Saturday, December 22, 2012

Salam dari Ghazzah

Perkongsian maklumat dari Ustazah Maznah Daud dan Kak Norhayati Bakar..
mereka di antara peserta yang menyertai misi ke Gaza di bawah Pertubuhan NGO , IKRAM Malaysia.  Jika sesiapa ada membaca berita atau melihat YouTube, inilah rombongan yang disertai bersama selebriti iaitu Afdhlin Shauki dan adiknya..
 Ustazah Maznah bersama tuan rumah, kak Norhayati Kadir

  Jika mengikut Ustazah Maznah, sebenarnya sebutannya adalah "Ghazzah", bukannya "Gaza" sahaja.
 Bumi Palestin adalah bumi untuk seluruh umat Islam, bukan hanya untuk segelintir orang Islam Arab di sana... oleh itu, adalah menjadi kewajipan SEMUA UMAT ISLAM di dunia ini untuk membebaskan Palestin dari cengkaman dan jajahan Israel ..

Menurut Ust. Maznah, apabila berada di sana, penduduk Ghazzah tidak sedikit pun berasa sedih, malah kehidupan kelihatan sangat lively dan bandar Ghazzah kelihatan 'hidup'... mereka tidak meratapi kehidupan mereka di sana, malah mereka sangat bersyukur kerana mereka telah terpilih untuk berada di sana, tinggal di sana... kerana apa? kerana bumi Ghazzah adalah bumi BARAKAH. Ini dengan jelas telah dinyatakan oleh Allah SWT dalam Al-Quran dalam surah dan ayat-ayat berikut:
  Sila rujuk Al-Quran terjemahan untuk mengetahui maksud ayat.
Surah AlIsraa'. Ayat 001.
Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

 Disebabkan Allah telah beberapa kali menyatakan bahawa bumi Palestin adalah bumi barakah, maka telah terbukti walaupun tanah Ghazzah ni dikepung oleh tentera israel di sebelah utara, selatan, timur dan barat ... namun mereka tidak terjejas sedikit pun.. kerana mereka tidak dikepung di sebelah atas, iaitu kelangsungan pergantungan kepada Allah SWT.
Dan mereka membangun dengan sangat pantas walaupun telah dibom dan bandar mereka dimusnahkan beberapa kali oleh tentera Israel.  Kadar kelahiran adalah sangat tinggi. ust Maznah menceritakan bgmn beliau telah berjumpa dengan satu keluarga di mana ibu mereka menceritakan bahawa dia telah kehilangan 8 orang anak, syahid di medan perang menentang tentera Israel, namun si ibu berharap dia akan dapat melahirkan lagi ramai anak untuk menjadi barisan hadapan menentang tentera Israel kelak ! MasyaAllah .... Subhanallah ...Allahuakbar!!! betapa seorang ibu juga memainkan peranan penting di sini... Semangat kental dan tidak kenal erti susah ...dan yang paling penting adalah Pergantungan mutlak kepada Allah SWT ...

 Satu perkara yang menyentuh hati adalah perkongsian berikut oleh ustazah Maznah.

Roti dijual dengan 3 Harga

1) Harga Pasaran - untuk golongan mampu
2) Harga kos - untuk golongan kurang mampu
3) Percuma - untuk golongan tidak mampu

Yang mengagumkan adalah palestinian datang dan declare mereka dari golongan mana, seandainya mereka mampu, mereka tidak menipu dan mengambil harga percuma.


Jika di negara kita, rasanya ramai orang akan mengambil kesempatan di atas kesusahan orang lain. Contoh yang paling mudah, cubalah lihat semasa jualan rumah murah di adakan suatu ketika dahulu .. Rumah murah yang dijual dengan harga RM25,000 sahaja ...tetapi yang membelinya ramai dari kalangan orang yg "berada" ..yang berselindung di sebalik nama orang yang kurang mampu... tidak ada sedikit pun perasaan berslah mengambil HAK orang lain yang lebih memerlukan ... yang difikirkan adalah keuntungan sendiri sahaja ..
Ruang tamu yang besar di rumah banglo Kak Norhayati masih tidak mampu menampung kehadiran akhawat yang ramai, sebahagiannya duduk di ruang makan dan ruang legar di sebelah luar ..namun mereka masih dapat mendengar danmelihat slide kerana sistem PA yang sangat bagus di rumah Kak Yati..

Alhamdulillah ramai dikalangan akhawat yang datang mendengar perkongsian ini.. dan diakhirnya rancangan, Ust Maznah mengadakan jualan amal untuk mengutip derma bagi palestin...
JOM ...mari kita menginfaqkan sebahagian dari harta yang kita ada demi Palestin ...  

No comments:

Post a Comment

Gambar Belangkas