Monday, February 8, 2010

Tidak Sedar di Tusuk Pisau

MOSCOW - Walaupun belakangnya ditikam sebilah pisau, seorang mangsa rompakan, Julia Popova tidak berasa sakit atau menyedari kecederaan yang dialaminya, lapor sebuah akhbar semalam.

Wanita berusia 22 tahun itu meneruskan perjalanan seperti biasa selepas dia ditikam seorang perompak semasa pulang dari pejabatnya baru-baru ini.

Popova bergelut dengan perompak itu yang meragut beg tangannya semasa mangsa dalam perjalanan ke rumah ibu bapanya di sini, Rusia.

Bagaimanapun, insiden itu menyebabkan dia terkejut sehingga tidak menyedari sebilah pisau tertusuk pada tengkuknya dan hampir mengenai tulang belakang mangsa.

Setibanya di rumah, ibu bapa Popova terkejut melihat anak mereka berlumuran darah dan terus membawanya ke hospital manakala beberapa pakar bedah berjaya mengeluarkan pisau itu tanpa merosakkan tulang belakangnya. - Agensi


No comments:

Post a Comment

Gambar Belangkas