Bila dengar berita yang Yin selamat di bawah jagaan pasangan Myanmmar, aku rasa terharu pula. Susah untuk melihat di kota metropolitan ini orang yg susah sanggup memikul bebanan menjaga anak yang tidak dikenali di samping menjaga anak-anak sendiri yang lain. Selepas 15 hari di bawah jagaan mereka akhirnya Yin diketemukan semula dengan ibuabapanya. Alasan pasangan tersebut yang mengatakan tidak tahu kepada siapa hendak dilaporkan tentang budak tersebut amat mencurigakan banyak pihak kerana pasangan tersebut telah pun duduk di Malaysia selama 20 tahun. Juga dakwaan pasangan tersebut tentang campak yang dihidapi oleh Yin juga disangkal oleh doktor yang merawat Yin.
Disebabkan dua alasan yang tidak munasabah ini pasangan tersebut ditahan oleh pihak polis untuk siasatan lanjut tentang Yin yang mungkin dijadikan pengemis semasa di bawah jagaan mereka juga sindikit mengambil kanak-kanak untuk dijadikan pengemis yang memang banyak di KL.
Pelik sebenarnya bila polis beria-ia menyiasat kes ini sedangkan sendikit menjadikan kanak-kanak dan orang-orang buta dan cacat sebagai pengemis telah lama berleluasa sejak bertahun-tahun. Tidak terdengar pun jabatan polis cuba menyiasat dan mengambil tindakan tentang sendikit ini. Adakah kerana kes Yin membabitkan misi nasional dan mendapat tempat di media dan pada masa yang sama pasangan Myanmmar itu yang dengan rela hati menghantar Yin tanpa ada usaha polis pun maka polis terasa tercabar? atau polis tidak mahu memberikan RM15,000 yang dijanjikan kepada sesiapa yang menemui Yin atau mungkin polis rasa tidak layak pendatang-pendatang seperti itu membolot bulat-bulat ganjaran tersebut maka diciptalah alasan lain untuk menahan pasangan Myanmmar yang miskin itu?
Di zaman yang dikuasai wang dan material kita amat-amat berburuk sangka sesama manusia termasuklah aku. Di zaman ini juga orang-orang miskin tidak dibela tetapi dijadikan mangsa untuk pihak-pihak tertentu dan kebanyakan kita yang berkuasa menggunakan orang-orang miskin sebagai mangsa kepada kekuasaan kita kerana kita tahu orang miskin inilah paling senang dipijak sebab mereka tak pandai melawan dan tak banyak songeh. Siapalah mereka untuk dibelakan.
Untuk pasangan Myannmar itu aku berharap mereka tabah menghadapi dugaan ini dan harapanku mereka berada di tempat yang benar. Entahlah, aku amat berbaik sangka dengan pendatang Myanmmar kerana mereka orang-orang Islam yang susah tapi masih baik pegangan agama mereka.
Ini hanya pandangan peribadi aku yang tiada sebarang pengikut. Tak ada sebab polis nak saman aku dengan tulisan aku ini. Adioss!!