Monday, January 31, 2011

Tutorial pasang CommentLuv di blogspot

Untuk pengetahun korang, aku dah pun pun tukar sistem komen kat blog aku ni kepada IntenseDebate. Kenapa aku guna IntenseDebate? Sebabnya ialah plugin CommentLuv macam yang korang tengok dalam gambar kat atas tu.

Selepas aku terbaca entry AriffShah tentang CommentLuv ni terdetik plak kat hati ni nak guna IntenseDebate. Banyak kelebihannya kalau guna IntenseDebate ni. Yang pertama, sistem komen ni sangat mudah dan kemas. Lagi satu yang paling penting dengan adanya CommentLuv, ini lebih menggalakkan orang lain untuk komen entry korang. Kenapa? Sebabnya disamping komen entry dapat la pelawat promote entry terbaru dalam blog diorang kan.

Kebiasaannya CommentLuv ni digunakan bagi blog yang Self-hosted Wordpress. Aku memang suka komen blog yang ada CommentLuv ni. Seperti blog Zonbebas.com ni, aku ada jugak dapat traffic hasil dari CommentLuv.

Ok hari ni aku nak ajar korang macamana nak letak IntenseDebate dalam blog korang dan pasang sekali CommentLuv tu. Korang follow je steps kat bawah ni ok.

1. Layari intensedebate.com dan sign up terlebih dahulu.
2. Bila dah daftar, sila login akaun IntenseDebate korang dan klik Install IntenseDebate.

3. Masukkan url blog korang seperti dibawah dan klik next step:


4. Korang akan jumpa page seperti dibawah. Klik sites > blog korang > plugins.


5. Cari plugin CommentLuv dan klik activate.


6. Bila plugin dah activate, tekan reinstall macam dalam gambar kat bawah:


7. Select installation type: Pilih template


8. Login akaun blogger korang. Dashboard > design > edit HTML. Sila tekan download full template. Kemudian korang perlu upload template tersebut dalam page seperti tutorial nombor 7.


9. Bila dah selesai upload akan keluar page seperti dibawah. Pada bahagian sebelah kiri (template install), korang copy code HTML dan paste kan ke blog korang (sebelah kanan).


10. Klik save template dan anda dah berjaya pasang IntenseDebate.


Nota Dahi: Diharap dengan adanya tutorial ni dapatlah membantu korang. Jika ada sebarang masalah untuk pasang IntenseDebate ni sila tinggalkan komen korang yerk. Rajin-rajinlah korang komen kat sini disamping dapat promote blog korang. Hehe...Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

Gambar Belangkas