragut & samun termasuk juga...), selagi kita mampu bekerja & berusaha.
  3. Pegangan hidup yang murni penting dalam membentuk sahsiah diri kita.
  4. Apa yang penting.... kerjasama...(hahahaaa..). Berusaha tangga kejayaan...
Sehingga berjumpa lagi.. InsyaAllah..

Sumber cerita: emel dari rakan ku..

RM5 Ali Abul Hassan Replacement Notes ZA



RM5 Ali Abul Hassan, replacement notes 3 pcs RN/UNC.

* Untuk dijual 2 pcs Running number UNC RM 98.00

Monday, June 15, 2009

RM10 Zeti Aziz Replacement Note ZA


RM10 Zeti Aziz siri gantian ZA

phishing emel.. - emel jahat nih...

Salam.. apa khabar hari ni? Harap saya, semua ok. Oh ye, apsal tajuk en3 kali nih lain macam jer.. huhu.. bukan apa, kengkawan sekalian ada akaun maybank tak? Sebelum ni, sudah banyak kali saya dengar mengenai emel yang dikirimkan dari maybank kepada org ramai yang meminta supaya update profile atau login akaun maybank dari emel tersebut.

Mula-mula susah nak caya, tapi ia benar2 berlaku. Tapi, bila bukak website maybank, pihak maybank sendiri kata, mereka tidak pernah terlibat dalam mengirimkan SMS/emel yang meminta pengguna berbuat demikian. Jadi, anda kat luar sana, janganlah terpengaruh ye..

Berbalik kepada cerita. Pagi tadi saya online, jadi saya bukak le emel saya. Tiba2 saya dapat emel yang bertajuk Unblock Your Account dari incorporated maybank. Terkejut saya.. disebabkan saya pernah mdgr & mbaca mengenai perkara ini, saya tetapkan hati.. ini hanyalah niat jahat orang yang cuba berbuat jahat pada saya. Saya terus tutup dan laporkan pada pihak maybank, agar mereka dapat membuat langkah seterusnya. Inilah emel yang saya perolehi pagi tadi:Perasan tak, kat bawah tu Maybank Berhad tu alamatnya de https.. bukan http.. dan juga, jika bawak kursor tu ke link bawah tu, die tulis kat situ bukan maybank punyak site, tapi site pe tah.. adoi.. huhu.. nasib baikla saya pernah dengar pasal benda nih.. Bayangkan kalau saya percaya bulat-bulat perkara nih.. tak ke habis duit saya.. walau pun saya bukanlah banyak duit. huhu... tapi langkah pencengahan adalah paling baik... ini adalah 'phishing emel' atau saya gelar emel jahat..

Oh ye, anda diluar sana pernah mengalami perkara ini? Saya pun x tau dari mana dia dapat emel saya nih.. kebetulan pulak saya mmg pengguna maybank2u. Jadi, nasihat saya kepada anda..hati-hati lah.. banyak perkara yang dibuat dari org2 yang makin terdesak sekarang ini. Sila rujuk perbankan internet anda untuk ketahui senarai emel/url yang jahat ini..

Jika anda pernah menerima atau bakal menerima emel seperti ini, janganlah cuba untuk login ke akaun kewangan anda melalui emel ye. Di website perbankan internet sendiri ada mengatakan mereka tidak bertanggungjawab dalam memberi emel sedemikian kepada pengguna. Jadi, jangan terpengaruh!

Kepada org yang buat perkara nih, cukup2 la tu..henti-hentikanlah perangai & cara utk dapat duit dgn mudah nih.. Xde langkah mudah utk dapat duit selain berusaha. Ingatlah perit - jerih org lain mcari rezeki. Jangan lah dikaut dgn mudah sahaja.. Org lain pun ada anak bini & keluarga yang perlu dijaga.

mote:
  1. Jangan mudah percaya dengan apa yang ada di internet.
  2. Selidik sesuatu perkara sebelum anada yakin dengan perkara tersebut.
  3. Berusahalah mencari rezeki yang halal & bukan dengan cara yang mudah.
  4. Jangan jadi jahat..
Okey, setakat ini dulu, insyaAllah, jumpa lagi...

Gambar Belangkas