DUBAI - Bangunan tertinggi dunia, Burj Dubai akan dibuka secara rasmi pada Isnin ini tetapi seorang pembeli apartmen di bangunan itu berharap dia tidak akan mengalami kerugian berikutan harga hartanah yang menjunam.
Seorang ahli perniagaan Palestin yang namanya tidak didedahkan berkata, dia membeli sebuah apartmen satu bilik tidur di bangunan tersebut pada harga AS$3 juta (RM10.27 juta) pada 2008.
"Ekoran penurunan harga (hartanah), kerugian saya akan meningkat," katanya.
Harga hartanah di Dubai telah jatuh lebih 50 peratus sejak tahun lalu berikutan kemelesetan ekonomi. Syarikat Emaar, pemilik bangunan itu enggan mendedahkan ketinggian sebenarnya.
Ia cuma menyatakan ketinggianya melebihi 800 meter sekali gus mengatasi bangunan Taipei 101 yang setinggi 508 meter.
Bangunan itu dibina oleh syarikat Samsung Engineering & Construction, Kumpulan BESIX dari Belgium dan Arabtec dari Emiriyah Arab Bersatu (UAE).
Bangunan 160 tingkat itu boleh dilihat dari kedudukan sejauh 95 kilometer.
Ia mengandungi 57 buah lif untuk digunakan bagi membawa penghuni ke 1,044 apartmen selain terdapat ruang pejabat dan sebuah hotel.
http://news.bbc.co.uk/2/hi/8439618.stm
No comments:
Post a Comment